Ahad, 19 Jun 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Permit PERKASA Diluluskan SEHARI Sahaja oleh Polis, Bukan 14 Hari!

Posted: 19 Jun 2011 06:15 AM PDT

Kredit: Malaysia Today/Pulakdah

Pada 17hb Jun 2011, polis telah mengeluarkan satu permit kepada PERKASA untuk menganjurkan satu perhimpunan. Permit itu dikeluarkan hanya SEHARI selepas PERKASA memohonnya pada 16hb Jun 2011. 

Perhimpunan itu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada hari ini, 19hb Jun 2011. Lokasi itu juga adalah tempat yang sama pernah menjadi lokasi pilihan Pakatan Rakyat untuk menganjurkan satu perhimpunan. Walau bagaimanapun permohonan permit untuk mengadakan perhimpunan di lokasi itu telah ditolak atas alasan 'KESELAMATAN'.

Lazimnya, anda perlu memohon permit 14 hari sebelum sesuatu perhimpunan diadakan.


P/s:Inilah demokrasi versi Malaysia di bawah pemerintahan UMCO!

Lepas Hudud dan Cerdik Pandai Agama, Maahad "Mangsa" Terkini Utusan Malaysia?

Posted: 19 Jun 2011 05:01 AM PDT


 Tiada lagi tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap maahad yang didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan, namun Utusan Malaysia sudah menyiarkan artikel yang mencetuskan persepsi buruk kepada institusi pendidikan agama di negara ini. 

Apa niat mereka menyiarkan artikel itu di muka hadapan? 

Jika benar sumber risikan itu memperoleh bukti seperti yang dinyatakan, mengapa sehingga kini tiada tindakan diambil? Belumpun reda isu kartun hina ulama dan hudud, tulisan yang disiarkan pada halaman hadapan akhbar milik UMCO ini telah memburukkan nama sekolah agama.

Artikel yang memetik kata-kata Menteri Agama UMCO pula mengatakan sebaliknya. Kata Jamil Khir, tiada sekolah agama di negara ini merekrut pelajar sertai JI. Siapa yang kelentong? Siapa pembohong? Siapa yang berniat jahat? 

Kita wajar mendesak Utusan mendedahkan sumber maklumat artikelnya dan meminta mereka mengemukakan bukti dan bukannya menulis sehingga memburukkan nama institusi pendidikan agama di negara ini. 





P/s: Mereka tibai Kristian, Cina, ulama, hukum Islam, pemimpin PR, institusi pendidikan agama. Mengapa dan untuk siapa? Anda tentu tahu jawapannya!



Awas, Produk Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder dari Taiwan Dicemari DEHP !

Posted: 19 Jun 2011 04:00 AM PDT


Saya petik:
[Bernama] KUANTAN: Kementerian Kesihatan pada Ahad mengesahkan produk makanan Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder yang diimport dari Taiwan dicemari bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ini berdasarkan analisis yang dijalankan kementerian ke atas dua produk makanan itu.

"Bagaimanapun satu lagi produk iaitu Natural Beauty Drink Powder tidak dicemari DEHP dan sehubungan itu saya menasihatkan produk Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder dihentikan penjualannya serta-merta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat MCA Bahagian Kuantan di sini Ahad.

Beliau turut menasihati pengguna yang telah membeli produk makanan tersebut supaya tidak memakannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan sampingan.

Akhbar semalam melaporkan beberapa produk dari Taiwan dipercayai tercemar dengan bahan kimia DEHP termasuk produk keluaran Chuang's King Tai Chang Food Co. Lt. Taiwan yang diimport oleh Nguan Seng Sdn Bhd dan Natural Beauty Drink Powder dan Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder keluaran Prince Pharmaceutical Co. Lt. yang diimport oleh Billion Synergy Sdn Bhd.

Liow berkata hasil analisis yang dijalankan terhadap produk Chuang's Square Cookies berperisa gula perang, gandum, badam dan bijan keluaran Chuang's King Tai Chang Food mendapati ia tidak dicemari DEHP.

"Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang kerana kementerian akan terus memantau makanan yang diimport dari negara tersebut," katanya. Sebarang maklumat lanjut mengenai produk makanan Taiwan boleh didapati di laman web http://moh.gov.my atau http:/fsq.moh.gov.my.


Takziah kepada Keluarga Arwah Pak Zami Ismail, Khabarnya Arwah Ahli PAS Berdaftar

Posted: 19 Jun 2011 03:00 AM PDT


Kelihatan dalam gambar jenazah pelawak dan pelakon terkenal sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Zami Ismail, 67, atau lebih dikenal dengan panggilan Pak Uda diusung keluar oleh anggota keluarga dari Bilik Mayat Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi tadi di IJN akibat serangan jantung. Jenazah  disembahyangkan di Masjid Tapah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tapah Road Perak.

Seperkara lagi, Dato' Tarmizi Mohd Jam mendakwa arwah ialah ahli PAS berdaftar ketika memberikan respons  terhadap kiriman tentang kematiannya di Facebook.


P/s: Semoga dosanya diampuni Allah dan rohnya dirahmati Yang Maha Esa.


Lulusan "Universiti Jordon" Bela Utusan Malaysia dalam Artikel yang Mengelirukan

Posted: 19 Jun 2011 12:45 AM PDT

Banyak orang yang membaca dialog kartun yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu bersetuju bahawa kartun itu menghina ulama dan hukum hudud. DCM berpendapat bahawa kartun itu disiarkan atas kepentingan politik sesetengah pihak tanpa menghiraukan kesannya kepada maruah agama dan ulama di negara ini.

Dalam kartun itu digambarkan seorang wanita berjumpa dengan dua pihak, iaitu polis dan tuk penghulu yang digambarkan seperti ulama. Watak ulama yang digambarkan dalam kartun itu seolah-olah ulama yang bebal dalam mengenal pasti hukum untuk sesuatu kesalahan. Ulama atau tuk penghulu itu digambarkan sebagai ulama yang tidak dapat membezakan antara rogol dengan zina. Pemahamannya yang bertentangan dengan hukum Islam itu menzalimi pengadu dan dialog itu menggambarkan kepada umum betapa teruknya cerdik pandai agama dan hukum Islam.

Itu realitinya. Cuba baca sekali lagi.


Seperkara lagi, dalam dailog kedua, kartunis ini cuba menggambarkan bahawa pita video adalah salah satu bahan bukti untuk kes rogol dan bukannya 4 orang saksi seperti yang diminta oleh ulama yang digambarkan sebagai bebal. Watak mangsa rogol yang teraniaya apabila berjumpa dengan cerdik pandai agama akhirnya mendapat pembelaan apabila berjumpa dengan polis. Kononnya, polislah penyelamatnya. Saya mahu bertanya, SIAPAKAH DALAM DUNIA INI BERJAYA MERAKAMKAN AKSINYA SEDANG DIPERKOSA OLEH PEROGOLNYA? Di mana logiknya dialog ini? 

Sebenarnya, penyiaran kartun ini dilihat sengaja mahu menyindir Anwar Ibrahim berkaitan dengan isu video seks fitnahnya. Dalam masa yang sama, kartun itu  mahu menyindir PAS kerana enggan menerima video seks itu sebagai bukti untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan fitnah zina. Untuk tujuan itu, cerdik pandai agama dihina dan hukum Islam dipermainkan dan diperbodohkan dengan sedemikian rupa.

Itu realitinya.

Hari ini Utusan dengan menggunakan tulisan bersifat pendapat yang disiarkan di Malaysia Kini untuk membersihkan dosanya. Lapor Utusan, Karikatur Tidak Hina Islam hanya semata-mata berpandukan artikel seorang lulusan universiti Timur Tengah. Artikel itu agak mengelirukan. Saya curiga akan niat penulis tersebut. Kata penulis artikel Benarkah Kartun Utusan Mempersendakan Islam? di Malaysia Kini itu:
Justeru, seseorang yang mempersenda sesuatu yang bukan hukum Islam, tidak wajar dituduh menghina Islam atau mempertikai sistem perundangan Islam.

Apatah lagi bila pelukis kartun itu sendiri tidak beranggapan bahawa 'kemestian mangsa rogol mengemukakan empat saksi ketika membuat aduan rogol', adalah merupakan hukum Islam.

Buktinya, perkara itu dipersendakannya di bawah tajuk 'kekeliruan kes rogol'. Maksudnya, pelukis menganggapnya sebagai satu kekeliruan, bukan hukum Islam sebenar.

Kesimpulannya, sebenarnya tiada apa-apa isu berkaitan kartun itu. Ini kerana ia tidak mempersenda hukum Islam. Ia hanya mempersenda tanggapan dan kefahaman manusia-yang telah terbukti salah-tentang hukum Islam.

Bahkan, boleh diterima jika dikatakan bahawa semua pihak wajar 'berterima kasih' kepada pelukis dan penyiar kartun itu kerana telah memberi sumbangan dalam mengikis kefahaman salah masyarakat berhubung hukum Islam.

 Bagi saya, niat penulis ini tidak lain tidak bukan hanya mahu mewajarkan penyiaran kartun itu yang menurut Persatuan Ulama Malaysia (PUM) sebagai karya yang menghina hukum Islam dan ulama. Bukan sahaja PUM, malah pemimpin dan tokoh agama lain beranggapan sedemikian. Tulisan yang agak panjang lebar dengan sisipan hujah dan hadis dilihat seolah-olah kosmetik untuk menutup niatnya.  

Saya juga agak curiga tentang tujuannya menghantar artikel itu ke Malaysia Kini dan bukannya ke Utusan sedangkan tulisannya itu jelas membela Utusan. Mengapa dia tidak menghantar artikel itu ke Utusan agar akhbar itu menggunakannya  untuk "membersihkan" nama? Pada hemat DCM, artikel itu dihantar ke portal MK kerana rata-rata penyokong PR menjadikan MK sebagai portal bacaan utama. Utusan memetik tulisan penulis itu daripada MK bagi meyakinkan pembaca khususnya pak cik dan mak cik yang kini sudah berasa "marah" dengan lidah UMCO itu bahawa akhbar itu tidak bersalah.

Anda tidak bersetuju dengan saya? Terpulang. Baca dialog kartun lahanat itu berulang kali, anda akan faham maksud saya dan niat di balik penyiaran kartun itu.





 

Salah Satu Kesan Sampingan VIAGRA

Posted: 18 Jun 2011 11:33 PM PDT

Pengasas Playboy Hugh Hefner dikatakan sudah pekak kerana mengambil terlalu banyak pil Viagra, kata bekas kekasihnya, kembar Karissa dan Kristina Shannon. Walau bagaimanapun, Karrisa dan Kristina, 21, berkata kasanova berusia 85 tahun itu tidak akan berubah kerana dia tidak mahu kehilangan nafsu seksualnya lapor berita Agensi.


Karissa berkata: "Hefner memberitahu dia lebih rela menikmati seks berbanding memiliki deria pendengarannya. Dia memakai alat bantuan pendengaran dan hanya boleh mendengar melalui sebelah telinga. Anda perlu menghampirinya dan bercakap dekat di telinganya supaya dia dapat memahami anda. Kami boleh duduk di sampingnya tetapi dia tidak tahu apa yang kami bualkan."

Kajian di Amerika Syarikat tahun lalu memberi amaran bahawa lelaki yang mengambil pil Viagra dalam jumlah yang banyak berkemungkinan menghadapi kehilangan deria pendengaran secara berganda. Pakar perubatan Doktor Carol Cooper berkata: "Pil itu memberikan kesan kepada saraf kita." 
 
 
Karissa dan Kristina yang tinggal di rumah agam milik Hefner di Los Angeles selama dua tahun berkata, lelaki itu turut juga kehilangan daya ingatan.  Karissa berkata: "Dia juga selalu lupa nama haiwan peliharaan kami." 
 
 
 P/s: Sila ambil perhatian!


 
 

Lembu Curi Sumbat di dalam V6

Posted: 18 Jun 2011 10:18 PM PDT


Saya petik:
[HM] ALOR GAJAH: Taktik tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum mencuri seekor lembu jantan di Simpang Guthre, Tebong, dekat sini, kecundang apabila seorang daripada mereka ditahan polis, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.45 pagi, tiga lelaki berusia 40-an itu memberhentikan kereta Proton Perdana V6 dinaiki mereka selepas menyumpit lima ekor lembu di dalam pagar rumah penduduk dikenali sebagai P Bakachander, 47.

Jurucakap polis berkata, mangsa menyedari gerak-geri tiga suspek itu yang berlegar-legar di persekitaran rumahnya sebelum menyumpit lima lembu dan memasukkan seekor daripadanya ke dalam kereta dan melarikan diri.

Mangsa kemudian menghubungi polis sebelum anggota peronda yang meronda di sekitar Alor Gajah serta berdekatan mengesan dan mengepung kereta terbabit di setiap penjuru jalan raya ke arah Bukit Bulat.

"Bertindak atas maklumat itu, enam kereta peronda bergegas ke lokasi sebelum terserempak dengan kereta suspek bergerak laju ke arah Hutan Percha, Kemuning kemudian ke Solok Menggong sebelum berpatah balik dan berselisih dengan sebuah kereta peronda.

"Anggota peronda kemudian mengejar kereta suspek yang memecut laju dan berjaya menghalangnya ketika kereta itu membelok ke arah Machap," katanya.

Menurutnya, ketika kenderaan suspek dikepung, mereka cuba melarikan diri dengan keluar menuju ke arah ladang kelapa sawit berhampiran, namun seorang daripada mereka tidak bernasib baik apabila kakinya terbolos ke dalam longkang sebelum ditangkap.

"Dua suspek lagi gagal dikesan kerana melarikan diri di dalam ladang sawit dan pemeriksaan ke atas kereta menemui satu sumpit menggunakan bahan PVC dan pelekat lambang polis," katanya.

Sementara itu, Balachander berkata, ketika kejadian dia berada berdekatan lembunya di dalam kawasan berpagar selepas menyedari sebuah Proton Perdana V6 di depan rumahnya dalam keadaan mencurigakan.

"Beberapa minit selepas itu lima ekor lembu saya tumbang tanpa menyedari ia disumpit tiga lelaki dari dalam kereta tadi sebelum mereka mendekati saya sambil mendakwa anggota polis.

"Pakaian mereka ada lambang polis dan saya melihat seekor lembu rebah berhampiran pagar manakala empat lagi di dalam pagar sebelum mereka mengangkat dan memasukkan lembu di tempat duduk belakang dan terus beredar.

"Saya pelik apabila mereka memasukkan lembu yang pengsan ke dalam kereta yang diubah suai sedangkan pada mulanya mendakwa anggota polis," katanya.

P/s: Macam-macam!



Pemain Bola Sepak Selebriti Mahu Cacah Tatu di Kemaluan

Posted: 18 Jun 2011 09:00 PM PDT


 
 Bintang bola sepak, David Beckham bukan lagi asing dalam hal lukisan badan. Dia didakwa memiliki '30 atau 31' tatu. Khabar terbaru mendakwa dia berhajat mahu mencacah tatu di tempat lebih sulit.

Beckham memberitahu pengacara bual bicara televisyen, Craig Ferguson bahawa dia bercadang membuat tatu di kemaluannya dan bersetuju dengan gurauan Ferguson supaya mereka membuat tatu itu bersama lapor berita Agensi.

"Bunyinya menarik," kata Beckham walaupun isterinya, Victoria tidak bersetuju.

"Setiap kali saya mempunyai satu lagi tatu dia tidak menyukainya. Bukan lagi satu," kata Beckham memetik Victoria sambil mengakui itu tidak menghalang dia  menambah koleksi tatunya.

Beckham berkata, beliau akan membenarkan anak lelakinya, Brooklyn, 12; Romeo, 8, dan Cruz, 6, untuk bertatu sebaik saja mereka dewasa, tetapi tidak bagi anak perempuannya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

"Saya secara peribadi sukakan milik saya, tetapi tidak pasti adakah semuanya akan kelihatan hebat bila saya berusia 75 tahun," kata Beckham.
 
P/s: Jangan tiru!

Astro Dibenar Siar 240 minit Iklan Komersial Sehari. Fuh, Yuran Tibai, Duit Iklan Tibai!

Posted: 18 Jun 2011 07:46 PM PDT

Klik untuk besarkan imej.

Penyedia perkhidmatan televisyen berbayar Astro dibenar menyiarkan iklan selama 240 minit atau 4 jam sehari. Angka yang dinyatakan ini berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Katak, Wee Chee Keong. Menurut Timbalan Menteri yang menjawab pertanyaan itu, Astro kini menyiarkan 19 - 20 peratus atau 40 - 50 minit daripada 240 minit masa yang dibenarkan untuk mereka menyiarkan iklan komersial sehari.

Cuba bayangkan jika Astro menyiarkan iklan sehingga waktu maksimum yang dibenarkan kepada mereka? Pada waktu ini, jika anda perhatikan, Astro banyak menayangkan iklan komersial di saluran asas seperti RIA dan PRIMA. Kadang-kadang kita rasa macam menonton saluran TV percuma. Namun begitu, stesen TV yang memonopoli perkhidmatan televisyen berbayar di negara ini masih mahu menaikkan yuran atas alasan untuk menampung kos perkhidmatan dan meningkatkan mutu penyiaran.

Gila!

Saya kata gila kerana Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak mendakwa Astro memperoleh keuntungan menjangkau RM831 juta setahun. Jumlah itu hampir mencecah RM1 bilion. Daripada jumlah itu, sebanyak RM31 juta merupakan hasil keuntungan daripada iklan. Nah! Dengan jumlah pendapatan yang begitu besar, Astro masih berhajat untuk menaikkan yuran pakej antara RM1 - RM15. 

Dalam pada itu, Astro turut mengenakan caj RM20 sebulan untuk perkhidmatan Astro HD, malah stesen TV berbayar itu mengenakan caj sebanyak RM20 untuk menyambung perkhidmatan Astro walaupun penyambungan itu tidak melibatkan sebarang kerja teknikal. Astro hanya perlu menekan satu butang sahaja untuk menyambung perkhidmatan.

Jadi apabila Cassa (Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam) dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) mahu memboikot Astro jika stesen TV berbayar itu mahu menaikkan yuran saya sokong.


P/s: Astro memperoleh keuntungan hampir RM1 bilion setahun, namun ada sebilangan rakyat Malaysia sanggup membeli kad prabayar dan membayar bil telefon semata-mata mahu mengundi untuk rancangan hiburannya. Berapa jumlah keuntungan yang diperoleh Astro hasil undian SMS selama 9 musim rancangan itu ke udara? Apa yang pengundi dapat?

Awas, Jangan Menghadap Komputer Lebih 5 Jam Sehari. Mengapa? Baca!

Posted: 18 Jun 2011 05:45 PM PDT


DCM pernah menyiarkan sebuah artikel berkaitan dengan hal ini beberapa bulan yang lalu. Saya olah lagi sebuah artikel untuk bacaan anda.

Kali ini sebuah portal menyiarkan dapatan kajian yang mendakwa seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menhgadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka  mati lebih awal. Punca utamanyanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video/komputer, ataupun ketika menonton televisyen.

Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4.500 orang respondan yang berusia 35 tahun ke atas dan hasilnya diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti terkumpul berkaitan dengan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.

"Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer/televisyen memiliki peluang 125 peratus lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer/televisyen," kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.

Kajian juga mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber permasalahan.

Antara solusi yang dicadangkan bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari, "Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama  dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama" kata Stamatakis. 

P/s: Sila ambil perhatian pemgunjung DCM.



Tiada ulasan: