Kerabu Bersuara ® |
- Pakatan nafi dakwaan Muhyiddin Bersih 2.0 taktik kuasai Putrajaya
- BERSIH lambang kejujuran dan kebebasan pilihanraya Malaysia – Azizah
- Kenapa Polis Tidak Ambil Tindakan Terhadap Ucapan Biadap Ibrahim Ali? Adakah Polis Takut?
- Perkasa Khianat, Sokong Utusan Hina Islam
- Amaran Untuk Anwar! Jangan Sekat Perhimpunan Bersih 2.0!
- SPR Parti Kompenan Baru BN
- Jamil Khir: Tiada sekolah agama rekrut pelajar sertai JI
- Utusan Oyat TG Nik Aziz Lebih Teruk Dari Ayoh Pin!
Pakatan nafi dakwaan Muhyiddin Bersih 2.0 taktik kuasai Putrajaya Posted: 19 Jun 2011 02:12 PM PDT Oleh G Manimaran dan Syed Mu'az Syed Putra SHAH ALAM, 19 Jun — Pakatan Rakyat menolak keras dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa pihaknya mahu menggunakan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan sebagai jalan pintas untuk menawan Putrajaya. Sehubungan itu timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata, sama ada Pakatan Rakyat menggunakan perhimpunan bulan depan itu untuk ke Putrajaya ataupun sebaliknya "bukan isu" sekarang. "Itu bukan isu, bahawa kami hendak menggunakan (Bersih 2.0) untuk ke Putrajaya," kata pengarah pilihan raya PKR ini sambil menambah, Himpunan Bersih 2.0 diadakan untuk memastikan sistem pilihan raya negara ini adalah adil dan bersih. "Selama ini kita sudah membuat aduan, tetapi SPR tidak ambil tindakan. Jadi, apa pilihan yang kita ada?" soal beliau. Azmin juga menambah, ada pemimpin Umno-BN mendakwa tanpa pilihan raya adil dan bersih tidak mungkin Pakatan Rakyat boleh membentuk empat kerajaan negeri pada pilihan raya umum 2008. Sebaliknya Azmin memberitahu, Pakatan Rakyat sudah pasti telah mencapai kejayaan lebih besar jika pilihan raya yang adil dan bersih dilangsungkan di negara ini selama ini. Semalam, timbalan perdana menteri berkata perhimpuan yang dirancang oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil di Kuala Lumpur 9 Julai ini satu cubaan pembangkang untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya. Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, pembangkang sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Timbalan Pengerusi BN itu menambah SPR sudah pun memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada. "Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lepas," katanya. "Saya fikir tujuan mereka tidak baik. Ambiga (Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan) itu kepala saja. "Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya," katanya. Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu merayu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membenarkan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini diadakan. Selain itu, beliau juga meminta agar polis dapat mengawal perjalanan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bebas. "Saya merayu kepada polis, Ketua Polis Negara supaya menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta tidak melakukan tindakan keras kepada rakyat yang menuntut demokrasi dan pilihan raya adil dan bebas. "Saya yakin polis mampu untuk memantau termasuk mengekang pihak-pihak yang cuba melakukan kekacauan dalam perhimpunan aman itu," kata Mohamad pada sidang media di Kuala Lumpur pagi tadi. Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar memberi amaran keras akan menahan penganjur dan peserta Himpunan Bersih 2.0 kerana dikhuatiri tindakan itu menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam. Amaran itu dikeluarkan selepas polis memutuskan tidak meluluskan permit untuk Bersih dan Perkasa yang merancang mengadakan mengadakan perhimpunan menghalang Himpunan Bersih 2.0. Selain itu, Pemuda Umno juga akan mengadakan perhimpunan pada hari sama. Kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai "Mat Sabu". perhimpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman sekiranya polis bertindak mengawal bukan mengambil tindakan menghalang. "Kalau kita sampai ke Istana Negara dengan selesa dan baik, semuanya akan berjalan dengan lancar... kita juga akan bersurai dengan baik. "Keadaan akan jadi tidak elok apabila polis bertindak sembur gas pemedih mata dan air asid, itu yang sebabkan peserta berlari, peniaga terpaksa tutup kedai, peniaga air kena buang air sebab dimasuki air asid... kalau perkara ini tidak berlaku saya percaya semua akan gembira, rakyat akan gembira dan peniaga juga akan gembira," katanya. Tegas Mohamad, beliau berharap agar polis tidak berat sebelah semasa Himpunan Bersih 2.0 dan dua lagi perhimpunan lain diadakan pada hari itu. "Polis perlu bertindak adil untuk jaga keselamatan dan jangan buat tindakan yang memihak kepada parti-parti dan NGO (badan bukan kerajaan) tertentu," katanya. |
BERSIH lambang kejujuran dan kebebasan pilihanraya Malaysia – Azizah Posted: 19 Jun 2011 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: KEADILAN mengesali sikap kerajaan Umno Barisan Nasional (Umno BN) terhadap himpunan aman BERSIH yang diadakan pada 9 Julai ini, kata Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Menurutnya, ugutan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Umno BN menyekat kebebasan rakyatnya untuk berhimpun. "Himpunan BERSIH adalah kejujuran dan kebebasan sistem pilihanraya di negara ini. "Ruang dan hak rakyat memilih wakilnya secara bebas adalah aspek integriti politik terpenting yang dituntut rakyat mutakhir ini, " katanya dalam kenyataan media. Himpuan BERSIH katanya, bakal menguji pendokong dan penentangnya. "Di pihak pendokong, ia akan menguji kesepakatannya menuntut sistem pilihanraya lebih adil dan telus manakala penentang perlu membuktikan kesediaannya menjadi lebih terbuka dan bertolak ansur," katanya. Oleh itu, kata beliau, menjadi tanggungjawab penganjur dan peserta himpunan BERSIH untuk mengelak dari sebarang konfrontasi akibat provokasi pihak tertentu. "Saya menyeru penganjur berjaga-jaga dan peserta wajar mengetahui selok belok amalan himpunan aman dan melengkapkan diri dengan ilmu keselamatan sebelum berhimpun. "Kita juga berharap pihak berkuasa khasnya Polis bersikap profesional dan menyambut baik tawaran penganjur untuk bekerjasama bagi menjamin kelancaran himpunan," katanya. Beliau turut mengingatkan penentang BERSIH agar menghormati hak sebahagian besar rakyat Malaysia yang mahu berhimpun secara aman, sebagaimana hak kumpulan tertentu untuk berhimpun dihormati selama ini. "Sejak penubuhannya, KEADILAN komited untuk membaiki sistem pilihanraya Malaysia dan himpunan BERSIH adalah lambang kepada usaha itu. "Maka, KEADILAN memastikan anggotanya turun beramai-ramai menyertai ratusan ribu rakyat Malaysia pada 9 Julai ini," tegasnya. Sementara itu, pada hari ini, KEADILAN menjadikan himpunan BERSIH sebagai tema utamanya bersempena berlangsungnya Konvensyen Pilihanraya Kebangsaan parti itu. |
Kenapa Polis Tidak Ambil Tindakan Terhadap Ucapan Biadap Ibrahim Ali? Adakah Polis Takut? Posted: 19 Jun 2011 06:00 AM PDT Perkasa bakar gambar Ambiga, minta kaum Cina jauhi Bersih 2.0 Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 19 Jun — Perkasa bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini kerana "apa sahaja boleh berlaku." Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini. "Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan. "Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini. Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007. PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. |
Perkasa Khianat, Sokong Utusan Hina Islam Posted: 19 Jun 2011 05:30 AM PDT Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap tindakan Perkasa mempertahankan Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam dengan menyiarkan karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" sebagai tindakan khianat kepada Islam. Sangat memalukan bila mana sebuah pertubuhan Melayu yang kononnya organisasi pejuang Melayu dan Islam kini menjadi seperti tikus yang sudah kehilangan gigi untuk mengigit. Ramai pihak yang mengecam karikatur itu, tapi tiba-tiba sahaja Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali mengatakan ianya tidak menghina Islam. Dengan memainkan isu seolah-olah dalam perundangan Islam permintaan seorang wanita yang didakwa dirogol kerana tiada 4 saksi boleh ditolak begitu sahaja, mereka cuba memesongkan fakta sebenar dan menunjukkan seperti hukum Islam itu sempit. Hakikatnya, kes rogol dan zina tidak sama. Hanya kes zina dan tuduhan zina sahaja yang perlukan 4 saksi sedangkan dalam siasatan kes rogol, faktor dan bukti lain tetap diambil kira. Apakah mereka belum habis lagi khatam Al-Quran atau sudah mengamalkan kitab lain yang hanya menyebut hidup melayu, keris dan kepala lembu. Nampaknya persepsi rakyat bahawa Perkasa hanya menjadi perkakas Umno dan hanya menyalak bila Umno dihimpit dengan kemarahan rakyat adalah benar. Utusan yang menjadi lidah rasmi Umno akan dikatakan betul walau apa sahaja yang disiarkan tanpa mengira ianya benar atau fitnah atau menghina Islam. DPPWP menyeru umat Islam menolak pertubuhan Perkasa dan meninggalkan organisasi itu. Rakyat juga harus mengajar Utusan dengan memboikot akhbar berkenaan yang enggan meminta maaf. Kamaruzaman Mohamad Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan |
Amaran Untuk Anwar! Jangan Sekat Perhimpunan Bersih 2.0! Posted: 19 Jun 2011 04:35 AM PDT Anwar: Saya akan minta Bersih batal himpunan jika Najib jamin pilihan raya adil Sampai bila rakyat nak kena tipu dengan janji-janji bodoh Najib? Rakyat dah kenal dan muak dengan perangi munafik spr dan pemimpin Umno! Jangan sekat kami wahai Anwar! Rakyat nak tunjuk kepada Bn, selama ni mereka menang dengan cara penipuan dan tipu muslihat! |
Posted: 19 Jun 2011 02:21 AM PDT PKR desak timbalan presiden SPR undur jika gagal bukti daftar pemilih bersih SHAH ALAM, 19 Jun — PKR menggesa timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan jika tidak dapat membuktikan daftar pemilih induk yang diwartakan bulan lalu adalah bersih seratus peratus daripada pengundi hantu. Wan Ahmad diberi kata dua 48 jam membuktikan perkara itu. Sambil menjadikan contoh di bahagian Parlimen Gombak diwakilinya, timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata SPR perlu membuktikan dakwaan dibuat beliau hari ini adalah tidak benar. Dalam kenyataannya hari ini, Azmin berkata, rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate dekat sini mempunyai 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina. "Emak saya tinggal seorang diri sejak ayah saya meninggal dunia pada 1999. Sekarang saya ada (lima) adik-beradik Cina (pengundi kalangan kaum Cina) di rumah emak saya," kata beliau ketika berucap pada Konvensyen Pilihan Raya PKR 2011 di sini hari ini. |
Jamil Khir: Tiada sekolah agama rekrut pelajar sertai JI Posted: 19 Jun 2011 02:13 AM PDT YAN, 19 Jun — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan laporan akhbar sambil menegaskan tiada sekolah agama atau maahad swasta di negara ini secara langsung merekrut pelajar untuk menyertai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI). Beliau berkata sebenarnya yang berlaku ialah kumpulan berfahaman ekstrem dan berasaskan ideologi pemimpin militan seperti JI sentiasa bergerak untuk menyerap masuk ke dalam sekolah-sekolah ini. "Kita pasti dari maklumat yang diterima aktiviti ini berlaku bukan atas nama sekolah atau maahad tetapi memang wujud orang atau kumpulan yang berusaha meresap masuk mempengaruhi pelajar," kata beliau dipetik Bernama Online. "Kumpulan ini sering menggunakan agama bagi merealisasikan matlamat mereka dan sebab itu Islam dikaitkan dengan keganasan," katanya. Jamil Khir mengulas laporan Mingguan Malaysia bahawa sebuah maahad swasta di Malaysia yang dikesan cuba merekrut belia menyertai kumpulan militan. Beliau berkata polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri sentiasa memantau kegiatan JI dan kumpulan militan lain yang cuba meresap masuk menyebarkan fahaman ekstremis mereka ke maahad di negara ini. Pihak-pihak ini sentiasa bertukar maklumat dan sebarang perkembangan aktiviti mereka sentiasa diketahui untuk diambil tindakan membanterasnya, katanya. Jamil Khir berkata modus operandi kumpulan ini tidak banyak beza kerana menggunakan agama dengan menumpu kepada sekolah agama bagi menarik golongan muda. "Yang menjadi masalahnya Barat menyalahtafsir terhadap Islam kerana pembawaan kumpulan-kumpulan ekstremis bersifat keganasan dan menghalalkan pembunuhan yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W," katanya. |
Utusan Oyat TG Nik Aziz Lebih Teruk Dari Ayoh Pin! Posted: 18 Jun 2011 09:17 PM PDT Utusan dakwa Nik Aziz lebih teruk dari Ayah Pin KUALA LUMPUR, 19 Jun — Akhbar mingguan Kumpulan Utusan mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang memperlihatkan pendirian tegas terhadap Umno dan media miliknya, lebih 'teruk' daripada Ayah Pin yang didakwa mengetuai kumpulan ajaran sesat di Terengganu lebih lima tahun lalu. Awang Selamat dalam ruangan Mingguan Malaysia hari ini mendakwa "lebih banyak kecelaruan dicetuskan oleh Nik Aziz berbanding individu lain termasuk Ayah Pin, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa." "Angkara siapakah yang menampakkan Islam tidak ubah seperti kartun?" kata Awang Selamat lagi yang menulis pandangan itu ekoran keputusan kerajaan Kelantan semalam mengharamkan akhbar Kumpulan Utusan daripada membuat liputan acara yang melibatkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta. Kelmarin, PAS melancarkan kempen Boikot Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan Rabu lalu. Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan. "Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya. Awang Selamat menambah Nik Aziz telah mengumumkan keputusannya mengharamkan Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara melibatkan beliau dan sidang DUN berkuat kuasa serta-merta. "Langkah tersebut sebagai membantah karikatur yang dikatakan menghina Islam berhubung isu rogol dan zina. "Awang hanya senyum. Nampaknya Nik Aziz mengikut jejak langkah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut memulaukan Utusan Malaysia," tambah Awang Selamat. Kata Awang Selamat, strategi memulaukan media sebagai senjata dan ugutan adalah pemikiran zaman dinosaur dan "rasanya tiada lagi mana-mana kerajaan yang memerintah peringkat pusat, negeri atau wilayah di negara lain yang berbuat demikian." "Kebebasan media dan hak bersuara seperti yang dijanjikan oleh DAP, PKR dan PAS dalam manifesto pilihan raya umum hanya gimik. "Awang tidak terkejut dengan tindakan Mursyidul Am PAS itu kerana beliau sememangnya condong kepada DAP dalam percaturan politiknya," katanya. Awang Selamat menulis dia hanya hairan mengapa karikatur itu yang disiarkan 15 Jun lalu dianggap menghina Islam sedangkan ia hanya menyindir pemimpin PAS kerana mengambil pendirian yang mengelirukan ekoran kes rakaman video seks Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Tidak perlu untuk Awang mempertahankan karikatur itu kerana sudah banyak pihak tampil memberikan gambaran sebenar terutama dalzam laman blog," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan