Isnin, 13 Jun 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Sindir TG Nik Aziz: Nama "United Malays National Organisation", Kononnya Berjuang untuk Melayu

Posted: 13 Jun 2011 08:30 AM PDT


P/s: Padat dan pedas!

Pengarah Ditamas Beri Khir Toyo ‘Diskaun’ Takut Bisnes Terancam. Adakah Wujud Unsur Ugutan?

Posted: 13 Jun 2011 08:00 AM PDT


Saya petik:
[TMI] SHAH ALAM, 13 Jun – Seorang pengarah syarikat memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia menjual banglo dan dua bidang tanah kepada bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo pada harga RM3.5 juta meskipun ia dibeli dengan harga RM6.5 juta kerana bimbang dengan nasib perniagaannya di Selangor.

Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Haryoni yang menyambung keterangan hari ini selepas ditangguhkan minggu lalu kerana kurang sihat berkata, Dr Khir telah menolak tawarannya antara RM5 dan RM5.5 juta, sebaliknya mahu membeli hartanahnya di Seksyen 7 itu dengan hanya RM3.5 juta.

"Kami ada projek di Selangor, bisnes di Selangor dan menteri besar mahu membeli rumah saya dengan harga RM3.5 juta," kata Shamsuddin di Mahkamah Tinggi hari ini.

"Jadi, kami bersetuju. Saya risau kedudukan saya sebagai ahli perniagaan dan saya bimbang bisnes saya akan tergugat," katanya lagi.

"Saya tak sangka harga yang ditawarkan (Dr Khir) rendah. Saya ingatkan (Dr Khir runding) dalam RM5 juta hingga RM5.5 juta.

"Setelah berbincang dengan isteri saya, saya bersetuju untuk jual dengan harga itu memandangkan dia menteri besar Selangor. Kalau saya tak terima, saya khuatir status saya sebagai ahli perniagaan akan terjejas," katanya.

Selain itu beliau berkata, rumah tersebut juga dibeli olehnya kerana tiada pilihan. Katanya, selepas Datuk Sumadi Ismail, yang juga saksi pendakwaan menolak untuk membeli rumah tersebut, beliau diminta Dr Khir untuk beli rumah itu.

"Saya mendapat tahu, selain saya, Datuk Khir juga berminat untuk membeli rumah tersebut. Selepas itu, ada beberapa perbincangan antara saya, Datuk Sumardi dan Datuk Khir.

"Datuk Khir menyuruh Datuk Sumardi membeli rumah tersebut, tetapi beliau tidak boleh kerana ada komitmen lain. Kemudian Datuk Khir menyuruh saya pula membeli rumah tersebut," katanya.

Selain itu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, mengapa beliau bersetuju untuk membeli rumah tersebut, katanya, "saya seorang ahli perniagaan di Selangor yang mempunyai banyak projek hartanah."

"Bila menteri besar menyuruh saya membelinya, saya tak ada pilihan. Saya perlu membelinya," katanya.

Dalam pada itu, sebelum mahkamah ditangguhkan petang tadi, peguam bela Dr Khir, M Athimulan memutuskan untuk mencabar kredibiliti saksi dengan memohon pihak pendakwaan memberi rakaman percakapan Shamsuddin kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mereka dapat membuat semakan terhadap keterangan saksi.

Dr Khir didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada Ditamas.

Bekas menteri besar Selangor itu didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas melalui Shamsuddin.

Hartanah tersebut diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta daripada Saiful.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.

Shamsuddin pula didakwa bersuhabat dengan beliau untuk melakukan kesalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.

Bagaimanapun, Isnin lalu pihak pendakwa telah menggugurkan tuduhan ke atas Shamsuddin.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dr Khir yang menjawat jawatan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabit kesalahan.

Berkaitan:
Khir Toyo Arah Catat Nilai Ubah Suai Banglo RM600,000 Sahaja - Saksi
[Mstar] SHAH ALAM: Pereka lamab, Nasir Ismail memberitahu, bahwa dia hanya menuruti permintaan Dr Mohamad Khir Toyo untuk menyediakan surat yang menyatakan nilai pengubahsuaian rumah di Seksyen 7, di sini ialah RM600,000 walaupun mendakwa nilai keseluruhannya adalah melebihi RM6juta.

Menurut Nasir, surat tersebut disediakan selepas Mohamad Khir memerlukan surat bagi tujuan formaliti kerana berhasrat untuk membeli rumah tersebut dan dua lot tanah itu daripada syarikat Ditamas Sdn. Bhd.

Kata saksi lagi, jumlah RM600,000 itu juga dicadangkan oleh Mohamad Khir.

"Waktu itu dia adalah MB (Menteri Besar) Selangor, apa dia suruh saya buat," katanya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.

Semasa disoal balas oleh peguam M. Athimulan yang mewakili Mohamad Khir, saksi tidak bersetuju bahawa surat itu adalah satu perjanjian kerana menurut saksi, dia tidak boleh menandatangani sebarangperjanjian ekoran status dirinya yang bankrap.

Merujuk kepada surat tersebut, Nasir seterusnya berkata, dia menerimapembayaran sebanyak RM100,000 menerusi sekeping cek bertarikh 4 Jun2007, namun tidak dapat mengingati jika dia ada menerima dua lagi keping cek bernilai RM100,000 (bertarikh 8 Ogos 2007) dan RM200,000 (10 September 2007).

Pada keterangan lain, Nasir, 55, menafikan dakwaan Athimulan yang mengatakan berlaku pergaduhan antara dia dengan Mohamad Khir yang didakwa berpunca apabila Mohamad Khir tidak menjelaskan bakinya sebanyak RM200,000.

Sebaliknya, saksi menjelaskan pergaduhan tersebut berlaku antara dia dengan isteri Mohamad Khir, Zahrah Kechik yang dikatakan tidak menggemari konsep Bali yang dibuatnya.

Nasir yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ketiga juga mempertahankan keterangannya bahawa nilai pengubahsuaian rumah tersebut melebihi RM6 juta dan bukannya antara RM600,000 hingga RM1.5juta seperti yang dicadangkan oleh Athimulan.

Selain itu, Nasir juga mengakui bahawa dia tidak menyimpan sebarang dokumen seperti resit menyebabkan dia tidak dapat mengingati dengan jelas semasa ditanya oleh Athimulan berhubung pembayaran cek-cek bagikerja-kerja pengubahsuaian.

[PANAS] Ahli Kelab Anti PKR Ugut Rogol Srikandi PKR dan Hina Hukum Hudud

Posted: 13 Jun 2011 06:42 AM PDT



Saya baca berita fasal ugutan rogol ini dari blog Sharpshooter. Menurut beliau, Ketua Srikandi PKR Siti Aishah telah menerima ugutan rogol dari Kelab Anti PKR.

Ugutannya berbunyi "kepada perogol2 yg tengah sangap sekarang..sila rogol geng2 srikandi PKR....jgn isau k..(AMARAN!!!!!jikalau anda nak rogol..pastikan anda seorang shja buat kerja....sbb apa??????kalau anda kna tangkap anda akan terlepas hukuman...sbb xda 4orang saksi..kalau anda nak RAKAm pun xpa..2xleh jd saksi...don WORY k....rogol ja.....xda mslah..jnj buat seorang dq..kalu kna tangkap..korang kna da 4saksi...kalu da video pun...xda guna....((KATA HADIAQ AWANG BAWANG kes anuar xsah..sbb xda 4orang saksi...))PULOK DAH>>>PR????PARTI ROSAK" dari FB bernama Rango Crew. 

 
Lahanat Melayu bingai ini sanggup menghina hukum hudud dan menulis ayat ugutan semata-mata kerana taksub dan termakan hasutan jurublog UMCO. Namun, kelakarnya, selepas berani menulis ugutan dan penghinaan itu, dia dengan kecut "telur" memadamkan komen tersebut.

Lahanat!

 

Berita Ngeri untuk Taib Mahmud

Posted: 13 Jun 2011 06:30 AM PDT


Saya petik:
Presiden Switzerland arah harta Taib Mahmud disiasat
[KD] KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Switzerland, Micheline Calmy-Rey, mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas harta milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di dalam bank Switzerland.

Di dalam suratnya dengan tajuk "Pembekuan aset Abdul Taib Mahmud, ketua kerajaan negeri Sarawak di Malaysia" bertarikh 8 April kepada Yayasan Bruno Manser, Micheline berkata beliau sudah menyerahkan maklumat tentang aset Taib Mahmud di dalam institusi kewangan di Switzerland kepada badan FINMA (Swiss Financial Market Supervisory Authority), sebuah organisasi yang mengawal aktiviti pembersihan wang haram, untuk siasatan.

Yayasan Bruno Manser adalah satu badan bukan kerajaan yang berpengkalan di Switzerland dan berjuang menentang rasuah Taib di Sarawak. Ia ditubuhkan sebagai tanda ingatan kepada Bruno Manser, pejuang alam sekitar yang hilang di secara misteri di dalam hutan Sarawak selepas bertahun-tahun berjuang menetang pembalakan haram yang mengganggu kehidupan orang Penan di Sarawak, lapor Sarawak Report.

Di dalam suratnya itu, Micheline menyatakan bahawa pihak berkuasa negaranya mengambil serius kebimbangan di peringkat antarabangsa tentang kemungkinan Taib mengambil untung secara haram daripada rasuah hasil pembalakan di Sarawak. Beliau sendiri menyatakan rasa tidak gembiranya kemungkinan aset daripada rasuah itu dilaburkan di Switzerland.

Di dalam suratnya itu Micheline menegaskan bahawa perjuangan menentang rasuah dan mengembalikan semula dana yang dibawa keluar secara haram ke negara asalnya adalah satu keutamaan buat kerajaan Switzerland.

"Bertahun lamanya kita memperjuangkan usaha mewujudkan satu pusat kewangan yang bersih, dengan undang-undang anti pembersihan wang yang menyeluruh yang mengandungi tanggungjawab pelaporan oleh institusi kewangan, terutamanya apabila ia melibatkan wang daripada orang politik.

"Walaupun kita mempunyai pelbagai cara untuk mencegah perkara ini, jika kita dapati aset yang berasal daripada kegiatan jenayah ada dalam sistem kewangan Switzerland, kita tidak akan teragak-agak untuk mengembalikan semula wang tersebut kepada negara asal.

"Sejak 15 tahun lepas, kita telah memulangkan hampir 1.5 bilion ke negara asal wang-wang ini," kata Micheline dalam suratnya kepada Yayasan Bruno Manser.

FINMA sendiri dilaporkan sudah menghubungi Yayasan Bruno Manser memaklumkan yang mereka sudah ditugaskan untuk menyiasat aset Taib Mahmud dan mereka meneruskan siasatan tidak lama lagi.

Beban kini terletak di bahu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kerana di bawah undang-undang anti-pembersihan wang antarabangsa, beliau perlu mengarahkan pembekuan terhadap aset Taib Mahmud, salah satu daripada pembiaya terbesar partinya sendiri, Barisan Nasional.

Jika tidak, Switzerland terpaksa menunggu sehingga Taib disingkirkan daripada pemerintahannya.

Tetapi, jika Najib gagal berbuat demikian, perkara ini akan menjadi satu isu yang hangat diperbincangkan.

P/s: Walaupun berbini muda, Orang Kaya Sarawak ini tetap resah apabila membaca berita ini.


"Saya Baca al-Quran Setiap Hari."

Posted: 13 Jun 2011 05:00 AM PDT


Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri Britain dan tinggal di Downing Street, Tony Blair dikenal sebagai seorang yang enggan berbicara tentang agama. Namun, sejak bersara pada tahun 2007, Blair menjadi lebih terbuka dalam soal agama dan mengakui kepentingan agama. 

Beliau yang memeluk Katolik beberapa bulan sebelum meninggalkan kediaman rasmi Perdana Menteri, kini mengaku membaca al-Quran setiap hari. Menurut Blair, dengan membaca kitab suci Islam -yang diyakini orang Islam sebagai kata-kata yang benar daripada Tuhan (Allah SWT) - memastikan bahawa beliau sentiasa celik-agama.

Dalam sebuah wawancara dengan majalah Observer, yang disiarkan semalam, Blair berkata, "Menjadi celik-agama adalah sesuatu yang penting dalam dunia yang semakin global, itu yang saya yakini," katanya, seperti tersiar dalam DM.

"Saya baca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami beberapa hal yang terjadi di dunia,  namun faktor utama kerana kitab itu (al-Quran) sangat instruktif."

Mantan pemimpin Parti Buruh itu yakin pengetahuannya tentang agama  yang ada di dunia akan menguatkan peranan baharunya sebagai utusan Timur Tengah bagi  PBB, Amerika Syarikat, Eropah, dan Rusia. Peranan Blair ini bertujuan mencari penyelesaian konflik antara Palestine dengan Israel.

Blair sebelum ini memuji Islam sebagai agama yang 'indah' dan menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah 'penguasa yang beradab'. Pada tahun 2006, beliau  memuji al-Quran sebagai 'kitab reformasi', inklusif, meninggikan ilmu pengetahuan dan membenci tahyul. Kitab ini juga mengandungi petunjuk secara praktikal tentang menjalankan urusan perkahwinan dan pemerintahan.

Sebelum ini tersiar cerita tentang adik iparnya, Lauren Booth yang mengejutkan dunia dengan pengumumannya  memeluk Islam setelah mengalami 'pengalaman spiritual' ketika melawat sebuah tempat suci di Iran

Cerita lanjut tentang Blair ini boleh di baca di Daily Mail

P/s: Kita benci Blair kerana peranannya bersekutu dengan AS dan mengarahkan pasukan tentera Britain menyerang Iraq dan Afghanistan. Namun, TM di DCM mendoakan beliau diberi hidayah untuk menerima Islam.


Apa Tindakan KDN Jika Lim Kit Siang Isytihar Jihad Terhadap Islam?

Posted: 13 Jun 2011 04:27 AM PDT


Persoalan yang saya ingin timbulkan ada pada tajuk kiriman? Siapa mahu komen?



Artis Jelita Dicabul Peminat dalam Rancangan "Live"

Posted: 13 Jun 2011 12:15 AM PDT



May Daily melalui laman sesawang Sohu melaporkan aktres seksi jelita China, Meng Qian dicabul oleh seorang peminat yang gagal menahan berahi dalam satu rancangan TV yang disiarkan secara langsung.

Digelar sebagai Dewi Payudara No. 1 China, aktres berusia 27 tahun kelahiran Beijing itu mengecap populariti selepas menjadi pengacara jemputan dalam rancangan bual bicara "Lady Guagua" di Star TV.

Dalam siaran terbaru rancangan bual bicara itu, seorang peminat fanatik meminta autograf Meng dan sewaktu menuju ke arah aktres itu, dia menghulurkan tangannya seolah-olah mahu bersalam. Namun apabila peminat itu berada di hadapan Meng, dia tiba-tiba meramas payudara aktres tersebut yang pada ketika itu memakai baju yang mendedahkan bahagian dadanya.


Walaupun terlewat, namun tindakan peminat gila berahi itu kemudiannya dihalang oleh pengawal peribadi Meng.

Yang menariknya, rata-rata pengguna internet memberikan komen dengan menyatakan bahawa peminat gila seks itu "seorang lelaki yang bertuah" dan bukan mencemuhnya kerana berbuat demikian.

Alahai!


P/s: Jika anda mendedahkan "aset" berharga anda, maka sudah tentu anda berisiko diaibkan dengan cara sedemikian rupa. Moralnya, pakailah pakaian yang melindungi bahagian yang boleh menaikkan berahi kaum berlawanan. Walaupun menutup aurat dilabelkan sebagai "amalan kuno" oleh sesetengah orang, namun cara berpakaian itu dapat mengelakkan seseorang perempuan daripada diaibkan atau lebih teruk menjadi mangsa serangan seksual.




Rais Belanja RM100 Juta Macam RM100?

Posted: 12 Jun 2011 07:45 PM PDT


Saya petik:
[MK] Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam Datuk Rais Yatim kerana menghabiskan RM100 juta, atau separuh bajet tahunan untuk projek kreatif untuk acara sehari sambutan Hari Seniman 2011 yang disifatkan oleh penggiat seni tempatan sebagai "projek mee segera".

Lim berkata, secebis daripada jumlah itu, atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival warisan George Town selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Rais Yatim
(kanan) mesti menjelaskan rasional pembaziran RM100 juta untuk Hari Seniman 2011 pada 29 Mei yang mendapat sambutan hambar penggiat seni.


"DAP dikejutkan oleh suatu laporan Bernama bahawa RM100 juta diperuntukkan untuk acara yang telah dikritik oleh penggiat seni itu," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Bernama, pada tahun lepas, kerajaan membantu industri seni maju selangkah lagi dengan memperuntukkan RM200 juta sewaktu pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pembentangan tersebut, Najib menerangkan bahawa peruntukan tersebut adalah untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

Lim (kiri) mempersoalkan sama ada laporan Bernama itu tepat dalam memetik jumlah sebesar itu yang dibelanjakan untuk acara berkenaan.

"DAP mengesyaki laporan Bernama itu palsu dan Rais harus menjelaskan jumlah sebenar yang dibelanjakan.

"Adalah sukar untuk mempercayai kerajaan boleh memperuntukkan RM100 juta untuk Hari seniman 2011 apabila 27 juta rakyat biasa Malaysia menanggung kenaikan harga kerana potongan subsidi kerajaan BN," 

Kemas Kini:

Perbelanjaan Untuk Hari Seniman Tidak Sampai RM100,000
[Mstar] KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) hanya membelanjakan RM97,800 untuk sambutan Hari Seniman 2011 pada 29 Mei lepas.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sepetang Bersama Seniman Modzaki Din menjelaskan, laporan media yang mengatakan bahawa perbelanjaan RM100 juta digunakan bagi sambutan itu merupakan salah faham.

"Ini kerana jumlah RM100 juta itu sebenarnya merujuk kepada wang yang telah disalurkan sehingga kini kepada para penggiat seni di bawah Dana Industri Kreatif," katanya kepada BERNAMA, Isnin.
Dalam Bajet 2011 kerajaan memperuntukkan RM200 juta di bawah Dana Industri Kreatif dalam usaha membantu menyemarakkan lagi industri kreatif negara....




16 Wanita Belasah Kaum Sejenis Mereka

Posted: 12 Jun 2011 06:45 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] AMPANG: Enam belas wanita layak digelar samseng apabila sanggup memukul seorang wanita berusia 26 tahun dengan kayu hingga mangsa cedera dalam kejadian di Jalan Pandan Indah, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu berlaku di tangga ketika mangsa naik ke rumahnya sebelum didatangi 16 wanita yang tiba-tiba memukulnya tanpa sebarang sebab.

Akibat serangan itu, mangsa cedera di badan dan bengkak di lengan selepas terkena pukulan kayu serta menerima rawatan pesakit luar di klinik berdekatan.

Sumber polis berkata, mangsa yang baru pulang dari bekerja tiba-tiba didatangi suspek dan tanpa berbicara, mereka bertalu-talu memukulnya walaupun mangsa cuba mempertahankan diri dan bertanya kesalahannya.

"Tanpa menghiraukan pertanyaan mangsa, mereka tetap berkeras dan memukul mangsa hingga mencederakannya dan akan memukul lebih teruk sekiranya melawan.

"Mangsa yang pelik dengan kejadian itu cuba mempertahankan diri namun terus dipukul tanpa belas kasihan," katanya di sini, semalam.

Sumber itu berkata, tidak tahan dengan pukulan itu, mangsa menjerit minta tolong dan beberapa penduduk datang membantu sebelum kesemua wanita itu lari menaiki motosikal.

"Mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah sejurus kejadian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

UMCO Takut Hilang Kuasa di Masjid, Fitnah DAP Ada Agenda

Posted: 12 Jun 2011 05:09 PM PDT


Mengapa UMCO meroyan isu pilihan raya masjid yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang? Jawapannya mudah sahaja, UMCO takut hilang kuasa di masjid selepas hilang kuasa di peringkat kerajaan negeri. Buat masa sekarang, UMCO menggunakan pengaruhnya melalui agensi kerajaan yang berkaitan untuk menguasai masjid. Orang-orang UMCO memegang jawatan penting di sesetengah masjid. Apabila ada usaha dibuat untuk memastikan proses pemilihan AJK masjid lebih telus dan bebas, UMCO yang berasa tergugat mula memainkan sentimen agama dan Melayu. 

Semua orang tahu, cara terbaik dan telus untuk melantik seseorang memegang sesuatu jawatan adalah melalui pemilihan. Sedangkan pemimpin negara pun dilantik berdasarkan proses pilihan raya.Yang menjadikan proses pilihan raya itu pemecah belah masyarakat apabila proses itu dicemari oleh tangan-tangan ghaib yang merosakkan kredibiliti dan ketelusan sesuatu pilihan raya. Tidak perlulah kita menulis panjang-panjang kewajaran mengadakan pilihan raya kerana isu ini sengaja dicetus untuk mengagalkan usaha kerajaan negeri.

Kali ini, antara alasan yang diberikan untuk memburukkan/menggagalkan cadangan kerajaan negeri Pulau Pinang itu termasuklah:
(a)  pilihan raya masjid memecahbelahkan umat Islam (alasan standard)
(b)  pilihan raya masjid tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong 
(c)  PAS dibuli/dipergunakan oleh DAP

Kalau pilihan raya itu dicap sebagai pemecah belah masyarakat, Malaysia wajar mencadangkan kepada dunia untuk mengharamkan proses pilihan raya.

Saya petik berita berkenaan:
DAP Pulau Pinang sengaja wujudkan perpecahan, budaya berpuak-puak

[BH] KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan DAP Pulau Pinang melaksanakan 'pilihan raya masjid' sebagai kaedah baru pemilihan ahli jawatankuasa masjid di negeri itu adalah taktik parti berkenaan untuk meneruskan perpecahan dalam masyarakat Melayu serta melemahkan Islam secara terancang.

Ia juga bertujuan mempolitikkan institusi masjid kerana akan mewujudkan pelbagai kumpulan berbeza akibat daripada pemilihan itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata tindakan itu sengaja dibuat supaya perpecahan berterusan berkenaan akan membawa kepada lemahnya masyarakat Islam serta Melayu di negeri itu sekali gus memudahkan DAP merancang agenda mereka.

Beliau berkata, institusi agama sudah dijadikan alat politik, manakala kewujudan kumpulan berbeza dalam pemilihan itu akan menyebabkan berlakunya perpecahan dalam konteks keagamaan.

"Bagi saya, ini tidak lain adalah agenda, cara atau taktik dirancang untuk memecah-belahkan serta meneruskan perpecahan masyarakat Islam sekali gus melemahkan mereka," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Parit Sulong, Johor, semalam.

Baru-baru ini, kerajaan DAP Pulau Pinang mengumumkan pelaksanaan pilihan raya masjid di seluruh negeri berkenaan biarpun didakwa belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam.  
Malah, pelbagai pihak membantah keputusan pelaksanaan pemilihan itu kerana didakwa mempunyai kesan negatif dan menimbulkan persengketaan, perpecahan selain mewujudkan budaya berpuak-puak hingga menjejaskan imej Islam.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata umat Islam perlu kembali kepada konsep dalam Perlembagaan yang mana agama Islam itu diletakkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

"Sebarang pindaan atau pelaksanaan kaedah baru berkaitan agama Islam tanpa mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin boleh dianggap menderhaka dan melanggar undang-undang seperti yang tertera dalam Perlembagaan," katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadot berkata, pengaruh politik dan kepartian akan menyebabkan masjid tidak lagi berfungsi dengan relevan.

"Jika ada tanda perpecahan, pergaduhan, perebutan kuasa dan pengaruh politik dapat dilihat dalam pemilihan jawatankuasanya maka ia tidak lagi sesuai untuk diteruskan," katanya.

Di SEREMBAN, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar PAS agar menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu kerana ia menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

"Kalau parti sudah sanggup dibuli DAP sehinggakan akhirnya PAS boleh menggugurkan perjuangan negara Islamnya, maka saya cabar PAS supaya gugurkan saja perkataan Islam daripada nama parti itu," katanya selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kuala Pilah.

P/s: Inilah cara UMCO mahu memperbodohkan Melayu.


Tiada ulasan: