Selasa, 28 Jun 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Pemuda UMNO mahu bakar pejabat PKR (Video)

Posted: 27 Jun 2011 04:30 PM PDT

MALAM tadi ReJaM© sempat melihat sendiri gelagat penyokong-penyokong United Malays No Otak memekak tengah-tengah malam buta mengganggu ketenteraman penduduk sekitar ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya.

Seperti yang dijanjikan [Facebook] di sini ada sedikit buah tangan untuk pembaca semua. Video ini dirakamkan di tempat kejadian malam tadi. ReJaM© sempat merakam sebahagian ucapan di saat gerombolan penyebar video lucah atau nama manjanya United Malays No Otak, Umno mengugut mahu membakar pejabat KEADILAN. Rujuk juga artikel lalu di sini [Pemuda Umno]


Lihat dengan mata kepala dan batang hidung anda sendiri. Tiada sebarang tangkapan dibuat oleh pihak Polis, malah tiada FRU di tempat kejadian walaupun jelas sekali gerombolan United Malays No Otak ini berniat jahat untuk menimbulkan kekacauan dan kekecohan dengan ugutan di samping mengganggu ketenteraman awam di saat penduduk sekitar mahu melelapkan mata.



ReJaM© "Polis tak mampu berbuat apa-apa kerana ketua mereka menjadi alat United Malays No Otak, kesian Polis..."

Pemuda Umno ugut mahu bakar ibu pejabat Keadilan

Posted: 27 Jun 2011 10:09 AM PDT

BARANGKALI kerana kita sering kali menggelarkan United Malays National Organization, Umno sebagai United Malays No Otak telah menyebabkan otak-otak penyokong Umno benar-benar hilang dari ruangan tengkorak mereka. Bak kata orang "kata-kata itu satu doa".

Berita yang ingin dikongsikan ini benar-benar di luar dugaan kita, benar-benar tak masuk akal, sehinggakan kambing pun akan ketawa berdekah-dekah sambil terkentut-kentut jika mendapat berita ini.

Malam tadi, di kala beruk-beruk dan monyet-monyet sudah masuk tidor sejak petang semalam, kira-kira 200 beruk yang pandai menunggang kereta dan motorsikal telah membuat satu demonstrasi di ibu Pejabat KEADILAN, depan bangunan Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya.



Di saat orang nak tidur, masa itulah gerombolan United Malays No Otak datang beramai-ramai memekak mengganggu ketenteraman awam. Apa yang lebih lucu mereka mengugut kononnya mahu membakar ibu pejabat KEADILAN kah kah kah. Walaupun ibu pejabat Polis terletak berdekatan dengan lokasi kejadian, seperti jangkaan anda semua, tiada tangkapan dibuat kerana mereka tidak memakai baju BERSIH 2.0 kah kah kah


ReJaM© "Harap semua bertenang, orang tak ada otak memang suka mengarut mencarut"

BERSIH 2.0, Anwar Ibrahim pula diarah ke Balai Polis esok!

Posted: 27 Jun 2011 08:52 AM PDT



Maklumat yang baru sahaja diterima, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia telah dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan berkaitan ucapan beliau di Brickfields. Ucapan tersebut dikatakan ada menyentuh persoalan Perhimpunan Bersih. Notis 111 itu juga ada menyebut siasatan dibuat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ke IPD Dang Wangi esok, 28hb Jun 2011, Hari Selasa Jam 5.00 petang.

Panggil lah berapa ramai orang yang Polis nak panggil, siasatlah berapa ramai Polis nak siasat. Tangkaplah berapa ramai pun Polis nak tangkap. Kami tahu Polis sekadar menjalankan tugas yang diarahkan oleh ketua mereka yang menjadi alat gerombolan penyebar video lucah, United Malays No Otak.

Polis sila buat kerja anda, kalau tak buat kerja kena buang kerja pulak. Apa pun ugutan, kami rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi akan tetap turun pada Perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai ini. Ini negara rakyat, suara rakyat suara keramat! Pemimpin gila kuasa boleh jalan...

Rakan-rakan yang berkesempatan esok, jom turun ke balai Polis Dang Wangi! Jangan lupa pakai baju BERSIH 2.0 kah kah kah...

ReJaM© "Polis sebok tangkap orang, Bik Mama tengah sebok belek katalog beg tangan kah kah kah... kesian Polis..."

Tiada ulasan: