Selasa, 21 Jun 2011

Biaqpila

Biaqpila


Bukan takat nak bakar kereta,baling batu, siap nak bakar kedai!

Posted: 21 Jun 2011 03:00 PM PDT

Oleh Penarik Beca

Malaysian Insider semalam melaporkan berita bertajuk "Khairy: Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu". Ketua Pemuda Umno itu boleh jadi betul bila dia kata gitu. Malah, ramai orang Mehttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/06/ibrahim-ali.jpglayu dan orang Kelantan yang merasa malu bila Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dikaitkan dengan bangsa mereka atau negeri mereka. Ramai orang Melayu yang malu nak mengaku satu bangsa dengan Ibrahim. Ramai orang Kelantan yang malu nak mengaku satu negeri dengan Ibrahim. Bagi mereka, alangkah baiknya kalau Ibrahim bukan orang Melayu dan bukan orang Kelantan.



Tetapi, Khairy Jamaluddin yang kelihatan semakin out of touch dengan Umno nyata tidak ada kemampuan untuk melihat hakikat sebenar. Dia langsung tak nampak hakikat bahawa Ibrahim sebenarnya mewakili majoriti Umno.

Nak tengok macam mana kelaku Umno, tengok Ibrahim. Nak tengok macam mana perangai Umno, tengok Ibrahim. Nak tengok betapa gedebenya Umno bila depa ramai-ramai atau terasa dah ramai dapat depa perbodohkan, tengok Ibrahim. Nak tengok kelaku Umno yang cari makan atau jadi penumpang business tauke Cina tetapi berlagak macam wira Melayu, tengok Ibrahim.

Saya nak tanya balik kawan dari Taman Melawati yang bercerita tentang sifat Ibrahim bila dia sorang-sorang atau tak ramai. Saya dengar sekali lalu sahaja masa bersembang di Restoran Thaqwa tadi. Kena tanya lagi. Tapi, lebih kurang dia cerita, Ibrahim, yang juga tinggal di Taman Melawati pernah kena jerkah, kena hamun di salah satu kawasan kedai di taman tersebut ketika dia masih lagi menjadi Timbalan Menteri. Bila dihamun dan dijerkah begitu, terus Ibrahim lari masuk ke dalam kereta. Saya harap cerita itu tak benar.

Kalau cerita itu benar, itu ketika dia sorang-sorang. Boleh jadi kalau hampa terserempak dengan Ibrahim sorang-sorang, dan hampa jerkah dan maki dia cukup-cukup macam nak debik dia, terkengkang-kengkang dia lari.

Tetapi ada jenis manusia bila depa mesyuarat sesama depa, bukan main lagi. Ada orang beritahu saya bahawa perbincangan dalam mesyuarat puak tertentu telah bocor. Katanya, bukan takat nak bakar kereta dan baling batu 9 Julai ni, tetapi siap nak bakar kedai!

Patutlah orang panggil Barisan Neraka!



DD


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KHIR TOYO PINJAM BANK SEBANYAK RM3 JUTA

Posted: 21 Jun 2011 07:30 AM PDT


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo membuat pinjaman bank sebanyak RM3 juta bagi membeli dua lot tanah dan sebuah rumah banglo di Seksyen 7, di sini, empat tahun lalu. Perkara itu dinyatakan oleh Pegawai Bank HSBC, cawangan Petaling Jaya, dekat sini, Chuan Yew Tean, 35, yang bertanggungjawab menguruskan urusan pinjaman tersebut. Katanya, beliau dimaklumkan mengenai hasrat Mohamad Khir untuk membuat pinjaman oleh seorang pegawai atasannya pada sekitar Mei 2007, iaitu semasa beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus Pusat Premier di bank itu.

"Pegawai atasan saya memberitahu bahawa Mohamad Khir mahu mengambil pinjaman untuk membeli hartanah.

"Saya menghubungi Mohamad Khir dan beliau memberitahu mahu membeli hartanah yang berharga dalam lingkungan RM3 juta hingga RM3.5 juta," katanya.

Selain itu, Chuan juga memberitahu bahawa beliau dimaklumkan oleh pegawai atasannya mengenai kedudukan Mohamad Khir sebagai seorang Menteri Besar.

Saksi pendakwaan ke-14 setersnya berkata, beliau menghubungi Mohamad Khir memandangkan statusnya sebagai seorang pelanggan premier.

"Untuk menjadi premier, seseorang itu mesti mempunyai deposit tetap sebanyak RM200,000 di dalam akaun," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Pada keterangan lain, Chuan memberitahu bahawa beliau telah menghubungi seorang jurunilai daripada Rahim & Co, yang merupakan panel kepada Bank HSBC untuk membuat nilaian terhadap hartanah yang ingin dibeli oleh Mohamad Khir.

"Pihak bank hanya memberi pinjaman tidak melebihi 10 peratus daripada harga tawaran atau harga pasaran, yang mana lebih rendah," katanya.

Saksi menambah, jurunilai yang dilantik meletakkan harga hartanah tersebut pada jumlah RM3.5 juta dan pihak bank bersetuju untuk meluluskan pinjaman sebanyak RM3 juta.

"Mohamad Khir mesti bersetuju dengan jumlah yang diluluskan, jika tidak, pinjaman tidak akan diteruskan," katanya.

Pada keterangan lain, Chuan bersetuju dengan cadangan oleh Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin bahawa layanan yang diberikan kepada Mohamad Khir adalah dikategorikan sebagai 'biasa' kepada seorang pelanggan premier.

"Bukan semua orang boleh menjadi premier," Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki didengari berkata selepas saksi selesai menjawab soalan.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini yang masuk hari kelapan pada Selasa, juga mendengar keterangan daripada seorang perunding reka bentuk, Noorizwandy Rajab, 38, yang turut memainkan peranan dalam kerja-kerja pengubahsuaian banglo itu.

Saksi pendakwaan ke-19 berkata, dia dilantik oleh pereka laman, Nasir Ismail sebagai pengurus projek, pelukis pelan dan juga diminta untuk menguruskan pekerja-pekerja yang melakukan tugas tersebut.

"Projek itu adalah untuk kerja-kerja meroboh dan membina semula banglo dua tingkat di lot 8," katanya yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud.

Noorizwandy yang berkelulusan diploma jurusan seni bina daripada Institut Bina Usahawan memberitahu, dia dibayar gaji sebanyak RM5,000 sebulan semasa bekerja dari Mac 2006 hingga April 2007.

Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di Lot 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, pada harga yang lebih rendah daripada syarikat Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Mohamad Khir didakwa membeli hartanah itu pada harga RM3.5 juta, sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah tersebut pada 23 Disember 2004. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, Mohamad Khir boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mohtarudin menggingatkan wartawan supaya lebih berhati-hati semasa menulis berita selepas dimaklumkan berlaku kesilapan dalam laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal berita.

Kesilapan itu dibawa ke pengetahuan beliau oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed sebaik sahaja prosiding bermula.

"Apa yang dilaporkan agak menyimpang jauh. Pihak Pendakwa Raya dan peguam bela yakin mahkamah memerlukan laporan yang adil, tepat dan munasabah," katanya.

Perbicaraan akan bersambung Rabu.

kl-today


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LEMBU NAIK LIFT

Posted: 21 Jun 2011 02:00 AM PDT

DEY MACHA!!!
SEMALAM BERITA LEMBU NAIK PERDANA V6
INI KALI LEMBU NAIK LIFT PULAK
HEBAT BETOI LEMBU-LEMBU KAT 1MALAYSIA
KAH! KAH! KAH!


BANYAK LAGI KES-KES LEMBU BUAT BENDA PELIK,
CUMA TAK KELUAQ PAPER
PASAI ADA JUGAK LEMBU JADI MENTERI
ADA JUGAK LEMBU BEKERJA DENGAN SPR
ADA JUGAK LEMBU JADI PENGARAH
ADA JUGA LEMBU JADI PEMBACA BERITA
ADA JUGAK LEMBU JADI GRO
TAPI DI HIDDEN OLEH MEDIA PENCACAI
DEMI PERIUK NASI KRONI ITU SENDIRI
KAH! KAH! KAH!

Lembu, motosikal punca lif rosak


BUTTERWORTH: Tindakan tidak bertanggungjawab membawa masuk binatang ternakan termasuk lembu dan motosikal dalam lif, adalah antara punca menyebabkan kerosakan kemudahan itu yang disediakan untuk penghuni kediaman di bangunan tinggi di negara ini.

Kajian Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ke atas kira-kira 2,000 lif di bangunan tinggi di ibu negara pada tahun lalu mendapati ada penghuni yang mementingkan diri dengan membawa masuk ternakan ke dalam lif.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, ketika merasmikan Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ketiga 3 anjuran Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara (NRG-SHE) di sini, semalam.

"Kajian JKKP mendapati salah satu punca kerosakan lif ialah (penghuni) membawa masuk motosikal dan ada juga membawa masuk lembu.

"Inilah yang menyebabkan lif rosak sehingga menimbulkan isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Maznah bagaimanapun, berkata kes sedemikian bukan penyebab utama kerosakan lif kerana kajian mendapati kemudahan berkenaan rosak akibat tidak diselenggarakan dengan sempurna.

Katanya, penyelenggaraan lif tidak dapat dilaksanakan berikutan sikap penghuni yang enggan menjelaskan yuran bulanan.
"Apabila satu lif rosak, pengurusan bangunan akan mengambil alat ganti daripada lif lain untuk memperbaiki dan akhirnya semua lif tidak dapat berfungsi sehingga menyusahkan semua penghuni," katanya.

Bagi mengatasi keengganan penghuni menjelaskan yuran penyelenggaraan setiap bulan, Maznah berkata, kaedah yang dilaksanakan di beberapa negara dengan menyatukan yuran penyelenggaraan dengan sewa bulanan atau bil utiliti mungkin boleh dilaksanakan.

"Kajian wajar dilakukan untuk melihat kesesuaian yuran penyelenggaraan disatukan dengan sewa rumah ataupun bil utiliti dan ini dapat mengelak penghuni tidak menjelaskan yuran penyelenggaraan," katanya.

Sementara itu, Maznah berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membayar pampasan berjumlah RM1.678 bilion kepada mangsa kemalangan di tempat kerja tahun lalu, peningkatan 19.3 peratus berbanding 2009 yang berjumlah RM1.354 bilion. -BH


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ketua Puteri UMNO Jerlun Dituduh Berkhalwat

Posted: 20 Jun 2011 09:00 PM PDT


Gambar Hiasan
JITRA 20 JUN : Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Kedah hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra, Kedah atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki.

Yusmawati Yaacob, 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil, 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua- duanya sekali.

Kedua- dua pasangan itu ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu.

Kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Sheikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 4 Julai depan, tarikh sebutan semula kes.

Ini kerana peguambela tertuduh, Sukri Zakaria dan pendakwa syarie, Juliana Ramli perlu mengemukakan hujah masing- masing kepada mahkamah dalam tempoh dua minggu.-TVS


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

STOK KATAK REBUS MENCUKUPI UNTUK PERHIMPUNAN BERSIH

Posted: 20 Jun 2011 06:00 PM PDT



DEY MACHA!!!
MANA MUNGKIN TUKANG SORAK DAN TUKANG AMPU DISIASAT..
HANGPA TAK INGAT KA?
KATA SORANG PAK MENTERI BARU-BARU INI..
APA YANG DIUCAPKAN RAJA KATAK NI SUDAH BIASA DI MALAYSIA..
APA ADA HAL
JADI NAK SIASAT MENATANG APA?
KAH! KAH! KAH!

RAJA KATAK TAK PERLU DISIASAT
PASAI KALAU STOK MAKANAN DAH HABIS
KITA PAKAT RAMAI-RAMAI MAKAN KATAK REBUS
KALAU TAK HABIS MAKAN,KITA BUAT PEKASAM
KAH! KAH! KAH!



'Hasutan': KJ mahu Ibrahim Ali disiasat


Amaran yang disuarakan presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan "perkauman, menghasut dan berbahaya," kata ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Khairy juga berkata tindakan perlu dikenakan ke atas Ibrahim kerana amaran tersebut jelas merupakan satu ancaman kepada negara.
Setidak-tidaknya, Ibrahim perlu disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kata Khairy lagi yang turut menyatakan bahawa amaran ahli parlimen Pasir Mas itu tidak mewakili pandangan daripada majoriti masyarakat Melayu.
Khairy berkata demikian ketika bercakap dalam satu sidang media di Parlimen hari ini apabila mengulas laporan memetik kenyataan Ibrahim Ali yang membayangkan bahawa keadaan huru-hara akan berlaku sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 tidak dihentikan.
Ibrahim dipetik sebagai berkata: "Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.
"Apa sahaja boleh berlaku," katanya.-MK


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

AMK: Apa pun ancaman, rakyat tetap turun ke jalanraya

Posted: 20 Jun 2011 03:00 PM PDT



KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menegaskan rakyat tetap akan turun ke jalan pada 9 Julai ini, biarpun terpaksa berdepan pelbagai ugutan dan ancaman, tegas Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
"Biar apa jua keadaan yang mendatang, AMK akan terus berada di barisan hadapan untuk membawa rakyat merempuh sistem pilihanraya yang tidak telus melalui Perhimpunan Bersih 2.0 kelak," tegasnya dalam satu kenyataan petang ini.
Respon itu ekoran kenyataan secara berangkai oleh Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa dan pihak polis mengenai perhimpunan tersebut, yang menunjukkan kedangkalan dan sikap tidak matang mereka berdepan suara rakyat.
Khairul mengingatkan perhimpunan Bersih 2.0 adalah hak rakyat untuk berhimpun secara aman bagi menuntut perjalanan pilihan raya yang lebih adil dan telus, selaras peruntukan perlembagaan.
"AMK menyarankan kepada Pemuda Umno dan Perkasa agar tidak membuang masa dengan mengugut rakyat. Jangan memperbodohkan rakyat dengan sistem yang menindas, sebaliknya belajarlah berhadapan dengan kuasa rakyat secara bermaruah," kata Khairul yang juga dikenali sebagai Jonah.
Tegasnya, perhimpunan itu bertujuan untuk memperbaiki sistem Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan menuntut kerajaan supaya lebih peka terhadap keperluan perjalanan pilihanraya yang adil untuk semua pihak.
"AMK ingin membalas semua 'kerisauan' yang ditimbulkan oleh Umno, Perkasa, dan Polis ini dengan satu pertanyaan sahaja: "mengapa mereka perlu takut denganperhimpunan Bersih 2.0 sekiranya mereka yakin sistem Pilihanraya yang diselenggara oleh SPR di Malaysia benar-benar telus dan bersih?,"
"Sistem pilihanraya yang adil dan telus bukan menguntungkan KEADILAN ataupun rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia menguntungkan rakyat kerana suara mereka diterjemahkan dengan betul tanpa sebarang manipulasi," tegasnya.
Pemuda Umno dan Perkasa sebelum ini menyatakan hasrat untuk turut sama mengadakan perhimpunan pada tarikh dan masa yang sama bagi menyokong sistem pilihan raya di negara ini.
Ia disusuli dengan kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang memberi amaran kepada kaum Cina supaya 'membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah' jika perhimpunan itu tidak dihentikan.
Malah pertubuhan pelampau itu turut memberi ancaman kepada Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dengan menyatakan beliau sebagai 'Wanita Hindu yang berbahaya'.-KD

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: