Khamis, 30 Jun 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Majlis Fatwa Pula Digunakan untuk Halang BERSIH 2.0

Posted: 30 Jun 2011 07:03 AM PDT

UMCO kini menggunakan pelbagai agensi untuk menghalang Perhimpunan Aman BERSIH 2.0. Selepas agensi penguatkuasaan, kali ini Majlis Fatwa pula digunakan untuk menghalang BERSIH. Skripnya sama: huru-hara dan memecahbelahkan masyarakat.

Kita tidak tahulah sama ada anggota Majlis Fatwa ini menyiasat dengan mendalam tujuan Perhimpunan Aman BERSIH atau sekadar mengeluarkan nasihat untuk memenuhi kehendak UMCO. Adakah Majlis Fatwa sudah lupa bahawa BERSIH 1.0 pernah diadakan sebelum ini? Mengapa perlu mengadakan BERSIH 2.0 jika SPR memenuhi tuntutan BERSIH 1.0? Tahukah Majlis Fatwa bahawa sudah berbuih mulut pemimpin PR mendesak SPR agar mengubah suai sistem pilihan raya agar lebih telus dan adil? Adakah keluhan dan permintaan PR itu dipenuhi oleh SPR?

Sepatutnya Majlis Fatwa menasihati anggota SPR agar berlaku adil dan menjalankan sistem pilihan raya yang telus kerana hal ini akan ditanya di akhirat nanti. Pengerusi Majlis Fatwa ini juga perlu sedar bahawa dia juga akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti!

Mengapa SPR Mahu Guna Sistem Biometrik Bukan Dakwat Kekal?

Posted: 30 Jun 2011 05:00 AM PDT


Berdasarkan laporan di BH, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa badan itu akan menggunakan sistem biometrik atau teknik imbasan ibu jari bagi mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof,Abdul Aziz berkata, penggunaan sistem biometrik lebih sesuai kerana sistem itu tidak memerlukan pindaan Perlembagaan berbanding dengan menggunakan dakwat kekal. Beliau juga mendakwa sehingga ini, SPR tidak pernah menerima aduan atau petisyen yang mendakwa pengundi mengundi lebih daripada sekali, seperti dakwaan sesetengah pihak kononnya pilihan raya diadakan secara tidak bersih. 

"SPR tidak boleh menghalang seseorang daripada menunaikan tanggungjawab mengundi semata-mata kerana ada dakwat kekal pada jari mereka kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya. Sila baca retoriknya di sini.

Penggunaan dakwat kekal jauh berganda-ganda lebih murah daripada penggunaan biometrik. Malah penggunaan dakwat kekal lebih efektif dari segi pemantauan - semua petugas/pemerhati boleh memeriksa/melihat jari pengundi. Mengapa SPR mahu menggunakan sistem biometrik? Adakah kerana berita di bawah ini?



Tiada pengundi mengundi lebih daripada sekali? Jika begitu, SPR perlu menjawab dakwaan bekas tentera ini:



Ketua Penerangan Pemuda UMCO Buat Lawak!!!

Posted: 30 Jun 2011 03:00 AM PDT


Saya mula-mula baca "lawak" ini di Warta Maya. Berita yang dipetik daripada Merdeka Review ini sebenarnya memerihalkan Lokman Adam yang membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution. Dia menegaskan mahu menyaman Saifuddin Nasution kerana menuduhnya mahu membakar ibu pejabat PKR dan mencederakan Anwar Ibrahim serta Ambiga Sreenevasan pada malam 27 Jun 2011. Kesemua tuduhan itu dinafikan oleh Lokman Adam. Justeru, dia akan menuntut pampasan sebanyak RM500 ribu dan 99 sen.  

"500 ribu dan 99 sen, 500 ribu kerana menyusahkan saya dan 99 sen sebagai nilai diri Saifuddin sebagai pembohong besar," kata Lokman Adam.
Yang lawaknya, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Reezal Merican Naina Merican yang turut menemani Lokman tidak berpuas hati dengan gelaran "mamak" yang dijerit oleh AMK di situ, dan beliau menuduh AMK "keterlaluan".  

Mengapa mahu berang? Dia sepatutnya bangga! Yang patut berasa berang ialah Melayu UMCO kerana berketuakan dia dan pernah berpresidenkan Che Det.


Pejabat UMCO Disimbah Cat Kuning, Carilah Modal Lain!!!

Posted: 30 Jun 2011 01:12 AM PDT


FMT melaporkan Pejabat Umno Bahagian Cheras dan Bandar Razak di Kuala Lumpur disimbah cat kuning dan dilempar bangkai ayam  awal pagi tadi. 

Pejabat Umno Bandar Tun Razak dilempar enam ekor  bangkai ayam - dua semalam dan empat awal pagi tadi. Manakala Pejabat Umno Cheras dilempar empat ekor bangkai ayam selain disimbah cat kuning.

Ketua Umno bahagian, Datuk Syed Ali Alhabshee  berkata, kejadian itu disedari pekerjanya awal pagi tadi.

"Bila mereka datang pejabat mereka ternampak simbahan cat kuning di dinding dan terdapat empat  ekor bangkai ayam.

"Pekerja saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Pudu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Ali mendakwa pihak yang tidak bertanggungjawab itu cuba mencetuskan provokasi supaya ahli Umno bertindak balas terhadap Perhimpunan Bersih yang dirancang 9 Julai depan.
 
 
P/s: Sudahlah, jangan berlakonlah. Muak!!! Orang ramai tahu niat kamu!!!

Kegilaan terhadap KUNING & Penghinaan kepada Wakil Rakyat

Posted: 30 Jun 2011 12:00 AM PDT




Malaysia Kini melaporkan bahawa polis terus mengasak penyokong BERSIH 2.0 dengan menangkap mereka yang berpakaian kuning, termasuk dua lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak.

Ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai berserta dua lagi anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat pagi ini kerana berpakaian kuning.

Lee mendakwa beliau dicekup sebaik tiba sekitar pasar itu pada jam 9 pagi. Wakil rakyat PKR itu terus digari dan diheret ke ibu pejabat polis daerah Ipoh.

"Saya tidak memakai kemeja T BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya," katanya ketika dihubungi.

Lee juga berkata beliau tidak mengedarkan sebarang risalah atau membawa sebarang sepanduk ketika itu. Menurutnya, polis memaklumkan kepadanya beliau ditangkap mengikut Akta Polis bagi menghalang perhimpunan haram.

Semalam, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH.

Ahad lalu, Ahli Parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan 14 aktivis PSM ditahan polis di tol Sungai Dua ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema "Udahlah...Bersaralah".

 P/s: !!!


400 Peguam Bantu Peserta BERSIH & 1000 Jurugambar Rakam Aksi Provokasi Pihak Tertentu

Posted: 29 Jun 2011 10:00 PM PDT

 
Sebelum ini HD ada melaporkan bahawa 300 peguam akan turut serta dalam perhimpunan AMAN BERSIH 2.0. Terbaru, sebanyak 400 peguam secara sukarela telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu jika ada peserta Himpunan Bersih 2.0 ditangkap, kata pemimpin PKR hari ini.

"Setakat ini, berdasarkan maklumat yang saya terima antara 350 hingg 400 peguam menyatakan kesanggupan mereka membantu jika ada peserta yang ditangkap kerana menyatakan sokongan dan menyertai Himpunan Bersih," kata ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Shuhaimi Shafiei.

Ketika bercakap pada sidang media di sini, Ketua Penerangan PKR Selangor itu berkata, bilangan itu dijangka akan meningkat.

Sementara itu, TMI pula melaporkan bahawa pihak penganjur BERSIH telah menyediakan 1,000 orang jurugambar untuk merakamkan insiden-insiden provokasi yang dicetuskan oleh pihak tertentu dalam Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Dalam masa yang sama, peserta-peserta himpunan pula bagaimanapun dilarang sama sekali mencetuskan sebarang provokasi pada himpunan itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasruddin Hassan Tantawi  menegaskan, walaupun Perhimpunan Bersih 2.0 ialah  perhimpunan aman, tetapi pihak-pihak tertentu termasuk pihak polis diyakini tetap berusaha mengganggunya dengan mencetuskan pelbagai provokasi.

Menurut beliau, tindakan provokasi daripada pihak polis pada Perhimpunan Bersih 2.0 diyakini lebih menjadi-jadi berbanding dengan pengalaman pada perhimpunan aman lain termasuk Perhimpunan Bersih 1.0 yang lalu.

Katanya, malah sebelum Himpunan Aman Bersih 2.0 berlangsung, pihak polis dan Umno telahpun melakukan pelbagai provokasi melampau.

"Terbaru, mereka telah merancang menggunakan kumpulan silat yang dipimpin oleh Omardin untuk mencetuskan provokasi. Pada hal kumpulan silat tidak sepatutnya diperalatkan seperti itu," katanya dalam pertemuan dengannya di pejabat Harakahdaily.

Pasukan silat sendiri, menurut beliau, sepatutnya tidak membenarkan dirinya diperalatkan seperti itu, tetapi faham dengan kedudukannya sebagai warisan seni negara yang sepatutnya tampil dengan budi pekerti yang mulia, sifat keadilan dan kesabaran.

Namun, kesediaan pasukan silat lincah menbiarkan dirinya diperalatkan seperti itu yang ditambah pula dengan kkenyataan Omar Din sendiri untuk mencetuskan provokasi, jelas memperlihatkan mereka nak berperang pula dengan peserta-peserta himpunan itu.

"Sebagai pewaris silat, mereka sepatutnya bukan berperang dengan rakyat, tetapi membela rakyat dan mempertahankan keadilan. Himpunan aman Bersih 2.0 diadakan untuk membela rakyat dan menegakkan keadilan, tetapi kenapa pula kumpulan silat hendak menghalangnya?" katanya.

Beliau juga kesal dengan tindakan provokasi Perkasa dan Pemuda Umno yang turut mengganggu perancangan himpunan itu dengan turut merancang untuk mengadakan himpunan pada hari yang sama dengan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

"Kenapa mereka juga nak turun pada 9 Julai? Pada hal mereka boleh turun pada 8 atau 10 Julai. Ini jelas menunjukkan mereka sememangnya ingin mencetuskan provokasi pada himpunan itu," katanya.

Beliau turut kesal kerana pihak Umno telah pun melakukan provokasi melampau dengan mengadakan himpunan di pejabat PKR.

Pihak polis sendiri, katanya, turut mencetuskan provokasi dari awal lagi, sehingga telah melakukan 85 tangkapan sehingga petang ini hanya kerana mereka memakai baju Bersih 2.0.

Namun, beliau yakin segala tindakan yang dilakukan itu tidak akan berjaya menghalang kebangkitan rakyat, malah ia telah menjadikan orang rramai lebih bersemangat untuk menjayakan perhimpunan tersebut.

DPPP sendiri akan mengerahkan 15,000 hingga 20,000 ahli dari setiap negeri di seluruh negara untuk menyertai perhimpunan aman itu.

"Perhimpunan itu pasti tetap diadakan walaupun cuba dihalang oleh pelbagai pihak dengan pelbagai cara kerana ia adalah himpunan aman yang tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan, bagi menyuarakan bantahan kita terhadap politik kotor Umno BN dalam pilihanraya di negara kita," tegas beliau.

[PANAS] Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Berpakaian KUNING!!!

Posted: 29 Jun 2011 08:24 PM PDT


Kredit: TT

Ada yang memakai tali leher kuning, berbaju kurung kuning, memakai tudung berwarna kuning, memakai lencana kuning BERSIH, ada yang memakai gelang kuning! Semuanya kuning!!!


Dalam kalangan MP Pakatan Rakyat yang mengenakan/memakai pakaian/aksesori kuning/BERSIH, YB Datuk Seri Nizar yang paling saya salut:


P/s: Semakin pening UMCO!!!!


FOMCA Senada dengan SUHAKAM: Gesa Kerajaan Benarkan BERSIH 2.0

Posted: 29 Jun 2011 07:38 PM PDT


Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 29 Jun: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihatnya, Chua Kim Tee mengenai himpunan aman Bersih 2.0.

Kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Chua Kim Tee kerana ia bukanlah kenyataan rasmi Fomca, sebaliknya hanyalah kenyataan peribadinya sahaja.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman menegaskan, Fomca adalah sebuah badan yang berpegang teguh kepada prinsip Perlembagaan Negara, tetapi kenyataan Chua ternyata telah menimbulkan imej negatif kepada pertubuhan itu.

Menurut beliau, sebagai badan yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan, kenyataan Chua pasti tidak dipersetujui oleh Fomca kerana Fomca sendiri adalah badan yang berkecuali dengan sebarang pertubuhan politik.

Katanya, Fomca seperti yang diketahui umum adalah badan yang hanya mempunyai kepentingan dengan isu-isu pengguna sahaja dan tanpa memihak kepada sebarang parti-parti politik.

"Namun kenyataan Chua Kim Tee telah menyebabkan orang ramai keliru dengan Fomca yang seolah-oleh seperti Fomca telah memihak kepada parti tertentu, pada hal ia hanyalah kenyataan peribadinya sahaja.

"Sesuai dengan kedudukan Fomca sebagai badan yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan, Fomca menyokong penuh kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) baru-baru yang menggesa kerajaan membenarkan sebarang perhimpunan aman termasuk Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Semalam, Malaysiakini atas tajuk 'Fomca Mahu Bersih 2.0 Disekat' melaporkan, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), tidak rela perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara berikutan ia bakal mengundang bala petaka buat golongan peniaga.

Penasihat Fomca, Chua Kim Tee berkata, banyak yang akan menerima kesan kerana selain boleh menyebabkan kerugian kepada peniaga, orang ramai di kawasan berhampiran juga terpaksa hidup di dalam kebimbangan.

Justeru, katanya, tindakan tegas wajar diambil kerajaan bagi menyekat penganjuran perhimpunan Bersih yang dirancang pada 9 Julai depan.

Menurut Chua, pihak terbabit sepatutnya menggunakan saluran lain untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, termasuk di dalam Parlimen.

Menurut Mohd Yusof, oleh itu, orang ramai diharap tidak tersalah anggap dengan Fomca berhubung dengan kenyataan Chua yang disiarkan oleh Malaysiakini itu kerana ia tidak sekali-kali membayangkan pendirian rasmi Fomca.

"Sejak dulu, Fomca sudah dilihat oleh orang ramai sebagai badan yang hanya mempunyai kepentingan dengan isu-su pengguna sahaja, tetapi tidak dalam politik.

"Jika dalam politik, kenyataan yang disokong oleh Fomca hanyalah yang dikeluarkan oleh Suhakam sahaja kerana itulah kenyataan yang selaras dengan pendirian Fomca sejak ditubuhkan dulu yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan.

"Sokongan Fomca ke atas kenyataan Suhakam itu kerana perhimpunan yang akan diadakan oleh Bersih pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah perhimpunan aman.

"Jika perhimpunan aman, ia tidak patut disekat oleh kerajaan kerana ia selaras dengan peruntukan yang terdapat dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan orang ramai mengadakan sebarang perhimpunan aman tanpa senjata bagi menyuarakan pandangan, pendapat untuk kebaikan negara," tegas beliau.

P/s; UMCO bertambah meroyan! Kah kah kah!!!


Suami Didakwa Gigit Kemaluan Isteri...Ouccchh!

Posted: 29 Jun 2011 06:25 PM PDT

Tertuduh.

Saya petik:
[BH] KUANTAN: "Saya tidak cederakan dia," reaksi spontan seorang penoreh getah selepas pertuduhan mencederakan isteri dengan menggigit kemaluan mangsa dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Shakri Ismail, 28, dari FELDA Bukit Goh, dekat sini terdiam selepas Hakim Noradidah Ahmad bertanya mengapa ada kesan gigitan pada mangsa jika dia tidak melakukan perbuatan itu.  
Mohd Shakri kemudian membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya sebanyak dua kali oleh jurubahasa mahkamah.
Noradidah mengarahkan Mohd Shakri dikenakan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan beberapa syarat tambahan iaitu dia tidak boleh menghubungi dan pulang ke rumah mangsa selain tidak dibenarkan berada berdekatan wanita berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati menyebabkan kecederaan terhadap isterinya ketika mengadakan persetubuhan di sebuah rumah di FELDA Bukit Goh 21 April lalu antara jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun.

Difahamkan, pada 21 April lalu tertuduh dikatakan mengejut isterinya, 23, yang sedang tidur untuk melakukan hubungan seks tetapi ditolak wanita itu dengan alasan tidak sihat.
Pada keesokan harinya, tertuduh menghantar isterinya ke rumah ibu mentua dan mangsa yang mengalami kesakitan akibat perbuatan lelaki itu membuat laporan polis.

Selepas kejadian itu, tertuduh melarikan diri tetapi berjaya ditahan di Kota Bharu, Kelantan Isnin lalu.

Pasangan terbabit yang berkahwin dua tahun lalu tidak mempunyai cahaya mata bercerai Khamis lalu.

Mohd Shakri gagal membayar wang jaminan yang ditawarkan mahkamah dan dihantar ke Penjara Penor sementara menunggu kesnya disebut semula pada 25 Julai ini.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

P/s: Aduhai!


Tiada ulasan: