Khamis, 30 Jun 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


Bersih 2.0 : Agong Boleh Bertindak Terhadap Wan Ahmad, Kata Aziz Bari

Posted: 30 Jun 2011 08:35 AM PDT

Saya petik:
[TVS] SHAH ALAM 30 JUN: Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja harus mengambil tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Wan Ahmad Wan Omar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur politik mengenai perhimpunan Bersih, kata pakar perlembagaaan Profesor Abdul Aziz Bari.


Aziz berkata kenyataan Wan Ahmad itu mencemari kredibiliti SPR yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan mempunyai implikasi ke atas proses pilihanraya negara ini.


"Saya fikir Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja boleh mengambil tindakan terhadap beliau oleh kerana perlantikan SPR itu dibuat oleh YDPA setelah berbincang dengan Raja-Raja. Peranan kerajaan hanya kecil sahaja, sepatutnya," jelasnya lagi.


Wan Ahmad hari ini mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya. Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.

Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.

"Mungkin saya rasa (kenyataan itu) boleh menjurus kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan atau dipecat kerana tugas SPR (adalah) dari segi perlembagaan adalah mengendalikan pilihan raya dan mengemaskini daftar pemilih.

"Jadi saya rasa apa yang disebut oleh Timbalan Pengerusi SPR tidak patut dan telah mencemarkan kedudukan dan kredibliti SPR. Ertinya ia akan menyukarkan tugas-tugas SPR sendiri," kata beliau kepada TvSelangor.

Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan undang-undang menyifatkan pandangan yang dilontarkan Wan Ahmad sebagai prejudis tanpa disokong oleh sebarang bukti.

Katanya, tuntutan Bersih kali ini adalah usaha murni pertubuhan bukan kerajaan memperkasa sistem pilihan raya memandangkan terdapat banyak kecacatan yang dikesan.

Senada dengan Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, Abdul Aziz menegaskan perhimpunan itu tidak ditunjangi oleh Pakatan Rakyat.

Justeru kenyataan Wan Ahmad itu memperkukuhkan dakwaan bahawa SPR pro kerajaan, kata Aziz.

Aziz berkata SPR harus berada pada landasan yang betul sebagai badan berkecuali yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini memandangkan ianya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Justeru katanya, perlembagaan turut menyebut bahawa YDPA perlu memastikan SPR adalah suruhanjaya yang boleh dipercayai semua pihak.


"Kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan, SPR telah pun diberi perlindungan dan upaya yang sepatutnya," kata beliau.


"Jadi kalau kita lihat dari segi itu, dengan jelas menunjukkan kerajaan yang memerintah tidak patut campur. Tapi oleh kerana kerajaan memerintah tidak tahu malu, (dan) mereka tidak peduli perlembagaan (maka) mereka ingat SPR di bawah mereka. SPR (juga) melihat mereka di bawah kerajaan. Ini satu perkara yang saya fikir malang bagi negara," jelas Aziz lagi.

Ditanya mengenai tindakan polis secara membabi buta menangkap hampir 100 orang aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai akta, Aziz berkata polis dan kerajaan sedang bertindak melangkaui Perlembagaan Persekutuan.


"Lihat dari segi permit. Mereka (polis) sudah salah kerana mereka tidak boleh memberi kenyataan umum bahawa permit tidak boleh diberikan. Mereka perlu menerima permohonan dahulu dan tidak boleh secara terang berkata "kami tidak boleh beri permit".

"Kedua menangkap orang berbaju kuning adalah tindakan gila. Saya fikir mereka memang tidak pedulikan undang-undang. Perlembagaan jelas mengatakan Kebebasan Peribadi (Perkara 5), hatta dalam ISA ada menyebutkan kalau mahu mengatakan sesuatu barang itu dianggap mengancam dan sebagainya, ianya perlu diwartakan dahulu dan ini tidak dibuat," tambahnya. kerana mengeluarkan kenyataan berbaur politik mengenai perhimpunan Bersih, kata pakar perlembagaaan Profesor Abdul Aziz Bari.


Aziz berkata kenyataan Wan Ahmad itu mencemari kredibiliti SPR yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan mempunyai implikasi ke atas proses pilihanraya negara ini.


"Saya fikir Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja boleh mengambil tindakan terhadap beliau oleh kerana perlantikan SPR itu dibuat oleh YDPA setelah berbincang dengan Raja-Raja. Peranan kerajaan hanya kecil sahaja, sepatutnya," jelasnya lagi.


Wan Ahmad hari ini mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya. Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.

Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.

"Mungkin saya rasa (kenyataan itu) boleh menjurus kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan atau dipecat kerana tugas SPR (adalah) dari segi perlembagaan adalah mengendalikan pilihan raya dan mengemaskini daftar pemilih.

"Jadi saya rasa apa yang disebut oleh Timbalan Pengerusi SPR tidak patut dan telah mencemarkan kedudukan dan kredibliti SPR. Ertinya ia akan menyukarkan tugas-tugas SPR sendiri," kata beliau kepada TvSelangor.

Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan undang-undang menyifatkan pandangan yang dilontarkan Wan Ahmad sebagai prejudis tanpa disokong oleh sebarang bukti.

Katanya, tuntutan Bersih kali ini adalah usaha murni pertubuhan bukan kerajaan memperkasa sistem pilihan raya memandangkan terdapat banyak kecacatan yang dikesan.

Senada dengan Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, Abdul Aziz menegaskan perhimpunan itu tidak ditunjangi oleh Pakatan Rakyat.

Justeru kenyataan Wan Ahmad itu memperkukuhkan dakwaan bahawa SPR pro kerajaan, kata Aziz.

Aziz berkata SPR harus berada pada landasan yang betul sebagai badan berkecuali yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini memandangkan ianya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Justeru katanya, perlembagaan turut menyebut bahawa YDPA perlu memastikan SPR adalah suruhanjaya yang boleh dipercayai semua pihak.


"Kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan, SPR telah pun diberi perlindungan dan upaya yang sepatutnya," kata beliau.


"Jadi kalau kita lihat dari segi itu, dengan jelas menunjukkan kerajaan yang memerintah tidak patut campur. Tapi oleh kerana kerajaan memerintah tidak tahu malu, (dan) mereka tidak peduli perlembagaan (maka) mereka ingat SPR di bawah mereka. SPR (juga) melihat mereka di bawah kerajaan. Ini satu perkara yang saya fikir malang bagi negara," jelas Aziz lagi.

Ditanya mengenai tindakan polis secara membabi buta menangkap hampir 100 orang aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai akta, Aziz berkata polis dan kerajaan sedang bertindak melangkaui Perlembagaan Persekutuan.


"Lihat dari segi permit. Mereka (polis) sudah salah kerana mereka tidak boleh memberi kenyataan umum bahawa permit tidak boleh diberikan. Mereka perlu menerima permohonan dahulu dan tidak boleh secara terang berkata "kami tidak boleh beri permit".

"Kedua menangkap orang berbaju kuning adalah tindakan gila. Saya fikir mereka memang tidak pedulikan undang-undang. Perlembagaan jelas mengatakan Kebebasan Peribadi (Perkara 5), hatta dalam ISA ada menyebutkan kalau mahu mengatakan sesuatu barang itu dianggap mengancam dan sebagainya, ianya perlu diwartakan dahulu dan ini tidak dibuat," tambahnya.

Tembelang Najib Pecah

Posted: 30 Jun 2011 08:33 AM PDT


Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in Putrajaya"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat."

Itu intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009.

Dalam sekelip mata di bawah teraju beliau, Malaysia kembali ke era negara polis yang mewarnai pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hanya kerana berlainan pendapat dengan pemerintah, maka suara 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cuba dibisukan, manakala ruang bersuara untuk parti pembangkang disempitkan lagi.

Rakyat yang memakai kemeja T dengan membawa logo BERSIH ditangkap, malah bendera Malaysia yang dibawa mereka untuk diedarkan kepada orang ramai juga dirampas.
Ratusan ribu rakyat yang mahu turun menzahirkan keperluan untuk sistem pilihan raya diperbaiki supaya lebih adil dan telus, akan menghadapi serangan polis bersenjatakan belantan dan pancutan air berkimia pada 9 Julai.

NONESegala aktiviti penganjur BERSIH dan pemimpin-pemimpin politik yang menyokong gerakan itu diibaratkan oleh polis dan media arus perdana sebagai memudaratkan keselamatan negara.
Malah BERSIH, menurut Umno-BN, akan memberi kesan teruk kepada ekonomi Malaysia jika tidak dibendung.

Tembelang pecah

Polis di seluruh negara digerakkan untuk menahan sesiapa sahaja yang memakai baju T dengan logo BERSIH dan merampas apa sahaja yang mengandungi logo itu.
Akhirnya tembelang Najib "pecah".

NONEJanji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong.

Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. Dasar ini kerap dilakukan di zaman Dr Mahathir dan kini berulang di era Najib.
Justeru polis mula bertindak keras untuk membatalkan BERSIH.

Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan.

NONEApakah undang-undang rimba berdaulat kembali apabila polis boleh menyerbu dan menyita sekretariat BERSIH tanpa waran semata-mata untuk merampas baju T dan risalah BERSIH?

Di sebalik semua tindakan polis terhadap penganjur dan penyokong BERSIH, apakah salah dengan tuntutan perhimpunan itu?
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, sendiri tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perhimpunan aman BERSIH, namun dukacita kerana pendapat badan ini tidak mendapat perhatian kerajaan.

police crack down bersih 290611 melacca chinese assembly hallIni kerana tuntutan asas BERSIH adalah supaya sistem pilihan raya diperbaiki khususnya ketelusan undi pos di samping pembersihan daftar pengundi.
Sebuah pilihan raya yang adil dan telus akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum akan datang untuk mendabik dada kerana meraih kejayaan yang "bersih" dan tidak mencurigakan.

Amat berpengetahuan

Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa pada setiap pilihan raya, BN akan bermula dengan kelebihan yang begitu besar berasaskan kawalan penuh terhadap media arus perdana negara ini dan sumber kewangan negara serta kemudahan awam.

Contohnya Utusan Malaysia, TV3, NTV7, TV9, New Straits Timesdan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA.

bersih rally 271207 06Ini tidak termasuk RTMdan Bernama yang diletak terus di bawah Kementerian Penerangan, Komunikkasi dan Kebudayaan.

Kelebihan ini umumnya diterima oleh Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai realiti politik negara, contohnya tidak mungkin Umno menyerahkan haknya untuk menentukan siapa Ketua Pengarang Utusan Malaysia mahupun Berita Harian.

Justeru tuntutan utama NGO berkenaan menerusi BERSIH ialah supaya SPR mengatasi masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi.

Justeru inisiatif 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan ini harus disokong, bukan sahaja oleh Pembangkang tetapi juga oleh BN, yakni Najib sendiri.
Najib ingin mencanang Malaysia sebagai sebuah negara dinamis di bawah dasar-dasar beliau yang pro-aktif dan berpaksi rakyat.

NONEBeliau seorang yang amat berpengetahuan luas, menjelajah di seluruh dunia dan tentunya peka bahawa hak berkumpul secara aman adalah prinsip asas demokrasi.

Jika benar beliau mendokong prinsip itu, kenapa bertindak begitu zalim terhadap penganjur BERSIH?

Tutup sebelah mata

Jika Najib menyokong prinsip asas demokrasi, beliau sepatutnya turun bersama rakyat, tak kira sama ada mereka penyokongnya mahupun pembangkang , demi menzahirkan komitmennya kepada sebuah pilihan raya yang telus dan adil.

NONEKehadiran beliau bersama rakyat, wakil masyarakat madani dan pemimpin pembangkang pada perhimpunan BERSIH sudah tentu menjadi pemangkin untuk Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan penambahbaikan kepada sistem pemilihan yang sedia ada.

"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa."

Itu ucapan Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong BERSIH.

NONESebaliknya Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi PERKASA dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan memberi alasan kepada polis untuk bertindak liar.

Sayang – peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Bersih 2.0 - Angkara Bising

Posted: 30 Jun 2011 08:14 AM PDT

Belum pun berhimpun dah nampak kesan Himpunan BERSIH 2.0

Posted: 30 Jun 2011 08:06 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya hanya boleh menasihati pihak media supaya memberi akses yang adil kepada parti politik yang bertanding tetapi tidak boleh memaksa mereka supaya berbuat demikian.

Timbalan pengerusi suruhanjaya itu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, suruhanjaya itu juga telah menghubungi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi perkara yang melibatkan RTM.

Namun kementerian itu berpandangan bahawa RTM hanya perlu menjadi saluran untuk menguar-uarkan dasar kerajaan, katanya.

"Siapa saja yang menjadi kerajaan, saya pasti, mereka akan buat perkara sama juga," kata Wan Ahmad kepada wartawan selepas menyertai satu program dialog berhubung tuntutan oleh BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya, Wan Ahmad berkata Malaysia juga tidak boleh dibandingkan dengan negara lain dalam isu berhubung liputan media yang adil ke atas pilihan raya, termasuk media yang dimiliki kerajaan.

Pemberita: Ianya tidak sama di negara lain, Datuk.

Wan Ahmad: Jangan bandingkan dengan negara lain.

Pemberita: Kenapa tidak?

Wan Ahmad: Jika anda bandingkan dengan negara lain, susahlah.

Pemberita: Singapura juga benarkan pembangkang...

Wan Ahmad: Tetapi...

Pemberita: ... Thailand, Indonesia, dan Filipina...

Wan Ahmad: Tidak... Biar saya kata...

Pemberita: Mereka dianggap sebagai negara yang lebih ke belakang, tapi mereka lebih terbuka dalam perkara ini.

Wan Ahmad: Kita sedang berbincang dengan kerajaan. Inilah yang SPR boleh buat. Kita berbincang dengan kerajaan tentang kebimbangan NGO dan masyarakat sivil berhubung perkara ini. - Mkini.

Bab hujjah Wan Ahmad yang nampak BANGANG tu isu lain, tapi nampak jelas himpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti memang bagi kesan yang cukup besar.

Belum pun berhimpun lagi, Timbalan Pengerusi SPR dah gabra nak menjawab. Dah nampak sikit kendur cara dia menjawab walaupun ciri-ciri BANGANG tu masih jelas kelihatan.

Walaupun dah nampak semakin lenbut, aku harap penganjur BERSIH tak terpedaya dengan lakonan pegawai SPR 'si anjing Umno' ni. Kalau setakat modai 'air liur' tu apa pun boleh. Tambah pulak dengan 'lidah yang tak bertulang'.

SPR memang tak boleh memaksa media swasta untuk bertindak adil dan bebas tapi SPR boleh buat peraturan, takkan SPR takdak kuasa untuk buat peraturan dalam memastikan pilihanraya yang berlangsung adalah bebas termasuk dari sudut kebebasan berkempen.

Yang pastinya SPR ada kuasa untuk mengutuk media yang mengaku media arus perdana yang buat laporan tak adil dan berat sebelah. Kecuali la kalau media tu milik sesuatu parti.

Untuk RTM pulak, takkan timbalan pengerusi SPR seBANGANG tu. RTM bukan milik parti pemerintah tapi milik kerajaan. Masa kempen pilihanraya umum, kerajaan takdak, dah dibubarkan. Yang ada cuma kerajaan sementara, "caretaker goverment".

Masalahnya Umno BN yang tak sedar diri tu masih menganggap masa tu pun depa masih lagi berkuasa. Depa memperkudakan bukan saja RTM tapi seluruh jentera kerajaan dalam kempen. Benda ni termasuk dalam salah satu tuntutan BERSIH 2.0, "Pengukuhan perbadanan awam" supaya takdak penyalahgunaan kuasa.

Apa pun, aku harap sangat-sangat penganjur BERSIH 2.0 tak buat tindakan celaka, batalkan himpunan tu pada saat-saat akhir, walau apa pun tindakan atau janji yang SPR buat. Pasainya, tempoh untuk SPR buat janji dan jugak buat tindakan dah tamat. Sekarang ni adalah tempoh untuk kita menunjukkan bantahan kita.

Lepas 9 Julai nanti kita nak tengok apa tindakan yang SPR akan buat.

Fuhhh..TerKAYUnya Seorang KPN Dengan Pengerusi "Bersih"..??

Posted: 30 Jun 2011 08:03 AM PDT

Terkantoi lagi KPN...terlalu extream mengampu kerajaan BN dalam usaha menghalang himpunan Bersih dan memberi amaran akan menghalang dengan apa cara apa sekali pun agar himpunan itu dibatalkan,dan menempelak PR tidak mengikut saluran yang betul.

Tiba-tiba pengerusi bersih Datuk S. Ambiga datang sendiri berjumpa KPN hari ini dan berbincang selama setengah jam,iaitu mengikut saluran yang betul meminta laluan alternatif baru,yang dipilih sendiri oleh Pihak Polis agar perarakan itu berjalan lancar dan aman.

Maka tak terkata dan kelu lidah sang KPN,apabila pengerusi Bersih sendiri datang berjumpa beliau.KPN minta diberi masa,mungkin ingin berbincang dengan memanda Perdana Menteri yang menjadi Tuan yang memberi rezeki untuk hidup kepadanya.

Maka pulanglah Pengerusi bersih dengan senyuman dan seribu harapan..sekiranya tiada jawapan beliau akan berjumpa lagi minggu hadapan bagi memenuhi permintaan sang menteri Umno untuk mengikut saluran yang betul,sekiranya tidak juga berjaya..maka bolehlah kita melakukan apa yang patut,iaitu mengadakan himpunan bersih pada 9 Julai ini,seperti yang disarankan oleh majlis fatwa kebangsaan dalam posting di bawah...Mampuihhh uMnooo..!!

Tengok nii..Gambar Yang Menyakitkan Hati...

Posted: 30 Jun 2011 07:47 AM PDT








Terima Kasih Polis yang telah menempatkan nama mereka dimata
rakyat sebagai "Barua Umno" no 1 dalam negara.Tangkapan yang menaikkan
kemarahan rakyat apabila YB Lee Boon Chye (MP Gopeng) hanya memakai
baju kuning dan tiada berlambang,namun disebabkanPOlis kini menjadi penjilat
pungkok pemimpin Umno maka mereka akan menjalankan kerja-kerja
jijik walaupun bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.

Diberitakan..rata-rata pengunjung pasar tersebut tidak berpuashati
dengan tangkapan yang dibuat,lalu ada yang mengeluarkan makian seperti
"Babi punya polis" dan "Pukimak punya mata-mata" dua ayat yang sudah
menjadi sinonim dan kebanggaan anggota PDRM.

Hancusssss Umnoooooo..!!

Unggun Bersih - A. Samad Said

Posted: 30 Jun 2011 07:45 AM PDT



Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara..
kita laungkan juga pesan merdeka..
Demokrasi sebenderang mentari..
sehasrat hajat semurni harga diri..
Lama resah kita—demokrasi luka..
lama duka kita—demokrasi lara..
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi..
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru...
(di Boston dijirus teh ke laut biru)..
Tak diperlu gempita sorak yang gebu..
diperlu hanya unggun api yang syahdu..
Kini menyalalah unggun sakti itu..
kini merebaklah nyala unggun itu...

Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad

Timbalan speaker: Tiada salah MP berpakaian kuning

Posted: 30 Jun 2011 07:40 AM PDT


Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar, hari ini memutuskan tidak ada salah bagi ahli parlimen pembangkang untuk berpakian kuning ke parlimen.

parliament house leak leakage 050508 wan junaidi"Apa-apa keputusan yang dibuat oleh menteri, Kementerian Dalam Negeri atau polis tidak mengikat Dewan Rakyat. Jika kita benarkan, kita akan juga akan terikat dengan mana-mana sekatan oleh keputusan yang lain," katanya.

Atas hujah itu, Wan Junaidi berkata tidak ada sekatan berpakaian akan dikenakan kepada ahli parlimen asalkan mereka tidak melanggar kod pakaian mengikut peraturan tetap dewan.

Beliau mengulas perkara itu yang dibawa oleh Datuk Tajuddin Abdul Rahman (bawah) (BN-Pasir Salak) yang bangkit pada perbahasan rang undang-undang gaji minumum dan meminta penjelasan.

"Saya lihat semua MP pembangkang berpakaian kuning hari ini. Adakah mereka menyokong perhimpunan haram?" soalnya.

NONEBeberapa ahli parlimen Pakatan kemudiannya dengan segera bangkit dan mempertahankan pilihan cara berpakaian mereka.

Bertindak bagi mengelakkan keadaan yang btidak terkawal, timbalan speaker menolak perkara itu dan berkata dewan adalah bebas daripada peraturan luar.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis bukan sahaja mengisytiharkan perhimpunan 9 Julai itu adalah haramtetapi juga melarang penggunaan kemenja kuning dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH.

PAS Tetap Sertai BERSIH

Posted: 30 Jun 2011 07:36 AM PDT

Mat Sabu: PAS tetap sertai perhimpunan 9 Julai

Di sebalik pelbagai tekanan dan amaran kepada penyokong BERSIH 2.0, PAS yakin ramai rakyat negara ini akan memberanikan diri menyertai perhimpunan aman bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara itu.

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga berjanji anggota parti Islam itu akan berkelakuan baik dan mematuhi undang-undang.

"Arahan presiden PAS (Datuk Seri Hadi Awang), mursyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan ketua Dewan Ulama (Datuk Harun Taib) supaya ahli turun menyertai perhimpunan itu... kita tidak ada pilihan melainkan menyertai perhimpunan ini.

"Semua anggota akan berkelakuan baik dan teratur seperti pada demonstrasi sebelum ini. Jika tidak, polis boleh bertindak ke atas mereka," katanya.

Menurut Mohamad, polis atau pihak keselamatan boleh menahan dan mengambil tindakan terhadap ahli PAS yang melanggar undang-undang.

"Polis boleh ambil tindakan atau menahan ahli PAS yang buat kacau seperti membakar kereta atau melempar batu. Kita tidak akan membela mereka kalau betul ahli PAS bertindak ganas," katanya.

Mohamad yang terkenal sebagai pemidato yang lantang hadir di balai polis daerah Gombak untuk memberi keterangan berhubung apa yang diperkatakannya pada muktamar parti itu yang lalu.

Katanya, PAS menyokong BERSIH kerana tuntutannya yang mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Ditanya apa yang akan dilakukan jika BERSIH membatalkan perhimpunan itu, Mohamad berkata terpulang kepada gabungan itu kerana mereka adalah badan yang bebas.

"Namun, kita akan tentukan apa yang perlu dilakukan seterusnya (jika ini berlaku)," katanya.

Mohamad juga memberi jaminan bahawa ramai akan keluar menyokong perhimpunan 9 Julai itu tetapi tidak dapat memberikan ramalan jumlahnya tetapi mengulangi ia adalah himpunan yang aman.

"Saya mahu polis dengan serius menyiasat sebuah pertubuhan yang mendakwa akan berlaku 'pertumpahan darah' jika BERSIH diteruskan. Perkataan seumpama ini berbaur hasutan dan tidak perlu," katanya. -M'kini


Polis Lebih Jaga UMNO Daripada Jaga Rakyat - Mat Sabu

Posted: 30 Jun 2011 02:41 AM PDT

PAS jamin BERSIH

PAS memberi jaminan, perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti akan mencatat sejarah sebagai perhimpunan paling aman dalam secara Malaysia.

Bagaimanapun,menurut timbalan presiden PAS, perkara itu hanya boleh berlaku jika polis memberikan kerjasama dengan membantu mengawal keadaan dan perjalanan lalu lintas, seperti amalan di pelbagai negara lain.

"Perhimpunan ini akan menjadi pilihan raya paling aman. Tidak akan ada satu pasu bunga pun akan terbalik, tidak akan ada seketul bata pun akan terbalik.

"Melainkan dia (polis) lepas gas pemedih mata. Kalau lepas gas pemedih mata, kandang babi pun kita (lari) masuk," katanya yang disambut ketawa besar orang ramai.

Berceramah di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Mohamad juga mengingatkan penyokong PAS yang akan hadir nanti supaya tidak membawa senjata atau apa sahaja barang yang boleh ditafsirkan sebagai senjata.

"Setuju? Kita hendak lihat demonstrasi paling aman," tegasnya lagi sambil disambut jeritan "setuju" oleh 3,000 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir.

'Menteri Dalam Negeri tidak tahu?'

Sementara itu, Mohamad juga mengkritik polis yang didakwanya lebih "menjaga Umno" daripada "menjaga rakyat."

"Perhimpunan BERSIH ini, yang patut bimbang adalah Umno. Jadi kenapa yang polis pergi bimbang sama?"
soalnya yang lebih popular dengan gelaran Mat Sabu.

Menjelang perhimpunan besar lagi dua minggu itu, pelbagai pihak disoalsiasat polis atas pelbagai alasan, termasuk menghasut, mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram dan menjual baju BERSIH.

Polis juga bertindak menyerbu Sekretariat BERSIH di Petaling Jaya semalam, merampas beberapa barang berkaitan dan menyoalsiasat kakitangan di pejabat itu.

Mohamad berkata, jika dibandingkan dengan pengalaman di negara maju dan negara jiran sendiri, tindakan tindakan polis di negara ini amat berbeza.

Di Indonesia sebagai contoh, ketua polis sendiri memberikan taklimat di kaca televisyen memberikan panduan bagaimana berdemonstrasi pada hari berikutnya, tambah Mohamad.

"Di London pelacur pun diizin tunjuk perasaan," katanya yang terkenal dengan kelucuannya ketika berceramah.

"Takkan Menteri Dalam Negeri tidak tahu. Dia dahulunya belajar di London?"

Turun demo wajib

Mohamad juga mengingatkan tentang "wajib" bagi semua pihak menyertai perhimpunan anjuran gabungan NGO itu, berdasarkan pendapat dua pemimpin tertinggi parti itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Turun (menyertai) adalah wajib. Kalau tidak puas hati, pergi demonstrasi di (kediaman Nik Aziz di) Pulau Melaka," selorohnya lagi.

Beliau juga mengingatkan kerajaan tentang pentingnya sebuah pilihan raya yang adil supaya rakyat tidak memilih jalan lain menumbangkan kerajaan seperti berlaku di Mesir sebelum ini.

"Di Mesir, parti (presiden) Hosni Mubarak menang 98 peratus kerusi parlimen... sedangkan pilihan rayanya tidak adil.

"Akhirnya rakyat keluar ke jalan raya dan menumbangkan kerajaan. Inilah yang berlaku apabila pilihan raya tidak lagi dipercayai."
-mk


Mat Sabu: Kami komited tewaskan BN guna demokrasi, bukan cara lain

SHAH ALAM, 30 Jun — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengulangi komitmen parti Islam untuk menggunakan pendekatan demokratik sambil menegaskan, ada keperluan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya negara ini.

Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, yang antara lain menuntut pembaharuan sistem pilihan raya yang adil dan bebas.

"Kami mahu menewaskan kerajaan (Barisan Nasional) menerusi pilihan raya, bukan cara lain. Ini komitmen kami," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata parti Islam yang mencintai keamanan memenuhi janji itu meskipun terus berhadapan dengan retorik daripada kerajaan pusat pimpinan Umno-BN.

PAS merupakan salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat. Dua yang lain ialah PKR dan DAP.

Mohamad juga berkata Umno sudah mengabaikan pendekatan kesederhanaannya, sebaliknya menggunakan cara yang berlawanan kerana pemimpin-pemimpin mereka seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah hilang "ketenangan" ekoran kebimbangan boleh hilang kuasa kelak.

Beliau merujuk kepada ucapan Najib pada perhimpunan agung Umno tahun lalu, meminta ahli-ahlinya mempertahankan Putrajaya dalam apa cara sekalipun.

Ketika berucap pada ceramah dan solat hajat anjuran Dewan Pemuda PAS Selangor di sini malam tadi, Mohamad berkata, Pakatan Rakyat sepatutnya telah memerintah negara ini jika pilihan raya umum dijalankan dengan seadil yang mungkin.

"Ramai yang bertanya bagaimana kami mampu boleh menang lima negeri jika pilihan raya tidak adil... sebenarnya, jika pilihan adalah adil dan saksama, kami sepatutnya sudah memerintah Malaysia," katanya di Stadium Malawati.

"BN menyelamatkan 25 kerusi Parlimen kerana undi pos dan 40 kerusi Parlimen di kawasan Felda. (Jika) tanpa yang ini... kita sepatutnya sudah mengambil alih Putrajaya," kata beliau.
-TMI

Ahli Parlimen pakai baju BERSIH 2.0 di dewan rakyat.

Posted: 30 Jun 2011 02:33 AM PDT


Gelombang kuning' MP Pakatan di Parlimen

SEDANG pihak Polis sibuk memburu dan menangkap mana-mana individu yang dilihat memakai baju kuning bertulis BERSIH 2.0, Parlimen Malaysia hari ini digemparkan dengan kempen BERSIH 2.0 yang dijalankan secara besar-besaran oleh ahli-ahli parlimen yang menyokong perhimpunan tersebut di dewan rakyat hari ini.

Ahli-ahli parlimen mengenakan tali leher berwarna kuning yang bertulis logo BERSIH 2.0 sebagai menunjukkan tanda sokongan terhadap pehimpunan aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu negara. Dewan Rakyat menyaksikan ahli-ahli parlimen ini berbahas dengan kilauan tali leher berwarna kuning.

Tambah menarik apabila Ahli Parlimen Bakri, Muar, Er Teck Hwa secara terang-terangan hanya memakai kot dengan T Shirt BERSIH 2.0 tanpa kolar sebagai menunjukkan sokongan terhadap perhimpunan aman yang menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.


Seorang lagi ahli parlimen yang jelas menunjukkan sokongan terhadap perhimpunan aman BERSIH 2.0 adalah bekas MB Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin. Beliau dilihat memakai kot dan baju T Shirt BERSIH 2.0 bersama rakan-rakan MP yang lain yang mengenakan tali leher kuning.


Di kala Polis sibuk menangkap rakyat yang memakai baju kuning kerana menyokong BERSIH 2.0, Bik Mama masih lagi membelek katalog beg tangan.

BERSIH : Minta PM Tukar Menteri Dalam Negeri, Lantik Yang Lebih Matang – YB Husam

Posted: 30 Jun 2011 02:30 AM PDT

Kg. Rahmat, Rantau Panjang, 28 Jun - "UMNO semakin hilang akal dan hilang pedoman." Demikian YB Dato' Husam Musa memulakan jawpaan setelah ditanya oleh wartawan berkenaan dengan tindak balas UMNO terhadap Bersih.

"Semalam pihak polis telah menggeledah pusat operasi Bersih di Petaling Jaya tanpa waran tangkap dan ahli-ahli politik juga disoal siasat serta memasuki Parlimen tanpa izin Speaker. Mereka sanggup membuat apa sahaja walaupun mencemarkan proses demokrasi negara kita." Jelas beliau.

"Ada dua sebab. Pertamanya mahu menyembunyikan penyelewengan daftar pemilih melalui system pilihan raya. Di Selangor hari ini, di Parlimen Sungai Klang, saya telah dapat laporan 680 orang daripada Sabah telah didaftarkan dan PAS telah membantah sejak daripada hari Isnin lepas. Alhamdulillah sebahagian besar bantahan adalah berjaya kerana pengundi yang nak didaftarkan adalah daripada Sabah dengan IC no 12. Bila kita bantah orang yang nak didaftarkan itu tidak hadir. Di Selangor telah berpuluh ribu rakyat Sabah dan Sarawak telah didaftarkan." Dedah beliau kepada wartawan.

"Bila kita hendak buat Bersih, memang nak bersihkan amalan-amalan yang menghilangkan hak rakyat, membuat pilihan secara adil dan seimbang. Kerana itu kerajaan akan salah guna kuasa mereka menindas rakyat dari segi harga barang, kepentingan rakyat jelata yang semakin mencengkam pada hari ini dan kerana hendak menutup penyelewengan."

"Yang kedua kerana mahu menunjukkan bahawa pakatan rakyat ini ada rancangan hendak menghuru-harakan Negara. Tahun 2008 dahulu kita telah buat Bersih dan ia aman. Kali ini pemimpin utama akan hadir. Sudah tentu kita nak perhimpunan ini jadi lebih aman kerana kita tak nak orang tuduh kita menimbulkan kacau-bilau.

"Perhimpunan ini semata-mata hendak mendedahkan kepincangan. Sepatutnya Perdana Menteri arah kepincangan ini dibersihkan. Jadi kalau kepincangan ini telah dibersihkan kita tak payah berhimpun tetapi kalau proses demokrasi telah dikotorkan kita bertanggungjawab membersihkan."

"Saya yakin rakyat jelata tidak takut dengan semua hasutan dan ugutan tersebut. Saya yakin perhimpunan ini akan berjalan dengan lebih besar lagi secara yang aman. Ugutan-ugutan oleh Perkasa dan Pemuda UMNO hanya satu gertakan. Mereka sendiri tidak akan berani hadir pada hari tersebut. Kalau mereka hadir dan berlaku apa-apa kekacauan puncanya adalah daripada UMNO dan Perkasa bukan dari BERSIH." Tegas beliau lagi.

Ketika menjawab soalan berkenaan hak dan undang-undang ekoran kenyataan Suhakam yang membenarkan perhimpunan dilakukan rakyat dan kerajaan tiada hak menghalangnya, Yb Husam punyai pandangan dan saranan buat kerajaan memerintah serta peserta Bersih.

"Hari ini adalah hari dunia internet. Kalau mana-mana pihak cuba buat perkara-perkara yang tidak elok orang ramai boleh ambil gambar mereka dengan telefon masing-masing dan masukkan dalam youtube dalam sekelip mata." Pesan beliau kepada perserta Bersih.

YB Dato' Husam juga sempat mengingatkan YAB Perdana Menteri agar memikirkan keselamatan rakyat tanpa menggunakan sebarang provokasi yang boleh menimbilkan kekacauan.

"Saya harap Perdana Menteri fikir betul-betul. Jangan jadikan himpunan BERSIH sama seperti kebangkitan Timur Tengah di mana polis Mesir menindas penunjuk perasaan menyebabkan kemarahan semakin memuncak kepada kerajaan Mesir."

"Kalau Dato' Najib bijaksana dia izinkan perhimpunan ini berjalan dengan baik. Kalau dia kacau perhimpuan ini, ia akan jadikan imej Malaysia lebih buruk di mata dunia. Pelabur-pelabur asing akan menjauhi. Jadi kita harap Perdana Menteri berfikir dengan tenang." Jelas beliau.

"Dato' Hisyamuddin saya nampak menggelabah. Macam Ibrahim Ali. Jadi saya harap Perdana Menteri tukar menteri Dalam Negeri. Lantik seorang yang lebih matang daripada beliau. Supaya menteri Dalam Negeri tidak ikut perasaan bagi mengendalikan isu-isu seperti Bersih ini." Sindir beliau terhadap kepimpinan YB Dato' Hisyamudin, menteri di Kementerian Dalam Negeri.

- www.husammusa.com

BERSIH: Tentukan laluan ke Istana, kita akan patuhi

Posted: 30 Jun 2011 02:25 AM PDT


Di sebalik segala hambatan dan tekanan ke atas penganjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, jawatankuasanya masih berusaha mencari jalan perdamaian dengan pihak berkuasa.

Menurut ketua BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, mesyuaratnya dengan Tan Sri Ismail Omar diadakan dalam suasana yang 'mesra' meskipun Ketua Polis Negara melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan.

NONE"Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman... Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka," katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.

Ambiga, diiringi ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah semasa pertemuan itu berkata Ismail membisu mengenai cadangan itu tetapi tetap optimistik.

Katanya, mereka juga meminta Ismail mempertimbangkan cadangan berkenaan dan meminta pertemuan kedua dengan ketua polis negara minggu depan bagi mendapatkan maklum balas berhubung permintaan mereka.

"Beliau tak kata tidak dan saya saya fikir saya agak kelapangan untuk membuat temu janji untuk berjumpa IGP minggu depan.

"Kami buat cadangan dan minta polis mempertimbangkannya.

"Kami minta mereka, polis... Awak pilih satu lokasi di KL ke Taman Jaya atau mana-mana. Awak pilih, kita akan patuhi."

Jaminan BERSIH 2.0 aman

Ambiga, yang sebelum ini menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung BERSIH berkata ancaman itu tidak ditimbulkan pada pertemuan berkenaan, mahupun hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penganjur perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, mesyuarat mereka tertumpu pada perhimpunan berkenaan dan beliau berulang kali memberi jaminan akan memastikan ia diadakan secara aman.

Penyokong BERSIH 2.0 dijadual berkumpul di pusat membeli belah Sogo, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan masjid Kampung Baru sebelum berarak ke Istana Negara.

azlanPerarakan ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan Seri Paduka supaya memastikan pembaharuan dalam sistem pilihan negara dilakukan. Ia termasuk melanjutkan tempoh berkempen kepada sekurang-kurangnya 21 hari dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam.

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA pula mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai bagi menolak perhimpunan yang menuntut supaya reform pilihan raya diadakan.

Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Selain itu, Pemuda Umno juga telah meluahkan hasrat mereka bagi berhimpun. Namun lokasi dan jalan bagi perarakan mereka belum diumumkan. -M'kini

Khalid Samad sertai misi baru ke Gaza

Posted: 30 Jun 2011 02:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad terus mendakwa misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) dicemari dengan agenda politik Umno BN.

Oleh sebab itulah tegasnya, beliau menarik diri daripada menyertai misi tersebut dan menyertai misi baru yang mempunyai tujuan sama iaitu memberikan bantuan kepada penduduk Gaza.

Beliau memberitahu bahawa beliau telah menunggu di Arab Saudi pada 20 Jun yang lalu untuk mendapatkan maklumat mengenai misi tersebut namun tidak dimaklumkan sebarang perkembangan.

"Saya dapat tahu ada banyak campur tangan politik dalam LL4G.

"Saya berada di Saudi Arabia sejak 20 Jun, yang mana Saudi Arabia tak sampai 1,000 kilometer pun dari Gaza tapi tak dapat sebarang maklumat pun daripada pihak penganjur.

"Jadi saya rasa mereka tak serius itu sebablah saya tarik diri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau membangkitkan kembali isu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang tidak dibenarkan berucap dalam program pelancaran LL4G 18 Jun lalu.

Beliau mempersoalkan sikap ketua misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin yang menafikan mendapat tekanan daripada pejabat Perdana Menteri sedangkan pada awalnya mengakui perkara tersebut.

"Timbalan Presiden PAS tak dibenar berucap pada pelancaran LL4G 18 Jun. Penganjur Dr Nor Azman telefon bagitahu atas sebab tekanan dari JPM.

"Tapi lepas Mat Sabu buat sidang media, Nor Azman nafi pula ada tekanan. Saya tanya kenapa perlu menipu, dia beri pandangan negatif kepada Timbalan Presiden PAS.

"Dia kata kenyataan itu tak betul, dia ditanya waktu memandu, jadi soalan tak jelas. Nak buat keluar kenyataan baru, malangnya kenyataan menyokong (JPM)," katanya.

Beliau turut mendakwa Umno tidak serius dalam isu Palestin sebaliknya hanya untuk berlagak hero.

"Ini menunjukkan mereka tidak serius, saja nak tunjuk bela Palestin tetapi sehingga hari ini mereka tak iktiraf Hamas," katanya.

Dengan nada seloroh, Khalid berkata Umno BN seperti sudah terkena 'sumpahan' apabila segala program yang disertai parti itu akan tercemar dengan agenda politik mereka.

"Umno ni kena sumpahan, macam sejarah King Midas dulu pegang semua benda akan jadi emas, tapi Umno pegang apa sahaja jadi kotor, termasuklah pilihan raya, dan program LL4G ini," katanya.

Misi baru sebelum Ramadhan

Bagaimanapun kata Khalid, beliau tetap akan menyertai satu misi baru dengan tujuan sama yang akan disertai NGO Cakna Palestin, Muslim Care dan Mawaddah.

"Kita akan buat misi baru.Masuk pintu Rafah, dan akan masuk sebelum Ramadhan.

"Kita dah hantar surat ke Wisma Putra dan kedutaan Malaysia di Mesir," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata PAS konsisten dalam membawa isu kemanusiaan dan sanggup bekerjasama dengan mana-mana parti sekali pun.

"PAS konsisten, dulu Presiden Ustaz Fadzil Nor duduk bersama Tun Mahathir dalam forum di dewan bahasa (dan pustaka) bincang isu Palestin.

"Tapi Umno sekarang, duduk sepentas dengan PAS pun tak mahu," katanya yang juga ahli Parlimen Tumpat. -Hrkh

T-Shirt Kuning: Polis sudah atasi kuasa Parlimen

Posted: 29 Jun 2011 09:37 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri dan pasukan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari kepada Keadilandaily ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Hishamuddin memberi amaran sesiapa yang memakai baju T kuning Bersih adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap.

Sementara Ismail pula menambah sesiapa yang memakai kasut, menaiki kereta dan bas untuk mempromosikan perhimpunan Bersih juga akan ditangkap kerana didakwa melakukan kegiatan menghasut.

Aziz berkata, kuasa untuk membuat undang-undang telah diletakkan di tangan parlimen.

"Menteri dan kakitangan awam seperti polis tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Jika ada pun kuasa itu ia mesti disebut secara jelas dalam akta yang berkenaan. Apa yang dilakukan oleh menteri dan polis ialah membuat kesalahan atau jenayah baru yang di luar bidang kuasa mereka", kata pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

Kata Aziz lagi, tidak ada undang-undang yang meletakkan perkara itu sebagai perbuatan jenayah, seperti yang disebut oleh Hishamuddin dan Ismail.

Dengan itu, katanya orang ramai bebas melakukan apa yang dilarang oleh mereka berdua.

Menjelang Perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini, pihak polis bertindak sewenang-wenang menahan orang ramai yang mereka dakwa ada kaitan dengan perhimpunan tersebut.

Sehingga kini seramai 95 orang ditahan polis atas dakwaan mempromosikan himpunan itu, termasuk kesalahan memakai baju T Bersih.

Oleh Rusnizam Mahat - Keadilan Daily

Penasihat FOMCA Penipu, FOMCA Sokong Himpunan Aman BERSIH Seperti Pendirian SUHAKAM

Posted: 29 Jun 2011 09:35 PM PDT

Bersih 2.0: Fomca kesal kenyataan penasihatnya

KUALA LUMPUR : Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihatnya, Chua Kim Tee mengenai himpunan aman Bersih 2.0.

Kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Chua Kim Tee kerana ia bukanlah kenyataan rasmi Fomca, sebaliknya hanyalah kenyataan peribadinya sahaja.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman (gambar) menegaskan, Fomca adalah sebuah badan yang berpegang teguh kepada prinsip Perlembagaan Negara, tetapi kenyataan Chua ternyata telah menimbulkan imej negatif kepada pertubuhan itu.

Menurut beliau, sebagai badan yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan, kenyataan Chua pasti tidak dipersetujui oleh Fomca kerana Fomca sendiri adalah badan yang berkecuali dengan sebarang pertubuhan politik.

Katanya, Fomca seperti yang diketahui umum adalah badan yang hanya mempunyai kepentingan dengan isu-isu pengguna sahaja dan tanpa memihak kepada sebarang parti-parti politik.

"Namun kenyataan Chua Kim Tee telah menyebabkan orang ramai keliru dengan Fomca yang seolah-oleh seperti Fomca telah memihak kepada parti tertentu, pada hal ia hanyalah kenyataan peribadinya sahaja.

"Sesuai dengan kedudukan Fomca sebagai badan yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan, Fomca menyokong penuh kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) baru-baru yang menggesa kerajaan membenarkan sebarang perhimpunan aman termasuk Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Semalam, Malaysiakini atas tajuk 'Fomca Mahu Bersih 2.0 Disekat' melaporkan, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), tidak rela perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara berikutan ia bakal mengundang bala petaka buat golongan peniaga.

Penasihat Fomca, Chua Kim Tee berkata, banyak yang akan menerima kesan kerana selain boleh menyebabkan kerugian kepada peniaga, orang ramai di kawasan berhampiran juga terpaksa hidup di dalam kebimbangan.

Justeru, katanya, tindakan tegas wajar diambil kerajaan bagi menyekat penganjuran perhimpunan Bersih yang dirancang pada 9 Julai depan.

Menurut Chua, pihak terbabit sepatutnya menggunakan saluran lain untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, termasuk di dalam Parlimen.

Menurut Mohd Yusof, oleh itu, orang ramai diharap tidak tersalah anggap dengan Fomca berhubung dengan kenyataan Chua yang disiarkan oleh Malaysiakini itu kerana ia tidak sekali-kali membayangkan pendirian rasmi Fomca.

"Sejak dulu, Fomca sudah dilihat oleh orang ramai sebagai badan yang hanya mempunyai kepentingan dengan isu-su pengguna sahaja, tetapi tidak dalam politik.

"Jika dalam politik, kenyataan yang disokong oleh Fomca hanyalah yang dikeluarkan oleh Suhakam sahaja kerana itulah kenyataan yang selaras dengan pendirian Fomca sejak ditubuhkan dulu yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan.

"Sokongan Fomca ke atas kenyataan Suhakam itu kerana perhimpunan yang akan diadakan oleh Bersih pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah perhimpunan aman
.

"Jika perhimpunan aman, ia tidak patut disekat oleh kerajaan kerana ia selaras dengan peruntukan yang terdapat dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan orang ramai mengadakan sebarang perhimpunan aman tanpa senjata bagi menyuarakan pandangan, pendapat untuk kebaikan negara," tegas beliau. -Hrkh


Fomca mahu BERSIH 2.0 disekat

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), tidak rela perhimpunan BERSIH2.0 diadakan di ibu negara berikutan ia bakal mengundang bala petaka buat golongan peniaga.

Penasihat Fomca, Chua Kim Tee berkata, banyak yang akan menerima kesan kerana selain boleh menyebabkan kerugian kepada peniaga, orang ramai di kawasan berhampiran juga terpaksa hidup di dalam kebimbangan.

Justeru, katanya, tindakan tegas wajar diambil kerajaan bagi menyekat penganjuran perhimpunan Bersih yang dirancang pada 9 Julai depan.

"Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan BERSIH 2.0 kerana ia boleh menimbulkan ketegangan sekiranya tidak dikekang dari awal.

"Perhimpunan ini akan menyebabkan kesan buruk kepada peniaga di kawasan terbabit. Walaupun penganjur ada menegaskan perhimpunan berkenaan adalah aman, namun ia boleh menjadi luar kawalan, terutama apabila ramai menyertainya," katanya.

Golongan pemimpin, tegasnya patut lebih bertanggungjawab terhadap kesan buruk tersebut dan tindakan menghasut orang ramai supaya menyertai perhimpunan itu suatu yang tidak wajar.

"Pemimpin patut tahu dan sedar bahawa mereka tidak sepatutnya menghasut orang ramai menyertai perhimpunan seperti ini. Apa jua perhimpunan, kalau diadakan di jalanan, bukanlah suatu yang baik.

"Sebab itu saya berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab supaya perhimpunan ini tidak diadakan," katanya.

Menurut Chua, pihak terbabit sepatutnya menggunakan saluran lain untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, termasuk di dalam Parlimen.

Katanya, apa jua permasalahan tidak sepatutnya di bawah ke jalanan dan lebih teruk lagi, menggalakkan rakyat menyertainya.

"Apabila sesuatu berlaku, rakyat sendiri yang akan susah kerana pemimpin ini tentu akan hilang entah ke mana. Ini sudah banyak kali kita saksikan di mana-mana," katanya. -mk

Kalau Umno tidak menipu, Papagomo mati kebuluran!

Posted: 29 Jun 2011 05:25 PM PDT

Rosmah cakap kalau sehari Umno tak menipu Papagomo akan mati kebuluran. Justeru takut papagomo mati kebulo, umno terpaksa menipu!

Maka itu samalah maksud Papagomo makan duit hasil menipu, sebab Umno menipu beri Papagomo makan!

Ringkasnya, Umno x Tipu = Papagomo. Nak tau siapa Papagomo? Lebih kurang macam hanjing ni, makan hasil lendir.. !!!

"BERSIH bukan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi menyeru untuk mereformasikan sistem pilihan raya, meningkatkan keabsahan kerajaan yang dipilih rakyat," tegasnya.

Wong Chin Huat mengecam tindakan menyamar dan memalsukan mesej asal BERSIH, dan juga meminta agar orang awam berwaspada terhadap taktik sedemikian. Beliau menjangka saluran penyebaran mesej BERSIH 2.0 akan disempitkan, berikutan tindakan polis menyerbu dan menggeledah pejabat BERSIH 2.0, tengah hari tadi.

Beliau berkata, BERSIH 2.0 hanya menyeru agar rakyat turun untuk berhimpun pada 9 Julai, sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan BERSIH 2.0. Wong meminta agar rakyat memakai baju kuning, membawa bendera dan kamera, "Seandainya dihalang dan gagal menyertai himpunan BERSIH, ambillah gambar di tempat tersebut sebagai kenangan. Jangan memberi laluan kepada halangan yang berniat jahat," katanya. ...( MerdekaReview )

Cubaan rampas baju BERSIH: Ceramah PAS kecoh

Posted: 29 Jun 2011 05:22 PM PDT

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedCubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam tadi.

Pada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.

Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.


ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedKekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.

Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar.

Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.

Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.


ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedSementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat selepas ini.

Memalukan: 54 Tahun Umno BN Perintah Tapi Takut Bersih

Posted: 29 Jun 2011 05:21 PM PDT

Petaling Jaya : Sungguh mengaibkan Umno BN yang telah mengurus negara hampir selama 54 tahun, masih menggunakan pendekatan ugutan dan menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, segala ancaman dan tekanan pemerintah BN terhadap aktivis perhimpunan itu adalah manifestasi dari ketakutan dan kecemasan melulu mereka kepada keberanian rakyat dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya negara ini.

Lojiknya, kata beliau selepas sekian lama mentadbir negara dan sistem pilihan raya pula memang dijalankan secara telus dan adil, BN dan Umno seharusnya menerima pandangan dan suara rakyat ini secara jantan dan berjiwa besar.

Katanya, kritikan rakyat terhadap kaedah pilihan raya diurus di negara ini terlalu banyak rasionalnya.

Menurutnya, SPR sendiri berulang kali menyatakan bahawa sistem yang ada memang banyak kelemahannya.

Malah, kata beliau mengakui tidak berupaya memperbaikinya berasaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Lebih jauh, tambahnya persepsi rakyat kini, SPR bukan sahaja banyak kelemahan, malah amat ketara menunjukkan sikap memihak dan gagal mengurus undi rakyat secara telus, adil dan meyakinkan.

Justeru, pihaknya kesal terhadap tindakan menyekat dan menangkap para aktivis Perhimpunan Bersih yang sedang dilakukan sekarang.

Beliau juga kecewa dengan kaedah pihak berkuasa dan instrumen pemerintah yang menggunakan pendekatan melabel kelompok rakyat yang menyokong perhimpunan secara aman.

Lebih buruk, katanya ada pula media pendokong Umno yang menggunakan pendekatan ekstremis agama dan rasis dalam usaha mereka menyekat suara rakyat ini.

"Dalam hal ini tindakan pemerintah menahan 30 aktivis PSM serta menuduh mereka cuba menghidupkan semula ideologi komunis adalah tindakan terburu-buru dan cemas yang melulu," katanya.

Tambahnya, PKR menyokong tuntutan Perhimpunan Bersih yang dirancang teliti supaya berlangsung secara aman pada 9 Julai ini.

Beliau berkata, adalah menjadi hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan hasrat mereka sesuai dengan apa yang ada di dalam perlembagaan.

Katanya, kenyataan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam yang telah menyeru pihak berkuasa membenarkan Perhimpunan Bersih ini seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan adalah amat dipersetujui dan disokong.

"Lapan tuntutan Perhimpunan Bersih itu adalah suara hati nurani rakyat yang sudah sekian lama disuarakan melalui pelbagai saluran.

"Sekiranya ia dilaksanakan sepenuhnya, sudah pasti negara dapat mewujudkan sistem pemilihan kepimpinan negara yang lebih utuh, dipandang tinggi oleh rakyat dan dihormati masyarakat antarabangsa," ujarnya.

Ini, ujarnya akan mewujudkan budaya masyarakat madani (civilized society) ke arah negara yang lebih maju, adil dan makmur.

"Anehnya, jika pilihanraya yang bersih akan menguntungkan kesemua pihak –pemerintah dan yang diperintah, mengapa pula Umno terlalu takut dengan pilihan raya yang bersih," katanya. -Hrkh

Sebenarnya, sepertimana GB pernah ulaskan sebelum ini, kemenangan BN di dalam pilihanraya ke 12 pada 2008 lalu adalah kemenangan yang rapuh.

Dari kerusi parlimen mereka gagal pertahankan majoriti 2/3, dan 5 negeri pula terlepas ke tangan PR. Itu di tanah yang tidak rata. Itu di waktu SPR masih melakukan kerja-kerja kotornya untuk meletakkan semula UMNO ke Putrajaya.

Sedangkan hakikatnya, jika SPR menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama, pemerintah yang ada bukan BN.

Buktinya: dari segi undi popular, BN memperolehi 50.82% undi manakala PR memperolehi 49.71% undi.

Perbezaannya terlalu kecil iaitu 1.11%.

Tapi jangan lupa fakta asas juga: padang tidak rata, pada PRU 12 pengundi hantu bermaharaja lela. Di Terengganu misalnya, dikesani lebi 20% pengundi hantu dibawa masuk untuk merampas negeri tersebut pda ketika itu.

Oleh kerana kemenangan UMNO BN itu tidak kukoh malah kemenangan yang amat meragukan, maka sebab itu dasar dan tapaknya juga rapuh yang menyebabkan mereka begitu mudah berguncang seperti titaic yang bakal bersepai dan tenggelam ke dasar lautan.

Sebab itu juga mereka cukup takut dengan BERSIH yang menuntut SPR bertindak adil, bersih dan telus kerana dengannya mempercepatkan upcara talkin untuk UMNO. -GB

Polis nasihatkan rakyat jauhi KL 9 Julai ini

Posted: 29 Jun 2011 05:20 PM PDT


selangor water demo Deputy police chief of KL Amar Singh, Khalid Samad on far leftOrang ramai dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada Kuala Lumpur menjelang 9 Julai ini, kata pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh.

Menurut beliau dengan ibu negara pada hari berkenaan dijadikan lokasi bagi tiga perhimpunan besar, beliau menjangkakan kesesakan lalu lintas yang teruk.

"Sya ingin nasihatkan orang ramai supaya jauhkan diri dari Kuala Lumpur. Cuma untuk sehari. Pergilah mana-mana.

"Akan terdapat kesesakan lalu lintas," katanya.

Namun, beliau enggan mengesahkan atau juga menafikan bahawa seluruh ibu negara akan lumpuh menjelang 9 Julai kerana perhimpunan berkenaan.azlan

"Mungkin khabar angin, mungkin tidak. Saya tidak boleh beritahu secara khusus apa yang kami akan lakukan kecuali akan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk," katanya kepada Malaysiakini.

Amar Singh berkata beberapa jalan utama akan ditutup tetapi beliau memberi jaminan polis telah mempunyai rancangan untuk mengatasi perkara berkenaan.

Menurut spekulasi jalan-jalan sekitar lingkungan 10 km dari pusat bandar akan ditutup dengan pihak polis membuat sekatan jalan sehari sebelum tarikh berkenaan.

Pada Sabtu itu, KL akan menyaksikan tiga demonstrasi berasingan dengan yang terbesar anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA juga telah menyatakan hasrat mereka untuk berhimpun bagi membantah tindakan BERSIH.

bersih rally 271207 01Pada perhimpunan BERSIH pada tahun 2007, tidak kurang 40,000 rakyat turun ke jalanan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Meskipun perhimpunan itu lebih seminggu lagi, namun pihak polis terus menekan penyokong BERSIH dan mereka yang dikaitkan dengan perhimpunan berkenaan.

Setakat ini, hampir 100 orang ditangkap dan kenyataaan mereka telah dirakamkan oleh pihak polis sejak seminggu lalu.

Tiada ulasan: