DUNIACACAMARBA |
- Jurublog Pakatan Rakyat Akan Ditangkap kerana BERSIH 2.0?
- [Wajib Baca] Ucapan Datuk A Samad Said pada Pelancaran BERSIH 2.0
- Kos Lawatan Najib-Suami RM17 Juta, Muhyiddin-Isteri RM8 Juta
- [PANAS] SUHAKAM Seru Kerajaan Benarkan BERSIH 2.0
- Kerana Pakai Baju BERSIH, Pemuda Dihalau dari Masjid. Hukum Mana yang AJK Masjid Ikut?
- Perang Saudara DBP dengan DAWAMA Sudah Sampai Kemucak?
- Seorang Amah Indonesia Terselamat daripada Hukuman Pancung
Jurublog Pakatan Rakyat Akan Ditangkap kerana BERSIH 2.0? Posted: 27 Jun 2011 08:40 AM PDT | ||
[Wajib Baca] Ucapan Datuk A Samad Said pada Pelancaran BERSIH 2.0 Posted: 27 Jun 2011 07:18 AM PDT Saya petik: [Hujan Pagi] "Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan. Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni. Unggun Bersih Semakin lara kita didera bara— kita laungkan juga pesan merdeka: Demokrasi sebenderang mentari sehasrat hajat semurni harga diri. Lama resah kita—demokrasi luka; lama duka kita—demokrasi lara. Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi; suara bebas yang utuh, kita idami! Dua abad lalu Sam Adams berseru: (di Boston dijirus teh ke laut biru): Tak diperlu gempita sorak yang gebu, diperlu hanya unggun api yang syahdu. Kini menyalalah unggun sakti itu; kini merebaklah nyala unggun itu. *** P/s: Puisi/sastera sudah kembali menjadi senjata yang digeruni. Sasterawan Negara, Pak Samad disoal siasat di Balai Polis Dang Wangi, hari ini, di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011. Saya salut beliau, saya tabik beliau!! | ||
Kos Lawatan Najib-Suami RM17 Juta, Muhyiddin-Isteri RM8 Juta Posted: 27 Jun 2011 03:05 AM PDT Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58 lapor Harakah Daily berdasarkan jawapan yang diberikan di dalam Dewan Rakyat. Lebih tepat, perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu). Tian Chua dalam soalannya bertanya kepada Perdana Menteri tentang jumlah perbelanjaan lawatan rasmi beliau dan suami serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011. Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu tentang jumlah perbelanjaan mengurus suami Perdana Menteri bagi tempoh sama. Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011. Tiada perbelanjaan khusus untuk suami PM. Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Sementara itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM8,020,328.07 untuk tempoh sama. Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (FLOM). Perbelanjaan itu termasuklah lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady. Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan bahawa kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam. P/s: Kita bukanlah mempertikaikan lawatan pemimpin ke luar negara. Sudah menjadi tugas mereka untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Kita cuma mempertikaikan jumlah wang rakyat yang dihabiskan untuk tujuan tersebut. RM25 juta itu suatu jumlah yang cukup besar. Antara persoalan yang timbul: Berapa banyak orang yang mengikuti rombongan PM dan suami? Apakah yang dibelanjakan oleh PM dan suami ketika berada di luar negara sehingga jumlah perbelanjaan itu mencecah nilai yang cukup besar? Berdasarkan angka yang diberikan, sehingga Jun 2011 lebih RM5.4 juta wang rakyat telah digunakan untuk membiayai Najib dan suami di luar negara. Adakah wang yang sama digunakan untuk membiayai urusan peribadi Najib dan suami di luar negara? Misalnya, meraikan konvokesyen anak di AS dan urusan merisik dan pertunangan anak di Kazastan seperti yang hangat diperkatakan baru-baru ini. | ||
[PANAS] SUHAKAM Seru Kerajaan Benarkan BERSIH 2.0 Posted: 27 Jun 2011 01:37 AM PDT Saya petik: [HD] KUALA LUMPUR, 27 Jun: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang dibentuk oleh kerajaan sendiri menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dirancang 9 Julai ini. P/s: Majlis Peguam sokong, Dr Asri kata BERSIH bertujuan baik, Prof Aziz Bari menegaskan larangan terhadap BERSIH melanggari Perlembagaan, Ustaz Hadi Awang seru semua ahli PAS turun padang, tinjauan di akhbar dan media elektronik menunjukkan rakyat menyokong BERSIH. Tiba-tiba UMCO, polis, PERKASA dakwa BERSIH akan menghuru-harakan keadaan dan negara, ulama UMCO kata BERSIH memecahbelahkan umat Islam sehingga ada yang memakai baju BERSIH dihalau dari masjid, Utusan kata BERSIH ialah agenda Ambiga dan Anwar serta dibiayai oleh Kristian dari luar negara, Najib dan Muhyiddin kata BERSIH mahu rampas kuasa Putrajaya, timbul juga dakwaan BERSIH bawa agenda komunis dan ingin memerangi Agong. Woi, anda semua sudah GILA!!!?? Saya malas menyanggah dakwaan yang sengaja direka untuk mengelirukan rakyat agar tidak menyertai BERSIH. Tidak perlu menjawab persoalan dan tuduhan orang yang mahu memastikan mereka terus memegang kuasa untuk memenuhkan tembolok dan kroni mereka. Cuba baca tuntutan BERSIH 2.0 di bawah ini: Tolong nyatakan bahagian mana yang buruk/jahat/sesat tentang BERSIH 2.0? | ||
Kerana Pakai Baju BERSIH, Pemuda Dihalau dari Masjid. Hukum Mana yang AJK Masjid Ikut? Posted: 26 Jun 2011 11:36 PM PDT Kita tidak tahu niat AJK Masjid Bandaraya, Likas, Kota Kinabalu yang bertindak menolak dan menghalau pemuda yang memakai baju BERSIH dari perkarangan masjid. Sama ada dia kemaruk dan taksub dengan propaganda UMCO atau sememangnya dia jahil tentang BERSIH atau dia mendapat maklumat salah tentang perhimpunan ini. Walau apapun kategorinya, perbuatan menghalau pemuda yang memakai baju BERSIH memang memalukan dan menunjukkan kejahilannya sebagai umat Islam, apatah lagi sebagai AJK masjid. Menurut blog Dewan Pemuda Pas Sepanggar yang mengutarakan isu ini, pemuda itu turut dituduh munafik oleh AJK masjid yang dikenali sebagai Hj Paiman. Bukan sekadar dilemparkan dengan kata-kata kesat bahkan turut ditolak dengan kasar. "Situasi yang memalukan ini akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur. Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju BERSIH." Menurut Dewan Pemuda Pas kawasan Sepangar, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Sehubungan dengan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut atas sikap beliau yang merosakkan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan asing. P/s: Baju pun sudah tertulis BERSIH bukan KOTOR. | ||
Perang Saudara DBP dengan DAWAMA Sudah Sampai Kemucak? Posted: 26 Jun 2011 09:45 PM PDT Saya petik: [TMI] KUALA LUMPUR, 27 Jun — Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan syarikat pencetak dan pengedar buku dan majalahnya, Dawama Sdn Bhd didakwa berhadapan dengan 'perang dingin' — dipercayai meruncing akhir minggu lalu, di sebalik isu kemerosotan penjualan dan cetakan buku dan majalah terbitan agensi itu sejak beberapa tahun lepas. | ||
Seorang Amah Indonesia Terselamat daripada Hukuman Pancung Posted: 26 Jun 2011 08:53 PM PDT
Menurut berita Agensi, Kerajaan Indonesia membayar 2 juta riyal (RM1.59 juta) sebagai wang darah untuk menyelamatkan nyawa pembantu rumahnya daripada dihukum bunuh di Riyadh. Pembantu rumah itu didapati bersalah kerana membunuh majikannya yang berketurunan Yaman pada tahun 2009. Media tempatan melaporkan, Kementerian Luar Indonesia menghantar wang itu ke kedutaannya di Riyadh bagi membolehkan pembebasan Darsem Dawud. "Pampasan itu diserahkan oleh dua pegawai Kedutaan Indonesia kepada satu panel kerajaan di Riyadh yang mengendalikan kes," kata pegawai rasmi Bahagian Perlindungan Warganegara kedutaan, Hendrar Pramutyo. "Wang darah itu membuktikan komitmen kerajaan Indonesia untuk melindungi pekerja negaranya di luar negara tanpa mengira kos," katanya lagi. Beliau memaklumkan mahkamah Riyadh bersedia membebaskan Darsem yang kini ditahan di penjara Malaz. Darsem berasal dari bandar Subang, Jawa Barat. Beliau didapati bersalah oleh mahkamah Riyadh pada Mei 2009. Hukuman mahkamah dikenakan terhadapnya ialah pancung. Pembantu rumah itu terus menegaskan bahawa majikannya cuba merogolnya dan tindakannya bertujuan mempertahankan diri, lapor media Indonesia, kelmarin. Januari lalu, keluarga majikannya bersetuju mengampunkan Darsem jika mereka dibayar pampasan sebelum Julai tahun ini. Terdahulu, Menteri Luar Indonesia Marty Natalegawa meminta wakil Dewan Rakyat Indonesia meluluskan penghantaran wang darah untuk menyelesaikan kes itu di bawah belanjawan perlindungan rakyat Kementerian Luar. "Berikutan isu sensitif ini, kami bimbang akan terlepas tarikh akhir jika terus berbincang dan masalah baru pula akan dihadapi," katanya kepada penggubal undang-undang di Jakarta. Jumaat lalu, aktivis Indonesia mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Arab Saudi di Jakarta yang membantah hukuman pancung. Siri tunjuk perasaan sering dilakukan di Indonesia selepas seorang amah, Ruyati Sapudi dihukum pancung kerana membunuh majikannya, dua minggu lalu. Sejak itu, Indonesia melarang penghantaran baru pekerja ke Arab Saudi yang berkuat kuasa 1 Ogos depan. Ketika ini ada 28 pembantu rumah Indonesia yang masih menanti pelaksanaan hukuman pancung di Arab Saudi, sementara 1,000 lagi masih merengkuk di penjara di seluruh negara itu atas pelbagai kesalahan jenayah. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan