Selasa, 28 Jun 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Bersih Ajak Himpunan Aman, Pemuda UMNO Ajak Bakar Bangunan

Posted: 28 Jun 2011 12:50 AM PDT

Pemuda Umno ancam bakar ibu pejabat PKR

Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Macam mana saya tahu mereka ahli Umno? Pertama, mereka bawa bendera Umno dan mereka memakai baju T mejah yang tertulis Patriot," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Saya juga nampak mereka (exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah) mengetuai kumpulan itu," katanya.Katanya, beberapa ahli PKR juga sempat merakamkan ucapan berap-api Lukman yang berbaur hasutan.

"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejabat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya," kata Saifuddin.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip yang juga berada di lokasi ketika kejadian itu berkata Lukman secara terangan mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR jika parti itu terus menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Dia juga mengugut (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan (Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Datuk) S Ambiga tentang perhimpunan itu," katanya sambil menambah kira-kira 50 ahli AMK memantau kejadian malam semalam itu.

Katanya, berdasarkan maklumat tang diperolehi dari blog pro-Umno, kumpulan Pemuda Umno itu berkumpul di dua lokasi. Pertama di sebuah stesen minyak di Shah Alam dan kedua di tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan sebelum menunju ke ibu pejabat PKR.

Rozan membuat laporan polis pada kira-kira jam 11.40 malam selepas kumpulan berkenaan bersurai.

Katanya, beliau juga menyaksikan kira-kira 20 anggota polis yang lengkap bersenjata dalam keadaan bersiap sedia tetapi mereka tidak melakukan sebarang tangkapan.

"Sebab itu kita juga tertanya-tanya," katanya sambil meminta polis menyiasat kes itu.

Sementara itu, usaha Malaysiakini bagi menghubungi Lukman dan Arman masih belum berjaya. -mk

Ulasan GB

Masing-masing (termasuk Polis) kini boleh menilai perbezaan di antara perhimpunan BERSIH dengan lain-lain perhimpunan.

BERSIH tidak pernah malah tidak akan mengajak dan menyeru ke arah keadaan yang huru-hara, tetapi Pemuda UMNO telah membuktikan perhimpunan mereka, walau sekecil mana pun mengajak ahlinya bersikap ektrim dan mencetuskan provokasi bagi menimbulkan kekacauan.

Tetapi yang malangnya, polis hanya mencari dan mereka-reka kesalahan di pihak orang yang tidak bersalah sedangkan pihak yang nyata bersalah lansung tidak disentuh apatah lagi dikenakan tindakan.

Peristiwa malam semalam membuktikan sudah siapa sebenarnya yang ingin timbulkan kekecohan, ketegangan dan huru-hara. KEBENARAN itu akan tetap terserlah juga akhirnya.

Pemuda UMNO Letak Undang-undang Dalam Tangan Sendiri. Polis Masih Diam Sajakah?

Posted: 28 Jun 2011 12:00 AM PDT

Jangan main-main dengan kami', Pemuda Umno beri PKR amaran

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar mempertahankan tindakan 'ganas' sekitar 600 ahli sayap itu di luar ibu pejabat PKR dekat sini malam tadi atas alasan ia satu-satunya cara untuk memastikan pesaing politik menerima mesej bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ancaman ke atas pemimpin mereka.

"Kami tahu pemimpin-pemimpin PKR di belakang ugutan bunuh ke atas Ketua Pemuda kami. Itu sebabnya kami mahu menghantar mesej. Jangan cuba main-main dengan kami," kata beliau (gambar) kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi pagi ini.

Rakaman gelagat mereka mengepung ibu pejabat PKR lewat malam tadi boleh diikuti di YouTube.

Sesetengah pihak menyamakan tindakan mereka itu seolah-olah aksi 'mat rempit'.

Rizalman tidak menafikan label itu selepas sayap tersebut berjanji akan mengadakan perhimpunan balas dengan aman pada 9 Julai ini.

Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh tersebut.

"Kami tidak melihat adanya cara lain. Jika kami melakukan dengan cara yang baik, kumpulan macam ini, sangat sukar untuk bercakap dengan mereka. Mereka selalu mempolitikkan isu-isu semasa," katanya yang merujuk kepada PKR.

"Ini adalah tahap maksimum untuk menunjukkan kami ini serius," kata beliau. -TMI

Ulasan GB

Pemuda-pemuda UMNO ini jelas membelakangkan undang-undang malah mereka meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka sendiri dengan membuat ugutan dan ancaman yang boleh menimbulkan kekacauan dan huru-hara.

Apakah benar SMS Ugutan yang diterima oleh Ketua Pemuda itu datang dari PKR? Jika benar, mengapa tidak buat laporan polis dan biar polis menahannya? Mengapa perlu berhimpun untuk menimbulkan ketegangan dan kekecohan disamping ugutan untuk membakar bangunan? Apa hak mereka berbuat demikian? Apakah di Malaysia ini undang-undang hanya dikenakan untuk rakyat yang menyokong PR tetapi Pemuda UMNO/BN bebas melakukan apa saja?

Polis perlu menyiasat dan mendedahkan semua SMS ugutan bunuh yang tersebar. Sebelum ini pemimpin BERSIH seperti Ambiga turut menerima ugutan bunuh. Tidak sukar untuk mengesan penghantar SMS itu kerana nombor telefon yang menghantarnya terpapar jelas.

Dan pemuda-pemuda UMNO yang mencabuli undang-undang dan bertindak mengancam, mengugut serta mengambil tindakan sendiri hendaklah dikenakan tindakan sewajarnya. Kami juga serius di dalam hal ini.

Polis perlu professional dan bertindak adil jika mahu dihormati rakyat.

Menjelang PRU13 - UMNO BN Lebih Tertekan Di Perak

Posted: 27 Jun 2011 09:55 PM PDT

PRU-13: Tiada dua pertiga di Perak

BN merupakan pihak yang menanggung risiko terbesar dalam PRU-13 nanti akibat daripada peristiwa yang dianggap PR sebagai rampasan kuasa yang tidak sah itu.

Setelah negara dilanda tsunami politik dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU-12) lalu, tidak mudah untuk mencongak percaturan pengundi negara ini dalam PRU-13 nanti lebih-lebih lagi bagi sebuah kerajaan negeri yang begitu cepat bertukar tangan seperti yang berlaku di Perak Darul Ridzuan.

Kejutan tsunami PRU-12 lalu tidak berhenti setakat itu sahaja, malah ia turut membawa kepada satu lagi kejutan; kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Perak kehilangan kuasa kepada Barisan Nasional (BN) setelah hanya 10 bulan berkuasa tentunya memberi kesan terhadap keputusan PRU-13 nanti.

Ketika parti-parti politik sedang giat mempersiapkan jentera pilihan raya mereka bagi menghadapi pilihan raya nanti, BN merupakan pihak yang menanggung risiko terbesar dalam PRU-13 nanti akibat daripada peristiwa yang dianggap PR sebagai rampasan kuasa yang tidak sah itu.

Kegagalan BN mempertahankan tampuk kuasa negeri Perak dalam PRU-13 nanti bukan sahaja merupakan satu tamparan buat BN malahan turut menjejaskan imej pihak-pihak bertanggungjawab dalam membuat beberapa keputusan ketika mengendalikan isu yang dianggap krisis perlembagaan negeri itu.

Kegagalan BN dalam PRU-13 nanti bakal mencerminkan tindakan merampas kuasa dan keputusan pihak bertanggungjawab ketika itu sebagai membelakangkan aspirasi rakyat Perak khususnya kegagalan mengembalikan mandat memilih kepada rakyat negeri itu seperti mana yang telah dituntut oleh PR.

Apatah lagi proses 'rampasan kuasa' yang berlaku ketika itu tidak 'solid' – mempunyai banyak ruang-ruang lompong yang boleh diperdebatkan oleh mana-mana pihak dari golongan petani hinggalah kepada ahli akademik yang dianggap pakar perlembagaan.

Sebaliknya, meskipun kejayaan PR dalam PRU-12 lalu hanyalah melalui kemenangan tipis, nyata ianya satu kemenangan yang sah, tidak mampu dipertikaikan oleh pihak lawan mahupun pakar perundangan dalam negara ini dan ianya adalah fakta.

Umumnya juga lebih gemar menilai kontroversi 'rampasan kuasa' yang berlaku tersebut akhirnya lebih menonjolkan PR sebagai pihak yang dianiaya oleh satu lagi di pihak yang lain.

Prestasi jadi ukuran

Ketika bakal pengundi dalam PRU-13 nanti menilai semula prestasi kedua-dua parti menerajui kerajaan negeri, tentulah tidak adil bagi mempertikaikan kemampuan PR ketika 10 bulan lapan hari meneraju kerajaan negeri untuk dibandingkan dengan lebih setengah abad BN.

Sebaliknya kemampuan BN dengan rekod 53 tahun pengalaman mentadbir kerajaan boleh dianggap memalukan sekiranya kemampuan mereka mampu disaingi dengan 10 bulan pentadbiran PR lebih-lebih lagi kemampuan mereka menangani isu-isu lama peninggalan BN.

Setelah lebih dua tahun menerajui kerajaan negeri, prestasi Menteri Besar (MB) BN, Dato' Dr Zambry Abd Kadir juga kelihatan sedikit ditenggelami oleh aura MB PR sebelumnya, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika menerajui kerajaan negeri.

Meskipun BN Perak dibungkuskan oleh PR dalam PRU-12 lalu, tidak banyak tindakan drastik yang diambil oleh BN negeri apabila kembali menguasai tampuk kuasa kerajaan negeri hingga ke hari ini.

Beberapa tindakan kerajaan negeri di bawah Nizar termasuk memberi geran tanah kepada penduduk Cina di kampung baru, masyarakat Melayu di kampung tersusun dan masyarakat India sedikit sebanyak menyukarkan kerja pemutihan oleh BN.

Bagaimanapun isu pemberian geran tanah ini juga bakal dijadikan modal politik BN sekaligus melabelkan Nizar sebagai boneka kepada DAP bagi meraih sokongan pengundi Melayu.

Harapan terbaik BN Perak pada masa ini ialah mengharapkan corak pengundian masyarakat Melayu kembali kepada mereka seperti yang berlaku dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Sekalipun BN Perak kembali beroleh kemenangan dalam PRU-13 nanti, peluang mereka untuk menang selesa dengan menguasai majoriti dua pertiga di Dun negeri ini amatlah tipis.

Undi masyarakat Cina

Kemampuan BN untuk meraih sokongan majoriti masyarakat Cina negeri itu dalam PRU-13 nanti juga diragui memandangkan tiada usaha konkrit yang dijalankan BN negeri bagi 'memujuk' golongan masyarakat tersebut.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan beberapa pemimpin Umno yang dilihat kurang bijak mengambil hati masyarakat Cina termasuk sikap beberapa pemimpin Umno dan MCA yang lebih gemar bercakaran sesama sendiri lebih-lebih lagi di peringkat pusat.

Selain itu, dengan cuma mengharapkan kejayaan BN Terengganu merampas semula pentadbiran kerajaan negeri itu dalam PRU-11 setelah tewas dalam PRU sebelumnya berulang di Perak masih tidak memadai untuk menjamin kemenangan BN Perak.

Walaupun kekuatan BN Perak tidaklah sekuat ketika PRU-11, ia belum cukup untuk memberi laluan mudah bagi PR negeri itu dalam PRU-13 nanti.

PAS dan PKR juga tidak boleh terlalu mengharapkan kekuatan DAP yang dilihat sebagai parti paling dominan dalam blok pembangkang negeri itu.

Sekali lagi kesilapan memilih calon pilihan raya yang tidak mempunyai integriti dan kredibiliti bakal memberi padah kepada PR bukan sahaja di peringkat negeri bahkan di peringkat pusat.

Mengenal pasti pemimpin 'musang berbulu ayam' khususnya di kalangan ahli PKR yang sedang memasang angan-angan agar terpilih sebagai calon pilihan raya harus dititik beratkan pada masa ini.

Sekurang-kurangnya senario yang ada pada hari ini, mana-mana pihak yang menjadi 'johan' di Dun Perak dalam PRU-13 nanti dikatakan hampir pasti gagal memperolehi dua pertiga majoriti kerusi, tidak kira samada BN mahupun PR. -FMT

BERSIH Nak Guling Kerajaan? UMNO Takut Dengan Bayang-bayang

Posted: 27 Jun 2011 08:20 PM PDT

Bahang perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung 9 Julai nanti semakin dirasai oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) hingga wujud tanggapan bahawa rakyat berhasrat menggulingkan kerajaan menerusi demostrasi jalanan.

Ini berikutan hampir 81 orang aktivis- aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang dilaporkan kini telah ditangkap dengan pelbagai alasan kurang munasabah.

Sehubungan dengan itu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak merasakan seolah-olah ditentang oleh rakyat walhal isu yang disuarakan semata- mata bersabit tuntutan perubahan dalam sistem demokrasi negara.

"Saya fikir pihak media juga perlu menilai justifikasi penahanan dan saya juga ada risalah yang dianggap membahaya oleh kerajaan memperincikan tuntutan Bersih 2.0. Antaranya saya fikir membahaya untuk BN iaitu untuk mengukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor.

"Jadi sekali lagi perkara ini langsung tidak boleh diterima akal," ujar beliau di lobi parlimen pagi tadi.

Tiga puluh orang aktivis PSM termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Micheal Jayakumar yang ditahan polis ketika mengedarkan risalah "Udahlah... Bersaralah" di Pulau Pinang semalam didakwa atas alasan berhasrat untuk menentang Yang di-Pertuan Agong dan menghidupkan fahaman komunis.

Mereka kini masih ditahan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan.

Nurul Izzah kemudian berkata, kerajaan Umno-BN khuatir akan maklumat yang dimuatkan di dalam risalah "Udahlah... Bersaralah" berhubung indeks persepsi rasuah termasuk indeks demokrasi dunia sampai ke pengetahuan rakyat.

Jelas beliau, sekiranya rakyat terdedah akan kepincangan yang berlaku dalam sistem demokrasi negara maka reputasi kerajaan Umno-BN akan terjejas lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Sehubungan dengan itu Nurul Izzah bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain mendesak agar polis membebaskan aktivis-aktivis yang ditahan dengan kadar segera kerana ianya bertentangan dengan prinsip demokrasi negara. -tvsnews



Adakan Kenduri Tahlil Isytihar Mati Untuk Elak Dikejar Along

Posted: 27 Jun 2011 07:00 PM PDT

Saya tak sanggup lagi hidup begini, tapi saya terpaksa kerana ini saja cara untuk saya melepaskan diri daripada mereka," kata seorang peniaga wanita yang berpakat dengan keluarga mengisytiharkan kononnya dirinya sudah mati semata-mata untuk mengelak daripada gangguan ceti haram atau along. - Gambar fail.

Wanita berusia 59 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah berkata, untuk meyakinkan pelbagai pihak mengenai 'kematiannya' satu majlis kenduri tahlil diadakan dengan dihadiri saudara-mara, jiran dan rakan.

"Semua mereka menyangka saya sudah mati, hanya beberapa anggota keluarga yang tahu kisah sebenar. Bukan saya berniat menipu mereka, tapi saya lakukan ini kerana terpaksa.

"Saya amat rindukan kehidupan seperti dulu, gembira bersama keluarga dan menguruskan perniagaan seperti biasa yang kini hanya tinggal kenangan," katanya.

Halimah ditemui Harian Metro ketika membuat aduan dan meminta khidmat nasihat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai masalahnya itu, baru-baru ini.

Wanita itu berkata, dia terpaksa mengisytiharkan kematian palsu apabila keluarganya tidak tahan diancam along termasuk menerima ugutan menerusi SMS yang menyatakan rumahnya akan dipecah masuk dan semua barangan akan diambil.

Katanya, masalah bermula apabila dia membuat pinjaman RM10,000 daripada seorang along untuk menampung kos perniagaannya dan membayar gaji pekerja serta kos lain September tahun lalu.

"Pinjaman RM10,000 itu sudah saya bayar dalam masa ditetapkan. Namun, selepas itu, saya menerima panggilan daripada along menyatakan sejumlah wang sudah dimasukkan ke dalam akaun saya dan perlu membuat bayaran dalam masa 10 hari.

"Sebaik selesai bayaran berkenaan, saya dihubungi lagi, kali ini individu lain pula yang mendakwa sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun tanpa saya minta dan mereka mendesak saya membuat bayaran dalam tempoh tertentu.

"Sejak itu, hidup saya dihimpit masalah kerana terus menerima wang RM3,000 hingga RM7,000 pada satu-satu masa yang dimasukkan terus ke dalam akaun beberapa kali menyebabkan saya berurusan dengan 14 along serentak," katanya.

Halimah berkata, setakat ini dia sudah membuat bayaran RM140,000 kepada 14 along terbabit, namun jumlah itu dikatakan belum mencukupi menyebabkan dia diganggu dan keselamatan keluarganya diancam.

Berikutan itu, Halimah menyembunyikan diri di beberapa kawasan di Pahang, Terengganu dan Melaka bagi mengelak diapa-apakan kumpulan terbabit yang menunggu di hadapan rumahnya setiap hari.

"Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, anak saya memberitahu along terbabit saya sudah mati sedangkan saya masih hidup. Saya kasihankan anak kerana terpaksa berdepan along dan pada masa sama, menguruskan perniagaan kami yang terjejas akibat kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Unit Tindakan Khas PPIM, Saharuddin Abu Bakar, berkata pihaknya menerima aduan terbabit dan berusaha mencari jalan bagi membantu Halimah.

Katanya, seperti kes lain, PPIM akan bertindak sebagai orang tengah dengan mengaturkan perbincangan dengan along terbabit dan menetapkan satu kadar munasabah yang perlu dijelaskan.

"Kami dapati aktiviti 'along berantai' ini dijalankan oleh individu sama, malah modus operandi yang digunakan juga serupa iaitu memasukkan wang ke dalam akaun mangsa hanya selepas bayaran pinjaman terdahulu dilunaskan.

"Justeru, kami meminta orang ramai berhati-hati apabila berurusan dengan orang lain terutama yang membabitkan wang ringgit bagi mengelakkan ditipu," katanya. -HM

Pemuda UMNO Sudah Memulakan Kerja Samseng, Nak Bakar Ibu Pejabat PKR

Posted: 27 Jun 2011 05:50 PM PDT

Pemuda UMNO ugut bakar ibu pejabat jika PKR tetap sertai BERSIH 2.0

Sekumpulan pemuda yang diketuai Lokman Noor Adam, AJK Pemuda UMNO, berkonvoi dengan kereta dan motorsikal di depan bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengugut untuk membakarnya seandainya PKR tetap menyertai perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

Kira-kira 100 pemuda yang berpakaian merah "Patriot" ini dikatakan berhimpun di depan bangunan Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya, pada jam 11 malam tadi. Malah, tidak kurang antara mereka yang membawa bendera UMNO.

Dalam twitternya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyifatkan kumpulan pemuda tersebut sebagai "samseng upahan UMNO", malah memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tadi.

EXCO kerajaan negeri Selangor, merangkap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong juga membidas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam twitternya, kerana membiarkan anak buahnya memasuki sempadan kawasan Bukit Lanjan dan mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Elizabeth Wong berkata Pemuda UMNO yang berada di situ mencemuh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, dan Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Ambiga Sreenevasan, menurut anggota PKR yang berada di situ, malah mereka mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR seandainya PKR tetap menyertai BERSIH 2.0.

Bagaimanapun, Elizabeth menganggap tindak-tanduk Pemuda UMNO tersebut sekadar untuk menakut-nakutkan rakyat, tapi PKR tidak akan berganjak dan akan terus dengan perjuangan mereka.

Satu klip video yang merakamkan sebahagian kejadian tadi telah dimuatnaikkan ke Youtube.

Patriot ditubuhkan oleh Pemuda UMNO dan Kelab Putra 1Malaysia, mendakwa dirinya mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai. Lokman Adam, bekas tahanan ISA yang melompat dari Parti Keadilan ke UMNO.

*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview, disedut, sunting dan diterjemah dari teks asal.



Ulasan GB

Yang nyata, tindakan pemuda UMNO itu adalah lambang ketakutan UMNO BN terhadap perhimpunan aman BERSIH. Takut dengan dengan bayang-bayang terhadap tuntutan BERSIH untuk menuntut pilihanraya yang bersih, telus dan adil.

Seperti biasa, tindakan Pemuda UMNO tersebut YANG JELAS bertentangan dengan undang-undang yang mengancam dan membuat ugutan tidak pula disekat dan diambil tindakan oleh pihak polis.


Mengapa Polis Panggil Anwar, Tidak Panggil Pengerusi SUHAKAM? Takut?

Posted: 27 Jun 2011 03:45 PM PDT

Bersih: Polis panggil Anwar beri keterangan esok

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi kenyataan esok dipercayai berhubung seruan kepada rakyat agar menyertai himpunan BERSIH 2.0 dalam satu ceramah di Brickfield.

Menurut satu kenyataan Biro Komunikasi PKR lewat malam ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu diminta hadir jam 5 petang di IPD Dang Wangi.

"Notis 111 itu juga ada menyebut siasatan dibuat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan",kenyataan itu dipetik.

Dalam perkembangan sama, turut dipanggil untuk disiasat esok adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan anggota Lawyers for Liberty, Latheefa Koya dan Ahli parlimen PKR Subang, R Sivarasa Rasiah.

Petang tadi, polis turut merekod keterangan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dipercayai berhubung puisi 'hasutan' di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan juga Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya dalam majlis berkenaan.

Selain A Samad, turut disiasat adalah pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreevenasan. -HD


Bersih 2.0: Suhakam mahu Putrajaya benar himpunan aman 9 Julai

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Di sebalik tindakan keras pihak berkuasa yang dilihat semakin meningkat, Suhakam mahu pentadbiran Najib membenarkan perhimpunan-perhimpunan aman termasuk anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pada masa yang sama, Suhakam berkata pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

"Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu (dengan) sewajarnya," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa.

Pemuda Umno dan Perkasa mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh dan masa yang sama.

Bersih 2.0 mendakwa pihaknya hanya mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut sistem pilihan raya yang bebas dan adil dengan diletakkan lapan tuntutan.

Hasmy berkata Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub ddalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Kata beliau, Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

"Dan, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ia perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan," katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pihak polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mana-mana kumpulan yang mahu mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut.

Pihak polis sudah mula memanggil pihak penganjur ketiga-tiga perhimpunan itu.

Malah pihak polis juga sudah mula menahan mereka yang memakai kemeja-T Bersih 2.0. -TMI


Ulasan GB

Kenapa Anwar Ibrahim dan lain-lain yang dipanggil tetapi tidak Pengerusi Suruhanjaya SUHAKAM yang terang-ternag menyatakan " orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub ddalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat."

Panggillah SUHAKAM! Ambil kenyataan mereka. Jangan hanya berani mengugut dan tunjuk kuasa kepada rakyat terbanyak tetapi menikus terhadap Suruhanjaya yang dilantik Agong.

Polis perlu bertindak adil. Perlu jalankan amanah tanpa diskriminasi dan pilihkasih. Tanpa perlu mengikut telunjuk UMNO BN. Tetapi apa yang berlaku kini semua terbalik. Polis hanya menjadi pak turut kepada UMNO BN. Kredibiliti dan integriti polis keseluruhannya terjejas lantaran itu.

Tak mengapa. Teruskan. Rakyat juga "ada kuasa" menukar kerajaan nanti sewaktu pilihanraya. Dan salah satu faktor UMNO BN kalah nanti adalah kerana polis yang bertindak berat sebelah dan menyalahgunakan kuasanya.

Jantan Tak Jantan, Laksanakan Dahulu Tuntutan BERSIH!

Posted: 27 Jun 2011 09:00 AM PDT

Laksana Dahulu Tuntutan Bersih, Baru "Anak Jantan" - Dr. Nasir

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak perlu ada keberanian terlebih dahulu untuk menunaikan segala tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0, jika mahu mencabar Pakatan Rakyat bersaing di arena itu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang juga bekas tahanan Bersih 1 pada 2007, Najib sepatutnya hanya mencabar Pakatan Rakyat bertanding selepas beliau melaksanakan gesaan rakyat di bawah gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan di negara ini yang mahukan pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.

" Kalau kita lihat semua tuntutan Bersih, ia adalah tuntutan yang memang semua orang mahukan untuk dapatkan pilihan raya yang adil.

" Kalau ini dapat kita laksanakan, lepas itu kita boleh berlawan (secara adil). Sekarang ini kalau pilihan raya memang berat sebelah. Cuba kita lihat tuntutan Bersih itu, boleh mereka kata tidak mahu.. Kalau mereka tak mahu, maknanya mereka tak mahu pilihan raya yang bersih," kata Dr Nasir merujuk kepada pendirian Najib dan rakan-rakannya dalam Umno-Barisan Nasional(BN).

Semalam Najib mencabar Pakatan Rakyat untuk berdepan dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 sebagai "anak jantan" dan bukan turun di jalanan untuk mengadakan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Dakwa Najib, himpunan Bersih 2.0 bukan bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi bertujuan mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

"Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang," Najib dipetik sebagai berkata ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di Kuala Lumpur, semalam.

Najib juga turut memberi amaran bahawa beliau akan mempertanggungjawabkan segala insiden pada hari berkenaan kepada Pakatan Rakyat dan mereka yang menyertai perhimpunan berkenaan akan menerima "akibat" dari perbuatan itu.

Melihat kepada pendirian Najib dan tindakan polis mutakhir ini menahan sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning terutamanya yang mempunyai logo Bersih jelas mencerminkan ketakutan yang begitu memuncak dalam jiwa pemimpin negara itu.

" Najib sekarang ini memang paranoid, takut pada bayang-bayang sendiri. Nampak orang baju kuning pun tak boleh.

" Oleh kerana 2008, rakyat sudah berubah. Ramai orang yang mengundi kita... tetapi oleh kerana penyelewengan, kemenangan kita itu nampak kecil kita menang (majoriti undi)," katanya.

Oleh itu katanya, segala bentuk perundangan hatta nama Yang di-Pertuan Agong akan digunakan bagi mengekang kemaraan rakyat kerana mereka tahu tuntutan yang dibawakan oleh Bersih 2.0 akan meranapkan impian mereka mempertahankan Putrajaya.

" Sekarang ini kalau kita berentap, memang berat sebelah kepada dia (Umno-BN). Sebab itu mereka tak mahu ikut Bersih, mereka akan bermasalah, mungkin mereka akan jatuh.

" (Trend pengundian) ini yang mereka takutkan sebab kalau tidak ada penyelewengan, mereka tidak akan lepas (menang pilihan raya). Sebab itu tuntutan Bersih yang sememangnya adil, tidak ada satu pun yang boleh dipertikaikan kepada sesiapa yang mahukan pilihan raya adil, inilah yang harus diikuti.. tetapi mereka tak mahu itu. Jadi kalau kata nak bertanding secara saksama, tapi tak mahu ikut cara yang betul macam mana?," kata Dr Nasir. -tvsnews




Polis Dan Kerajaan Perlu Patuh Dan Hormat Gesaan SUHAKAM

Posted: 27 Jun 2011 07:30 AM PDT

Hak rakyat untuk berhimpun – Suhakam

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengulangi pendiriannya ke atas perhimpunan Bersih, Pemuda Umno mahupun Perkasa yang akan diadakan serentak pada 9 Julai ini, sebagai hak orang ramai untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Menurut Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam (gambar), perkara itu termaktub di dalam perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) – (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

Suhakam juga mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ia perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan dijalankan.

"Maka Suhakam menyeru agar pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman itu diadakan.

"Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Suhakam juga akan memantau perhimpunan itu dengan sewajarnya.

Semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara.

Beliau bagaimanapun berkata, penggunaan akta tersebut buat masa ini masih belum diperlukan memandangkan pemantauan terhadap matlamat sebenar perhimpunan itu sedang dilakukan pihak berkuasa. -FMT


Bersih 2.0: Suhakam mahu Putrajaya benar himpunan aman 9 Julai
June 27, 2011

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Di sebalik tindakan keras pihak berkuasa yang dilihat semakin meningkat, Suhakam mahu pentadbiran Najib membenarkan perhimpunan-perhimpunan aman termasuk anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pada masa yang sama, Suhakam berkata pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

"Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu (dengan) sewajarnya," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa.

Pemuda Umno dan Perkasa mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh dan masa yang sama.

Bersih 2.0 mendakwa pihaknya hanya mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut sistem pilihan raya yang bebas dan adil dengan diletakkan lapan tuntutan.

Hasmy berkata Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub ddalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Kata beliau, Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

"Dan, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ia perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan," katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pihak polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mana-mana kumpulan yang mahu mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut.

Pihak polis sudah mula memanggil pihak penganjur ketiga-tiga perhimpunan itu.

Malah pihak polis juga sudah mula menahan mereka yang memakai kemeja-T Bersih 2.0. -TMI



Ulasan GB

SUHAKAM perlu dihormati, kerana ia sebuah Suruhanjaya Bebas yang ahlinya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

Jika gesaan SUHAKAM itu tidak dipatuhi, jelas pihak polis dan Kerajaan tidak menghormati Yang Dipertuan Agong.

Dan jika perhimpunan BERSIH 2.0 dihalang juga, syaa meminta pesuruhjaya-pesuruhjaya SUHAKAM letak jawatan mereka sebagai protes kerana kehadiran mereka tidak dihormati oleh polis dan kerajaan yang ada.

Biar satu dunia tahu polis dan kerajaan BN tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang memberikan hak rakyat untuk berhimpun.

Zahid Hamidi Serlahkan Kejahilannya Terhadap Islam

Posted: 27 Jun 2011 06:00 AM PDT

Istikharah: Kejahilan Zahid terserlah

Gesaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya pemimpin PAS solat istikharah berhubung video seks menyerlahkan lagi kejahilannya terhadap hukum feqah di dalam Islam.

Demikian Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali sebagai respons kepada laporan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk "Nik Aziz digesa solat istikharah".

Kenyataan itu memetik kata-kata Zahid selaku Naib Presiden Umno yang berkata: Saya fikir mereka (pemimpin Pas) perlu melakukan solat sunat istikharah untuk memohon hidayah Allah sama ada segala kebenaran di sebalik video seks itu berpihak kepada Anwar atau tidak.

Khairuddin berkata, kenyataan itu menunjukkan Umno semakin tersepit pada hari ini.

"Tidak cukup dengan kebiadapan Utusan yang menyiarkan karikatur yang menggambarkan persepsi yang negatif terhadap Islam, pada hari ini kita membaca pula kenyataan Naib Presiden Umno yang menggesa supaya pemimpin PAS melakukan solat istikharah dalam menangani isu seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang," katanya.

Jelasnya, solat istikharah tidak dilaksanakan untuk bertujuan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Dalam isu ini, katanya seseorang itu tidak dianggap bersalah melakukan kesalahan zina selagimana tidak didatangkan dengan empat orang saksi.

Ini, ujarnya adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT secara jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

Ianya merupakan kaedah keterangan yang dipegang di dalam Islam.

Katanya, selagi mana tidak di datangkan 4 orang saksi maka sesorang itu adalah tidak bersalah dan tidak melakukan zina.

"Tiada seorang Islam pun yang berhak untuk keluar daripada ketetapan Allah SWT ini," tegasnya.

Justeru, beliau meminta para alim ulama di dalam Umno seharusnya menasihatkan pemimpin mereka supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan urusan agama sebelum masyarakat turut menjadi haru biru dek kerana kenyataan tersebut. -HD


Nik Aziz digesa solat istikharah

KUALA LUMPUR 26 Jun – Pemimpin Pas terutamanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa melakukan solat sunat istikharah, bagi mencari hidayah Allah untuk melihat segala kebenaran membabitkan skandal seks seorang pemimpin pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana bukti utama iaitu rakaman video seks, telah disahkan tulen oleh dua pakar Amerika Syarikat, Prof. Hany Farid dan Prof. Lorenzo Torresani bahawa pelakunya 99.99 peratus menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, katanya, bukti alibi kononnya Anwar bersama keluarga dan sedang berinteraksi di laman sosial Twitter serta Facebook ketika aksi seks berlangsung juga satu pembohongan, kerana sistem kamera liter tertutup (CCTV) menunjukkan Anwar berada di lokasi kejadian.

"Saya fikir mereka (pemimpin Pas) perlu melakukan solat sunat istikharah untuk memohon hidayah Allah sama ada segala kebenaran di sebalik video seks itu berpihak kepada Anwar atau tidak? Sebelum ini mereka buat solat sunat pohon kebenaran dan kebenaran itu kini tersedia.

"Mereka juga elok tengok dulu video tersebut, betul Anwar atau tidak, menyerupai Anwar atau tidak? Kalau Anwar, mereka kena buat ketetapan. Jangan buat tuduhan sebelum tengok kebenaran video tersebut," katanya kepada pemberita di Sungai Buloh, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemimpin Pas dan golongan yang menyokong perjuangan parti itu, harus membuka hati serta minda mereka untuk menerima fakta, bukan semata-mata membuat pendirian berdasarkan persepsi jika bercita-cita mahu memimpin negara.

Mengenai penafian berterusan Anwar, bahawa lelaki yang 99.99 peratus itu bukan dirinya, Ahmad Zahid berkata, rakyat Malaysia perlu mengadili moral ketua pembangkang tersebut berdasarkan maklumat pakar selain bukti sahih berbentuk rakaman video dan CCTV.

Dalam perkembangan berasingan, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, pendirian kerajaan berhubung isu tuntutan bertindih di kepulauan Spratly kekal sebagaimana sebelum ini, iaitu segala permasalahan perlu diselesaikan melalui diplomasi dan bukan ketenteraan.

"Pendirian kerajaan dan negara yang terlibat kekal tetapi kita telah meletakkan anggota tentera di setiap terumbu yang berada dalam perairan negara. Soal tuntutan Vietnam, Filipina dan China kita tidak campur, kita hormati tuntutan negara-negara terbabit," ujarnya. -UM



Ulasan GB

GB dah ulas dahulu, bahawa pemimpin UMNO ini, dari Presidennya sampai kepada akar umbi, adalah mereka yang jahil terhadap Islam.

Mereka anggap agama itu urusan peribadi, mereka memisahkan pemerintahan dan kehidupan dari agama.

Para menteri UMNO misalnya, berapa ramai yang ada membaca Al-Quran?

Maka sebab itu kita dapati majoriti dari mereka mroyan dan meraban bila bercakap mengenai hal-hal agama.

Yang tahu serba sedikit bab agama pula terikat dengan cinta dan sayang kepada pangkat dan harta.

Itulah UMNO!

Gadis Hamba Seks Seminggu

Posted: 27 Jun 2011 04:10 AM PDT

Melaka - Akibat terpedaya dengan janji manis seorang lelaki, seorang gadis, 17, menjadi hamba seks lelaki berkenaan yang kononnya berjanji mahu membantu gadis terbabit selepas dibuang keluarga.

Mangsa mengenali lelaki berusia 29 tahun itu menerusi seorang rakannya, sebelum dibawa dan dikurung di sebuah rumah dekat Taman Asia Selatan, Jasin, di sini selama seminggu.

Sumber berkata, mangsa dikurung pada 19 hingga 25 Jun lalu, selain dipukul sehingga mendatangkan kecederaan kepada tubuh.

Selain itu, menurutnya, mangsa yang tidak bersekolah itu mendakwa turut dirogol lelaki terbabit.

"Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila dibebaskan dari kurungan Sabtu lalu, sebelum bertindak membuat laporan polis sehari kemudian," katanya.

Menurutnya, polis berjaya menangkap lelaki berkenaan pada hari sama mangsa membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Berikutan itu, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun maksimum serta sebatan.

Menurutnya, lelaki terbabit direman selama tujuh hari bermula semalam.

Sementara itu, menurutnya, mangsa kini sedang dirawat di sebuah hospital berdekatan. -SH

Kes Video Seks Anwar: Balik Kepada Hukum Islam - Hadi

Posted: 27 Jun 2011 02:30 AM PDT

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih tetap dengan pendirian bahawa kes video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dirujuk kepada undang-undang Islam untuk membuktikan kesahihannya.

Walaupun laporan yang dikemukakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendakwa 99.99 peratus Anwar sebagai pelaku dalam video terbabit, Abdul Hadi menegaskan hanya hukum Islam yang boleh menyelesaikan perkara itu.

"Yang boleh menyelesaikan masalah ini adalah hukum Islam, sama ada nak tuduh dia (Anwar) liwat ke, qazaf ke, apa sahaja tuduhan mesti balik kepada syariat Islam," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Penyerahan Watikah Pelantikan Exco Dewan Pemuda Pas Sesi 2011-2013 di Permai Inn, di sini, malam kelmarin.

Dalam laporan Sinar Harian kelmarin, satu laporan dikemukakan kepada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menyebut pelaku lelaki dalam video seks bersama seorang wanita dipercayai warga China ditayangkan kepada sekumpulan wartawan 21 Mac lalu, memiliki 99.99 peratus persamaan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, seorang daripada tiga tertuduh kes berkenaan berkata, laporan pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat, Profesor Hany Farid dan Lorenzo Torressani mendapati lelaki itu menyerupai Anwar dan ketepatannya 99.99 peratus.

Abdul Hadi ketika ditanya sama ada beliau mempercayai laporan yang dikemukakan itu, beliau menafikan namun tetap berpandangan ia perlu dibicarakan mengikut perundangan Islam dan mempertahankan Anwar tidak bersalah selagi tiada bukti.

"Bukan tak percaya tetapi mesti balik pada hukum Islam dan mengikut kaedah perundangan Islam yang diguna pakai perundangan British orang yang dituduh tidak bersalah selagi tidak dibuktikan," katanya. -SH

Tiada ulasan: