Blog-list Malaysia |
- Tiga lagi saman menanti Felda
- Angkuhnya SPR
- Menanggung menteri lebih membazir dari menanggung subsidi
- Rais Mengigau Kata Mat Sabu
- Berlakon Pulak Puak-Puak Nie...
- Majlis Pertunangan Anak Najib
- Panas!! Anak MP BN Jadi Samseng..
- “Kami ada hak untuk berhimpun, sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan", Khairy
- Kalau BERSIH 2.0 Berjaya, UMNO Tutup Kedai
- Nak Buru Penggodam? Buru Pengedar Video Lucah Pun Gagal!!
- NGaku ja Lah Perkasa tu Umno dan Umno tu Perkasa
- Demo Pemuda Umno Ada Maksud Tersirat
Posted: 18 Jun 2011 12:34 AM PDT Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bakal berdepan dengan tiga lagi saman dari para peneroka berikutan saman yang dihadapinya daripada para peneroka tanah rancangan di Jengka, Pahang semalam. Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman berkata, pihaknya sedang membuat persiapan untuk memfailkan saman yang serupa daripada para peneroka di Terengganu dan Johor di samping satu lagi kumpulan dari Pahang. Ketika ditanya kenapa kes-kes saman ini tidak diselaraskan di seluruh negara, beliau menjelaskan bahawa setiap tanah rancangan mempunyai masalah yang berbeza seperti tanah yang diteroka pada 1970an dan 1980an adalah tidak sama. "Kadar perahan gred yang dinilai oleh pihak Felda juga tidak sama kerana ia berdasarkan kepada kilang yang memproses buah kelapa sawit itu," terang beliau kepada FMT hari ini. Disamping itu katanya, pihaknya juga akan mengemukakan saman berhubung caruman yang dibuat oleh para peneroka lebih 20 tahun lalu dan belum dibayar balik oleh Felda. "Caruman ini melibatkan 10,000 peneroka di seluruh negara di mana setiap peneroka sepatutnya menerima kembali wang sebanyak RM1,700 untuk seekar dari sejumlah 10 ekar tanah yang mereka usahakan. "Ini bermakna Felda berhutang dengan peneroka sebanyak RM17,000 seorang," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah parti itu. Semalam, harakahdaily melaporkan seramai 711 peneroka tanah rancangan Jengka, Pahang memfailkan saman RM344 juta berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah. Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui Tetuan Daim & Gamany dengan menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan. Saman itu berhubung penipuan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG) yang diterima mereka sejak 15 tahun lalu. Peneroka terbabit menerima KPG yang rendah dari nilai sebenar iaitu antara 17 hingga 18 peratus. Mereka sepatutnya memperoleh KPG yang lebih tinggi sehingga boleh mencapai ke tahap 32 peratus. |
Posted: 17 Jun 2011 11:35 PM PDT PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan berunding lagi dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berhubung pengurusan pilihan raya di negara ini kerana ruang sudah pun diberi sebelum ini. "Kita telah memberi ruang kepada mereka untuk berunding dan mereka telah berjumpa kita November lalu untuk berbincang mengenai beberapa tuntutan kononnya bagi mewujudkan sistem pilihan raya lebih baik. "Kita terima sesetengah pandangan mereka tetapi tidak setuju dengan beberapa tuntutan yang tidak munasabah. Mereka kata (mereka) sedia bincang. Kalau hendak bincang kenapa perlu berhimpun? "Pintu rundingan dengan kumpulan tersebut sudah tertutup. Kita tidak tertarik lagi untuk bertemu mereka," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau menegaskan, tindakan kumpulan tersebut untuk berdemonstrasi pada 9 Julai ini tidak sekali-sekali akan mengubah dasar dan sistem pilihan raya yang telah ditetapkan dan berjalan dengan sempurna selama ini. "Mereka boleh berhimpun dan terus mencemuh kita, tetapi kita tidak akan tunduk kepada tuntutan kumpulan tersebut," kata beliau kepada Sinar Harian dalam pertemuan di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, semalam. Beliau berkata demonstrasi jalanan tidak berkesan dan bukan cara terbaik untuk menyelesaikan rasa tidak puas hati berhubung satu-satu isu. Telah terbukti demonstrasi yang diadakan sebelum ini hanya menimbulkan kesusahan kepada orang ramai, termasuk peniaga, pemandu teksi dan mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit. "Semua pihak tidak setuju demonstrasi, tetapi mereka memilih kaedah tersebut; macam mereka ada agenda lain. Jadi tidak guna lagi untuk bincang," katanya. Mengulas lanjut mengenai tuntutan Bersih, Abdul Aziz menyangkal tuduhan kumpulan tersebut bahawa SPR tidak bebas dan tidak telus sebab terpaksa selalu tunduk dengan kehendak kerajaan. "Pada hemat saya kumpulan tersebut sendiri yang menjadi alat dan tunduk kepada kemahuan parti-parti tertentu. Kita sudah tengok siapa di belakang kumpulan tersebut. Orang boleh agak siapa dalang mereka," kata beliau. Mengenai tuduhan Bersih kononnya SPR berat sebelah dalam pengendalian pilihan raya, Abdul Aziz berkata: "Kalau kita berat sebelah, mesti tidak ada parti pembangkang menang baik dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Mereka tahu hakikat ini, tetapi mereka sengaja hendak buat kacau." (SH) |
Menanggung menteri lebih membazir dari menanggung subsidi Posted: 17 Jun 2011 11:18 PM PDT Diwaktu rakyat dalam kesusahan akibat tekanan ekonomi yang semakin menyempit, kerajaan menarik subsidi yang dikatakan membebankan perbelanjaan negara. Benarkah subsidi untuk rakyat membebankan ataupun tanggungan kerajaan terhadap para menteri yang lebih membebankan. Adakah para menteri prihatin terhadap kesusahan dan kesengsaraan rakyat? Ataupun mereka lebih sayangkan pangkat dan jawatan mereka yang segalanya ditanggung oleh kerajaan ataupun lebih tepat lagi KITA, rakyat. Antara tanggungan kerajaan terhadap para menteri adalah: 1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara - semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit. 2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00 6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata) 7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut. 8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00 9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. Sudah tentu para menteri menyokong tindakan kerajaan memotong subsidi rakyat asalkan kemewahan yang mereka kecapi ini dapat berterusan. Ajijoi |
Posted: 17 Jun 2011 10:00 PM PDT Cubaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mengaitkan perhimpunan aman Bersih 2.0 dan serangan siber ke atas laman-laman web kerajaan, tidak berasas sama sekali. Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang dihubungi Tv Selangor sebaliknya menyifatkan Rais sebagai mengigau apabila menyifatkan serangan siber yang menyasarkan laman sesawang milik kerajaan dan agensinya ada kaitan dengan perhimpunan Bersih. " Saya tidak nampak langsung di mana relevannya itu. Barang kali Rais, dia mengigau,"katanya. Rais yang dipetik Bernama berkata, serangan siber oleh kumpulan yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous dipercayai ada hubung kait dengan penganjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Malah Rais menyifatkan serangan itu jelas bermotif politik dan bertujuan untuk melakukan sabotaj ke atas kerajaan. Tambahnya, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan. Namun menurut Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, penggodaman laman web kerajaan yang bermula Khamis lalu bersifat baru sedangkan himpunan Bersih 2.0 sudah dicanang sejak sekian lama. " Perhimpunan Bersih ini, NGO telah menghebahkannya kepada awam begitu lama dan lebih banyak kita turun ke bawah memberi penerangan di samping menggunakan laman web yang tidaklah sebanyak mana,"tegas beliau, justeru menasihati orang awam supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan Rais itu. Sebelum ini Anonymous menggodam beberapa laman web kerajaan dengan serangan DDoS (Distributed Denial-of-Service) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail, termasuk Pirate Bay dan Wikileaks. Rais semalam mengakui 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara.TVSNEWS |
Berlakon Pulak Puak-Puak Nie... Posted: 17 Jun 2011 09:13 PM PDT Perkasa: 'Tak kisah jika Pemuda Umno mahu cabar sendiri Bersih' KUALA LUMPUR, 18 Jun — Perkasa yang mendakwa mengetuai lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 tidak kisah jika Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan berasingan pada 9 Julai ini, hari yang ditetapkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil. Sehubungan itu kepimpinan Perkasa tidak mahu menyertai mana-mana pertubuhan politik yang menganjurkan tindakan sedemikian walaupun matlamat adalah sama. "Pada saya, kita anggap ia usaha yang bagus untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0, tetapi kami tidak akan sertai mana-mana parti politik... terpulang kalau mereka mahu buat secara berasingan," kata Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali ketika dihubungi tengah malam tadi selepas pihaknya merumuskan program Gerakan Aman 9 Julai, yang akan dilancarkan petang esok. Gerakan Aman itu, yang akan dilancarkan di Kelab Sultan Sulaiman di sini, dianjurkan Perkasa dan sekumpulan NGO bagi mengadakan siri program bagi memaksa Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan 9 Julai. Perkasa berkata pihaknya juga akan turun ke jalan untuk berarak jika Bersih 2.0 tidak membatalkan hasrat mereka. Bermakna tiga pihak — Pemuda Umno, Perkasa dan Bersih 2.0 dilihat akan berhimpun di ibu negara pada 9 Julai ini. Syed Hassan menambah, oleh kerana dari awal-awal lagi Pemuda Umno sudah mengatakan bahawa mereka hendak mengadakan perhimpunan balas menentang Bersih 2.0 secara berasingan, maka "kami, pertubuhan bukan kerajaan memutuskan untuk mengadakan usaha menghalang Bersih 2.0." "Kami tidak kisah jika Pemuda Umno mahu buat perhimpunan sendiri (menentang Bersih 2.0), terserah kepada mereka. Kami akan buat usaha kami," katanya lagi tetapi menimbulkan persoalan mengapa baru sekarang sayap Umno itu kelihatan mahu mengadakan perhimpunan dan perarakan seumpama itu. Katanya, Pemuda Umno tidak mengambil pendekatan sedemikian dalam banyak isu menyentuh kepentingan orang Melayu dan Islam sebelum ini. "Perkasa akan bersama pertubuhan bukan kerajaan, kami tidak akan sertai perhimpunan anjuran Pemuda Umno... kami hendak bertindak sebagai NGO," kata Syed Hassan lagi. Ketika ditanya sama ada Perkasa, yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bebas Pasir Datuk Ibrahim Ali, akan mengundang Pemuda Umno agar menyertai usaha mereka, Syed Hassan berkata: "Mereka dari awal sudah kata hendak buat perhimpunan sendiri. Jadi, buat apa nak kami hubungi mereka. Kalau mereka mahu, mereka boleh menghubungi kami." "Kami akan meneruskan tindakan kami sehingga Bersih 2.0 dibatalkan. Jika tidak dibatalkan, kami juga akan adakan perarakan, tetapi kami akan buat sendiri... bukan bersama Pemuda Umno," kata Syed Hassan. Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata Pemuda Umno akan berdepan dengan tindakan sekiranya mereka meneruskan cadangan untuk mengadakan satu lagi perhimpunan pada 9 Julai ini. Hishammuddin yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata, tiada sesiapapun yang melebihi undang-undang dan mereka perlu berhadapan dengan polis seperti orang lain. Kelmarin, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa pergerakan itu juga akan mengadakan perhimpunan 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, bagi menyokong sistem demokrasi serta peranan dan pembaharuan yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya. Hishammuddin dilaporkan berkata keputusan untuk menganjurkan perhimpunan itu merupakan keputusan jawatankuasa eksekutif Pemuda Umno. Justeru kata Naib Presiden Umno itu, ia merupakan pendirian Pemuda dan bukan Umno secara keseluruhan. |
Posted: 17 Jun 2011 09:56 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pertunangan anak perempuan mereka Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22, yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, malam ini. Kelihatan Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan bersalaman dengan Noorhayana Najwa. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nurzahirah serta Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Hajah Kalsom berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut. Baca sumber seterusnya disini |
Panas!! Anak MP BN Jadi Samseng.. Posted: 17 Jun 2011 06:51 AM PDT Seorang ahli perniagaan dan merupakan mantan rakan kongsi Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yusof Mahal, Hanizam Rasiol Bin Mohammad, 49, tidak menyangka akan melalui pengalaman pahit dibelasah dengan kejam sehingga patah tulang hidung oleh anak Yusof, Yusani yang bukan sahaja samseng, malah bertindak ganas merampas kad pengenalan beliau dan dua rakannya. Malangnya, walaupun Hanizam membuat laporan polis di Balai Polis Labuan pada hari kejadian iaitu 29 April 2009 melalui laporan bernombor Labuan/002254/09, namun polis seolah-olah melindungi Yusani. Buktinya, Mykad Hanizam bernombor 620811-07-5055, Zahrol Azhar Bin Zuhri @ Darmo bernombor 690613-08-6275, Muhammad Shukri Bin Abdullah bernombor 471004-12-5013 masih dalam simpanan Yusani sehingga mereka bertiga terpaksa membuat permohonan gentian kad pengenalan berdasarkan laporan polis berkenaan. "Selepas kad pengenalan kami dirampas, mereka mahu membawa kami ke gudang untuk dilupuskan (dibunuh). Mujur polis sampai dan membawa kami semua ke balai," kata Hanizam yang menjelaskan Yusani bertindak ganas setelah berang kerana beliau dan rakannya datang menghadiri mesyuarat tapak ekoran projek yang dilaksanakan Yusani menggunakan lesen PKK milik Hanizam, Utara Kita Sdn.Bhd tanpa pengetahuannya mahu disenarai hitamkan Perbadanan Labuan. Bagaimanapun Hanizam menyatakan kes pertikian dan jenayah yang dilakukan Yusani akan diceritakan kemudian. "Yang penting, saya tidak mahu MyKad saya dan dua orang rakan saya yang dirampas Yusani disalahgunakan untuk tujuan tertentu. Saya juga menggesa agar polis membuka kembali fail siasatan berhubung tindakan Yusani merampas kad pengenalan kami kerana beliau bukan Pegawai Pendaftaran," ujar Hanizam yang menunjukkan Mykad gantian yang telah diperolehinya. Hanizam turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein agar campurtangan dan tidak melindungi polis yang menyalahguna kuasa bersubahat dengan Yusani melindungi kegiatan jenayah yang dilakukannya. "Saya hairan kenapa polis tidak dakwa Yusani yang merampas Mykad kami atau mengarahkan dokumen peribadi kami dikembalikan sedangkan itu kesalahan jenayah berat," tegas Hanizam yang turut mencurigai Pegawai Pendakwaraya yang mengendalikan kesnya./Sabahkini Addin |
“Kami ada hak untuk berhimpun, sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan", Khairy Posted: 17 Jun 2011 05:32 AM PDT Khairy: Himpunan 9 Julai Pemuda Umno tetap diadakan KUALA LUMPUR, 17 Jun — Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan perhimpunan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, pada tarikh yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0 akan diteruskan meskipun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran polis akan bertindak terhadap mana-mana perhimpunan tidak sah. Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional ini berkata Hishammuddin, yang mengetuai pergerakan itu sebelum ini, boleh memberi amaran tetapi sayap Umno itu akan meneruskan rancangannya tidak kisah apa yang bakal berlaku. "Pemuda saya dan saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja implikasinya. Ini Malaysia baru. "Kami ada hak untuk berhimpun, sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan (Persekutuan). Pemuda Umno akan berarak 9 Julai. Itu sahaja," kata beliau kepada The Malaysian Insider. |
Kalau BERSIH 2.0 Berjaya, UMNO Tutup Kedai Posted: 17 Jun 2011 04:19 AM PDT Sudahkah kita lupa. Sewaktu BERSIH 1.0, kerajaan BN/Pak Lah mengusai semua kerajaan negeri kecuali Kelantan. Kerajaan Pak Lah juga menguasai bilangan kerusi terbanyak dalam sejarah pilihanraya Malaysia. Dalam keadaan kemenangan yang begitu gemilang sebegitu pun, perhimpunan BERSIH 1.0 telah berjaya menurunkan penguasaan kerajaan BN kepada keputusan yang paling buruk dalam sejarah UMNO/BN pada tahun 2008. Sekarang ini, kerajaan Barisan Nasional/UMNO berada dalam keadaan yang amat tenat. Kerajaan BN masih mampu hidup dengan talian hayat dari Sabah dan Sarawak. Ertinya, kalau berjaya BERSIH 2.0 maka, inshaalah, UMNO akan bungkus dalam Pilihanraya ke 13 nanti. Oleh sebab itu, amat penting bagi setiap ahli dan pendokong serta penyokong Paaktan Rakyat ataupun rakyat Malaysia yang biasa untuk turun beramai-ramai menjayakan BERSIH 2.0. Kejayaan BERSIH 2.0 menjamin masa depan anak cucu anda Tulang Besi |
Nak Buru Penggodam? Buru Pengedar Video Lucah Pun Gagal!! Posted: 17 Jun 2011 03:23 AM PDT Muhyiddin nak buru penggodam. Muhyiddin berkata kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana kumpulan penggodam termasuk mereka yang menggelarkan diri sebagai 'anonymous'. Katanya lagi, bagi tujuan itu, kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat secara terperinci mengenai identiti dan lokasi penggodam tersebut. Hishammuddin nak memburu juga. Pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan kementerian dan beberapa agensi lain bagi membendung kegiatan terbabit. Kementerian Dalam Negeri akan bertindak berhubung langkah sekumpulan penggodam dipercayai didalangi warga tempatan pecah masuk beberapa laman web kerajaan. Bagaimana nak memburu penggodam?? Memburu pengedar video lucah pun gagal, bagaimana nak memburu penggodam yang ilmunya lebih canggih dan lebih bijak dari pengedar video lucah. Atau sememangnya dah dapat, namun almaklumlah geng sendiri, maka disenyapkan ajaa.... Sumber - Ekele.Net |
NGaku ja Lah Perkasa tu Umno dan Umno tu Perkasa Posted: 17 Jun 2011 02:45 AM PDT Betoi dak yang Perkasa tu adalah Umno dan Umno itu adalah Perkasa... Perkasa ni hanyalah perkakas Umno yang bersuara menajga kepentingan Umno yang mana suara suara itu terlalu sensitif untuk disuarakan oleh Umno sendiri demi menjaga keharmonian dalam BN. Umno terpaksa mencipta satu perkakas yang bila bercakap tak kira sesensitif mana pun isu tersebut, Umno tidak akan dipersalahkan oleh rakan rakan dalam BN. Perkasa yang diangkat menjadi lidah Umno hanya akan sensitif terhadap isu politik yang menyentuh PAS, PKR dan DAP sahaja. Dan akan terus menjuarai isu politik untuk mempertahankan Umno / BN tanpa memijak dibumi keadilan. Perkasa hanya hidup enak diatas isu isu yang dipolemikkan demi survival politik Umno / BN. Lihat saja isu murtad, kenapa Perkasa senyap bagai tiada hati dan perasaan langsung bagi NGO yang kekononnya menjaga kepentingan Melayu dan Islam itu. Melihat pada penyata rasmi yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengatakan Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) memang mengharukan kita. Dimana presiden Perkasa ketika ini yang jugak sebagai seorang ahli parlimen bila mendengar sebanyak 135 orang yang diluluskan untuk keluar Islam atau murtad? Perkasa yang dikatakan ingin mempertahankan hak orang Melayu / Islam dalam semua aspek dan hak pribumi ini tetiba menjadi bisu dan tukang angguk pada Umno. Apa yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Ali setelah diperjelaskan oleh Datuk Seri Jamil Khir berkaitan statistik tersebut? Tak salah jika majoriti rakyat menjadi curiga dengan pendekatan Perkasa selama ini. Isu murtad ini langsung tidak memberikan kesan sensitif terhadap perjuangan Perkasa. Kedahlanie |
Demo Pemuda Umno Ada Maksud Tersirat Posted: 17 Jun 2011 02:10 AM PDT Pemuda Umno hanya mahu kacau daun. Demikian pandangan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa pergerakan itu juga akan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai- hari sama himpunan besar-besaran Bersih 2.0 diadakan. Sebelum ini, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan melahirkan hasrat untuk sama-sama turun di jalanan bagi menyatakan sokongan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Namun menurut Shamsul, himpunan yang bakal diadakan oleh sayap Umno itu bukanlah sepenuhnya untuk menuntut demokrasi tulen direalisasikan di negara ini, sebaliknya lebih bersifat untuk menjernihkan spekulasi rakyat tentang hubung kait pergerakan itu dan Perkasa. "Oleh kerana imej Perkasa itu begitu teruk di kalangan mata rakyat , maka Pemuda Umno tidak sanggup untuk dilihat dengan Perkasa walaupun kita tahu sebahagian besar dari anggota Pemuda Umno memang bersama-sama dengan Perkasa secara langsung dan ini merupakan satu tipu helah dari Pemuda Umno tidak bersama Perkasa. Tapi dalam masa yang sama mahu juga bersama-sama menyatakan pendirian tentang isu pilihan raya kononnya dalam ini mereka bercadang menyokong SPR itu sendiri,"kata Shamsul ketika dihubungi Tv Selangor. Jelas Shamsul, Pemuda Umno dan Perkasa seharusnya sedar, perhimpunan yang dianjurkan Bersih 2.0 mempunyai maksud yang jelas dan membawa suara rakyat yang mahukan proses pilihan raya di negara ini diadakan dengan telus. "Ini bukan pertandingan menganjurkan demonstrasi. Kita bukan bertanding anjur demonstrasi. Demonstasi Bersih lebih ramai, Pemuda Umno lebih ramai atau Perkasa lebih ramai. Ini satu pendirian. Ini satu program yang mengajak rakyat menyatakan pendirian yang jelas terhadap isu-isu yang berkaitan dengan wujudnya sistem pilihan raya yang bersih dan adil,"tegasnya. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam dipetik sebagai berkata, pergerakan itu juga mahu menganjurkan perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi negara. Bagaimanapun sayap Umno itu tidak akan bergabung dengan Bersih 2.0. Ia memungkinkan tiga pertembungan berlaku pada hari tersebut. Menyentuh mengenai dakwaan pihak tertentu yang menyatakan penganjuran Bersih 2.0 sengaja diadakan untuk memastikan ramai pemimpin pembangkang ditahan polis pada hari terbabit, hujah itu ditolak sama sekali oleh Shamsul. "Yang hendak tangkapnya polis. Yang buat kenyataan untuk tahan itu polis. Itu harus dijelaskan. Sebab itu semalam saya beri pengelasan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, jangan kenyataan itu bersifat sombong dan angkuh. Kerana kita nyatakan kepada pihak polis bahawa kita ingin berdemonstrasi pada tarikh 9 Julai dan kita telah beri maklum kawasan-kawasan mana yang kita pergi,"jelas beliau. Katanya, demonstrasi bukan satu jenayah. Di negara-negara maju pendemonstrasi turun ke jalan untuk menyatakan pendirian dan pihak polis hanya mengendali atau menyelia demonstrasi dijalankan secara aman. Dengan langkah ugutan yang dilakukan oleh pihak polis itu hakikanya menjadikan Malaysia bukan lagi negara demokrasi, sebaliknya negara polis. Shamsul turut menuntut penjelasan Ketua Polis Negara mengenai kenyataan ugutan pihak polis itu. Setakat ini Ketua Polis Negara terus berdiam diri. "Dan saya hairan kenapa KPN senyap dalam perkara ini. Apakah Ketua Polis Negara tak ada taring, tidak ada kepimpinan seperti yang beliau tunjukkan kepada polis-polis di bawah. Beliau seharusnya menerima dan memahami apa yang dimaksudkan kuasa demokrasi dalam sebuah negara yang kononnya diamalkan di Malaysia,"ujar beliau lagi. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan