Muslimeen United |
- Ahli PAS Wajib Turun Ke KL Pada 9 Julai Nanti....!!
- Himpunan Bersih: Rakyat Tak Gentar Dengan Tekanan & Ugutan
- Di Malaysia, pakai T-Shirt kuning salah, tayang video seks OK!
- 20 ribu Patriot vs. 300 ribu Bersih Warriors !! Makin Kacau..!
- Kalau Najib Anak Jantan, Jangan Halang Himpunan Aman Bersih
- Perbelanjaan Melancung Najib dan Rosmah berjumlah RM17,118,650.58
- Perarakan Aman Bantah Projek Lynas, Pihak Polis Di Jadikan Kambing Hitam MB Pahang Agar Terus Menghalang 'Kebangkitan Suara Rakyat' Kuantan
- Khairy bersedia memakai baju kuning Bersih 2.0?
- Selangor lancar Tabung Amanah Pembangunan Islam
- Umno zalim kepada rakyat – Anwar
- Himpunan BERSIH: Polis Terus Ugut Untuk Tangkap, Petanda BN Akan Kalah Teruk PRU 13
- Botak: Pelatih Tolak Permohonan Maaf Menteri, Isteri Bekas Timbalan KM Sarawak Dapat RM1 Juta Kerana Dibotakkan
- KONVOI PEMUDA PAS AMPANG SEDANG DI KEPUNG DI MASJID BUKIT KOSAS!!
- Umno Perkudakan Polis Perangi Kempen Himpunan Bersih 2.0
- Senator Thailand turut sokong Bersih 2.0
- Pakatan sasar tawan 11 negeri dalam p'raya umum
- 300 Peguam Telah Bersedia Bantu Peserta BERSIH
- Setakat mana polis sanggup buat untuk gagalkan BERS✔H 2.0?
- Bersih 2.0 – Umno mula bertindak kotor
Ahli PAS Wajib Turun Ke KL Pada 9 Julai Nanti....!! Posted: 26 Jun 2011 09:25 AM PDT |
Himpunan Bersih: Rakyat Tak Gentar Dengan Tekanan & Ugutan Posted: 26 Jun 2011 09:11 AM PDT Umno Terdesak Guna Nama Agong Cuba Hentikan Bersih Pihak berkuasa akan menggunakan apa sahaja ruang dan segala bentuk undang-undang untuk menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0 termasuk menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong. Menurut Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim, senario seperti itu memang berlaku di Malaysia apabila suara rakyat mengatasi suara kerajaan, Beliau yang juga Adun Kota Damasara berkata, penahanan 30 anggota parti itu yang disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, jelas membuktikan usaha terdesak pemerintah untuk menghalang rakyat menyuarakan hak mereka. "Dalam hal ini senang sahaja. Kalau kerajaan beri arahan, kita tidak ikut, dan Agong restu ikut Perlembagaan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau apa sahaja. Jadi mereka boleh katakan begitu. Semua undang-undang, kalau anda pertikai, mereka boleh kata anda melanggar perintah Yang di-Pertuan Agong,"katanya. Portal The Malaysian Insider melaporkan, 30 aktivis PSM termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jayakumar Devaraj dihadapkan ke mahkamah petang ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana dikatakan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong. Kesemuanya aktivis PSM ini ditahan semalam di plaza Tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis berkaitan Bersih 2.0 di Pulau Pinang. Selain itu beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan PAS juga turut ditahan kerana memakai pakaian berwarna kuning di beberapa tempat seperti Kapar dan Ampang Roadshow Bersih 2.0 di Uptown Shah Alam turut dikepung polis dan Timbalan sayap pemuda parti itu ditahan ketika sedang minum di sebuah restoran manakala satu lagi roadshow di Assam Jawa, Kuala Selangor turut diganggu Polis. Menurut Dr Nasir, beliau menjangkakan keadaan akan menjadi lebih tegang dan tidak mustahil provokasi polis akan menjadi lebih keras demi menakutkan rakyat dari menyertai himpunan aman ini. Walau bagaimanapun katanya kepada Tv Selangor, apa jua cara yang digunakan kerajaan, ia tidak akan mampu menghalang kuasa dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini. " Memang cukup terdesak mereka ini. Tak makan akal. Tapi ini yang mereka lakukan sekarang ini. " Kita jangkakan akan ada perkara yang lebih teruk akan berlaku tetapi rakyat mereka tidak dapat lawan,"katanya. -tvsnews
Ketawa besar melihat telatah UMNO BN yang semakin semput. Semakin merapu dan meraban. BERSIH nak perangi Agonglah, nak hidupkan fahaman komunislah, nak gunakan ISA terhadap penganjurlah, nak gunakan tenteralah... Di zaman dimana kita berada di dalam era teknologi maklumat ini, masih ramai rupanya mentaliti lembu yang cuba nak mengugut dan memperbodohkan rakyat sedemikian rupa. -GB |
Di Malaysia, pakai T-Shirt kuning salah, tayang video seks OK! Posted: 26 Jun 2011 09:05 AM PDT Beberapa jam yang lepas saya mendapat panggilan telefon memberitahu saya yang Khairul Anwar Ahmad Zainudin, dari AMK PKR telah ditahan oleh Polis kerana memakai baju-Bersih dan nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini. Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih. Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik. Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai sedemikian rupa ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih. Takkan lah dengan memakai baju T Bersih sudah menjadi kesalahan. Kenapa hendak menekan sampai ketahap ini. Rakyat akan merasakan kebencian terhadap kita dengan lebih teruk lagi dan kita juga yang akan menerima kesannya. Kita boleh melakukan apa-apa tindakan yang munasabah untuk mempertahankan apa yang kita dapat dari rakyat, tetapi jika kita terpaksa menekan sebegini rupa semata-mata untuk mengekang desakan rakyat ini sudah melampaui batas yang bermoral. Kita hendakan kesinambungan sokongan rakyat, tetapi jika rakyat benar-benar tidak lagi mahu memberikan mandate kepada kita, ia tidak bermakna kita ada kuasa secara moral dan undang-undang menekan manusia sehingga kepada pakaian yang kita pakai. Kita telah mendesak rakyat supaya tidak menyokong rally yang bakal di adakan pada 9hb Julai nanti. Kita tidak mengeluarkan permit untuk penganjuran itu. DAN sekarang mereka dicegah memakai baju T Bersih itu merupakan satu tindakan yang 'autocratic' yang tidak ada batasnya. Jika kita hendak menjadikan pakaian yang bersimbulkan gerakan rakyat dan parti-parti politik maka kita juga mesti melakukan larangan terhadap mereka yang memakai baju UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA dan mana-mana parti politik dan pertubuhan NGO yang lain. Presiden Marcos merupakan seorang dictator tetapi dalam pemerintahannya masih ada dua tiga saluran TV yang terang-terang menentang kerajaan. Saluran itu terus beroperasi dan Marcos dictator itu tidak pula menangkap dan menahan mereka yang mengendalikan saluran TV itu. Jadi kita boleh bertanya kepada diri kita sekarang ini. Jika diktator Marcos boleh membiarkan saluran TV beroperasi dengan agak bebas, apa pula hendak kita katakan terhadap pemimpin kita yang begitu takut dan marah untuk mendengar rungutan rakyat? Bukankah ianya lebih teruk dari pemerintahan dictator? Jika kita bermaruah jangan lah kita tunjukan sifat 'perongos' kita sehinggakan menelik dan meneliti pakaian dan 'attire' yang dipakai rakyat. Bersih bukannya parti politik dan NGO ini hanya mahukan perjalanan pilihanraya dijalankan dengan seadil adilnya. Seruan ini sepatutnya disokong oleh UMNO sendiri kerana sebagai parti yang mengaku sebagai parti yang bermaruah melakukan sesuatu dengan 'transparent' sepatutnya menjadi pakaian hidup kita. Cukup-cukuplah menyalahkan pihak lain kerana kita sudah jatuh sokongan ramai. Tentu ada sebabnya yang kita ini di tolak dan dipersoalkan oleh orang ramai. Oleh kerana kita mempunyai jiwa yang fakir, kita sentiasa mendengar dan melihat segala tindakan rakyat dengan 'suspicion' yang begitu melampau. Kepada NGO bersih saya ada pandangan untuk saudara/i fikirkan. Jika memakai baju-T Bersih itu merupakan kesalahan saya cadangkan supaya Bersih menjual seluar dalam yang ada logo Bersih pula. Kita mungkin akan terjumpa pihak Polis menelanjangkan rakyat ditepi jalan jika mereka (polis) mensyaki mereka yang memakai seluar dalam Bersih. Saya cadangkan Datuk Ambiga memakai 'panty' Bersih. Kita tengok bagaimana Ambiga akan di telanjangkan oleh pihak dan merampas seluar dalam yang beliau pakai itu. Saya juga mencadangkan Kementerian Dalam Negeri membeli mesin pengimbas untuk memeriksa siapa yang memakai singlet atau seluar dalam yang berlogokan Bersih. Dengan tindakan yang dilakukan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih di Shah Alam semalam kita sudah menunjukan satu 'attribute' yang nyata sebagai pihak yang mempunyai jiwa yang terlalu fakir. Tidak hairanlah kita melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku pada hari ini berlaku dengan jelas. Pemimpin yang elok itu mesti ada setidak-tidaknya sedikit sifat 'gentleman' dan akan menerima dengan hati yang terbuka apa-apa yang di pilih oleh rakyat. Jangan kita sampai begitu takut sehinggakan melakukan perkara-perkara yang tidak wujud di dalam masyarakat yang bertamaddun. Firaun telah membunuh semua kanak-kanak lelaki yang dilahirkan kerana ahli nujum telah memberitahu Firaun yang ketika itu akan lahir seorang kanak-kanak (Musa) yang akan menentang kekuasaannya. Akhirnya Musa lahir juga dan mengalahkan firaun di lautan Merah. - Aspan Alias |
20 ribu Patriot vs. 300 ribu Bersih Warriors !! Makin Kacau..! Posted: 26 Jun 2011 09:03 AM PDT Semakin dekat tarikh 9 Julai, makin mengada-ngada puak sinun. Lepas Perkasa, Pekida pulak bunyi koat, kini..ada pulak geng macai baju merah tengah tempik-tempik tepi jamban. Wow ! Makin kacau bro..! Depa ni reti bahsa ker tak ? PATRIOT JITU MAHU BERTEMBUNG 9 JULAI INI !! Majlis pelancaran Perhimpunan Patriot disempurnakan oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Dato Reezal Merican Naina Merican di Dewan UMNO Taman Mewah Bandar Tun Razak petang Ahad. Turut serta pemimpin pergerakan pemuda serta NGO selain 400 penyokong. Ketua Pemuda Khairy Jamaludin tidak hadir kerana berlepas ke menyertai misi bantuan ke Gaza pada sebelah pagi. Beliau dijangka pulang pada 3 Julai ini. INI baru namanya kumpulan baju merah lawan baju kuning, itulah kisahnya bila Pemuda UMNO melancarkan perhimpunan PATRIOT 2011 pada 9 Julai bagi menolak perhimpunan Bersih pada hari yang sama. Menurut Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, ahli dan penyokong pergerakan tersebut akan tampil dengan memakai baju merah dengan matlamat mahu memberitahu rakyat bahawa mereka tampil menyokong sistem demokrasi dan perubahan yang dicadangkan oleh SPR. Katanya, perhimpunan itu juga menunjukkan rasa sayangkan negara dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran negara. "Selain itu, kita mengambil berat dan inginkan masa depan negara dan rakyat yang lebih baik, saling hormat menghormati dan mengutamakan permuafakatan dalam melaksanakan pembaharuan," jelas beliau. Katanya lagi, Patriot akan membantu negara dari segi memberi input yang baik bagi untuk memastikan kebajikan rakyat diutamakan dan usaha memaju dan memakmurkan negara dapat dilaksanakan oleh kerajaan, parti politik, NGO dan setiap rakyat Malaysia. "Dan paling penting adalah himpunan PATRIOT 2011 secara rasmi akan terbatal jika perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan," kata Khairy. Sementara itu, seramai 20,000 ahli Pemuda UMNO Selangor dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai perhimpunan Patriot pada 9 Julai ini. Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, perhimpunan melibatkan ahli Pemuda UMNO di 22 bahagian seluruh negeri ini dan 30 NGO itu akan membawa suara 'The Silent Majority' yang menentang perhimpunan Bersih pada tarikh sama. "Tindakan kami bukan menentang polis tetapi berniat membantu kerana kita takut pada hari tersebut 'puak' itu tidak terkawal mereka jenis tidak reti bahasa dan merasakan undang-undang di tangan mereka sahaja. "Kita tahu mereka didalangi Pakatan Rakyat yang ingin menunjukkan dan menggambarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan BN, menyekat kebebasan bersuara dan sebagainya," katanya. Ungku Salleh berkata, PPNUS juga kesal kerana Bersih akan mempergunakan anak kecil, ibu mengandung dan sebagainya untuk menghindarkan pihak berkuasa dari mengambil tindakan terhadap mereka. Beliau berkata, Pemuda UMNO Selangor sudah lama bersabar melihat, taktik kotor dan persepsi buruk Bersih terhadap Kerajaan Pusat, jadi sekiranya pertembungan pada hari tersebut beliau tidak dapat menghalangnya. "Kami ingin beri amaran kepada Bersih, Pemuda UMNO tidak boleh halang kalau ahli hendak sama-sama berarak. Ini bukan amaran retorik tetapi saya yakin dan percaya, sekiranya mereka memulakan perarakan kita akan bertembung. |
Kalau Najib Anak Jantan, Jangan Halang Himpunan Aman Bersih Posted: 26 Jun 2011 09:01 AM PDT Siapa Perlu Tonjolkan Diri Sebagai Anak Jantan? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat kenyataan mengelirukan apabila mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai "anak jantan" dan bukan mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Najib mendakwa matlamat utama Himpunan Bersih 2.0 adalah mahu menimbulkan huru-hara dalam negara. "Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita. "Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa dengan mengadakan Himpunan Bersih 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara. "Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di sini. Kenyataan Perdana Menteri itu tersasar kerana Pakatan Rakyat sememangnya akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13, malah itulah nadi utama segala aktiviti parti politik. Namun pada masa sama, Pakatan, sebagai sebuah gagasan "anak jantan", mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil, justeru, ia memberi sokongan bulat kepada Perhimpunan Bersih 2.0. Bersih 2.0 adalah anjuran pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk gabungan pelajar Islam dan Abim. Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan beberapa kali mengundang parti komponen BN untuk bersama-sama dalam gerakan bagi memperkasakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun ia mendapat sambutan dingin. Oleh kerana itu, amat mudah untuk pemimpin seperti Najib menyerang Bersih sebagai kononnya alat pembangkang untuk mencetuskan huru hara. Dalam ucapannya hari ini, Najib juga merujuk kepada kemenangan BN di Sarawak sebagai bukti "momentum" atau rentak memenangi pilihanraya ada ditangan BN. Sebenarnya Pakatan Rakyat melipatgandakan kemenangannya dari tujuh kerusi kepada 15 kerusi pada PRN Sarawak April lalu. Pilihan raya itu juga memaksa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan tempoh persaraan beliau selepas pemerintahan 30 tahun yang dibelit dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa. Jangan lupa kemenangan Pakatan itu diraih walaupun Barisan Nasional menguasai segala jentera kerajaan, media arus perdana dan menabur wang yang dikatakan berjumlah kira-kira RM500 juta ringgit untuk mengekalkan majoriti dua pertiganya. Walaupun menang, jumlah undi untuk BN di Sarawak merosot kepada 54.5 peratus berbanding 62.9 peratus pada pilihan raya negeri sebelumnya. Justeru, janganlah dibanggakan sangat kemenangan BN di Sarawak. Najib juga mendakwa BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya seperti mana yang didakwa Pakatan Rakyat. "Kalau kata pilihan raya ini tidak adil kenapa kita nak serah Selangor, kenapa nak serah Pulau Pinang, kenapa PAS boleh perintah 20 tahun di Kelantan. "Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat," kata Najib. Alasan lapuk yang diguna pakai sejak zaman Tun Dr Mahathir ini mudah dijawab. Tsunami politik yang melanda Malaysia tahun 2008 menyebabkan segala undi pos, pengundi hantu dan amalan-amalan lain tidak cukup untuk menongkah arus sokongan luar biasa rakyat terhadap PR. Kotak-kotak undi pos dan pengundi hantu hanya memadai untuk mengurangkan jurang sokongan yang diperolehi oleh calon-calon PR di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan namun tidak cukup untuk menafikan mereka kemenangan. Namun begitu, di Perak, majoriti tipis Pakatan Rakyat membolehkan Umno cepat-cepat merampas semula negeri itu kerana tiga wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat dan DAP sanggup lompat keluar diselubungi dakwaan mereka menerima ganjaran lumayan. Oleh itu penguasaan PR di beberapa negeri tidak harus dijadikan contoh untuk menghalalkan SPR sebagai sebuah badan yang bersih dan berkecuali atau pun BN tidak memanipulasi proses pilihanraya. Hakikat ialah pilihanraya di negara ini sentiasa dibayangi oleh masalah ketelusan undi pos dan pengundi hantu. Pada zaman Mahathir, fenomena itu diburukkan lagi dengan pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN di Sabah. Kini projek IC Sabah dikatakan menular di Semenanjung selain masalah pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain. Berlatarbelakangkan semua ini, tidak harus timbul keraguan dalam tekad pembangkang mahukan sebuah SPR yang berwibawa. Pada masa sama "kejantanan" Pakatan untuk menghadapi Umno-BN pada PRU akan datang tidak juga perlu diragukan. Persoalannya adakah Najib dan Umno anak jantan yang sanggup bertanding secara adil, tanpa menguasai media arus perdana, dan tanpa menggunakan kemudahan awam serta dana rakyat untuk menyogok pengundi. Jika jawapan adalah YA, saya yakin penganjur Bersih tidak akan keberatan untuk membatal gerakan mereka. -wira arjuna
Jika Najib boleh mencabar jika anak jantan, bertanding dalam pilihanraya, maka kita juga boleh mencabar Najib anak jantan, jangan sekat perhimpunan aman Bersih 2.0 yang menuntut sistem pilihanraya di negara ini dijalankan dengan bersih,telus dan adil! Jika yakin SPR sudah jalankan secara bersih, telus dan adil, kenapa takut dengan perhimpunan walaupun berjuta rakyat menyertainya? Tetapi apabila kamu sendiri tahu bahawa pilihanraya itu telah dilaksanakan dengan kotor dan penuh penipuan, itu sebab perhimpunan walaupun 5 orang dirasakan semacam 5 juta orang. Ia umpama mimpi ngeri buat UMNO BN. Kerana sejarah telah membuktikan, BN gagal memnguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing selepas perhimpunan Bersih I pada tahun 2007. GB ingin menyatakan bahawa UMNO BN boleh halang rakyat berhimpun, boleh gagalkan BERSIH 2.0, boleh memperkudakan SPR sepuas hati, TETAPI hukuman rakyat dan hukuman Allah tetap berjalan. Jika kuasa rakyat dihalang, maka kuasa Tuhan akan mengambil tempat menggantikan kuasa rakyat. Rakyat akan mengangkat dan menadah tangan mereka ke hadhrat Ilahi agar Dia segera campurtangan demi kebenaran dan keadilan di dalam negara ini. Agaknya mampukah Najib dan polis menghalang kuasa Tuhan? Dan sekali lagi GB nyatakan, jika perhimpunan Bersih 2.0 dihalang, PRU13 bakal menyaksikan UMNO BN kecundang lebih teruk dari yang dijangkakan! -GB |
Perbelanjaan Melancung Najib dan Rosmah berjumlah RM17,118,650.58 Posted: 26 Jun 2011 05:39 AM PDT Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri yang korang sayangi untuk setengah tahun ini (Jan hingga Jun 2011) melebihi perbelanjaannya sepanjang tahun 2010. Laporan menunjukkan Najib membelanjakan RM5.43 juta dari bulan Jan hingga Jun 2011. Kalau kita lihat, gaji bulanan Perdana Menteri Najib ialah RM22,826.65 sebulan [myMetro]. Namun beliau menghabiskan lebih RM 900 ribu atau lebih 40 kali ganda gajinya setiap bulan sejak Januari tahun ini untuk lawatan. - sumber: milosuam |
Posted: 26 Jun 2011 05:28 AM PDT KUANTAN, 26 Jun - Program perhimpunan aman bantah Lynas yang diadakan hari ini telah berjaya juga diadakan, biar pun mendapat berbagai tekanan daripada pihak polis. Program pertama iaitu "Perarakan Bersatu" anjuran NGO Save Malaysia telah diadakan awal pagi bertempat di Bukit Pelindung. Orang ramai telah berhimpun sebelum jam 7.00 pagi lagi untuk bersama-sama Save Malaysia berjalan menaiki bukit tersebut. Mereka berpakaian T-Shirt hitam "Stop Lynas" dan membawa berbagai sepanduk tanda bantahan terhadap program tersebut. Menurut wakil Save Malaysia yang ditemui, program sepatutnya dijalankan di Perkarangan Stadium Darul Makmur, dimana peserta akan berarak beramai-ramai melalui Jalan Pasar, Jalan Tun Ismail, Jalan Bukit Sekilau, jalan Lim Hoe Lek dan kembali ke stadium. Namun, selepas mendapat nasihat daripada pihak polis, akhirnya lokasi dipindahkan ke Bukit Pelindung. Ia bagi tidak menyusahkan semua pihak termasuk mereka yang membawa ahli keluarga untuk bersama dalam program tersebut. Namun, anehnya dimaklumkan biar pun mendapat nasihat dan pandangan polis agar ia dipindahkan tetapi pihak polis masih terus memberi tekanan keterlaluan kepada peserta himpunan. Malah, lebih mendukacitakan mereka mengarahkan polis trafik supaya menyaman kendereaan-kenderaan yang diletakkan disepanjang jalan masuk ke Bukit Pelindung. Tindakan ini sungguh tidak wajar kerana kenderaan terbabit tidaklah menghalang lalulintas sebenarnya. Mungkin dek kerana arahan pihak atasan, maka ia dilakukan biar pun hari ini ialah hari cuti hujung minggu. Program turut disertai NGO lain termasuk Bar Comittee Pahang dan para mahasiswa IPT. Bantahan Lynas terus bergema biar pun berbagai rintangan kini dihadapi Semuanya bersemangat untuk sama-sama meneruskan bantahan Lynas Peserta kibarkan bendera Malaysia tanda cinta dan sayang kepada negara AJK Save Malaysia membawa tabung sumbangan perjuangan bantah Lynas Team Bar Comittee of Pahang dan peserta yang berbasikal juga turut hadir Rakyat berbagai kaum dan agama terus bangkit menolak Lynas di Kuantan Mahasiswa serta pemimpin agama juga hadir bagi membantah projek Lynas YB Fuziah tandatangani kain rentang bantah Lynas yang turut disediakan Ribuan rakyat membantah Lynas sambil berarak mendaki Bukit Pelindung Terbukti, bantahan Lynas bukan sahaja dipelopori kaum Cina sebenarnya Kumpulan berbasikal juga turut serta memeriahkan lagi kempen bantahan Kecil besar danyang tua muda semua bersama menyokong bantahan Lynas Segak bergaya, tetapi terkadang polis tidak perlu seteruk ini tugas mereka Polis trafik sibuk menyaman kereta yang diletakkan di kawasan tersebut Lalulintas menjadi sesak akibat sekatan tersebut yang dipercayai telah dimulakan sejak awal pagi. Kelihatan juga satu program sukan dan hiburan turut diadakan di perkarangan stadium. Mungkin itu satu usaha terancang untuk menghalang peserta perhimpunan gunakan lokasi terbabit. Peliknya, pihak polis sudah dimaklumkan bahawa lokasi perhimpunan bertukar ke Bukit pelindung. Namun, mungkin akibat gusar dengan ura-ura ia juga akan diadakan di kawasan terbabit maka mereka terpaksa mengadakan sekatan jalanraya untuk menghalang program tersebut daripada terus diadakan. Sekatan polis di Jalan Pasar dan Jalan Bukit Sekilau sejak awal pagi lagi Trak disusun depan stadium dan anggota menunggu di bawah khemah Sekitar jam 10.30 pagi kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh dilihat memasuki kawasan dihadapan Stadium Darul Makmur. Terdapat maklumat, program himpunan bantah Lynas juga akan diadakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan stadium. Akibat sekatan jalanraya yang diadakan untuk menghalang mereka, maka lokasi telah diubah ke kawasan Pasar Tani Mega dihadapan Restoran The Oasis, Malay Town. Beberapa orang pemimpin kanan PKR Kuantan juga dilihat mengekori YB Fuziah. Turut hadir ialah YB Chang Ming Khai (ADUN Simpang Pulai, Perak) dan beberapa orang anggota AMK Pahang. Rombongan seramai lebih kurang 50 orang terbabit bergerak bersama YB Fuziah beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga di pasar tani terbabit. Mereka turut memakai baju dan kain rentang "Stop Lynas". Program berakhir sekitar jam 12.30 tengahari dengan sessi bergambar di pintu masuk kawasan terbabit (pasar tani). Sebelum beredar satu sidang media ringkas telah diadakan di kawasan ini. Kelihatan beberapa orang pegawai FAMA memantau dan mengawasi pergerakan mereka. Pihak polis tidak kelihatan di kawasan itu, mungkin mereka tersalah strategi atau tidak jangka lokasi boleh bertukar ke kawasan itu. Sempat bergambar kenangan sebelum meninggakan kawasan berkenaan YB Chang Ming Khai dan Mr.Siew juga hadir bersama melawat pasar tani AMK Pahang turut bersama, YB Fuziah bertanya sesuatu kepada peniaga Video sidang media ringas Fuziah Salleh selepas program tersebut berakhir Sementara itu difahamkan petang tadi, satu forum oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) anti Lynas telah diadakan di Hotel Swiss Garden Resort. Taklimat dalam Bahasa Inggeris itu telah disampaikan oleh Dr.Lee Chee Hong dengan tajuknya "Lynas: Why We Care". Sementara itu seorang lagi penceramah iaitu Dr.Gurmit Singh (Penasihat EPSM) yang menerangkan isu berkaitan alam sekitar dengan tajuknya "From Papan To Bukit Merah To Gebeng to Environmental Worries". Turut menyampaikan taklimat ialah Encik Harris Ibrahim (MCLM) yang membentangkan kertas kerja bertajuk "Going Forward" (Good Goverment and Public Partication). Program yang bermula jam 1.10 petang itu berakhir dengan sessi sidang media sekitar jam 4.20 petang. Paling mengejutkan dalam program ini apabila pemimpin MCA Dato' Ti Lian Ker yang mempertahankan projek Lynas bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Malaysia juga dilihat turut hadir bersama dalam program ini. Pemimpin MCA, Ti Lian Ker sempat bermesra dengan Mr.Tan (Save Malaysia) [Secara keseluruhannya, program bantahan Lynas hari ini berjaya mendapat sokongan dari kalangan rakyat berbilang kaum. Ini menolak tanggapan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob dan penyokong UMNO kononnya isu Lynas hanya dimainkan oleh kaum Cina sahaja. Sokongan terus bertambah dan dalam apa jua keadaan sekali pun rakyat tetap membantah Lynas biar pun pakar-pakar IAEA akan mengesahkan bahawa projek tersebut selamat dan tidak berbahaya kepada orang ramai.dan juga beberapa orang petugas yang berada dalam program itu tadi. Sokongan rakyat kini semakin membuak-buak dan Adnan Yaakob dan proksinya tidak perlu lagi bermain silap mata dengan memberi berbagai alasan untuk mengesahkan projek yang jelas sudah tidak relevan lagi dimata rakyat. Mereka boleh membayar berapa ramai pakar IAEA pun untuk mengkaji, tetapi rakyat sudah tahu bahawa adik beliau sendiri adalah bekas orang kanan agensi itu sendiri. Maka, apakah rakyat boleh percaya dengan keputusan yang bakal dibuat pakar itu hujung bulan ini?]. -Pahangdaily |
Khairy bersedia memakai baju kuning Bersih 2.0? Posted: 26 Jun 2011 12:09 AM PDT Kita pun tahu, populariti Ketua Pemuda Umno, Khairy semakin menurun. Apatah lagi beliau dianggap generasi saki-baki peninggalan kepimpinan Bapak Penidur, Abdullah Badawi. Tanpa jawatan dalam kabinet,menggambarkan bahawa Ketua Pemuda Umno itu tidak diingini lagi dalam kepimpinan. Hanya menunggu masa sahaja untuk disingkirkan. Apatah lagi apabila Tun Mahathir & gerombolannya mencengkam kuat pentadbiran Najib Tun Razak. Mungkin dah dekat pilihanraya seperti ini, Khairy perlu melonjakkan nama beliau untuk dilihat sebagai hero. Tetapi apakah sebenarnya tindakan beliau itu dihargai? Dulu semasa Pak Mertuanya menjadi PM dan semasa berlangsungnya Bersih 1, pun sudah ada cubaan pemuda Umno untuk menghalang… tetapi tak berapa kerat yang hadir. Dalam perarakan menyokong ISA apabila diadakan perhimpunan menentang ISA… pun takde nampak muka pun pemuda UMNO ni. Kali ini nampaknya Khairy sekali lagi nak tunjuk hebat. Sanggup ke pemuda Umno untuk membela keadilan bersama rakyat? Sanggup ke Pemuda Umno nak hirup gas demi rakyat. Sanggup ke pemuda Umno dihentam belantan, diheret polis, ditendang, dipukul, dilokap demi perjuangan bersama denyut nadi rakyat??? atau Pemuda Umno sendiri sanggup menghentam rakyatnya sendiri. Yang mudah, pemuda Umno berlumba-lumba untuk merembat kekayaan rakyat demi tembolok masing-masing. Sebenarnya kekallah Pemuda Umno sebagai pejuang elit di kayangan. Dalam hal ini syabas.. tahniah… kepada pemuda Pas & Pakatan yang perjuangannya berakar umbi kepada perjuangan rakyat. Nak harapkan Umno… anak buah mereka sendiri kecut telor apabila mendengar perhimpunan tanpa permit… Perhimpunan Haram : Pemuda Cheras minta Khairy pertimbangkan semula PERGERAKAN Pemuda UMNO Bahagian Cheras membantah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang berhasrat meneruskan perhimpunan 9 Julai ini walaupun tidak mendapat permit polis. Ketuanya, Syed Mehdhar Syed Abdullah menegaskan, tindakan pemuda UMNO pusat itu akan mengeruhkan lagi keadaan apabila bertembung dengan perhimpunan haram Bersih 2.0 pada tarikh yang sama. "Pemuda UMNO Bahagian Cheras minta Khairy supaya mempertimbangkan semula hasratnya itu demi kepentingan parti," katanya. Lagipun kata beliau, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sudah memberi amaran polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan perhimpunan haram 9 Julai ini. Syed Mehdhar juga menegaskan, perhimpunan haram yang dikatakan turut membabitkan Pertubuhan Pribumi Rakyat Malaysia (Perkasa) pada 9 Julai ini akan menyusahkan aktiviti warga kota. Beliau berkata, perhimpunan haram tidak pernah berjalan dengan aman sebaliknya mengundang keganasan yang bakal menyusahkan golongan peniaga sekitar ibu kota disamping menakutkan para pelancong. Menurutnya, pemuda UMNO perlu akur dengan keputusan polis untuk tidak mengeluarkan permit perhimpunan disamping menghormati kebebasan orang awam," tambahnya. "Saya bimbang rakyat akan menuduh pemuda UMNO sengaja berbuat demikian untuk melakukan provokasi dan turut bersekongkol dengan Bersih yang didalangi pembangkang," katanya. Kalau dilihat kepada beberapa blog Umno sendiri, didapati Umno sendiri dah tak menyokong tindakan Khairy bahkan banyak blog yang mengutuk tindakan beliau itu. Khairy bukan hanya dah jadi beruk-beruk dijalan raya teapi kini menjadi kera sumbang pulak. Apa ditunggu lagi dalam Umno tu... beliau bagaikan beruk buruk kepala. Nak diarah panjat kelapa pun tak boleh, nak dihampiri berbau busuk... menghabiskan beras aje. Sebelum ditembak.. harap-harap dapat lepas kan geram... gigit-gigitlah tuan tu... Apapun pihak kami mengucapkan terimakasih kepada Khairy jika beliau meneruskan perhimpunan beliau itu pada tarikh yang sama. Paling kurang rakyat boleh lihat sejauh-mana kekuatan dan bilangan pendokong pemuda Umno sendiri kepada kepimpinan beliau. Rakyat juga nak tengok ketelusan pihak polis. Kalau mereka menangkap pimpinan penganjur Bersih 2.0 termasuk pimpinan pembangkang, adakah mereka juga menangkap kepimpinan Pemuda Umno & Perkasa yang juga mengadakan perhimpunan haram? Ish3X … menyusahkan Umno ajelah kamu ni Khairy!!! yang dibimbangi takde pemuda Umno pun nak turun. Kalau macam tu, sampai tahap tu Umno sabotaj beliau, diharap lebih baik Khairy memakai baju kuning Bersih 2.0 bersama dengan perhimpunan rakyat. Ketua Pemuda Pas pun sudah offer agar beliau bersama... jomlah! malu apa lak!!! http://ustsaifulbahri.blogspot.com |
Selangor lancar Tabung Amanah Pembangunan Islam Posted: 25 Jun 2011 11:00 PM PDT
SHAH ALAM, 26 Jun: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor maju selangkah lagi ke hadapan dengan pelancaran Tabung Amanah Pembangunan Islam (Tapis) versi baru, malam tadi. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berucap dan menyempurnakan acara pelancaran yang berlangsung di Dewan Utama Masjid Negeri dekat sini. Bertemakan 'Amal Jariah Ummah, Dari Rakyat Untuk Islam', Tapis menjadi wadah amal jariah umat Islam khasnya rakyat Selangor namun terbuka kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia. Tapis menjadi sebuah institusi berwibawa, telus, sistematik dan menyeluruh dan juga wadah membangun modal insan di Negeri Selangor. Menghimbau sejarah, Tapis telah ditubuhkan di bawah Kumpulan Wang Disatukan seksyen 9 (3) Akta Acara Kewangan 1957 dengan tajuk Akuan Tapis berkuatkuasa pada 1 April 1991. Tabung ini dilancarkan oleh Menteri Besar ketika itu pada 22 Mei 1991 di Dewan Jubli Perak Shah Alam. Tapis membawa nilai tersendiri dengan pelancaran versi baru, khususnya dalam membina kualiti umat Islam di Negeri Selangor. Skopnya amat luas dengan memberi keutamaan kepada program dan aktiviti kelangsungan penguasaan ilmu dan peningkatan syariat Islam. Tapis juga menjadi faktor penguat kepada institusi zakat, wakaf serta agenda dan perancangan Jabatan Agama Islam sendiri. Selain itu, Tapis adalah unsur pelengkap yang ditunggu-tunggu hasil ketaatan dan kehambaan seluruh umat Islam di Negeri Selangor. Tapis akan membuka ruang lebih luas ke arah membudayakan keikhlasan menderma selain mengisi tabung-tabung derma di masjid dan surau. Meneliti tema bantuan yang digariskan, ia adalah banyak dan umum, antaranya seperti penguasaan Al-Quran, penguasaan ilmu teras seperti akidah, syariah dan akhlak, ilmu alat, ilmu aini dan kifai, pemimpin dan kepimpinan Islam, mendaulatkan syiar Islam, dakwah dan tarbiah. Ia juga termasuk Islam sebagai cara hidup, pengamalan hukum hakam Islam, budaya menuntut ilmu sepanjang hayat dan lain-lain tema yang difikirkan sesuai oleh jawatankuasa akaun. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Exco Agama negeri dengan enam AJKnya seperti Timbalan Pengerusi (Pengarah Jais), Ahli (SUK, Mufti dan CEO Lembaga Zakat Selangor), timbalan pengarah (Jais) dan setiausaha (Jais). Bentuk sumbangan antaranya untuk Tapis pula seperti kewangan kelengkapan perpustakaan surau, sekolah dan pejabat, pembelian buku Islam, pembaikan dan pengimarahan masjid, surau serta banyak lagi. Selepas masjid pelancaran, diadakan juga forum perdana khas bertajuk MengIsrak-Mikrajkan Rakyat, panelis oleh Ustaz Haslin Bahrim dan Dr Azhar Yaakob, Dr Hasan sebagai moderator. -Hrkh |
Umno zalim kepada rakyat – Anwar Posted: 25 Jun 2011 10:59 PM PDT KerajaanRakyat - KUBANG PASU: Tindakan keras polis yang menahan rakyat dari memakai baju kuning termasuk t-shirt Bersih 2.0, membuktikan kezaliman Umno yang memperkakaskan pihak berkuasa itu, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, Umno Barisan Nasional (BN) sepatutnya tidak takut dan memerangi himpunan Bersih 9 Julai ini kerana ia merupakan himpunan aman menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya. "Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan," katanya mengulas tindakan polis yang giat menangkap orang ramai yang memakai t-shirt Bersih 2.0. Beliau ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam dan Pejabat KEADILAN Cabang Kubang Pasu petang tadi. Terbaru, lima anggota Angkatan muda KEADILAN (AMK) Kapar ditahan polis sewaktu bersiar-siar di pusat membeli belah Klang Parade petang tadi, dengan memakai t-shirt Bersih. Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Zainuddin pula ditahan malam semalam atas 'kesalahan' sama. KeadilanDaily juga difahamkan, kira-kira 30 orang ditahan di balai polis Kepala Batas atas perbuatan itu – berdasarkan catatan twitter. Mengulas lanjut, Anwar menyifatkan tindakan polis merampas t-shirt Bersih 2.0 itu sebagai bukti keganasan dan kezaliman berterusan pimpinan Umno BN. "Di Malaysia ini, betapa ganas dan zalimnya pimpinan Umno. Sampai kita pakai baju kuning jual baju Bersih pun dianggap kesalahan," katanya. |
Himpunan BERSIH: Polis Terus Ugut Untuk Tangkap, Petanda BN Akan Kalah Teruk PRU 13 Posted: 25 Jun 2011 10:55 PM PDT Waran tangkap jika gagal beri penjelasan IPOH: Polis akan memohon waran tangkap ke atas penganjur yang bercadang mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini jika mereka gagal hadir memberikan penjelasan berhubung perancangan berkenaan. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata pihak berkuasa sebelum ini sudah memanggil semua penganjur terbabit untuk direkodkan keterangan mengikut Seksyen 275 Kanun Keseksaan iaitu percubaan mengadakan perhimpunan haram, tanpa mengira fahaman politik atau kaum tetapi ada yang meminta penangguhan atas alasan sibuk. "Kita akan gunakan kuasa diperuntukkan mengikut seksyen itu. Bukan saja Datuk Ambiga Sreenevasan (bekas Presiden Majlis Peguam), tetapi yang lain juga termasuk Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali dan Pemuda UMNO," katanya selepas merasmikan majlis penutup Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini semalam. Beliau berkata, jika penganjur perhimpunan enggan memberi kerjasama dan tidak hadir walaupun sudah dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu, polis akan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah dan jika mereka masih berdegil, boleh memohon waran tangkap. "Bagaimanapun kita masih memberi tempoh dan notis berkenaan belum dikeluarkan kerana mahu memberi peluang kepada mereka datang memberi keterangan dan bekerjasama dengan polis," katanya sambil menambah setakat kelmarin, 1,248 laporan polis diterima dari seluruh negara bagi membantah perhimpunan haram berkenaan. Di KUALA LUMPUR, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengulangi peringatannya supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan haram terbabit yang hanya akan menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam. "Saya memantau keadaan ini, sudah beratus-ratus laporan kita terima yang tidak menyokong perhimpunan ini yang saya lihat boleh mengundang kepada ketegangan ketenteraman awam. Sebagai rakyat bertanggungjawab, janganlah kita membuat pilihan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam negara kita," katanya. -BH
Dua senario yang bertentangan. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam semalam menegaskan bahawa "tangkapan" bukan penyelesaian terbaik, sedangkan Polis bertegas nak gunakan tangkapan. KSU KDN mengakui bahawa senario pada zaman ini sudah berubah, di mana rakyat tidak boleh lagi menerima tindakan tangkapan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang amaran, tetapi bagi polis yang terikat dengan cara dan mentaliti lapok masih terus menggunakan kaedah ugutan untuk menangkap penganjur perhimpunan aman. Saya yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti. Sepertimana yang bekas Tun Dr Mahathir Mahathir yang cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate. Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, TDM mendakwa konon dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap. Apa yang berlaku selepas Operasi Lalang? Keputusan pilihanraya umum ke 8 pada tahun 1990 Barisan Nasional kalah teruk dimana undi popular BN adalah yang terrendah selepas PRU 1969 iaitu hanya memperolehi 53.4% dan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi BN pada ketika itu merosot dengan teruk buat kali pertama sehingga ke paras hanya 70%. Hal yang sama berulang dimana tangkapan dilakukan terhadap pserta BERSIH 1.0 pada 2007. Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim. Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih. Apa yang berlaku pada PRU 2008? Pertama kali di dalam sejarah BN gagal memnguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing! Polis perlu menghormati keputusan rakyat. Satu undian telah dilakukan dalam bahasa Inggeris seperti ini, "What is your view on the proposed Bersih 2.0 rally in July 9?" yang bermaksud "Apakah pandangan anda berkenaan pelaksanaan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini?" Keputusan yang dapat diambil sehingga 21 Jun lalu menunjukkan 99% pengundi yang terdiri dari 1,312,917 pengundi mengatakan himpunan patut diteruskan. Manakala hanya 1% pengundi pula yang terdiri dari 14,222 pengundi mengatakan himpunan perlu dibatalkan. Justeru itu, jika polis ingin melihan BN kalah teruk di dalam PZRU13 ini, kamu boleh terus ugut dan tangkap rakyat yang telah menyuarakan hati nurani mereka bahawa BERSIH TETAP DITERUSKAN. KSU KDN perlu panggil Ketua dan Timbalan Ketua Polis Negara menghadapnya untuk diberikan kaunseling sebelum nasi menjadi bubur! -GB |
Posted: 25 Jun 2011 10:53 PM PDT Keluarga bekas pelatih bomba wanita, Hizyaty Othman, 28, yang mendakwa diarah membotakkan kepalanya semasa menjalani latihan, menolak permohonan maaf oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung di sini, semalam. Bapa Hizyaty, Othman Long, 63, berkata, dia tidak dapat menerima permohonan maaf itu yang hanya disuarakan pada sidang media tanpa kehadiran semua pihak yang terlibat, termasuk keluarganya. "Bukan saya tak hormati permohonan maaf beliau sebagai menteri, saya hormat tapi bukan begitu caranya. Saya tak dapat terima permohonan maaf yang dibuat dengan cara itu (sidang media)," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Othman berkata, dia dan keluarganya tidak mempunyai masalah untuk menghadiri sidang media itu jika diminta berbuat demikian lebih awal. "Tapi apa yang berlaku, saya tidak tahu apa-apa, tidak dijemput hinggalah pagi tadi (semalam), saya terkejut apabila dihubungi seseorang dari pejabat MCA Kedah yang bertanya, mengapa saya belum hadir ke sidang media yang akan diadakan pada jam 11 pagi. "Saya nak hadir macam mana sedangkan saya tak tahu apa-apa mengenai sidang media itu," katanya. Menurut Othman, rasa tidak puas hati ahli keluarganya berkaitan isu itu mungkin reda jika pihaknya berpeluang bersemuka dengan menteri berkenaan serta meluahkan apa yang terbuku di hati. "Tapi malangnya, pertemuan ini diatur secara tergesa-gesa sehingga menyangka mereka sendiri sudah menjemput saya sedangkan mereka tidak pun berbuat demikian," katanya. Othman, seorang pesara kastam berkata, dia berasa sangat kecewa kerana arahan seumpama itu tidak pula dinyatakan dalam surat tawaran. "Saya juga pernah kerja beruniform namun setahu saya, setiap pelatih wanita hanya diarahkan berambut pendek, bukan sehingga botak," katanya. Botak RM1j. DATUK Lorna Enon Mulun, isteri bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, menerima sumbangan RM1 juta untuk Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak kerana sanggup membotakkan kepala. |
KONVOI PEMUDA PAS AMPANG SEDANG DI KEPUNG DI MASJID BUKIT KOSAS!! Posted: 25 Jun 2011 10:52 PM PDT Lebih 20 pemuda PAS Ampang yang berkonvoi dalam Program Konvoi Belia DUN Lembah Jaya 2011 sedang dikepung di Masjid Taman Kosas. Kesemua mereka memakai baju Bersih 2.0. Diulangi...Baju Bersih 2.0!! Hehe.. Berita terkini: Ustaz Fahrul Rahimi, SU Pemuda Kawasan, Sdra. Shahril dan anak Azam telah ditahan di Balai Polis. Selamat berjuang bro. |
Umno Perkudakan Polis Perangi Kempen Himpunan Bersih 2.0 Posted: 25 Jun 2011 10:51 PM PDT KUBANG PASU 26 JUN : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan keras polis menahan rakyat yang memakai baju kuning termasuk t-shirt Bersih 2.0 sebagai kezaliman Umno yang memperkakaskan pihak berkuasa itu. Menurut Anwar, Umno Barisan Nasional (BN) sepatutnya tidak takut mahupun memerangi himpunan Bersih 9 Julai ini kerana ia merupakan himpunan aman menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya. "Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan," katanya mengulas tindakan polis yang giat menangkap orang ramai yang memakai t-shirt Bersih 2.0 semalam. Jumaat lalu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Khairul Anwar Ahmad Zainuddin ditahan kerana memakai baju 'Bersih 2.0' dan 'roadshow' himpunan yang sepatutnya berjalan di Uptown Shah Alam dihentikan. Semalam hampir 70 aktivis termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar ditahan berikutan kempen ini. 28 ditahan di Ibu Pejabat Polis Ledang, 38 di Ibu Pejabat Polis Kepala Batas dan lima orang dilaporkan ditahan di Kapar. Malah 'roadshow' Bersih 2.0 di Dewan Assam Jawa, Kuala Selangor semalam turut diganggu Polis. Anwar yang ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam dan Pejabat Keadilan Cabang Kubang Pasu petang semalam menyifatkan tindakan polis merampas t-shirt Bersih 2.0 itu sebagai bukti keganasan dan kezaliman berterusan pimpinan Umno BN. "Di Malaysia ini, betapa ganas dan zalimnya pimpinan Umno. Sampai kita pakai baju kuning, jual baju Bersih pun dianggap kesalahan," katanya- tvs |
Senator Thailand turut sokong Bersih 2.0 Posted: 25 Jun 2011 10:47 PM PDT KUBANG PASU, 26 Jun: Senator Dewan Negara Thailand Wilayah Pattani, Dr Worawit Baru menyokong penuh perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Beliau berkata, perhimpunan itu sangat penting bagi rakyat untuk menyatakan tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil. "Perhimpunan itu merupakan kempen untuk pilihan raya yang bersih, adil yang terlepas daripada sebarang tuduhan," kata beliau ketika ditemui di majlis perasmian Pusat Khidmat Dun Bukit Kayu Hitam dan Pejabat PKR Kubang Pasu, petang semalam. Namun, katanya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Buruh dan Kebajikan Sosial Pattani, setiap perkara yang dianggap tidak menyokong kerajaan akan mendapat tentangan. "Tapi memanglah di mana-mana negara pun, apa yang pembangkang buat tak disukai kerajaan," katanya. Namun ujarnya, selain rakyat Malaysia yang dimomokkan kononnya akan berlaku hura hara jika himpunan Bersih 2.0 diteruskan, tempiasnya turut sampai ke Thailand. "Dua hari lepas saya diberitahu ada pihak dari kerajaan (Thailand) yang berpesan, kalau ada orang Thai nak ke Malaysia elakkan dulu kerana ada perhimpunan besar," katanya. Sementara itu, beliau berkata Pakatan Rakyat memainkan peranan penting untuk mengubah nasib rakyat negara ini. "Cara pilihan raya di Malaysia dapat menentukan nasib rakyat. Kalau nak baiki nasib masyarakat mesti melalui politik. Kalau nak lawan dalam politik untuk berdepan Barisan Nasional harus ada parti seperti Pakatan Rakyat," katanya. Justeru ujarnya Pakatan Rakyat mesti bekerja keras untuk mengambil alih kerajaan BN. "Strategi kena tetapkan, kajian kena dijalankan dan ini kerja berat untuk nak lawan parti yang lama. Susah nak tukar pegangan orang Malaysia yang sudah terbiasa dengan BN," katanya. -Hrkh |
Pakatan sasar tawan 11 negeri dalam p'raya umum Posted: 25 Jun 2011 10:44 PM PDT Selain mengekalkan empat negeri yang dikuasainya sekarang dan memenangi semula Perak, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri dalam pilihan raya umum akan datang. Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Pakatan telah menetapkan tiga sasarannya dalam pilihan raya umum akan datang, iaitu: 1. Mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan; 2. Memenangi semula negeri Perak yang didakwanya dirampas dari tangan Pakatan secara haram; dan 3. Menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri - Negri Sembilan, Johor, Malacca, Pahang, Terengganu dan Perlis. Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan malam DAP Teluk Intan semalam. Beliau menyifatkan pilihan raya umum ke-13 amat penting kerana ia bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya. Lim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu, menyebabkan beliau teragak-agak untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang akan datang. Sehubungan itu, Lim meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan. Beliau juga berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah yang bakal menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN dan Umno. Selama ini, kata Lim, Umno dan kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah sehinggalah tercetusnya tsunama politik pada pilihan raya umum 2008 di mana ia mengalami kekalahan teruk dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat. "Umno dan BN akan berdepan dengan persaingan 'hidup matinya' dalam pilihan raya umum ke-13 - bukan setakat sama ada ia boleh memperolehi semula majoriti dua pertiga, tetapi juga sama ada ia dapat mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," kata Lim. -M'kini |
300 Peguam Telah Bersedia Bantu Peserta BERSIH Posted: 25 Jun 2011 03:46 PM PDT
300 peguam sertai himpunan Bersih 2.0 SHAH ALAM : Rakyat tidak bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300 peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan. Untuk tujuan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan bilangan peguam yang ramai kali ini memandangkan sambutan terhadap Bersih amat menggalakkan. Ketua Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Negeri Selangor, Peguam Zainal Said berkata, ramai dalam kalangan peguam telah memberikan komitmen untuk hadir 9 Julai depan. "Jangkaan kehadiran rakyat dalam Bersih 2.0 ini amat menggalakkan dan kita mempunyai kemampuan untuk menggerakkan seberapa ramai peguam yang kebanyakannya telah memberi komitmen," tegasnya. Zainal juga adalah Exco JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja. Beliau ditemui ketika memberikan khidmat nasihatnya kepada seorang Pemuda PAS Shah Alam ditahan polis hanya kerana memegang baju Bersih 2.0 berwarna kuning malam tadi. Musfari Azmi, 27, ditahan jam 11.30 malam sebaik selesai mesyuarat sukaneka di Padang Jawa, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dekat sini. Sekitar jam 2 pagi beliau dibebaskan dan diraikan oleh sahabat pemuda pula dalam satu majlis ringkas berhampiran Pejabat Pemuda PAS Shah Alam, di Seksyen 7. Turut serta adalah Setiausaha PAS Selangor, Peguam Mohd Khairuddin Othman, Timbalan YDP PAS Shah Alam, Haji Azli Yusof, Ketua Pemuda kawasan, Mohd Hilmi Radzuan dan Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Shah Alam, Jefri Zain. Menurut Musafri, ketika beliau keluar sebaik selesai mesyuarat persiapan menganjurkan sukaneka di cawangan mereka, empat anggota polis berpakaian awam menahannya. Mengikut Musafri Azmi, 27, beliau mengakui tidak biasa dengan tindakan polis cawangan khas (SB), terus menahan sebaik mengenal pasti terdapat lapan unit baju Bersih di tangannya. Bendahari Pemuda Padang Jawa Petaling sambil berseloroh berkata kepada pihak polis ketika disoal siasat, tidak berbaloi beliau ditahan dari 11.30 malam hingga 210 pagi hanya kerana hendak menjual lapan helai baju yang hanya untung RM3. Seriusnya, beliau sempat berhujah dengan anggota polis tentang sahnya Himpunan Bersih kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Lalu, jelasnya, mereka meminta beliau menghuraikan pula apa definisi demokkrasi dan menyatakan apa itu Bersih serta tuntutan lapan perkara. Lebih dari itu, ujarnya, soalan pihak polis lebih terarah kepada siapa pengedar baju dan penggerak Bersih. Sementara itu, Peguam Khairuddin mendesak pihak polis agar bertindak mengikut undang-undang sedia ada kerana jika betul tindakan mereka, baharu rakyat dapat menerimanya dengan baik. "Malang bila kita minta di bawah undang-undang mana pemuda kita ditahan, mereka tidak dapat menjelaskannya dengan baik dan terperinci. "Kerana itu, saya juga menyeru rakyat agar hadir beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 9 Julai kerana pihak polis tidak mempunyai hak untuk menahan sesiapa pun kerana himpunan kita aman," tegasnya. Pakar Perlembagaan Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan polis tidak boleh membuat penghakiman awal berhubung himpunan itu dan jika dilakukan juga, jelas mereka menentang undang-undang. Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan negara . Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin. "Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang UIAM itu. Sebelum itu, pihak polis juga menahan Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau Jonah di Uptown Shah Alam ketika menanti makanan sampai, minta kad pengenalan, digari dan dibawa ke IPD sama. Beliau menyerahkan kepada Peguam Latheefa Koya yang turut hadir untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menahan beliau kerana memakai baju Bersih tanpa sebarang alasan kukuh. Pihak polis mengawal jalan masuk ke Uptown sejak jam 7 malam hingga jam 4 pagi kerana ada iklan di facebook menyatakan satu majlis Pra Bersih akan dilancarkan di situ. Kawasan pentas yang selalunya diadakan program karaoke dan juga ceramah agama sebulan sekali itu ditalimerahkan oleh pihak keselamatan. IBH |
Setakat mana polis sanggup buat untuk gagalkan BERS✔H 2.0? Posted: 25 Jun 2011 03:45 PM PDT Malaysiakini melaporkan: Polis akan menggunakan cara tersendiri untuk memastikan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini tidak akan berlaku, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh. Macam tu jugak Ketua-ketua polis negeri-negeri lain, tentu depa pun dah berikrar untuk sekat orang ramai dari turun ke Kuala Lumpur menyertai himpunan BERSIH 2.0 tu. Macamana cara? Macam lagu sapa tah, "Biarlah rahsia.." Semalam tangkapan pertama dibuat. Khairul Anuar atau Jonah, Timbalan Ketua AMK Pusat ditahan, digari dan dibawa ke balai polis. Dia kemudian dibebaskan tanpa perlu dijamin. Takkan kut atas kesalahan pakai baju BERSIH dan hukumannya pulak kena gari dan dibawa ke balai polis. Katanya tak kurang 10 orang yang dah ditahan pasai BERSIH 2.0. Kalau ikut berita TV depa-depa ni ditahan untuk siasatan pasai mempromosikan perhimpunan haram. Bila pulak ada yang nak buat perhimpunan haram, kami nak buat himpunan BERSIH 2.0 la, bukan Himpunan HARAM 2.0 Baju BERSIH pun dah dilarang dijual secara terbuka. Entah di bawah akta apa taktau yang bagi kuasa kepada polis larang jual baju BERSIH. Hampir semua peniaga tak berani jual secara terbuka, takut kena rampas, untung tak dapat modal pulak lesap. Ada sorang member bagitau, dia kata dia dapat maklumat yang perjalanan keretapi ke Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Julai ni akan tergendala. Member tu bagitau kerajaan dah setuju nak bayar pampasan kepada KTMB akibat sistem keretapi tergendala tu. Aku harap maklumat tu maklumat palsu, disebarkan pasai takmau bagi orang ramai gunakan keretapi untuk turun himpunan BERSIH 2.0. Tapi kalau maklumat tu betui maknanya peserta himpunan mungkin akan kurang beberapa puluh ribu. Macam tu jugak dengan pengangkutan awam lain macam bas ekspress pun akan disekat dari masuk Kuala Lumpur, pukul 4.30 petang baru boleh sambung perjalanan tunggu la kat kawasan R&R tu. Kalau bas sewa khas langsung tak boleh lepas, kena patah balik. Kenderaan sendiri pun dia bagitau tak boleh masuk Kuala Lumpur jugak. Member tu bagitau, semua kenderaan persendirian akan dilencongkan. Kalau dari Utara akan dilencongkan naik balik lebohraya menghala ke Johor, yang dari selatan pulak akan dilencongkan naik lebuhraya hala ke Perak, tak boleh berhenti tak boleh exit masuk Kuala Lumpur. Pusing la hangpa macam tu sampai petang. Betui ka dak maklumat member tu bai aku taktau, tapi bila fikir balik macam tak logik ja. Tapi main dengan 'si anjing Umno' ni bukan boleh tentu. Benda yang kita fikir tak logik pun depa boleh buat. Yang orang biasa takkan sanggup buat, depa sanggup buat. Janji himpunan BERSIH 2.0 gagal. Ada sorang lagi member tu kata, satu-satunya cara nak tentu boleh masuk ke Kuala Lumpur cuma dengan naik kapal terbang. Sampai kat ruang udara Kuala Lumpur bukak pintu terjun, tentu sampai punya, hidup ka mati nasib la. (Memang pun member tu tak pernah naik kapal terbang.) Ada sorang lagi member cadangkan naik helikopter. Dia ingat semua orang macam Rosmah? Kesimpulannya, kita pi dulu. Sampai ka dak belakang kira. Macam sorang lagi member bagitau, takat mana sampai kat situ la kita berdemo. Ok jugak tu. Jangan ada yang kata dia berdemo depan rumah sendiri sudah laa... agak-agak la kalau nak menipu pun... Malu la kat brader dalam gambar kat bawah ni. BERS✔H 2.0 |
Bersih 2.0 – Umno mula bertindak kotor Posted: 25 Jun 2011 03:38 PM PDT Oleh: Wan Nik Wan Yussof Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan telah mula bertindak kotor tatkala menyerang usaha perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Serangannya menggunakan bahasa yang kesat terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Ahmad Maslan selaku peneraju perang saraf dan provokasi Umno ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada14 Julai 2011 lalu menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai "himpunan kotor" dan menyindirnya sebagai menjadi "titik hitam" kepada kerajaan Barisan Nasional yang dikuasai Umno. Responsnya kepada soalan diajukan wartawan, beliau menganggap perhimpunan tersebut akan susahkan rakyat, rugikan penjaja, rugikan peniaga yang ada kedai, rugikan pemandu teksi. Malah dianggap menjejaskan industri pelancongan dan juga ancaman kepada ekonomi negara––langkah pre-amptive yang cuba memburukkan persepsi rakyaat terhadap perhimpunan Besih 2.0. Paling tidak bermoral, ketua penerangan Umno itu turut menyeru (baca menghasut) pertubuhan bukan kerajaaan (NGO), termasuk Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) supaya mendapatkan khidmat peguam dan membuat laporan polis mengenai perhimpunan itu. Apa pun beliau tidak membuat sebarang hujah rasional kenapa perlu NGO membuat laporan polis. Sebenarnya, pendekatan Ahmad Maslan yang cuba menafikan perhimpunan Bersih 2.0 itu boleh dianggap pemikiran kotor seorang mewakili kelompok Umno yang berkuasa. Tanpa meneliti terlebih dulu maksud sebenar perhimpunan tersebut. Ia menggambarkan rasa gusar dan gementar hati pemimpin Umno yang berada dipaksi kuasa! Matlamat Bersih Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat dan beberapa NGO adalah bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong bagi menyerahkan tuntutan lapan perkara ke arah penambah baikan sistem pilihan raya di Malaysia. Lapan perkara itu ialah membersihkan daftar pemilih, mereformasikan sistem pengundian pos, memperkenalkan dakwat kekal, memastikan akses kepada media bebas dan adil, menjamin tempoh minimum 21 hari berkempen, menghentikan rasuah dan politik kotor serta desakan menghentikan penyalahgunaan jentera dan wang kerajaan (oleh parti penguasa) semasa kempen pilihan raya. Semua matlamat ini merupakan penegasan yang membela hak dan kebebasan rakyat daripada terus dimanipulasikan oleh kerajaan Barisan Nasional. Justeru itu, apakah perhimpunan Bersih 2.0 itu sesuatu yang kotor! Apa pun perhimpunan Bersih 2.0 dijangka bakal mencetus lebih meluas kesedaran rakyat untuk menolak sistem pilihan raya yang tempang, senget dan terdorong kepada autoritarian. Mudah-mudahan ia dapat membuka pintu hati rakyat untuk menolak sistem pilihan raya ikut selera kerajaan Barisan Nasional. Maksudnya, rakyat sejawarnya bangkit melakukan perubahan untuk menggantikan pilihan raya yang ikut kehendak penguasa (semata-mata ingin terus berkuasa) sehingga mencantas kewarasan rakyat berfikir ikut lunas pendemokrasian. Hak berhimpun dizalimi Lunas undang-undang negara membenar perhimpunan. Tidak timbul soal perhimpunan itu untuk tujuan apa sekali pun. Kerajaan Barisan Nasional yang dikemudikan oleh Umno tahu dan memahami Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memberi hak eksklusif untuk rakyat berhimpun. Namun, apabila pihak PAS dan Pakatan Rakyat mahu pun gabungan NGO seumpama Bersih akan mengadakan perhimpunan, maka secara cepat Umno bercakap ia sebagai perhimpunan haram. Ia sebagai pre-amptive agar polis bertindak tidak membenarkan sebarang perhimpunan anjuran pihak selain Umno-BN. Ini kerana kuasa polis telah disandarkan sebagai pihak yang betul atas alasan menjaga keselamatan awam. Sesungguhnya cara pengurusan hak rakyat berhimpun sedemikian adalah suatu kezaliman penguasa (kerajaan Barisan Nasional dipimpin Umno) terhadap hak dan kebebasan bersuara untuk menzahirkan kehehendak sebenar. Meskipun rakyat (berhimpun) itu mewakili kelompok di luar kerajaan, NGO atau pun individu, maka aturan demokrasi dan sistem politik tamadun tetap membenarkan! Justeru kerajaan Barisan Nasional ditunggangi Umno kini sudah bertindak bercanggah dengan sistem politik tamadun. Ia suatu tindakan yang harus ditentang oleh semua rakyat. Maka, perhimpunan Bersih 2.0 seharusnya menjadi gelombang kebangkitan rakyat untuk menolak amalan politik tidak bertamadun, mungkar dan berdosa. Logiknya, pihak Umno-BN sudah mengamalkan politik tidak bertamadun kerana menyekat hak dan kebebasan bersuara kelompok rakyat. Maka di sisi fekah politik Islam, ia suatu kemungkaran dan setiap yang mungkar adalah berdosa. Kebalikannya, rakyat yang menyokong dan terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0 nanti akan mendapat pahala kerana menentang amalan berdosa penguasa Umno-BN! Perkasa menyokong dosa Satu NGO yang menyahut hasutan Ahmad Maslan ialah Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), sebuah NGO totok Melayu pro-Umno. NGO ini dilihat terlalu mesra menentang setiap perkara yang pro-PAS-Pakatan Rakyat, walau pun dalam perkara mungkar (termasuk menghalang Bersih 2.0). Justeru dalam hal perhimpunan Bersih 2.0 ini pun Perkasa dilihat lebih lantang bersetuju dengan Umno yang menentang gelombang kebangkitan rakyat untuk meraih pahala menerusi perhimpunan Bersih 2.0. Kenyataan tidak bertamadun Perkasa dikatakan akan turut menganjurkan perhimpunan balas untuk menyekat kehadiran rakyat meraih pahala di perhimpunan Bersih 2.0. Lalu berlapikkan 'nilai agama' Perkasa telah menyeru umat Islam dan umat Melayu agar hadir ke Majlis Pelancaran "menentang golongan anti Islam" yang diadakan pada 19 Jun di Padang Kelab Sulaiman, Kuala Lumpur dengan motif 'lawan perhimpuan Bersih 2.0'. Atas asas ini, maka Perkasa sudah bertaraf serupa Umno yang menyanggah usaha membersihkan sistem pilihan raya di Malaysia. Meskipun tindakan membersihkan pilihan raya satu usaha baik, tetapi bagi Perkasa serupa dengan Umno menganggap usaha membersih itu sebagai bercanggah dengan kehendak mereka. Ini kerana Perkasa dan Umno yang sering menang dengan sistem kotor tidak mungkin bersetuju dengan usaha membersih pilihan raya anjuran Bersih. Apakah kemenangan pilihan raya berlapikkan sistem kotor adalah sesuatu yang mulia di sisi agama? Apakah puak yang menyokong pihak yang ingin mengekalkan kekotoran itu sebagai puak yang mulia? Logik agama ialah setiap kekotoran tetap kotor (najis). Justeru rezeki yang diperolehi menerusi cara kotor, ia tetap kotor. Maka penentangan Umno dan disokong Perkasa terhadap perhimpunan Bersih 2.0 adalah berniat mengekalkan kekotoran. Oleh itu, tindakan Umno dan Perkasa itu merupakan kerja anti-bersih yang pro-kotor. Apakah ia bakal meraih pahala? Mungkinkah tindakan Perkasa yang selari dengan Umno itu adalah menyokong dosa atau pahala? Seruan menjaya Bersih 2.0 Ayuh turun ke Kuala Lumpur menyertai Bersih 2.0 demi pahala untuk membersihkan sistem pilihan raya yang tidak bertamadun. Kehadiran secara aman adalah keutamaan demi membersihkan segala kekotoran yang sengaja dikekalkan oleh penguasa yang sentiasa menzalimi hak dan kebebasan rakyat. Atas maksud tersebut, Pengerusi Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Haji Mohammad Sabu (sekarang Timbalan Presiden PAS) dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS (21 Mei 2011) menegaskan tujuan Bersih 2.0 adalah sama dengan tujuan perhimpunan Bersih 1.0 pada 10 November 2007, iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil. Harapannya, pihak PAS dapat menghantar sekurang-kurangnya 100 ribu ahli hadir pada perhimpunan tersebut. Ia sesuai dengan nama perhimpunan kali ini adalah 'Walk for Democracy' sebagai gelombang baru yang bakal mengubah senario politik pilihan raya umum ke-13 nanti. Hal yang sama turut disuarakan oleh Dr Mohd Hatta Ramli (sekarang Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS) yang menaruh harapan kejayaan lapan matlamat Bersih 2.0 (bakal menjadi memorandum rakyat kepada Yang Dipertuan Agong) sebagai meneruskan tuntutan sebelum ini (penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih) yang langsung tidak dilayan oleh kerajaan. Justeru itu, sekurang-kurangnya 62 NGO yang bergabung dalam Bersih dijangka hadir. Harapnya, Bersih 2.0 bakal membuat bayaran tunai kepada Umno dan Perkasa. Maka segala hutang piutang kezaliman dan kemungkaran serta dosa terhadap rakyat dalam sekian kali pilihan raya akan terlangsai. Ayuh bersama berdoa, semoga gelombang Bersih 2.0 akan berjaya dan sentiasa mendapat pertolongan Allah SWT. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan