Kelab Greenboc |
- Tapir Cedera Jatuh Parit
- Peneroka Kesal Ditipu Felda Selama 15 Tahun
- Pelakon Mohon Gugur Kes Cabul
- Pilihan Raya Masjid Tangguh, Bukan Batal
- Mesej Jelas: Jangan Pandang Sengkek Kepada Penggodam Tempatan
- Anak Najib Bertunang Malam Tadi: Tiada Siapa Percaya Wisma Putra Lagi Selepas Ini!
- Hishamuddin & Polis Buta Undang-undang?
- Buku Kartun Najib Tonjol Cina Berhidung Babi
- Lagi Peneroka Saman Felda, Dakwa Mereka Ditipu
- [Bergambar] Banjir Melanda China, Berpuluh Ribu Penduduk Dipindahkan
- Pemuda UMNO Iktiraf BERSIH, Bukan Lagi Beruk Di Jalanan
Posted: 18 Jun 2011 12:40 AM PDT Kuantan: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang menyelamatkan seekor tapir jantan berumur kira-kira 15 tahun yang terjatuh ke dalam longkang konkrit di kawasan perumahan Kempadang Perdana, Jalan Pantai Sepat di sini, semalam. Pengarahnya, Khairiah Mohd Shariff, berkata pihaknya menerima aduan orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, sebelum lima anggota bergegas ke lokasi tapir itu terjatuh untuk menyelamatkan haiwan dilindungi itu. Khairiah berkata, usaha menyelamatkan haiwan yang dianggarkan seberat 350 kilogram itu dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah dan penduduk setempat. "Pada mulanya, usaha mengeluarkan tapir itu menemui jalan buntu disebabkan keadaan gelap selain saiz longkang yang agak sempit dengan kedalaman kira-kira satu meter. Malah, sifat haiwan berkenaan yang lebih agresif pada waktu malam menggagalkan usaha mengeluarkannya. "Namun, kita hanya berjaya mengeluarkan haiwan berkenaan selepas mengumpan daun senduduk kira-kira 8.30 pagi semalam. Tapi itu kemudian dihalau ke kawasan hutan berhampiran," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Khairiah berkata, tapir itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai akibat bergesel dengan dinding konkrit longkang namun ia tidak serius sehingga boleh mengancam nyawanya. Sementara itu, di KANGAR, Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas sembilan burung merbah dan murai, spesies dilindungi dianggarkan mencecah harga RM1,000 seekor yang dipercayai mahu diseludup ke negara jiran. Semua burung membabitkan lima jenis merbah jambul, dua merbah telinga merah dan masing-masing seekor merbah bidi dan murai batu dianggarkan bernilai RM10,000 itu dirampas di sebuah rumah kosong dipercayai milik seorang penduduk tempatan di Kampung Telaga Haji Latif, dekat Arau, di sini kira-kira jam 11 malam kelmarin. Komander UPP Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abdul Rahman, berkata pihaknya percaya rumah kosong itu dijadikan lokasi transit untuk menyimpan burung terbabit sementara menunggu masa untuk diseludup ke luar negara, tetapi seorang lelaki dipercayai pemilik haiwan dilindungi itu sempat melarikan diri ketika serbuan. -BH
| ||||||||||||||||||||||||||||
Peneroka Kesal Ditipu Felda Selama 15 Tahun Posted: 17 Jun 2011 11:45 PM PDT Temerloh : 711 peneroka Felda Jengka Pahang nyata sekali ditindas oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda apabila agensi itu menyeleweng kadar perahan gred (KPG) yang sepatutnya diterima oleh peneroka. Bahkan Felda yang sepatutnya membela nasib dan membantu peneroka, sebaliknya mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan. Tidak tahan terus dianiaya, para peneroka akhirnya tampil membela nasib mereka setelah mengalami kerugian RM344 juta sepanjang 15 tahun. Beberapa peneroka yang ditemui TV Selangor melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Felda kerana telah menipu mereka sejak tahun 1995 lagi. Menurut peneroka felda Jengka 13, Abd Ghani Aziz, beliau kini sudah tidak yakin terhadap Felda apabila secara jelas pihak tersebut mempermainkan warga Felda dengan mengambil kesempatan di atas kekuasaan yang dimiliki. "Saya amat bersyukur kerana ada pihak yang membela, selama ini saya yakin dengan Felda tetapi di sebalik keyakinan itu mereka telah menipu kami walaupun ada sesetengah pihak yang berkata, pihak yang menuntut pembelaan ini mengambil kesempatan apabila mereka menjelaskan mengenai satu per satu penipuan yang dilakukan Felda,"katanya. Bagi peneroka felda Jengka 6, Bostamin Bakar yang sudah menjadi peneroka sejak tahun 1974 pula berharap, perjuangan mereka ini akan memberi kesedaran kepada peneroka-peneroka Felda lain yang tidak sedar bahawa mereka telah ditipu. "Alhamdulillah dengan tindakan berani peneroka yang bersama-sama menfailkan saman ini dan bermakna kita tahu perahan selama ini begitu rendah daripada apa yang kita hantar ke makmal dan menunjukkan ia lebih tinggi,"ujar beliau. Tambahnya, meskipun beliau menyedari perjuangan yang dibawa dan diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak, namun katanya pengganti-pengganti yang kini mentadbir Felda, jauh menyimpang dari tujuan asal penubuhan Felda. Hari ini sekumpulan peneroka Felda tersebut telah mengemukakan saman berhubung dakwaan penipuan bayaran untuk hasil sawit yang melibatkan kerugian melebihi RM 344 juta sepanjang 15 tahun lamanya. Saman yang difailkan oleh kumpulan peneroka ini menamakan Felda sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries sebagai defendan kedua atas dakwaan pecah amanah dan menipu. -tvsnews | ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 17 Jun 2011 09:44 PM PDT Selayang: Pelakon veteran popular di era 70-an, Mokhtaruddin Mohd Said, 56, yang menghadapi tuduhan mencabul remaja perempuan berumur 13 tahun, Mei lalu bercadang mengemukakan dokumen kepada Jabatan Peguam Negara. Perkara itu dimaklumkan peguam bela S S Dev yang mewakili tertuduh pada prosiding sebutan kes itu di Mahkamah Majistret di sini, semalam. Menurutnya, selepas proses penyerahan dokumen pada tarikh sebutan akan datang selesai, pihaknya akan meneliti dokumen berkenaan sebelum bantahan dibuat untuk menggugurkan pertuduhan terhadap anak guamnya. Majistret Muhamad Najib Ismail kemudian menetapkan 29 Julai ini sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen. Pada 6 Mei lalu, pengasas Pondok Penyayang Raudah (PPR) itu mengaku tidak bersalah mencabul remaja perempuan berumur 13 tahun dengan mencium pipi dan memeluk pinggang mangsa tanpa kerelaan di asrama itu di No 336, Batu 11, Gombak dekat sini, pada jam 2.30 petang, 1 Mei 2011. Difahamkan, mangsa yang turut menginap di asrama berkenaan membuat laporan polis pada 2 Mei lalu. -hm Pelakon Veteran, Mokhtaruddin Di Tuduh Cabul Budak | ||||||||||||||||||||||||||||
Pilihan Raya Masjid Tangguh, Bukan Batal Posted: 17 Jun 2011 08:55 PM PDT Pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 di Pulau Pinang menerusi pilihan raya yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini tidak dibatalkan, sebaliknya cuma ditangguh ke tarikh lain. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim berkata Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan pilihan raya berkenaan ditangguh dan bukan dibatalkan sebagaimana yang dilapor oleh media arus perdana. "Pagi semalam pihak Tuanku Agong telah memangil Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bersama Tuan Yang Terutama Tun dan telah memutuskan atau bertitah iaitu pemilihan masjid yang akan bermula esok supaya ditangguhkan." kata Malik. Mesyuarat agung masjid-masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan esok dan Ahad ini sepatutnya memilih jawatankuasa kariah di 151 daripada 200 masjid. Pemilihan ala pilihan raya yang dicadangkan itu bagi membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah yang sebelum ini dipilih oleh MAIPP. Menurut Abdul Malik, Majlis Agama Islam negeri Pulau Pinang (MAIPP) akan bermesyuarat minggu depan untuk berbincang dan memutuskan persoalan yang berbangkit mengenai keadah pilihanraya untuk menentukan kariah masjid bagi sessi 2012-2013. "Majlis Agama akan mengadakan mesyuarat untuk berbincang titah tuanku," dan memberikan keputusan rasmi. Sementara itu, ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa kesal dengan tindakan Umno memperalatkan media arus perdana demi untuk menghalang rakyat daripada mendapat maklumat mengenai kebaikan sistem pilihan raya untuk memilih kariah masjid. Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata, pihaknya langsung tidak diberi peluang untuk menjelaskan hal itu. "Umno telah menggunakan isu ini tanpa memberi keadilan kepada kami untuk memberi penjelasan dan penerangan yang boleh dinilai oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya orang Pulau Pinang," kata beliau. "Oleh kerana tekanan-tekanan politik dan desakan-desakan yang digunakan oleh Umno melalui media-media perdana tidak ada ruang untuk kami nak jawab, tidak ada ruang untuk kami nak perjelaskan sehingga ia telah terbentuk dalam minda orang ramai bahawa pemilihan terbuka telah menimbulkan satu persepsi yang buruk dan dengan itu Yang DiPertuan Agong terpaksa campur tangan," tambah beliau. Bantahan pelbagai pihak yang didalangi Umno begitu lantang kerana gusar pilihan raya kariah masjid akan menghakis sokongan kepada parti itu setelah BN ditumbangkan di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008. Umno mendakwa pemilihan secara demokrasi itu akan hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain mengheret masjid ke kancah politik kepartian. Seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang. 34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun. Kerajaan negeri berkata pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang. -tvsnews | ||||||||||||||||||||||||||||
Mesej Jelas: Jangan Pandang Sengkek Kepada Penggodam Tempatan Posted: 17 Jun 2011 07:35 PM PDT 90 peratus penggodam 'Operation Malaysia' tempatan KUALA LUMPUR, 17 Jun — Pentadbiran Najib berkata siri serangan penggodam Operation Malaysia sejak kelmarin telah menyasarkan sekitar 200 laman web dengan majoriti mereka yang menggodam adalah pihak Malaysia. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata siasatan awal menunjukkan 90 peratus penggodam berpangkalan di Malaysia. Operation Malaysia, yang dilancarkan oleh kumpulan penggodam antarabangsa yang dikenali Anonymous, telah berjaya menjejaskan operasi laman web rasmi kerajaan malaysia.gov.my sekitar 4 pagi semalam. Bagaimanapun serangan penggodam juga membabitkan laman-laman lain. Kira-kira 60 peratus dikatakan membabitkan laman web kerajaan persekutuan. Ongkili menambah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis akan menyiasat perkara itu dengan lanjut. Dalam kenyataannya semalam SKMM menegaskan impak serangan itu ke atas pengguna hanyalah sedikit. Antara laman web yang turut digodam termasuklah milik Pelancongan Sabah (sabahtourism.com) dan panduan pelancongan Tour Malaysia (tourmalaysia.com.my). Dalam pada itu dipetik Bernama Online kata beliau, "kami sudah mendapat tahu bahawa hampir semua ini dilakukan orang tempatan, bukan pihak antarabangsa." Beliau juga meminta rakyat Malaysia menggunakan Internet secara profesional untuk pendidikan dan pembangunan negara. "Ini kerana anda tidak boleh pergi jauh apabila melakukan jenayah siber dalam ruang siber itu sendiri," kata beliau. Ongkili bagaimanapun tidak mahu mengesahkan sama ada Kabinet telah memutuskan penubuhan satu pasukan khas bagi mengatasi masalah tersebut. -TMI Ulasan GB Kira hebatlah juga jika penggodam itu adalah anak Malaysia sendiri. Di luarnegara, misalnya di Singapura, diwujudkan pertandingan dan dijemput semua para hackers untuk cuba menceroboh lamanweb-lamanweb kritikal negara tersebut, dan mereka yang berjaya akan diberikan imbuhan/hadiah berupa wang tunai. Ia dilakukan oleh Singapura bertujuan untuk mempastikan sistem keselamatan mereka benar-benar utuh dan kukuh serta tidak mudah untuk dicerobohi. Malah beberapa institusi pendidikan di Singapura menawarkan "biasiswa" bagi pelajar-pelajar yang mengikuti program "EC-Council" bagi mewujudkan penggodam yang beretika. GB petik: EC-Council is a member-based organisation that certifies individuals in various e-business and security skills. It is the owner and developer of the world famous Certified Ethical Hacker course, Computer Hacking Forensics Investigator program, License Penetration Tester program and various other programs offered in over 60 countries around the globe. Said Dr. Timothy Chan, Director, School of Digital Media and Information Technology (DMIT) of Singapore Polytechnic, "Integrating EC-Council programs into our courses is a step that underlines SP's legacy, which is developing a professional workforce with specialised skills for the country. As we steadily evolve into a fully knowledge-based economy, we acknowledge the increase in demand for manpower with expertise in the information security sector. We are confident that EC-Council qualifications will fortify our students' knowledge and skills, making them stand out from the rest." Students taking the Diploma in Infocomm Security Management (DISM) at SP will also be the first to receive scholarships and awards totaling S$45,000 from EC-Council. The scholarships & awards are made possible with the signing of a Memorandum of Co-operation (MOC) between DMIT and EC-Council last week. ...... Six SP lecturers have successfully completed the world-renowned Certified Ethical Hacker (CEH) program recently and another two final-year students are set to undergo the training as well, making them the first SP lecturers and students to join the global community of certified EC-Council members, currently standing at over 26,000 across more than 60 countries. "In this era of K-economy, EC-Council recognises the need to nurture more information security personnel and experts. There's no better way to do so than paving the way for a group of deserving students who aspire to be part of the information security community. As such, we are immensely pleased to have Singapore Polytechnic as one of our education partners", said Mr. Sean Lim, Vice President of EC-Council. Di dalam disiplin ilmu komputer di bidang pemprogramman web dan kejuruteraan perisian, sebelum sesebuah lamanweb dilancarkan perlu dilakukan "pilot testing" dimana semua pihak dipanggil untuk menggodam. Apabila ia benar-benar telah diyakini "kebal" barulah dilancarkan. Di Malaysia tidak berlaku begitu. Penggodam dijadikan musuh. Wang habis berjuta dengan outsourcing, hanya gempaq di hari pelancaran kemudian didapati rapuh dan sistem berlubang di sana sini. Lamanweb 1Malaysia kepunyaan TPM, Muhyiddin Mohd Yassin hanya bertahan seminggu selepas itu hilang ghaib di persada maya. Ini semua berkait rapat dengan "sikap" dan "mentaliti" menteri, pemimpin dan pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan, boleh melihat penggodam sebagai musuh atau pembantu. Tetapi kerana di Malaysia ini ramai di kalangan mereka adalah terdiri dari yang kurang membaca, buta IT dan tak tahu ABC komputer, maka di takuk itulah pemikiran dan tindakan mereka. Yang rugi ialah negara. | ||||||||||||||||||||||||||||
Anak Najib Bertunang Malam Tadi: Tiada Siapa Percaya Wisma Putra Lagi Selepas Ini! Posted: 17 Jun 2011 04:25 PM PDT Majlis Pertunangan Anak Najib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pertunangan anak perempuan mereka Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22, yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, malam tadi. Kelihatan Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan bersalaman dengan Noorhayana Najwa. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nurzahirah serta Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Hajah Kalsom berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut. -Bernama Laporan media sebelum ini: Wisma Putra nafi Najib guna dana awam, urus perkahwinan anak KUALA LUMPUR, 9 Jun — Wisma Putra berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan adalah untuk memenuhi penerimaan beliau terhadap undangan yang sudah lama dibuat Presiden Nursultan Nazarbayev. Kenyataan Wisma Putra, yang dipetik Bernama Online, menafikan laporan media bahawa beliau menggunakan lawatan itu untuk peribadi dan menguruskan pertunangan anak perempuannya. Kenyataan itu menambah dakwaan kononnya lawatan itu untuk mengurus perkahwinan anak perempuan Najib sama sekali tidak berasas. Kenyataan itu menjelaskan bahawa lawatan Najib ke Kazakhstan pada 5 dan 6 Jun adalah juga lawatan rasmi pertama perdana menteri ke negara itu dan sebagai membalas lawatan Nazarbayev ke Malaysia pada Jun 2006. Semasa lawatan itu, Najib mengunjungi Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan Perdana Menteri, Massimov Karim. "Lawatan itu tidak hanya meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, tetapi juga menghasilkan banyak peluang perniagaan untuk komuniti perniagaan Malaysia," menurut kenyataan itu. Menurut Wisma Putra, Kazakhstan adalah rakan dagang terbesar Malaysia di kalangan negara di Asia Tengah. Ia juga menerangkan bahawa lawatan perdana menteri itu bertepatan dengan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ketujuh dari 7 hingga 9 Jun di Astana dan Najib mewakili Malaysia selaku penaung WIEF. Keputusan bagi Kazakhstan menjadi hos WIEF ketujuh pada tarikh itu dicapai lebih setahun lalu, ketika Malaysia menjadi tuan rumah bagi siri keenam WIEF pada Mei, 2010. "Secara keseluruhan, kunjungi itu menghasilkan perkembangan besar dalam hubungan dua hala Malaysia-Kazakhstan yang saling menguntungkan. "Ia juga dapat memperkukuh hubungan erat antara kedua-dua negara serta memupuk kerjasama dan dialog yang bermakna antara negara-negara membangun terutama negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)," menurut kenyataan itu. Beberapa pemimpin pembangkang meminta pentadbiran Najib mendedahkan kos lawatannya ke negara itu yang turut dikaitkan dengan pertunangan anak perempuan beliau. -TMI
EKSKLUSIF : gambar pemuda kazakhstan dengan anak perempuan najib [Daniyar Nazarbayev + Nooryana Najwa]
* * * * * * *
sumber : google images/keehuachee * * * * * * * UPDATE : atas permintaan ramai, gua tambah lagi gambar gambar sekitar majlis ni.
sumber: semutmalaysia Ulasan GB Terlalu ketara bahawa satu Malaysia ditipu hidup-hidup oleh PM dan Wisma Putra. Campur-adukkan lawatan rasmi ke Kazashtan dengan urusan peribadi untuk merisik perkahwinan anaknya. Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya untuk merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dan amat menjelekkan. Terlalu memalukan dan lansung tidak bermaruah! Begitulah Wisma Putra yang pendusta, menipu seluruh rakyat Malaysia, anda TIDAK BERMARUAH dan tiada siapa yang akan dengar penjelasan kamu lagi tentang apa isu sekalipun. Sekali lancung ke ujian seumur hidup orang tidak percaya! | ||||||||||||||||||||||||||||
Hishamuddin & Polis Buta Undang-undang? Posted: 17 Jun 2011 08:10 AM PDT 9 Julai: Hisham kata jangan, Khairy kata terus Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini. Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter berkata Pemuda Umno tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara itu. "Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam. Bukan keputusan unilateral saya. "Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang," tulisnya mengulas kenyataan Hishamuddin supaya hasrat pemuda Umno itu dibatalkan demi keselamatan negara. Menurut Khairy, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapai apa sekalipun kemungkinannya. Menyalahi undang-undang "Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja," akhirnya. Hishammuddin pada sidang akhbarnya, petang tadi memberi amaran kepada Khairy supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu. "Tak kira sama ada saya bekas ketua pemuda atau tidak, Pemuda (Umno) mesti bersedia menerima akibatnya seperti yang saya hadapi ketika menjadi ketua Pemuda," katanya kepada wartawan di Putrajaya hari sambil menambah "Kerana ia menyalahi undang-undang." Hishamuddin berkata polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis. Sesiapa sekali pun "Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama. "Ini sentiasa menjadi pendirian saya, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang," katanya. Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara pada 9 Julai depan. "Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian. "Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata Khairy. Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.
Ulasan GB Hishamuddin berkata, "tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang." Benar! termasuk menteri dan polis sendiri. Tak payah PAS, Ketua Pemuda UMNO mungkin boleh sekolahkan mereka (?) | ||||||||||||||||||||||||||||
Buku Kartun Najib Tonjol Cina Berhidung Babi Posted: 17 Jun 2011 06:20 AM PDT Petaling Jaya: Sebuah buku kartun bertajuk 'Transformasi Najib' nukilan Akmar Hisham Mokhles merupakan bahan terbaru yang memperkecilkan masyarakat minoriti di Malaysia. Penulis buku ialah bekas wartawan Utusan Malaysia dan setiausaha akhbar Perdana Menteri. Kali ini masyarakat Cina menjadi sasaran. Watak anggota masyarakat Cina digambarkan sebagai bermata sepet dan berhidung babi. "Watak Cina dalam buku ini sengaja digambarkan dengan hidung babi. Seseorang tidak sepatutnya sengaja melukis dengan sedemikian rupa sedangkan etnik lain di dalam buku karikatur ini tidak digambarkan sedemikian," kata Helen Ang kepada FMT. "Jika anda melihat bahan propaganda berbahasa Melayu dalam Internet, anda akan melihat gambaran masyarakat Cina yang berbaur perkauman ini," tambah Helen yang juga seorang bekas wartawan yang berpengalaman. Menurutnya, buku kartun 'Transformasi Najib' diedarkan kepada semua peserta yang menghadiri Persidangan Pemblog Malaysia – Rantau Asean pertama dalam bulan April tahun ini. Buku setebal 109 halaman terbitan Qalif Umar Creative ini mengisahkan kisah hidup Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pembaharuan sosio-ekonomi dan politik yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya. Buku terbitan Qalif Umar Creative telah pun dicetak empat kali. Carian di dalam Internet menunjukkan Akmar merupakan bekas wartawan Utusan Malaysia yang kini bertugas sebagai setiausaha akhbar Najib. Sementara itu, Helen turut mendakwa bahawa usaha memperkecilkan kaum minoriti ini bukan kes terasing. "Ia merupakan sebahagian dari trend yang lebih besar," katanya sambil merujuk kepada kes Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan Ng Suee Lim, yang digambarkan dengan hidung babi dalam laman blog pro-Umno, Sungai Rapat Online dan juga Namewee yang turut digambarkan dengan hidung babi oleh Perkasa tidak lama dahulu. "Trend tersebut membimbangkan saya kerana ia merupakan satu percubaan untuk mendoktrinasi anak muda bahawa kaum minoriti hodoh dan orang asing, seperti mana yang dimuatkan dalam novel kontroversi Interlok edisi murid," katanya ketika ditanya mengapa perkara baru ini diketengahkan kepada media. FMT cuba menghubungi Akmar beberapa kali melalui telefon tetapi beliau gagal dihubungi. -FMT Ulasan GB Sebenarnya apa dan siapa saja yang dikaitkan dengan UMNO, ia pasti dari golongan yang melampau batas. Lihat sahaja blog-blog dari kumpulan UMNO ini... dan illustrasi yang mereka lakukan, perkataan-perkataan yang mereka gunakan... sungguh menjelekkan... Malah ada blogger UMNO khabarnya siap menunggang minuman keras adanya. Sabar, masanya akan tiba kesemua mereka akan dibungkus oleh Allah s.w.t. dengan sekali teriakan! | ||||||||||||||||||||||||||||
Lagi Peneroka Saman Felda, Dakwa Mereka Ditipu Posted: 17 Jun 2011 04:25 AM PDT Dakwa ditipu: Peneroka Jengka pula saman Felda Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berdepan dengan satu lagi saman - kali ini dari 711 peneroka rancangan Jengka, Pahang yang memfailkan saman RM344 juta berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah. Sebelum ini, Felda disaman oleh peneroka dari Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan. Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui peguam Ms Daim & Gamany pagi ini, dengan menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan. Dalam kenyataan tuntutan mereka, peneroka berkenaan mendakwa mereka terikat oleh Felda untuk hanya menghantar hasil kelapa sawit kepada Felda Palm Industries sahaja. Mereka mendakwa sentiasa dibayar mengikut kadar perahan gred Kadar Perahan Asas (OER) sejak 15 tahun yang lalu - purata 18.5 peratus seperti yang dinyatakan dalam Akuan Penerimaan BTS - resit yang diberikan bagi setiap lori yang menghantar tandan buah sawit. Peneroka berkenaan mendakwa tidak ada bukti jelas yang menunjukkan bagaimana Felda Palm Industries menetapkan kadar yang berbeza itu, yang diberikan setiap hari di setiap tempat penghantaran. Peneroka mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila mereka menyedari yang mereka tidak mampu menyamai kadar lebih tinggi yang diperakukan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Peneroka, melalui wakil mereka, menghantar contoh rawak hasil buah kelapa sawit mereka kepada makmal bebas untuk menilai kadar sebenar OER. Keputusan ujian makmal itu menunjukkan kadar purata lebih tinggi sebanyak 27 peratus, yang bermaksud perbezaan purata 8.5 peratus berbanding kadar yang digunakan oleh defendan kedua. Peguam mendakwa mereka mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa pada 2008, 711 peneroka dari 16 rancangan Felda Jengka telah menghantar purata hasil 120 tan setiap seorang. Peneroka terbabit dibayar oleh Felda pada purata harga RM560 setan pada tahun yang sama. Dengan menggunakan angka kekurangan 8.5 peratus itu, Felda telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM257.60 setan, iaitu kira-kira RM30, 912 bagi tahun 2008 sahaja. -mk Ulasan GB Kebenaran akhirnya akan terdedah juga. UMNO telah memperalatkan FELDA dengan menggunakan wang FELDA sebagai dana parti. Peneroka akan celik mata. Peneroka tidak mungkin boleh ditipu selama-lamanya. | ||||||||||||||||||||||||||||
[Bergambar] Banjir Melanda China, Berpuluh Ribu Penduduk Dipindahkan Posted: 17 Jun 2011 02:55 AM PDT Beijing - China yang dilanda hujan pada musim panas terpaksa melakukan pemindahan 55,000 orang penduduk dan turut memberi amaran akan terus menerima hujan lebat, lapor media tempatan hari ini. Menurut agensi berita Xinhua, kebanyakan pemindahan penduduk dilakukan di Xianning, wilayah Hubei. Kerajaan China menyatakan jumlah mereka yang disahkan terkorban dalam tempoh seminggu banjir dan tanah runtuh yang berlaku akibat hujan yang turun mencurah-curah itu kini melebihi 100 orang. Beberapa tempat yang paling teruk terjejas akibat hujan lebat tersebut sebelum ini mengalami kemarau buruk tetapi hujan yang turun tanpa henti diramalkan akan berterusan sehingga Jumaat ini. China dilanda hujan lebat musim panas setiap tahun. Pada tahun 2010, hujan lebat yang turun di seluruh China menyebabkan berlakunya banjir yang paling teruk di China dalam dekad ini dan menyebabkan lebih 4,300 orang terkorban atau hilang. - AFP | ||||||||||||||||||||||||||||
Pemuda UMNO Iktiraf BERSIH, Bukan Lagi Beruk Di Jalanan Posted: 17 Jun 2011 01:35 AM PDT PAS: Langkah Pemuda Umno 'iktiraf' Bersih, Khairy lupa diri KUALA LUMPUR, 17 Jun — Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa keputusan Pemuda Umno yang turut mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini sebagai satu sokongan tersirat kepada agenda utama Bersih 2.0 yang mahukan pemulihan demokrasi dilakukan. Semalam, Pemuda Umno mengumumkan pihaknya juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini — hari Himpunan Bersih 2.0 akan diadakan. Bagaimanapun sayap Umno itu tidak akan menyertai Himpunan Bersih 2.0, kata ketuanya Khairy Jamaluddin. Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda Umno semalam. Dalam reaksinya hari ini, Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor berkata, tindakan sayap pemuda parti saingan mereka itu sekali gus dilihat sebagai tindakan memperlekehkan ketidakmatangan organisasi Umno dan Perkasa sendiri, yang sebelum ini beriya-iya membuat laporan polis kononnya mendakwa Himpunan Bersih 2.0 sebagai ancaman kepada warga Kuala Lumpur dan kestabilan negara. "Dengan begitu banyaknya laporan polis dibuat, akhirnya Pemuda Umno membuat keputusan yang boleh dianggap seperti menjilat ludah sendiri dan menempelak organisasi Umno-Perkasa. "Rakyat tidak lupa bagaimana ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin pada 2007 pernah mengelarkan rakyat yang menyertai Himpunan Bersih sebagai 'beruk-beruk di jalanan'," kata beliau. Riduan berkata kini beliau sendiri mahu turun ke jalanan atas alasan mahu memperkukuhkan demokrasi dan "mungkin dia sudah sedar siapa dirinya." Riduan menambah, alasan beliau itu juga membuktikan bahawa "adanya kepincangan dalam sistem demokrasi negara, adanya kecacatan yang harus diperbaiki." "Dan, begitu banyak masalah yang belum diselesaikan hingga Pemuda Umno pun mahu berhimpun. "Tidak kisahlah kalau mereka hanya mahu berhimpun kalangan puak-puak mereka sahaja di PWTC dan bukannya bersama rakyat," kata beliau sambil menambah, keputusan Pemuda Umno itu menunjukkan rakyat sudah mendapat signal bahawa ia sendiri jelas tidak berpuas hati dengan sistem demokrasi yang ada. Sehubungan itu kata Riduan, pihaknya akan mengerah semua ahli Pemuda PAS dalam dan luar negara bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 sebagai tanda solidariti bersama rakyat. "Dewan Pemuda PAS pusat mengajak rakyat turun beramai-ramai pada 9 Julai ini untuk menyatakan bantahan kepada sistem demokrasi yang lemah dan pincang ini. "Hanya rakyat yang mampu membuat perubahan ini," katanya. -TMI
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan