DUNIACACAMARBA |
- [PANAS] ADUN UMCO Kena Cekup Khalwat dengan Wartawan Akhbar?
- Hanya 863 Mohon Murtad dari 2000-2010? Benarkah Statistik Ini?
- Perogol Mati Ketika Merogol Nenek 77 Tahun
- ADUN Katak /Timbalan Speaker DUN Perak Didapati Bersalah
- Kementerian Pelancongan Belanja RM1.8 Juta Bina Laman FB, Kerajaan P. Pinang Belanja RM0.00 Bina Laman yang Sama
- [Gambar] MSK Sertai DAP
- Jabatan Mufti Selangor Sahkan ASB dan ASN HARAM
- Warga Singapura Dakwa Diminta Berbogel dan Ketuk Ketampi
- Pelajar IPTA Dicekup Khalwat
- 4 Warga Asing Dikehendaki
- Susulan Kes Orang Awam Ditembak di Pakistan
- Ingat Kes Remaja Diperkosa 11 Kali oleh Ayah Tiri, Si Ibu Minta Bersabar? Uztazah Bantu Suami "Kerjakan" Anak
[PANAS] ADUN UMCO Kena Cekup Khalwat dengan Wartawan Akhbar? Posted: 14 Jun 2011 08:06 AM PDT | ||||||
Hanya 863 Mohon Murtad dari 2000-2010? Benarkah Statistik Ini? Posted: 14 Jun 2011 06:30 AM PDT Saya petik: [MK] Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. P/s: Kita biasa mendengar pengakuan atau maklumat daripada bekas penganut agama lain atau orang yang insaf selepas murtad bahawa ribuan umat Islam di negara ini telah murtad atau mengemukakan permohonan untuk murtad. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mempunyai data atau maklumat lanjut tentang hal ini. Cuma apabila menteri berkenaan mengemukakan angka 832 orang yang memohon untuk murtad dalam tempoh 10 tahun, saya agak curiga dengan angka itu. Saya betul-betul curiga dengan angka sekecil itu!!! Adakah kerajaan menyembunyikan angka sebenar? | ||||||
Perogol Mati Ketika Merogol Nenek 77 Tahun Posted: 14 Jun 2011 05:08 AM PDT Herald Sun menyiarkan berita tentang seorang lelaki yang pernah disabitkan dengan kesalahan merogol kanak-kanak di Texas AS mati ketika merogol wanita tua berusia 77 tahun di rumahnya. Isabel Chavelo Gutierrez, 53, dari Tivoli, Texas, mengayuh basikal sejauh 2 batu sebelum memecah masuk ke rumah mangsa. Menurut sumber polis, perogol itu mengadu tidak sihat semasa merogol mangsa. Dia kemudian berhenti merogol mangsa untuk berehat. Selepas seketika, dia cuba menyambung perbuatannya namun rebah dan mati di tempat kejadian. Mangsa beranggapan perogol itu pengsan kerana mabuk selepas mendapati nafas lelaki itu berbau alkohol. Apabila melihat perogolnya tidak sedarkan diri, mangsa menghubungi anaknya yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa. Sarjan Gary Wright dari Pejabat Sheriff Refugio County berkata pihaknya percaya perogol tersebut mati akibat serangan jantung kerana keletihan mengayuh basikal sejauh 2 batu. | ||||||
ADUN Katak /Timbalan Speaker DUN Perak Didapati Bersalah Posted: 14 Jun 2011 03:00 AM PDT Saya petik: [KD] IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong bersalah menyerang Adun Aulong, Yew Tian Hoe dengan penyembur lada sewaktu Dun bersidang pada 7 Mei, 2009. | ||||||
Posted: 14 Jun 2011 01:48 AM PDT Saya petik: [MK] Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya. Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma. "Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?" soalnya semasa sesi soalan. Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga. Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif. "Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding," katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter. Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013. Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan. P/s: RM1.8 juta, masuk ke poket siapa, sedangkan laman sedemikian rupa boleh dibuat secara percuma. Contohnya, Kelab DUNIACACAMARBA, klik di sini, kemudian klik "like" untuk sertainya! Anda pun boleh membina laman "Fanpage" sendiri secara percuma di FB. Mengikut laporan MK, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit mengatakan bahawa tender berjumlah RM1.8 juta itu diberikan kepada syarikat Impact Creations Sdn. Bhd. untuk tiga tahun bermula dari 2011-2013. RM1.8 juta bahagi 36 bulan = RM50 ribu sebulan. Anda rasa berbaloi duit rakyat dihabiskan untuk sesuatu yang ditawarkan secara percuma di internet? Kalau ada yang kata berbaloi, sahlah anda penyokong tegar UMCO. Tukang perabih duit rakyat!!! | ||||||
Posted: 14 Jun 2011 12:00 AM PDT MSK masuk DAP. Melayu masuk DAP. Situasi yang benar-benar menggerunkan UMCO!
Kredit: FB YB Sivakumar & Pulakdah! P/s: Tahniah! | ||||||
Jabatan Mufti Selangor Sahkan ASB dan ASN HARAM Posted: 13 Jun 2011 11:15 PM PDT | ||||||
Warga Singapura Dakwa Diminta Berbogel dan Ketuk Ketampi Posted: 13 Jun 2011 09:40 PM PDT Saya petik:
. P/s: Jika terbukti benar, Malaysia memang tidak mengambil pengajaran kesilapan yang lalu. | ||||||
Posted: 13 Jun 2011 08:20 PM PDT
Saya petik: [HM] GEORGETOWN: Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor sepatutnya pulang ke rumah keluarganya di Kedah, tetapi 'melencong' ke Butterworth untuk memadu kasih bersama teman lelakinya sebelum ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel, Jumaat lalu. P/s: Pelajar tidak tahan berahi! | ||||||
Posted: 13 Jun 2011 07:25 PM PDT Saya petik: [HM] SHAH ALAM: Polis Selangor giat memburu empat suspek utama dalam tiga kes bunuh berasingan yang berlaku sejak awal tahun ini termasuk kes terbaru minggu lalu, masing-masing membabitkan mangsa warga Myanmar, Indonesia dan Bangladesh. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-3371222 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohammad Iqbal Ibrahim di talian 012-7748499," katanya dalam sidang akhbar, di sini, semalam. | ||||||
Susulan Kes Orang Awam Ditembak di Pakistan Posted: 13 Jun 2011 06:21 PM PDT Berita awal tentang kes ini boleh dibaca di sini. Saya petik: [Kosmo] KARACHI - Sebuah mahkamah antikeganasan Pakistan semalam mereman enam askar ke dalam tahanan polis berhubung pembunuhan seorang lelaki tidak bersenjata di sebuah taman awam yang mengejutkan negara berkenaan. | ||||||
Posted: 13 Jun 2011 05:30 PM PDT Berita awal tentang kes ini boleh dibaca di sini. Saya petik: Ibu tutup mulut mangsa ketika 'dikerjakan' bapa tiri [BH] KUALA LUMPUR: Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka, dua bulan lalu. Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad. Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama, pada Mac 2011. Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu. Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang di sini. Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa, pada masa dan tempat yang sama. Pendakwaan yang diwakili Zuraini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan sama sebelum Manira memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin walaupun beliau merayu supaya mahkamah membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan untuk menelefon penjamin. Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan bagi pasangan suami isteri itu melantik peguam. INFO: Pertuduhan * Bagi tuduhan pertama, wanita itu didakwa menyuruh anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun dan 1 bulan membuka pakaian dan menutup mulut mangsa ketika dirogol suaminya yang dinikahi hampir setahun lalu di dalam bilik mangsa, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi, pada April 2011. * Tuduhan kedua pula, dia dituduh bersubahat dengan suaminya menyuruh mangsa masuk bilik bapa tirinya itu, masa yang sama, pada 12 Mei 2011. * Bagi dua tuduhan merogol, pemandu lori itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun atau 10 sebatan. * Bagi cabul kehormatan, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. P/s:Bingai! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan