Ahad, 26 Jun 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


"Najib, saya tahu apa kamu buat di PD" - DSAI

Posted: 26 Jun 2011 08:31 AM PDT

Saya petik:

[MK] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah paling penting untuk menentukan sama ada lelaki dalam video seks adalah Anwar.

Memandangkan pakar asing dilaporkan berkata video - yang menunjukkan pasangan melakukan aksi seks dalam sebuah bilik - 99.99 peratus menyerupai Anwar, maka Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata rakyat boleh menghakimi sendiri ketulenan video tersebut.

Anwar berkata Najib dan isterinya, Rosmah Mansor tidak layak bercakap tentang moral, walaupun ketua umum PKR itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

Katanya, beliau telah dicabar untuk mendedahkan apa yang beliau tahu tentang Port Dickson.

Anwar merujuk kepada satu skandal yang didakwa berlaku pada pertengahan tahun 1980-an, ketika berucap dalam ceramah di Pokok Sena, Kedah malam tadi.

Bagaimanapun, kata Anwar, bukan cara beliau untuk mencerca atau memfitnah hanya untuk menang.

Sebaliknya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mahu menang dengan moral yang mantap.

Berucap kepada kira-kira 700 hadirin, Anwar berkata kerajaan Najib tidak memberi respons sewajarnya terhadap semua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.
P/s: Kah kah kah. Kelu lidah Najib!!

Najib yang dipalitkan dengan cerita PD ini wajar menjawab kenyataan DSAI dan dakwaan penulis buku di bawah ini daripada terus membuatkan orang ramai berteka-teki.

[Video] Temu Bual dengan Pemenggal Kepala Arab Saudi

Posted: 26 Jun 2011 06:00 AM PDT


Video:

Mentaliti Pemimpin BN, Untuk Rakyat..."Pembaziran, Bebanan kepada Kerajaan, Tidak Praktikal"

Posted: 26 Jun 2011 04:54 AM PDT


Sudah dua hari saya peram "screen shot" kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air tentang keengganan kerajaan memberikan 1000 liter air pertama secara percuma kepada rakyat. Seperti biasa, jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri ini sama seperti kenyataan pemimpin BN yang lain, memperlekeh dan menghina  rakyat marhaen.  

Kata Timbalan Menteri ini, program air percuma hanya menggalakkan pembaziran dan mendakwa kos rawatan air yang tinggi tidak dapat ditampung jika program tersebut dijalankan. Fuh! Tidak dapat tampung kos rawatan air yang turun dari langit secara percuma atau tidak dapat tampung kos/gaji CEO syarikat kroni yang mengurus air di Malaysia? Anda masih ingat lagi jumlah gaji CEO Syabas? Baca di sini.

Selangor memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyatnya. Adakah rakyat Selangor membazirkan air percuma hasil keprihatinan kerajaan negeri? Buat pengetahuan anda yang tinggal di luar Selangor, banyak rumah di Selangor yang tidak perlu membayar bil air setiap bulan hasil daripada program ini. Saya hanya membayar bil sekitar RM2-5 sebulan. Program air percuma yang dijalankan di negeri Selangor ini sedikit banyak dapat mengurangkan beban rakyat yang kini dibebani bil elektrik yang tinggi.

Dalam isu pengurangan subsidi gula dan minyak, alasan yang digunakan ialah jumlah subsidi tersebut membebankan kerajaan. Dalam masa yang sama, kerajaan melalui syarikat GLC menghabiskan bilion RM untuk memberikan subsidi kepada syarikat kroni. Duit rakyat digunakan untuk "bail out" syarikat kroni yang bermasalah. Namun apabila untuk mengurangkan sedikit bebanan rakyat, alasan yang diberikan sangat menghina kita.

Menteri dan Timbalan Menteri kerajaan BN didakwa menerima gaji lebih RM50 ribu sebulan termasuk pelbagai kemudahan mewah yang lain. Seperti yang saya nyatakan dalam beberapa kiriman, mereka ini juga didakwa diberikan pengecualian dalam membayar bil utiliti yang mencecah ribuan ringgit sebulan.


 


[Video-Wajib Tonton] Pendedahan Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara

Posted: 25 Jun 2011 09:30 PM PDT



Video:






Anak Netanyahu Hina Islam dan Arab di Facebook

Posted: 25 Jun 2011 08:04 PM PDT

Yair Netanyahu

Saya petik:
[HM] BAITULMAQDIS: Anak lelaki Perdana Menteri Israel - kini bertugas sebagai jurucakap tentera Zionis - mengirim komen menghina Arab dan Islam dalam Facebook, lapor media semalam.

Dalam laman sesawang sosial itu, Yair Netanyahu, 19, berkata kononnya keganasan memiliki agama dan ia adalah Islam.

Haaretz melaporkan, kenyataan pada awal tahun ini dibuat Yair bagi mengulas kematian lima penduduk Israel yang ditikam penyerang Palestin.

Kata Yai, orang Islam memang "meraikan kebencian dan kematian."

Dia juga berharap negara Palestin tidak wujud. 

Komen itu kemudian mendapat kritikan daripada warga Palestin walaupun semakan mendapati, ia dibuang kira-kira dua jam kemudian.

Jurucakap Palestin, Husam Zomlot, berkata pandangan Yair itu sama seperti pendirian bapanya, Benjamin Netanyahu.

"Apa yang ditulisnya itu adalah kesan pendidikan bapanya.

"Itulah yang dihasilkan Netanyahu pada keluarga dan masyarakatnya," katanya. - AP

P/s: Lahanat!


Minuman Barbican Masih Haram

Posted: 25 Jun 2011 07:30 PM PDT


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan orang ramai supaya tidak keliru dengan status produk minuman Barbican kerana sehingga kini ia masih diisytiharkan sebagai haram.

Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) Jakim, Md Ali Sarbini berkata, kandungan produk berkenaan masih di bawah pemantauan serta penyelidikan dan tidak timbul isu bahawa produk itu kini sudah bertukar kepada halal dan boleh diminum orang Islam.

"Kita harap orang ramai tidak keliru dengan kenyataan pihak lain mengenai status produk ini. Ini kerana Jakim sendiri masih menunggu keputusan lanjut penyelidikan kandungan status bir berkenaan dari semasa ke semasa.

"Jadi, tidak timbul isu produk minuman berkenaan kini sudah bertukar status kepada halal," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) ke-16 di Wisma Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), di sini, semalam.

Hadir sama Penasihat Pertis, Datuk Zamani Sulaiman dan Pengerusi Pertis, Zakaria Yahya.

Menurut Md Ali, status berkenaan hanya boleh diubah apabila melepasi tahap kandungan alkohol yang dibenarkan iaitu 0.01 peratus dan selepas pengeluar produk berkenaan memohon status halal daripada Jakim.

 P/s: Sila ambil perhatian!


Tabiat Buruk di Masjid/Surau

Posted: 25 Jun 2011 07:00 PM PDT

1

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Kecetekan ilmu dalam bidang agama menyebabkan ramai di kalangan umat Islam bersikap kurang ajar ketika melakukan solat berjemaah dan tidak lagi tahu menghormati kesucian masjid.
Penceramah bebas dan perunding motivasi, Che Nordin Che Ibrahim berkata, ini disebabkan mereka tidak menggunakan rumah ibadat itu untuk beribadah sepenuhnya, sebaliknya untuk bersembang dan mengganggu jemaah lain.

Antara tabiat buruk sesetengah jemaah ialah bersembang dengan kuat ketika imam membacakan khutbah, meninggikan suara ketika dalam solat, lalu di depan orang yang sedang bersolat, selain tidak menghabiskan solat dengan doa.

"Kita melihat perkara ini sebagai isu yang kebanyakannya tidak disedari masyarakat masa kini sedangkan jika diteliti, ia membuktikan ramai antara kita sebenarnya cetek didikan agama dan kurang ajar.

"Paling nyata, kita boleh lihat ada kalangan jemaah ini kurang ajar dengan meninggikan suara ketika solat berjemaah selain berbual sewaktu imam sedang berkhutbah, sekali gus mencerminkan betapa teruknya sikap masyarakat pada hari ini," katanya ketika ditemui selepas Bengkel Pengukuhan solat yang diadakan di Masjid Al-Ghufran, di sini, semalam.

Program itu anjuran Human Capital Development Services (HCDS) Menurut Che Nordin, walaupun isu terbabit nampak kecil, namun satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam.

"Memang jika dilihat ia macam isu kecil, tetapi apa yang saya hendak tekankan di sini adalah, apabila perbuatan itu dilakukan maka ia mensia-siakan saja solat yang dilakukan dan boleh mengganggu solat orang lain," katanya.

Bengkel Pengukuhan Solat anjuran HCDS itu bertujuan memperkasa dan memantapkan lagi ibadat solat sekali gus mendidik peserta mengenai adab untuk melakukan solat, termasuk solat jemaah di masjid.

Dalam program dihadiri 100 peserta, termasuk dua dari Singapura itu, mereka diajar cara tertib bagi melaksanakan solat dan solat dari aspek kesihatan tubuh badan.

Helah Duda Jerat Budak Bawah Umur Orang Asli

Posted: 25 Jun 2011 06:33 PM PDT


Saya petik:

[HM] TAMPIN: Jijik apabila seorang duda berusia 40 tahun tergamak menggunakan agama sebagai helah untuk memerangkap seorang gadis Orang Asli sebelum bertindak merogolnya.

Difahamkan, gadis berusia 15 tahun itu dari sebuah Kampung Orang Asli Raub, Pahang, dijanjikan duda berkenaan untuk diberi kemewahan jika bersetuju menukar agama dan mengahwininya. Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila gadis berkenaan dipercayai dirogol lelaki berkenaan sebelum upacara pengislaman dan akad nikahnya berlangsung di Gemencheh, di sini. 
Menurut sumber, kerana percaya janji manis duda berkenaan gadis itu sanggup meninggalkan ibu bapanya untuk mengikut lelaki berkenaan ke Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

"Gadis malang itu rela dirinya dirogol sebanyak dua kali, pertama pada awal pagi 15 Jun lalu dan berulang sekali lagi pada 17 Jun waktu yang sama dalam rumah lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sumber berkata, rahsia perbuatan duda yang pernah berkahwin dua kali itu dan mempunyai dua anak perempuan berusia 17 serta 20 tahun terbongkar apabila ibu bapa mangsa datang ke rumah lelaki berkenaan selepas anak mereka hilang.

"Gadis berkenaan yang tidak pulang ke rumah selama lima hari menghubungi ibu bapanya menceritakan kejadian yang menimpanya sebelum ibu bapanya datang mengambilnya dan membuat laporan polis," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan menerima laporan kes itu.

"Kami sudah menahan lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu jentolak di rumahnya pada 21 Jun lalu, kira-kira jam 2 petang," katanya. Beliau berkata, lelaki itu kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Identiti Penulis SBDJ Tamar Jalis Terbongkar

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tamar Jalis atau Ahmad Mahmud

Tamar Jalis adalah penulis kegemaran banyak orang termasuk TM.  Sejak di bangku sekolah, karyanya, iaitu Siri Bercakap Dengan Jin menjadi novel seram paling popular. Khabarnya kisah benarnya itu telah diterbitkan dalam lebih 200 siri dan dibukukan dalam 16 jilid. Kesemuannya telah dijual melebihi 1 juta naskhah. Walaupun tidak lagi memiliki buku ini, saya kepingin memilikinya suatu hari nanti jika ada pihak yang mahu menerbitkan semula kesemua karya penulis hebat ini. 

Cerita lanjut tentang Tamar Jalis di sini.


Tiada ulasan: