DIALOG RAKYAT |
- Saksi: Khir tak beli tanah pada harga pasaran
- Kerajaan mohon bajet tambahan RM13 bilion
- Ketuk ketampi bogel: Laporan kini di Putrajaya
- Negara Berkebajikan mengikut feqah politik Islam
- Umno benci nama Islam tapi mahu negara Islam?
- Perkasa ancam keselamatan, ambil tugas polis
- Kenapa kerajaan tak mampu kawal harga ayam
- Himpunan Melayu Pulau Pinang selepas Bersih 2.0
- Dewan Rakyat tolak usul kematian Sarbaini
- Kembalikan RM594 juta wang Yayasan Selangor
- Belanja RM1.8 juta untuk Facebook?
- DAP tuntut KDN respons, ketuk ketampi bogel aibkan
- Imigresen Johor: Ketuk ketampi berbogel bukan prosedur ‘hukum’ warga asing
- Kami ke mahkamah jika Parlimen gugur MP Tian Chua, amaran Azmin
- Daftar pemilih: PKR dakwa SPR bias, mahu sekat Pakatan kesan pengundi
- Kes Sarbaini: Pakatan dakwa inkues tak efektif, gesa tubuh suruhanjaya
- Himpunan Bersih: Pemuda Pakatan kecam Perkasa, dakwa sengaja mahu buat kacau
- Peguam Ditemui Mati Ditetak Di Kuil
- PAS Tidak Sekali-Kali Akan Bekerjasama Dengan Umno-Mat Sabu
- MB: Bukan masa sesuai ganti Hasan Ali
- MAIPP akan serah keputusan pemilihan masjid untuk perkenaan Agong
- Faktor agama dan bahasa mampu meleraikan simpulan persepsi
- Sekatan terhadap Bersih 2.0 bukti Umno tipu dalam pilihan raya – Anwar
- Video Seks: Umno jadikan rakyat bahan eksperimen
- Presiden Switzerland arah harta Taib Mahmud disiasat
Saksi: Khir tak beli tanah pada harga pasaran Posted: 14 Jun 2011 03:44 AM PDT Hazlan Zakaria Penolong pentaksir hartanah Noor Faizah Zainuddin dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam Lot 8 berkata mantan menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo membeli Lot 8 dan 10 di Seksyen 17, Shah Alam, pada harga di bawah paras harga pasaran. Katanya Lot 8 yang juga mempunyai sebuah rumah yang ditaksirkan bernilai RM3.9 juta tetapi dijual kepada Khir pada harga RM2.9 juta. Manakala Lot 10 yang kosong itu ditaksirkan berharga RM918,000 tetapi dijual pada RM600,000, dalam urusniaga berkenaan. Noor Faizah, 48, bertugas di pejabat penaksir di Shah Alam bertanggungjawab bagi menentukan nilaikedua-dua plot tanah itu pada urusniaga yang dijalankan pada 2007 itu. Katanya, beliau pernah bertanya kepada pemilik tanah berkenaan - Pengarah Ditamas Datuk Shamsuddin Hayroni - mengapa harga jualan sebegitu rendah ketika melawat hartanah itu. "(Dia) bagitahu saya dia ada masalah dan (terpaksa) jual tanah di bawah nilai harga pasaran," katanya ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya Dusuki Mokhtar. Semalam, Shamsuddin pada keterangannya berkata beliau tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menjual tanah itu kepada Khir. Khir didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui Shamsuddin. Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. | ||
Kerajaan mohon bajet tambahan RM13 bilion Posted: 14 Jun 2011 03:35 AM PDT Joseph Sipalan Kerajaan persekutuan hari ini membentangkan Rang Undang-undang Bekalan Tambahan bagi memohon dana tambahan RM13 bilion untuk separuh masa pertama tahun ini. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin membentangkan rang undang-undang itu selepas sesi soalan dan memohon wang tambahan sebanyak RM13,186,713,000. Sebelum ini, pada pembentangan Bajet 2011, perdana menteri yang juga menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu telah memohon RM162,805,323,000. Permohonan dana tambahan itu dibuat pada masa kerajaan pusat cuba mensasarkan pertumbuhan enam peratus tahun ini. Namun pengurangan subsidi bagi gula, elektrik, gas asli dan diesel tahun ini menyebabkan tekanan inflasi dan ini membantutkan perbelanjaan. Peruntukan tambahan itu menjadikan anggaran perbelanjaan bagi tahun ini bertambah kepada RM176 bilion. Sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran manakala RM1 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan. Selain itu, peruntukan tambahan sebanyak RM11.3 juta dikehendaki untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan bangunan Parlimen. | ||
Ketuk ketampi bogel: Laporan kini di Putrajaya Posted: 14 Jun 2011 03:29 AM PDT Abdul Rahim Sabri Jabatan Imigresen Johor telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan dua wanita Singapura yang mereka dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota jabatan berkenaan. Kedua-dua wanita itu dilapor ditahan awal pagi 9 Jun lalu, atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah. "Kita telah menjalankan siasatan dan sudah menyerahkan laporan (berhubung insiden itu) kepada ibu pejabat imigresen di Putrajaya hari ini. "Tunggulah keputusan daripada ibu pejabat imigresen dan kementerian," kata pengarah Imigresen Johor, Mohd Nasri Ishak ketika dihubungi Malaysiakini. Mohd Nasri bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataaannya bercanggah dengan keputusan ibu pejabat. Akhbar harian berbahasa Cina di Singapura - Lianhe Zaobao, melaporkan kejadian itu berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu. Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing. Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor. Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali. Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan. | ||
Negara Berkebajikan mengikut feqah politik Islam Posted: 14 Jun 2011 03:28 AM PDT
| ||
Umno benci nama Islam tapi mahu negara Islam? Posted: 14 Jun 2011 03:27 AM PDT | ||
Perkasa ancam keselamatan, ambil tugas polis Posted: 14 Jun 2011 03:25 AM PDT
| ||
Kenapa kerajaan tak mampu kawal harga ayam Posted: 14 Jun 2011 03:22 AM PDT
| ||
Himpunan Melayu Pulau Pinang selepas Bersih 2.0 Posted: 14 Jun 2011 03:19 AM PDT
| ||
Dewan Rakyat tolak usul kematian Sarbaini Posted: 14 Jun 2011 03:12 AM PDT
| ||
Kembalikan RM594 juta wang Yayasan Selangor Posted: 14 Jun 2011 03:10 AM PDT
| ||
Belanja RM1.8 juta untuk Facebook? Posted: 14 Jun 2011 03:03 AM PDT
| ||
DAP tuntut KDN respons, ketuk ketampi bogel aibkan Posted: 14 Jun 2011 03:02 AM PDT KUALA LUMPUR — DAP mahu Kementerian Dalam Negeri respons kepada laporan media bahawa dua wanita Singapura digari dan telah diarah melakukan ketuk ketampi dengan berbogel oleh pegawai imigresen Malaysia. Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran berkata tindakan itu mengaibkan maruah dan sesuatu tidak masuk akal manakala wakil rakyat Bakri Er Teck Hwa pula berkata perkembangan itu memberi persepsi bahawa Malaysia sebuah negara tiada undang-undang. "Anda tidak boleh lakukan ini. Mengapa mereka menyoal siasat wanita-wanita ini sebegini? Ia tindakan mengaibkan," kata Kulasegaran (gambar) kepada The Malaysian Insider. | ||
Imigresen Johor: Ketuk ketampi berbogel bukan prosedur ‘hukum’ warga asing Posted: 14 Jun 2011 03:00 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Ketuk ketampi dalam keadaan berbogel bukan satu prosedur hukuman jika rakyat bukan warganegara ditahan memasuki Malaysia secara tidak sah, kata Pengarah Imigresen Johor Mohd Nasri Ishak. Dalam laporan akhbar Straits Times Singapura hari ini, dua wanita warga Singapura yang memandu ke Johor Baru untuk makan malam telah disoal oleh pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dengan digari, dihumban ke dalam pusat tahanan dan yang paling teruk diarah ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah. Nasri berkata, terdapat hukuman lain jika mereka didapati bersalah memasuki Malaysia tanpa membawa pas dan dokumen perjalanan yang tidak sah. "Mereka akan dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau lima tahun penjara," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Nasri menambah, beliau tidak mahu media hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak sahaja. "Kami akan buat siasatan dan mendengar pula kenyataan dari pihak yang satu lagi," ujarnya lagi. Mangsa ditahan, Chang, lewat 30-an, telah memandu ke Johor Baru bersama rakannya seorang ejen hartanah yang berumur lewat 20-an, hanya mahu dikenali sebagai Lim kira-kira pukul 1.30 pagi Khamis lalu. Lim memandu kereta model Nissan Latio, ini merupakan kali pertama dia memandu ke Malaysia, walaupun telah ke sana bersama rakan-rakan sebelum ini. Di pihak Jabatan Imigresen Malaysia, mereka memandu di lorong yang tidak dikawal. "Tiada sesiapa pun di sana dan lampu hijau menyala," kata Lim. "Saya menekan interkom dan tidak mendengar apa-apa, jadi saya terus memandu ketika penghadang dibuka," katanya. Chang memberitahu akhbar harian itu mereka terus memandu kerana menyangkakan Malaysia menggunakan sistem biometrik — yang baru diperkenalkan. Menurut laporan media, dua wanita itu dikurung dalam sebuah bilik selama dua jam sebelum dibawa ke bilik mesyuarat kira-kira pukul 4 pagi. Pada pukul 5 petang, mereka diberitahu akan dihantar ke Pusat Tahanan Pontian untuk ditahan selama 14 hari. Di pusat tahanan itu, wanita itu digari. Mereka juga dikehendaki menanggalkan barang kepunyaan masing-masing. "Mereka minta kami agar tanggalkan pakaian, tanggalkan semua pakaian termasuk pakaian dalam dan kemudian minta kami melakukan ketuk ketampi," kata Lim. Selepas melakukan 10 kali ketuk ketampi, wanita itu diarahkan memakai semula seluar dan diberikan sehelai kemeja-T. Mereka kemudian diletakkan dalam sebuah bilik sebesar gelanggang bola keranjang bersama 50 wanita lain, kebanyakannya daripada Indonesia, China dan Filipina. Kedua-dua wanita itu ditahan selama satu malam dan pada pukul 5 petang keesokan hari, mereka diberitahu akan dibebaskan dan dihantar menaikan sebuah van dengan enam tempat duduk ke Jabatan Imigresen di Causeway di mana mereka turut menerima surat amaran. Bagaimanapun, Nasri enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran berkata tindakan itu mengaibkan maruah dan sesuatu tidak masuk akal manakala wakil rakyat Bakri Er Teck Hwa pula berkata perkembangan itu memberi persepsi bahawa Malaysia sebuah negara tiada undang-undang. "Anda tidak boleh lakukan ini. Mengapa mereka menyoal siasat wanita-wanita ini sebegini? Ia tindakan mengaibkan," katanya. | ||
Kami ke mahkamah jika Parlimen gugur MP Tian Chua, amaran Azmin Posted: 14 Jun 2011 02:58 AM PDT PETALING JAYA — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) bahawa parti itu akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Ahli Parlimen Batu Tian Chua digugurkan sebagai wakil rakyat. Tegas Azmin, beliau percaya BN akan menggunakan kuasa majoriti dalam Parlimen untuk menggugurkan Chua sebagai wakil rakyat selepas mahkamah menolak permohonan rayuan dibuat beliau tempoh hari. "Seperti sedia tahu BN tidak lagi berpegang kepada prinsip keadilan dan kebenaran kerana mereka akan menggunakan kuasa majoriti dalam Parlimen untuk menafikan keadilan seorang wakil rakyat. "Ini terjadi apabila saya dan tiga ahli Parlimen lain digantung yang mana BN menggunakan kuasa majoriti, saya tidak terkejut jika BN gunakan cara sama untuk menafikan hak Tian Chua," katanya pada sidang media. Justeru kata Ahli Parlimen Gombak itu, pihaknya tidak akan berdiam diri sekiranya Chua, wakil rakyat penggal pertama dilucut dari jawatan itu. Tegas Azmin (gambar), sekiranya ia berlaku pihaknya akan menggunakan undang-undang untuk mempertahankan Chua. "Kalau BN gunakan kuasa majoriti, kita akan gunakan kuasa undang-undang untuk mempertahankan Tian Chua. "Sekiranya BN lakukan ini rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya. The Malaysian Insider pagi ini melaporkan BN sudah memutuskan untuk membawa usul berkaitan status Chua di Parlimen. Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) akan memaklumkan Dewan Rakyat secara formal pagi ini — dipercayai selepas selesainya sesi soalan lisan — bahawa wakil rakyat PKR itu sudah tidak lagi layak menjadi wakil rakyat. "Kami akan memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini... ya, selepas sesi soalan lisan, sebab perkara ini perlu dibawa mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat," kata Timbalan Pengerusi BBCBN Datuk Bung Mohtar Radin. "Kami mengambil pendirian bahawa beliau (YB Chua) sudah tidak layak hadir sidang Parlimen," kata beliau. Ketika ditanya siapa yang akan membawa perkara itu untuk perhatian Speaker Dewan Rakyat, Bung Moktar berkata, "BBCBN, sesiapa sahaja (anggota BBCBN) akan membawa perkara ini hari ini." Mengikut peruntukan perlembagaan dan aturan mesyuarat Parlimen perkara itu perlu dibawa kepada Speaker Dewan Rakyat untuk tindakan susulan sebagaimana pernah disaksikan masa-masa lalu. Sebelum ini Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, adalah sesuatu "tidak bertanggungjawab" jika tiada wakil rakyat memaklumkan Parlimen sabitan kesalahan Chua dan kemungkinan boleh hilang kelayakan. Katanya, tanpa makluman formal daripada mana-mana anggota Dewan Rakyat, Speaker tidak boleh ambil tindakan ke atas Chua yang kedudukannya kini kelihatan tergantung. Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan berhubung sabitan kesalahan menggigit seorang anggota polis. Dengan perkembangan itu, keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu yang mengenakan denda RM2,000 kekal, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai status kerusinya. Chua bagaimanapun menegaskan beliau masih seorang wakil rakyat yang sah walaupun Mahkamah Rayuan telah mengetepikan rayuannya berhubung hukuman dikenakan atas tuduhan menggigit seorang polis empat tahun lalu. Pertengahan Jun tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara. Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan. | ||
Daftar pemilih: PKR dakwa SPR bias, mahu sekat Pakatan kesan pengundi Posted: 14 Jun 2011 02:56 AM PDT PETALING JAYA — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengamalkan "double standard" kerana tidak memberikan maklumat lengkap mengenai pengundi dalam senarai daftar pemilih. Menurut timbalan presidennya Azmin Ali, dalam senarai daftar pemilih yang dibeli daripada SPR tidak dinyatakan alamat para pengundi. Jelas beliau, lebih 90 peratus daftar pemilih yang berharga RM48,000 itu tidak mempunyai alamat pengundi dan ia menyukarkan pihaknya untuk mengenal pasti identiti mereka. "Keadaan lebih buruk apabila SPR diperkudakan Umno-BN (Barisan Nasional) untuk terus laksanakan pilihan raya kotor dan tidak adil. "Dalam senarai daftar pemilih sehingga penghujung 2010, SPR telah bekalkan daftar pemilih tanpa alamat pengundi... ini double standard, kita tahu ia hanya untuk Pakatan Rakyat. "Ini amat mengejutkan, kita diminta dibayar untuk dapatkan daftar pemilih induk tapi ia tidak mempunyai alamat yang lengkap," kata Azmin pada sidang media di sini. Tegas beliau, ia satu cara Umno-BN untuk menyekat PKR mendekati pengundi kerana bimbang akan tewas pada pilihan raya umum ke-13. "Ada beberapa nama diberikan alamat tapi lebih 90 peratus tiada alamat (dalam daftar pemilih) yang dibekalkan SPR yang perlu dibeli parti-parti politik. "Kita dapat hidu ini usaha Umno-BN untuk bawa pengundi hantu, saya percaya daftar pemilih ini hanya untuk Pakatan Rakyat sebab seorang pegawai SPR memberitahu ia adalah arahan baru agar daftar pemilih tidak dibekalkan dengan alamat," katanya. Azmin, Ahli Parlimen Gombak juga kesal dengan sikap SPR yang menjalankan "perniagaan" dengan menjual daftar pemilih kepada parti-parti politik. "Kita sentiasa diminta untuk membayar dengan jumlah yang besar untuk dapatkan daftar pemilih, mengapa SPR jalankan perniagaan ini, sepatutnya ia adalah tanggungjawab dan ia sepatutnya diberikan secara percuma. "Kita beli daftar pemilih dengan harga yang tinggi, beli ikut negeri... apa yang kita dapat tidak lengkap dan saya tidak puas hati apabila SPR menjalankan perniagaan ini," katanya. Pada sidang media itu juga Azmin mengumumkan parti itu akan mengadakan satu konvensyen pilihan raya kebangsaan PKR 19 Jun ini di Pusat Konvensyen Shah Alam sebagai langkah persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka tahun depan. Selain itu, kata Azmin, tema "Demi Rakyat" akan menjadi kempen pilihan raya parti itu. "Kita jangkakan 2.000 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan menyertai konvensyen yang julung kali diadakan parti politik. "Kita juga telah melancarkan laman web untuk rakyat di www.demirakyat.org yang bermula hari ini," katanya. | ||
Kes Sarbaini: Pakatan dakwa inkues tak efektif, gesa tubuh suruhanjaya Posted: 14 Jun 2011 02:54 AM PDT PETALING JAYA — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyifatkan langkah kerajaan mengadakan inkues — yang diputuskan hari ini — bagi menyiasat kematian penolong pengarah Kastam Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak relevan, selain sukar mencari jalan penyelesaian. Justeru, beliau menegaskan adalah lebih baik jika suruhanjaya diraja siasatan diadakan berbanding inkues. Sebelum ini Penasihat DAP Lim Kit Siang pernah mencadangkan agar Putrajaya terus mengadakan suruhanjaya diraja siasatan berbanding inkues yang disyorkan polis. "Mengapa perlu diadakan inkues? Ini buang masa sahaja, kalau benar serius nak mencari punca kematian Ahmad Sarbaini... yang perlu diadakan adalah suruhjaya diraja bukan inkues. "Kita tidak mahu membazir wang rakyat untuk tubuhkan inkues, nanti sama macam kes Teoh Beng Hock selepas inkues ditubuhkan pula suruhanjaya diraja siasatan," kata Azmin (gambar) kepada The Malaysian Insider. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata langkah mengadakan inkues adalah satu perkara yang sia-sia, malah tidak boleh membawa individu yang terlibat dalam kematian Sarbaini ke muka pengadilan. "Suruhanjaya diraja lebih terikat dengan undang-undang, mereka yang terlibat boleh didakwa... mereka yang bertanggungjawab akan ditangkap. "Tidak perlu adakan inkues, terus tubuhkan suruhanjaya diraja dengan segera, inkues tidak efektif... tidak dapat cari punca kematian... kita mahukan suruhanjaya diraja," katanya. Inkues bagi menyiasat punca kematian Ahmad Sarbaini yang akan bermula pada 4 Julai depan diketuai koroner Aizatul Akmal Maharani. Bulan lalu, Ketua Jabatan Siasatan Polis Kuala Lumpur Asisten Komisioner Datuk Ku Chin Wah berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah bersetuju dengan cadangan agar diadakan inkues berkenaan kematian Ahmad Sarbaini. Pengumuman itu muncul beberapa hari selepas keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini mahu polis mendedahkan perkembangan terbaru hasil siasatan kematiannya dua bulan lalu di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 6 April lalu. Ini kerana, menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, sehingga kini masih tiada perkembangan, menyebabkan keluarga itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut. | ||
Himpunan Bersih: Pemuda Pakatan kecam Perkasa, dakwa sengaja mahu buat kacau Posted: 14 Jun 2011 02:49 AM PDT KUALA LUMPUR — Sayap pemuda Pakatan Rakyat mengecam langkah pertubuhan membela hak Melayu, Perkasa yang mahu menghalang perhimpunan Bersih 2.0 dengan mengadakan perarakan balas serentak 9 Julai ini. Malah pemimpin pemuda Pakatan Rakyat juga menyifatkan tindakan Perkasa mahu mengerahkan ahlinya berarak dan bertembung dengan himpunan Bersih sebagai "satu ancaman serius" dan "tidak memahami hak asasi manusia." Mereka juga mendakwa Perkasa sengaja mahu membuat kekacauan dan menimbulkan huru-hara apabila mengambil pendekatan itu. "Kenyataannya yang mahu bertembung semasa perhimpunan tersebut adalah merupakan satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara. "Polis perlu menyiasat (Presiden Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berhubung ancaman yang telah dikeluarkan secara terbuka," tegas Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat. Semalam Ibrahim memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes balas bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru-hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta. Bagaimanapun Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavesan dan pemimpin PAS menegaskan himpunan Bersih bulan depan tetap akan diteruskan walaupun dibantah banyak pihak. Suhaizan menegaskan himpunan Bersih 2.0 tidak akan menimbulkan huru-hara seperti mana yang didakwa Ibrahim. "Pihak polis yang mempunyai kelengkapan mengawal rusuhan sebenarnya mampu mengawal keadaan dengan penuh hikmah, polis boleh menjaga keamaman himpunan Bersih dengan menyusun anggota polis di tepi jalan sepanjang himpunan menuju Istana Negara. "Mereka yang didapati mewujudkan kekecohan perlu ditangkap. Jika pihak Perkasa dengan niat yang ikhlas mahu menghantar memorandum kepada pihak Istana, maka mereka dibenarkan berhimpun dan berarak daripada laluan yang berbeza," katanya. Justeru tambah beliau, polis perlu mengadakan perbincangan dengan kedua-dua penganjur untuk menetapkan laluan masing-masing. "Pihak polis perlu membuat perbincangan yang rapi dengan penganjur kedua-dua pihak. Saya yakin pihak polis yang mempunyai banyak pengalaman mampu mengawal keselamatan negara. "Jika dua himpunan dapat berjalan serentak dengan aman, maka saya penuh yakin pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa. Tetapi jika pihak polis hanya mengikut telunjuk pemimpin politik tertentu, maka polis akan dihina oleh semua pihak," katanya. Sementara itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon menyifatkan tindakan Perkasa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Selain itu beliau juga menyifatkan Perkasa tidak memahami hak asasi manusia apabila cuba menghalang rakyat menuntut keadilan dalam perjalanan pilihan raya. "Perkasa telah memutarbelitkan perhimpunan aman Bersih 2.0 sebagai sesuatu tindakan yang mengacau... fokus dan matlamat Bersih 2.0 sengaja dialihkan dengan ancaman Perkasa yang akan menganjur pertembungan dan "lawan habis-habisan" pada hari sama. "Sebenarnya perhimpunan aman yang akan dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya dan Adil adalah sah, ia adalah usaha rasional," katanya. Tegas Lee, walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, namun sistem pilihan raya yang diadakan selama ini tidak telus selain telah dimanipulasikan. "Pelbagai masalah serius seperti senarai pengundi yang mengandungi pengundi hantu, mengundi lebih sekali, undi pos yang bermasalah, tiada liputan adil oleh media dan sebagainya masih berleluasa dan tiada tindakan reform yang sebenar dijalankan. "Maka, AMK menyeru agar Perkasa dan Konsesus Bebas untuk memberi kerjasama serta sokongan kepada tuntutan Bersih 2.0 untuk pendemokrasian Malaysia. Sebarang tohmahan yang dilemparkan ke atas himpunan Bersih atau usaha untuk pertembungan dengan Bersih adalah tidak wajar serta tidak bijaksana," katanya. Selain itu, tambah Lee, himpunan Bersih yang turut disertai parti politik tidak sepatutnya dilabelkan sebagai aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam. "Perhimpunan dan perarakan yang aman adalah perkara biasa di banyak negara demokrasi yang maju, malahan tidak perlu memburukkannya. "Aktiviti seperti demonstrasi atau perhimpunan hanya merupakan satu proses biasa untuk menyampaikan suara rakyat kepada pihak yang berkuasa. "Oleh itu, AMK berharap pihak polis akan bertindak profesional dengan memberi permit kepada herhimpunan Bersih," katanya. | ||
Peguam Ditemui Mati Ditetak Di Kuil Posted: 14 Jun 2011 02:48 AM PDT KLANG : Peguam Datuk R Anbalagan ditemui mati di sebuah kuil di Kampung Perepat, Kapar, di Klang malam tadi dipercayai akibat ditetak. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Mohamad Shukor Sulong, berkata Anbalagan, 56, cedera di badan, muka, bahu kanan dan tangan kiri. Katanya, suspek kes pembunuhan itu dipercayai melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan mencuri satu barang kemas. Polis sedang mencari seorang lelaki rakyat India dikenali sebagai Rajangam yang juga pekerja peguam itu untuk membantu siasatan.Bernama. | ||
PAS Tidak Sekali-Kali Akan Bekerjasama Dengan Umno-Mat Sabu Posted: 14 Jun 2011 02:42 AM PDT BERNAMA "Kita tidak mahu kejadian tahun 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu. "Pemimpin Umno sekarang cuba berbaik dengan Pas...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks Pas Kedah di sini malam tadi. Mohamad turut melancarkan kempen perhimpunan BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil BERSIH 2.0) peringkat negeri Kedah. Mengenai BERSIH 2.0 beliau berkata Pas akan menggerakkan seramai mungkin ahlinya menyertai perhimpunan itu bersama penganjur dan badan-badan bukan kerajaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini. "Saya mahukan perhimpunan ini bersih...kita tidak akan menimbulkan kekacauan atau menyebabkan kerosakan harta benda awam," katanya. | ||
MB: Bukan masa sesuai ganti Hasan Ali Posted: 13 Jun 2011 10:00 PM PDT Salhan K Ahmad Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata masih belum tiba masa yang sesuai untuk menggantikan Datuk Dr Hasan Ali daripada barisan majlis kerajaan negeri Selangor. Bagaimanapun, katanya, beliau akan menerima apa saja cadangan daripada PAS berhubung kedudukan Hasan yang digugurkan daripada mengetuai parti itu di Selangor. "Keputusan mana-mana parti adalah yang kita mesti terima. "Tapi buat masa ini tidak ada dalam pemikian kerajaan negeri untuk buat pertukaran exco," katanya dalam satu sidang media hari ini. Kata Khalid lagi, pelantikan exco berada di bawah bidang kuasanya dan dibuat atas nasihat Sultan Selangor. Ahad lalu, presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kedudukan Hasan yang juga ADUN Gombak Setia sebagai pesuruhjaya PAS Selangor digantikan oleh ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman. Ditanya wartawan sama ada Hasan telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang exco, Abdul Khalid berkata beliau tidak akan membincangkan prestasi ahli exconya secara terbuka tetapi mengakui semua mereka telah bekerjasama dengannya bagi melasanakan polisi kerajaan negeri. | ||
MAIPP akan serah keputusan pemilihan masjid untuk perkenaan Agong Posted: 13 Jun 2011 09:58 PM PDT ROKET KINI.COM GEORGETOWN – Keputusan pemilihan jawatankuasa masjid seluruh Pulau Pinang akan dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk diperkenankan kepada Yang di-Pertuan Agong. Jawatankuasa Hal Ehwal Agama. Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Kassim berkata keputusan muktamad pemilihan jawatankuasa kariah tetap berada di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Katanya, pemilihan jawatankuasa masjid seluruh negeri yang akan bermula pada 18 Jun ini dilaksanakan mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan kaedah 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (negeri Pulau Pinang ). Menurutnya, tata cara yang baru diperkenalkan oleh MAIPP itu merupakan penambahbaikan tata cara peraturan yang sedia ada yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. "Apa yang membezakannya ialah mengikut amalan lama, MAIPP melantik individu atau kelompok tertentu tanpa melalui proses pemilihan oleh anak-anak kariah secara telus dan terbuka. "Sekarang, tata cara baru ini, memberikan hak kepada anak-anak khariah untuk mencadangkan pentadbir masjid atau jawatankuasa masjid masing-masing kepada MAIPP untuk diperkenankan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan. Selepas tarikh akhir pencalonan ditutup pada 7 Jun lalu, 193 daripada 200 masjid telah menghantar senarai pencalonan masing-masing. "Ini membuktikan bahawa majoriti besar kariah menerima pakai tata cara pemilihan yang diperkenalkan MAINPP ini. Malah terdapat masjid-masjid yang mengadakan kompromi di kalangan anak-anak kariah masing-masing untuk mengelakkan berlakunya pertandingan," tambah beliau. Menurut Abdul Malik, senarai penuh pencalonan dan mereka yang layak akan mula diedarkan ke masjid-masjid bermula semalam hingga akhir minggu ini. "Yang lebih penting, pemilihan ini bertujuan memilih pentadbir masjid yang berwibawa tanpa mengambil kira fahaman politik mereka. Mereka yang terpilih perlu memikul tanggungjawab berat, iaitu mengimarahkan masjid demi kepentingan masyarakat Islam khususnya. Lebih utama tanggungjawab mereka kepada Allah SWT bagi meningkatkan syiar Islam di negeri ini," ujarnya. UMNO melalui lidah rasminya Utusan Malaysia telah melaporkan kononnya DAP terlibat dalam usaha mengadakan pemilihan jawatankuasa jawatankuasa masjid di Pulau Pinang. Beberapa pemimpin UMNO cuba memutarbelitkan fakta dengan mengaitkan DAP berhubung hal-ehwal Islam di negeri itu. Abdul Malik menjelaskan bahawa sekiranya kerajaan negeri Pulau Pinang meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan agama, sudah tentu MAIPP akan meneruskan amalan tradisi kerajaan BN sebelum ini, iaitu melantik jawatankuasa masjid untuk diterima sahaja oleh khariah. "Saya cukup yakin, calon-calon yang menawarkan diri dalam tata cara pemilihan ini akan bertugas secara ikhlas untuk berbakti kepada umat Islam dan membantu mengimarahkan masjid masing-masing," tambahnya. Sementara itu, Harakahdaily melaporkan bahawa PAS Pulau Pinang akan membantu kerajaan negeri menggerakkan aktiviti penerangan kepada 200 masjid di negeri itu supaya anak khariah lebih memahami kaedah baru yang bertujuan menyelamatkan institusi masjid daripada kongkongan politik pihak tertentu. Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Dr Mujahid Yusof Rawa kesal dengan UMNO yang secara tidak bertanggungjawab menimbulkan berbagai provokasi yang menggugat proses kerajaan negeri untuk menyatukan umat Islam melalui pemilihan jawatankuasa masjid yang lebih telus. "Kenapa UMNO cuba kaitkan perkara yang tidak relevan seperti mengatakan DAP campurtangan terhadap pemilihan Jawatankuasa sedangkan ia mengikut saluran betul mengikut kaedah Jawatankuasa qariah dan Pegawai Masjid Masjid Negeri Pindaan 2003. Semuanya melalui peruntukan yang ada dalam enakmen pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang Seksyen 104 (10)(b), " katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata pendekatan yang dipakai oleh kerajaan BN sebelum ini telah mengakibatkan pentadbiran masjid tidak telus, banyak masjid tidak mengadakan mesyuarat agung, tiada laporan aktiviti dan kunci kira-kira serta tiada notis pemberitahuan kepada anak khariah tentang pemilihan jawatankuasa khariah baru. | ||
Faktor agama dan bahasa mampu meleraikan simpulan persepsi Posted: 13 Jun 2011 09:51 PM PDT Oleh Zahiruddin Zabidi Tidak dinafikan sedikit sebanyak pemahaman terhadap perjuangan DAP semakin difahami mutakhir ini khususnya selepas pilihan raya umum 2008. Ini adalah kerana DAP membuktikan bahawa ia adalah sebuah parti perjuangan yang benar-benar mahukan sebuah pemerintahan yang meletakkan keadilan unggul sebagai teras pemerintahan. Toleransi yang tinggi dan sikap hormat-menghormati di kalangan parti Pakatan Rakyat sangat memperlihatkan betapa sebuah perjuangan yang mempunyai misi yang sama meskipun dasar yang berbeza, boleh bersama-sama membina barisan pejuang yang kental bagi membantai kumpulan penzalim rakyat yang sedia ada. Sikap yang ditunjukkan oleh barisan kepimpinan DAP khususnya di Pulau Pinang dan Perak suatu masa dahulu wajar dipuji. DAP memperlihatkan bagaimana mereka adalah sangat menghormati prinsip demokrasi, perlembagaan dan undang-undang serta enakmen khusus negeri masing-masing dalam menangani isu-isu berbangkit. DAP juga dilihat terlebih dahulu akan memohon nasihat dan bantuan daripada rakan Pakatan Rakyat khususnya dalam isu dan hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Sekali lagi ia menunjukkan kematangan dan sikap yang sangat profesional dalam berpolitik dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Perjuangan DAP semakin difahami dan persepsi yang sekian lama dibina oleh pihak kerajaan Barisan Nasional bahawa DAP adalah penerus kesinambungan ideologi PAP dari Singapura kian terhakis. Ini kerana pucuk pimpinan DAP berjaya membuktikan bahawa mereka berbeza sama sekali daripada PAP sekarang. Malah dari segi penyalahgunaan kuasa politik termasuk menekan pembangkang, PAP lebih sama dengan UMNO berbanding DAP. Namun persepsi tersebut masih menebal di kalangan orang Melayu Islam di Malaysia kerana beberapa faktor umum yang sudah diketahui. Justeru saya mencadangkan pihak pimpinan DAP lebih kerap mengadakan program wacana dan penerangan dengan menjemput para ulama daripada PAS sendiri bagi membicarakan isu politik tanah air di pentas DAP. Cara ini juga dilihat dapat meleburkan persepsi bahawa DAP adalah anti-Islam, sekali gus anti-Melayu. Selain daripada itu, penguasaan bahasa Melayu khususnya dalam pertuturan oleh para pemimpin dan ahli DAP adalah amat penting. Penguasaan bahasa Melayu yang baik apabila para pemimpin berinteraksi dengan rakyat secara umum akan meningkatkan kredibiliti dan daya tarik kepada pemimpin tersebut khususnya parti. Ini sudah dibuktikan oleh beberapa orang pemimpin DAP yang fasih bertutur dan menulis dalam berbahasa Melayu. Saya yakin dan percaya, sedikit masa lagi bukan sahaja orang Melayu profesional malah golongan agamawan Islam juga akan tertarik kepada DAP apabila mereka meyakini bahawa DAP bukan sebuah parti yang anti-Islam, malah sangat berpegang kepada prinsip-prinsip perjuangan yang dikehendaki oleh Islam seperti beretika, berintergriti, adil, telus, saksama, anti-rasuah, anti-rasis, anti-pelamppau agama serta tidak mendokong perkara tidak bermoral dalam pemerintahan dan kehidupan sejagat. – Roketkini.com *Penulis adalah editor sebuah syarikat penerbitan | ||
Sekatan terhadap Bersih 2.0 bukti Umno tipu dalam pilihan raya – Anwar Posted: 13 Jun 2011 09:49 PM PDT KEADILAN DAILY BRICKFIELDS: Umno Barisan Nasional (BN) sentiasa cuba menipu dalam pilihan raya lanataran mereka tidak membenarkan sebarang pemantauan dibuat baik pihak luar mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berucap pada forum 'Ke Arah Perubahan' bertempat di Wisma Pandu Puteri Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata, ia berbeza dengan negara lain yang membawa pemerhati luar untuk memantau pilihan raya – merujuk kerajaan Turki yang mengundang wakil dari KEADILAN untuk memantau pilihan raya mereka yang berlangsung hari ini. "Bayangkan Perdana Menteri (Turki, Recep Toyyip Endorgen) jemput orang luar untuk pantau pilihan raya. Dia yakin pilihan raya negaranya mampu dipantau kerana dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kita di sini, jangankan orang luar, Pengerusi Bersih 2.0 (Datuk Ambiga Sreenevasan) nak pergi pantau pilihan raya Sarawak pun tak boleh. "Maknanya, Umno ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Mereka mahu tipu dalam pilihan raya," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hampir 2,000 hadirin yang bersesak-sesak mendengar ceramahnya di dewan itu. Sekalipun sombong dan angkuh, Anwar berkata, Umno menipu dalam pilihan raya kerana takut kehilangan kuasa dan bimbang pilihan raya yang benar-benar adil tanpa penipuan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya sekaligus menumbangkan BN. "Beliau (Ambiga) sebut arrogance of power (kesombongan kuasa), saya sebut the arrogance of losing power (Kesombongan kerana takut hilang kuasa. Dia (BN) takut kehilangan kuasa, mana boleh dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kalau SPR jalankan pilihan raya bebas dan adil, (sejak) 2008 kita sudah sampai ke Putrajaya. "Kenapa Umno tidak boleh jalankan pilihan raya yang bebas dan adil? Kerana kalau mereka jalankan pilihan raya yang bebas dan adil, mereka akan kalah," ulang Anwar lagi. Ketua Pembangkang itu turut mengulangi komitmennya untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 2.9 pada 9 Julai ini dan menganggap perhimpunan itu djamin dalam Perlembagaan. "Pada 9 Julai, saya akan hadir bersama. Dan saya minta kita berhimpun secara aman kerana ia adalah hak yang paling asas yang dijamin dari segi Perlembagaan. Tuanku Abdul Rahman Al-Haj sewaktu kemerdekaan menjamin Malaysia ini negara yang liberal dan demokratik," katanya. | ||
Video Seks: Umno jadikan rakyat bahan eksperimen Posted: 13 Jun 2011 09:46 PM PDT KEADILAN DAILY AMPANG: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyifatkan kerajaan menjadikan rakyat sebagai bahan eksperimen politik lucah oleh Umno Barisan Nasional (BN) ekoran terbaru fitnah skandal seks Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula diedar. Walaupun dua laporan sudah dibuat, Ketua AMK Ampang, Hamsah Djabir berkata, polis masih berdiam diri berhubung pengedaran video lucah bagi memenuhi kepuasan pemerintah. "Sampai bila polis mesti berdiam diri? Kini bukan sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadikan mangsa tetapi juga pimpinan PAS (Mat Sabu). Tidak mustahil selepas ini, pimpinan DAP pula. "Adakah polis hendak menunggu sehingga pilihan raya, baru umum hasil siasatan?," katanya dalam kenyataan media hari ini. Ekoran pengedaran video seks yang berleluasa sejak dua hari lalu, Hamsah menyifatkan perkara itu sebagai penghinaan kepada kuasa rakyat yang sebenarnya 'majikan' di negara ini. "Respon kepada laporan polis Zuraida Kamaruddin, Ketua Cabang Ampang dan respon pimpinan PAS berkenaan penyebaran VCD Fitnah Anwar dan fitnah skandal seks Mat Sabu selama dua hari ini, adalah penghinaan kepada kuasa rakyat. "Minggu lepas sahaja salah seorang ahli AMK Ampang terima VCD sama di pusat beli belah, dan kini ia dipos terus ke rumah Yang Berhormat pula. Penyebaran ini sudah melampau," ujarnya. Beliau mewakili AMK Ampang memberi amaran keras dan tidak gentar dengan penyebaran video lucah, malah sudah bersiap sedia menghalang politik lucah yang mencemarkan pengundi Ampang. "Amaran kepada dalang penyebaran: Kami (AMK Ampang) sudah bersedia dengan permainan perang saraf kotor begini. Barisan pertahanan akan kami ampuhkan. Barisan serangan akan kami perkuatkan. "Kami tidak gentar dan sentiasa bersedia menghalang politik lucah secara habis-habisan dari terus mencemarkan pengundi di Ampang," kata beliau. | ||
Presiden Switzerland arah harta Taib Mahmud disiasat Posted: 13 Jun 2011 09:45 PM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Switzerland, Micheline Calmy-Rey, mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas harta milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di dalam bank Switzerland. Di dalam suratnya dengan tajuk "Pembekuan aset Abdul Taib Mahmud, ketua kerajaan negeri Sarawak di Malaysia" bertarikh 8 April kepada Yayasan Bruno Manser, Micheline berkata beliau sudah menyerahkan maklumat tentang aset Taib Mahmud di dalam institusi kewangan di Switzerland kepada badan FINMA (Swiss Financial Market Supervisory Authority), sebuah organisasi yang mengawal aktiviti pembersihan wang haram, untuk siasatan. Yayasan Bruno Manser adalah satu badan bukan kerajaan yang berpengkalan di Switzerland dan berjuang menentang rasuah Taib di Sarawak. Ia ditubuhkan sebagai tanda ingatan kepada Bruno Manser, pejuang alam sekitar yang hilang di secara misteri di dalam hutan Sarawak selepas bertahun-tahun berjuang menetang pembalakan haram yang mengganggu kehidupan orang Penan di Sarawak, lapor Sarawak Report. Di dalam suratnya itu, Micheline menyatakan bahawa pihak berkuasa negaranya mengambil serius kebimbangan di peringkat antarabangsa tentang kemungkinan Taib mengambil untung secara haram daripada rasuah hasil pembalakan di Sarawak. Beliau sendiri menyatakan rasa tidak gembiranya kemungkinan aset daripada rasuah itu dilaburkan di Switzerland. Di dalam suratnya itu Micheline menegaskan bahawa perjuangan menentang rasuah dan mengembalikan semula dana yang dibawa keluar secara haram ke negara asalnya adalah satu keutamaan buat kerajaan Switzerland. "Bertahun lamanya kita memperjuangkan usaha mewujudkan satu pusat kewangan yang bersih, dengan undang-undang anti pembersihan wang yang menyeluruh yang mengandungi tanggungjawab pelaporan oleh institusi kewangan, terutamanya apabila ia melibatkan wang daripada orang politik. "Walaupun kita mempunyai pelbagai cara untuk mencegah perkara ini, jika kita dapati aset yang berasal daripada kegiatan jenayah ada dalam sistem kewangan Switzerland, kita tidak akan teragak-agak untuk mengembalikan semula wang tersebut kepada negara asal. "Sejak 15 tahun lepas, kita telah memulangkan hampir 1.5 bilion ke negara asal wang-wang ini," kata Micheline dalam suratnya kepada Yayasan Bruno Manser. FINMA sendiri dilaporkan sudah menghubungi Yayasan Bruno Manser memaklumkan yang mereka sudah ditugaskan untuk menyiasat aset Taib Mahmud dan mereka meneruskan siasatan tidak lama lagi. Beban kini terletak di bahu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kerana di bawah undang-undang anti-pembersihan wang antarabangsa, beliau perlu mengarahkan pembekuan terhadap aset Taib Mahmud, salah satu daripada pembiaya terbesar partinya sendiri, Barisan Nasional. Jika tidak, Switzerland terpaksa menunggu sehingga Taib disingkirkan daripada pemerintahannya. Tetapi, jika Najib gagal berbuat demikian, perkara ini akan menjadi satu isu yang hangat diperbincangkan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan