Blog-list Malaysia |
- BERSIH Akan Baling Batu Dan Bakar Kereta.. Kepala Hotak Ko Ibrahim Katak
- Umno Semakin Gerun Dengan Bersih 2.0
- Pengajaran Kepada Hasan Ali dan Ustaz Nasa
- Menyanggah Tulisan Kambing Pencacai UMNO
- Unit Tempur Pelawak Umno Akan Diwujudkan
- Umno Salah Strategi Bila Menyerang Mat Sabu
- Siapa Jantan Syhawat Lembek?
- UUM Tayang Video Seks Datuk T
- AJK Dan Pesuruhjaya PAS Yang Baru Dilantik
- Pemuda Umno Mahu Perjanjian IPP Didedahkan
BERSIH Akan Baling Batu Dan Bakar Kereta.. Kepala Hotak Ko Ibrahim Katak Posted: 13 Jun 2011 12:09 AM PDT Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai "mengacau". Ketuanya, Ibrahim Ali berkata PERKASA akan "lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini. "(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah "kotor". Beliau yang juga pernah dilucutkan gelaran "Datuk" oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah demi menjamin kepentingan demokrasi. "Saya tak boleh bayangkan, bila ramai yang berhimpun, mereka akan baling batu, bakar kereta... PERKASA akan turun ke jalannan dan halang mereka (perhimpunan BERSIH)," katanya. BERSIH 2.0 yang diketuai oleh beberapa pemimpin NGO dijadual mengadakan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini. Tujuannya ialah untuk menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara. Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan: Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan: Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21 Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang Tempoh kempen minimum 21 hari Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya Menghapuskan rasuah pilihan raya |
Umno Semakin Gerun Dengan Bersih 2.0 Posted: 12 Jun 2011 11:56 PM PDT 36 laporan polis bantah perhimpunan Bersih Sebanyak 36 laporan polis telah dibuat dalam tempoh empat hari di Perlis, membantah cadangan pembangkang mengadakan "perhimpunan Bersih" pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur. Laporan polis itu dibuat antara lainnya oleh Umno Bahagian Kangar, Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kangar, Puteri Umno Bahagian Kangar, Kelab Penyokong Menteri Besar Perlis, Warga Felda Chuping dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung kawasan Dewan Undangan Negeri Mata Ayer, JKKK Kampung Bakau, Masyarakat Siam Perlis dan Umno Bahagian Arau bagi membantah penganjuran perhimpunan itu. Azali Abas, Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, yang membuat satu laporan polis di Balai Polis Kangar pada 10.30 pagi ini, meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan itu diadakan. Ketua Wanita Umno Bahagian Kangar, Rela Ahmad pula berkata pembangkang boleh menggunakan saluran lain jika mereka mempunyai bantahan terhadap kerajaan. Yang Dipertua Kelab Penyokong Menteri Besar Perlis, Zulkeflee Ibrahim, berkata perhimpunan itu boleh mencetuskan huru-hara di negara ini. - Bernama |
Pengajaran Kepada Hasan Ali dan Ustaz Nasa Posted: 12 Jun 2011 09:20 PM PDT Pengajaran terbesar kepada mereka adalah: Bila buang kawan untuk berkawan dengan musuh, alamat buruk padahnya Ustaz Nasa, Hasan Ali dan Ustaz Harun Din tidak pernah disukai oleh Geng "Ulama"/Terengganu sejak zaman dahulu lagi. Tulang Besi mempunyai maklumat secara terus dan pengalaman pribadi. Mereka sentiasa di kutuk, diumpat dan diburukkan kepada sekelian ahli-ahli PAS dengan berbagai-bagai fitnah dan dusta. Namun, keputusan pilihanraya 2008 menukar segalanya. Secara tiba-tiba, agenda PERPADUANG telah menyatukan mereka semua. Tiba-tiba Ustaz Nasa, Hasan Ali dan Harun Din menjadi siulan dan percakapan golongan "Ustaz"/Terengganu ini. Secara tiba-tiba Ustaz Nasa dinaikkan taraf kepada taraf "ulama" dan Hasan Ali mendapat sokongan padu dari ketiga-tiga Dewan di Negeri Selangor. Secara tiba-tiba semua ahli PAS dikempen untuk member wala' kepada Ustaz Nasa dan tidak boleh ada ahli PAS yang melanggar arahan serta kata-kata Ustaz Nasa. Yang menghairankan, kempen dalaman ini dilakukan oleh mereka-mereka yang satu masa dahulu hebat menyebarkan fitnah serta dusta terhadap Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dan Harun Din. Mereka yang pernah menjadi kawan dan pendokong Hasan Ali dan Ustaz NAsa telah dibuang ke dalam tong sampah. Malahan, mereka ini telah dilabel dengan berbagai-bagai label seperti tak wala', geng Anwar, anti ulama dan sebagainya. Secara mudahnya, agenda perpaduang dengan UMNO telah menyatukan Hasan Ali, Ustaz NAsa dan Harun Din dengan musuh-musuh tradisi mereka. Agenda Perpaduang telah menjadikan kawan mereka yang azali menjadi musuh. Malangnya, selepas pemilihan 2009, segalanya berubah. Kalau masa pemilihan 2009 majoriti ahli masih tidak mengetahui berkaitan dengan "geng perpaduang" dalam PAS, selepas itu maklumat berkaitan dengannya tersebar luas. Majoriti perwakilan telah sedar mereka ditipu pada Muktamar 2009 kerana mereka sangkakan mereka mahu melindungi Kepimpinan Ulama. Rupanya, mereka telah mengundi calon yang akan membawa mereka ke mulut buaya (yakni kea rah perpaduang dengan UMNO. Maka, setahun sebelum Muktamar 2011, Ustaz NAsa telah dilawati rombongan dari bekas musuh beliau (Geng Ulama/Terengganu). Rombongan tersebut meminta supaya Ustaz Nasa menarik diri dari jawatan Timbalan Presiden. Malahan, pada masa itu lagi nama Dato Tuan Ibrahim telah disebut sebagai pengganti beliau. PAda masa itu, barulah Ustaz Nasa sedar beliau keseorangan. Musuh yang telah menjadi kawan baru beliau, sudah pun mem"fail"kan fasakh terhadap beliau. Kawan yang beliau khianat dahulu tidak mungkin akan menerima beliau balik. Maka, dalam pertemuan dengan rombongan tersebut, Ustaz Nasa menyatakan sikap degil dan menolak permintaan mereka. Dan mengikut sumber-sumber yang sampai pada Tulang Besi, ustaz Nasaruddin amat gembira apabila Abang Mat Sabu diisytiharkan menang. Beliau bukan gembira kerana Abang Mat menang, tapi beliau gembira kerana Dato Tuan Ibrahim telah kalah. Beliau puas hati calon pilihan kumpulan "Ustaz"/Terengganu tidak berjaya mengganti beliau. Dato Hasan Ali pula cuba untuk mempertahankan "status quo" dalam Mesyuarat AJK pertama selepas Muktamar 2011. Beliau yang pertama menyatakan betapa perlunya pemegang jawatan yang dahulu dikekalkan. Namun, permintaan Dato Hasan Ali ditolak mentah-mentah. Dan akhirnya, Dato Hasan Ali tercampak dari kerusi Pesuruhjaya PAS Selangor. Maklumat yang Tulang Besi dapat, walaupun ada usaha untuk mengekalkan Dato Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya, namun kes beliau ini sudah terlampau berat. Dikhabarkan, aduan disiplin Tulang Besi yang diserahkan kepada SU Agung juga menjadi salah satu "hujjah" mengapa beliau harus ditukar dari menduduki kerusi PJ Selangor. Itulah pentingnya menjadikan segalanya dalam bentuk hitam putih. Kalau tidak puas hati dengan pemegang2 jawatan dalam PAS, buat aduan secara hitam putih kepada mereka yang berkuasa di dalam PAS. Jangan hanya mengomel di belakang semata-mata. Yang masih tinggal keseorangan sekarang ini adalah Dato Harun Din. Saya tak yakin Dato Harun Din akan mampu bertahan lama. Beliau sudah tiada kawan dan beliau tidak mungkin lagi mendapat sokongan dari kumpulan yang pernah menyokong beliau. Syukur pemilihan baru2 ini menjelaskan kepada kita sikap sebenar mereka yang beriye-iye menggunakan label ulama untuk mendapat jawatan. Mereka sedar mereka tiada "modal" untuk dipilih. Mereka menjaja label ulama bagi mendapat jawatan secara mudah tanpa dipersoal oleh sesiapa sahaja. Kesilapan ini harus menjadi tauladan kepada semua ahli2 PAS. Jangan sekali mengkhianati kawan yang selama ini menjadi penyokong dan pendokong kita secara ikhlas. Hanya kerana jawatan MB Selangor dan Timbalan Perdana Menteri yang dijanjikan UMNO, buta semua mata. Buta akan jasa dan sokongan yang diberikan oleh kawan kita selama ini. Tulang Besi |
Menyanggah Tulisan Kambing Pencacai UMNO Posted: 12 Jun 2011 07:58 PM PDT Kambing luar kumpulan, rumput kering pun disangka burger! Hari ini Presiden PAS telah mengumumkan kabinet penuh parti PAS bagi menghadapai pilihan raya kali ke-13. Walaupun tak banyak perubahan tapi ada sebahagiannya menunjukkan komitmen AJK PAS Pusat untuk mengambil saranan suara rakyat yakni suara daripada lapisan bawah parti serta pendokong PAS bukan dikalangan ahli parti Saya masih tak nak mengulas secara mendalam, tapi menarik untuk saya memberi komen balas kepada penulis blog terutamanya yang 'gatal tangan' menulis mengikut nafsu walaupun ber'pakaian dan wajah Islam' Zainol Abideen atau dikenali sebagai Mahaguru58 telah mengulas pertukaran beberapa jawatan ini dengan tohmahan jahat. Artikelnya "Dato Dr Hassan Ali korban pertama Kabinet Perang PAS ~ Salam Takziah!" sangat prajudis dan menunjukkan dia bersifat dendam dan busuk hati. Memang susah kalau manusia berada di luar Jamaah merasai dirinya betul. Tulisan tanpa asas yang kukuh, sekadar mengambil kejadian lapisan luar sebenar bukan menunjukkan tulisan yang matang. Mengganggap Dr Hassan Ali dipecat daripada golongan ulama adalah telahan paling bodoh. Tak terfikirkah si Mahaguru58 ini bahawa Dato' Harun Taib, Pesurunjaya PAS Negeri Terengganu juga dipecat dan diganti dengan golongan profesional Abdul Wahid Endut? Sedangkan Abdul Wahid bukan dikalangan ketiga-tiga Timbalan Persuruhjaya sebelum ini. Kalau nak dibandingkan Dato' Harun dengan Dato' Dr. Hassan, siapa yang lebih ulama? Begitu juga di Melaka, adakah perlantikan Adly Zahari juga boleh dikatakan menepikan golongan ulama? Sebagai seorang Islam kita kena akur semua perkara adalah kehendak Allah s.w.t. Orang yang nak dilantik menjadi Persuruhjaya di Melaka telah kalah di kawasannya dalam pemilihan baru-baru ini. Takdir untuk menaikkan Adly Zahari sebagai Persuruhjaya antara yang termuda. Darjat dan kemulian adalah pemberiaan Allah. Dia boleh bagi kepada sesiapa yang dikehendaki walaupun orang itu kita nampak macam belum bersedia. Saya pernah didatangkan seorang yang menangis-nangis kerana dia merasai dirinya teraniya. Banyak kerja boss dia terpaksa buat. Saya tanya dia, dengan kelulusan akademik awak adakah awak mampu menjadi boss di situ. Dia menjawab "tidak". Sekarang siapa yang paling berkuasa mengatur semua hal di situ? saya tanya dia. Dia jawab sayalah kerana semua kerja boss saya yang buat. Saya jawab mudah, sebenar Allah telah menaikkan darjat awak walaupun akademik awak tak tinggi. Awak sahaja nampak awak teraniya! Dia terdiam. Saya katakan lagi, anggapkan itu cabaran, ambil kesempatan daripada keadaan dan buat sebaiknya sesungguhnya anda telah dianugerahkan Allah suatu yang mulia! Saya tak nak sebut negeri-negeri lain lagi untuk berhujah. Zainol Abideen telah banyak kali menjadi dalang (Cybertropper UMNO) yang menyerang PAS secara halus memberikan gambaran yang salah dan bergerak seolah-olah simpati dengan penjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. tin-buruk.blogspot.com/ |
Unit Tempur Pelawak Umno Akan Diwujudkan Posted: 12 Jun 2011 06:13 PM PDT Nota: Kah kah kah kah.. tak cukup hebatkah papa gomo yang tiap-tiap hari mengupload video seks pada blognya? kah kah kah kah.. Tak cukup hebatkah parpukari yang berpenat lelah memakai purdah untuk memfitnah adun Selinsing..? Tak cukup lumayankah mereka-mereka ini dibayar untuk jaminan terjun kedalam neraka nanti..? Kah kah kah kah.. Woii zahid.. tak cukup lagikah dengan segala media yang menjadi lidah-lidah fitnah dan pembohongan untuk memperbodohkan rakyat.. Kah kah kah kah.. Nota: Bayarlah sejuta blogger atau facebooker untuk menjadi unit tempur siber UMNO.. tapi apa yang mereka mampu buat.. melainkan setiap hari bercerita tentang video seks.. setiap hari cerita tentang dubur sialfools.. Kah kah kah kah.. woiii zahid.. lebih baik kamu wujudkan "unit pelawak siber UMNO" sebab bloggers dan facebooker umno ni lebih layak digelar sebagai "Raja Lawak". Kah kah kah kah.. Woii zahid.. tak payah susah-susah lagi.. percayalah.. ajal umno akan tiba sedikit masa lagi.. kah kah kah kah.. Najib dan roswah dah bungkus-bungkus barang nak cabut lari? kah kah kah kah Tungguuuuuuuuuuu!!!!!!!!! Sumber disini dan disini |
Umno Salah Strategi Bila Menyerang Mat Sabu Posted: 12 Jun 2011 06:04 PM PDT Taktik serang Mat Sabu guna skandal seks akan 'makan diri' Umno-BN KUALA LUMPUR, 13 Jun — Penganalisis-penganalisis politik meramalkan serangan video seks ke atas timbalan presiden baru PAS Mohamad Sabu, melibatkan pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat (PR), akan memberi kesan buruk ke atas parti pesaing mereka. Pengarah Centre for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee berkata, lebih banyak taktik kotor dan usaha mengaibkan dari kedua-dua sebelah perikatan akan muncul memandangkan persekitaran politik semakin "panas" di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum semakin dekat. "Ini satu lagi usaha kotor bertujuan merosakkan imej parti-parti politik khususnya seorang pemimpin PAS. "Memandangkan parti yang memperoleh manfaat adalah Umno, publik akan meragui parti memerintah," katanya kepada The Malaysian Insider. Kata beliau, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan menafikan mereka bertanggungjawab manakala media dikawal perikatan itu akan menggunakan isu berkenaan untuk terus melakukan serangan. "Oleh itu, terserah kepada pemimpin-pemimpin dalam masyarakat untuk mengecam tindakan ini dan mendedahkan pihak-pihak yang mahu mendapatkan manfaat daripadanya," kata beliau. Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin menerima satu VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata "Skandal Seks Mat Sabu", dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin-pemimpin PAS mendakwa Umno di belakang perkembangan terbaru itu. Kata mereka, Umno kelihatan terdesak untuk menyerang PAS dan komponen Pakatan Rakyat susulan keputusan pemilihan pusat parti Islam itu. Mohamad menewaskan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Penganalisis politik James Chin dari Universiti Monash berkata, serangan terbaru menggunakan video seks tidak akan membawa impak sama sekali memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun "penat" dengan taktik sedemikian. "Strategi menjelang pilihan raya umum ialah ada kumpulan orang yang dibayar untuk menyerang Pakatan Rakyat," katanya. Kata beliau, kebanyakan rakyat sudah membuat keputusan dan pihak yang belum berbuat demikian semakin mengecil. Chin berkata beliau menjangkakan banyak lagi taktik murahan seperti itu, contohnya video seks Anwar, skandal melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan juga isu membabitkan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik akan dibangkitkan menjelang pilihan raya umum ke-13. ". . . tetapi ia akan membawa kesan buruk ke atas (makan diri) mereka," katanya. Pandangan itu disetujui oleh penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian sambil berkata, pengundi atas pagar juga tidak berminat dengan isu-isu tersebut. "Tindakan bergantung pada isu yang sama hanya akan merosakkan parti masing-masing dan dalam kes ini selepas Mat Sabu menang, kemungkinan mahu menghantar mesej bahawa beliau tidak layak secara moral memegang jawatan itu," katanya. Beliau menjangkakan lebih banyak taktik akan digunakan untuk memikat persepsi dan sentimen pengundi kawasan luar bandar. "Ia cara murahan untuk mendapatkan undi dalam landskap politik semasa," kata beliau sambil menambah, parti-parti politik perlu menggunakan pendekatan sofistikated untuk memenangi hati pengundi kawasan luar bandar. |
Posted: 12 Jun 2011 07:06 AM PDT Ahli Parlimen yang menang atas lambang bulan purnama penuh kemudian dia kencing atas lambang itu telah memberi amaran supaya himpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil (Bersih) yang hendak diadakan pada 9 Julai ini dihentikan. Katanya dia bersama kuncu-kuncunya akan berusaha untuk mengagalkan himpunan dan perarakan itu. Katanya dia dan gengnya juga akan mengadakan himpunan pada masa sama untuk untuk menghalangnya sekiranya himpunan itu diteruskan juga. Alasan kenapa dia bertindak demikian kerana bimbang himpunan itu akan menjadi seperti apa yang berlaku di Asia Tengah. Sekali dengar amaran itu boleh merindingkan bulu roma. Tetapi bagi Murai yang sudah muak dan hendak termuntah mendengar kata-kata seperti itu dari ahli parlimen berkenaan tidak lah merasa gentar sedikit pun. Suaranya gempa saja lebih tetapi hakikatnya macam tin kosong saja. Air liur saja bersembur tetapi bacul untuk berdepan. Sebelum ini pun dia menerusi apa yang dinamakan Perkasam acap benar memberi amaran demi amaran. Tetapi sedikitpun amaran yang dikeluarkan tidak dipedulikan. Malahan makin banyak bercakap makin bercelaru Ngo berkenaan. Umno yang cuba dirisik juga mula merasa cuak padanya. Cakapnya tak ubah macam cakap orang gila saja yang tidak ada siapa mahu mendengarnya. Merapu rapu dan meracau sesuka hatinya. Murai rasa elok juga kalau ahli parlimen berkenaan berhimpun pada 9 Julai ini. Murai nak tengok sejauh mana keberaniannya. Kalau boleh ingin sekali Murai tenguk biar ahli parlimen berkenaan 'berlembe' darah di atas jalan raya pada hari itu. Murai nak tenguk siapa anak jantan dan siapa jantan syhwat lembek. Kalau boleh biar dia beradu kekuatan fizikal dengan Mohamad Sabu. Kita tenguk siapa yang hebat dan siapa yang kuat. Dari segi status hari ini ternyata Mohamad Sabu jauh meninggalkan ahli parlimen berkenaan di belakang. Mat sudah pun menjadi timbalan presiden parti yang memimpin 1 juta ummat. Manakala pemimpin berkenaan yang selalu menghina dan memperlekehkan Mat masih belum berparti dan hanya memimpin Ngo cabuk. Sudah habis parti politik diliwat dan dirogolnya tetapi tidak ada satu pun yang boleh menahan hati dengan kerenah dan sikapnya. Murai sangat berharap pada 9 Julai ini dia akan keluar membawa bala tenteranya. Biarlah dua kumpulan ini bertempur kita mahu lihat siapa yang kuat. Setelah perundingan menggunakan akal, ilmu tidak berjaya elok kalau mereka beradu kekuatan pula ala-ala di zaman purbawara dahulu. Dan Murai rasa mereka yang kini bersiap sedia untuk keluar berarak ramai-ramai pada 9 Julai ini sedikit pun tidak akan gentar dengan amaran ahli parlimen berkenaan. Kalau amaran Menteri Dalam Negeri mereka tidak pedulikan inikah pula amaran ahli parlimen yang menanti saat dan ketika saja untuk dikambuskan rakyat di kawasannya. Murai: Akan menghadiri himpunan berkenaan awal-awal lagi. Celoteh Murai 82 |
Posted: 12 Jun 2011 05:12 AM PDT Betoi kaa UUM jadi tempat tayangan VIDEO SEX kat seluruh JKKKP & SU depa minggu lepas..???? Depa dok hingaq dan riyouh kot kampung sejak dua menjak nie dimana selepas JKKKP dan S/U UMNO yg balik dari kursus kat UUM. nuuu... depa dok kata masa kursus kat sana ada ada satu sessi penayangan VIDEO SEX untuk tatapan tok ketua tok ketua ini... entah laa kami nak kata betoi atau tidak hangpa kena pie tanya JKKKP yg baru balik dari UUM minggu lepas laaa..betoi kaa tidak depa dok pakat2 tengok VIDEO SEX tuuu... kami sampaikan apa yg depa dok kata laa...cuba suruh JKKKP tu sumpah tengok depa ngaku dak tengok VIDEO SEX kat UUM tempohari...??? oleh depakata.co.cc |
AJK Dan Pesuruhjaya PAS Yang Baru Dilantik Posted: 12 Jun 2011 03:23 AM PDT Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu. Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf. Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus. Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu. "Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara. "Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya. Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim. Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut: Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed Perak- Ust Abu Bakar Husin Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak P.Pinang- Ust Salleh Man Perlis- Ust Hashim Jasin Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad Sarawak- Ust Adam Ahid |
Pemuda Umno Mahu Perjanjian IPP Didedahkan Posted: 12 Jun 2011 03:05 AM PDT Umno, Pakatan mahu perjanjian PPA didedahkan Kedua-dua parti - Umno dan Pakatan Rakyat, iaitu PAS dan PKR - bersetuju supaya Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum demi kepentingan negara. Ahli panel forum subsidi dari ketiga-tiga parti terbabit berkata paling tidak pun, PPA itu didedahkan kepada sebuah panel pakar atau ahli parlimen. Forum anjuran Dewan Pemuda PAS, diadakan di Kuala Lumpur pagi ini dan disertai oleh exco Pemuda Umno, Ahmad Zaki Zahid (kanan); pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli and ahli jawatankuasa Pemuda PAS, Mohd Zuhdi Marzuki. Ahmad Zaki bersetuju PPA dikaji semula dan didedahkan sekiranya itulah kehendak rakyat. Sekurang-kurangnya, bentuk sebuah panel pakar atau ahli parlimen untuk mengkaji PPA, katanya, sambil menambah isu berhubung pengeluar tenaga bebas (IPP), telah menjadi satu isu 'emosional'. Ahmad Zaki turut menyokong gesaan ahli parlimen Gua Musang MP dan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah semalam supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk mengkaji PPA. Sementara itu, Mohd Zuhdi (kanan) pula berkata, semua dokumen syarikat kaitan kerajaan yang membabitkan kepentingan awam, mestilah diumumkan dan telus. Gesaan supaya PPAs didedahkan kepada umum semakin mendapat sokongan banyak pihak. Manakala Rafizi (kanan), seorang tokoh korporat yang pernah bersama Petronas dan Pharmaniaga, menjadi tumpuan apabila beliau mendedahkan angka-angka sensasi dan kemahirannya berpidato. Beliau mendakwa, YTL Corporation, dengan hanya memiliki sebuah IPP, memberi dividen berjumlah RM1.9 bilion pada 2009 sedangkan TNB hanya memberi RM900 juta dividen. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan