Selasa, 21 Jun 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mahasiswa sokong BERSIH 2.0 dan dokong Rakyat Gebeng

Posted: 21 Jun 2011 03:52 AM PDT

MERDEKA REVIEW

Dalam kehangatan massa memperbincangkan mengenai Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini, Mahasiswa konsisten untuk terus memberi perhatian kepada perkara asas perjuangan iaitu membela rakyat Gebeng yang sedang diancam risiko keselamatan. Mahasiswa tegaskan bahawa mahasiswa menyokong sepenuhnya Himpunan Aman BERSIH 2.0 dan akan mengerahkan sepenuhkan kekuatan untuk bersama dengan rakyat pada perhimpunan tersebut.

Namun bagi mahasiswa, BERSIH 2.0 bukan kemuncak kepada perjuangan mahasiswa dalam membina negara Malaysia yang lebih baik. Hal ini kerana masih banyak prioriti yang lebih penting untuk mahasiswa perhalusi seperti isu rakyat Gebeng yang sedang berhadapan dengan ancaman bahaya radiasi apabila syarikat Lynas terus berkeras untuk meneruskan rancangan pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di kawasan tersebut.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tegaskan bahawa mahasiswa menyokong sepenuhnya pendirian rakyat Gebeng yang menolak pembinaan kilang tersebut dikawasan mereka. Oleh itu SMM dengan kerjasama 11 kumpulan mahasiswa akan mengadakan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat Gebeng pada 24 sehingga 25 Jun ini. Jelajah ini antara lain memberi fokus untuk membangkitkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan rakyat Gebeng khususnya generasi muda mengenai hak mereka yang perlu dipertahankan.

Mahasiswa merasa sangat terkesan apabila mendengar sendiri rintihan anak muda dan warga Gebeng semasa lawatan pertama ke Gebeng pada 11 Jun yang lalu. Apabila kami bertanya kepada generasi muda yang berumur sekitar 15 hingga 16 tahun, mereka menjelaskan bahawa tanpa Lynas mereka sudah hidup dalam keadaan yang cukup tidak selesa apabila rumah sentiasa berdebu dan udara sering berbau. Mereka juga merasakan dengan adanya Lynas semestinya akan meningkatkan ancaman bahaya terhadap kehidupan mereka.

Bagi warga tua yang sudah mendiami di sekitar kawasan Lynas selama puluhan tahun pula berkata, mereka tidak ada pilihan lain selain berpindah bagi menjamin masa depan mereka dan generasi mereka. Mereka tidak sanggup berhadapan dengan ancaman radiasi yang boleh menimpa mereka seperti mana yang telah menimpa warga Bukit Merah suatu ketika dahulu.

Dalam aktiviti tiga hari dua malam tersebut, mahasiswa akan menjelajah dari pintu ke pintu dengan bahan edaran untuk masyarakat setempat. Bahan edaran tersebut mengandungi fakta radiasi yang pernah berlaku di Bukit Merah dan juga lampiran cerita peristiwa Chernobil yang pernah menggemparkan seluruh dunia. Selain itu, mahasiswa juga akan mengadakan malam santai anak muda untuk membolehkan mahasiswa berada lebih dekat dengan generasi muda Gebeng. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti tayangan video Chernobil, Bukit Merah dan juga perkongsian ilmiah antara mahasiswa dan anak muda Gebeng.

Ini merupakan langkah awal mahasiswa untuk membuktikan betapa mahasiswa memandang berat terhadap tekanan yang sedang dihadapi oleh rakyat di Gebeng. Mahasiswa tidak menolak untuk mengadakan aksi seterusnya jika keadaan mendesak untuk mahasiswa terus menekan pihak yang bertanggungjawab daripada terus menganiaya rakyat. Dalam masa terdekat juga mahasiswa akan menyerahkan memorandum kepada pihak Kedutaan Asia bagi memohon sokongan mereka terhadap perjuangan rakyat Malaysia yang menolak pembinaan kilang Lynas.

Mahasiswa meyakini bahawa negara serantau juga berhak merisaui kekalutan semasa ini yang boleh mendatang kesan yang boleh memudaratkan banyak pihak termasuk negara-negara jiran kepada Malaysia. Sesungguhnya mahasiswa berasa sangat hairan mengapa Kerajaan Malaysia menerima projek yang berisiko tinggi seperti Lynas sedangkan negara Australia sendiri tidak menerima cadangan pembinaan kilang tersebut di negara mereka. Mahasiswa bertekad untuk berjuang bersama rakyat Gebeng sehingga masyarakat di sana benar-benar bebas daripada ancaman radiasi.

*Kenyataan media oleh Ahmad Syukri Ab Razab (gambar kiri) selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Disokong penuh oleh:

Nama: Ahmad Afif Bin Ahmad Mohtari Yasim
Jawatan: Exco Pendidikan dan Penyelidikan
Nama Pertubuhan: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Nama: Khairul Fadhli Ismail
Jawatan: Presiden
Nama Pertubuhan: Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

Nama: Wong Sweenee
Jawatan: Setiausaha Pengurusan
Nama Pertubuhan: Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)

Nama: Mohd Syahid Zaini
Jawatan: Presiden
Nama Pertubuhan: Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)

Nama: Mohd Nazreen bin Jaafar
Jawatan: Setiausaha
Nama Pertubuhan: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

Nama: Masturah Binti Abu Bakar
Jawatan: Koordinator
Nama Pertubuhan: Sister's In Movement (SIM)

Nama: Muhammad Shahimi Ariffin
Jawatan: Koordinator
Nama Pertubuhan: Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)

Nama: Mohd Taufiq Abdul
Jawatan: Pengerusi
Nama Pertubuhan: Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN)

Nama: Ahmad Syazwan Hassan
Jawatan: Presiden
Nama Pertubuhan: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

Apakah Sarawak sekadar modal untuk kuasa politik?

Posted: 21 Jun 2011 03:49 AM PDT

Wong Meng Chuo


Selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, penganalisa politik mendakwa bahawa Sarawak yang kononnya "deposit tetap" Barisan Nasional (BN memenangi 29 daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak) telah menjadi "overdraft" (memetik Tay Tian Yan dari Sin Chew Daily). Ini kerana Pakatan Rakyat merangkul 12 dari 14 kerusi di kawasan bandar, dan pengundi di kawasan separa desa juga jelas mengubah kecenderungan pengundian mereka (memetik Bridget Welsh).

Ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PKR, DAP dan PAS) memperolehi jumlah undi 38.9%, peningkatan sebanyak 15.1% berbanding 23.8% pada tahun 2006 (memetik Andrew Aeria). Menurut perhitungan yang dibuat, BN kehilangan sejumlah 8% undi berbanding PRN ke-9 (termasuk undi yang kalah kepada calon bebas).

Menurut pemerhati, perubahan 7-8% undi lagi bakal menggulingkan kuasa kerajaan BN di negeri Sarawak, mengikut pola pengundian yang terkini. Namun, perkiraan ini agak simplistik, ada bahayanya kerana terlampau menekankan "angka". Pada hakikatnya, banyak lagi faktor yang harus dipertimbangkan, misalnya kuasa politik wang, politik pembangunan, kesedaran pengundi, pengendalian isu sosial ekonomi dan sebagainya - kesemua ini adalah kunci faktor pengubah.

PR telah membuat congakannya lebih awal lagi apabila menaruh harapan agar Sarawak di Malaysia Timur boleh berubah. Hujah "rampasan kuasa 16 September" oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim pada tiga tahun yang lalu dibuat kerana salah-tanggapnya bahawa hanya dengan memujuk sesetengah wakil rakyat Malaysia Timur untuk melompat, maka PR akan memerintah dengan majoriti mudah di parlimen.

Walaupun negeri Johor juga gedung kerusi parlimen untuk BN (25 daripada 26 kerusi), namun PR tetap memfokuskan tumpuannya kepada bumi kenyalang ini. Ketika berucap di Miri menjelang Hari Gawai, pemimpin DAP Lim Kit Siang (gambar kiri) berkata pola yang ditunjukkan dalam PRN Sarawak baru-baru ini adalah langkah pertama PR menawan Putrajaya (kerusi PR bertambah dari 6 kepada 15).

Dari segi "menang-kalah", baik BN mahupun PR, Sarawak dijadikan medan rebutan - sama ada ia digelar sebagai negeri deposit mahupun sebagai sebiji catur.

Berorientasikan Semenanjung

Aktivis sosial dari Semenanjung seperti Ong Boon Keong, Steven Ng, Chou Z Lam dan sebagainya, telah mula menyemai gagasan mereka sebaik sahaja PRU ke-12 melabuh tirai. Tidak kurang antara mereka yang memasuki kawasan pedalaman Sarawak untuk melakukan kerja-kerja seperti pendaftaran pengundi, pendidikan pengundi, rakaman dokumentari dan perkhidmatan komuniti. Malangnya usaha mereka dibalas dengan risiko larangan memasuki sempadan Sarawak. Untuk mereka, pertukaran kerajaan harus berasaskan kesedaran rakyat. Dan isu pencerobohan tanah adat orang asli yang berlaku telah memberi kesempatan agar rakyat disedarkan.

Sesungguhnya, kami tidak seharusnya meragui jiwa mereka yang prihatin atas prinsip keperimanusiaan, dan tuntutan politik mereka agak nyata, dan boleh dikatakan agak wajar. Mereka menaruh harapan agar perubahan di Malaysia Timur boleh membawa politik Malaysia ke arah sistem dua parti. Analisa pada umumnya menganggap keputusan PRU 8 Mac 2008 telah mencetuskan tsunami politik, dan telah melakar bentuk awal sistem dua parti di Semenanjung (Malaysia Barat).

Bagaimanapun, sama ada hujah "deposit tetap" mahupun cadangan menjayakan sistem dua parti dengan perubahan di Malaysia Timur, kedua-duanya tetap memperlihatkan fikiran yang bertitik tolak dari Semenanjung. Apakah Sarawak dan Sabah sekadar watak sampingan mahupun modal untuk politik Semenanjung? Ia umpama sepasang ibu bapa yang melahirkan satu lagi anak untuk membekalkan sumsum tulang, setelah mendapati anaknya sekarang berpenyakit sumsum tulang. Dari perspektif etika, anak bongsu ini dilahirkan untuk melanjutkan hayat anak sulung. Apakah nilai nyawa anak bongsu ini sekadar berada pada kedudukan sampingan?

Taib Mahmud (gambar kiri) juga kelihatan ghairah dengan kelebihan "deposit tetap" ini (PBB yang diterajuinya menang kesemua 35 kerusi yang ditandingi), sebagai modal untuk dirinya tawar-menawar harga dengan kerajaan persekutuan, sehingga kerajaan persekutuan tidak terdaya untuk melakukan apa-apa terhadap amalan rasuah di bawah kerajaannya. Lantaran daripada itu, kuasa, kedudukan dan hartanya tetap kukuh sehingga hari ini, dan kebal dari undang-undang. Meskipun diberi liputan yang luas dalam Sarawak Report, yang mendedahkan hartanya yang tidak setimpal dengan pendapatannya, malah pencerobohan tanah adat di bawah pentadbirannya, namun dinastinya tetap teguh.

Apakah strategi perubahan di Sarawak yang mengarah ke sistem dua parti hanya berorientasikan kepentingan Malaysia Barat? Tidak semestinya. Ini kerana sistem dua parti akan memanfaatkan Malaysia Timur, dengan imbangan kuasa, dan memperbaiki dasar yang tidak memanfaatkan rakyat.

Malaysia Timur menawarkan faktor imbangan

Seorang kolumnis MerdekaReview, Wong Chip Choo telah mengetengahkan satu pandangan yang mempunyai nilai rujukan. Menurut Wong, sama ada pemerintah mahupun pembangkang di Sarawak berkongsi pandangan sebegini - semakin lemahnya kerajaan persekutuan (BN), maka semakin tinggi kedudukan Malaysia Timur. Ramai antara bumiputera di Sabah dan Sarawak menganuti agama kristian, malah dengan populasi mereka yang agak besar ini, mereka boleh mengimbangi UMNO ketika memainkan isu agama Islam. Pengecualian yang diberikan kepada Malaysia Timur dalam isu Al-Kitab dan penggunaan kalimah Allah adalah contoh terbaik. Meskipun ia bukan penyelesaian yang wajar, iaitu dua kayu ukur di satu Malaysia, namun ia mungkin tidak akan berkesan seandainya hanya tentangan dari Malaysia Timur.

Dari dimensi ini, demokrasi dan keadilan di Malaysia Barat juga memerlukan populasi kaum dan agama dari Malaysia Timur untuk diseimbangkan dalam konflik. Apa yang menjadi sindiran, seandainya keseimbangan ini adalah satu kemestian dalam sesebuah negara, bukankah nisbah kaum dan agama kekal menjadi faktor penting dalam penentuan dasar?

Apakah Malaysia Timur dan Malaysia Barat boleh berunding dalam keadaan duduk sama rendah diri sama tinggi? Bagaimana untuk mengkaji 20 atau 18 perkara ketika Malaysia ditubuhkan?

Manifesto PR menawan Putrajaya yang dilafazkan Lim Kit Siang ketika berada di Miri nampaknya amat disenangi rakyat Malaysia Timur. Antaranya, penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji faktor kemunduran Sabah dan Sarawak, ketidakseiringan langkah pembangunan Timur dan Barat, pengagihan sumber alam semulajadi, peningkatan loyalti minyak dari 5% kepada 20%. Sememangnya, sebarang manifesto sedemikian sekadar penyelesaian berstrategi, dan hanya boleh dilaksanakan selepas rampasan kuasa. Ia hanya logamaya pada peringkat ini.

Kita tidak tahu sama ada perubahan akan berlaku dalam pilihan raya umum yang akan datang, dan tidak semestinya menaruh harapan agar PR akan berjaya merampas kuasa. Namun mereka yang mendahagakan demokrasi akan berharap agar sistem dua parti terbentuk. Saya orang Sarawak, dan saya tidak berharap Malaysia Timur hanya dilihat sebagai modal kuasa politik di Malaysia Barat.

*Wong Meng Chuo ialah penduduk Sarawak. Diterjemah dan disunting dari artikel yang disiarkan di kolum MerdekaReview, edisi Cina.

"Perwakilan orang asli diperlakukan macam burung tekukur..."

Posted: 21 Jun 2011 03:42 AM PDT

Lim Hong Siang


Meskipun ia bukan sesuatu yang terlalu asing, apabila ucapan dari kaum asli diselitkan ke dalam aturcara konvensyen PKR, namun ia tetap mencuit hati apabila Fatimah anak perempuan Bahsen, berketurunan Semai tampil untuk memberi ucapan 10 minitnya di depan kira-kira 4,000 penyokong PKR dalam Konvensyen Pilihan Raya, semalam.

Bermula dengan mendakwa dirinya "berdebar", kerana "fisrt time" (kali pertama berucap), Fatimah (gambar kiri) yang berusia 37 tahun telah mencungkil gelakan dari bawah pentas. Ucapan ringkasnya kemudian dicelah dengan sorakan dan tepukan yang tidak berhenti-henti.

Fatimah mempersoalkan, "Saya sangat sangat terasa terkilan dan terharu. Satu, kami (orang asli) di Malaysia ini, dianggap sebagai bangsa 'lain-lain'! Adakah orang asli datang dari mana? Saya ingin bertanya kepada semua, orang asli datang dari mana? Mengapa orang asli dikategorikan ke dalam bangsa lain-lain?"

Fatimah seterusnya berkata, sudahlah tanah orang asli diceroboh, malah dikategorikan sebagai bangsa lain-lain pula dalam ruang kaum. Beliau menyeru agar PKR mendekati masyarakat orang asli jikalau ingin menang dalam PRU ke-13, sambil memberi amaran, "Jangan semasa pilihan raya saja mencari orang asli di pelusuk mana sahaja, tetapi bila pilihan raya sudah habis, orang asli pun disimpan ke tepi!"

Diperlakukan bagai burung tekukur

Fatimah kemudian menceritakan pengalaman dirinya yang pernah dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO peringkat bawahan, semasa zaman Abdullah Ahmad Badawi menyandang jawatan Perdana Menteri. "...semasa pergi mesyuarat, perwakilan orang asli macam mana? Duduk di kerusi, diberi makan, lepas tu jadi macam burung apa?"

"Ok, pandai, macam burung tekukur," Fatimah sekali lagi mengelakkan hadirin apabila meniru gerak-geri burung tekukur mengangguk. Beliau berkata, orang asli diajar agar tidak menyokong parti pembangkang, sebaliknya diberitahu bahawa "UMNO-lah yang membela masyarakat orang asli".

Beliau sekali lagi mencetuskan sorakan, "Tetapi orang asli sekarang sudah sedar! Bukan jadi katak di bawah tempurung lagi! Orang asli sekarang nak duduk di atas sofa!"

Fatimah mengulangi amarannya kepada PKR agar tidak lupa masalah orang asli jikalau menang dalam pilihan raya, "Jika dipulaukan orang asli, orang asli akan juga pulaukan parti-parti sebegini!"

Sebelum mengundur diri, beliau sempat menyindir slogan 1 Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri Najib Razak, dengan menyatakan permintaan orang asli. "Tanah orang asli harus diwartakan! Itu yang orang asli nak. Dia bukan nak bangunan-bangunan yang besar. Dia cuba nak tanah. Itupun bukan tanah satu Malaysia..."

Suaranya terus ditenggelami sorakan, sebelum beliau menegaskan sekali lagi, "Jangan mengongkong orang asli!... Orang asli nak kemajuan semua macam masyarakat lain!"

Himpunan Bersih 2.0 : Salah tafsir kenyataan Anwar

Posted: 21 Jun 2011 02:56 AM PDT

PASPB

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e3/Anwar_Ibrahim-edited.jpg/225px-Anwar_Ibrahim-edited.jpg


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa berlaku salah faham apabila kenyataannya ditafsirkan media kononnya beliau tidak menyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Menurutnya, beliau sentiasa menyokong perhimpunan tersebut untuk menyampaikan tuntutannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Apa yang saya cakap disalah tafsir. Saya cakap sekiranya proses pilihan raya kita bersih dan adil, sudah pasti tidak perlu adakan perhimpunan Bersih," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang menolak cadangan Anwar meminta perhimpunan pada 9 Julai ini dibatalkan jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji bahawa pilihan raya umum diadakan secara bersih dan adil.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) berkata, media perdana sengaja melaga-lagakan beliau dan Ambiga namun usaha tersebut nampaknya tidak berjaya.

Menurutnya, sebagai tanda sokongan terhadap perhimpunan itu, beliau juga akan menyertai perarakan.

Anwar ketika ditanya sama ada Buku Hijau diwujudkan Pas akan memberi kesan kepada PR, menjelaskan, tiada percanggahan antara kedua buku itu.

Pas baru-baru ini melancarkan Buku Hijau yang akan memperincikan negara berkebajikan setelah panel pelaksana ditubuhkan minggu lalu.

Sembilan muka baru mantapkan PAS Perak

Posted: 21 Jun 2011 02:46 AM PDT

PASPB


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNabBdY2XhFDSraBxvRj5KRwVx3PUhJQwXiJ1k1odLiCrVvfVOlynyms5n9a31D1x9EGKwJCX4CZDfN8s5BynSCu4uHgiGuSBosz_vtLdfRaArm4Zc6Sfided-VuTAnrMiaXRi8y-tRZk/s320/DSCN4072.JPG


IPOH – Pas Negeri menampilkan sembilan muka baru dalam jawatankuasanya yang baru dibentuk kelmarin selain mengekalkan 11 pemimpin sedia ada.

Antara muka-muka baru yang dilantik ialah Razman Zakaria yang dilantik menjawat Timbalan Pesuruhjaya 3 menggantikan Mustafa Shaari.

Setiausaha perhubungan pula dipegang Dr Muhaimin Sulam yang menggantikan Misbahul Munir yang kini menjadi Timbalan Pesuruhjaya 2.

Jawatan Ketua Penerangan disandang Nuri Al-Amin menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim.

Empat lagi muka baru dilantik sebagai ahli jawatankuasa manakala seorang lagi dilantik memegang jawatan Penolong Setiausaha Perhubungan 2 yang baru diwujudkan.

Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dihubungi berkata, keputusan pelantikan itu dibuat mencerminkan apa yang berlaku di peringkat pusat.

Menurutnya, gabungan golongan ulama dan profesional dilihat mampu memberikan khidmat kepada rakyat dengan lebih mantap.

"Jawatankuasa Pas Negeri yang baru ini merupakan salah satu tawaran Pas kepada rakyat di Perak untuk terus menyokong Pakatan Rakyat (PR).

"Seandainya rakyat di Perak terus bersama PR, kita akan melakukan perubahan yang jauh lebih baik demi perkhidmatan untuk mereka," katanya.

Beliau yang juga ADUN Pasir Panjang berkata, ADUN-ADUN Pas yang tidak dilantik menganggotai jawatankuasa kali ini mempunyai tugas lain di dalam Sekretariat Parlimen yang telah dibentuk.

Sementara itu, Misbahul Munir yang dihubungi berhubung jawatankuasa baru ini berkata, pembentukan jawatankuasa itu diputuskan di dalam mesyuarat perhubungan kelmarin dan bukan cadangan Pesuruhjaya semata-mata.

"Jawatankuasa Perhubungan yang baru ini merupakan 'team' bagi menghadapi pilihan raya dengan menampilkan beberapa muka baru.

"Dengan menampilkan muka-muka baru ini, kita yakin ada potensi untuk memenangi pilihan raya akan datang," katanya.

Menurutnya, ahli-ahli baru dalam jawatankuasa itu terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik, profesional dan sebagainya.SH

Warisan Melayu terbiar?

Posted: 21 Jun 2011 02:39 AM PDT

Oleh Daing Yahya


Sebuah lagi akhbar arus perdana cuba memalitkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, kononnya mengabaikan warisan Melayu.

Berita Harian dalam edisi Ahad telah membawakan berita muka depan bertajuk "Warisan Melayu Pulau Pinang terabai" yang mendedahkan penemuan seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Saidatulakma Mohd menerusi satu kaji selidik dan maklum balas dari sejumlah 238 orang di Pulau Pinang.

Tujuan kajian itu dikatakan bertujuan mengenal pasti beberapa tempat yang dianggap sebagai monumen sejarah orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang untuk dipulihara dan dibangunkan.

Hasil dari maklum balas orang ramai yang diterima oleh Dr. Saidatulakma Mohd, sebagaimana mengikut laporan Berita Harian:

* 87 peratus responden berpendapat usaha pemuliharaan tempat bersejarah itu adalah dibawah tanggungjawab kerajaan negeri;
* 52 peratus pula mencadangkan inisiatif (pembangunan) berkenaan turut disertai oleh sektor swasta;
* 80.1 peratus bersetuju tempat-tempat itu layak diiktiraf sebagai warisan sejarah Pulau Pinang;
* 91.3 peratus bersetuju bahawa khazanah itu harus dipulihara.

Dr. Saidatulakma juga turut menambah "Apa yang kami kesalkan adalah pihak berwajib hanya menumpukan usaha pemuliharaan tempat bersejarah di Tapak Warisan Dunia UNESCO sedangkan banyak lagi tempat warisan di sekitar Pulau Pinang."

Sekilas pandang, kenyataan seorang akademik sudah ada bau-bau politik.

Apa yang terabai?

Kerajaan negeri Pulau Pinang memang bertanggungjawab menjaga dan berusaha sedaya upaya untuk membantu dan mengekalkan khazanah bangsa ini. Malah, dari segi politik pun, jika kerajaan Pakatan mengabaikan isu ini, besar kemungkinan ia memberi kesan dalam pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu, kita menerima kajian ini dengan penuh hormat kerana ia datang dari seorang pakar akademik. Oleh kerana itu, kita anggap ia adalah kajian yang ilmiah. Namun, wajar untuk kita ketahui secara jelas dan spesifik fakta-fakta yang dikemukakan oleh Dr Saidatulakma menerusi akhbar berkenaan.

Kita juga berterima kasih kepada Dr Saidatulakma kerana sekurang-kurangnya, walau pun kajiannya tidak menyeluruh, secara tidak langsung beliau telah membuktikan kepada rakyat bahawa khazanah Melayu Pulau Pinang memang telah terabai sejak sekian lamanya.

Kerajaan Pulau Pinang pada hari ini pasti akan bertindak untuk membantu dan menggerakkan usaha pemulihan dengan kerjasama pihak-pihak yang menawarkan diri untuk usaha pemuliharaan itu.

Cuma kita ingin membuat cadangan kepada USM bahawa hasil kajian itu wajar juga dikirim kepada kerajaan pusat. Barangkali Tan Sri Koh Tsu Koon boleh menyumbang 'fakta' yang lebih untuk meningkatkan mutu kajian tersebut. Itu pun jika beliau benar-benar ikhlas hendak menjaga khazanah bangsa memandangkan beliau sebagai bekas Ketua Menteri Pulau Pinang tentunya lebih memahami masalah menjaga warisan Melayu di Pulau Pinang. Pemimpin-pemimpin UMNO negeri juga tidak harus bersembunyi kerana merekalah yang mengaku pejuang bangsa, walau pun khazanah tinggalan Melayu di Pulau Pinang telah berdekad diabaikan.

Senario sebenar

Isu yang dibangkitkan oleh Berita Harian, sebuah lagi akhbar UMNO walau pun tidak bertaraf lidah rasmi seperti Utusan Malaysia, ialah untuk menggambarkan kepada rakyat bahawa kerajaan Pulau Pinang telah 'gagal' memulihara khazanah orang Melayu dan sejarah Islam di Pulau Pinang.

Laporan akhbar itu menyebut beberapa monumen (khazanah Melayu) seperti Rumah Tunku Kudin di Gelugor, Rumah Syed Sheikh Al Hadi di Jelutong, Rumah Agam Relau di Relau, Surau Kubang Semang di Bukit Mertajam, Batu Sempadan Jajahan Inggeris – Siam di Kepala Batas, Gudang Peluru di Bagan Jermal dan Perkuburan Muhibbah di Pulau Jerejak.

Dalam berita tersebut, ada dinyatakan bahawa terdapat 42 tempat sejarah yang lain tidak mendapat perhatian pihak berwajib (kerajaan negeri), yang lebih menumpukan kepada Tapak Warisan Dunia George Town.

Dengan kata lain, mereka mahu tempat-tempat yang disenaraikan itu juga dibangunkan seiring dengan Tapak Warisan Dunia tersebut. UNESCO telah mengisytiharkan Bandar GeorgeTown sebagai Tapak Warisan Dunia PBB pada tahun 7 Julai 2008 di Quebac City, Kanada.

Untuk memahami pembangunan Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town itu, kita harus tahu fakta sebenar iaitu. Kesemua tempat yang disenaraikan itu tidak terletak di dalam atau lingkungan kawasan tapak warisan George Town. Maka pemuliharaan kesemua tempat-tempat ini tidak ada kaitan langsung dengan projek pemuliharaan Tapak Warisan Dunia tersebut.

Peruntukan bajet khas untuk menjalankan projek tersebut, sumber utamanya adalah dari kerajaan persekutuan. Hal ini telah dijelas dan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang oleh Exco Perancang Bandar Dan Desa , Perumahan Dan Kesenian, Wong Hon Wai, berhubung pembentangan Rang Undang Undang Warisan Negeri Pulau Pinang pada 10 Mei 2011.

Ketika mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada Bajet 2009 dengan peruntukan dana berjumlah RM50 juta khusus untuk pembangunan dan pemeliharaan Tapak Warisan Dunia itu, banyak pihak sibuk membahaskan "siapa yang layak menjalankan kerja-kerja itu".

Antara ungkapan-ungkapan yang sibuk dibicarakan pada masa itu seperti:

• Perkara paling penting di sini adalah pihak yang menjalankan kerja-kerja ini harus mempunyai kepakaran sama ada NGO (pertubuhan bukan kerajaan), swasta atau kerajaan, kata Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara (JWN) Prof Emeritus Datuk Zuraina Majid;

• Tokoh sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim melihat hak mengendalikan kerja pemuliharaan kedua-dua tapak warisan dunia itu wajar diberikan kepada sektor swasta yang berpengalaman, berilmu serta berintegriti;

• Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pesatuan Sejarah Malaysia (PSM) Datuk Omar Mohd Hashim pula tidak bersetuju jika kerja pemuliharaan itu dikendalikan oleh sektor swasta dan berpendapat tanggungjawab itu harus diserahkan kepada NGO.

Dalam menentukan siapa yang layak menjaga warisan, timbul isu kontrak dan kontraktor. Memang ahli akademik dan aktivis seni budaya banyak yang jujur. Mereka sayang kepada warisan pusaka. Namun, di sekeliling mereka, ramai pula yang menanti peluang untuk merebut kontrak. Sedangkan kerajaan pusat amat liat untuk memberi peruntukan tambahan kepada Pulau Pinang yang sedang ditadbir dengan jayanya oleh Pakatan Rakyat pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lebih menjolok mata lagi, pada masa yang sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta kerajaan pusat menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) melunaskan baki peruntukan bagi menjalankan kerja-kerja pemeliharaan Bandar Melaka. Selain George Town, Bandar Melaka juga telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

'Permintaan' Mohd Ali Rustam ini juga membuktikan bahawa kerajaan negeri yang dikuasai oleh BN dengan mudah telah mendapat peruntukkan dana sebanyak RM30 juta sedangkan Pulau Pinang masih sabar menanti peruntukan, termasuk untuk usaha menjaga warisan Melayu negeri.

Pemuliharaan khazanah budaya bangsa sememangnya menjadi keutamaan kerajaan negeri Pakatan dalam konteks mewujudkan pembangunan yang seimbang. Tetapi kita juga tidak dapat menolak fakta bahawa status tanah dan hak tempat-tempat yang disenaraikan itu pun sehingga hari ini, belum selesai-selesai lagi. Dan pada hakikatnya, isu ini tidak pula timbul sewaktu Gerakan dan UMNO memerintah Pulau Pinang.

Mengapa baru sekarang dibangkitkan?

Zulkifli bohong, saya sendiri ada bersama Yusuf Qaradawi- Muhammad Nur

Posted: 21 Jun 2011 02:36 AM PDT

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen bebas, Bandar Bharu-Kulim, Zulkifli Noordin berbohong apabila menyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperdaya ulama tersohor Sheikh Yusuf Al Qaradawi.

Demikian dinyatakan sewaktu mengulas dakwaan Zulkifli yang mendakwa Qaradawi diperdaya untuk membela Anwar, seperti mana yang disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Muhammad Nur, beliau sendiri turut serta dalam pertemuan dengan Qaradhawi di Putrajaya, sewaktu ulama dunia itu hadir menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa penghujung 2009.

Malah katanya, beliau sendiri bertindak sebagai jurubahasa ketika pertemuan itu berlangsung.

"Dia berbohong kepada khalayak kerana pada waktu itu saya sendiri diminta mengiringi Anwar dan keluarga bertemu dengan Syeikh Yusuf Qaradhawi di hotel di Putrajaya sewaktu beliau hadir menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada hujung tahun 2009.

"Turut serta dalam pertemuan itu adalah Zulkifli Nordin dan peguam syariah, Kamar Ainiah," katanya yang juga bekas Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) KEADILAN.

Dalam pertemuan itu, kata Muhammad Nur, Syeikh Yusuf Qaradhawi menyatakan keyakinannya habawa Anwar tidak bersalah dan berpesan kepada Anwar agar menggunakan Qazaf bagi membersihkan nama beliau.

"Pada pertemuan itu Syeikh Yusuf Qaradhawi mengakui kebenaran berada di pihak Anwar sejak beliau mula difitnah pada tahun 1998 lagi. Beliau juga yakin Anwar dizalimi dan menjadi mangsa fitnah sejak tahun 1998 lagi.

"Qaradhawi memberikan nasihat bagaimana Anwar perlu menggunakan Qazaf untuk membersihkan nama beliau," kata Muhammad Nur.

Menurutnya lagi, ulama tersohor berkenaan tidak mungkin mengeluarkan fatwa membela Anwar tanpa mengenali keperibadian dan sosok tubuh pemimpin itu.

Tambah beliau, Qaradawi cukup mengenali Anwar sejak mereka mula bersahabat baik ketika Anwar memimpin pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia akhir 1970-an.

Malah katanya, Qaradawi juga merupakan seorang ulama yang konsisten dengan pendiriannya membela Anwar sejak dahulu sehingga kini.

"Beliau istiqamah, konsisten dengan pendiriannya dan sudah percaya dengan integriti Anwar sejak mula mengenali Anwar pada tahun 1970-an lagi, sejak Anwar mula memimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).

"Malah, Syeikh Yusof Qaradhawi sendiri pernah menyatakan yang beliau mengenali Malaysia menerusi Anwar sewaktu menyampaikan kuliah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam satu masa dahulu," kata Muhammad Nur.

Anwar tuntut kerugian 1MDB didedah, bimbang berlaku seperti PKFZ

Posted: 21 Jun 2011 02:33 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Parlimen, Perdana Menteri dan Jabatan Audit Negara mendedahkan kerugian yang ditangung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Difahamkan, dana melalui jaminan bon kerajaan persekutuan ditambah sebanyak RM10 bilion sehingga 2013, menjadikan jumlah keseluruhan RM15 bilion untuk syarikat pembangunan strategik tersebut.

"Bila disemak penyata kewangan 6 bulan pertama sehingga 30 September 2010 menunjukkan 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta dengan kos operasi untuk 6 bulan yang berjumlah RM 20.5 juta

"Pengumuman keuntungan 1MDB oleh Perdana Menteri disangsikan kerana bila diamati penyata kewangannya menunjukkan ia diperolehi melalui hasil bukan pelaburan sebenar tetapi melalui 'paper shuffling," hujahnya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) di Dewan Rakyat, hari ini.

Justeru itu, kerajaan diminta membeku segala jaminan dan usaha penerbitan bon yang dicadangkan 1MDB sehingga siasatan menyeluruh dijalankan terhadap perolehan dan transaksi syarikat itu.

Anwar turut menuntut kerajaan menahan serta menarik balik dengan segera bon jaminan yang dikeluarkan kepada 1MDB.

"Saya bimbang berlaku penipuan secara besar-besaran dalam penggunaan wang hasil penerbitan bon oleh 1MDB yang dijamin kerajaan. Ia boleh menyebabkan kerugian berbilion rnggit seperti yang berlaku dalam skandal PKFZ,"tegasnya.

1MDB ditubuhkan pada 2009 hasil transformasi Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), sebuah entiti kerajaan negeri Terengganu yang kemudian dijadikan dana kerajaan Pusat.

Sebelum ini, spekulasi tercetus apabila 1MDB dikatakan menggunakan wang royalti Terengganu bagi tujuan pembiayaan dana syarikat berkenaan.

1MDB memfokuskan pembangunan strategik dalam bidang tenaga, hartanah, pelancongan dan pertanian.

Jual pelaburan kepada PIS

Anwar mendedahkan 1MDB memperoleh keuntungan sebanyak RM615 juta melalui jualan balik pelaburan hasil usaha sama dengan Petro Saudi International Limited (PIS) yang dikenali sebagai 1MDB Petro Saudi Limited dengan jumlah pelaburan RM 3.5 bilion yang dibayar secara tunai.

1MDB menjual semula pelaburannya kepada PIS dengan nilai RM 4.1 bilion.

Menurut laporan firma audit, KPMG, ia tidak dapat memberi kepastian kedudukan sebenar kewangan PSI sama ada hutang RM 4.1 bilion yang tertunggak dapat diperolehi dari mereka.

"Saya mahu Perdana Menteri menjelaskan sama ada bayaran RM 4.1 bilion ini dibuat secara ansuran untuk 11 tahun atau yang ditangguhkan untuk 11 tahun, atau dalam bentuk lain seperti 'loan stock', 'cenvertible stock' atau kaedah lain.

"PSI dan syarikat sekutunya diperbadankan di Cayman Islands dan British Virgin Islands, maka segala maklumat kedudukan kewangan dan transaksi syarikat mereka akan terselindung dari pengetahuan umum," katanya.

"Bagaimana kerajaan memberi jaminan atas penerbitan bon 1MDB tanpa rujukan kepada penyataan kewangan dalam syarikat yang mereka labur?" soalnya.

Anwar desak tarif elektrik ditangguh, perjanjian PPA disemak

Posted: 21 Jun 2011 02:32 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi desakan supaya kerajaan menangguhkan kenaikan tarif elektrik dan mengkaji semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan penjana Tenaga Bebas (IPP).

Menurut Anwar, kenaikan tarif elektrik bukan sahaja melibatkan kenaikan bil penggunaan, tetapi juga kenaikan kos pengeluaran dan harga barangan pengguna.

"Begitu juga kenaikan harga disel akibat penarikan subsidi baru-baru ini yang merupakan nadi pengeluaran dan pengedaran (barangan)," kata Anwar ketika perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011 di parlimen hari ini.

Ketika perbahasan tersebut, Anwar mendedahkan bahawa semasa mengetuai kementerian Kewangan, beliau tidak bersetuju cadangan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mewujudkan IPP.

Menurutnya, beliau bersetuju dengan pandangan Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu, Tan Sri Clifford Herbert bahawa syarat perjanjian itu tidak adil dan EPU diarahkannya untuk mengkaji semula keputusan tersebut.

Katanya, TNB yang merupakan 'pembeli' terpaksa menghentikan operasi mereka untuk memberi laluan kepada 'pembekal', iaitu IPP untuk menjana tenaga pada kadar kapasiti penuh, termasuk rizab 40 peratus yang dianggap tidak munasabah.

"TNB menyatakan EPU pada ketika itu memaksanya untuk bersetuju dengan harga jualan tenaga kepada IPP. Ia dibantah kerana TNB menyatakan bahawa mereka berkeupayaan untuk menjana tenaga dengan lebih murah dan efisyen.

"Petronas diminta menjual tenaga kepada IPP khususnya YTL dengan harga yang murah, dan YTL menjual kepada TNB dengan harga yang mahal. Petronas dan TNB membantah perkara ini kerana merugikan wang Petronas dan negara," jelas Anwar

Peningkatan 15 peratus belanjawan

Dalam pada itu Anwar berkata, belanjawan tambahan berjumlah RM 13.2 bilion yang digunakan hanya selepas tiga bulan pusingan belanjawan, menunjukkan bahawa tidak mustahil peningkatan 15 peratus belanjawan menjelang akhir tahun.

"Ini menimbulkan tanda tanya berhubung keupayaan negara untuk merangka belanjawan negara. Sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya mestilah mentadbir secara cekap, berwibawa dan demokratik.

Peningkatan peratusan hutang negara dari KDNK pada kadar 54 peratus menunjukkan Malaysia tidak boleh mengambil risiko kehilangan keyakinan pelabur terutamanya dan bon kerajaan.

"Peningkatan perbelanjaan belanjawan berlaku akibat dari tindak balas pergerakan harga komoditi yang buruk. Namun, anehnya adalah peningkatan emolumen sebanyak 5 peratus, sedangkan ia sepatutnya mudah untuk diunjurkan,"

"Saya khuatir kegagalan kerajaan untuk membuat unjuran tepat tidak berupaya menjelaskan belanjawan dan lemah dalam mengurus ekonomi. Kita perlu mengambil iktibar dari kegagalan negara akibat kecuaian pengurusan dan memutarbelit angka petunjuk ekonomi seperti yang berlaku di Greece," hujah Anwar.

Emolumen guru, doktor tertinggal dalam belanjawan 2011

Posted: 21 Jun 2011 02:30 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.01 bilion yang diperuntukkan dalam belanjawan tambahan berjumlah RM 13.2 bilion digunakan bagi menampung kekurangan emolumen pada tahun 2011 untuk pegawai perubatan pelbagai gred dan skim.

Ia termasuk RM1.3 bilion emolumen yang sepatutnya dibayar untuk kakitangan awam di bawah kementerian pelajaran iaitu untuk guru serta kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Diploma.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011 di parlimen hari ini.

"Peningkatan perbelanjaan belanjawan berlaku akibat dari tindak balas pergerakan harga komoditi yang buruk. Namun yang dimusykilkan adalah peningkatan sebanyak 5 peratus emolumen sedangkan ianya sepatutnya mudah untuk diunjurkan.

"Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan," ujar Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Menurutnya, beliau khuatir kegagalan membuat unjuran yang tepat, tidak berupaya menjelaskan perbelanjaan belanjawan dan kelemahan mengurus ekonomi akan meletakkan negara dalam keadaan sukar.

"Kita perlu mengambil iktibar dari kegagalan negara akibat kecuaian pengurusan malah juga memutarbelitkan angka petunjuk ekonomi seperti mana berlaku di Greece," tegas Anwar.

Menurutnya, belanjawan tambahan itu juga mewakili peningkatan 8.2 peratus daripada belanjawan asal 2011 sebanyak RM162.8 billion, selepas hanya tiga bulan pusingan belanjawan tahun ini selesai.

Justeru itu katanya, tidak mustahil menjelang akhir tahun ini, peningkatan belanjawan kemungkinan mencecah 15 peratus.

"Ini menimbulkan suatu tanda tanya berhubung keupayaan kerajaan untuk merangka belanjawan negara, yakni salah satu tugas asas mengurus ekonomi negara selain memunculkan persoalan terhadap keupayaan mereka untuk membuat unjuran, penjelasan atau bertanggungjawab dan mengurus perbelanjaan yang telah diluluskan dalam Dewan Yang Mulia ini," kata Anwar.

Di bawah peruntukan mengurus bagi bajet 2011, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap, RM1.4 bilion untuk Pembelian Aset dan RM1.2 bilion lagi bagi perbelanjaan lain

Rapat Anak Muda: AMK optimis jayakan ke setiap negeri

Posted: 21 Jun 2011 02:29 AM PDT

KEADILAM DAILY

Sebuah kumpulan Indipenden, Orkes Rakyat Tertindas, menyampaikan lagu-lagu perjuangan ketika Rapat Anak Muda di Shah Alam Santu lalu


KUALA LUMPUR: Susulan kejayaannya menganjurkan program Rapat Anak Muda 13.0 di Shah Alam Sabtu lalu, Angkatan Muda KEADILAN optimis untuk menjayakan program seumpama itu ke seluruh negara.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, ia sebagai langkah melipatgandakan usaha untuk terus memenangi hati golongan muda bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sabtu lalu, program berkenaan yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Shah Alam, berjaya mengumpulkan hampir 1,000 perwakilan AMK dari setiap cabang dan negeri.

Selain memfokus agenda AMK, program tersebut turut diserikan dengan persembahan pentas oleh anak muda seperti nyanyian, sketsa dan bacaan puisi.

Menurut Shamsul, selain objektifnya untuk mempertemukan golongan muda, ia juga bertujuan memperkuatkan jentera pilihan raya AMK.

"Program ini adalah untuk menumpukan kepada pilihan raya akan datang, kita akan lebih fokus kepada kawasan Parlimen yang sudah dikuasai dan ditandingi KEADILAN.

"Ini bertujuan membantu gerak kerja parti bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN), kita berharap dengan adanya program ini dapat menggerakkan AMK dengan lebih baik bermula daripada peringkat bawah," kata beliau.

Katanya, anak muda melalui AMK akan diperkasakan supaya mereka diberi peranan menjadi ejen kepada akar umbi dalam membantu kempen pilihan raya diperingkat cabang dan ranting KEADILAN.

"Sewaktu pilihan raya adalah penting untuk jentera termasuk polis ejen dan ejen mengira undi, ini yang kita mahu anak muda diberi pendedahan yang khusus kerana kita perlukan jentera yang kuat," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai kolaborasi dengan NGO anak muda mahupun kumpulan mahasiswa, Shamsul berkata kerjasama itu telah diaplikasi lebih awal dengan bebeberapa program melibatkan golongan itu.

"Jaringan dengan NGO tetap berterusan, sebagai contoh penganjuran Himpunan Mahasiswa Selangor dan Dialog Profesional Muda yang diadakan baru-baru ini," kata beliau.

Tarik talik RUU Perbadanan Pembangunan Kg Baru- Salahuddin

Posted: 21 Jun 2011 02:28 AM PDT


KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar didesak menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUU PPKB 2010) yang akan dibacakan buat kali kedua di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, penduduk mengemukakan bantahan berhubung RUU berkenaan yang jelas memanipulasi, menindas dan akhirnya bertujuan merampas hak mereka.

Salahuddin bersama wakil pemilik dan pewaris tanah kampung berkenaan yang hadir di parlimen hari ini, menegaskan bahawa mereka menolak sebarang cadangan penubuhan PPKB, sekaligus RUU PPKB 2010.

Menurutnya, terdapat beberapa butiran yang kabur dan wujud muslihat berhubung pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang berkenaan.

Antaranya, pembatalan untuk memansuhkan Lembaga Penempatan Pertanian Melayu (MAS) yang menimbulkan persoalan mengenai fungsi dan peranannya.

Manakala keanggotaan perbadanan itu juga ditambah bagi jawatan Timbalan pengerusi yang tiada dalam RUU asal dan dua wakil tuan tanah diganti dengan lima wakil NGO.

Selain itu, katanya, pindaan itu juga menyentuh mengenai peranan majlis penasihat dan penarikan Akta Pengambilan Tanah yang juga dianggap kabur.

"Kami Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) mambawa mesej ini daripada pemilik dan pewaris tanah.

"Apa sahaja yang berkaitan tanah Kampung baru hendaklah mengambil kira kepentingan dan persetujuan pemilik dan pewaris tanah Kampung baru dan bukannya wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepentingan sendiri," kata Salahuddin ketika sidang media di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan mewujudkan Perbadanan Kampung Baru sedangkan ia sebelum ini ditadbir oleh MAS.

"Persoalannya, jika Kampung Baru sudah mempunyai satu institusi pentadbiran yang sah, kenapa perlu satu Perbadanan baru diwujudkan melalui RUU PPKB 2010 ini?

"Kenapa tidak dibangunkan Kampung Baru melalui Lembaga Pentadbiran MAS yang sudah mempunyai kuasanya yang sah," kata beliau.

Sementara itu, wakil penduduk, Muhd Noor Hassan yang hadir bersama sekumpulan pemilik tanah Kampung Baru turut meluahkan kekesalannya dengan RUU PPKB 2010.

"Menteri tipu kami, dia masukkan rang undang-undang yang tidak dipinda ini masuk ke parlimen, dengan tidak memberitahu kami langsung, lepas itu beritahu 95 peratus pemilik bersetuju, itu semua penipuan.

"Kami sudah dapat pemilik dan pewaris seramai 300 orang tandatangan bantahan, kami tidak bersetuju dengan cara mereka buat," katanya.

BN takut, guna SPR untuk halang Perhimpunan Bersih- Tian Chua

Posted: 21 Jun 2011 02:26 AM PDT

KEADILAN DAILY

Kuala Lumpur: Pelawaan Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertemu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), adalah usaha terakhir Umno BN menghalang perhimpunan yang dianjurkan NGO itu, 9 Julai depan.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, BN bimbang dengan perhimpunan tersebut, yang dijangka mengumpulkan ratusan ribu rakyat untuk turun ke jalan bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya.

"BN kini sudah takut dan gentar sehingga menggunakan SPR untuk membatalkan perhimpunan tersebut walhal Bersih tidak dihasut mana mana pihak sebaliknya ia sememangnya keinginan rakyat sendiri (Untuk menuntut pilihan raya bebas)," katanya.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mempelawa gabungan itu untuk berbincang mengenai pembaharuan yang ingin dilaksanakan, dengan syarat NGO itu membatalkan perhimpunan yang ingin dianjurkan.

Bagaimana pun, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, ia sudah terlambat untuk mengadakan pertemuan kerana SPR dan kerajaan sebelum ini tidak pernah mengendahkan semua tuntutan mereka.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, tindakan SPR itu juga jelas menunjukkan suruhanjaya itu tidak bebas dan mempunyai pemikiran yang mewakili pendirian politik pemerintah.

"SPR tidak mempunyai hak untuk menyuruh kami membatalkan perhimpunan ini dan mereka tidak perlulah memainkan peranan politik" tegasnya ketika dihubungi oleh Keadilandaily.com

Tegas Tian Chua, Perhimpunan Bersih adalah bertujuan untuk menyedarkan SPR dan BN agar memenuhi semua tuntutan bagi mengadakan pilihan raya yang telus dan adil, menjelang PRU-13.

"Dengan itu mereka perlulah menjalankan tugas mereka dengan adil dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik," tambah beliau.

Bersih 2.0 akan mengadakan perhimpunan aman pada 9 Julai depan, menuntut 8 perkara dan meminta campurtangan Yang Di Pertuan Agung bagi reformasi sistem pilihan raya.

Ia adalah membersihkan senarai pengundi, reformasi undi pos, pengunaan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuhkan institusi awam, menghapuskan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Himpunan Bersih yang pertama kali diadakan pada November 2007, menyaksikan kebangkitan rakyat secara besar-besaran- menjadi antara faktor lima negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat pada PRU 8 Mac 2008.

Perhimpunan BERSIH-Satu Transformasi Demokrasi?

Posted: 21 Jun 2011 02:23 AM PDT

Staff Berita Semasa


bersih 2.0 Perhimpunan BERSIH Satu Transformasi Demokrasi?


Sebagai sebuah negara yang bertunjangkan fahaman demokrasi, adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai rakyat Malaysia untuk memurnikannya.Dan Perhimpunan BERSIH adalah pertubuhan NGO yang menjadi peneraju transformasi ke arah demokrasi yang lebih baik.

Tidak dapat dinafikan dalam keghairahan parti politik yang memerintah untuk terus mengekalkan kuasa, dengan sengaja atau tanpa mereka sedari, telah mencabul beberapa prinsip asas demokrasi supaya kemenangan dalam pilihanraya sentiasa berpihak kepada mereka. Demokrasi bukan sekadar cukup dengan mengadakan piliharanraya bagi setiap 5 tahun sekali sahaja, tetapi mesti juga didokong oleh rukun-rukunnya supaya demokrasi itu dapat berfungsi seperti yang sepatutnya.

Kalau demokrasi telah dicabul, demi untuk memastikan keputusan undi dapat dimanipulasi agar berpihak kepada parti yang memerintah, bagaimana mungkin parti pemerintah akan boleh dikalahkan melalui piliharaya?

bersih Perhimpunan BERSIH Satu Transformasi Demokrasi?

Perhimpunan BERSIH yang tengah heboh diperkatakan, bakal diadakan pada 9 Julai 2011 (Sabtu) jam 2.00 petang telah menyenaraikan 8 tuntutan kepada parti yang memerintah Malaysia (BN), sebagai langkah untuk memurnikan demokrasi di negara ini. Apa tuntutan BERSIH ? Ada 8 perkara :

  1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
  2. MENREFORMASI UNDI POS
  3. GUNA DAKWAT KEKAL
  4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
  5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
  6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
  7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
  8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Kalau diperhatikan, lapan tuntutan yang dibuat oleh BERSIH itu memang sangat wajar demi memulihkan kemurnian demokrasi di negara kita ini. Pihak mana pun tidak akan ada alasan untuk tidak dapat menerimanya atau untuk menolaknya, kecuali kalau parti pemerintah (BN) bimbang akan kehilangan kuasanya.

Tidak ada sebab BERSIH ditakrifkan perhimpunan haram,semata-mata tuntutannya dikatakan menggangu-gugat kuasa kerajaan sedia ada. Lapan tuntutan itu tidak sama sekali akan menyusahkan rakyat jelata, malah akan memberi banyak kebaikan kepada mereka.Tuntutan 8 perkara ini adalah tuntutan asas demokrasi yang menjadi kehendak semua rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik, kaum dan agama.

Kami percaya, perhimpunan BERSIH ini bukan sahaja mendorong orang Melayu untuk menyertainya, tetapi pasti akan disertai juga oleh orang Cina, India dan lain-lain kaum. Kerana ini bukan merupakan tuntutan bagi faedah satu-satu kaum, tetapi adalah tuntutan yang sejagat, tuntutan fitrah manusia.

Dalam suasana dunia sekarang ini, berkonfrantasi dengan pendemontsran jalanan ini bukanlah pilihan yang sesuai.Pemimpin sekarang tidak perlu takut kalau anda betul-betul menunaikan kewajipan anda.Kalau takut, faham-faham sendirilah.

Anwar Desak Najib Jelaskan Urusan Tunai RM3.5 Bilion 1MDB

Posted: 21 Jun 2011 02:21 AM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz


KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak tentang hubungan "akrab" antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International Limited sehingga mengeluarkan dana secara tunai berjumlah RM3.5 bilion.

Menurut Anwar, kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib juga bercanggah dengan laporan audit yang dikeluarkan oleh KPMG bersabit pelaburan pembangunan tanah pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang mahu dinaik taraf menjadi Bandar Malaysia.

"Isunya kerana bayaran pelaburan yang dibuat oleh 1MDB, RM3.5 bilion kepada Petro Saudi International Limited secara tunai. Jadi saudara bayangkan, ini kerjasama yang paling hebat dalam dunia, (urusan) tunai," kata beliau pada sidang media di parlimen tadi.

Malah Anwar sebelum itu di Dewan Rakyat berhujah, penyata kewangan enam bulan pertama sehingga 30 September 2010 menunjukkan 1MDB mengalami kerugian RM158.3 juta dengan kos operasi enam bulan sebanyak RM20.5 juta.

Justeru ujarnya, pengumuman keuntungan 1MDB oleh Najib disangsikan kebenarannya apatah lagi dana melalui jaminan bon kerajaan persekutuan ditambah sebanyak RM10 bilion sehingga 2013, menjadikan jumlah keseluruhan RM15 bilion untuk syarikat pembangunan strategik tersebut.

Sebelum ini pada 2009, Anwar menimbulkan kesangsian terhadap keuntungan RM425 juta yang diuar-uarkan 1MDB pada tahun pertama pengoperasiannya selepas syarikat itu diberikan wang permulaan berjumlah RM5 bilion melalui bon kerajaan pada ketika itu.

Anwar turut mendakwa kerajaan tidak menyatakan sebarang jaminan terhadap kepentingan rakyat yang melibatkan hartanah paling berharga di ibu negara yang dipercayai boleh menjana pulangan ekonomi berpuluh bilion ringgit.

Sehubungan dengan itu beliau sekali lagi menimbulkan persoalan tentang syarikat PetroSaudi yang didaftarkan di Cayman Islands dan British Virgin Islands, di mana kedua-dua tempat itu merupakan kawasan bebas cukai.

Jelas menurutnya, perjanjian antara kedua-dua buah syarikat tersebut cuba untuk diselindungi melalui kepentingan yang dirahsiakan.

"(Maklumat) daripada laporan KPMG melalui akaun yang diaudit. Kami juga cari sebab tanggapan yang diberikan kepada umum di mana PetroSaudi yang bertapak di Saudi dan sebab ianya merupakan syarikat luar negara, kita ada masalah (mendapatkan maklumat)," jawab beliau kepada wartawan.

Beliau kemudian menyatakan bahawa projek seumpama ini seharusnya mempunyai ketelusan kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat tempatan khususnya bekas pegawai tentera dan beberapa syarikat berkepentingan Bumiputera.

Jelasnya lagi, kaum Bumiputera juga harus diberi keutamaan di samping pelaksanaan tender terbuka bagi membolehkan rakyat tempatan bersaing bagi meraih keuntungan melalui projke-projek berkenaan.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu kemudian menyifatkan pembayaran secara tunai melibatkan usahasama kedua-dua syarikat itu tidak pernah berlaku dalam sejarah perjanjian antara syarikat.

Justeru beliau tidak menolak kemungkinan berlaku ketidaktelusan selain kerajaan tidak bersikap adil kepada golongan yang berhak dan layak menyertai pembidaan tender itu.

BERSIH 2.0 : Apa Saja Ancaman, Rakyat Tekad Turun Ke Jalan-AMK

Posted: 21 Jun 2011 02:20 AM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan rakyat tetap akan turun ke jalan pada 9 Julai ini, biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai ugutan dan ancaman, tegas Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

"Biar apa jua keadaan yang mendatang, AMK akan terus berada di barisan hadapan untuk membawa rakyat merempuh sistem pilihanraya yang tidak telus melalui Perhimpunan Bersih 2.0 kelak," tegasnya dalam satu kenyataan lewat petang semalam.

Khairul berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dibuat secara berangkai oleh Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa dan pihak polis mengenai perhimpunan tersebut, yang jelas menunjukkan kedangkalan dan sikap tidak matang mereka berdepan suara rakyat.

Khairul yang juga dikenali sebagai Jonah mengingatkan perhimpunan Bersih 2.0 adalah hak rakyat untuk berhimpun secara aman bagi menuntut perjalanan pilihan raya yang lebih adil dan telus, selaras peruntukan perlembagaan.

"AMK menyarankan kepada Pemuda Umno dan Perkasa agar tidak membuang masa dengan mengugut rakyat. Jangan memperbodohkan rakyat dengan sistem yang menindas, sebaliknya belajarlah berhadapan dengan kuasa rakyat secara bermaruah," katanya.

Tegasnya, perhimpunan itu bertujuan untuk memperbaiki sistem Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan menuntut kerajaan supaya lebih peka terhadap keperluan perjalanan pilihanraya yang adil untuk semua pihak.

"AMK ingin membalas semua 'kerisauan' yang ditimbulkan oleh Umno, Perkasa, dan Polis ini dengan satu pertanyaan sahaja: "mengapa mereka perlu takut denganperhimpunan Bersih 2.0 sekiranya mereka yakin sistem Pilihanraya yang diselenggara oleh SPR di Malaysia benar-benar telus dan bersih?,"soalnya.

Malah, sistem pilihanraya yang adil dan telus bukan untuk menguntungkan PKR ataupun rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia menguntungkan rakyat kerana suara mereka diterjemahkan dengan betul tanpa sebarang manipulasi.

Pemuda Umno dan Perkasa sebelum ini menyatakan hasrat untuk turut sama mengadakan perhimpunan pada tarikh dan masa yang sama bagi menyokong sistem pilihan raya di negara ini.

Ia disusuli dengan kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang memberi amaran kepada kaum Cina supaya 'membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah' jika perhimpunan itu tidak dihentikan.

Malah pertubuhan pelampau itu turut memberi ancaman kepada Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dengan menyatakan beliau sebagai 'Wanita Hindu yang berbahaya'.

Ruang Penipuan UMNO Terhad Jika BERSIH 2.0 Berjaya, Kata Badrul

Posted: 21 Jun 2011 02:17 AM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz



KUALA LUMPUR : Isu keselamatan negara bukan faktor utama kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) membantah perhimpunan besar-besaran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai ini.

Namun menurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, kerisauan dan pelbagai bantahan yang timbul berikutan kekhuatiran rejim Umno bahawa ruang penipuan dalam pilihan raya oleh parti itu semakin terhad.

Apatah lagi, jika perhimpunan BERSIH 2.0 kali ini mampu menarik serta memberi kesedaran kepada ratusan ribu rakyat Malaysia akan ketidak telusan sistem pilihan raya di negara ini.

Justeru Badrul berkata, tidak timbul sebarang niat untuk mencetuskan rusuhan pada perhimpunan yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai depan.

Sebaliknya kata Badrul, ia merupakan jalan terakhir kepada tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili majoriti rakyat sekali gus memandang serius perkara tersebut.

Tegasnya lagi, himpunan besar-besaran itu perlu diteruskan kerana pelbagai dialog dan perbincangan yang diadakan bersama kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mendapat respon yang menggalakkan, sebaliknya ia terus dimanipulasi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada April lalu.

"Tetapi hakikatnya hari ini Umno telah menunjukkan bahawa itu bukan isunya kerana mereka juga akan turut berhimpun. Adakah ini juga akan menyebabkan kemusnahan? Ternyata tidak. Umno takut apabila rakyat sedar dan mendesak pilihan raya yang bersih dan adil sekali gus akan memusnahkan rejim itu sendiri kerana mereka memperolehi kemenangan secara penipuan," katanya.

"Kita tidak mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya. Kita tetap berpaksikan kepada peti undi. Tetapi hakikatnya kita perlu turun ke jalan raya untuk memastikan pilihan raya itu adil dan bersih," kata beliau kepada Tv Selangor.

Perhimpunan Bersih 2.0 kali ini diketuai oleh bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dengan menggariskan lapan tuntutan kepada SPR dan kerajaan untuk mengangkat amalan demokrasi melalui pilihan raya yang adil dan bersih.

Namun program itu mendapat reaksi negatif pelbagai pihak terutamanya pro Umno-BN yang menyifatkan ia sebagai usaha untuk menentang kerajaan selain berniat untuk menanam kebencian kepada parti pemerintah.

Malah beberapa NGO pro kerajaan akan turut sama mengadakan perhimpunan pada tarikh dan masa yang sama bagi menyokong sistem pilihan raya di negara ini.

Ia disusuli dengan kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang memberi amaran kepada kaum Cina supaya 'membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah' jika perhimpunan itu tidak dihentikan.

Badrul kemudian menjelaskan bahawa desakan BERSIH 2.0 kali ini lebih relevan, dan beliau turut menyentuh salah satu tuntutan yang mendesak SPR menggunakan dakwat kekal.

Beliau mendakwa kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit hanya untuk membekalkan pen dakwat kekal.

Bagaimanapun, ia tidak digunakan sewaktu pilihan raya yang lalu hanya kerana perisikan menyatakan bahawa BN akan hilang kuasanya jika mengguna pakai pen dakwat kekal.

Mengulas lanjut kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi minggu lalu yang mengakui kekuatan Pakatan Rakyat (PR) di lima buah negeri termasuk Perak, Badrul berkata, ia disifatkan sebagai umpan bagi membolehkan gagasan itu berasa selesa menjelang pilihan raya umum ke 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Sebaliknya ujar Badrul, barisan kepimpinan perlu sentiasa bersedia dan tidak lalai dengan pujian yang diajukan kerana ia lebih disifatkan sebagai satu usaha bagi mengalihkan fokus PR untuk menawan Putrajaya daripada Umno-BN.

"Kita memang mahu ambil alih Putrajaya tapi pra-syarat penting harus mempertahankan kubu kita dahulu dan jangan layan respon rejim pemerintah ini kerana mereka cuba mengalih tumpuan isu sebenar," katanya lagi.

Bersih 2.0 : PAS S'gor Sasar Separuh Ahlinya Sertai Himpunan

Posted: 21 Jun 2011 02:16 AM PDT

Ditulis oleh Salmiah Drahsin


SHAH ALAM N : PAS Selangor menjangkakan lebih separuh daripada 72,000 anggotanya akan menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan.

"Kita ada 72,000 ahli di Selangor. Paling minima 50,000 akan keluar (berhimpun). Kita sudah arah keluar tanpa kecuali," kata setiausaha PAS negeri Khairudin Othman.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana mobilisasi anggotanya itu akan dibuat.

"Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana," katanya ketika ditanya sama ada parti itu menyediakan bas untuk membawa anggotanya.

Dalam pada itu, amaran diberikan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya tidak melakukan sebarang provokasi pada perhimpunan itu nanti.

Pada hari sama, Pemuda Umno juga akan mengadakan himpunan.

"Perkasa jangan cuba buat provokasi, jangan anggap orang yang turun ke jalanan adalah orang tidak bertamadun.

"Berdasarkan sejarah, demonstrasi yang dianjurkan PAS tidak pernah berlaku kekecohan dan pada himpunan Bersih yang lalu ia berjalan dengan aman dan tidak ada satu pasu pun yang pecah," kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.

WAJAH Tarik Minat Wanita Luar Bandar

Posted: 21 Jun 2011 02:14 AM PDT

Ditulis oleh Radzi Razak


PETALING JAYA : Wanita Parti Keadilan Rakyat hari ini mengumumkan penubuhan Wanita Keadilan Jelajah Kampung (WAJAH) yang bertujuan untuk menarik sokongan wanita luar bandar terhadap Pakatan Rakyat.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, program ini merupakan kesinambungan ucapan dasar beliau sewaktu Kongres Nasional Tahunan Keadilan tahun lalu yang memberi penekanan kepada strategi, inisiatif dan idea wanita PKR.

Menurut Zuraida, wanita yang merangkumi hampir 50 peratus pengundi di negara ini dahagakan informasi terhadap perkara sebenar yang berlaku di negara ini lantaran kekangan media Umno-Barisan Nasional.

"WAJAH merupakan suatu strategi, insiatif dan idea dari pimpinan Wanita Keadilan Selangor yang berasaskan kaedah jelajah yang merangkumi seluruh kelompok pengundi dan lokaliti dari luar bandar, FELDA, estet, ladang sehingga ke kelompok orang asal," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Zuraida menganggap pembangunan wanita di negara ini tidak selaras dengan kemajuan pembangunan negara berdasarkan kepada indeks Jurang Jantina Global 2010 yang dibentangkan di Forum Ekonomi sedunia baru-baru ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menilai jurang pencapaian wanita dari pelbagai sudut seperti pencapaian ekonomi, pendapatan, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya, mendapati Malaysia hanya menduduki tangga ke 101 dari 132 negara.

Menurut beliau, WAJAH berbeza dengan skuad Sayang yang digunakan oleh Umno yang lebih menggula-gulakan rakyat luar bandar dengan sumbangan dari Kerajaan Pusat dan bukannya insiatif dari parti Umno demi pencerahan politik dan maklumat kepada rakyat.

"Pendekatan WAJAH berbeza kerana ia berikan ilmu pengetahuan. Jadi ini amat dihausi oleh Wanita di Malaysia seperti mana kita lihat bajet tambahan semalam, Kementerian Wanita 30 peratus, mereka memperoleh lebih kurang RM 458 juta dan disasarkan untuk beri sumbangan kepada OKU, orang susah, ibu tunggal dan sebagainya. Jadi ini mainan politik Umno guna duit rakyat untuk beri sumbangan bawah nama Wanita Umno.

"Wanita keadilan berganjak dari arah itu, dan kami memfokuskan lebih kepada maklumat dan ilmu untuk beri perubahan hidup dan kualiti dan main peranan sebagai rakyat Malaysia," tegas Zuraida.

Sementara itu, menurut naib ketua wanita Keadilan, Haniza Talha pula, pelancaran WAJAH akan dijalankan serentak di semua 13 negeri dan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 2 Julai ini.

Pelbagai program telah disusun untuk mendekati penduduk luar bandar bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam arus politik dan pembangunan negara dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Parti Pakatan Rakyat dan pimpinan tempatan yang lain.

"Pendekatan kita adalah pimpinan akan turun sekali mendengar rintihan penduduk. Pendekatan dinamik ini kerana BN jarang turun bergaul bersama rakyat. Perkara ini tidak asing bagi kami kerana sebelum ini pemimpin kami juga rakyat. Kita dengar sendiri semua pendapat mereka," kata beliau.

Pak Samad : Sejarah Buktikan Demonstrasi Jalanan Capai Matlamat

Posted: 21 Jun 2011 02:05 AM PDT

Ditulis oleh Radzi Razak



KUALA LUMPUR : Hasrat merealisasikan demokrasi tulen di negara ini boleh dijayakan melaluinya turunnya rakyat ke demonstrasi-demonstrasi jalanan, kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Menurut beliau, sejarah membuktikan betapa perubahan boleh dicapai apabila rakyat turun secara beramai-ramai untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai polisi yang dibawa oleh sesebuah kerajaan.

"Itu orang kata, (tapi) mana-mana demonstrasi pun, mesti turun ke jalan raya. Takkan nak duduk dalam dewan saja kan? Ini fenomena dunia dan saya fikir kalau tak di jalan raya takkan berhasil," kata beliau kepada TV Selangor selepas Majlis Pelancaran Bersih 2.0 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendapat bahawa demonstrasi jalanan bukan merupakan budaya demokrasi di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein sebelum ini mencadangkan agar Bersih 2.0 melakukan himpunan di stadium atau tempat tertutup lain.

Bagaimanapun Datuk A. Samad Said atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad menyatakan, hal itu tidak tepat dan bersesuaian dengan agenda tuntutan perubahan mereka.

Malah ketika memberi ucapan ringkas perasmian Bersih 2.0, beliau menyampaikan sepotong Ucapan dari bekas gabenor Massachusetts yang membawa kepada kemerdekaan Amerika dari jajahan kolonial British.

"200 tahun lalu, tokoh Amerika Samuel Adams dan kelompok kecil telah menumpahkan teh di pelabuhan Boston. Samuel berkata, ia tidak memerlukan majoriti untuk berjaya, tetapi minoriti yang bekerja terus dan tanpa penat untuk menyalakan unggun semangat.

"Kita nyalakan unggun api itu malam ini," tegas beliau disambut dengan laungan semangat para hadirin.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis pelbagai NGO bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007, pada 9 Julai hadapan.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Justeru menurut beliau, permintaan rakyat untuk lapan tuntutan Bersih seharusnya dihormati oleh pihak berwajib.

"Saya fikir dalam demokrasi mesti ada benda yang tak lengkap, mesti dilengkapkan. Jadi saya fikir lapan tuntutan ini waraslah dan wajar dilaksanakan." ujar beliau.

'Hasutan': KJ mahu Ibrahim Ali disiasat

Posted: 21 Jun 2011 02:00 AM PDT

S Pathmawathy

Amaran yang disuarakan presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan "perkauman, menghasut dan berbahaya," kata ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Khairy juga berkata tindakan perlu dikenakan ke atas Ibrahim kerana amaran tersebut jelas merupakan satu ancaman kepada negara.

NONESetidak-tidaknya, Ibrahim perlu disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kata Khairy lagi yang turut menyatakan bahawa amaran ahli parlimen Pasir Mas itu tidak mewakili pandangan daripada majoriti masyarakat Melayu.

Khairy berkata demikian ketika bercakap dalam satu sidang media di Parlimen hari ini apabila mengulas laporan memetik kenyataan Ibrahim Ali yang membayangkan bahawa keadaan huru-hara akan berlaku sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 tidak dihentikan.

Ibrahim dipetik sebagai berkata: "Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

"Apa sahaja boleh berlaku," katanya.

Keputusan kerusi MP Tian Chua minggu depan

Posted: 21 Jun 2011 01:54 AM PDT

Joseph Sipalan


Keputusan status ahli parlimen Batu Tian Chua di Dewan Rakyat akan diputuskan minggu depan, kata speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07Pandikar berkata pihaknya telah menghubungi Pejabat Peguam Negara untuk nasihat berhubung implikasi hukuman denda RM2,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Chua kerana menghalang tugas polis ketika menghadiri demonstrasi.

Beliau merujuk soalan dari Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) hari ini mengemukakan surat menuntut penjelasan status Chua setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan sebelum ini.

Menurut Ibrahim, Chua sepatutnya dilucutkan haknya sebagai ahli parlimen kerana perlembagaan persekutuan dengan jelas menyatakan mana-mana ahli hilang kelayakkannya jika didenda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah.

Pandikar mengakui beliau menerima surat daripada Ibrahim dan juga surat daripada peguam Chua bagi menjelaskan kedudukan ahli parlimen itu berikutan keputusan mahkamah.

Beliau bagaimanapun tidak membenarkan perdebatan diteruskan dan berkata sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan sama ada di dalam ataupun di luar dewan tidak akan dilayan.

NONE"Kesilapan saya apabila sya mula-mula terima jawatan ini adalah saya memberi kenyataan apabila ditanya mengenai sesuatu isu (di luar Dewan). Tetapi saya sedar peranan saya juga seperti seorang hakim, jadi tolong jangan tanya saya (di luar) kerana saya tidak akan buat kenyataan," kata Pandikar.

"Buat masa ini, saya sedang mengkajinya (isu Chua). Saya telah baca apa yang dikatakan oleh hakim Mahkamah Tinggi dan juga keputusan Mahkamah Rayuan. Parlimen secara rasmi telah menghubungi Pejabat AG untuk mendapatkan pandangannya. Insya Allah saya akan keluarkan kenyataan minggu depan."

Sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya 17 Jun tahun lalu bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu.

Dalam penghakiman 18 dokumennya, hakim itu memetik sebahagian penghakiman hakim Mahkamah agung, Tan Sri Gunn Chit Tuan yang berkata "Tidak kurang dari" seharusnya membawa maksud "lebih daripada".

Ibrahim 'bangga' dengan desakan beliau ditangkap

Posted: 21 Jun 2011 01:52 AM PDT

MALAYSIA KINI


"Saya merasa sungguh hebat," kata presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas bidasan yang diterimanya daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan yang mahu beliau diheret ke mahkamah mengikut Akta Hasutan.

NONEDalam kenyataan mediannya menerusi SMS, Ibrahim berkata beliau menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan penasihat DAP Lim Kit Siang yang membidasnya hanya berdasarkan laporan sebuah portal berita.

"Mereka tidak peduli semak apa kenyataan bermaksud saya kata masa sidang akhbar... yang penting ada peluang mereka mahu belasah saya.

"Bagi Lim Lim Kit Siang tidak ada apa nak dihairankan. Bagi dia, saya ibarat lembu tua yang kalau direbus pun tidak lembut lagi... Manakala Malaysian Insider cari Khairy untuk kecam saya sebab kita tahu hubungan mereka," kata Ibrahim yang merupakan ahli parlimen Pasir Mas.

Di Dewan Rakyat, semalam, Khairy menganggap amaran Ibrahim supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan "perkauman, menghasut dan berbahaya."

NONELim pula mencabar kerajaan di Parlimen yang didakwa gagal bertindak berhubung ugutan Ibrahim untuk melancarkan perang jihad menentang orang Kristian.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee pula menggesa kerajaan menggunakan Akta Hasutan ke atas Ibrahim berhubung kenyataannya pada Ahad lalu.

Menurut Ibrahim beliau sanggup berjuang seorang diri jika komen tiada ahli-ahli parlimen Melayu yang menyokongnya.

"Saya juga tidak mengharap ahli-ahli parlimen Melayu yang lain sokong saya. Seorang saya pun, saya boleh berjuang," katanya.

NONESementara itu, setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali membidas Majlis Peguam yang mengecam kumpulan pendesak Melayu itu kerana bertindak memijak dan membakar gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan.

"PERKASA nak tanya Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yg buat kenyataan itu, mengapa bila ada pihak lain membakar gambar seorang Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain penulis buku Interlok, Majlis Peguam tidak pernah kritik atau kecam mereka.

"Mengapa bila bakar gambar org Melayu, Majlis Peguam diam seribu bahasa? Apakah jika kena kepada pihak Melayu, Majlis Peguam akan perlu bising dan kaum lain diamkan saja?" soalnya juga menerusi kenyataan media SMS yang dihantar kepada Malaysiakini.

NONEMenurut Syed Ali, PERKASA juga mahu Majlis Peguam bertindak ke atas Ambiga kerana menghasut rakyat berhimpun di jalanraya.

"Bukan ke Chee Wee tahu BERSIH tidak mendapat permit dan Chee Wee juga tahu Ambiga terus menghasut rakyat turun ke jalan raya. Bukankah itu satu hasutan dan ia juga melanggar undang-undang negara?

"Jadi mengapa hanya salahkan Ibrahim seorang? Apakah Majlis Peguam memilih bulu? Apakah Majlis Peguam satu NGO memihak-mihak?" katanya.

Ibrahim: 'Cina duduk di rumah' satu nasihat saja

Posted: 21 Jun 2011 01:46 AM PDT

Ibrahim: 'Cina duduk di rumah' satu nasihat saja
Jun 21, 11 4:03pm
Kongsi 33
Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata seruannya kepada masyarkat Cina supaya menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 bersifat nasihat dan bukannya satu ugutan.

NONEKenyataan itu buat pada perhimpunan mini PERKASA pada Ahad lalu bagi membantah ralli BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya yang lebih adil di negara ini.

"Bila saya kata masyarakat Cina baik duduk di rumah dan jika perlu belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah, apa maksud saya? Ia bermaksud apabila ada protes, saya tidak lihat orang Cina menyertainya.

"Setahu saya, orang Cina jarang mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan. Demonstrasi kali ini, saya percaya akan disertai oleh orang Melayu dari PAS... dan juga Umno. Kita (PERKASA) akan juga adakan satu.

NONE"Jadi pertembungan adalah antara Melayu dengan Zmelayu. Jadi bagi mengelakkan bangsa lain terheret, saya kata lebih baik bagi orang Cina duduk di rumah. Itu sahaja," kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

Dua hari lalu, Ibrahim berikrar untuk mengadakan "Perhimpunan Aman' PERKASA pada 9 Julai yang bakal menimbulkan huru hara jika Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tidak membatalkan perhimpunan mereka.

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

NONE"Apa sahaja boleh berlaku," kata Ibrahim Ahad lalu.

Bercakap pada wartawan di lobi parlimen hari ini, Ibrahim mempersalahkan mereka kerana didakwa salah mentafsirkan apa yang diluahkannya serta mensensasikan berita.
MALAYSIA KINI


Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata seruannya kepada masyarkat Cina supaya menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 bersifat nasihat dan bukannya satu ugutan.

NONEKenyataan itu buat pada perhimpunan mini PERKASA pada Ahad lalu bagi membantah ralli BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya yang lebih adil di negara ini.

"Bila saya kata masyarakat Cina baik duduk di rumah dan jika perlu belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah, apa maksud saya? Ia bermaksud apabila ada protes, saya tidak lihat orang Cina menyertainya.

"Setahu saya, orang Cina jarang mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan. Demonstrasi kali ini, saya percaya akan disertai oleh orang Melayu dari PAS... dan juga Umno. Kita (PERKASA) akan juga adakan satu.

NONE"Jadi pertembungan adalah antara Melayu dengan Zmelayu. Jadi bagi mengelakkan bangsa lain terheret, saya kata lebih baik bagi orang Cina duduk di rumah. Itu sahaja," kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

Dua hari lalu, Ibrahim berikrar untuk mengadakan "Perhimpunan Aman' PERKASA pada 9 Julai yang bakal menimbulkan huru hara jika Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tidak membatalkan perhimpunan mereka.

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

NONE"Apa sahaja boleh berlaku," kata Ibrahim Ahad lalu.

Bercakap pada wartawan di lobi parlimen hari ini, Ibrahim mempersalahkan mereka kerana didakwa salah mentafsirkan apa yang diluahkannya serta mensensasikan berita.

Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH

Posted: 21 Jun 2011 01:43 AM PDT

MALAYSIA KINI


Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.

Tiada ulasan: