DIALOG RAKYAT |
- Betulkah PAS tolak negara Islam?
- Aktivis anti-Taib mohon campur tangan Agong
- SPR belanja RM50 juta untuk pilihan raya Sarawak
- Nasir: Khir mohon tiada catatan bayaran RM6 juta
- Kereta pegawai SPRM disimbah cat merah
- Mat Sabu: Zaman sekolah pun orang akan ungkit
- Nelayan mogok: Harga ikan didakwa naik 30 peratus
- PAS Bukit Katil ucap tahniah pada Adly
- Pemuda PAS santuni anak muda underground
- Umno arah guru Kafa tukar alamat IC?
- Belia: Kerajaan perlu titik berat pembangunan insan
- Qazaf jadi mainan politik jijik Umno
- PAS T'ganu sokong penuh pelantikan Wahid Endut
- Jawatankuasa siasat IPP tidak wakili suara rakyat
- IPP: JK khas kabinet tidak memihak kepada rakyat
- Bersih 2.0 diteruskan walau Perkasa halang
- Mujahid: PAS bantu taklimat pemilihan masjid Pulau Pinang
- Putrajaya tidak akan dedah senarai penerima biasiswa JPA
- Nik Aziz: Umno boleh guna BI tapi PAS dihalang guna kebajikan
- Pengarah Ditamas beri Khir Toyo ‘diskaun’ takut bisnes terancam
- Fitnah Seks : Musuh Sengaja Tembak Peluru Busuk, Kata Isteri Mat Sabu
- "Saya Dibayar RM6 Juta", Tegas Pereka Dalaman Banglo Khir Toyo
- Kerajaan Enggan Umum Penerima Biasiswa JPA
- Malaysiakini Diberi 14 Hari Jawab Saman Ummi Hafilda
- DAP sokong RCI untuk IPP
Betulkah PAS tolak negara Islam? Posted: 13 Jun 2011 06:12 AM PDT Pak Sako Perwakilan PAS telah memilih ahli-ahli jawatankuasa kerja PAS pusat yang baru untuk penggal 2011-2013. Majoriti pasukan ini terdiri daripada golongan profesional (jurutera, doktor dan sebagainya). Mereka merupakan ahli-ahli PAS yang bukan berkelulusan agama atau berpangkatkan ulama. Ekoran ini, sesetengah pihak mendakwa bahawa parti PAS sudah menggadaikan agama Islam. Mereka kononnya kecewa bahawa PAS telah mengkhianati cita-cita parti untuk membentuk sebuah negara Islam kerana PAS mengenengahkan konsep 'negara berkebajikan'. Paling ketara melemparkan kritikan ini tanpa sebarang bukti ialah Datuk Ibrahim Ali, presiden PERKASA dan Tun Dr Mahathir Mohamad, maskot persatuan tersebut. Seperti kedua-dua pemimpin tersebut, rakyat Malaysia pun mungkin keliru tentang kedudukan PAS berhubung cita-cita melaksanakan negara Islam. Rencana ini bertujuan menjawab soalan "sama ada PAS sudah benar-benar menyeleweng dari dasar Islam dan matlamat negara Islam, atau sebaliknya". A. Adakah perlembagaan PAS menolak Islam dan cita-cita menubuhkan negara Islam? PAS tidak boleh lari daripada asas dan matlamat parti seperti yang terkandung di dalam perlembagaan parti. Oleh itu kita perlu meninjau dan memahami sedikit kandungan perlembagaan PAS. "Dasar", "tujuan-tujuan" dan "usaha-usaha" PAS adalah tersenarai seperti di dalam Fasal-fasal 3 hingga 6 perlembagaannya. Fasal-fasal inilah yang merangkumi asas dan matlamat PAS. Jika diteliti, ketiga-tiga perkara ini tidak berubah; semuanya tetap sama seperti dahulu. Misalnya, dasar PAS masih tercatat sebagai 'Islam'. Tidak pun dipinda kepada 'Kebajikan' ataupun 'Melayu'. Dua tujuan parti PAS masih ialah perjuangan untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang menurut nilai-nilai hidup Islam, serta mempertahankan kesucian Islam. Usaha-usaha parti pula menghuraikan langkah-langkah yang akan diambil oleh PAS untuk mencapai tujuan-tujuan parti. Di antara usaha-usaha utama PAS ialah untuk mendakwah kepada semua "umat manusia" (dengan menitikberatkan bukan Muslim), menjadikan Islam "sebagai panduan berpolitik dan bernegara", dan "memperkenalkan nilai-nilai keIslaman" dalam usaha menegakkan keadilan dan membawa kemajuan ke dalam semua bidang termasuk "pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, sosial, serta pelajaran dan pendidikan". Menurut Fasal 7 yang berhubung Hukum dan Kekuasaan pula, hukum tertinggi PAS ialah Al-Quran dan Sunnah, dan kekuasaan PAS yang dipegang oleh muktamar tahunan adalah tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut. Jalan untuk meminda atau membatalkan dasar, tujuan-tujuan dan usaha-usaha PAS bukanlah mudah. Menurut Fasal 86, cadangan pindaan perlu dikemukakan oleh ahli parti kepada setiausaha agung parti, dan jika terima, persetujuan dua pertiga (66.7%) suara yang hadir di dalam muktamar tahunan PAS diperlukan untuk meluluskan sebarang pindaan. Hasrat mana-mana ahli profesional jawatankuasa kerja pusat untuk membatalkan mana-mana fasal perlembagaan PAS yang berkenaan dengan Islam pasti akan dimatikan oleh perwakilan PAS. Tambahan, masa depan politik ahli profesional itu bersama-sama dengan puak profesional secara amnya juga mungkin terkubur. B. Majlis syura ulama lebih berkuasa daripada jawatankuasa kerja pusat Majlis syura ulama PAS ialah badan yang tertinggi di dalam hierarki kuasa PAS. Jawatankuasa kerja pusat, termasuk presiden dan timbalan presidennya, terletak pada peringkat yang kedua. Pada peringkat seterusnya ialah Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat (wanita). Berbeza daripada jawatankuasa kerja pusat, majlis syura lazimnya diwakili 100% oleh para ulama (Fasal 8(3)). Puak profesional tidak berpeluang untuk menguasai badan ini, apatah lagi menganggotainya. Ahli-ahli majlis syura dipilih dan dilantik tidak lebih daripada lima orang oleh majlis syura ulama sendiri; empat orang oleh jawatankuasa kerja ulama pusat; empat lagi oleh jawatankuasa kerja pusat; dan dua masing-masing oleh Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS (Fasal 8(4)). Perhatikan bahawa pemilihan ahli-ahli majlis syura bukan melalui pertandingan demokratik sepertimana ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dipilih oleh ahli-ahli PAS di muktamar. Namun majlis syuralah yang mengawal halatuju jawatankuasa kerja pusat dan PAS seluruhnya. Juga, lebih daripada 50% daripada ulama di dalam majlis syura dipilih oleh golongan ulama sendiri (sembilan ahli daripada 17 ahlinya dipilih oleh majlis syura dan jawatankuasa ulama pusat). Dominasi golongan ulama cukup kuat di dalam PAS walaupun jika jawatankuasa kerja PAS pusat dikuasai 100% oleh puak profesional. Penguasaan kepimpinan ulama diperkukuhkan lagi oleh peranan majlis syura. Antara tugas utama majlis syura ulama ialah untuk 'menjamin' kekuasaan PAS tidak terkeluar daripada mematuhi hukum tertinggi iaitu Al-Quran dan Sunnah, dan muktamar tahunan adalah tertakluk kepada hukum itu (Fasal 8(1a)). Majlis syura juga bertanggungjawab mengeluarkan perintah supaya dasar Islam PAS dan peruntukan yang berkenaan dengannya (seperti tujuan-tujuan dan usaha-usaha parti) "dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS", dan majlis syura perlu 'mengawasi' supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam perlembagaan "dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS" (Fasal 8(1b)). Dalam erti kata lain, majlis syura tidak akan membenarkan jawatankuasa kerja pusat menyimpang daripada dasar dan tujuan-tujuan parti seperti penubuhan negara Islam walaupun sejengkal. Dengan itu, soal puak profesional menidakkan atau melawan matlamat negara Islam tidak timbul sama sekali. Mereka perlu melangkah mayat majlis syura dahulu. Mampukah Datuk Nik Aziz Nik Mat menutup mata kepada peminggiran matlamat negara Islam? Tidak mungkin. Menurut perlembagaan PAS Fasal 9(1c), tugas Mursyidul Am ialah untuk "mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara perlembagaan, dasar dan hukum PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS". Apakah pendirian Mat Sabu – yang memenangi kerusi timbalan presiden PAS baru-baru ini – mengenai hal ini? Mengikut temuramah akhbar, beliau "terus mendokong konsep kepimpinan ulama" dan berpendapat bahawa "Majlis syura perlu diperkukuhkan agar PAS tidak terkeluar daripada dasar perjuangan Islam". Jelas bahawa Mat Sabu bukan ancaman kepada aspirasi negara Islam. C. Kesimpulan
| ||
Aktivis anti-Taib mohon campur tangan Agong Posted: 13 Jun 2011 06:10 AM PDT MALAYSIA KINI Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS) merayu campur tangan Yang di-Pertuan Agong berhubung dakwaan rasuahnya ke atas Kertua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Sehubungan itu, perwakilan NGO berkenaan menghantar sepucuk memorandum ke Istana Negara pagi ini memohon Seri Paduka mengenakan tekanan ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan. MoCS juga memohon Seri Paduka supaya menolak sebarang cadangan bagi melantik Taib sebagai bakal Yang Di-Pertua Negeri Sarawak. Memorandum berkenaan yang ditandatangani oleh Ahmad Azizan Abdul Manan, Awang Abdillah Nasar, Ronald Sia, Erick anak Nicholas Mujah dan Francis Siah diserahkan kepada seorang pegawai polis di pintu pagar Istana. Terdapat kira-kira 30 anggota polis termasuk yang tidak berpakaian seragam berkawal sekitar kawasan dan sesetengahnya dilihat merakamkan gambar dan video keadaan di sana. Memorandum yang diserahkan itu menyenaraikan pelbagai dakwaan salah laku dan rasuah yang dilaporkan di Internet, portal berita dan blog sama ada dalam negara mahupun luar negara yang dilakukan oleh Taib. Pada 4 Mac lalu, MoCS menuntut pejabat SPRM di Kuching supaya segera menyiasat dakwaan rasuah yang dilemparkan itu. Tuntutan itu turut diperakui oleh parti-parti Pakatan Rakyat di Sarawak - PKR , PAS dan DAP - serta beberapa NGO yang lain. "MoCS seterusnya menyerahkan tuntutan itu kepada SPRM di Putrajaya pada 30 Mac," kata pergerakan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Sehingga hari ini, badan pencegah rasuah itu belum mendedahkan sebarang maklumat berhubung siasatan mereka itu. "MoCS mahu butiran siasatan, jika ada didedahkan," petik kenyataan itu. | ||
SPR belanja RM50 juta untuk pilihan raya Sarawak Posted: 13 Jun 2011 06:02 AM PDT BERNAMA Sejumlah RM50 juta telah dibelanjakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 pada April lalu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, bagi kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain, jumlah perbelanjaan mereka adalah mengikut anggaran bajet yang telah ditetapkan oleh kementerian dan agensi masing-masing. Mohamad Nazri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) di Dewan Rakyat hari ini. Teo bertanya mengenai perbelanjaan SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan dalam pilihan raya DUN Sarawak yang lalu. | ||
Nasir: Khir mohon tiada catatan bayaran RM6 juta Posted: 13 Jun 2011 06:00 AM PDT Hazlan Zakaria Pereka lanskap Nasir Ismail bertegas di mahkamah hari ini bahawa beliau dibayar lebih RM6 juta oleh bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumah mewahnya di Shah Alam. Beliau mempertahankan kenyataannya ketika disoal oleh peguam bela M Athimulan, yang mempertikaikan dakwaan Nasir ketika prosiding hari keempat berhubung kes dakwaan rasuah oleh Khir. Athimulan (kanan) berkata oleh kerana tiada rekod pembayaran yang didakwa diterima dari Khir yang dibuat sejak 2006 dan tiada dokumen bagi mencatatkan perkembangan kerja serta bayaran yang dibuat, maka Nasir tentunya berbohong. Katanya semua yang didakwa Nasir adalah imaginasi pereka itu. Athimulan juga membekalkan perjanjian bernilai RM1.5 juta yang ditandatangani oleh Nasir dan Khir pada Mei 2007, yang didakwanya kontrak sebenar antara mereka berdua dan kerja-kerja pengubah-suaian hanya berlaku pada tahun berkenaan. Nasir bagaimanapun tidak berganjak dengan keterangannya sebelum ini. Tegasnya, kerja-kerja pengubah-suaian rumah mewah Khir di Shah Alam bermula pada 2006 dan lebih RM6 juta dibayar kepadanya. Katanya lagi, tiada catatan dibuat adalah kerana atas permintaan Khir.Nasir memberi keterangan pada perbicaraan kes Dr Mohamad Khir, 45, yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin. Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam diperoleh pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta. | ||
Kereta pegawai SPRM disimbah cat merah Posted: 13 Jun 2011 05:49 AM PDT BERNAMA Kereta seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disimbah cat merah di tempat letak kereta berdekatan rumahnya di Bandar Tasik Selatan di Kuala Lumpur. Kejadian itu disedari Penolong Kanan Penguasa Cawangan Perisikan Khas SPRM, Mohamed Yussof Zakaria pada jam 7.15 pagi tadi semasa beliau hendak ke pejabatnya di Putrajaya. Menurut sumber, cat itu disimbah di bahagian hadapan cermin kereta dan pintu di bahagian tempat duduk pemandu. Perbuatan itu disyaki dilakukan individu yang marah dengan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Mohamed Yussof. Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada jam 10 pagi tadi. Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu tetapi diserahkan kepada balai polis berhampiran tempat kejadian untuk tindakan selanjutnya. | ||
Mat Sabu: Zaman sekolah pun orang akan ungkit Posted: 13 Jun 2011 05:36 AM PDT Salhan K Ahmad "Ini sebab nak jumpa duta Syria, kalau tidak saya pakai T-shirt saja," kata bekas ahli parlimen itu yang kelihatan agak malu-malu dengan pakaiannya hari itu. Temubual dengan Malaysiakini dijalankan di ruang restoran sebuah hotel di Petaling Jaya – lokasi pertemuan yang difikirkannya sebagai tempat paling "adil" bagi wartawan yang datang dari arah Kuala Lumpur dan beliau sendiri dari Shah Alam. Isu keadilan merupakan topik utama perbualan pada pagi itu, malah ditegaskannya sebagai satu sebab utama beliau menyertai PAS pada tahun 1982. Mohamad membuat kesimpulan itu berdasarkan pemerhatiannya ketika berkempen untuk PAS ketika masih bersama pertubuhan Angkatan Belia Islam pada 1978. Timbalan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengehadkan ceramah oleh parti pembangkang dalam kempen pilihan raya pada tahun berkenaan, kata Mohamad lagi dalam temubual pada Rabu lalu. "(Mahathir) bebas bersyarah di sekolah, padang sekolah dan PAS tak boleh. Waktu itu hanya boleh berceramah dalam rumah. Saya nampak terlalu tak adil. Kalau itu demokrasi di Malaysia maka sangat teruk. Demi 'demokrasi' "Jadi saya balik lepas PAS kalah teruk, tinggal dua kerusi sahaja. Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi. "Waktu itu (saya) tak tahu hal-hal dasar (PAS) dan sebagainya, dan perjuangan (untuk) demokrasi dari dulu sampai sekarang," katanya yang popular dengan nama gelaran Mat Sabu. Atas dasar itulah juga Mohamad meletakkan dirinya sebagai penggerak utama kepada perhimpunan 40,000 rakyat pada November 2007 bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. Dalam kedudukannya kini sebagai timbalan presiden, Mohamad Sabu kembali sebagai teraju utama bagi perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai yang telah diluluskan PAS sebagai acara wajib untuk disertai oleh anggota parti itu. Ketika ditanya, Mohamad berkata beliau yakin untuk terus mendapat sokongan dalam parti walau memegang pendirian yang berbeza dengan pemimpin lain dalam parti itu. "Tak apa. Pandangan berbeza (anggota parti) suka tapi nak ikut dia payah," katanya sambil tersenyum. Begitu juga halnya apabila beliau terpaksa menjelaskan pendiriannya untuk tidak menerima gelaran 'Datuk' daripada Istana. "Orang biasa kalau jumpa selalu kata 'kami doa Abang Mat dapat (gelaran) Datuk'. Saya cuma senyum. Itu adalah pandangan umum sebab mursyidul am (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pun (terima gelaran) itu, jadi saya berdiam sajalah. "Kalau bercakap benda ini… ini dah bercakap dah ni, nanti dimarah oleh semua orang," katanya lagi sambil ketawa. Candu agama Mohamad sedar pandangannya itu akan menimbulkan kemarahan orang dalam partinya sendiri, namun beliau tetap menjelaskan bahawa kalangan pemimpin dalam PAS yang "mengejar" pangkat berkenaan berbuat demikian kerana melihat gelaran tersebut sebagai satu keperluan. "Mereka ingat ini perlu, bila ini perlu maknanya kita amalkan sistem kasta... Ini pandangan yang berbeza dengan orang lain. "Tapi saya tak paksa pandangan saya pada orang lain. Ini hal peribadi saya," katanya yang turut mengaitkan penganugerahan pingat seperti itu dengan sistem kelas dan "pemujaan feudalisme." Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat. "Saya beri ulasan bahawa paderi-paderi menyokong Tsar zalim (sedangkan) upah pekerja tak dipedulikan. Maknanya kalau mahukan perubahan sosial kena tolak agama, dalam pengertian masa itu, yang menyokong kezaliman," katanya lagi. Katanya, perkara tersebut ditimbulkan dalam satu perbincangan dengan seorang sarjana Jerman dan beliau kemudiannya dijemput ke negara berkenaan untuk memberikan syarahan dan berdialog dengan ahli akademik di situ. "Benda macam ini yang (buat) orang tuduh saya aliran lain. Ini yang saya tengok ugama disalah guna, salah erti," katanya lagi yang pernah dilabel sebagai pengikut Syiah. Tambahnya, beliau begitu kagum dengan Ayatollah Khomeini yang memimpin revolusi Iran pada 1979 – peristiwa yang banyak membentuk pemikirannya. "Kenapa saya sokong Khomeini? Sebab dia menggunakan agama untuk menggerak perubahan melawan Shah. Tapi sekarang di Malaysia, di Negara arab, lebih seperti candu. Ini cukup kontroversi jika saya bawa pandangan macam ini. "(Kalau) golongan raja atau orang besar buat kesalahan, ada ulama yang cuba lindungi kesalahan ini. Kalau orang bawah buat?," soalnya. Pengalamannya ditahan bawah ISA, kali pertama pada 1984 dan kali kedua pada 1987, mengukuhkan lagi pandangannya ke atas aspek keadilan sosial. 'Adinda' Lim Guan Eng Ketika ditahan kali kedua dalam Ops Lalang, beliau mengambil peluang berkenaan untuk mengukuhkan hubungan dengan pemimpin yang turut ditahan pada waktu itu – terutamanya Lim Guan Eng yang sering dibahasakannya sebagai 'adinda'. Katanya, beliau sering berbual dengan Lim ketika dalam tahanan dan mendapati beliau mempunyai banyak persamaan idea dengan bekas ahli parlimen Kota Melaka itu. Bagaimanapun, hubungannya dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula nampaknya tidaklah sebaik hubungannya dengan Lim. Mohamad mengakui bahawa tindakan Anwar yang meninggalkan Abim untuk menyertai Umno pada 1982 telah "memakan hati" anggota pertubuhan berkenaan. Malah Mohamad turut meninggalkan pertubuhan tersebut sebagai tanda protes ke atas tindakan Anwar menyertai Umno dan kemudiannya menjadi musuh politik "nombor satu" Anwar termasuk bertanding dalam pilihan raya 1986 bagi mencabar Anwar di kerusi parlimen Permatang Pauh. Hinggakan, beliau sanggup memanggil Anwar yang merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu dengan gelaran "Anwar Al-Juburi" dalam satu sidang Dewan Rakyat, ketika isu skandal liwat tersebut memuncak. Beliau kemudiannya tidak lagi menyerang Anwar yang juga timbalan presiden Umno pada masa itu apabila Anwar dipecat daripada parti dan menubuhkan Parti Keadilan Nasional bagi membentuk kerjasama dengan PAS. "Dalam Islam, kata yang benar di depan pemerintah yang zalim, bukan yang pencen. Kalau kita serang Mahathir saja tak guna, kita kena serang Najib, Hishammuddin. Pasca-'Anwar Al-Juburi' "Serang orang tak berkuasa tak guna sebab dia tak boleh ubah polisi," katanya lagi ketika diminta menjelaskan pendiriannya terhadap Anwar pada masa itu. Mohamad berkata, walaupun telah kembali bekerjasama dengan Anwar, beliau sendiri tidak pernah mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR itu melainkan di "pentas-pentas ceramah" Mohamad bagaimanapun mengakui bahawa beliau pernah berjumpa Ummi Hafilda Ali yang kemudiannya menjadi saksi utama dalam kes perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar. "(Itu) dulu, saya ada dengar (Ummi Hafilda) bercakap, saya tak bercakap. Dalam Islam, tuduhan begitu kita mesti jaga. Itu sebab dalam ceramah saya tak bercakap isu itu, banyak isu lain," katanya. Mengulas mengenai dakwaan terbaru melibatkan rakaman video lucah yang dilemparkan terhadap Anwar, Mohamad berkata bukti terhadap tuduhan berkenaan perlu dikemukakan oleh pihak yang membuat dakwaan itu sendiri. "Anwar tak mengaku maka pembuktian pada orang menuduh. Pembuktian (kini masih) di awang-awangan. Anwar tak mengaku jadi macam mana nak kata dia (dalam video lucah itu)?," soalnya. Menyentuh isu khalwat yang dihadapinya pada 1995, Mohamad berkata, isu berkenaan telahpun berlalu dan mahkamah juga telah membebaskan beliau daripada tuduhan berkenaan. Cerita lama "Saya tak cakap dah cerita itu. Walaupun Umno bangkitkan cerita itu, ia dah berlalu... Mahkamah dah buat keputusan, saya tak mahu cerita balik. "Biasalah dalam politik ini, walaupun kejadian di sekolah tingkatan lima akan ditimbulkan, tapi saya anggap perkara berlalu," katanya lagi. Jelasnya, isu berkenaan juga tidak menjejaskan kredibilitinya pada waktu itu memandangkan beliau tetap berjaya memenangi pertandingan bagi kerusi anggota jawatankuasa pusat PAS pada tahun yang sama. Ketika dakwaan skandal itu dihangatkan pada 1995, beliau juga berjaya memenangi kerusi parlimen Kubang Kerian dengan lebih 10,000 majoriti undi. Bekas ahli parlimen Nilam Puri itu turut memenangi kerusi naib presiden pada 2007 dan kini dipilih sebagai timbalan presiden parti. "Perkara ini, (kalau) betul-betul kita lakukan kesalahan, ahli (PAS) dan rakyat akan hukum. Kalau kita cakap pasal rasuah dan bila memerintah buat rasuah lebih berat, rakyat akan hukum," katanya lagi. Temubual dengan Mohamad Sabu dijalankan Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad | ||
Nelayan mogok: Harga ikan didakwa naik 30 peratus Posted: 13 Jun 2011 05:15 AM PDT MALAYSIA KINI Harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus sejak nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda C2 mogok dua hari lalu, dakwa ahli parlimen DAP Nga Kor Ming, yang juga membidas kerajaan kerana gagal menyelesaikan isu berkenaan.Nga (DAP-Taiping) berkata kerajaan sepatutnya membantu pihak yang terjejas itu dan bukannya mengeluarkan amaran dan ancaman terhadap mereka yang mogok itu. Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini. Nga tidak ada sebab bagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C berkenaan. "Pendirian Pakatan adalah jumpa dan bincang segera dengan nelayan kelas C2 berhubung mogok itu," kata Nga. "Sejak mogok bermula, terdapat pengurangan kira-kira 30 peratus bekalan ikan dan tambahan 30 peartus harga ikan," dakwanya. Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai. Hanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi. Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun lalu. | ||
PAS Bukit Katil ucap tahniah pada Adly Posted: 13 Jun 2011 05:13 AM PDT
| ||
Pemuda PAS santuni anak muda underground Posted: 13 Jun 2011 05:12 AM PDT
| ||
Umno arah guru Kafa tukar alamat IC? Posted: 13 Jun 2011 05:05 AM PDT
| ||
Belia: Kerajaan perlu titik berat pembangunan insan Posted: 13 Jun 2011 05:05 AM PDT
| ||
Qazaf jadi mainan politik jijik Umno Posted: 13 Jun 2011 05:00 AM PDT
| ||
PAS T'ganu sokong penuh pelantikan Wahid Endut Posted: 13 Jun 2011 04:28 AM PDT
| ||
Jawatankuasa siasat IPP tidak wakili suara rakyat Posted: 13 Jun 2011 04:27 AM PDT
| ||
IPP: JK khas kabinet tidak memihak kepada rakyat Posted: 13 Jun 2011 04:25 AM PDT
| ||
Bersih 2.0 diteruskan walau Perkasa halang Posted: 13 Jun 2011 04:19 AM PDT
| ||
Mujahid: PAS bantu taklimat pemilihan masjid Pulau Pinang Posted: 13 Jun 2011 04:15 AM PDT THE MALAYSIAN INSDER KUALA LUMPUR — PAS Pulau Pinang akan membantu kerajaan negeri memastikan taklimat yang tepat dan betul kepada akar umbi mengikut semangat yang ada dalam Tatacara Pemilihan Qariah sebelum tarikh pemilihan yang akan berlangsung 18 Jun ini. Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, PAS sedaya upaya menggerakkan aktiviti penerangan itu kepada 200 masjid yang ada di negeri itu supaya qariah lebih memahami kaedah baru yang menjurus kepada matlamat menyelamatkan institusi masjid daripada kongkongan politik pihak tertentu. "PAS Pulau Pinang kesal terhadap Umno yang secara tidak bertanggungjawab menimbulkan pelbagai provokasi dan sekali gus menggugat proses kerajaan negeri untuk menyatukan umat Islam melalui pemilihan jawatankuasa masjid yang lebih telus," kata beliau dipetik Harakah Online. Mujahid berkata, PAS akan membantu memberikan taklimat ke akar umbi supaya umat Islam tidak keliru dengan dakyah jahat. Katanya, bagi menghilangkan pengaruh politik kepartian, maka kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengikuti pendekatan yang dipakai sebelumnya kerana ia tidak telus, banyak masjid tidak mengadakan mesyuarat agung, tiada laporan aktiviti, kunci kira-kira dan tiada notis pemberitahuan kepada qariah tentang pemilihan jawatankuasa qariah baru. Akibatnya, kata beliau, masjid menjadi lesu dan tidak bermaya maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhasrat melibatkan ahli qariah dalam menentukan perjalanan dan pengurusan masjid di Pulau Pinang. Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu berkata, ia dibuat dengan telus apabila notis dibuat awal dan pengisytiharan calon untuk jawatan pengerusi sehingga pemeriksa kira-kira seramai 15 orang. Kata beliau, walaupun baru mendapat peluang menentukan jawatankuasa qariah, kerajaan negeri Pakatan Rakyat cuba untuk membuat perubaan sedikit demi sedikit untuk mengimbangi keperluan mengikut peruntukan Jawatankuasa Qariah dan Pegawai Masjid Negeri (Pindaan 2003). "Kenapa Umno cuba kaitkan perkara yang tidak releven seperti mengatakan DAP campur tangan terhadap pemilihan jawatankuasa sedangkan ia mengikut saluran betul mengikut kaedah jawatankuasa qariah dan Pegawai Masjid Masjid Negeri Pindaan 2003. "Lagipun semuanya melalui peruntukan yang ada dalam enakmen pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang Seksyen 104 (10)(b), " katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar. | ||
Putrajaya tidak akan dedah senarai penerima biasiswa JPA Posted: 13 Jun 2011 04:09 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — Kerajaan tidak akan mengeluarkan senarai penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meskipun banyak pihak mendesak agar dibuat demikian, kata Datuk Seri Nazri Aziz hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata bukan dasar kerajaan untuk mengeluarkan senarai penerima, malah tiada jaminan bahawa isu berkaitan akan selesai dengan mengeluarkan senarai nama penerima. "Bukan dasar kerajaan mengeluarkan nama mereka yang berjaya memperoleh biasiswa (JPA)," kata Nazri (gambar) ketika menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat hari ini. Fong berpendapat bahawa pendedahan senarai penerima biasiswa JPA akan mengelakkan kekeliruan berhubung polemik mengenai isu yang muncul hampir setiap tahun itu.
JPA telah menawarkan 1,500 biasiswa di bawah Program Ijazah Luar Negara dan 2,500 biasiswa di bawah Program Ijazah Dalam Negara bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Nazri berkata seramai 882 pelajar Bumiputera dan 618 pelajar bukan Bumiputera mendapat biasiswa di bawah Program Ijazah Luar Negara. Seramai 1,301 pelajar Bumiputera dan 1,199 pelajar bukan Bumiputera mendapat biasiswa di bawah Program Ijazah Dalam Negara tahun ini, kata beliau. Nazri berkata, peruntukan 10 peratus tempat bagi kategori Bumiputera Sabah dan Sarawak masih dikekalkan dan terdapat 75 pelajar Sabah telah ditawarkan penajaan ke luar negara di bawah kategori itu. Dalam pada itu, Bernama Online memetik Nazri berkata, antara faktor yang menyebabkan ramai pelajar cemerlang tidak berjaya ditawarkan penajaan ke luar negara adalah kerana bilangan pelajar cemerlang yang semakin bertambah dan penajaan yang terhad mengikut kemampuan kewangan kerajaan. "Ramai juga pelajar cemerlang memilih bidang yang popular seperti perubatan dan kejuruteraan berbanding bidang yang kurang dipohon seperti sastera dan sains turut menyebabkan mereka gagal ditawarkan penajaan ke luar negara kerana ia mengikut keperluan guna tenaga sektor awam dan negara," katanya. Menteri berkata JPA akan sentiasa mengkaji semula dan menambah baik dasar sedia ada untuk pelaksanaan pada tahun akan datang bagi menangani isu pemberian biasiswa ini yang bangkit setiap tahun. Nazri juga berkata, kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas pegawai JPA berhubung isu pelaksanaan pemberian biasiswa kerana tiada sebarang bukti kukuh berlakunya kesilapan oleh mereka. Nazri juga berkata, tiada elemen salah guna kuasa oleh pegawai JPA dalam menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang memandangkan pelaksanaannya telah dijalankan secara telus dan teratur selaras dengan keputusan Kabinet pada 14 Januari lalu. "Adalah juga menjadi dasar kerajaan untuk tidak mendedahkan senarai penerima biasiswa dan markah merit yang mereka peroleh kepada umum untuk memelihara kerahsiaan dan hak individu tersebut," kata beliau ketika menjawab soalan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong). Nancy mengemukakan soalan mengenai punca utama masih wujudnya masalah pemberian biasiswa dan tempat di universiti di kalangan pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan SPM. "Terdapat juga kekeliruan di kalangan masyarakat yang menyangka bahawa JPA turut menawarkan tempat atau kursus pengajian di samping penajaan. "Pada hakikatnya, JPA hanya menawarkan penajaan manakala tempat atau kursus bagi pengajian di matrikulasi dan universiti dalam negara ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi," kata beliau dalam laporan itu. | ||
Nik Aziz: Umno boleh guna BI tapi PAS dihalang guna kebajikan Posted: 13 Jun 2011 04:07 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pemimpin-pemimpin Umno yang menggesa partinya yang berusia lebih enam dekad agar menggugurkan perkataan Islam pada namanya hanya kerana mengetengahkan pendekatan negara berkebajikan. Menjawab gesaan beberapa pemimpin Umno agar PAS menggugurkan nama Islam, Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jika Umno boleh menggunakan singkatan Bahasa Inggeris pada namanya, maka tidak salah bagi parti Islam itu menyebut nama "kebajikan." "Hari ini ada pihak yang mendesak PAS menggugurkan nama Islam dari nama parti. Seolah-olah Islam langsung tidak boleh menyebut soal kebajikan. "Bila menyebut kebajikan, maka ia tidak Islam. Peliknya, pihak itu sendiri pun masih menggunakan bahasa asing pada nama partinya yang mendakwa memperjuangkan Melayu," kata Mursyidul Am PAS dalam mesej yang dipaparkan pada laman sosial Facebook petang ini. Ini bukan kali pertama pemimpin-pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan yang rapat dengan parti itu mahu PAS menggugurkan nama Islam pada namanya. Ia pernah ditimbulkan akhir selepas pilihan raya umum 1999. Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Utusan Malaysia meminta Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan penggunaan nama Islam pada PAS serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka. Beliau berkata, sejak dari dahulu lagi, Umno menolak pihak yang memperalatkan agama demi kepentingan politik dan kini terbukti ia dituruti oleh PAS. Menurut Mohd. Ali, Umno bersama kerajaan BN sentiasa meletakkan kebajikan sebagai asas perjuangan mereka sejak sekian lama. Dalam pada itu, seorang lagi ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mencabar PAS agar menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu kerana ia "menimbulkan kekeliruan banyak pihak". Menurut beliau, bukan saja bukan Melayu tidak faham atau keliru tetapi PAS turut mengelirukan umat Islam sendiri, bila ia mempolitikkan akidah dan ini cukup bahaya. "Jadi, kalau parti itu sudah sanggup dibuli oleh DAP sehinggakan akhirnya PAS boleh menggugurkan perjuangan negara Islamnya, maka kalau begitu saya cabar PAS supaya gugurkan sahaja perkataan Islam daripada nama parti itu," katanya. Isu negara berkebajikan menjadi bahan serangan Umno-BN sejak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada muktamar baru lalu menekankan soal negara berkebajikan. Ekoran itu pemimpin-pemimpin Umno mahu PAS menggugurkan perkataan Islam. Umno ditubuhkan pada tahun 1946 ketika era British dan selepas negara merdeka, Umno menggunakan singkatan Bahasa Inggeris sehingga kini. Umno dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Malayu Bersatu. | ||
Pengarah Ditamas beri Khir Toyo ‘diskaun’ takut bisnes terancam Posted: 13 Jun 2011 04:06 AM PDT SHAH ALAM – Seorang pengarah syarikat memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia menjual banglo dan dua bidang tanah kepada bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo pada harga RM3.5 juta meskipun ia dibeli dengan harga RM6.5 juta kerana bimbang dengan nasib perniagaannya di Selangor. Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Haryoni yang menyambung keterangan hari ini selepas ditangguhkan minggu lalu kerana kurang sihat berkata, Dr Khir (gambar) telah menolak tawarannya antara RM5 dan RM5.5 juta, sebaliknya mahu membeli hartanahnya di Seksyen 7 itu dengan hanya RM3.5 juta. "Kami ada projek di Selangor, bisnes di Selangor dan menteri besar mahu membeli rumah saya dengan harga RM3.5 juta," kata Shamsuddin di Mahkamah Tinggi hari ini. "Jadi, kami bersetuju. Saya risau kedudukan saya sebagai ahli perniagaan dan saya bimbang bisnes saya akan tergugat," katanya lagi. | ||
Fitnah Seks : Musuh Sengaja Tembak Peluru Busuk, Kata Isteri Mat Sabu Posted: 13 Jun 2011 02:38 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Isteri timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Normah Alwi kecewa dan sedih ada pihak "luar" membangkitkan balik fitnah lama melibatkan suaminya sebelum dan selepas muktamar parti itu baru-baru ini. "Ya, cerita itu muncul kembali sebelum dan selepas muktamar (PAS) terbaru ini. Memang saya amat kecewa, sedih bila suami kembali difitnah, diperkata," kata Normah dipetik Sinar Harian hari ini. Dalam temu bual dengan ditemani Mohamad yang mesra dikenali "Mat Sabu", Normah berkata, musuh politik timbalan presiden itu "sengaja menembak peluru busuk." "Mereka menggunakan benda sebegini kerana mereka sendiri bergelumang dengan perkara jijik. "Mereka sebenarnya tiada isu untuk menjatuhkan suami saya," kata beliau. Mohamad menang kerusi nombor dua itu dalam percubaan kali kedua pada pemilihan pusat 3 Jun lalu. Beliau menewaskan penyandang jawatan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Normah, 56, juga berkata kemenangan Mohamad kali ini adalah anugerah Allah. "Kemenangan akan datang tidak pernah saya bayangkan atau fikirkan. "Kami juga tidak pernah berbincang sehingga ke tahap itu," kata Normah menjawab soalan kemungkinan Mohamad akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan bergerak ke depan dalam politik selepas ini. Mohamad pernah menjadi Ahli Parlimen sebelum ini. "Malah setahu saya bercita-cita menjadi presiden PAS sekalipun suami saya tidak pernah. "Jika apa yang anda katakan itu berlaku, saya akan terima dan jalani kehidupan seadanya. Beraksi mengikut sepatutnya," kata beliau lagi. Mohamad pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua kali iaitu dari 1984 hingga 1986 dan 1987 hingga 1989. Kes khalwat pada tahun 1995, sebelum pilihan raya umum ketika itu, muncul lebih "panas" daripada peristiwa-peristiwa lain yang pernah dilalui suami Normah itu. Beliau telah dibebaskan daripada tuduhan itu. The Malaysian Insider membawa laporan pagi tadi memetik penganalisis politik meramalkan serangan video seks ke atas Mohamad, pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat, akan memberi kesan buruk ke atas parti pesaing mereka. Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin mendedahkan ada menerima satu VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata "Skandal Seks Mat Sabu", dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin-pemimpin PAS mendakwa Umno di belakang perkembangan terbaru itu. Kata mereka, Umno kelihatan terdesak untuk menyerang PAS dan komponen Pakatan Rakyat susulan keputusan pemilihan pusat parti Islam itu. Penganalisis politik James Chin dari Universiti Monash berkata, serangan terbaru menggunakan video seks tidak akan membawa impak sama sekali memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun "penat" dengan taktik sedemikian. "Strategi menjelang pilihan raya umum ialah ada kumpulan orang yang dibayar untuk menyerang Pakatan Rakyat," katanya. | ||
"Saya Dibayar RM6 Juta", Tegas Pereka Dalaman Banglo Khir Toyo Posted: 13 Jun 2011 02:36 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Pereka dalaman, Nasir Ismail menegaskan di mahkamah hari ini bahawa dia dibayar lebih daripada RM6 juta oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr khir Toyo untuk kerja- kerja mengubahsuai banglo mewahnya di Shah Alam. Nasir berkata demikian setelah disoal balas peguambela, M Athimulan pada hari keempat perbicaraan tuduhan rasuah keatas Khir Toyo. Athimulan sebelum itu mencadangkan bahawa Nasir berbohong berhubung kadar bayatan tersebut berikutan tiada sebatang catatan yang menunjukkan berlaku transaksi pembayaran sejak 2006, seperti yang didakwa Nasir. Athimulan juga mengasak dengan mengatakan perjanjian bernilai RM1.5 juta, yang ditandatangani Nasir dan Khir menunjukkan kerja- kerja pengubahsuaian itu hanya berlaku pada Mei 2007 dan bukan sebelumnya. Nasir sekali lagi menegaskan kerja- kerja pengubahsuaian itu berlaku pada tahun 2006 dan dia dibayar lebih RM6 juta. Nasir menambah, transaksi pembayaran sebelum ini tidak direkodkan atas permintaan Khir sendiri. | ||
Kerajaan Enggan Umum Penerima Biasiswa JPA Posted: 13 Jun 2011 02:33 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Kerajaan Persekutuan terus berdolak dalih berhubung isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kali ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menegaskan kerajaan pemerintah tidak berhasrat mahu mendedahkan senarai penerima biasiswa JPA, meskipun didesak pelbagai pihak agar berbuat demikian. "Bukan dasar kerajaan untuk mengeluarkan senarai nama penerima biasiswa tersebut, malah tiada jaminan isu berkenaan akan selesai jika kerajaan mengeluarkan senarai nama penerima," ujar Nazri ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan di Parlimen hari ini. Po Kuan berpendapat jika kerajaan bertindak memaparkan senarai nama penerima biasiswa tersebut, segala kekeliruan dan ketidakpuasan hati rakyat akan terjawab. | ||
Malaysiakini Diberi 14 Hari Jawab Saman Ummi Hafilda Posted: 13 Jun 2011 02:31 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Mkini Dotcom Sdn Bhd diberi tempoh sehingga Jumaat ini bagi menjawab saman fitnah yang difailkan ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk V.T Singham berkata Malaysiakini mempunya masa 14 hari bermula 3 Jun lepas, bagi memfailkan pernyataan pembelaannya. Ummi sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap pengendali protal berita Malaysiakini dan bekas rakan kongsinya, Azman Abdullah @ Baginda Minda kononnya berniat jahat memalukannya di lobi Parlimen pada sidang Parlimen lalu. Azman dalam kenyataannya mendakwa Umi adalah perempuan yang tidak bermoral dan pernah mempunyai skandal seks dengan dirinya sendiri satu ketika dahulu. Kenyataan itu bingkas disiarkan Malaysiakini pada 15 Mac 2011. Justeru Umi bertindak menyaman Azman dan laman portal tersebut atas alasan mereka berniat jahat dan memalukannya. Hakim Singham kemudiannya menetapkan 1 Julai ini bagi pengurusan kes saman bernilai RM100 juta itu. Terdahulu peguam Zulhelmi Wagiman, yang mewakili Ummi Hafilda, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menghantar writ saman kepada Azman di alamatnya di Sarawak tetapi ia telah dikembalikan, dan pada 9 Jun lepas pihaknya telah menghantar ke satu alamat lain di Petaling Jaya. Hakim Singham berkata jika kedua-dua usaha itu gagal, Zulhelmi hendaklah membuat permohonan di mahkamah supaya saman itu boleh dibuat melalui penyampaian gantian (secara iklan atau saman ditampal di papan notis di Mahkamah). Pada prosiding hari ini peguam bagi Nor Azman dan Mkini Dotcom tidak hadir. Pada 25 April lepas, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut. | ||
Posted: 13 Jun 2011 02:22 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM - DAP menyokong cadangan Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah supaya kerajaan mngusulkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat kontrak antara Tenaga Nasional Berhad dan Penjana Kuasa Bebas (IPP) yang berat sebelah. "RCI akan menentukan betapa parahnya perjanjian berat sebelah ini dan bagaimana ia membebankan pengguna berikutan dengan kenaikan tarif elektrik dan akan memperkenalkan jalan untuk mengurangkan atau melupuskan beban dari segi kewangan terhadap rakyat," kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, berkata semakan semula IPP amat penting keana ia membabitkan dana awam dan mengakibatkan harga tariff elektrik dinaikan baru-baru ini. Pihak Kabinet telah menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, bermula pada 1 Jun, dalam usaha untuk mengurangkan subsidi tumbuh dan pelebaran defisit fiskal. "Sehingga pada akhir tahun 2010, Petronas telah meluaskan subsidi gas sebanyak RM131.3 billion kepada sektor tenaga dan bukan tenaga," kata Lim. IPP adalah penerima terbesar subsidi ini. Selain itu IPP juga menjual tenaga elektrik kepada TNB pada kadar harga yang jauh lebih tinggi daripada pasaran, mengikut terma-terma perjanjian yang ditetapkan oleh Putrajaya. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa syarikat YTL mendapat keuntungan lebih daripada RM1.6 billion tahun lepas, manakala syarikat Powertek dan Malakoff untung sebanyak RM450 juta dan RM380 juta masing-masing. "Tiada alasan yang munasabah mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin tentang penjimatan tahunan sebanyak RM226.8 juta, hasil daripada pengurangan subsidi diesel atau RM116 juta daripada pengurangan subsidi gula atau tarif elektrik yang akan menjimat kurang dari RM1 billion, tetapi tidak prihatin tentang subsidi gas yang besar kepada IPP," kata Lim. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga memotong subsidi diesel bermula dari 1 Jun, yang mencetuskan mogok di kalangan nelayan-nelayan dan operator bot di Kuantan. Bekas Ketua Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope mengkritik secara terbuka bahawa perjanjian pembelian tenaga dengan IPP sebagai 'rompakan ekonomi'. Ani meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif TNB pada tahun 1996 kerana enggan menandatangani perjanjian yang berat sebelah, antara TNB-IPP walaupun di paksa oleh kerajaan. Perjanjian pembelian tenaga antara TNB dan beberapa IPP diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin juga menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak berkuasa untuk mengeluarkan kandungan perjanjian tersebut. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan