Sabtu, 4 Jun 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mat Sabu: Perwakilan berani, saya akan penuhi harapan rakyat ke atas PAS

Posted: 04 Jun 2011 02:34 AM PDT


KUALA LUMPUR — Mohamad Sabu yang memenangi jawatan timbalan presiden PAS berkata, beliau akan membantu parti itu memenuhi keperluan orang ramai dan bukan Melayu, yang menurut beliau meletakkan harapan tinggi ke atas komponen Pakatan Rakyat (PR).

Dalam reaksi pertama selepas diumumkan sebagai orang nombor dua parti Islam itu, Mohamad berkata, survival mana-mana parti politik akan ditentukan oleh sokongan undi orang ramai dalam pilihan raya.

Oleh itu anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, PAS perlu memainkan peranan menyeluruh untuk memenuhi keperluan ahli-ahli parti dan juga masyarakat umum bukan ahli PAS.

"Jadi, saya akan menggunakan kedudukan (sebagai timbalan presiden) untuk memenuhi harapan orang ramai dan bukan Melayu ke atas PAS," kata beliau ketika ditemui di sisi Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini pagi ini.

Mohamad, 56, yang mesra dikenali "Mat Sabu" menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan ibrahim Tuan Man.

Ini kali kedua Mohamad bertanding jawatan timbalan presiden.


Mohamad Sabu (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas diumumkan sebagai timbalan presiden baru PAS. — Foto oleh Choo Choy May
Dua tahun lalu, beliau tewas di tangan Nasharuddin yang turut mengatasi Datuk Paduka Husam Musa.

Kali ini Husam dipilih semula sebagai naib presiden.

Pun begitu, tegas Mohamad, kemenangan beliau tidak akan membawa perubahan ke atas dasar PAS yang sudah pun ditetapkan kecuali pendekatan-pendekatan yang perlu dan akan diambil untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti itu.

"Cuma gerak kerja sahaja akan diubah (untuk menghadapi situasi semasa)," kata beliau lagi.

Ketika ditanya sama ada beliau menang kerana sokongan besar perwakilan daripada kalangan profesional, Mohamad berkata, "saya tidak tahu, sebab saya belum buat analisis lagi."

Beliau sekali lagi menekankan bahawa tidak timbul isu wujudnya kumpulan profesional dan ulama dalam PAS memandangkan sudah ada peranan yang jelas antara sayap eksekutif dan ulama dalam PAS.

Dalam temu bual khas disiarkan The Malaysian Insider semalam, Mohamad berkata, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu.

Mohamad berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu.

"Bagi saya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional.

"Majlis Ulama ini yang perlu ditekankan bukan jawatan eksekutif, ia perlu dipertingkatkan dalam organisasi ini.

"Sebab itu, kalau kita lihat banyak ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini dan ia menimbulkan sedikit kekeliruan," katanya.

"Namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS," kata beliau.

Dalam reaksi hari ini, beliau juga yakin bahawa keputusan pemilihan, yang berlangsung semalam dan diumumkan pagi ini, tidak akan menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin dalam PAS.

"Saya yakin perpaduan akan kukuh untuk membawa PAS ke depan," katanya sambil menambah, perwakilan telah membuat keputusan yang berani.

Mengenai kekalahan Nasharudin, Mohamad berkata, "saya tidak komen."

Bagaimanapun Mohamad secara berseloroh berkata, beliau "bernasib baik" kerana menang di sebalik liputan media yang positif dan negatif.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada perwakilan dan kepada wartawan yang memberikan liputan media yang positif dan negatif," katanya lagi.

Hadi: ‘Perubahan pimpinan PAS biasa, macam alih perabot rumah’

Posted: 04 Jun 2011 02:28 AM PDT




Ahli-ahli PAS mengambil kesempatan memohon kad keanggotaan parti pada hari kedua Muktamar Tahunan Ke-57 di Taman Melewar dekat Kuala Lumpur hari ini. – Foto oleh Choo Choy May
GOMBAK – PAS tidak akan mengalami perubahan dasar sebaliknya hanya akan mengubahsuai strategi sesuai dengan keputusan pemilihan kali ini yang menyaksikan kemenangan besar calon barisan profesional, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sekali lagi, dasar tidak berubah tetapi strategi yang kita ubah," kata Presiden PAS pada sidang media hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini hari ini.

Hasil pemilihan semalam, PAS menerima timbalan presiden yang baru iaitu Mohamad Sabu manakala Datuk Paduka Husam Musa pula kembali sebagai naib presiden manakala Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar mengekalkan kerusi naib presiden masing-masing.

Selain Mohamad Sabu, Salahuddin, Mahfuz dan Husam, seramai 12 daripada 18 ahli jawatankuasa kerja pusat PAS yang baru dilihat daripada kalangan kumpulan profesional.

Hadi menambah, walaupun ada beza pandangan dalam penentuan calon, tetapi tetap menghormati keputusan perwakilan kali ini.

"(Saya) terima apa sahaja keputusan dan hadapi untuk pilihan nanti, kepimpinan kali ini terdiri daripda pelbagai latar belakang, AJK pusat wakili semua pihak," kata beliau yang telah mempertahankan jawatannya tanpa saingan.

Mengenai komposisi barisan yang memihak kepada kumpulan profesional, Hadi menjelaskan, ia bukan benda baru dan "PAS memimpin secara kolektif."

Hadi juga berkata, keputusan yang diumumkan pagi tadi menunjukkan kematangan ahli-ahli dan perwakilan dalam memilih pemimpin-pemimpin untuk berada di saf hadapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"PAS adalah parti berpengalaman, parti tertua. PAS juga pernah jadi kerajaan di peringkat pusat, negeri dan menghadapi cabaran di peringkat negeri," katanya.

Sehubungan itu Hadi juga berkata, bukan pemimpin-pemimpin politik yang membuat perubahan tetapi para perwakilan manakala "matlamat, acuan tetap sama dan tidak akan berubah."

"Perubahan pucuk pimpinan, biasalah... sama macam alih perabot rumah," katanya lagi.

Menjawab soalan timbalannya bukan seorang ulama, Hadi memberitahu, ia bukan satu masalah kerana kerajaan Uthmaniyah juga bukan daripada kalangan ulama.

"Ulama ini sebenarnya bermaksud orang berilmu termasuk dalam pelbagai bidang... contoh Ibn Khaldun, beliau seorang yang berilmu dalam bidang agama dan sosiologi. Sekarang ini susah nak cari pemimpin yang tahu dalam semua bidang, jadi PAS buat pimpinan secara kolektif," katanya.

Berkenaan dakwaan bahawa calon-calon yang pro-Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kali ini, Hadi juga mengetepikan tanggapan sedemikian.

"Tidak, pemimpin dipilih untuk, kerana kita mahu pemimpin yang rapat dengan NGO, rapat dengan semua pihak," katanya yang turut menolak tanggapan bahawa pemimpin-pemimpin pusat kali ini dilihat sebagai golongan agresif.

"Kita ikut suasana," kata Hadi yang turut memberi jaminan bahawa calon yang tidak terpilih, tetap sama membantu pimpinan yang lain.

"Saya akan melantik AJK baru, enam orang tapi itu semua kena tunggu dahulu.

"Saya tidak guna kuasa mutlak, dulu bila Mat Sabu (Mohamad) kalah, dia tetap jadi AJK pusat," katanya lagi.

UMNO takutkan Melayu dengan DAP supaya PAS dihukum

Posted: 04 Jun 2011 02:22 AM PDT

ROKET KINI.COM



KUALA LUMPUR – UMNO amat bimbang sekiranya orang Melayu mula memahami perjuangan sebenar DAP kerana ia
akan membuang segala ketakutan terhadap parti pelbagai kaum itu.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata hanya penerimaan orang Melayu terhadap DAP di samping sokongan orang bukan Melayu terhadap PAS dan PKR mampu menewaskan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya selalu ambil petikan kata-kata Mohamad Sabu (yang baru dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS semalam) kerana saya pun sama pendapat dengannya. Katanya, 'kalau orang Melayu tak boleh terima DAP, orang Cina tak boleh terima PAS, maka sampai kiamat UMNO akan jadi kerajaan'.

"Ini formula BN. Sampai kiamat tak akan ada perubahan kalau kita terperangkap dengan dakyah sebegini. Kalau Melayu sedia menerima DAP dan Cina sedia terima PAS, UMNO akan kalah," katanya dalam satu wawancara dengan Roketkini.

Menurutnya, pada masa ini, orang Cina sudah mula menerima PAS walau pun MCA dan Gerakan cuba menakut-nakutkan mereka kononnya parti itu adalah musuh kepada kaum bukan Melayu.

Masalahnya buat masa ini, beliau menambah, adalah keadaan di mana orang Melayu belum bersedia untuk menerima DAP berikutan tohmahan dan fitnah terhadap parti itu sejak ia ditubuhkan 45 tahun lalu.

"Dengan keadaan itu, sekurang-kurangnya kita menang separuh. Sebagai contoh, dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 2009, calon PAS Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan undi majoriti kaum Cina.

"Ini menunjukkan kaum Cina yakin dengan Pakatan Rakyat, malah menyokong calon-calon yang mereka anggap berwibawa seperti Nizar. Bukan saja di Bukit Gantang, saya rasa banyak lagi tempat yang mana majoriti Cina mengundi PAS," katanya.
Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata UMNO yang menyedari keadaan itu tidak boleh berbuat apa-apa dengan pendirian kaum Cina, dan dengan itu, berusaha untuk menakut-nakutkan Melayu supaya tidak menyokong DAP.

"Ini lah cabaran sengit yang dihadapi oleh UMNO dan BN. Mereka rasa kalau selama-lamanya mereka memecahkan parti pembangkang, supaya tidak ada gabungan yang kukuh, maka mereka rasa Pakatan tak boleh yang mencabar kedudukan BN.

"Perkiraan UMNO dan BN, dengan dakyah yang ditaburkan kepada orang Melayu, BN akan terus menang by default kerana tak ada cabaran," tambahnya.

Beliau menjelaskan UMNO dan BN yang seperti kehilangan arah hanya berpegang kepada formula mahu memecahkan perpaduan Pakatan.

Dengan itu, UMNO terdesak menyerang DAP terus-terusan kerana mereka amat takut Melayu boleh menerima DAP jika mengetahui dan memahani prinsip dan pendirian sebenar parti yang memperjuangkan keadilan dan peluang saksama itu.
Menurutnya kitaran politik sudah berubah sekarang berbanding dalam PRU 1999 di mana orang Melayu tidak kisah sangat soal kerjasama PAS dengan DAP dalam Barisan Alternatif kerana isu utama pada masa itu ialah pemecatan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ibrahim.

"Jadi yang menjadi sasaran UMNO dan BN pada 1999 adalah menakut-nakutkan kaum Cina pula. BN ketika itu memainkan isu orang Cina tak boleh terima PAS. Mereka serang secara habis-habisan menggunakan isu Negara Islam, reformasi di Indonesia, pembunuhan etnik Cina di Indonesia, dan sebagainya.

"Wajah-wajah itu dimainkan media BN ketika itu. Tujuanya ialah supaya Cina tak boleh terima PAS. Taktiknya ialah apabila kaum Cina tak boleh terima PAS, mereka tidak menghukum PAS (kerana PAS tidak bertanding di kawasan majoriti kaum Cina), sebaliknya mereka hukum DAP (kerana kerjasama DAP dengan PAS dalam BA)," katanya.

Kini, UMNO dan BN kembali mengubah taktik dengan menakut-nakutkan orang Melayu supaya menolak DAP, tambahnya.

Sama seperti taktik 1999, Loke menjelaskan, apa yang UMNO dan BN mahu lakukan ialah apabila orang Melayu diyakinkan supaya menolak DAP, secara automatik mereka akan menghukum PAS kerana bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Pada masa yang sama, beliau menambah, UMNO cuba menonjolkan yang ia mahu bersahabat dengan PAS bagi menunjukkan kepada orang Melayu bahawa kononnya PAS juga tidak mahu kepada DAP.

Dengan itu, Loke merayu kepada rakyat semua kaum berhati-hati dengan permainan politik kotor perkauman UMNO dan BN kerana jika terpedaya dengan dakyah tersebut, BN akan terus berkuasa dan masalah-masalah penyalahgunaan kuasa, rasuah, penyelewengan serta kenaikan harga barang dan lain-lain kemelut masyarakat akan menjadi lebih buruk.

Mohamad Sabu mahu lebih aktif dalam Pakatan Rakyat

Posted: 04 Jun 2011 02:20 AM PDT

RKET KINI.COM



KUALA LUMPUR – PAS tidak akan mengubah dasar, prinsip dan ideologi, hanya perlu mengubah suai pendekatan-pendekatan tertentu bagi memenuhi keperluan rakyat.

Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih Mohamad Sabu berkata kemenangannya dalam pemilihan pada mukmatar parti ke-57 di sini tidak akan membawa sebarang perubahan kepada dasar-dasas PAS.

"Cuma gerak kerja sahaja akan diubah," katanya, merujuk kepada kemungkinan perubahan-perubahan yang akan dilaksanakan di peringkat biro-biro parti.

Beliau berjanji akan menggunakan kedudukannya sebagai timbalan presiden untuk memenuhi harapan orang ramai termasuk kaum-kaum bukan Melayu dan bukan Muslim terhadap PAS dan Pakatan Rakyat untuk memantapkan perjuangan rakyat.

Beliau juga mahu menambah usaha dan peranannya dalam Pakatan Rakyat serta para NGO yang seangkatan dengannya bagi memastikan kejayaan usaha PAS membentuk negara berkebajikan bersama Pakatan Rakyat di samping menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Pemimpin PAS yang berusia 56 tahun itu menang setelah menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi pencabar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat berharap dapat membantu PAS dalam kerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk menarik sokongan orang ramai khususnya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mohamad juga yakin keputusan para pewakilan muktamar PAS bukan sahaja tidak menjejaskan perpaduan yang terjalin dalam parti, malah ia mampu membawa PAS jauh lebih maju.

Beliau juga menyifatkan kemenangannya sebagai kecenderungan perwakilan memilih calon-calon yang lebih kerap terlibat dengan aktivisme dan program-program kemasyarakatan.

Menurutnya, walau pun tidak semua calon yang gigih dalam aktivisme menang, perwakilan mungkin memilih calon-calon yang mereka anggap lebih dekat dengan orang ramai, terutamanya dalam menghadapi kemungkinan pilihan raya umum diadakan dalam masa yang teredekat ini.

Walau pun sering ditekan pihak berkuasa berikutan aktivisme beliau dalam pelbagai isu rakyat serta diperlekehkan oleh media arus perdana milik UMNO, Mohamad amat popular di kalangan semua kaum.

Beliau yang pernah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas perjuangan membantu rakyat, juga popular di kalangan rakan-rakan dalam Pakatan dengan kata-katanya: "Kalau PAS keluar Pakatan Rakyat, BN akan memerintah sehingga hari kiamat".

Pendirian sedemikian juga menyebabkan Mohamad sering menjadi sasaran pemimpin dan penyokong tegar UMNO serta media-media milik parti pemerintah itu.

Hilang cahaya Putrajaya, malap harapan anak muda

Posted: 04 Jun 2011 02:16 AM PDT

Oleh T.K. Tan


Ragam ahli politik mengambil kesempatan menonjolkan diri bagai adat yang tak berubah dek zaman. Datuk Seri Najib Razak juga tidak ada bezanya. Himpunan Sejuta Belia minggu lalu di Putrajaya dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendampingi golongan muda. Sekejap menyarung jersi bola sepak futsal bertendang, sekelip melancarkan aktiviti program sukan lasak.

Malah akhbar arus perdana milik Barisan Nasional tidak ketinggalan memaparkan gambar Najib sebagai peminat bola sepak Manchester United sewaktu menonton siaran langsung pertandingan bola sepak Piala Juara Eropah malam Ahad lalu. Bertuahlah Malaysia ada pemimpin yang sebati naluri anak muda sekarang.

Tetapi apakah program sebegini dapat mengalirkan tumpuan belia kini dari realiti masa depan mereka yang semakin hari merudum? Apakah dengan mencandukan belia dengan program-program yang mengasyikkan dapat menyembunyikan fakta yang peluang pekerjaan dan kadar pendapatan untuk seseorang pekerja di Malaysia semakin merosot?

Rezeki yang menyusut

Dalam laporan Model Ekonomi Baru yang disediakan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Kebangsaan, dianggarkan 75 peratus daripada jumlah pekerja Malaysia hanya berkelayakan SPM ke bawah dan berkemahiran rendah.

Pada masa yang sama pelaburan swasta dalam negara juga merosot; pelaburan swasta sebagai peratusan dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia jatuh daripada 24 peratus untuk tahun 1988-1997 kepada 12 peratus pada 2008.

Sementara kemasukan pelaburan asing (FDI) pula berubah hala, di mana dari tahun 2006 hingga 2009 Malaysia mencatatkan pengaliran pelaburan asing negatif. Dalam ertikata yang lain, prospek ekonomi Malaysia tidak mekar berkembang dan semakin malap berbanding masa lalu.

Pada tahap mikro pula, prospek pendapatan pekerja tidak merangsangkan; kadar kenaikan gaji di Malaysia hanya berkembang pada 2.6 peratus untuk jangka masa dari 1994 hingga 2007 (Kajian Politik Untuk Perubahan, 31 Mei 2011).

Perkembangan ini bertambah buruk kerana dasar kerajaan yang longgar dalam membenarkan kemasukan pekerja asing ke Malaysia. Alasan yang penduduk tempatan enggan bekerja kerana pekerjaan yang diisi tersebut berbahaya serta keadaan kerja tidak selesa sering diguna untuk membenarkan kemasukan pekerja asing.

Namun hakikatnya semakin banyak industri menggunakan pekerja asing kerana kesediaan mereka untuk bekerja dan menerima upah yang rendah. Dalam sektor perkilangan, kerap kali penduduk tempatan diletak dalam tempat yang terendah dalam hirarki pengupahan pekerja oleh syarikat swasta kerana saingan pekerja asing ini.

Inflasi yang semakin meningkat terus membaham apa saki-baki simpanan yang tinggal dari perbelanjaan pekerja. Dari 2006 hingga 2010, kadar kenaikan harga makanan puratanya 4.6 peratus setahun (Malaysiakini, 20 Mei 2011). Apakah rungutan orang awam tentang kenaikan harga makanan dan barang keperluan yang melampau sampai ke telinga pemerintah yang hidup mewah tak kenal susah?

Masa depan dan Mat Rempit

Masa depan untuk seorang anak muda di Malaysia kian pudar. Bagi mereka yang yang berpelajaran dan berkemahiran tinggi, berhijrah ke negara-negara yang prospeknya lebih baik berbanding Malaysia, tentulah mudah.

Fenomena ini tidak terbatas hanya pada kaum bukan Melayu; dilaporkan di wilayah Victoria di Australia sahaja, ada sekurang-kurangnya 5,000 orang Melayu menetap di situ sebagai penghuni warga tetap atau warga negara Australia (Bernama, 31 Mei 2011).

Bagaimana pula dengan mereka yang tidak berpeluang berhijrah?

Gejala mat rempit yang membingungkan masyarakat dan pihak berkuasa tidak berlaku tanpa sebab. Ia adalah pertanda kepincangan yang wujud pada sistem pendidikan Malaysia dan latar belakang sosial dan ekonomi belia sekarang.

Sistem pendidikan negara kian merosot kerana campur tangan politik dan dasar pendidikan yang tidak tentu hala. Setiap kali Kementerian Pelajaran bertukar menteri, ada saja dasar pendidikan diubah tanpa perancangan yang teliti. Contohnya, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI); ia sudah diubah tiga kali sejak dilaksanakan pada 2002.

Skim untuk menukarkan Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pelajar yang mendapat keputusan cemerlang kepada biasiswa dihentikan pada 2005. Ia dipulih kembali pada tahun 2010. Berapa ramai pelajar IPT dari tahun 2006 hingga 2009 yang dikecewakan kerana dinafikan manfaat tersebut?

Latar belakang mereka yang berasal dari keluarga yang besar dan miskin juga menyumbang kepada keadaan anak muda mudah terpengaruh dengan unsur yang tidak sihat. Dalam erti kata lain ramai ibu bapa yang susah terhimpit dengan mencari nafkah hidup yang kian hari menyusut dan dalam keadaan di mana kedua-dua suami dan isteri terpaksa bekerja siang malam sekadar cukup menampung kehidupan harian saja.

Mampukah mereka menjaga, menyayangi dan membimbing anak-anak yang ramai dalam keluarga mereka menjadi insan yang sayangkan diri dan berupaya memajukan diri sendiri?

Tebang menuju pangkal, melanting menuju tangkai

Penyelesaian kepada masalah belia kini bukanlah hanya dengan mengula-gulakan mereka dengan pelbagai program sosial; bak kata berupa tak berisi. Usaha mengatasi masalah mereka hendaklah bermula dari akarnya. Dasar pendidikan yang sedia ada perlu dirombak.

Pertama, lebih banyak tumpuan perlu diberi untuk melengkapi kemahiran mereka. Pendidikan vokasional perlu dikembangkan supaya anak-anak yang tidak berpeluang menghabiskan pelajaran minimum (yakni tahap SPM) boleh belajar kemahiran yang diguna pakai oleh sektor pekerjaan tanpa sebarang syarat. Jalinan antara syarikat swasta dan sekolah vokasional boleh dipertingkatkan lagi dalam bentuk latihan industri yang lebih praktik dan amali untuk belia, sementara syarikat-syarikat yang terlibat mendapat manfaat dalam bentuk barang hasilan yang bermutu.

Untuk staf pendidikan, campur tangan dan pengaruh politik hendaklah ditolak sama sekali. Guru-guru bukanlah alat kerajaan untuk berkempen bagi mana-mana parti politik atau membuat kerja-kerja publisiti untuk menteri. Kerajaan perlu mengurangkan "paper work" atau kerja pentadbiran yang tidak produktif untuk guru-guru. Biar guru buat apa yang sepatutnya dibuat, mengajar dan mendidik anak-anak kita.

Kedua, mengubah situasi pekerjaan yang sedia ada, bermula dengan memperkenalkan gaji minimum untuk semua pekerja, tempatan dan asing. Dianggarkan 40 peratus daripada rumah tangga Malaysia berpendapatan kurang daripada RM 1,500 sebulan, kadar minimum untuk menampung hidup (The Star, 28 Mei 2011).

Syarikat swasta perlu bersedia untuk berdikari dan bersaing dalam mengurangkan kos pengendalian syarikat, bukannya bergantung kepada buruh murah untuk menjimatkan kos. Pengambilan pekerja asing perlu dikurangkan supaya kenaikan gaji tidak ditekan akibat persaingan yang tidak adil untuk penduduk tempatan dan pekerja asing.

Apabila keadaan hidup bertambah maju dan selesa hasil dari bertambahnya rezeki, dorongan untuk memastikan anak sendiri tidak mengulangi nasib diri sendiri tentunya ada. Kasih sayang dan bimbingan yang cukup akan wujud untuk anak-anak sendiri tanpa selalu dibelenggu dengan masalah mencari suapan mengalas perut; dengan semulajadinya anak-anak sendiri akan mempunyai nilai diri yang lebih kukuh.

Tidak payah lagi untuk pak menteri bersusah payah hendak berlagak semacam belia sedangkan umur sudah lebih separuh abad dan beruban sudah. Anak muda perlukan pengisian realiti hidup, bukan sekadar konsert dan sukan percuma setahun sekali.

Saya bernasib baik menang Timbalan Presiden – Mat Sabu

Posted: 04 Jun 2011 02:06 AM PDT

Beliau berkata pemilihannya bagaimanapun tidak membawa sebarang kesan terhadap dasar atau arah tuju parti, malah berazam akan terus membantu Presiden PAS.



Laporan Muktamar PAS Tahunan ke 57

GOMBAK: Timbalan Presiden PAS yang baru dipilh Mohamad Sabu menganggap kemenangannya dalam pemilihan kali ini sebagai satu nasib yang baik, selain mendapat sokongan daripada akar umbi.

Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertandingan tiga penjuru antara dirinya dengan mengalahkan penyandang selama dua penggal berturut-turut Nasharuddin Mat Isa serta bekas Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat hanya bertanding untuk memecahkan undi.

Beliau berjaya memperoleh 420 undi manakala Nasharudin dengan 224 undi dan Tuan Ibrahim pula mendapat 399 undi.

Mat Sabu berkata pemilihannya bagaimanapun tidak membawa sebarang kesan terhadap dasar atau arah tuju parti, malah berazam akan terus membantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertingkatkan gerak kerja bagi mendapatkan sokongan orang ramai dan bukan Melayu menuju pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Terima kasih kepada perwakilan dan wartawan yang menyiarkan tulisan yang positif mahupun negatif terhadap saya.

"Tak banyak momentum baru mahu pun pemahaman 'abc' yang akan diperjuangkan tetapi barangkali usaha untuk menarik orang ramai mencapai matlamat negara berkebajikan.

"Saya akan memainkan peranan membantu Presiden dalam hal ini," katanya yang turut memuji keberanian PAS mengadakan pemilihan sebelum PRU13 berbanding parti politik yang lain.

Beliau sekali lagi menekankan bahawa tidak timbul isu wujudnya kumpulan profesional dan ulama dalam PAS memandangkan sudah ada peranan yang jelas antara sayap eksekutif dan ulama dalam PAS.

"Ulama' masih menguasai sepenuhnya kepimpinan parti terutamanya dalam Majlis Syura dan Dewan Ulama.

"PAS tak seperti Umno dengan meletakkan golongan ulama' dalam bentuk biro, tetapi dalam Majlis Syura yang mengawal dasar dan disiplin parti," katanya.

TUDM tidak terima kelulusan beli AEW&C

Posted: 04 Jun 2011 01:47 AM PDT

KOSMO


KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berminat untuk memiliki Pesawat Kawalan dan Amaran Awal (AE&C) tetapi tidak mendapat peruntukan kerajaan, kata Panglima TUDM, Jen. Tan Sri Rodzali Daud.

Katanya, hasrat TUDM untuk memperoleh pesawat AEW&C bernilai bilion ringgit itu telah dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) namun tidak diluluskan oleh kerajaan.

Katanya, mereka masih memerlukan pesawat AEW&C untuk memenuhi jurang keupayaan walaupun pesawat TUDM sekarang dilengkapi ciri-ciri persenjataan, sensor serta sistem kawal dan perintah.

"Hasrat TUDM ini tidak ada kena mengena dengan negara lain, apa yang penting adalah untuk negara kita dilengkapi dengan aset pertahanan," katanya selepas merasmikan Amal Shoppe Bakat (Badan Amal, Kebajikan Angkatan Tentera Udara) di Kem TUDM Sungai Besi di sini semalam.

Pengusaha lori naikkan upah sewa

Posted: 04 Jun 2011 01:42 AM PDT




PENGUSAHA lori bercadang menaikkan kadar upah sewa pengangkutan selepas kerajaan memansuhkan diesel super subsidi baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Pengusaha lori komersial dijangka menaikkan kadar upah sewa pengangkutan sebanyak 18 peratus ekoran pemansuhan diesel super subsidi oleh kerajaan.

Menurut Naib Presiden Persatuan Pengusaha Lori Tangki Bumiputra Malaysia Berhad, Samiron Safar, kenaikan itu wajar memandangkan kadar upah RM13.50 satu tan bagi setiap perjalanan ketika ini tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lalu.

"Kalau tidak naik memang kami akan gulung tikar sebab selama ini kadar yang dikenakan paling minimum dan pengusaha terpaksa tanggung kos diesel sebanyak RM200 sehari tidak termasuk kos tayar dan upah pemandu.

"Justeru, kami akan berbincang dengan pelanggan untuk menaikkan kadar upah yang baru tidak kurang RM3 satu tan," katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kerajaan telah memansuhkan diesel super subsidi yang dinikmati pemilik lori komersial kerana hanya kenderaan individu dan berkepentingan awam layak mendapat kemudahan itu.

Video Seks: Hishammuddin Dakwa Anwar Bermotifkan Dendam

Posted: 04 Jun 2011 01:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Jumaat, mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim bermotifkan dendam semasa mengucapkan kata-kata fitnah terhadapnya berhubung video seks yang dikatakan mirip aksi seorang pemimpin pembangkang bersama seorang wanita.

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan dan pembelaan Hishammuddin yang memohon agar Mahkamah Tinggi Sivil Baharu di sini untuk menolak pembelaan dan tuntutan balas yang difailkan oleh Ketua Pembangkang itu terhadap saman fitnah beliau.

Selain itu, Hishammuddin selaku plaintif juga mendakwa, motif utama Anwar juga adalah untuk meluahkan kebencian peribadinya dan kata-kata itu diterbitkan dengan hasrat untuk merosakkan reputasinya sebagai menteri dan Naib Presiden UMNO.

Hishammuddin seterusnya mendakwa, kenyataannya bahawa orang yang merasakan diri mereka menjadi mangsa atau dibabitkan dalam video itu perlu membuat laporan polis diucapkan dalam keadaan perlindungan bersyarat dalam kapasitinya sebagai menteri.

Hishammuddin turut menafikan sebarang penyalahgunaan kedudukan atau jawatannya atau sebarang tindakan yang bertentangan dengan tugas dan tanggungjawabnya.

Sehubungan itu, plaintif memohon agar tuntutan balas Anwar selaku defendan pada 25 Mei lalu ditolak dengan kos.

Sementara itu, pada sebutan pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera pada Jumaat, kes itu ditetapkan sebagai sebutan semula pada 25 Julai depan di hadapan Hakim Datuk V. T. Singham untuk Anwar menjawab pembelaan tersebut.

Pertukaran hakim disebabkan Vazeer Alam pernah mewakili isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail semasa beliau menjadi seorang pengamal undang-undang.

Hishammuddin diwakili oleh peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Sunil Abraham manakala Peguam Datuk S. Ambiga hadir bagi pihak Anwar.

Hishammuddin memfailkan saman pada 26 April lepas melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.

Beliau mendakwa, kata-kata fitnah itu antara lain bermaksud bahawa beliau bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lepas.

Selain itu, beliau juga mendakwa kata-kata fitnah itu kemudiannya diterbitkan secara meluas di media dan internet serta menyebabkan kerosakan teruk dari segi reputasi peribadi dan profesional.

Plaintif berkata, pernyataan yang dibuat oleh defendan adalah benar-benar palsu terhadap beliau dan tiada kewajaran serta berniat jahat untuk merosakkan reputasi, memalukannya sebagai ahli politik sehingga menyebabkan beliau telah diheret dalam skandal umum dan dibenci.

Sehubungan itu, beliau memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan injunksi bagi menahan Anwar sama ada dengan sendiri atau melalui ejennya, menerbitkan atau terus menerbitkan kata-kata itu yang menfitnahnya.

Dua Anggota RELA Baru Tamat Bertugas Di Depoh Lenggeng Maut

Posted: 04 Jun 2011 01:37 AM PDT

BERNAMA

LENGGENG: Dua anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang baru menamatkan tugas di Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng terbunuh selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah Mitsubishi Storm di Jalan Lenggeng-Mantin pada pukul 11.30 malam Jumaat.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Zainal Abidin Nordin, 46, dan Amran Ahmad, 36, yang masing-masing menunggang motosikal berasingan dan bergerak pulang beriringan sebaik sahaja selesai bekerja.

Menurut polis, kenderaan pacuan empat roda, yang dipandu seorang lelaki berusia 40-an, dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh motosikal mangsa sebelum terbalik akibat cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing yang tiba-tiba melintas jalan.

Kucing itu mati dilenyek tayar kenderaan besar itu.

"Kedua-dua mangsa terbunuh akibat kecederaan parah di kepala. Pemandu Storm terbabit terselamat," katanya kepada Bernama.

Jenazah kedua-dua mangsa di bawa ke Hospital Seremban untuk dibedah siasat.

Seorang saksi Norzita Shamsuddin, yang juga rakan setugas kepada kedua-dua mangsa, berkata kemalangan berlaku di jalan yang lurus tetapi agak gelap.

Katanya dia bersama suaminya, yang menunggang motosikal lain, berada di belakang kedua-dua mangsa apabila tiba-tiba terdengar bunyi dentuman.

"Saya tidak melihat apa yang berlaku kerana mereka (mangsa) telah melepasi satu selekoh. Bila sampai, saya lihat Mitsubishi Storm terbalik. Saya berhenti untuk membantu dan ketika itu baru saya terperasan kedua-dua motosikal milik rakan setugas remuk dilanggar," katanya.

Luluh hati apabila melihat mayat Zainal kerana sebelum tamat bertugas, allahyarham secara berseloroh memberitahu dia mahu bercuti lama, kata Norzita.

Norzita, yang tidak dapat menahan sebak, bercerita Amran pula berwajah pucat sejak dua minggu lepas dan dia tidak menyangka kedua-dua rakan setugas yang sudah lama dikenalinya itu maut ketika dalam perjalanan ke rumah masing-masing, yang terletak di Mantin

Salahuddin Sedia Berkhidmat Dengan Kepimpinan Baru

Posted: 04 Jun 2011 01:30 AM PDT

GOMBAK: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang mengekalkan jawatanya sebagai Naib Presiden PAS selama dua penggal berturut-turut mengakui tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan golongan ulama dan profesional dalam kepimpinan baru parti itu.

"Kami bekerja secara kolektif untuk memberikan yang terbaik dalam memperkasakan parti bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Salahuddin memperoleh 753 undi, jumlah tertinggi dalam persaingan enam penjuru bagi jawatan itu.

Menurut beliau, anggota sayap tertinggi yang baru harus lebih fokus, terus bersikap relevan dan bersedia menghadapi cabaran semasa yang semakin kritikal khususnya berkaitan pilihan raya akan datang.

"Saya akan menumpukan usaha lebih gigih bagi membantu parti memenangi pilihan raya umum dengan cemerlang," ujarnya.

Diminta mengulas mengenai kemenangan itu, beliau memberitahu tidak menduga kejayaan tersebut memandangkan persaingan begitu sengit.

"Saya tak duga menang dengan undi tertinggi. Terima kasih kepada perwakilan yang masih memberi kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan ini," katanya.

Sementara itu, Salahuddin yakin perubahan yang berlaku dalam pucuk kepimpinan PAS menunjukkan perwakilan semakin bijak dalam menilai prestasi calon bertanding pada pemilihan kali ini.

"Bagi yang bekerja kuat dari jawatan presiden sehinggalah AJK Pusat, mereka akan mendapat tempat. Perwakilan akan mengundi berdasarkan kebijaksanaan mereka. Jadi tidak timbul masalah kepimpinan dalam golongan ulama atau profesional," ujarnya.

33,880 helai sejadah berharga RM1 juta

Posted: 04 Jun 2011 01:28 AM PDT


KUALA TERENGGANU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said didedahkan telah membeli sebanyak 33,880 unit sejadah bernilai hampir RM1 juta.

Malangnya, kesemua sejadah-sejadah tersebut tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau tetapi masih tersimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, sejak beberapa bulan lalu.

(Gambar - Sejadah dikatakan disimpan di Stadium tertutup Gong Badak)

Hal tersebut, didedahkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu dalam jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undnagan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Soalan asalnya, berapa banyakkah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang dibeli oleh kerajaan negeri dan sila nyatakan syarikat pembekalnya serta berapakah kos pembiayaan yang ditanggung kerajaan negeri Terengganu.

Menjawab soalan tersebut, pihak kerajaan menjelaskan jumlah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang telah dibeli oleh kerajaan negeri ialah 33,880 unit.

Manakala, syarikat yang membekalkan sejadah tersebut adalah BIBI HAWA & SONS yang beralamat di No.33, Aked MARA, Jalan Danby, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM999,460.00.

Kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa sejadah tersebut masih lagi disimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu sementara menunggu untuk diagihkan kepada masjid-masjid seluruh negeri ini.

Sementara itu, Ustaz Wan Hassan melahirkan rasa dukacita kerana jumlah sejadah yang banyak telah dibeli tetapi tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau.

Bahkan, beliau turut sangsi dengan jawapan tersebut kerana hampir keseluruhan masjid-masjid yang terdapat di Terengganu telah berkarpet.

"Kita (PAS) rasa dukacita kenapa sejadah yang telah dibeli begitu banyak tetapi tidak diagihkan lagi ke masjid-masjid atau surau di seluruh negeri ini.

"Saya rasa sangsi dengan jumlah sejadah yang banyak dengan kos hampir RM1 juta dibelanjakan oleh kerajaan. Hampir semua masjid di Terengganu dipasang dengan karpet yang tidak lagi menggunakan sejadah," ujarnya.

Polis / Peguam Negara Perlu Jelaskan

Posted: 04 Jun 2011 01:26 AM PDT


Kegagalan Memberi Jawapan Dalam Kes Allahyarham Sarbani


Kami merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah pada 2 Jun di mana polis akan memohon sebuah inkues dibentuk bagi kes kematian pegawai kanan Kastam Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed. Turut dilaporkan Peguam Negara telah bersetuju agar sebuah inkues dibentuk.


Kami melihat keputusan mengejut oleh PDRM dan Peguam Negara ini sebagai sesuatu yang meragukan, tidak sesuai dan tidak tepat dalam konteks undang-undang.

Sebuah inkues tidak boleh ditubuhkan sewenangnya apabila pendakwaan kes jenayah lebih sesuai dijalankan. Sarbani adalah seorang individu berkeluarga yang sempurna akal dan sihat tubuh badan yang secara sukarela datang ke Pejabat SPRM untuk membantu siasatan; tiada bukti konkrit beliau membunuh diri, dan telah terbukti bahawa beliau tidak mengumpul kekayaan di luar keupayaan dan kemampuan beliau. Motif bunuh diri adalah sangat tidak munasabah dan tidak wujud sekelumit pun.

Beberapa fakta yang wujud secara jelas dan tegas membuktikan kewujudan salahlaku yang membawa kepada kematian Sarbaini, khususnya apa yang diperincikan oleh balu Allahyarham di dalam laporan polis yang dibuat pada 2 Mei 2011, di mana pegawai penyiasat SPRM telah mengakui bahawa 'orang mereka' bertanggungjawab atas kematian tersebut.

Sekiranya terdapat keraguan yang serius mengenai punca kematian, pihak PDRM dan Peguam Negara seharusnya mengarahkan pembentukan inkues pada kadar segera sejurus selepas kematian berlaku.

Adalah sangat mengejutkan dan menimbulkan persoalan yang sangat besar mengapa inkues hendak ditubuhkan hanya selepas dua bulan berlalu.

Lebih memelikkan, sejak kematian berlaku, pihak polis telah memberikan gambaran seolah-olah proses siasatan berjalan lancar dan keluarga Allahyarham serta sekalian rakyat akan mendapat penjelasan lanjut berhubung punca kematian Allahyarham.

Apakah gambaran ini diberikan hanya semata-mata untuk meredakan kemarahan rakyat yang bangkit berikutan kematian tragis ini?

Pada pertengahan April, pihak polis telahpun menyatakan proses siasatan telah masuk ke fasa akhir. Kini, terbukti segala bentuk siasatan yang dibuat adalah 'pemanis mulut' semata-mata dan sebuah inkues terpaksa diwujudkan.

Mengapa rakyat diselewengkan daripada fakta sebenar dalam hal ini?

Lebih menjengkelkan, pengumuman mengejut mengenai penubuhan inkues ini berlaku sehari selepas KEADILAN menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara yang mempersoalkan kelompongan PDRM dalam mengendalikan kes ini.

Ini mengundang kepada kesimpulan mudah bahawa tujuan inkues itu ditubuhkan ialah untuk melengah-lengahkan kes ini dan membuatkan rakyat terus senyap.

Kami mendesak agar sebarang bentuk hasil dan kesimpulan siasatan polis di dalam kes kematian Allahyarham Sarbani didedahkan kepada umum.

Rakyat dan keluarga Allahyarham mempunyai hak untuk tahu kenapa masih tiada sebarang jawapan mengenai punca kematian Allahyarham. Pihak PDRM dan Peguam Negara perlu menjelaskan sebab musabab mereka menyarankan penubuhan inkues dan mengapa siasatan mereka gagal memperuntukkan sebarang jawapan kepada kes ini.

Kami juga melihat wujud keperluan mendesak agar satu siasatan dan pendakwaan dibuat kepada semua yang terlibat atau bertanggungjawab ke atas kematian Allahyarham.


N SURENDRAN
NURUL IZZAH ANWAR

Salam Dan Jabatan Tangan Kempen Terakhir

Posted: 04 Jun 2011 01:17 AM PDT

MSO


TERNYATAAN perebutan jawatan dalam Pas jauh berbeza dengan perebutan jawatan dalam Umno. Pas masih berjaya menjaga tatasusila dan adat sopan serta ukhwah sesama sendiri. Falsafah bertanding bukan gilakan jawatan tetapi menawarkan perkhidmatan masih menjadi pegangan dan azimat. Demokrasi dalam Pas masih segar dan belum ternoda dengan demokrasi ala Umno. Inilah kekuatan Pas sebenarnya.

Bukan seperti Umno. Dalam Pas tidak ada pembahagian sampul surat di dalam bilik air atau pemberian surat hasrat untuk mendapatkan apa-apa projek. Dalam Pas tidak ada chai - senarai calon yang diedarkan, tidak ada buku yang diterbitkan untuk menyokong calon tertentu dan membelasah calon lain yang disponsor sesiapa. Kalau ada pun dalam Pas komen-komen nakal dalam Fb dan blog atau kiriman SMS sekadar memeriahkan pemilihan saja atau melayani mata yang tidak mengantuk.

Secara umumnya proses pemilihan masih berjalan dengan semangat anak beranak, saling pengertian dan penuh mahabah. Itulah Pas.

Ini semua dapat dibayangkan pada suasana yang ditunjukkan atau dapat dilihat pada pagi tadi menjelang perasmian muktamar. Ada calon yang masuk bergandingan dengan lawan masing-masing dan bersalaman dengan para tetamu dan juga perwakilan dengan penuh mesra. Masing-masing bergelak tawa dengan muka berseri-seri.

Tidak cukup bersalaman sesetengahnya berpelukan dan berlaga pipi macam tok Arab. Inilah budaya dalam Pas yang wujud sejak lama dulu. Sentuhan pipi atau genggaman erat tangan atau tepukan bahu adalah sentuhan ukhwah yang akan meninggalkan kenangan dan keakraban persahabatn dalam satu jemaah. Sentuhan kecil yang mesra itulah menjadikan penambat kasih di antara mereka.

Situasi inilah menjadikan Pas berbeza dengan Umno dan parti-parti politik lain. Walaupun suasana kempen tidak dapat dielakkan tetapi ia sekadar dilakukan sebagai formaliti saja, bukan sesuatu yang serius atau wajib. Kalau pun terasa hangat di dadah akhbar arus perdana yang mempunyai agendanya tersendiri atau sesudah kehabisan modal untuk melaporkan kes video lucah. Sejak akhir-akhir ini yang nampak lebih memberi liputan dan gimik kepada muktamar Pas ialah akhbar yang dulunya menggelapkan berita mengenai muktamar Pas.

Pas juga masih adil saya lihat. Walaupun ada akhbar tertentu tidak memberi laporan yang adil dan saksama dan berniat jahat namun mereka masih tetap diberi layanan dan pas untuk membuat liputan. Tadi saya terlihat ada dua tiga orang wartawan yang menulis agak pesimis terhadap Pas tetapi masih diberi peluang untuk membuat liputan dan ulasan muktamar.

Ini berbezanya Pas dengan Umno parti yang kononnya lebih moden dan hebat dari Pas tetapi menutup pintu perhimpunannya kepada akhbar tertentu apa lagi yang mirip kepada pembangkang.

Tegasnya calon yang bertanding merebuta jawatan tidak berkempen dari luar batas-batas yang sepatutnya. Kandati pas tidak mengadakan etika namun aktiviti kempennya ia masih terpelihara. Ada calon langsung tidak memberi apa-apa reaksi kepada perwakilan mungkin kerana sudah yakin menang atau sudah tahu akan kalah.

Broker calon juga cukup berhati-hati menjaga taukeh masing-masing. Cakap lemah lembut macam pondan, dan bertanya dengan penuh makna begitu juga ketika menjawab persoalan diajukan. Apa khabar, sihat? Jawaban yang akan keluar nanti akan menterjemahkan isi dalaman. Kalau jawaban sihat, tegas maknanya ada harapan perwakilan itu akan mengundi calon yang didokong oleh penyokong berkenaan. Tetapi kalau jawaban 'laweh' boleh.... bermakna perwakilan itu tidak dapat hendak dipastikan.

Pagi tadi saya memerhati segala gelagat para pemimpin yang bertanding dari jawatan timbalan presiden, naib presiden hingga Ahlijawatan kuasa. Hampir semua mereka dapat saya saksikan atau ada yang sempat bersalaman dengan saya memuji ulasan dan ada juga yang mahu kepastian lanjut mengenai siapa yang kalah dan siapa yang menang. Yang jelasnya tidak ada yang berani membelasah saya di depan walaupun dalam komentar mereka agak keras mengkritik cara saya membuat kritikan.

Antara mereka yang pertama ternampak ialah Nasharudin Mat Isa yang masuk bersendirian dan diiringi berapa orang penyokongnya. Dia bersalaman dengan perwakilan atau tetamu yang berbaris di jalanan dari pintu gerbang (jalan besar) hingga menuju ke dalam dewan. Selepas itu diikuti pula oleh Mahfuz Omar.

Sekejap kemudian Mohamad Sabu belenggang masuk, bersalam kiri dan kanan sambil menepuk bahu orang ditemunya dengan berkata bagus... bagus. Kemudian tiba pula tuan Ibrahim Tuan Man. Sewaktu bersalaman dengan saya terkeluar kata-kata; "ini semua kerana kawan-kawanlah." Apa yang dimaksudkan bahawa beliau bertanding bukan atas kehendaknya tetapi kerana kawan-kawan yang suruh.

Kehadiran para pemimpin semakin ramai, sehingga saya tidak cukup tangan untuk merakam gambar masing-masing. Antara yang terlihat dan melemparkan senyum tetapi tidak sempat diambil gambar termasuklah Mustapa Ali, Dr Haron Din, Nizar Jamluddin, Idris Ahmad dan lain-lain. Sallahuddin Ayub pula langsung tidak kelihatan, mungkin telah terlekat dicelah-celah orang ramai.

Kemudian muncul pula Husam Musa dengan sut Melayu berwarna hijau muda -- jangan bini muda sudahlah... Nampak sekali segak dan menyerlahkan ketokohan seorang pemimpin. Dia diiringi oleh 'orang' Rantau Panjang, semasa saya menghalakan camera BB ke arah Husam orang Rantau Panjang itu melarikan muka, kemudian hilang lenyap entah ke mana, tak sempat dia mengiringi Husam sampai ke dewan muktamar. Kenapa?

Saya sempat juga bersalam dengan Husam sambil menggoncang-goncangkan tangan. Dalam goncangan itu tangan saya terasa lebih kemas dari tangannya. "Kenapa kuat goncang,?" tanyanya. Goncangan itu bukan apa kerana kesiankan dia dibelasah teruk oleh Kickdefella disaat-saat dia hendak masuk gelanggang. Rupa makhluk ini yang terputus tali masih belum ditembak! Saya rasa perwakilan Pas semua sudah faham untuk apa dan kenapa Kicdefella tiba-tiba seakan tersedar dari tidur untuk memburukkan Husam.

Selepas Husam berlalu, tiba pula Mohd Amar Nik Abdullah. Seperti selalu bila bertembung dengan saya, dia akan berkata; MSO... Tinta Merah, tetapi kenapa pakai baju biru hari ini..? Itulah bahasa salam Mohd Amar dengan saya. Jawab saya baju merah diambil oleh orang lain. Sayang wajah terbaru Mohd Amar tidak pula sempat dirakam. Sebenarnya ingin sekali saya merakam wajah Mohd Amar yang duduk berganding dengan Husam.

Akhirnya tibalah orang penting dalam Pas, Abdul Hadi Awang yang kemudian diikuti oleh Tokguruku Nik Aziz. Kali ini Abdul Hadi tidak terus masuk dengan kereta tetapi turun dimuka jalan. Beliau iringi oleh Setiausaha Politiknya Dr Samsuri... saya nampak baju Samsuri kebasahan dengan peluh kerana dihimpit orang ramai yang ingin bersalam dan mencium tangan presiden Pas itu. Saya tidak berani untuk masuk dekat takut kena batang chop orang Terengganu! Setiap kali menghulurkan salam saya nampak Hadi tersenyum puas bangga dan sukacita.

Selang lima minit kemudian Tok Guruku Nik Aziz tiba bersama isterinya. Kereta Mercedez yang membawanya bergerak perlahan masuk hingga ke pintu masuk dalam Dewan Mohd Fadzir Noor. Saya nampak tok guru besama lendek dengan isterinya Tuan Sabariah di belakang. Mukanya serius saja sementara di mulutnya saya nampak terselit penculik gigi.

Ah... mukanya serius saja. Orang ramai mengerumini untuk menatap wajahnya sambil mengambil gambar dari luar. Dalam kesesakan itu saya bergerak cuba mengekori Mercedeznya beberap tapak tetapi berundur kerana keadaan begitu sesak. Tak mengapa kalau pun tidak dapat berjabat salam dengannya, asap yang keluar dari aksus Mercedeznya yang terkuat ke hidung sudah cukup memberi kepuasan. Asap itu terasa wangi dan sampai saat ini masih belum hilang.

Bukan DAP Ganti PAS. Tapi MCA, MIC dan Gerakan Dah Lama Ganti Umno

Posted: 04 Jun 2011 01:12 AM PDT

Oleh: Tok Janggut


Sejarah dan peristiwa golongan munafiqin yang sentiasa memporak-porandakan masyarakat, menjaja fitnah, melaga-lagakan rakyat, mengadu domba, cakap dusta, mungkir janji dan khianat pada amanah yang berlaku sejak zaman Nabi akan terus berlaku sehingga hari kiamat.

Inilah yang berlaku dalam negara kita Malaysia sejak UMNO ditubuhkan sehingga hari ini dan sekiranya parti ini kekal wujud akan kekalah sejarah seperti apa yang berlaku pada zaman Nabi dulu. Golongan munafiq peninggalan Abdullah bin Ubai ini tidak akan pernah selesa, duduk diam sekiranya mereka melihat perpaduan antara kaum dan agama wujud dalam negara ini kecuali semua kaum ini menyokong mereka termasuk dalam kerja-kerja fitnah, kerja zalim, penipuan dan kemungkaran yang mereka lakukan itu.

Budaya fitnah dan zalim adalah satu budaya yang sebati dan telah menjadi darah daging mereka. Bagi mereka tidak ada siapa pun yang boleh menghalang semua kerja kotor dan jijik yang mereka ingin lakukan selagi mereka punya kuasa. Semua agensi di bawah mereka wajib akur dan taat atas arahan mereka sekiranya ingin terus hidup senang dan mewah.

Golongan munafiqin seperti UMNO ini tidak akan pernah tidur dan lalai dari mencipta fitnah setiap masa. Mereka mampu merekacipta semua fitnah dan tuduhan palsu seperti yang mereka kehendaki dengan bantuan semua agensi keselamatan dan pihak media yang sesat yang menjadi barua kepada iblis dan syaitan laknatullah itu. Merka merasa sangat bangga, sombong dan takbur dengan apa yang mereka buat tanpa sedar bahawa mereka sudah termasuk dalam tipudaya dan hasutan iblis dan syaitan sepanjang masa. Maka jadilah mereka umpama syaitan dan iblis yang bertopengkan manusia sebenarnya.

Hukum Allah seperti berkaitan dengan zina, liwat dan sebagainya sudah menjadi bahan mainan mereka, sedangkan Allah sudah tetapkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah jenayah Islam ini tapi mereka ubah mengikut selera mereka dengan mencipta sumpah laknat, DNA, pilograf dan sebagainya yang penuh dengan penipuan dan kepalsuan itu.

Surah dari Al Quran mana, dari hadis mana yang menyatakan bahawa kes zina dan liwat mesti diselesaikan dengan kaedah sumpah, dna dan pilograf itu? Mengapa ketika isu Altantuya dulu mereka tidak meminta Najib dan Rosmah melakukan pilograf atau mengambil DNA Najib kerana Altantuya dikatakan mengandungkan anak Najib? Mengapa kematian Norita Samsudin mereka tidak arahkan Shahidan Kasim yang dikatakan terlibat untuk melakukan pilograf atau sumpah laknat? Mengapa Rais Yatim tidak diminta melakukan sumpah laknat atau pilograf ataus tuduhan merogol warga Indonesia itu dan mengapa, mengapa dan mengapa......?

Kita percaya selepas ini akan ada fitnah baru yang telah dirancangkan dan sedang dirancangkan oleh puak munafiq ini terhadap DSAI. Selain dari itu fitnah mereka untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP akan terus berjalan dan berterusan.

Sebelum ini mereka mengatakan jika PAS menang sekalipun DAP juga yang akan berkuasa dan menentukan segalanya. Adakah di Kelantan dan Kedah DAP berkuasa? Tetapi yang pastinya ketika UMNO menang besar kerusinya di Pulau Pinang tetapi Gerakan yang berkuasa. Ini hakikat yang berlaku.....Gerakan dan MCA telah pun ganti UMNO. Dan kerana itu jugalah banyak tanah rezab Melayu tergadai kepada puak MCA dan Gerakan kerana angkara dan tunduknya UMNO pada MCA dan Gerakan. Itu sebabnya UMNO mula berlembut pujuk DAP masuk BN.....terserlah sudah pemimpin UMNO jatuh tersungkur dan sujud di kaki DAP, di kaki Karpal dan Lim Kit Siang. Bila gagal pujuk DAP masuk BN, mereka cipta pula fitnah baru bahawa "DAP akan jadi Kristian sebagai agama rasmi Malaysia".

Maka pencacai UMNO termasuk Menteri Agamanya bertempik macam anjing gila tanpa mereka sedari bahawa selama ini UMNO sudah berpuluh tahun menghina Islam, mempersenda syariat Allah dan Sunnah Nabi tetapi kerana telinga telah pekak dan hati telah buta, maka mereka buat tak kisah saja. Apa beza dan maknanya sekiranya merea mengagungkan Islam sebagai agama rasmi sedangkan dalam masa yang sama perangai dan tindakan mereka selama ini lebih teruk dari orang kafir? Demi politik sesat, mereka tidak peduli si kaki arak dan kaki perempuan masuk rumah Allah, pegang Quran dan bersumpah. Malahan agama anutanya pun diragui. Untuk jadi saksi pun mereka tidak layak, inikan pula pegang Quran dan bersumpah! Yang lebih memalukan pejabat agama pun sama bersekongkol dengan kerja-kerja orang munafiq ini. Inilah bukti kerosakan aqidah dikalangan umat Islam dalam negara kita sudah sampai ketahap yang kritikal. Jadi, apa istimewanya jika mereka bangga sangat Islam menjadi Agama Rasmi? Apa bezanya jika agama lain dikatakan akan menjadi agama rasmi juga? Rosaknya aqidah rakyat adalah kerana rosaknya aqidah pemimpin dan parti yang memerintah dan berkuasa. Inilah hakikat dan kenyataanya. Golongan rosak aqidah seperti UMNO dan Perkasa itu tidak layak untuk bercakap tentang Islam kerana merekalah puncanya agama Islam tercemar dan aqidah umat Islam rosak selama ini.

Kerja-kerja sumpah ini adalah bahan mainan Abu Jahal, Abu Lahab dan sekutunya ketika zama Nabi dulu. Mereka itu tidak putus-putus dengan kerja sumpahnya, inilah UMNO yang menjadi ikutan mereka itu. Hanya golongan Munafiq saja yang akan percaya dengan fitnah dan berita palsu dari pihak Munafiq. Ingatlah sesiapa yang mengundi, menjadi ahli, menyokong dan mempertahankan UMNO akan turut dikira bersubahat dan akan sama dikumpulkan dihadapan Allah kelak untuk dicampakan ke dalam neraka. Dalam Islam, jika mereka benci segala kemungkaran yang dilakukan oleh jemaah (parti) itu, mereka wajib keluar dan meninggalkan jemaah tersebut tanpa sebarang alasan serta melakukan taubat. Jika tidak atau sentiasa mencari banyak alasan untuk terus bersama UMNO, sahlah hati mereka sebenarnya telah buta dan termasuk dalam puak yang "istidroj".

Ingatlah Sabda Nabi dari Imam Ahmad At Tabroni yang bermaksud "Jika kamu melihat Allah memberika kesenangan, pangkat, kuasa dan kesihatan kepada golongan yang melakukan kemungkaran, kezaliman dan kesesatan, ketahuilah mereka itu sedang di sesatkan oleh Allah (istidroj). Wallahualam.

Ibarat anjing yang angkat sebelah kaki waktu kencing

Posted: 04 Jun 2011 01:05 AM PDT

Oleh Saiburi Sudin


UMNO akan hapuskan semua karaoke bila berkuasa kelak. Itulah tekad UMNO yang sedang dirangka dalam manifesto BN Kedah, khusus untuk rampas negeri ini dari PAS.

Aku nak angkat tabik spring dekat UMNO.Kalau benar karaoke itu adalah maksiat maka elok benarlah UMNO menentangnya habis-habisan.

Cuma pelik bin ajaib bin takjubnya ialah mengapa tiba-tiba UMNO mengangkat darjah kewujudan pusat karaoke sebagai maksiat besar yang wajib dihapuskan segera.

Seluruh dunia tahu UMNOlah yang mengeluarkan lesen judi dan arak. Segala program hedonisme yang bermaharajalela di negara ini melalui media elektronik atau premis-premis awam adalah dengan kebenaran kerajaan UMNO. Misalnya Akademi Fantasia, Juara Lagu, Malaysian Idol, Anugerah Industri Muzik, Mentor, Gangstarz,One in a Million, So You Think You Can Dance, Mari Menari, Project Superstar, The Top Kid dan macam-macam lagi bukankah dengan izin dan restu UMNO. Semua tu 10 kali lebih teruk dari karaoke.

Dari aspek lain UMNO adalah parti perasuah, penyeleweng, penyamun & perompak duit rakyat, pemfitnah nombor 1 mengalahkan Yahudi, penghina ulamak dan pemimpin politik yang tidak sehaluan, pembuli Anwar dengan konspirasi jahat lagi terkutuk, menjadikan Yahudi Apco sebagai penasihat dan 1001 macam kejahatan bak kata orang tua-tua Kedah, jahat bukan sekagha.

UMNO itu sendiri adalah parti sekular yang pragmatis, lalangisme, sering memperlekeh hudud & undang-undang syariah; pendek kata batang tubuh mereka sendiri adalah sekular, tiba-tiba merasa 'kotor' melihat pusat karaoke.

Ia mengingatkan kita tentang perangai anjing yang mengangkat sebelah kaki sewaktu kencing, khuatir air kencing mercik ke tubuhnya; walhal dia tidak sedar bahawa seluruh tubuhnya adalah najis mughallazoh.

Laluan Keningau-Apin-Apin tergendala akibat tanah mendap

Posted: 04 Jun 2011 01:04 AM PDT

KENINGAU KINI


KENINGAU: Laluan Keningau- Apin-Apin tergendala seketika apabila permukaan jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau II, mendap kira-kira jam 6.00 pagi kelmarin akibat hujan lebat yang berterusan sejak tengah malam.

Walau bagaimanapun, laluan menjadi tenang semula apabila polis mengawal lalu lintas dan memastikan pengguna jalan raya mematuhi arahan.

Kejadian tanah mendap itu menyebabkan permukaan jalan yang sedang dalam pembinaan berlubang seluas lebih kurang enam meter dan kira-kira tiga meter dalam.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Sipritendan Polis (DSP), Zahari Mohamed, yang melawat tempat kejadian awal pagi berkata, kejadian itu kemungkinan besar disebabkan sistem saliran yang tidak sempurna.

Beliau meminta pihak yang berkenaan agar mengatasi masalah itu agar kejadian seumpama itu tidak berulang.

Ketua Polis Daerah itu juga menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi arahan polis sebagai langkah menjaga keselamatan.

Berikutan kejadian mendapan itu, laluan ditutup dalam tempoh sehingga kerja-kerja pembaikan selesai.

Walau bagaimanapun para pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif iaitu jalan Kota Ayangan bagi mereka yang bergerak dari arah Tambunan dan jalan belakang hospital bagi mereka yang bergerak dari Keningau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Keningau, Harry Otigil yang mewakili Ahli Parlimen Keningau, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, beliau difahamkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini bahawa kejadian mendapan permulaan jalan itu disebabkan culvet tidak dapat menampung saliran air berikutan hujan lebat yang mula turun sejak tengah malam hingga subuh pada Khamis.

Katanya, kerja-kerja penyelenggaraan dibuat oleh kontraktor pembinaan naiktaraf jalan raya selepas kejadian itu dan permukaan jalan yang hampir siap terpaksa dikorek semula bagi menyempurnakan sistem salirannya.

Dalam masa yang sama beliau berharap agar kerja-kerja penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan segera bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas menjelang SAGA V di daerah pada 6 hingga 11 Jun ini.

Sikap hakim Zabidin bukti konspirasi politik- N Surendran

Posted: 03 Jun 2011 08:31 PM PDT

KEADILAN DAILY

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, sikap hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang berat sebelah menguatkan bukti bahawa kes itu merupakan konspirasi dan perancangan politik.

Beliau mengulas permohonan peguam Anwar supaya Zabidin digugurkan dari kes tersebut. Ia merupakan kali ketiga pihak peguam Anwar memohon untuk menyingkirkan Zabidin sejak kes itu dibicarakan.

Menurut Surendran, Zabidin bertindak berat sebelah apabila membuat keputusan pra penghakiman dengan menyatakan saksi utama kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi berwibawa dan boleh dipercayai.

Zabidin, katanya telah membuat keputusan sebelum Anwar dihukum bersalah yang tidak melayakkannya untuk mendengar kes tersebut apabila perbicaraan bersambung.

"Hakim telah salah arahkan dirinya sendiri dalam menafsirkan perkataan prima facie di bawah seksyen 180(3) dan (4) Kanun Jenayah. Ini mengakibatkan peruntukan seksyen 182A(1) dan (2) Kanun Acara Jenayah menjadi sia-sia," kata Surendran.

"Sangat jelas kesilapan undang-undang oleh tafsiran hakim. Saya ulangi ini adalah konspirasi dan perancangan rekaan Umno-BN. Cerita ini hanya kesinambungan kes Fitnah 1 ke Fitnah 2," katanya.

Dalam perbicaraan sebelum ini, antara lain Saiful mengaku duduk selama 20 minit selepas kejadian liwat dikata berlaku sambil minum kopi dan memakan karipap.

Peguam juga mendedahkan bahawa Saiful bekerja seperti biasa pada keesokkannya hari nya dengan datang ke pejabat Keadilan malah ke rumah Anwar sendiri.

Saiful juga mengaku menemui ahli-ahli politik termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menghubungi Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hassan.

Selain itu, beliau juga bertemu bekas atlet negara yang juga pembantu Datin Seri Rosmah Mansur, Datuk Mumtaz Jaafar dan bekas Ketua PemudaParti Keadila Nasional, Ezam Mohd Nor yang kini menyertai Umno.

Peguam Anwar sebelum ini menyifatkan kes tersebut sepatutnya digugur sejak dari awal. Anwar didakwa Seksyen 377 b atas kesalahan melakukan liwat dengan kerelaan, sedangkan laporan polis yang dibuat Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya.

Selain, itu berlaku banyak kepincangan sepanjang perbicaraan berlangsung. Antaranya kegagalan pendakwa memanggil doktor dari Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid untuk memberi keterangan sedangkan beliau merupakan doktor pertama yang memeriksa Saiful.

Kemudian berlaku banyak keterangan tidak konsisten dari saksi-saksi pendakwa. Contohnya keterangan pakar kimia dari Hospital Kuala Lumpur, Dr Seah Lay Hong yang mengakui kehadiran DNA lebih daripada seorang lelaki dalam dubur Saiful.

Satu lagi contoh kepincangan adalah pendedahan bahawa sampel DNA hanya diberikan kepada ahli kimia oleh pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira selepas 97 jam, atau empat hari selepas tarikh kejadian liwat kononnya berlaku.

Bukti-bukti ini bagaimana pun tidak dijadikan pertimbangan untuk Zabidin menolak kes berkenaan.

Sandiwara panggil Najib Rosmah

Dalam pada itu, Surendran berkata peguam kemungkinan besar akan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai saksi dalam kes itu.

Ia sepertimana yang berlaku pada kes fitnah 1, di mana Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad turut dipanggil sebagai saksi oleh pasukan peguambela.

Namun katanya beliau percaya pihak pendakwa sedaya upaya akan menghalang perkara itu berlaku.

"Sebelum ini pun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes fitnah pertama.

"Saya tak menolak kemungkinan Najib dan Rosmah akan turut dipanggil, tapi kita semua faham konsep perundangan di Malaysia.

"Pendakwa dan polis pasti akan berhujah atau memberi alasan untuk mengelakkan dari kedua individu ini diheret ke mahkamah," kata Surendran.

Posted: 03 Jun 2011 08:29 PM PDT

Khairy dicabar desak pemimpin Umno hentikan video fitnah -Shamsul

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar Pemuda Umno, mendesak pucuk pimpinan dan ahli parti itu mengambil tindakan tegas terhadap dalang dan penyebar video lucah.

Menurutnya, jika Khairy benar-benar tegas menolak politik kotor itu, beliau juga perlu menggesa supaya pemimpin dan ahli Umno menghentikan pengedaran video tersebut yang semakin berleluasa.

"Khairy selaku Ketua Pemuda Umno patutnya menggesa ahli-ahli dan pemimpin Umno menghentikan budaya fitnah selain mengambil tindakan tegas kepada individu yang terlibat dalam video lucah," kata Shamsul ketika dihubungi ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Khairy dalam forum 'Fitnah, ancaman Umat Akhir Zaman' anjuran akhbar Sinar Harian baru-baru ini.

Dalam forum itu,Khairy menyatakan beliau menolak fitnah, termasuk dalam isu video fitnah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairy yang berkongsi pentas dengan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam wacana tersebut turut mendesak supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Mengulas lanjut, Shamsul menyarankan Khairy membuat saranan secara terbuka kepada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno, sekiranya beliau ikhlas menolak budaya politik fitnah.

Ia juga, katanya, supaya desakan yang dikemukakan Khairy itu tidak dianggap sebagai pandangan peribadi semata-mata.

"Khairy perlu buat pesanan terbuka bagi menggambarkan penegasan beliau dalam menolak budaya politik fitnah. Sekiranya beliau hanya bercakap di wacana sahaja, itu tidak menggambarkan penegasan Umno, tetapi mungkin dirinya sahaja.

"Saya tidak lihat itu pandangan Umno dalam menghadapi politik masa ini. Selagi tidak mengambil tindakan yang tegas dan keras, Khairy sebenarnya bercakap kosong yang bersifatkan politik," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan kenyataan Khairy yang berkata hukuman qazaf tidak perlu kerana cukup dengan hukuman takzir yang tidak memerlukan empat orang saksi.

"Khairy lupa bahawa Qazaf ada dalam peruntukkan jenayah syariah," kata Shamsul

Gagal tangani video seks: KPN digesa berundur

Posted: 03 Jun 2011 08:26 PM PDT

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar digesa melepaskan jawatannya kerana tidak mampu menangani penyebaran video seks fitnah, tegas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Terbaru, versi hampir lengkap klip video seks tersebut sekali lagi diedar di internet. Tiga video berkenaan dimuat-naik di sebuah blog bernama anwarcctv.

"Ia menggambarkan kelemahan pihak polis yang menunjukkan penekanan tidak diberikan kepada pihak polis untuk menangkap penjenayah yang menyebarkan video ini. Ini menunjukkan bukti bahawa ia merupakan satu jenayah terancang.

"Justeru, Tan Sri Ismail Omar wajar meletakkan jawatannya sebagai Ketua Polis Negara kerana gagal menangani penyebaran video seks ini dan menangkap dalang di sebaliknya," ujarnya.

Menurutnya, video itu bukan sahaja memalukan Malaysia di mata umum, malah memberi kesan negatif kepada masyarakat, terutama kanak-kanak.

Namun sehingga hari ini, katanya, tidak ada seorang pun yang ditangkap kerana mengedar dan menayangkannya kepada umum, meskipun ia terang-terang melanggar undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem dan Seksyen 292 kanun keseksaan.

"Sepatutnya tindakan tegas perlu diambil, tetapi sehingga hari ini, pihak polis termasuk juga Suruhanjaya Komunikasi Media (SKMM) gagal mengambil sebarang tindakan kepada penjenayah terbabit," ujar Yusmadi.

Katanya lagi, tindakan polis yang berdiam diri dengan penyebaran klip itu di internet dan sebaran video yang meluas termasuk di kampung-kampung, seolah-olah merestui perbuatan itu.

"Ini juga menunjukkan kecuaian pihak polis yang gagal untuk meyakinkan rakyat dalam membanteras jenayah," ujarnya.

Video tersebut sebelum ini ditayang kepada sekumpulan wartawan oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim, Mac lalu.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat menafikan sekeras-kerasnya individu dalam rakaman itu adalah Anwar. Salah seorang Ahli parlimen Pakatan yang dibawa menonton rakaman itu, Datuk Johari Abdul menafikan perkara itu berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok lelaki terbabit.

KEADILAN juga mengeluarkan bukti seperti potongan rambut lelaki berkenaan, bahagian dada dan perut lelaki itu yang jauh berbeza dengan Anwar.

Sebelum ini, trio berkenaan dan pihak polis juga membuat kenyataan bercanggah antara satu sama lain.

Shazryl Eskay menyatakan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelacur China manakala polis pula mendakwa wanita itu adalah seorang penuntut salah sebuah kolej swasta. Eskay juga menyatakan video itu dirakam di sebuah hotel manakala polis pula menyatakan ia dirakam di sebuah kondominium di ibu negara.

Tarif elektrik: Ani Arope salahkan EPU, gelar ‘Unit Penyamun Ekonomi’

Posted: 03 Jun 2011 08:24 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik.

Laman web The Malaysian Insider memetik Ani sebagai berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.

Ani, yang menyifatkan EPU sebagai 'Economic Plundering Unit', memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.

"Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP," kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.

"Dengan fasal ambil-dan- bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.

"Bagus EPU — Unit 'Plundering' Ekonomi," katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.

Ani menimbulkan kegemparan 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif TNB kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)

Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff, semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

"TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya," katanya.

Hadi: PAS tiada kuasa siasat dakwaan Kickdefella

Posted: 03 Jun 2011 08:20 PM PDT

Salhan K Ahmad


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan bahawa penulis blog Kickdefella telah dibayar sejumlah wang oleh exco kerajaan negeri Kelantan untuk bertanding dalam pemilihan parti.

NONEBagaimanapun, parti itu mengalu-alukan siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas kes berkenaan demi membersihkan parti itu daripada pemimpin yang terlibat rasuah, katanya lagi.

Malah, parti itu juga tidak teragak-agak untuk memecat pemimpin berkenaan sekiranya benar-benar didapati terlibat dalam rasuah, katanya lagi.

"Kita tidak ada kuasa, yang ada kuasa ialah SPRM. Mengikut amalan pentadbiran, orang yang hendak bertindak mesti mendapat green light daripada menteri besar dan juga menteri.

"Sebab itu menteri besar Pakatan Rakyat terbuka untuk SPRM menyiasat semua yang dituduh, yang difitnah, dibuat dengan rasuah kerana kita betul-betul hendak bersih kerajaan kita.

"Walaupun exco walaupun menteri besar sekalipun kalau tidak betul, kita pecat. Dalam sejarah PAS (ada) kita pecat. Kita tidak mahu pelihara orang yang ada penyakit ini," katanya dalam satu sidang media di muktamar parti itu di Gombak hari ini.

syed azidi syed abdul aziz kickdefella police pc 171008 02Penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam mengaku pernah menerima RM350,000 daripada Datuk Husam Musa sebagai pampasan setelah ditamatkan kontraknya dengan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dua tahun lalu.

Syed Azidi mendakwa wang tersebut ialah sebagai pampasan selepas kontraknya sebagai pegawai perhubungan awam di PMBK ditamatkan pada 10 November 2009.

Dengan berseloka, Abdul Hadi juga berkata dakwaan itu hanya ditimbulkan tetapi kebenarannya masih belum diketahui.

"(Sekarang) zaman langit terbuka. Langit terbuka ini kita dengar guruh kilat, ada guruh yang tak ada hujan. Ada guruh yang ada hujan. Jadi kita tunggulah," kata Abdul Hadi lagi dengan tersenyum.

Sementara itu, setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali pula berkata, parti itu hanya memberi reaksi kepada isu berkenaan kerana ditanya dalam sidang media berkenaan.

NONE"Maksudnya yang menimbulkannya bukan kita, yang bertanya itu timbul. Kita respon sajalah. Kita tidak timbul sebab tak ada (kes).

"Saya yang buat kenyataan dulu apabila ia berbangkit, dan tak ada. Tak wujud perkara itu," katanya lagi dalam sidang media sama.

Siasatan ke atas Taib masih berterusan, kata SPRM

Posted: 03 Jun 2011 08:11 PM PDT

MALAYSIA KINI


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mendedahkan sebarang maklumat berhubung siasatan yang dijalankan ke atas Menteri Besar Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

SPRM hanya mengesahkan hari ini bahawa siasatan sedang berlangsung.

"Seperti yang disebut berulang kali, kita telah memulakan siasatan. Itu sahaja.

"Saya tidak boleh dedahkan kepada awak sebarang butirannya," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed pada sidang akhbar hari ini.

"Siasatan masih berlangsung."

Pendaftaran PKR: ROS puas hati, saman ditarik

Posted: 03 Jun 2011 08:06 PM PDT

MALAYSIA KINI


PKR menyambut baik keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang berpuas hati dengan penjelasan yang dikemukakan parti itu dalam surat tunjuk sebab berkaitan dengan ancaman pembatalan pendaftarannya minggu lalu.

NONESetiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam kenyataan medianya memaklumkan, pihak ROS tidak akan meneruskan tindakan tersebut.

Berikutan keputusan itu katanya, PKR juga membatalkan hasrat menyaman ROS memandangkan perkara ini telah dapat diselesaikan dengan baik.

Sebelum ini, PKR memfailkan tindakan undang-undang terhadap ROS bagi mencabar keputusan ROS untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

PKR menfailkan permohonan itu berikutan notis bertarikh 9 Mei lalu yang dikeluarkan ROS bawah Seksyen 13(1) dan (2) Akta Pertubuhan 1966, untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

Ini berikutan terdapat kes kononnya PKR memecat ahlinya yang bernama A Rajagopal tanpa dibicarakan oleh lembaga displin parti terlebih dahulu walhal perkara itu tidak berlaku dalam parti itu kerana Fasal 32.2.1 perlembagaan parti tidak wujud dalam perlembagaan PKR.

PKR mendakwa keputusan ROS bagi membatalkan pendaftaran parti itu dibuat berdasarkan niat jahat (malafide) dan bertujuan semata-mata untuk menghalang parti itu daripada mengambil bahagian pada pilihan raya umum akan datang.

Mohamad Sabu, Salahudin, Husam, Mahfuz menang

Posted: 03 Jun 2011 07:56 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Keputusan rasmi itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011-2013, Datuk Abdul Halim Abd Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:

AHLI JAWATANKUASA KERJA (hanya 18 calon sahaja yang dipilih)
1) Mazlan Aliman (804)
2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)
4) Hanipa Maidin (735)
5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
6) Dr Zulkefly Ahmad (702)
7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
8) Khalid Samad (643)
9) Abdul Ghani shamsuddin (579)
10) Amiruddin Hamzah (576)
11) Abdul Wahid Endut (556)
12) Abu Bakar Chik (527)
13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)
15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)
16) Datuk Hassan Ali (437)
17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)
18) Nuridah Salleh (416)

Tiada ulasan: