DIALOG RAKYAT |
- Duta AS Ragui Penjelasan Putrajaya Berhubung Enjin Jet TUDM
- PSM : Dakwaan Hidupkan Fahaman Komunis, Alasan Putrajaya Guna ISA
- Pinjaman RM6 Bilion : ANAK Lapor Polis, Segera Siasat FELDA
- Perkasa Batal Demo Anti Bersih Jika Ambiga Ambil Langkah Sama
- Dakwa BERSIH Guling Kerajaan, Kabinet Najib Mula Gentar
- Umno Perkudakan Polis Perangi Kempen Himpunan Bersih 2.0
- Umno Terdesak Guna Nama Agong Cuba Hentikan Bersih
- SPR Hanya Pengadil, Jadi Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pengadil, Kata Khalid
- SPR, BN Jangan Sombong Terima Teguran BERSIH 2.0, Kata Dr Haron Din
- Kerahan Tenaga Untuk Media Dayus Perdana
- Siapa perlu tonjol diri sebagai anak jantan?
- S'gor mahu potong margin keuntungan projek negeri
- Unggun Bersih
- PRU 13: Tenaga muda IT tulang belakang PAS Sarawak
- Umno macam musang jaga reban ayam
- Bersih 2.0: Siapa pengkhianat
- Tuntutan Bersih: SPR pernah tipu rakyat
- Bersih: Polis soal siasat A Samad Said petang ini
- Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih
- RM7.7 juta skim baik pulih Negeri Berkebajikan
- Undian tajuk Sejuta Sokong Bersih meningkat 98%
- Pemuda PAS dibebas awal pagi tadi
- Kenapa takut sangat kepada Bersih
- Najib: Kalau anak jantan tanding PRU, bukan buat demo 9 Julai
- Himpunan Patriot lawan Bersih 2.0 dilancar
Duta AS Ragui Penjelasan Putrajaya Berhubung Enjin Jet TUDM Posted: 27 Jun 2011 04:12 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia memaklumkan kerajaan serta pegawai-pegawai kedutaan itu sememangnya meragui penjelasan pentadbiran Najib berhubung kecurian enjin jet pejuang F-5 milik TUDM pada 2008. Menurut maklumat didedahkan oleh Wikileaks, dokumen yang ditandatangani oleh Duta James Keith berkata kedutaannya berkongsi "kesangsian" diluahkan oleh siri komen dalam media atas talian mengenai pendirian Putrajaya bahawa enjin jet itu dicuri oleh dua individu berpangkat rendah dan pihak di peringkat tinggi tidak terlibat sama sekali. "Kami berkongsi beberapa kesangsian yang dilahirkan oleh blog-blog mengenai kes kerajaan dan penjelasan siapa di belakang kecurian enjin," kata dokumen itu . "Dalam (proses) koordinasi dengan Washington, Post terus menekankan untuk mendapatkan laporan lengkap bagaimana kecurian ini berlaku dan penempatan muktamad enjin-enjin (jet pejuang), dan untuk mengingatkan GOM tentang keseriusan isu ini dan keperluan mengambil tindakan-tindakan pembetulan," kata kabel yang disiarkan oleh portal Malaysia Today hari ini. Difahamkan "Post" merujuk kepada seorang pegawai politik AS yang berpejabat di kedutaan di sini. Mahkamah Sesyen kini sedang mendengar kes Sarjan N. Tharmendran dari TUDM dan ahli perniagaan K. Rajandran Prasad yang menghadapi pertuduhan bersubahat mencuri dan melupuskan enjin pesawat milik TUDM. Pada 6 Januari 2010, Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini pada 30 April 2008. Tharmendran didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Rajandran, 38, pengarah sebuah syarikat pembekalan, turut mengaku tidak bersalah pada tarikh yang sama terhadap tuduhan dengan sengaja menghapuskan dua enjin TUDM itu di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang pada 30 April 2008. Kecurian enjin jet pejuang TUDM itu dilihat sebagai insiden memalukan kerajaan selepas kapal selam pertama KD Tunku Abdul Rahman tidak dapat beroperasi ketika itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji tidak akan ada unsur menutup kes berprofil tinggi itu, yang muncul ketika beliau mengetuai Kementerian Pertahanan. Kementerian Pertahanan kemudian digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menggantikan Abdullah mendakwa perbuatan itu sebagai kerja orang dalam. Kedua-dua enjin itu dibeli pada 1972 dengan harga RM303,570, dan bukannya RM50 juta sebagaimana dilaporkan pada awal. Kabel itu juga mendakwa media milik kerajaan berdiam diri dalam isu tersebut manakala Kementerian Luar mengambil sikap menjauhkan diri dengan pihak kedutaan tidak mendapat sesi pertemuan dengan pegawai-pegawai Wisma Putra untuk membincangkan isu berkenaan. Ia memetik ketua penolong setiausaha (Bahagian Amerika) Mohamad Radzi Jamaluddin sebagai berkata, Kementerian Pertahanan menyedari isu tersebut dan "elusif" dalam mengendalikan kes itu." Kabel itu, yang diklasifikasikan oleh konsul politik Brian D. McFeeters juga berkata bahawa TUDM hanya memaklumkan secara rasmi kepada AS mengenai kehilangannya pada 6 Januari 2010, hari yang sama Tharmendran dan Rajandran dicaj di mahkamah. "TUDM faham penuh syarat-syarat kerajaan Amerika Syarikat mengenai dasar Jualan Militari Luar (FMS) berhubung insiden ini tetapi tidak dapat memaklumkan terlebih awal sementara menunggu siasatan Polis Diraja Malaysia selesai," katanya lagi. | ||
PSM : Dakwaan Hidupkan Fahaman Komunis, Alasan Putrajaya Guna ISA Posted: 27 Jun 2011 04:08 AM PDT Ditulis oleh Naeem Raffi KUALA LUMPUR : Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan tohmahan semberono yang dilemparkan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) bahawa parti itu kini sedang giat menghidupkan fahaman komunis hanyalah alasan semata-mata untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Setiausaha Agungnya S. Arutchelvan berkata, usaha polis untuk membawa alasan komunis zaman Perang Dingin merupakan tindakan terdesak Umno-BN untuk terus kekal berkuasa dengan menakut-nakutkan orang ramai dan menjustifikasikan tindakan menggunakan ISA. Tegasnya, beliau juga mendesak kerajaan membebaskan kesemua aktivis yang direman selama tujuh hari kerana beranggapan dakwaan polis terhadap PSM jelas satu usaha merekayasa musuh bayangan. "PSM percaya dan yakin bahawa tuduhan keatas parti hanyalah tindakan terancang pihak polis untuk merekayasa musuh bayangan dengan niat mewujudkan satu suasana darurat untuk membolehkan penahanan besar-besaran bagi mengagalkan perhimpunan Bersih 2.0 yang telah mendapat sokongan yang begitu memberangsangkan dari rakyat," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen bagi mengulas usaha terkini kerajaan mengulangi taktik lama menjerat rakyat untuk dikenakan ISA, di sini, hari ini. Ujarnya lagi, PSM turut mengecam penahanan aktivis PSM kelmarin sambil mendakwa ia usaha awal sebelum membawa kepada penahanan lebih ramai orang menjelang Himpunan Bersih 2.0 bulan depan. Tambah Aruthcelvan, PSM turut mendakwa tohmahan yang dilemparkan kepada parti itu merupakan pembohongan terbesar kerajaan dan jelas tidak berasas. "Melabelkan komunis ini adalah satu agenda yang basi yang sering kali digunakan dahulu untuk mengaitkan sesiapa yang mereka sasar, dan kami adalah mangsa terkini, dan isu ini sengaja dikaitkan sempena perhimpunan Bersih dan kita diperkudakan dalam isu ini." Semalam, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua petang kelmarin cuba menghidupkan semula fahaman komunis. Beliau berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM). "Antaranya risalah dan kemeja-T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, semua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM," katanya. Polis juga memohon perintah reman mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong. Mereka akan ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam. Mengulas lanjut perkara tersebut Aruthcelvan berkata, insiden yang melibatkan aktivis PSM itu tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang bagi membela serta mempertahankan hak rakyat yang semakin dihakis kerajaan pemerintah. "Tindakan terkini polis terhadap PSM tidak akan menghalang PSM dari terus berjuang mempertahankan hak rakyat Malaysia," tegasnya lagi. | ||
Pinjaman RM6 Bilion : ANAK Lapor Polis, Segera Siasat FELDA Posted: 27 Jun 2011 04:06 AM PDT Ditulis oleh zeanaaima SEREMBAN : Pihak berkuasa diminta menyiasat pinjaman RM6 bilion dibuat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, pinjaman berkenaan mengejutkan banyak pihak terutama warga Felda diseluruh negara. "Jumlah pinjaman itu agak besar dan kita tidak tahu kemana ia akan disalurkan. Malah perkara ini tidak pernah dibentangkan di Parlimen. "Kami tidak faham kenapa FELDA memerlukan pinjaman berkanaan kerana kerajaan sentiasa menguar- uarkan kedudukan kewangan agensi terbabit yang memiliki aset kira- kira RM19 bilion adalah kukuh," katanya. Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Taufek Abd Ghani yang turut hadir berkata, KWSP bertanggungjawab tampil memberi penjelsan kepada semua pencarumnya berhubung pinjaman kepada FELDA itu. Dalam pada itu, Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, ANAK dilihat suba mempolitikkan pinjaman berkenaan. | ||
Perkasa Batal Demo Anti Bersih Jika Ambiga Ambil Langkah Sama Posted: 27 Jun 2011 03:56 AM PDT Ditulis oleh Radzi Razak KUALA LUMPUR : Perkasa hanya akan membatalkan Demonstrasi Anti Bersihnya sekiranya Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (BERSIH 2.0) mengambil langkah yang sama. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata demikian selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pukul 11.50 pagi ini untuk memberi keterangan mengenai perhimpunan Bersih 2.0. "Kalau Bersih 2.0 dibatalkan, kita akan batalkan tapi kalau mereka teruskan juga, kita tak boleh buat apa-apa," katanya ketika ditemui di hadapan IPD Dang Wangi, di sini, hari ini. Beliau yang ditemani beberapa anggota Perkasa dan memberi keterangan kepada polis selama kira-kira dua jam. Menurut Ibrahim beliau memberi keterangan di bawah seksyen 515 dipercayai mengenai kenyataan beliau dalam perasmian Gerakan anti Bersih di Kampung Baru beberapa minggu lalu. Bagaimanapun beliau terus mencemuh agenda Bersih 2.0 dan menyatakannya ia sebagai perkara sia-sia. Ibrahim menyatakan bahawa majoriti senyap rakyat tidak mahukan demonstrasi jalanan Bersih. "Saya mewakili majoriti senyap yang tak mahukan demonstrasi. Ia akan menghalang orang yang nak berniaga semua," kata beliau. Malah beliau berkata jika demonstrasi dilakukan hanya Melayu yang akan bertembung kerana Bersih tidak disokong kaum lain. "Walaupun Ambiga jadi pengerusi Bersih tapi saya rasa tak ramai orang India akan sertai. Orang Cina lagi kurang sertai kerana pemuda MCA tidak mahu turun. Yang ramai Melayu. Jadi yang akan bertembung Melayu. Beliau turut mahukan Polis bertindak segera dengan apa cara untuk menghalang himpunan ini berlaku. "Saya minta Polis bertindak segera dengan apa cara untuk halang himpunan 9 Julai ini. Kalau lepas ia berlaku tak guna lagi," kata Ibrahim. | ||
Dakwa BERSIH Guling Kerajaan, Kabinet Najib Mula Gentar Posted: 27 Jun 2011 03:54 AM PDT Ditulis oleh Hadri Yaziz KUALA LUMPUR : Bahang perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung 9 Julai nanti semakin dirasai oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) hingga wujud tanggapan bahawa rakyat berhasrat menggulingkan kerajaan menerusi demostrasi jalanan. Ini berikutan hampir 81 orang aktivis- aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang dilaporkan kini telah ditangkap dengan pelbagai alasan kurang munasabah. Sehubungan dengan itu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak merasakan seolah-olah ditentang oleh rakyat walhal isu yang disuarakan semata- mata bersabit tuntutan perubahan dalam sistem demokrasi negara. "Saya fikir pihak media juga perlu menilai justifikasi penahanan dan saya juga ada risalah yang dianggap membahaya oleh kerajaan memperincikan tuntutan Bersih 2.0. Antaranya saya fikir membahaya untuk BN iaitu untuk mengukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor. "Jadi sekali lagi perkara ini langsung tidak boleh diterima akal," ujar beliau di lobi parlimen pagi tadi. Tiga puluh orang aktivis PSM termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Micheal Jayakumar yang ditahan polis ketika mengedarkan risalah "Udahlah... Bersaralah" di Pulau Pinang semalam didakwa atas alasan berhasrat untuk menentang Yang di-Pertuan Agong dan menghidupkan fahaman komunis. Mereka kini masih ditahan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan. Nurul Izzah kemudian berkata, kerajaan Umno-BN khuatir akan maklumat yang dimuatkan di dalam risalah "Udahlah... Bersaralah" berhubung indeks persepsi rasuah termasuk indeks demokrasi dunia sampai ke pengetahuan rakyat. Jelas beliau, sekiranya rakyat terdedah akan kepincangan yang berlaku dalam sistem demokrasi negara maka reputasi kerajaan Umno-BN akan terjejas lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum akan datang. Sehubungan dengan itu Nurul Izzah bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain mendesak agar polis membebaskan aktivis-aktivis yang ditahan dengan kadar segera kerana ianya bertentangan dengan prinsip demokrasi negara. | ||
Umno Perkudakan Polis Perangi Kempen Himpunan Bersih 2.0 Posted: 27 Jun 2011 03:50 AM PDT Ditulis oleh Radzi Razak Menurut Anwar, Umno Barisan Nasional (BN) sepatutnya tidak takut mahupun memerangi himpunan Bersih 9 Julai ini kerana ia merupakan himpunan aman menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya. "Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan," katanya mengulas tindakan polis yang giat menangkap orang ramai yang memakai t-shirt Bersih 2.0 semalam. Jumaat lalu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Khairul Anwar Ahmad Zainuddin ditahan kerana memakai baju 'Bersih 2.0' dan 'roadshow' himpunan yang sepatutnya berjalan di Uptown Shah Alam dihentikan. Semalam hampir 70 aktivis termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar ditahan berikutan kempen ini. 28 ditahan di Ibu Pejabat Polis Ledang, 38 di Ibu Pejabat Polis Kepala Batas dan lima orang dilaporkan ditahan di Kapar. Malah 'roadshow' Bersih 2.0 di Dewan Assam Jawa, Kuala Selangor semalam turut diganggu Polis. Anwar yang ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam dan Pejabat Keadilan Cabang Kubang Pasu petang semalam menyifatkan tindakan polis merampas t-shirt Bersih 2.0 itu sebagai bukti keganasan dan kezaliman berterusan pimpinan Umno BN. "Di Malaysia ini, betapa ganas dan zalimnya pimpinan Umno. Sampai kita pakai baju kuning, jual baju Bersih pun dianggap kesalahan," katanya | ||
Umno Terdesak Guna Nama Agong Cuba Hentikan Bersih Posted: 27 Jun 2011 03:48 AM PDT Ditulis oleh Salmiah Drahsin Menurut Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim, senario seperti itu memang berlaku di Malaysia apabila suara rakyat mengatasi suara kerajaan, Beliau yang juga Adun Kota Damasara berkata, penahanan 30 anggota parti itu yang disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, jelas membuktikan usaha terdesak pemerintah untuk menghalang rakyat menyuarakan hak mereka. " Dalam hal ini senang sahaja. Kalau kerajaan beri arahan, kita tidak ikut, dan Agong restu ikut Perlembagaan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau apa sahaja. Jadi mereka boleh katakan begitu. Semua undang-undang, kalau anda pertikai, mereka boleh kata anda melanggar perintah Yang di-Pertuan Agong,"katanya. Portal The Malaysian Insider melaporkan, 30 aktivis PSM termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jayakumar Devaraj dihadapkan ke mahkamah petang ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana dikatakan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong. Kesemuanya aktivis PSM ini ditahan semalam di plaza Tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis berkaitan Bersih 2.0 di Pulau Pinang. Selain itu beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan PAS juga turut ditahan kerana memakai pakaian berwarna kuning di beberapa tempat seperti Kapar dan Ampang Roadshow Bersih 2.0 di Uptown Shah Alam turut dikepung polis dan Timbalan sayap pemuda parti itu ditahan ketika sedang minum di sebuah restoran manakala satu lagi roadshow di Assam Jawa, Kuala Selangor turut diganggu Polis. Menurut Dr Nasir, beliau menjangkakan keadaan akan menjadi lebih tegang dan tidak mustahil provokasi polis akan menjadi lebih keras demi menakutkan rakyat dari menyertai himpunan aman ini. Walau bagaimanapun katanya kepada Tv Selangor, apa jua cara yang digunakan kerajaan, ia tidak akan mampu menghalang kuasa dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini. " Memang cukup terdesak mereka ini. Tak makan akal. Tapi ini yang mereka lakukan sekarang ini. " Kita jangkakan akan ada perkara yang lebih teruk akan berlaku tetapi rakyat mereka tidak dapat lawan,"katanya. | ||
SPR Hanya Pengadil, Jadi Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pengadil, Kata Khalid Posted: 27 Jun 2011 03:44 AM PDT Ditulis oleh Hafizan Taib SHAH ALAM : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya menjadi pengadil yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam sesebuah pilihan raya bagi memastikan keputusan yang dicapai berdasarkan keputusan yang dimahukan rakyat. Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebagai sebuah agensi kerajaan, SPR seharusnya memainkan peranan sebagai sebuah badan bebas yang menguruskan proses pilihan raya di negara ini demi mencorakkan sistem demokrasi di negara ini. " Pengadil tidak dilihat memihak kepada sesiapa. Pengadil adalah pengadil. Pengadil yang baik tidak dilihat berat sebelah," katanya kepada wartawan dalam sidang media selepas majlis dialog yang diadakan sempena Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini. Malah menurut Khalid, kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor sehingga berjaya membentuk kerajaan negeri tidak mencerminkan bahawa pilihan raya di negara ini telah dijalankan dengan adil. Jelasnya, kemenangan dan kekalahan sepatutnya ditentukan oleh rakyat dan pilihan raya dan bukannya dicemari dengan penipuan seperti kehadiran pengundi hantu. "Apa yang kita katakan wujud ketidakadilan (ialah), jika diperhatikan dengan pilihan raya yang dipraktikkan di Indonesia berbanding di Malaysia juga pilihan raya di India berbanding di Malaysia, anda tahu ia tidak (adil). "Kerana menang, itu menjadi adil... itu tanggapan yang tidak bagus. Ia juga tidak bagus kepada Barisan Nasional kalau (ditakdirkan) Pakatan Rakyat menang dan menggunakan pendekatan sama seperti Barisan Nasional, mereka (juga) akan melancarkan Bersih," katanya. Beliau berkata, perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai depan tidak akan diadakan jika benar pilihan raya di negara ini dikendalikan dengan adil dan saksama oleh SPR. Tegasnya, pihak berkuasa harus menyedari perkara ini dan tidak menuding jari menyalahkan pihak tertentu seperti kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan melabelkan mereka sebagai dalang terhadap perhimpunan tersebut kerana ia adalah perhimpunan aman yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bebas dari pengaruh politik. Katanya, perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini juga adalah atas kehendak dan kesedaran masyarakat di negara ini yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam pilihan raya yang dijalankan di negara ini. "Bersih ingin mengadakan satu perhimpunan untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong untuk supaya kita perbaiki lagi usaha menguruskan pilihan raya di Malaysia. "Kerajaan negeri tidak terlibat dalam perkara ini. Bersih ialah satu pertubuhan bebas yang kita memandang usaha ini sangat perlu diberikan sokongan dan perhatian kerana mereka membuat sesuatu yang terbaik untuk rakyat Malaysia," katanya. Katanya, demokrasi tidak boleh dijalankan tanpa keadilan dan semua pihak perlu memiliki kepercayaan itu. Berhubung 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar yang dihadapkan ke mahkamah hari ini untuk perintah tahanan reman dan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah memerangi Agong, Khalid turut melahirkan rasa simpati beliau. Malah beliau turut menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengenalpasti perkara tersebut sebelum mengambil tindakan. | ||
SPR, BN Jangan Sombong Terima Teguran BERSIH 2.0, Kata Dr Haron Din Posted: 27 Jun 2011 03:41 AM PDT Ditulis oleh Radzi Razak KUBANG PASU : Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya tidak sombong dalam menerima sebarang teguran serta pandangan rakyat berhubung sistem pilihan raya yang dijalankan di negara ini. Malah katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan Umno-BN perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan realiti sebenar persepsi rakyat terhadap mereka. Paling mudah, Dr Haron mengulas mengenai Undi Pos yang sehingga kini dipertikaikan ketelusannya oleh banyak pihak. "Undang-undang pilihan raya pun tak adil. Kalau kita tanya mengapa ada Undi Pos, mereka kata sebab ada yang tak boleh mengundi, tak apalah. Bila tanya mengapa tak boleh buka dan bilang terus, mereka kata tak boleh sebab kena simpan di Pejabat SPR. Buat apa nak simpan? soalnya. "Ada benda yang tak adil, sebab itu kita minta supaya mereka adil tetapi mengapa mereka tak beri. Bila ditanya sudahkah mereka melihat perbuatan ini baik atau buruk, mereka jawab baik. Baik bagaimana kalau begitu?," tegas beliau ketika berucap sempena sambutan 50 Tahun PAS Cawangan Kampung Kodiang lama di sini, kelmarin. Dalam ucapan ringkas itu, turut mengingatkan semua pemimpin agar terus kekal dengan prinsip keadilan yang digenggam erat oleh agama Islam. Katanya, kerana ketidakadilanlah rakyat mempersoalkan peranan kerajaan sehingga tercetusnya ketidakpuasan hati dikalangan rakyat hari ini. Malah ujarnya, kerana ketidakadilan itu jugalah gabungan masyarakat sivil telah melancarkan himpunan raksaksa pada 9 Julai ini yakni Bersih 2.0 bagi meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya di negara ini. Menurutnya lagi, keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 lalu jelas menunjukkan bahawa ketidaktelusan sistem pilihan raya di negara ini di mana beliau tewas tipis dengan majoriti 300 undi tetapi mendapat lebih 500 undi rosak di peti undi tertentu. Dr Haron Din yang bersaing Ismail Kassim yang juga merupakan adik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen Arau. Justeru Haron mengutarakan hadis Nabi Muhammad S.A.W sebagai peringatan kepada pihak berkuasa yang pecah amanah dan menipu rakyat. "Mana-mana pemerintah yang boleh menerima, membuat, memilih dan menolak undang-undang Islam mahupun barat. Muslim khasnya, kalau dia tipu rakyat, tak kesahla apa yang dibuat itu rasuah, tipu pilihan raya atau tipu senarai mengundi pilihan raya. Allah S.W.T akan haramkan mereka dari masuk syurga," kata beliau | ||
Kerahan Tenaga Untuk Media Dayus Perdana Posted: 27 Jun 2011 03:39 AM PDT Ditulis oleh Wira Arjuna KOMENTAR : Kini seluruh jentera media arus perdana dikerah untuk menakutkan rakyat supaya tidak menyertai Perhimpunan Bersih 9 Julai untuk menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus. Media cetak, televisyen dan radio digerakkan untuk merakamkan "keresahan" peniaga mengenai kehilangan rezeki yang menurut media akan mencecah jutaan ringgit. Bagaimana taksiran ini dibuat – Wallahu a'lam. Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan, seorang peguam yang amat dihormati, kini dilabel oleh media sebagai tali barut pembangkang yang mahu menjatuhkan BN menerusi demostrasi jalanan. Rasanya tidak perlu dihuraikan di sini apa yang dilaporkan oleh akhbar dan TV mengenai pemimpin-pemimpin seperti Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan "buah hati" mereka, Anwar Ibrahim. Akhbar The Star yang selama ini dilihat sebagai "cuba" memberi perimbangan dalam laporan-laporannya, akhirnya tunduk kepada tekanan BN, khususnya Umno, dan kini menfitnah Ambiga, Anwar dan Bersih 2.0 secara keseluruhannya. Maka secara rasmi, The Star kini menyertai kelab media dayus perdana yang dipelopori oleh Utusan Malaysia, Berita Harian, Tv3 dan New Straits Times. Hujah The Star dan media arus perdana lain bahawa kononnya Bersih 2.0 akan menyebabkan peniaga rugi berjuta-juta ringgit adalah dangkal dan tidak masuk akal JIKA lunas-lunas demokrasi dihormati. Antara prinsip demokrasi yang dimaksudkan itu adalah hak rakyat berkumpul secara aman untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu yang dirasakan penting untuk negara. Malaysia tidak akan "tutup kedai" (shutdown) mahupun mengalami kemusnahan ekonomi (meltdown) jika peserta Bersih dibenarkan berkumpul dan berarak di dua tiga batang jalan raya untuk menyampaikan sebuah memorandum kepada Istana Negara. Namun jika polis bertindak secara provokasi iaitu menutup jalan , menahan sesiapa yang memakai baju T kuning, menembak gas pemedih mata dan air berkimia terhadap pemimpin dan peserta Bersih serta membelasah mereka dengan belantan – ya, perhimpunan Bersih akan dicemari dengan keganasan. Segala tindakan polis yang dinyatakan di atas, berlaku pada perhimpunan Bersih pertama tahun 2007. Sebaliknya, jika polis menjalankan tanggungjawab untuk menyuburkan demokrasi dengan memberi kerjasama kepada penganjur supaya perhimpunan Bersih dilaksanakan secara teratur, adakah ini akan mendatangkan kerugian kepada Negara? Malah sebaliknya, ia akan menjadi mercutanda betapa suburnya amalan demokrasi di Negara ini dan akan menanam keyakinan pelancong dan pelabur asing betapa sopan, tertib dan teraturnya penghayatan demokrasi di Negara ini. Pilihan itu hak pihak polis dan pegawai atasan serta menteri serta cabinet Malaysia. Itu baru namanya anak jantan yang sihat akal fikirannya dan murni serta ikhlas akal budinya untuk menabur bakti kepada Negara. Kerjasama sedemikian oleh polis akan memperagakan kepada pelawat asing, sebuah Malaysia moden yang mengamalkan demokrasi tanpa menjejaskan kehidupan harian. Tapi sayang, kerjasama polis yang diharapkan adalah ibarat pungguk rindukan bulan. Polis sudahpun memulakan tangkapan ke atas sesiapa sahaja yang memakai T-shirt Bersih selain penganjur menjadi sasaran. Apakah yang begitu menakutkan BN mengenai Bersih 2.0 sehingga pemimpin-pemimpin kerajaan, Pemuda Umno, Perkasa, Polis dan media dayus perdana digerakkan secara begitu agresif untuk membanterasnya? BN sebenarnya khuatir perhimpunan Bersih akan mencetuskan gelombang kemarahan rakyat terhadap Umno-BN kerana mencabuli kewibawaan institusi-institusi seperti Suruhanjaya Pilihanraya. Dalam beberapa minggu lepas, kebejatan SPR semakin terserlah dengan pendedahan-pendedahan yang menzahirkan masalah pengundi hantu, penukaran pengundi biasa kepada pengundi pos secara haram dan pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain. Ini diburukkan dengan dakwaan Projek IC Sabah - yang menyaksikan ratusan ribu warga asing diberi kerakyatan Malaysia untuk membolehkan mereka mengundi BN - kini menular ke Semenanjung Malaysia. Pertubuhan Bukan Kerajaan dan parti pembangkang khuatir Umno-BN akan mengotakan janji untuk memenangi PRU-13 dengan apa sekali cara pun. Wartawan-wartawan kanan di akhbar The Star, New Straits Times, Tv3, malah Utusan Malaysia sendiri cukup arif mengenai isu pengundi hantu dan pengundi pos dan impaknya ke atas keputusan di kerusi-kerusi tertentu semasa PRU yang lalu. Namun akhbar-akhbar berkenaan tidak menegur SPR di atas kepincangan-kepincangannya, tetapi memilih untuk melancarkan tohmahan dan fitnah terhadap penganjur Bersih 2.0. Wartawan-wartawan yang pernah mewawancara Ambiga, pengerusi Bersih 2.0, akan memberi pengakuan bahawa beliau seorang berprinsip dan bukan tunduk di bawah telunjuk pembangkang mahupun kerajaan. Malangnya, pengakuan ini tidak boleh diberikan secara terbuka kerana ia tentunya akan mengundang tindakan daripada media itu sendiri atau Kementerian Dalam Negeri . Itulah realiti politik di negara ini. Kes bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hatta Wahari yang dipecat oleh Utusan kerana mengkritik arah tuju laporan-laporan Utusan adalah contoh hidup dan nyata! London, New York, New Dehli, Bangkok, Jakarta – semua bandaraya-bandaraya ini sering menyaksikan perhimpunan dan bantahan. Tiada pula laporan system ekonominya ranap kerana demonstrasi. Hakikatnya adalah, perhimpunan yang bersih dan teratur dengan kawalan polis tidak pernah menyebabkan sebarang masalah kepada peniaga, menyusahkan rakyat atau menggugat kestabilan Negara yang mahukan kelangsungan pemerintah yang menghormati asas demokrasi. | ||
Siapa perlu tonjol diri sebagai anak jantan? Posted: 26 Jun 2011 10:50 PM PDT Wira Arjuna ULASAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan mengelirukan apabila mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan BN sebagai "anak jantan" dan bukan mengadakan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini. Najib mendakwa matlamat utama Himpunan BERSIH 2.0 adalah mahu menimbulkan huru-hara dalam negara. "Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita. "Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa dengan mengadakan Himpunan BERSIH 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara. "Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk (PPP). Kenyataan perdana menteri itu tersasar kerana Pakatan sememangnya akan bertanding dalam pilihanraya umum ke-13, malah itulah nadi utama segala aktiviti parti politik. Namun pada masa sama, Pakatan, sebagai sebuah gagasan "anak jantan", mahukan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil, justeru, ia memberi sokongan bulat kepada Perhimpunan BERSIH 2.0. BERSIH 2.0 adalah anjuran pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk gabungan pelajar Islam dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan beberapa kali mengundang parti komponen BN untuk bersama-sama dalam gerakan bagi memperkasakan Suruhanjaya Pilihanraya namun pelawaan itu ditolak. Oleh kerana itu, amat mudah untuk pemimpin seperti Najib menyerang BERSIH sebagai kononnya forum pembangkang untuk mencetuskan huru-hara. Dalam ucapannya semalam, Najib juga merujuk kepada kemenangan BN di Sarawak sebagai bukti "momentum" atau rentak memenangi pilihanraya ada ditangan BN. Sebenarnya Pakatan melipatgandakan kemenangannya dari tujuh kerusi kepada 15 kerusi dalam pilihan raya Sarawak April lalu. Pilihan raya itu juga memaksa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan tempoh persaraan beliau selepas pemerintahan 30 tahun yang dibelit dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa. Jangan lupa kemenangan Pakatan itu diraih walaupun BN menguasai segala jentera kerajaan, media arus perdana dan dikatakan menabur wang ringgit untuk mengekalkan majoriti dua pertiganya. Walaupun menang, jumlah undi untuk BN di Sarawak merosot kepada 54.5 peratus berbanding 62.9 peratus pada pilihanraya negeri sebelumnya. Justeru, janganlah dibanggakan sangat kemenangan BN di Sarawak. Najib juga mendakwa BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya sepertimana yang didakwa Pakatan Rakyat. "Kalau kata pilihan raya ini tidak adil kenapa kita nak serah Selangor, kenapa nak serah Pulau Pinang, kenapa PAS boleh perintah 20 tahun di Kelantan. "Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat," kata Najib. Alasan lapuk yang diguna pakai sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad ini mudah dijawab. Tsunami politik yang melanda Malaysia tahun 2008 menyebabkan segala undi pos, pengundi hantu dan amalan-amalan lain tidak cukup untuk menongkah arus sokongan luar biasa rakyat terhadap Pakatan. Kotak-kotak undi pos dan pengundi hantu hanya memadai untuk mengurangkan jurang sokongan yang diperolehi oleh calon-calon Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, namun tidak cukup untuk menafikan mereka kemenangan. | ||
S'gor mahu potong margin keuntungan projek negeri Posted: 26 Jun 2011 10:43 PM PDT Aidila Razak Kerajaan Selangor mahu mengurangkan margin keuntungan kontraktor bagi projek-projek infrastruktur kerajaan negeri - daripada 30 peratus kepada hanya 7 peratus - untuk menghapuskan golongan penghisap keuntungan atas angin. Mengumumkan demikian di sesi dialog Bajet 2012 pagi ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau sedang berunding dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai perkara ini dan berharap dapat menjadikannya satu dasar. "Saya telah bertemu (JKR) tetapi perbincangan kita perlu diterjemahkan kepada surat pekeliling (bagi penjawat awam). Terdapat beberapa masalah yang kita perlu selesaikan," katanya kepada pemberita. Beliau berkata, 30 peratus margin keuntungan mungkin munasabah untuk berdepan dengan risiko lewat menerima pembayaran daripada kerajaan 20 tahun lalu, tetapi kini ia telah dikurangkan ekoran peningkatan kecekapan kerajaan negeri dalam menguruskannya. Dalam ucapan perasmiannya, Khalid berkata margin keuntungan yang besar akan membolehkan kontraktor untuk sub-kontrak kerja-kerja mereka dan masih boleh "mengaut 15 peratus keuntungan tanpa berbuat apa-apa". Katanya, Pakatan mahu menghapuskan golongan penghisap keuntungan atas angin, yang menimbulkan masalah sosial dan politik kerana menurutnya, amalan tersebut telah bertukar menjadi menjadi 'kepakaran korporat' untuk parti-parti politik seperti MCA. "Aset MCA adalah RM2 bilion hingga 3 bilion, (walaupun ia) hanya... sebuah parti politik," katanya. | ||
Posted: 26 Jun 2011 10:39 PM PDT
| ||
PRU 13: Tenaga muda IT tulang belakang PAS Sarawak Posted: 26 Jun 2011 10:37 PM PDT
| ||
Umno macam musang jaga reban ayam Posted: 26 Jun 2011 10:36 PM PDT
| ||
Posted: 26 Jun 2011 10:34 PM PDT
| ||
Tuntutan Bersih: SPR pernah tipu rakyat Posted: 26 Jun 2011 10:32 PM PDT
| ||
Bersih: Polis soal siasat A Samad Said petang ini Posted: 26 Jun 2011 10:30 PM PDT
| ||
Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih Posted: 26 Jun 2011 10:27 PM PDT
| ||
RM7.7 juta skim baik pulih Negeri Berkebajikan Posted: 26 Jun 2011 10:26 PM PDT
| ||
Undian tajuk Sejuta Sokong Bersih meningkat 98% Posted: 26 Jun 2011 10:25 PM PDT
| ||
Pemuda PAS dibebas awal pagi tadi Posted: 26 Jun 2011 10:24 PM PDT
| ||
Kenapa takut sangat kepada Bersih Posted: 26 Jun 2011 10:22 PM PDT
| ||
Najib: Kalau anak jantan tanding PRU, bukan buat demo 9 Julai Posted: 26 Jun 2011 10:21 PM PDT KUALA LUMPUR — Dilihat sebagai nada yang semakin keras, Datuk Seri Najib Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai "anak jantan" dan bukan turun di jalan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Pengerusi BN ini berkata, matlamat utama Himpunan Bersih 2.0 bukan mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi mahu menimbulkan huru-hara dalam negara. "Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita. "Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa dengan mengadakan Himpunan Bersih 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara. "Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di sini. Najib menegaskan bahawa BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya seperti mana yang didakwa Pakatan Rakyat. "Kalau kata pilihan raya ini tidak adil kenapa kita nak serah Selangor, kenapa nak serah Pulau Pinang, kenapa PAS boleh perintah 20 tahun di Kelantan. "Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat... tapi kita jangan buat sesuatu yang boleh timbulkan huru-hara di jalanan sebab kuasa politik di tangan rakyat bukan di jalanan," katanya. Bersih memutuskan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai di ibu negara untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan transformasi dalam sistem pilihan raya. Himpunan Bersih kali pertama diadakan pada 2007 dan berjaya menggerakkan kira-kira 50,000 orang sebelum disuraikan oleh polis dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. | ||
Himpunan Patriot lawan Bersih 2.0 dilancar Posted: 26 Jun 2011 09:59 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Himpunan Patriot anjuran Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia dilancarkan hari ini bagi mewakili suara orang ramai dalam menentang Himpunan Bersih 2.0 yang akan dianjurkan pada 9 Julai ini. Pengerusi bersama himpunan itu, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata pihak mereka akan bertindak sebagai badan bagi mewakili suara 'majoriti senyap' yang menurutnya pada perhimpunan haram yang sama pada tahun 2007, tiada medium untuk mereka menyampaikan tentangan. "Oleh itu kami berasa terpanggil untuk bagi tahu pada (penganjur) perhimpunan haram ini supaya hentikan niat mereka kalau mereka tidak mahu berdepan dengan apa jua yang akan dilakukan generasi muda yang dikatakan tadi 'majority senyap of rakyat Malaysia'," katanya dipetik Bernama Online. Justeru, beliau meminta agar penganjur Himpunan Bersih 2.0 supaya memilih cara yang lebih profesional bagi menyampaikan apa yang dihajat dalam memorandum mereka. "Kami minta kalau betul mereka nak sampaikan memorandum itu, tak payah bawa sehingga 10,000 orang, saya minta mereka hantar empat ke lima orang pergi ke pejabat Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Istana serahkan memorandum itu, kerana pihak istana dan SPR sedia menerima," katanya. Sementara itu, ketua penyelaras Himpunan Patriot, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penganjur Himpunan Bersih 2.0 itu sebenarnya mempunyai niat jahat di sebalik perkara-perkara yang dibawa mereka di dalam memorandum. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan