Kerabu Bersuara ® |
- Kementerian Kebajikan Masyarakat paling utama
- Kelantan vs Petronas: Case management on July 29
- Peniaga serbu PMBK dapat kunci Bazar Tok Guru
- Mat Sabu Kena Panggil Ke Balai Polis
- Panas! 10 Ribu Hadir Bantah PAS Terlibat Dengan Himpunan Bersih Di Kota Bharu
- Hak-hak anda bila ditahan polis Malaysia
- Tunjuk perasaan sandiwara Pemuda Umno
- Igauan 1999 dibiar Najib berulang kembali
- Uasan Tim Pengerusi SPR Yang Lucu
Kementerian Kebajikan Masyarakat paling utama Posted: 30 Jun 2011 03:11 PM PDT Oleh Abu Firdaus SEMUA kementerian dalam sesebuah kerajaan adalah penting. Tidak ada yang kurang penting. Paling utama yang dilihat ialah Jabatan Perdana Menteri. Tetapi tentulah Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan juga perlu. Justeru semua kementerian adalah perlu. Namun dalam gagasan negara berkebajikan, pembelaan terhadap golongan masyarakat paling susah dan daif adalah diutamakan. Justeru kalau dilihat dari segi ini, tentulah Kementerian Kebajikan Masyarakat merupakan institusi paling penting dalam sesebuah kerajaan negara berkebajikan. Tidakkah Kementerian Kebajikan yang ada sekarang telah memainkan peranan sewajarnya? Dalam negara berkebajikan tidak akan dapat dilihat gelandangan, pengemis dan orang sakit mental di tempat-tempat awam. Bukanlah bermakna bahawa dalam negara sekarang ini tidak ada agensi yang membela orang susah itu. Tetapi realitinya pengurusan untuk memelihara kebajikan masyarakat masih kurang cekap. Kalau dilihat Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Khalifaurasyidin, ia merupakan entiti pemerintahan yang berasaskan ihsan. Begitu juga dengan Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan kerajaan yang sifar kefakiran. Baitulmal mencari orang miskin dan susah tetapi tidak ditemui di kota Damsyik. Bagaimana mereka melakukannya sedangkan orang sekarang tidak mencapai tahap keihsanan itu? Atau adakah ia merupakan hanya satu mitos dan legenda untuk mendorong umat Islam ke arah kebaikan? Ahli sejarah boleh mengkaji zaman-zaman gemilang itu. Tetapi persoalan di sini ialah pelaksanaannya dalam keadaan kuasa terhad. Untuk melihat perkara ini, ia harus bermula dengan keperluan pertama masyarakat iaitu keselamatan. Maknanya, sebelum membicarakan kebajikan, warga sesebuah negara mestilah selamat, daripada ancaman luar dan dalam. Maka di sini dapat diperhatikan bahawa Kementerian Pertahanan adalah pihak yang melindungi rakyat daripada ancaman luar. Sementara Kementerian Dalam Negeri melindungi rakyat daripada ancaman dalam negara. Sebagai contoh, waktu ini negara tidaklah menghadapi ancaman luar dalam bentuk serangan tentera asing. Tetapi ancaman dari dalam negara adalah besar, iaitu dalam bentuk jenayah. Mengapa berlaku kegiatan jenayah? Antara faktor utamanya adalah soal desakan hidup, di samping kurang memiliki nilai-nilai murni. Usaha membanteras jenayah membabitkan banyak segi yang pelbagai. Umpamanya, di samping membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan, soal budaya nilai-nilai murni wajar diambil kira juga. Maka Kementerian Kebajikan bukan saja institusi berbentuk mengagihkan dana tetapi ia juga sebuah agensi dakwah. Pada masa ini banyak badan yang memberikan sumbangan serta berperanan membela orang susah sehingga tidak dapat dirumuskan siapa buat apa. Tetapi ternyata di tengah- tengah masyarakat masih ada golongan mengemis dan gelandangan. Justeru sistem yang ada sekarang ini kurang berkesan. Perlu diakui juga bahawa dalam masyarakat akan sentiasa ada manusia yang tidak mampu untuk hidup berdikari. Mereka perlu bantuan langsung dan hangus. Justeru mestilah ada sistem kesihatan percuma, pendidikan percuma, pengangkutan awam percuma dan perumahan percuma bagi golongan yang tidak mampu berdikari ini. Maka Kementerian Kebajikan dalam sesebuah negara berkebajikan mempunyai peranan paling penting, dan ia berasaskan pada semangat Khulafaurasyidin, termasuk Khalifah Umar Abdul Aziz. |
Kelantan vs Petronas: Case management on July 29 Posted: 30 Jun 2011 06:58 AM PDT KUALA LUMPUR, June 30 — Kelantan's breach-of-contract lawsuit against Petronas is slated for case management on July 29 the High Court fixed today. The date was set in chambers after Justice Datin Zabariah Mohd Yusof met Senior Federal Counsel Noor Hisham Ismail representing Putrajaya and Counsel Rishwant Singh for Petronas, according to Bernama Online. Rishwant Singh informed the media after the meeting. On Aug 30, 2010, the Kelantan (Plaintiff) sued Petronas for allegedly reneging on a oil royalty contract. It claims the Kelantan Petroleum Agreement signed on May 9, 1975 stipulates the defendant, Petronas, was obligated to pay five per cent of onshore and offshore oil revenues to the state. The plaintiff is seeking to compel Petronas to settle all payments. In order to ascertain the amount Kelantan wants Petronas to disclose all dues from the point of discovery and the areas and blocks the oil is sourced from. Kelantan wants the court to determine outstanding payments if there are and for Petronas to honour its agreement in full in the future for activities of the Kelantanese coast. |
Peniaga serbu PMBK dapat kunci Bazar Tok Guru Posted: 30 Jun 2011 03:03 AM PDT Salmah Mat Husain Foto Rizal Tahir KOTA BHARU, 30 Jun: Biar pun masih ada usaha cuba menghalang peniaga Pasar Lama MPKB berpindah ke Bazar Tok Guru, namun berlainan pula bagi peniaga, mereka seperti tidak sabar lagi mahu berniaga di premis baru. Ramai peniaga ketika ditemui semasa mengambil kunci di pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) hari ini meluah rasa gembira. Mereka seperti tidak sabar lagi mahu memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru. Seorang peniaga Siti Mastura Ismail, 33, meluah rasa gembira ketika datang mengambil kunci lot kedainya di Bazar Tok Guru. Beliau berniaga di Pasar Lama MPKB sejak 10 tahun lalu berharap perniagaannya di tempat baru lebih maju kerana kedudukannya begitu strategik. "Tidak ada apa yang kami harapkan semoga perniagaan kami bertambah maju di tempat baru ini, InsyaAllah," ujarnya. Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang peguam Nor Azli Ahamed menasihatkan peniaga menangguhkan menandatangani perjanjian jual beli lot Bazar Tok Guru kerana mendakwa terdapat sedikit kekeliruan. Manakala Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad pula dilapor mahu kerajaan negeri sekali lagi menangguh perpindahan peniaga. Difahamkan sebelum ini Umno menyediakan peguam bagi membantu peniaga dalam isu Bazar Tok Guru. Bagaimanapun apa yang berlaku pagi tadi peniaga tidak menghiraukan nasihat peguam dan Salim. Ramai peniaga menyerbu pejabat PMBK sebaik sahaja dibuka jam 8.00 pagi. Peniaga menandatangani dokumen tertentu sebelum diberi kunci lot kedai masing-masing. Peniaga juga diminta membayar kos maintenance termasuk elektrik dan air bagi tempoh setahun sebanyak RM838. Seorang lagi peniaga, Zaharah Mohd Salleh dan anaknya Rafeah Yusoff juga tidak sabar untuk memulakan perniagaan di tempat baru. Katanya, mereka akan berpindah segera ke Bazar Tok Guru untuk meneruskan perniagaan di tempat baru. Peniaga diberi peluang berniaga percuma dalam tempoh setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu sebagai usaha kerajaan negeri meringankan bebenan mereka. |
Mat Sabu Kena Panggil Ke Balai Polis Posted: 30 Jun 2011 03:00 AM PDT Ucapan di muktamar: Mat Sabu dipanggil beri keterangan KUALA LUMPUR 30 Jun – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dekat sini hari ini. Beliau yang tiba di IPD itu pukul 10 pagi memaklumkan kepada pemberita, dia dipanggil untuk dirakamkan percakapan berhubung ucapannya di Muktamar Pas baru-baru ini. |
Panas! 10 Ribu Hadir Bantah PAS Terlibat Dengan Himpunan Bersih Di Kota Bharu Posted: 30 Jun 2011 02:09 AM PDT ramai wo pemuda umno yang datang |
Hak-hak anda bila ditahan polis Malaysia Posted: 30 Jun 2011 02:07 AM PDT 1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS 1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; "Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda." 1.2 Kad Kuasa Polis Merah: Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ. Lain-lain Warna: • Biru: Berpangkat Inspektor dan ke atas. • Kuning: Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor. • Putih: Polis Simpanan Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya. 1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya. 1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan. 2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN 2.1 PengenaIan DiriHanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda. 2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?" 2.3 Bilakah anda ditahan Anda ditahan apabila anggota polis itu: • menjawab "ya"; • tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau • menggari anda. Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta. 2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi). 3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN 3.1 Penyataan saksi/112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112). 3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama. 3.3 Membuat Pernyataan 112 Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah. • Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi). • Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan. • Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan. • Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda. • Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda. • Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan. 3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan. • Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda. • Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani. • Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda. 4. POLIS MENANGKAP ANDA 4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan. 4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan. 4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya. 4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada: 1. Keluarga atau rakan; dan/atau 2. Seorang peguam. Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC). Maklumkan kepada mereka: • yang anda telah ditangkap; • masa, tempat dan alasan ditangkap; • Balai Polis di mana anda dibawa. 4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap Anda boleh ditahan sehingga 24 jam: • Di Balai Polis, atau • Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis. 5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN 5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain. 5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap. 5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan. 5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan. 5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman). 6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM 6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada24 jam. 6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda. 6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis. Majistret berkenaan mempunyai budi bicara: • untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau • membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. 6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapans eorang Majistret untuk proses reman Maklumkan kepada Majistret: • anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda; • jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul; • jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan; • jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan; • sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda; • sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan. 6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll). 7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN 7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas. 7.2 Apa yang perlu dilakukan • Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda. • Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll. • Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda. 7.3 Hak-hak anda • Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan. • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita. • Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel: 1. Bantah; 2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan 3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut. 8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU 8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian • Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki. • Anda ditangkap. • Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup. 8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:- 1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah- pemeriksaan pakaian luaran. 2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas. 3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas. 4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan. 8.3 Hak anda • Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan. • Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan. • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita. 9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP 9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda. 9.2 Hak anda untuk berdiam diri Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri." 9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda. 9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda bolehmenggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan. PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC) • Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072 • Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428 • Negeri Sembilan : 06-6013 844 • Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514 • Johor : 07-2235 698 • Perak : 05-2550 523 • Kedah & Perlis : 04-7333 467 • Kelantan : 04-7448 660 • Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410 • Pulau Pinang : 04-2617 451/ 0 |
Tunjuk perasaan sandiwara Pemuda Umno Posted: 30 Jun 2011 02:05 AM PDT Oleh Subky Latif JADIKAH Pemuda UMNO mengadakan tunjuk perasaan anti Bersih serentak dengan tunjuk perasaan Bersih pada 9 Julai nanti? Pemuda UMNO telah membuat keputusan sebulat suara bagi menganjurkan tunjuk perasaannya di tengah polis, kerajaan dan penyokong UMNO dalam berbagai rupa menentang perarakan raksasa Bersih itu. Sekali pun bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga menteri dalam negeri, Dato Hishammuddin Hussein memberi amaran kepada Pemuda UMNO sama keras dengan yang diberi kepada penganjur Bersih 2.0, tetapi Khairy Jamaluddin, pengganti Dato Hisham memberi alasan tiada sebab ia tidak boleh meneruskannya. Sekali pun Pemuda UMNO tidak suka dengan objektif tunjuk perasaan Bersih itu, tetapi ia memberikan alasan perlembagaan dan tidak menimbulkan masalah keselamatan betapa unjuk rasanya itu boleh dan mesti diadakan. Setakat ini Pemuda UMNO tidak ada mengatakan rapat Bersih nanti bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan. Ertinya jika polis sedia memberi kerjasama, menjalankan kerja yang sewajarnya polis lakukan, maka tiada sebab program Bersih itu tidak boleh diadakan. Dan Pemuda UMNO pula bukan seorang berdua yang hendak turun. Ia kononnya bersedia mengerahkan 100,000 orang penyokongnya turun atau sama ramai dengan sasaran Bersih. Pemuda UMNO itu adalah UMNO. Apa jua motifnya, yang jelas ia melahirkan kenyataan bahawa tunjuk perasaan secara aman oleh siapa saja atas tujuan apa saja dibolehkan. Setakat ini Perdana Menteri Najib seperti sembunyi tangan atas rancangan Pemuda UMNO mengadakan tunjuk perasaan serentak dengan Bersih. Persoalannya hanya satu. Mengapa Pemuda UMNO hendak mengadakan tunjuk perasaan reaksinya itu serentak dan di lokasi yang sama dengan Bersih iaitu di Kuala Lumpur? Ia boleh mengadakannya bila-bila masa dengan seramai-ramai yang ia dapat kumpulkan tetapi tidak di hari yang sama. Pemuda UMNO ada hak dan berhak untuk tidak bersetuju dengan motif dan objektif Bersih dan pembangkang. Maka ia boleh mengadakannya di hari lain sebelum atau selepasnya. Kerana yang menjadi alasan besar rapat itu dilarang ialah kesesakan dan natijahnya. Jika Pemuda UMNO memilih masa lain, maka tidak soal sesak itu menjadi bertambah sesak. Justeru itu reaksi Pemuda UMNO dipercaya satu sandiwara setelah mendapat isyarat dari lain-lain pihak seperti pemimpin tertinggi UMNO sendiri, seperti unit perang saraf kerajaan serta nasihat intelijen beerbagai pihak termasuk SB. Tidak mustahil ia satu nasihat dari UPCO, syarikat pro Israel yang menjadi penasihat Perdana Menteri dan kerajaan. Dalam hal-hal seperti ini masakan Perdana Menteri tidak memanfaatkan nasihatnya. Ada pun suara menteri dalam negeri dan polis yang menyatakan jangan kepada Pemuda UMNO tidak lebih dari episod sandiwara itu sekadar hendak menunjukkan konon dia tidak setuju perkara itu walau dari pihak mana sekali pun. Tetapi ia adalah satu tindakan saikologi bagi menghalang rancangan Bersih itu sesudah tiada cara ia dapat dihalang. Apa pun sandiwara Pemuda UMNO itu adalah tindakan sabotaj bagi menggagalkan rancangan tunjuk perasaan aman Bersih itu. Apabila terdapat dua anasir yang saling berbeza matlamat dalam satu kejadian, maka sukar dijamin tiada apa-apa kejadian nagatif. Itulah kira-kira nasihat yang diisyaratkan kepada Pemuda UMNO itu. Sebagai gurka UMNO dan gurka kerajaan, apa lagi gunanya Pemuda UMNO kalau tidak mengertakan kerja sabotaj dan peranan khianat terhadap rancangan bersih Bersih itu. Penyertaan Pemuda UMNO dan diikut sama oleh seteru ketat Pemuda UMNO iaitu Perkasa pimpinan Ibrahim Ali menambah kuat alasan polis untuk menghalang projek Bersih 2.0 itu. Polis tidak ada alasan rasional untuk menyekat demonstrasi aman Bersih.Tindakan polis selama ini tentang perhimpunan seperti itu adalah mencerminkan cara bekerja polis dan kerajaan benua Afrika dan benua Arab, tidak masuk kelas bertaraf dunia. Jika polis bertindak macam itu juga ia adalah tanda lambat lagi Malaysia hendak mencapai bangsa berfikiran maju bertaraf dunia. Najib mahu jadi pemimpin kepada pemimpin-pmimpin Afrika seperti yang ditunjukkan dalam pertemuan global antarabangsa Langkawi di Putrajaya baru-baru ini. Malulah Malaysia dan polisnya jika tidak tolerans dengan tunjukan perasaan aman. Maka dengan menyuruh gurka Pemuda UMNO melakukan kerja khianat itu, polis ada ruang bagi menghalangnya. Itulah geliganya sandiwara Khairy sebagai gurka UMNO. |
Igauan 1999 dibiar Najib berulang kembali Posted: 30 Jun 2011 02:04 AM PDT ArtikelOleh M FAQIH KALAULAH benar khabar Perhubungan Umno Negeri-Negeri sudah diarah membuat persiapan, sahlah pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.Arahan tersebut difahamkan keluar akhir minggu lalu. Datoí Seri Najib Razak dikatakan mengambil risiko berganda bagi mengelakkan implikasi ekonomi lebih parah tahun hadapan.Sarjana melihat kegawatan ekonomi 1997-1998 antara penyebab pengundi Melayu lari kepada Barisan Alternatif (BA). Ramai mengakui faktor itu berada di kedudukan utama dalam analisis pilihan raya 1999. Keduanya, faktor kegawatan politik ekoran pemecatan dan tuduhan liwat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ada sarjana merumus tempias kegawatan ekonomi dan politik negara jiran menjadi faktor ketiga. Keputusan pilihan raya umum 1999 menunjukkan BA memperolehi 26.3 peratus kerusi parlimen (45 kerusi). Berlaku peningkatan berbanding PRU 1990 dan PRU 1995. Dan sekali lagi fenomena tersebut seperti bakal berulang. Banyak dalil menggambarkan ia mulai menghampiri ke garisan sekarang. Buktinya kegawatan ekonomi mulai dirasai semula. Kenaikan tarif elektrik sehingga 7.12 peratus pada awal Jun lalu menjadi indikator penting membuktikan situasi tersebut. Sekarang Perdana Menteri perlu satu kebijaksanaan baru. Tanpa ada langkah berani peristiwa 1998 boleh berulang. Jalan pintasnya, menjadikan November 2011 sebagai medan bagi menguji pengaruhnya. Liwat versi pertama menjadi punca orang Melayu menjadi mual. Sekarang hidangan serupa disajikan semula Umno untuk rakyat. Kesannya rasa mual mulai berganda. Ada orang Melayu perlu rawatan psikologi angkara politik mual yang sedang melanda.Liwat versi kedua dan video seks menyebabkan ramai orang Melayu mulai berfikir berulang kali. Tambah melondehkan jiwa mereka apabila video dijadikan alat untuk menghina Anwar. Ceramah Biro Tata Negara (BTN) dan kursus untuk guru-guru banyak lagi diselit adegan video itu. Fasilitator BTN sekarang tidak perlu lagi bercakap banyak, sekadar menayangkan video yang haram di sisi agama. Itulah yang bersarang dalam kerangka pemikiran Umno dan BN. Ternyata mereka tidak cuba belajar dari sejarah. Sejarah 1998 tidak mampu dipadam begitu sahaja. "Tidak kurang pentingnya inilah pilihan raya yang diramalkan membawa gelombang perubahan besar menjelang alaf baru. Pilihan raya 1999 ialah pertarungan antara politik lama dan politik baru," tulis sarjana UKM, Mohd Yusof Kasim dan Azlan Ahmad dalam buku Politik Baru Dalam Pilihan Raya Umum, 2002. Orang Melayu meninggalkan Umno angkara terlalu mual dengan politik menjijikkan. Hari ini rasa mual tambah berganda lagi dengan kehadiran Dato' Trio Umno. Ramai penganalisis politik bersetuju, inilah kesiapan besar dibiarkan Najib. Bagi mengelakkan fenomena 1999 berulang Umno dan BN perlu kepada rebranding (penjenamaan semula). Najib tidak mampu meletak kegagalan Mac 2008 hanya di bahu Paklah. Kegagalan mempertahan kuasa majoriti memang diakui ramai angkara kesilapan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Najib mungkin merasakan masih selamat untuk dipalitkan tomahan tersebut.Namun pilihan raya negeri Sarawak pada April lalu diadakan ketika setahun Putrajaya diketuai anak sulung Tun Razak Hussein. Maka tidak hairanlah ramai berhujah teki teka nombor 11 masih mengikat Perdana Menteri kelima. Tarikh yang disebut banyak pihak sebelum ini iaitu November 2011 mungkin ada asasnya. Ini memandangkan ketika itu Menteri Kewangan baru selesai membentang Bajet 2012. 'Bajet gula-gula' kepada penjawat awam dan beberapa kumpulan sasar lain dikatakan bakal menjadi modal bagi memancing hati dan jiwa rakyat. Selain itu Perhimpunan Agung Umno juga selesai diadakan pada Oktober. Kemungkinannya selepas Hari Raya Haji. Di pantai timur pula musim tengkujuh.Ketika itu masih ramai lagi pak haji berada di Tanah Suci. Kelazimannya paling ramai tunai haji mereka yang cintakan Islam. Manakala tengkujuh pula mengundang air bah. Kebiasaan Kelantan, Kedah dan Terengganu mudah dilimpah air sungai. Apabila fenomena itu berlalu tentunya tidak ramai dapat keluar mengundi. Sama seperti pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor pada akhir Januari lalu. Peratusan keluar mengundi kecil kerana banjir.Sumber Umno mengakui pilihan nombor 11 masih tidak dapat dipisahkan dengan Najib. Ada juga pihak mendakwa kerajaan BN kini bergantung sepenuhnya kepada jentera kerajaan, antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Selain itu pasukan keselamatan. Jabatan terbabit diharap dapat mengekalkan kuasa BN. Ini dibuktikan projek khas dikatakan dilaksana JPN dan SPR di Selangor. "Umno akan menggunakan apa cara sekali pun bagi memastikan Selangor dapat dirampas kembali pada pilihan raya umum ke-13 nanti. "Projek itu tidak mampu dihalang. Mana-mana pegawai kerajaan pusat di Selangor yang kurang memberi kerjasama ditukar," katanya. Kaedah serupa pernah diguna di Terengganu pada PRU 2004. Hasilnya peratusan keluar mengundi mencatat hampir 100 peratus. Kemungkinan besar ia berulang di Selangor. Keberkesanan kaedah tersebut menjadi senjata akhir di Selangor biar pun agak sukar di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Isu pembongkaran sindiket mendaftar penduduk Sabah mengundi di Selangor dikatakan mendapat kerjasama rapat JPN dan SPR. Malah penafian berulang kali menteri dan pemimpin Umno mengenai sindiket terbabit tidak mampu meredakan keadaan. Suhu kemarahan rakyat juga mulai muncul ekoran kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus. Ada pengguna terpaksa membayar bil baru dengan kenaikan lebih 100 peratus berbanding bil lama. Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, biar pun kenaikan tarif baru elektrik diumumkan mulai 1 Jun lalu, namun ada pengguna sudah menerima bil baru mencatat kenaikan begitu tinggi. "Ada pengguna yang sebelum ini menerima bil elektrik sekitar RM250 sebulan sekarang bil baru melonjak RM500. Sedangkan belum sampai sebulan tarikh kenaikan berkuatkuasa," katanya. Berucap merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Tumpat di Pantai Sri Tujuh dekat sini malam 17 Jun lalu katanya, rakyat sudah merasai kesan kenaikan tarif elektrik sekarang. Hadir sama pada program itu, Yang Dipertua PAS Tumpat, Datoí Ahmad Yakob, Timbalannya, Mohd Zaki Ibrahim, Naib YDP, Che Abdullah Mat Nawi, anggota parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusdi Wan Ibrahim. Amarah rakyat dijangka bergan da tahun hadapan apabila banyak lagi kesan sampingan bakal dirasai. Bagi mengelaknya, November depan adalah masa terbaik selepas kemarahan rakyat disejuk dengan bajet menghidangkan pelbagai menu. Veteran PAS dari Cheras, Kuala Lumpur yang mahu dikenali sebagai Pak Ali berkata, Umno mengharap lonjakan luar biasa pada pilihan raya umum ke-13. Di tengah-tengah kekalutan perdana menteri menghitung tarikh PRU-13, tiba-tiba Tuan Guru Datoí Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesediaan bertanding lagi. Itu pun kalau diberi kesihatan yang mengizinkan oleh Allah SWT. "Insya Allah saya akan bertanding lagi pada pilihan raya umum akan datang. Bagi saya ini kerja agama. Nabi Muhammad saw dilantik Allah Taala menjadi pendakwah dan dalam masa yang sama juga sebagai perdana menteri. "Amalan sunnah sebelum ini kita hanya sebut memakai serban dan bersugi, sedangkan lebih besar lagi ialah perintah negeri secara Islam," katanya. Bagi Pak Ali, Najib jelas demam dalam kekalutan. Badan pemikir Umno, YTSM dan YSM mungkin bersetuju November jadi pilihan PRU-13. Namun igauan 1999 yang pernah menimpa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mampu ditolak Najib. |
Uasan Tim Pengerusi SPR Yang Lucu Posted: 30 Jun 2011 01:55 AM PDT Timbalan pengerusi SPR dakwa Pakatan sudah risau kebangkitan BN KUALA LUMPUR, 30 Jun — Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata komponen Pakatan Rakyat sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional (BN) yang memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu. Oleh itu kata beliau, parti-parti komponen berkenaan akan menggunakan apa sahaja pendekatan untuk mendapatkan sokongan rakyat. Di separuh pertama tempoh pascapilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang diwakili oleh DAP, PAS dan PKR mencatatkan kemenangan bersiri di beberapa pilihan raya kecil, tetapi kedudukan itu digantikan oleh kemenangan di pihak BN sejak pertengahan 2009. "BN sudah mula menang... (saya rasa) mereka sudah mula risau, trend (kemenangan dalam pilihan raya) sudah berubah (memihak kepada BN)," kata beliau pada sesi dialog forum makan tengah hari bertajuk "Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR?" anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) di sini hari ini. Sehubungan itu kata beliau rakyat Malaysia perlu faham "apa agenda mereka", dilihat merujuk kepada perkembangan semasa menyaksikan sokongan penyertaan komponen Pakatan Rakyat ke atas Himpunan Bersih 2.0 pada Julai ini. Sejak selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 16 pilihan raya kecil, bermula dengan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yang terakhir ialah pilihan raya kecil serentak kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau. Sementara Himpunan Bersih 2.0 mendapat sokongan daripada parti-parti komponen Pakatan Rakyat dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan balas memprotes perhimpunan tersebut. Seorang peserta forum mengemukakan soalan tentang pendirian SPR ekoran kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa pihaknya akan menggunakan pendekatan jalanan untuk menang pilihan raya umum dan menguasai Putrajaya. Pada satu ceramah di Shah Alam malam tadi, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pihaknya akan menggunakan pilihan raya untuk menewaskan BN, bukannya cara lain. Wan Ahmad juga mendakwa isu-isu yang dibawa Bersih dan parti-parti sokongan mereka bertujuan menimbulkan kebencian ke atas SPR dan institusi kerajaan, yang mana suasana itu akan diterjemahkan ke dalam bentuk undi ketika pilihan raya umum. Kata Wan Ahmad, mereka akan pergi ke kawasan-kawasan kampung menyebarkan isu-isu yang tidak tepat untuk mempengaruhi pengundi di kawasan luar bandar. "Sampai kakak saya pun kata apa yang dikatakan mereka itu betul," katanya lagi. Menjawab soalan mengenai status Pakatan Rakyat, Wan Ahmad mengakui ia bukan satu badan formal tetapi perikatan longgar. Sehubungan itu katanya, beliau berharap Pakatan Rakyat akan didaftarkan sebagai perikatan yang sah bagi memudahkan perjalanan pilihan raya. "Nasihat saya eloklah didaftar... baik untuk negara jika ada dua parti politik, untuk rakyat membuat pilihan," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan