Ahad, 19 Jun 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Hari Ini Mohon ESOK Lulus, Mudahnya PERKASA Dapat PERMIT Ini?

Posted: 19 Jun 2011 05:04 AM PDT

Pada 17hb Jun 2011, polis telah mengeluarkan satu permit kepada PERKASA untuk menganjurkan satu perhimpunan. Permit itu dikeluarkan hanya SEHARI selepas PERKASA memohonnya (pada 16hb Jun 2011).



Perhimpunan itu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada hari ini, 19hb Jun 2011. Ia juga adalah tempat yang sama di mana Pakatan Rakyat pernah cuba untuk menganjurkan satu perhimpunan dan telah pun memohon permit tetapi ia telah ditolak atas alasan 'KESELAMATAN'.

Biasanya, anda perlu memohon permit 14 hari sebelum sesuatu perhimpunan diadakan.




Kredit : m2day

(GAMBAR) Perjalanan Terakhir Pak Uda

Posted: 19 Jun 2011 12:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun -- Jenazah pelawak dan pelakon terkenal sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Zami Ismail ,67, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Uda diusung keluar oleh anggota keluarga dari Bilik Mayat Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini.

Allahyarham meninggal dunia pada jam 10.30 pagi tadi di IJN akibat serangan jantung.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Tapah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tapah Road Perak.


Anak kepada allahyarham Zami Ismail, Mohd Soupi Zami atau dikenali sebgai Opie Zami ditemuramah wartawan di Bilik Mayat Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini.




Menurut Dato' Tarmizi Mohd Jam, Allahyarham Zami Ismail merupakan seorang ahli PAS berdaftar. Semoga jemaah PAS di Tapah, Perak bersedia untuk menyambut dan menyempurnakan jenazah Allahyarham. :Author Faethal

Kredit : Bernama

Berhenti SALAHKAN UMNO

Posted: 18 Jun 2011 05:58 PM PDT

Aziz Bari merungut dan menyalahkan Umno kerana telah mengheret Raja ke dalam politik dan menggunakan Istana untuk menentang pembangkang (baca artikelnya di dalam Bahasa Malaysia di bawah). Jawapan saya adalah: Jadi kenapa? Bukankah ini apa yang Umno biasa lakukan? Bukankah Umno selalu lakukannya? Jadi, ia bukan perkara yang baru? Ia adalah perkara lama yang sama.

Anda fikir pembangkang tidak menjangka perkara ini akan berlaku? Anda fikir ini merupakan kali pertama ia berlaku dan pembangkang telah terperangkap dalam keadaan tidak bersedia? Mengapa pembangkang telah terperangkap dalam keadaan tidak bersedia? Adakah maknanya Umno lebih cerdik daripada pembangkang?

Pembangkang sentiasa terperangkap dengan keadaan tidak bersedia apabila timbul isu-isu yang berkaitan dengan Raja atau Istana. Mesti ada sbeberapa orang yang sangat bodoh di dalam pembangkang jika mereka terjebak dalam isu yang sama berkali-kali. Ada pepatah mengatakan: sekali digigit dua kali malu. Hanya si bodoh hanya digigit 25 kali dan masih tidak malu.

Lain kali rancang strategi anda. Serang terlebih dahulu. Jangan masuk dalam keadaan tidak bersedia seperti yang anda sentiasa lakukan. Dan berhenti mengadu UMNO ini dan UMNO itu, terutama ketika ia melibatkan Raja atau Istana.

Dan kepada pembaca-pembaca Cina dan India, jangan terjatuh ke dalam perangkap Umno. Umno mahu anda menghentam Raja dan Istana supaya ia dapat membuktikan kepada orang Melayu bahawa Pakatan Rakyat, khususnya orang bukan Melayu di dalam Pakatan Rakyat, anti-Raja. Ini akan memastikan Umno berjaya memenangi semula sokongan orang Melayu. Dan anda telah lakukan apa yang UMNO mahu anda lakukan.

Kini, isu Hindraf. Mereka mahu memboikot perhimpunan BERSIH kerana mereka marah kepada Pakatan Rakyat. Mengapa boikot BERSIH apabila anda marahkan Pakatan Rakyat? Saya tidak dapat terima logik itu.

BERSIH adalah tentang rakyat, bukannya Pakatan Rakyat. Jadi, adakah anda cuba untuk menghukum rakyat atau menghukum Pakatan Rakyat?

Maksud yang Hindraf cuba Sampaikan kepada rakyat, Pakatan Rakyat adalah di belakang BERSIH. Oleh kerana Pakatan Rakyat dan bukannya rakyat berada di belakang BERSIH maka ini memberikan kerajaan justifikasi untuk mengharamkan perhimpunan BERSIH.

Kerajaan mengatakan pembangkanglah sebenarnya di sebalik BERSIH. Sekarang Hindraf pula mengesahkannya. Ini bermakna kerajaan boleh menghalang BERSIH dan menangkap atau menahan pemimpin secara sah.

Mungkin selepas ini, Hindraf dengan bangganya boleh mengumumkan merekalah yang menyebabkan kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap BERSIH dan mengharamkan perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai 2011.

Adalah baik jika orang-orang Hindraf melihat kedua-dua video di bawah. Ini adalah apa yang saya panggil seorang pemimpin Tamil yang berkualiti. Ini adalah jenis pemimpin Tamil yang kita mahu lihat. Bolehkah anda cuba bayangkan beberapa pemimpin Hindraf yang berkelakuan seperti ini dan menunjukkan kelas dan kualiti seperti ini?



***************************************************************


P'raya masjid: Nama Agong diheret, kata Aziz Bari

Meskipun mengakui Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam hal-hal berkaitan agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-raja Melayu, namun pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mempertikaikan cara nama Seri Paduka diheret setiap kali bagi membidas dasar-dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.

NONE"Hanya selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih Pulau Pinang, tiba-tiba peranan Agong menjadi tokoh yang signifikan.

"Nama Baginda digunakan bagi menghalang sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz berkata prosedur atau peraturan yang betul mengikut perlembagaan adalah bagi pihak Istana Negara atau setiausaha sulit Yang di-Pertuan Agong bagi mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai ketua agama dan bukannya oleh pihak-pihak yang lain.

"Pastinya bukan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan.

"Jadi beliau harus diam. Biarkan Baginda melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukkan oleh perlembagaan - bebas daripada kerajaan sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri," kata Abdul Aziz.

Beliau juga membidas dakwaan 'mengarut' oleh kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang berkata adalah salah bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid diadakan.

"Pertama, tidak ada fatwa mengatakan pemilihan itu adalah haram mengikut Islam," katanya.Fatwa

Lagipun menurut profesor itu lagi, umat Islam, sama ada dari Umno, PAS dan PKR, semuanya pernah terbabit dalam pemilihan parti masing-masing.

azlan"Jika ini tidak mengikut Islam, majlis fatwa sepatutnya mengeluarkan hukum berhubung perkara itu," katanya.

Semalam, hasrat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 dengan kaedah pilihan raya terpaksa dibatalkan.

Keputusan itu dibuat di Istana Negara di Kuala Lumpur apabila Yang di-Pertua Negri Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua MAIPP Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat agung masjid-masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan hari ini dan esok itu sepatutnya memilih jawatankuasa kariah di 151 daripada 200 masjid tetapi kini ditangguhkan sehingga notis lanjut.

Pemilihan ala pilihan raya yang dicadangkan itu bagi membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah yang sebelum ini dipilih oleh MAIPP.

Bantahan pelbagai pihak yang didalangi Umno begitu lantang kerana gusar pilihan raya kariah masjid akan menghakis sokongan kepada parti itu yang kini gagal menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang setelah ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008.

Umno mendakwa pemilihan secara demokrasi itu akan hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain mengheret masjid ke kancah politik kepartian.










Kredit :m2day

Tiada ulasan: