Ajijoi |
Kejohanan Bolasepak 9 sebelah Piala Pusingan Radzi Zainon Posted: 13 Jun 2011 04:43 AM PDT IPOH (11.06.11): Dewan Pemuda Pas Kawasan Gopeng telah menganjurkan pertandingan bolasepak 9 sebelah bersama dengan Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat. Kejohanan bolasepak kali ini menawarkan Piala Pusingan Radzi Zainon kepada pasukan-pasukan bolasepak sekitar Dun Sg Rapat. Bertempat dipadang bola Taman Lapangan Jaya, kejohanan ini yang berlangsung seawal 8.00 pagi telah menarik ramai anak-anak muda disekitar kawasan Gopeng untuk turut serta mengambil bahagian. Hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 ditawarkan kepada pasukan yang bergelar johan, RM300.00 buat tempat kedua dan RM100.00 kepada tempat ketiga. Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian Jersi bola yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chye Pasukan yang menunggu giliran Yang beruban tu, pemain, pengurus atau pengadil? Beriya benar memberi arahan. Kenapa penjaga gol jauh hati pulak? Merajuk? Kena buang padang? |
Posted: 13 Jun 2011 03:56 AM PDT Internet. Apalah seorang blogger tanpa internet. Dengan adanya internet maka lahirlah blogger bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dengan internet juga suara, pandangan, kritikan, sokongan, berita dan cerita dapat sampai kemana jua tanpa sempadan, tanpa sekatan. Dengan internet juga, pengetahuan terbentang luas biarpun hanya duduk dirumah. Pengetahuan dihujung jari, dan mereka yang berinformasi akan pasti menguasai, baik masyarakat mahupun dunia. Tetapi persoalannya, berbaloikah harga internet yang dibayar dengan kelajuan dan sambungan dari internet yang sampai? Kini terdapat pelbagai pakej internet yang ditawarkan. Pelbagai janji juga diwar-warkan. 1GB, 3GB dan sebagainya penyedap halwa. Adakah semuanya terlaksana? Capaikah kepuasan sepertimana tawaran? Internet dinegara kita bukanlah yang terlaju dirantau asia ini. Yang termahal, mungkin. Gangguan semasa pelayaran, selalu. Diluar kawasan, alasan buntu. Monopoli jaringan internet oleh TMnet telah lama. Tetapi tahap servis yang diberikan masih ditakuk lama. Tidak percaya? Cuba-cubalah membuat pemeriksaan dengan menggunakan khidmat www.speedtest.net yang akan memberikan tahap sebenar kelajuan internet yang sampai ke rumah kita. Adakah sepertimana yang dijanjikan atau kita membayar perkhidmatan yang jauh lebih rendah daripada harganya. Lingkaran hidup kita dikelilingi dengan internet. Setiap sesuatu pekerjaan yang dilakukan memerlukan talian internet. Dan kita terpaksa membayar harga yang mahal untuk mendapatkan perkhidmatan internet. Tetapi sayang, talian internet itu dijadikan sumber perniagaan yang mana kita sebagai pengguna adakalanya tertipu. Internet adalah jendela dunia tanpa sempadan. Tetapi kita terpaksa membayar harga yang mahal hanya untuk membuka sebelah jendela sahaja. ~ ajijoi |
You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan