Ahad, 12 Jun 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


JALAN MAGIK, DI MANA NKRA?

Posted: 12 Jun 2011 04:21 AM PDT

SABAH KINI

SIMEN….Hanya 200 meter sahaja dinaiktaraf kepada simen, manakala selebihnya masih berbatu kelikir dan tanah merah. Gambar sisipan, Akop Kamit.

Oleh: NASUTION NAEJEL

BUKAN menjadi perkara rahsia lagi, tetapi sudah secara terang-terangan apabila Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Ulu Ulloi Tenom, Akop Kamit, 50, terkilan dengan tindakan pihak kerajaan yang seolah-olah menganak tirikan rakyat dan tidak mengendahkan segala aduan untuk mendapatkan sebatang jalanraya yang baik.

Malahan Pengerusi JKKK itu dengan tegas menyampaikan ejekan rakyat yang mempertikaikan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang sering ditujukan kepadanya, sebaliknya beliau secara berterus terang telah tertekan dengan ejekan itu gara-gara kelemahan pihak pelaksana.

Tegasnya, meskipun beberapa laporan telahpun dihantar kepada JKR sebelum ini, namun beliau kesal kerana sehingga sekarang tidak ada tindakan dilakukan terhadap sebatang jalanraya pintas kira-kira 2 kilometer yang menghubungkan Kg Ulu Ulloi dengan Taman Bahagia berdekatan Pekan Tenom.

"Tidak mungkin mereka (JKR) tidak tahu lokasi ini kerana Jurutera mereka sudah pun memeriksa jalanraya tersebut bersama Jurutera Kekal Mewah," kata beliau dalam satu kenyataan media petang kelmarin sebagai mengulas rungutan para penduduk di kawasan terbabit.

Tahun lepas (2010), jalanraya tersebut telah disahkan oleh pihak kontraktor Kekal Mewah bahawa sebarang kerja-kerja penyelenggaraan setakat ini bukan dalam bidangkuasa mereka kerana ianya belum tersenarai sebagai tanggung jawab Kekal Mewah Sdn Bhd.

"Tetapi pada ketika itu, Kekal Mewah bersetuju untuk membantu kami mendaftarkan jalanraya itu dalam senarai mereka, manakala penyelenggaran dilakukan JKR buat sementara waktu sehingga ianya terdaftar, tetapi janji itu semuanya kosong," tambah Akop.

Dalam pada itu, kenyataan Akop Kamit tercetus ekoran terdapatnya beberapa rungutan daripada para pengguna jalanraya khususnya mereka yang mempunyai kebun di situ yang tidak berpuas hati dengan layanan agensi kerajaan, terutamanya JKR yang bertanggung jawab dari segi kemudahan infrastruktur kerana belum menyelenggara jalan berkenaan.

SEMAK…. Jalanraya Pintas Ulu Ulloi dihiasi semak samun tidak diselenggara sehingga sukar bagi kenderaan berselisih tidak dapat digunakan pada waktu hujan.

Mereka juga mempertikaikan keberkesanan NKRA yang bertanggung jawab menaiktaraf kemudahan infrastruktur di kawasan Pedalaman Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2009 di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandardan Wilayah (KKLW), kerana NKRA hanya gimik politik KKLW.

Jalanraya pintas yang menghubungkan antara perkampungan Ulu Ulloi ke Taman Bahagia dibina sejak lebih 20 tahun lalu aitu semasa era kerajaan Parti Berjaya bagi memudahkan penduduk keluar dan masuk ke kebun mereka yang terletak kawasan berkenaan.

Bagaimana pun sekitar tahun 2000, jalanraya tersebut mendapat agehan peruntukan untuk dinaiktaraf tetapi berlaku silap mata kerana hanya 200 meter sahaja yang dinaiktaraf kepada jalan bersimen, manakala selebihnya dibiarkan begitu sahaja sehingga ke hari ini.

OKU dizalimi, ‘ditendang keluar’ dari senarai

Posted: 12 Jun 2011 04:15 AM PDT


SETIU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu didakwa zalim dan tidak berlaku adil terhadap sorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam mengagihkan dana khas bantuan hari raya dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, Setiu.

Ahmad Kamalrul Hisan Ahmad Hanipah, 29, dari Kampung Tok Dor Luar, dekat sini telah mengalami kecederaan kekal akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.

Beliau yang telah berkeluarga dan mempunyai seorang anak berusia hampir tiga tahun pernah menerima bantuan hari raya tersebut.

Beliau yang sebelumnya bekerja sebagai pemandu, kesal kerana 'ditendang keluar' dari senarai penerima bantuan dana khas tersebut.

"Saya rasa terkilan dan tidak puas hati kenapa nama saya dikeluarkan. Saya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Saya ada isteri dan seorang anak yang berusia hampir tiga tahun. Saya tidak boleh kerja berat selepas kemalangan jalan raya sejak lebih setahun lalu," ujarnya.

Menurutnya, beliau aduannya kepada pihak Penghulu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pejabat Dun Jabi, tidak dipedulikan.

Katanya, kali terakhir menerima bantuan raya yang diagihkan setiap tahun kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah pada 2008 sebanyak RM300.

Beliau dimaklumkan oleh pihak tertentu banyak kes 'tendang' (terkeluar) dari senarai berlaku tetapi nama pemohon terbabit digunapakai pihak lain.

"Saya diberitahu oleh pihak tertentu banyak kes 'tendang' (keluar) dari senarai berlaku tetapi nama kita (pemohon) telah digunapakai oleh orang lain.

"Jika perkara (kes) ini benar-benar berlaku, saya rasa sangat kecewa dan hilang kepercayaan kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional sekarang," tegasnya.

Menurutnya, slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang digembar-gemburkan itu sekadar retorik sahaja.

Ahmad kini hanya bergantung kepada pendapatan isterinya, Puan Noraini Othman, 26, yang bekerja mengambil upah menjahit pakaian dengan pendapatan RM500 sebulan.

Nik Aziz dakwa UMNO semakin lesu

Posted: 12 Jun 2011 04:13 AM PDT

SINAR HARIAN ONLINE




GOMBAK – UMNO kini dipercayai semakin lesu apabila perjuangannya memburukkan dasar Islam diperjuangkan Pas menemui kegagalan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mereka gagal mempertikaikan dasar Islam diperjuangkan parti, sedangkan Islam untuk semua tanpa mengira latar belakang agama atau perkauman.

"Islam untuk semua manusia yang diciptakan Allah SWT yang juga ciptakan Islam. Islam bukan untuk masyarakat Arab sahaja, tetapi untuk semua bangsa di seluruh dunia ini.

"Mereka (UMNO) gagal mempertikaikan (dasar) Islam (yang diperjuangkan parti) sehingga tidak lena tidur," katanya.

Beliau yakin Pas dapat memintas UMNO kerana dasar parti yang memperjuangkan negara berkebajikan.

"Dulu mereka menuduh Pas ketinggalan, kini kami yang akan pintas mereka," katanya

Menurutnya, UMNO kini berdepan dengan tekanan kerana kenaikan harga barang yang membebankan rakya:t.

"UMNO sudah tua dan tertekan dengan bebanan yang banyak kerana dulu memperjuangkan rakyat didahulukan, kini sebaliknya sehingga memakan diri sendiri.

"Ini dapat dilihat apabila mereka terpaksa menangguhkan mesyuarat agung sedangkan kami tetap meneruskan mesyuarat agung seperti biasa terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, isu video seks menyebabkan suasana politik negara bertambah busuk.

"Video seks itu tiada bukti, mengarut dan membusukkan nama negara sahaja.

"Sesiapa sahaja boleh buat video dengan mengambil muka orang lain dan letakkan pada muka orang lain," katanya.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan negara kebajikan memberi kelebihan kepada DAP yang juga parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tidak sama kerana negara kebajikan yang kami perjuangkan mengikut perlembagaan parti berlandaskan al-Quran dan hadis.

"Mereka (UMNO) yang tidak faham maksud negara kebajikan kerana kami ada amar makruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran), mereka tiada," katanya.

Beliau turut mengumumkan akan menulis buku untuk memberi penjelasan mengenai negara kebajikan diperjuangkan parti.:

BN pilih calon kegemaran rakyat

Posted: 12 Jun 2011 04:11 AM PDT

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM – Calon disenangi dan digemari rakyat selain memiliki ciri kepimpinan yang mampu memancing undi, diberi keutamaan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sekiranya seseorang itu diminati rakyat, bererti beliau memiliki pakej yang lengkap dan boleh diberikan amanah untuk memimpin.

"Pokok pangkalnya, calon itu mesti disukai rakyat. Sekiranya rakyat suka, sudah tentu mereka memiliki integriti dan disiplin yang baik kerana kita berjuang untuk membela nasib rakyat.

"Kita mengambil kira penerimaan rakyat terhadap seseorang calon, tidak mungkin kita letakkan calon yang tidak dikenali rakyat, lebih malang rakyat tidak suka seseorang itu," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Penerangan MIC, S Murugesan berkata, pada dasarnya, seseorang calon perlu memiliki perwatakan menarik dan mesra rakyat.

Menurutnya, faktor persepsi turut menjadi kuasa pembayang untuk menilai imej seseorang individu sama ada gagal mempertahankan integritinya di hadapan kaca mata umum.

"Tanggapan rakyat terhadap seseorang calon itu menunjukkan tahap dan prestasi yang ada padanya. Calon kegemaran rakyat adalah salah satu kriteria penting di samping elemen-elemen lain yang perlu diberi perhatian.

"Mereka yang dipilih perlu memenuhi ciri-ciri kegemaran rakyat, boleh mendengar masalah dan keluhan serta bijak mendekati mereka. Tidak mustahil mereka ini akan memberikan impak dalam percaturan politik negara," katanya.

Selain itu, Murugesan berkata, calon yang berdedikasi juga diambil kira untuk menentukan seseorang itu layak menjadi calon dalam PRU-13 nanti dan tidak hilang kepercayaan rakyat.

"Calon yang menunjukkan dedikasi tinggi terhadap tugas diamanahkan juga akan diambil kira di samping memiliki perwatakan menarik dan menjadi tumpuan rakyat," katanya.

Senada dengan dua wakil parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Chong Ha pula menyokong sepenuhnya sekiranya pemimpin pilihan rakyat dicalonkan dalam PRU-13.

"Dalam mana-mana pilihan raya, calon yang diletakkan perlu diterima pengundi. Mereka perlu memiliki ciri-ciri bertanggungjawab menggalas amanah yang diberikan untuk meraih undi rakyat.

"Selain itu, faktor integriti dan disiplin yang baik adalah antara elemen yang perlu diambil kira," katanya.

KDN siasat KIT

Posted: 12 Jun 2011 03:59 AM PDT

SINAR HARIAN ONLINE




PENDANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat dakwaan Kelab Isteri Taat (KIT) dipercayai ada kaitan dengan pergerakan Al-Arqam untuk mengesan jika ia boleh mengancam keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemantauan dilaksanakan walaupun belum menerima laporan kelab terbabit menjejaskan keselamatan negara.

"Kita sedang siasat (dakwaan itu) dan saya ada terima laporan, tetapi setakat hari ini (semalam) saya belum dapat laporan menunjukkan mereka menjejaskan keselamatan negara.

"Namun, sesiapa sahaja termasuk saya, kalau melanggar undang-undang tetap berdepan tindakan, malah jika kumpulan ini melanggar undang-undang atau lebih serius lagi, menjejaskan keselamatan negara, saya percaya polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, mengenai ahli KIT yang dipercayai antara cabang Al-Arqam kerana berasal dari kelompok Global Ikhwan.

Menurutnya, beliau turut mengalu-alukan Dr Mashitah untuk menyalurkan maklumat mengenai perkara berkenaan kepada kementeriannya.

Sementara itu, mengulas mengenai Himpunan Gerakan Bersih 2 yang akan diadakan 9 Julai ini, Hishammuddin berkata, polis dan KDN akan membuat pemantauan supaya ketenteraman negara tidak terjejas.

"Pada saya bukan Pas sahaja, orang yang tidak bersetuju dengan Pas juga mahu buat perhimpunan. Banyak permintaan yang tidak bersetuju (dengan Bersih), yang penting polis dan kementerian akan pantau, jangan sampai huru-hara negara kita," katanya.

PKR PAHANG WUJUDKAN KOBAT UNTUK BEKAS TENTERA

Posted: 12 Jun 2011 03:54 AM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS


SYABAS dan tahniah kepada Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman kerana di atas usahanya mewujudkan satu lagi biro yang setaraf dengan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang telah diiktiraf di peringkat Pusat di dalam Parti Keadilan Rakyat. Biro yang baru ditubuhkan di peringkat Negeri Pahang ini di namakan `KOBAT' iaitu Kor Bekas Angkatan Tentera Malaysia.

Meskipun biro yang baru diwujudkan ini dimulakan di peringkat Negeri Pahang, namun saya yakin biro ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari bekas anggota tentera atau perajurit dan dibuka juga kepada bekas-bekas anggota Polis dan keselamatan. Laman Rasmi KOBAT ini boleh anda kunjungi di sini (klik).

KOBAT bertujuan untuk membela nasib dan kebajikan bekas perajurit dengan beberapa perancangan tertentu agar segala jasa dan pengorbanan mereka dihargai sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan selepas Pilihanraya Umum nanti. Di peringkat Negeri Pahang sendiri, Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk memberikan perhatian terhadap kebajikan semua bekas perajurit ini sekiranya Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri.

Sekiranya Pakatan Rakyat tidak menjadi kerajaan, suara-suara mereka dan permasalahan mereka tetap akan dibawa ke peringkat atasan samada di Dun Negeri mahupun di Parlimen. Menyedari bahawa badan atau persatuan seperti Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) sering menjadi mangsa politik kerajaan sekarang, maka KOBAT adalah alternatif bagi mereka. Kegagalan persatuan yang sedia ada untuk membela nasib bekas perajurit adalah kerana pemimpin persatuan yang terikut-ikut dengan rentak politik pemerintah.

KOBAT akan memastikan suara bekas perajurit dihormati sejajar dengan jasa dan pengorbanan mereka kepada tanahair. Justeru itu, saya menyeru kepada semua bekas perajurit samada tentera, Polis atau pasukan keselamatan yang lain menjadi ahli agar kita boleh mendapat maklumat lengkap apakah fungsi KOBAT ini dan apakah faedahnya kepada kita.

Sebarang keterangan lanjut, anda boleh mengunjung blog tersebut.

Isu Kristian dedah kebimbangan BN di Sarawak

Posted: 12 Jun 2011 03:53 AM PDT

SIASAH DAILY


Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan kerajaan Barisan Nasional menghormati hak Kristian, kempen yang dijalankan melibatkan orang Islam di Sarawak menunjukkan BN bimbang dengan peningkatan pengaruh kumpulan itu.

Kempen oleh blog-blog dan juga yang secara tidak terbuka oleh BN mendedahkan isu Kristian dijadikan alasan untuk menolak Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP dan PKR di Sarawak.

Tokoh PKR, Baru Bian yang menjadi konsensus untuk menjawat jawatan ketua menteri sekiranya PR menang dalam pilihan raya kali ini menambahkan lagi kebimbangan terhadap penghakisan pengaruh Melayu dan Islam dan peningkatan pengaruh Kristian dan bukan Melayu.

Status agama peguam itu menjadi sasaran dalam kempen BN untuk menolak PR dalam pilihan raya negeri kali ini, yang menyaksikan saingan paling sengit dalam sejarah.

Pengakuan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak bahawa pilihan raya ini sengit dan tempoh kehadiran dua pemimpin tertinggi pemerintah itu dalam kempen Sarawak menggambarkan kebimbangan BN terhadap saingan sengit kali ini.

Kelangsungan penguasaan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan partinya didakwa sesetengah pihak boleh memelihara Sarawak daripada dikuasai pengaruh Kristian.

Kempen pilihan raya di Sarawak kali ini menyaksikan isu Kristian menjadi isu paling panas, yang dijangka boleh mempengaruhi pengundi Kristian secara blok.

Kempen menjatuhkan pemerintah Sarawak dijalankan dengan agresif kali ini dan mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk dari luar negara.

Tekanan terhadap Taib yang sangat kuat telah mendorong BN mengambil kira dengan serius peralihan kuasa di negeri itu.

Kerajaan negeri serah Pekan Rabu kepada Koperasi Pekan Rabu selama 30 tahun

Posted: 12 Jun 2011 03:50 AM PDT

UTARA ONLINE


Pekan Rabu yang menjadi mercu tanda Bandaraya Alor Setar tapaknya disewa oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) sudah tamat tempoh pada tahun 2004.

Tapak seluas 3,028 meter persegi itu diserah semula kepada Kerajaan Negeri, kata Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri ustaz Azizan Abdul Razak kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco hari ini.

"Tanah itu sudah tamat sewaan pada tahun 2004 oleh Mara dan diserahkan semula kepada kerajaan negeri untuk tindakan seterusnya," katanya.

Menurutnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan akan menyerahkan kepada Koperasi Pekan Rabu selama 30 tahun. Ini kerana pentadbiran premis di Pekan Rabu diurus oleh koperasi berkenaan.

Apabila ditanya, adakah Koperasi Pekan Rabu tahu hal ini, YAB Dato' Seri Azizan memberitahu pihak koperasi berkenaan belum lagi diberitahu keputusan ini.

Ujarnya lagi, kadar sewaan belum ditentukan lagi dan akan beritahu setelah pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah membuat penilaian.

Beliau menyerahkan kepada jabatan itu menilainya walaupun harganya dianggap murah.

"Biasalah dalam memberi perkhidmatan kerajaan negeri rugi sikit tak apa. Sepatutnya kita bagi banyak lagi sebab Pekan Rabu adalah pusat pelancongan dan mercu tanda Alor Setar," katanya.

Katanya, pelancong yang datang ke Alor Setar akan singgah di Pekan Rabu untuk berbelanja sama seperti Pasar Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu.

UMNO perlu wujudkan unit tempur siber bersistematik: Ahmad Zahid

Posted: 12 Jun 2011 03:48 AM PDT

BERNAMA


BENTONG: UMNO perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

Malah, katanya, unit berkenaan juga selalu kalah dalam menjawab isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru itu.

"Berbanding pembangkang, mereka (unit siber) dikumpulkan dan mengupas isu mengikut tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah membelasah kerajaan.

"Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bentong di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, yang juga Ketua UMNO bahagian itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, maklumat yang tepat dan jelas, penting bagi menarik masyarakat khususnya golongan muda dan pengundi atas
pagar daripada terjebak dalam dakyah pembangkang.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut meminta semua ahli UMNO memainkan
peranan dalam memberikan penerangan mengenai dasar kerajaan dan tidak hanya berharap ia dilakukan oleh pemimpin mereka.

Tidak wajar samakan isteri taat dengan pelacur kelas pertama: Mufti Kelantan

Posted: 12 Jun 2011 03:34 AM PDT

BERNAMA


KOTA BHARU: Layanan isteri yang baik terhadap suami tidak wajar disamakan sebagai layanan pelacur kelas pertama, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, perbuatan menyamakan tugas seorang isteri melayani suaminya sebagai pelacur juga tidak berpandukan kepada peranan dan tanggungjawab sebenar isteri terhadap suami di sisi Islam.

"Jadi, sesiapa yang menyamakan tugas isteri melayan suami sebagai pelacur kelas pertama tidak wajar dan berilmu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohamad Shukri mengulas kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed, baru-baru ini, yang menyarankan golongan isteri patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama".

Kenyataan itu dikecam banyak pihak termasuk Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang yang menyifatkannya sebagai kenyataan "biadap dan celupar".

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, layanan pelacur terhadap pelanggan adalah berdasarkan wang semata-mata, sedangkan tangungjawab isteri dari kaca mata Islam amat luas.

"Perkahwinan suami isteri memenuhi kehendak biologi dan yang paling besar bersandarkan rohani dan psikologi. Jadi, adalah tidak kena menyamakan seorang isteri sebagai pelacur kelas pertama.

"Ini juga boleh menghina golongan wanita dan lelaki yang menjadi pasangan suami isteri yang sah di sisi agama Islam dan ia dilihat tidak berakhlak," katanya.

Sebaiknya, kalau beliau, suami yang gagal mendapat kepuasan daripada layanan isterinya harus mendidik isteri mereka dengan cara baik mengikut Islam.

Ia kerana, kata beliau, pemimpin keluarga yang baik akan berupaya membentuk isteri yang taat kepadanya.

Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik Ketua Penerangan PAS Pusat.

Posted: 12 Jun 2011 03:31 AM PDT

KLPOS

Sebentar tadi Jawatankuasa PAS Pusat telah membuat pengumuman Jawatankuasa lantikan yang telah dipersetujui melalui Majlis Syura jam 3 petang tadi. Pengumuman tersebut telah diumumkan melalui Sidang Akhbar bersama Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Berikut merupakan Jawatankuasa Lantikan yang telah diputuskan : -

Setiausaha Dato' Mustafa Ali

Bendahari Datuk Abdul Halim Abdul Rahman

Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man

AJK Lantikan: -

Ustaz Nasharuddin Mat Isa

Ustaz Idris Ahmad

Datuk Sri Nizar Jamaluddin

Hj. Zulkifli Mohd Omar

Abang Ahmad Abang Mad Agus (Wakil Sarawak)

Pesuruhjaya PAS Negeri : -

Selangor Dr. Abdul Rani Osman

Terengganu Abdul Yahid Endon

Negeri Sembilan YB. Taufek

Perak Ustaz Abu Bakar Husen

Pulau Pinang YB. Ustaz Salleh Man

Perlis YB. Haji Hashim Jasin

Wilayah Persekutuan Haji Mohd Noor Mohd

Sabah Haji Aminuddin Alim

Melaka Adly Zahari

Johor Datuk Mahfidz

Sarawak Hadi Adam Akhir

Esok Lusa Ikan Kurang Di Pasar Ekoran Nelayan Mogok Bantah K'jaan Mansuh Subsidi Diesel

Posted: 12 Jun 2011 12:56 AM PDT

KELAB GREENBOC




K
uala Lumpur – Lebih 1,000 nelayan laut dalam di tiga negeri melancarkan mogok mulai semalam sekali gus bakal menjejaskan bekalan ikan negara jika tindakan tersebut berlarutan.

Mogok diketuai oleh hampir 200 pengusaha bot itu diadakan secara serentak di jeti-jeti nelayan di Kuantan, Pahang; Endau di Mersing, Johor dan Kangar, Perlis.

Mogok berpunca daripada tindakan kerajaan memansuhkan subsidi diesel yang menyebabkan pemilik bot terpaksa membeli bahan api itu pada harga RM1.80 seliter berbanding RM1.25 seliter sebelum ini.

Pemansuhan subsidi itu menyebabkan para pemilik bot terpaksa menanggung kenaikan kos melebihi RM20,000 sebulan berbanding RM7,000 sebulan sebelum ini. -kosmo

Nelayan, Pengusaha Bot Pukat Mogok Di Kuantan

Kuantan: Lebih 500 nelayan dan pengusaha bot pukat tunda melancarkan mogok di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang di sini dan meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak, berkata nelayan dan pengusaha bot terbabit terpaksa membeli diesel pada harga RM1.80 seliter sedangkan hasil laut yang diperoleh tidak setimpal dengan kos ditanggung mereka.

"Tambahan mereka terpaksa menanggung ansuran bulanan bot pukat tunda dan pukat tarik yang berharga sekitar RM500,000 hingga RM1 juta," katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata, mogok itu diadakan selama tiga hari mula hari ini dan diteruskan jika tindakan segera tidak diambil pihak berkenaan.

Seorang pengusaha bot, Hing Hua Kow, berkata ada di kalangan mereka merancang menjual bot yang digunakan untuk mencari rezeki selama ini kerana tidak mampu menanggung kerugian tinggi.

Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini. - BERNAMA

Penasihat Yahudi cipta istilah ‘Erdogan’, ‘Anwariyun’

Posted: 12 Jun 2011 12:46 AM PDT

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Bersepakat dalam perkara merapu hampir tidak mungkin berlaku tanpa perancangan. Apabila tiba-tiba semua media talibarut BN bersepakat menhttp://i.telegraph.co.uk/multimedia/archive/01350/recep_tayyip_erdog_1350442c.jpgggunakan istilah kumpulan 'Erdogan' dan 'Anwariyun' kepada beberapa individu bukan ulamak yang menang dalam muktamar PAS baru-baru ini, maka tidak syak lagi ianya suatu perancangan dalam membuat tuduhan terhadap PAS.

'Erdogan' adalah nama yang diambil dari Perdana Menteri Turki, Reccep Teyeib Erdogan yang memimpin Parti Kebajikan (AK). Bekas Ketua Pemuda Parti Refah (parti Islam Turki) bukan seorang ulamak tetapi memimpin parti yang membawa misi dan visi Islam. Refah atau AK adalah parti yang dipelopori aktivis Islam tetapi kerana Turki yang sekular mengharamkan parti Islam, maka AK dipimpin Erdogan dengan imej samaran dan bukan dipimpin ulamak.

Jika imej 'Erdogan' itu yang mahu dilabelkan kepada golongan bukan ulamak dalam PAS, maka ia adalah usaha yang sangat terdesak untuk memecahkan ulamak dan bukan ulamak dalam PAS. Tidak pernah wujud pertikaian antara ulamak dan bukan ulamak, jauh sekali dari kewujudan kem atau kumpulan.

Kebetulan pemilihan dalam Muktamar Tahunan PAS ke 57 kali ini, menyaksikan semua pemenang jawatan Timbalan dan Naib Presiden adalah individu bukan ulamak. Tapi kebetulan yang lain pula Ketua Pemuda dan Muslimat adalah ulamak. Bahkan dalam pemlihan Pemuda, lagi berlaku kebetulan, 13 dari 17 yang dipilih mewakili saf kepimpinan Pemuda adalah dari kalangan ulamak. Sebenarnya siapa pun yang terpilih, jika berlaku persamaan, ia hanya kebetulan dan bukan perancangan dari mana-mana pihak.

Setiap perwakilan yang memangkah kertas undi, memikirkan individu yang dia rasakan layak untuk berada di tempat tersebut. Semua calon yang bertanding adalah ahli PAS, justeru perwakilan tidak akan memikirkan individu ini dari kumpulan ulamak atau tidak kerana semua tahu bahawa tidak wujud pun kumpulan serupa itu. Jika terdapat perwakilan yang terfikir untuk memilih ulamak semuanya, maka ia keputusan individu perwakilan bukan dorongan dari mana-mana kumpulan.

Soalan yang popular ditimbulkan oleh ahi-ahli PAS pada muktamar kali ini ialah; mengapa semua media talibarut BN, khususnya Utusan Malaysia, tiba-tiba begitu prihatin untuk membariskan ulamak dalam kepimpinan PAS, walhal sejak berpuluh tahun ulamak dalam PAS itulah yang menjadi sasaran maki hamun dan fitnah mereka?

Tiada apa yang ikhlas dari lubuk hati editor media-media talibarut BN itu, melainkan cubaan mahu memecahbelahkan PAS.

Mungkin kerana penggunaan label 'Erdogan' tidak berkesan, maka mereka mencari label baru terhadap individu-individu (yang mereka dakwa kumpulan) dari kalangan bukan ulamak yang menang jawatan-jawatan penting dalam PAS. Label tersebut ialah 'Anwariyun', kononnya mereka adalah golongan pro Anwar yang mendapat 'arahan langsung' dari Ketua Pembangkang itu.

Sepanjang menjadi pendengar sepenuh masa dalam muktamar yang berlangsung selama tiga hari, saya tidak mendengar barang sepatah perkataan 'Anwar' diucapkan oleh perwakilan serta pihak kepimpinan ketika berucap. Perwakilan yang membawa usul membantah fitnah video lucah juga tidak menyebut nama Anwar, kerana fokusnya terhadap isu fitnah bukan pembelaan terhadap mana-mana individu.

Ulasan ini tidak bermaksud untuk memberitahu bahawa Anwar sudah diketepikan oleh PAS tetapi sekadar menjelaskan bahawa pembelaan terhadap manusia bernama Anwar Ibrahim bukan agenda dalam perjuangan PAS. Anwar sendiri pun bersetuju bahawa isu kontroversi yang dipaksakan terhadapnya oleh BN hanya untuk mengalih segala kebejatan yang dilakukan oleh BN. Malah dalam mana-mana ceramah Anwar mutakhir ini, beliau tidak beriya-iya mempertahankan dirinya. "Malas nak layan dan buang masa," itu yang sering diucapkannya.

Paling menarik apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikaitkan dengan 'Anwariyun'. Sejak tercetus isu Anwar pada 1998 sehingga ke hari ini, Mat Sabu pernah melahirkan simpati terhadap Anwar yang dizalimi oleh BN tapi peminat ceramah Mat Sabu tidak pernah mendengar beliau berhujah mempertahankan Anwar dalam isu-isu tuduhan moral hingga ke aspek teknikal seperti yang dilakukan oleh penceramah tertentu. Mohamad Sabu tidak pernah menjadi 'peguambela' Anwar dalam ceramahnya. Sewaktu negara sibuk dengan isu kerajaan 16 September, Mohamad Sabu muncul dengan kenyataan, "Selama ni saya dok ceramah ajak rakyat tukar kerajaan melalui pilihanraya, saya tak reti kalau nak tukar kerajaan melalui lompat parti, itu bukan cara saya."

Sekali jangan silap faham, bukan untuk menyatakan perbezaan. Tahalluf siyasi dalam Pakatan Rakyat pasti berlangsung dengan baik dengan terpilihnya Mohamad Sabu di kedudukan nombor 2 parti. Apa yang dinukilkan adalah untuk memberitahu bahawa dakwaan kononnya Mat Sabu adalah dari golongan 'Anwariyun' adalah tuduhan yang sangat melucukan.

Hakikatnya golongan 'Erdogan' atau 'Anwariyun' tidak pernah wujud dalam PAS. Ia adalah ciptaan musuh untuk membina persepsi buruk rakyat terhadap PAS, kononnya PAS berpecah, PAS tiada jati diri dan menerima petunjuk dari luar.

Semua itu adalah arahan terancang BN melalui media-media talibarut mereka. Siapa lagi yang bijak dan berupaya melakukan semua ini kalau bukan perunding Yahudi BN yang dibayar berjuta-juta dari duit rakyat dalam usaha memulihkan imej BN pasca Tsunami 2008.

Solat setelah berkelamin dan mabuk

Posted: 12 Jun 2011 12:41 AM PDT

Lantas ia menimbulkan persoalan pengulas, adakah sembahyangnya sah?



KUALA LUMPUR: Satu adegan di dalam buku Kasino tulisan Saifullizan Tahir yang menggamit pemikiran pengulas ialah adegan di mana watak utamanya, Mohd Narcissus Yusof mengerjakan solat.

Anehnya solat dilakukan sejurus selepas Narcissus berkelamin . Ada juga adegan Narcissus mengerjakan solat dalam keadaan mabuk.

Ia menimbulkan persoalan kepada pengulas sama ada solat yang dilakukan itu adalah sah dan menurut hukum Islam.

Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengemukakan fatwa larangan berkarya berikutan gambaran tersebut?

Adakah Gapena dan Pena, dua persatuan penulis terbesar negara akan mempertahankan kebebasan berkarya dan tidak membenarkan karya ini diubah walau sepatah kata?

Secara keseluruhannya novel ini melampaui batas faksyen kerana seringkali menamakan pakatan politik dengan seadanya.

Faksyen ialah gaya penulisan yang mencampur adukkan fakta dan fiksyen.

Umpamanya Pakatan Rakyat dipersalahkan apabila Narcissus kehilangan projek dan seterusnya perlu mendapatkan wang sejumlah 3.8 juta dalam tempoh 2 minggu manakala Barisan Nasional digambarkan sebagai pakatan politik yang memudahkan urusniaga.

Nama tokoh politik juga seringkali timbul, seperti Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adakah pihak-pihak yang dinamakan akan mengambil tindakan saman terhadap Saifullizan dan penerbit Fixi? Wallahualam.

Buku terbitan Fixi setebal 280 muka surat dan berharga RM18 ini mengisahkan bagaimana manusia terdesak boleh tiba ke kancah perjudian.

Dapat semula wang?


Adakah Narcissus boleh mendapatkan semula wangnya?

Persoalan ini hanya terjawab apabila anda membaca Kasino.

Penulis juga sempat berbual dengan Saifullizan.

"Satu-satunya novel yang telah dan akan saya tulis kerana saya sudah serik," kata penulis novel Kasino tentang pengalaman menulis novelnya yang pertama.

Saifullizan serik kerana tempoh masa yang diambil untuk penulisan novel berbanding penulisan sajak, cerpen dan esei yang dihasilkannya sebelum ini.

"Kasino ditulis untuk orang macam saya kerana tiada penulisan yang memenuhi citarasa saya,"tambah arkitek lanskap yang menguruskan perniagaan pengurusan dan latihan di Damansara di ibu negara.

Dasar ekonomi negara ketinggalan 30 tahun

Posted: 12 Jun 2011 12:29 AM PDT

PAS pula menyalahkan dasar Tun Dr Mahatir Mohamad yang menyebabkan pembaziran minyak.



KUALA LUMPUR: Ekonomi negara sudah ketinggalan 30 tahun menyebabkan berlakunya krisis ekonomi termasuk kenaikan harga barangan ekoran peningkatan harga minyak.

Dalam tempoh tersebut membuat kesilapan demi kesilapan sehingga telah menjadi lambakan dan kesan sukar ditangani, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

"Kerajaan gagal memandang ke depan termasuk dalam merancang harga minyak pasaran dunia.

"Akibatnya kerajaan gagal mengurus harga minyak dan kesannya rakyat menanggung beban," katanya dalam satu forum ekonomi di ibu negara hari ini.

Dua lagi ahli panel forum anjuran Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu ialah Exco Pemuda Umno Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Exco Pemuda PAS Dr Zuhri Marjuki.

Menurut Rafizi, rakyat terbanyak tidak mendapat subsidi minyak sebaliknya pengeluar tenaga bebas (IPP) memperolehi berbilion ringgit.

Beliau mahu isi penjanjian di antara IPP dengan kerajaan didedah kepada umum dan dikaji supaya tidak membebankan rakyat.

Dasar Dr M

Manakala Dr Zuhri mendakwa dasar pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan Malaysia dilanda krisis ekonomi khususnya berkaitan harga minyak.

Katanya, pembaziran minyak ekoran dasar Dr Mahathir yang mahukan rakyat menggunakan banyak kereta.

"Sektor pengangkutan awam tidak digunakan, hanya kebelakangan ini baru dipandang semula," katanya. polisi pengangkutan yang menurutnya menyebabkan penggunaan minyak yang banyak.

Wakil Pemuda Umno pula menegaskan orang miskin perlu terus mendapat subsidi khususnya minyak.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, kerajaan telah membelanjakan wang terlalu banyak untuk subsidi dan ini tidak baik kepada negara.

Katanya, jumlah subsidi negara pada 2009 ialah RM74 bilion iaitu RM12, 000 setiap isi keluarga.

Bila Utusan Cuba MengIslamkan Umno...

Posted: 12 Jun 2011 12:05 AM PDT

WIRA ARJUNA




KOMENTAR : Sokong bawa rebah. Sepatutnya sebagai akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bijaksana untuk memelihara kepentingan politik dan maruah Umno. Namun oleh kerana pimpinan Umno sendiri malas berfikir tanggungjawab untuk menjaga nama baik parti itu sendiri , tugas itu diserahkan kepada mereka yang kurang arif dan golongan yang mempunyai agenda sendiri di akhbar berkenaan.

Bayangkan betapa murahannya politik Umno apabila ada pengarang Utusan sendiri yang mengakui bahawa Islam umno memang banyak kelemahannya. Mungkin didorong oleh hasrat untuk memperagakan kewibawaan dan ketrampilan analisis politiknya, Utusan secara rasmi menyarankan Umno supaya menubuhkan sayap ulamanya sendiri.

Jalan ini telah dirintis oleh PAS, seteru politik Umno. Bagaimanapun pada pengamatan yang kabur pengarang Utusan, PAS dilihat seolah-olah telah mengenepikan golongan ulama dan lantas membuat rumusan peranan ulama dalam PAS sudah tidak releven lagi. Oleh itu, tanpa segan silu, Utusan menyarankan supaya Umno segera mengambil kesempatan politik daripada keadaan ini dan menubuhkan sayap ulamanya.

Apa yang agak melucukan ialah, Utusan mahu beberapa pemimpin PAS yang disyaki tertarik dengan pendekatan politik Umno supaya dijemput menerajui Dewan Ulama Umno yang mahu ditubuhkan ini.

Di sini jelas kedangkalan pengarang Utusan. Jika Umno teruja dengan saranan ini dan melaksanakannya, ia akan menjadi satu pengakuan bahawa Umno selama ini memang yakin bahawa ulama mesti diberi peranan lebih besar dalam mengemudi keperluan politik parti. Atau, dengan perkataan lain, Umno mengakui pengertian Islamnya selama ini lompong dan cacat. Sebab itu, ia memerlukan pimpinan dan panduan ulama.

Dalam nafas yang sama sekaligus ia adalah pengakuan bahawa Umno memang selama ini tidak memberi tempat wajar kepada pandangan Islam dalam tindak tanduk politiknya. Lantas, apabila PAS dilihat kurang mengambil berat soal input agama dalam politik kerana kononnya berkiblatkan kemenangan pilihanraya dan menakluki kuasa memerintah, maka Umno layak (kata Utusan) untuk mengambil alih usaha meletakkan ulama di tempat yang lebih wajar dalam sistem politik negara!

Lebai malang betul Umno ini. Orang-orang yang dianggap panglima komunikasinya di Utusan kini menjadi musuh yang mengaibkan lagi maruah parti itu. Sudahlah rumusan yang mereka (Utusan) buat mengenai muktamar PAS lalu silap, malah cadangan yang dilontarkan kepada majikannya pula cuma menambah contengan arang di muka Umno.

Cadangan itu juga menemplak bahawa memang selama ini Biro Agama Umno memang tidak mempunya ketrampilan, ilmu dan juga wibawa yang cukup ampuh untuk menafsirkan tuntutan Islam dalam politik. Dalilnya, Utusan mencadangkan supaya ulama-ulama yang terpinggir dari PAS dinobatkan sebagai pengemudi jalan agama bagi Umno pula!

Memang tidak sukar difahami mengapa Utusan bersikap demikian. Yang jelasnya, perubahan besar yang berlaku kepada pemikiran politik terkini PAS hingga membariskan golongan profesional memimpin pengurusan parti sebenarnya adalah hasil kempen Utusan sendiri. Dengan membuat pelbagai andaian, sindiran dan ramalan bahawa golongan ulama akan menyapu bersih pimpinan PAS dan menwar-warkan formula Kerajaan Perpaduan akan melindungi nasib Melayu dan Islam di Malaysia, ia sebenarnya menakutkan golongan yang kurang mesra dengan ulama dalam Umno sendiri.

Malah tahniah harus diberikan kepada Utusan kerana berkempen untuk golongan profesional PAS secara efektif kerana dengan memomokkan pimpinan ulama PAS seolah-olah lemah dan akan tunduk serta mahu bekerjasama ke arah Kerajaan Perpaduan dengan Umno.

Maka menjelang muktamar yang baru lalu, perwakilan PAS teruja untuk membuktikan bahawa ulama bukanlah mesti diukur dari insitusi mana mereka menimbu ilmu tetapi ciri-ciri ulama harus dihayati oleh semua barisan pimpinannya. Hatta lahirlah barisan profesional dalam badan pengurusan PAS.

Enggan mengaku pendekatan politik Islam PAS lebih syumul atau komprehensif berbanding Islam tempelan dalam Umno (yang hanya meletakkan Islam di peringkat biro dalam soal pemikiran politik parti), kini Utusan mengesyorkan Umno supaya mempertingkatkan komitmen Islamnya dengan mempunyai sayap ulamanya sendiri.

Umat Islam yang komited pada ajaran agama akan sentiasa berdoa agar Umno benar –benar mengutamakan pandangan ulama dalam keputusan dan tindakan politik mereka. Ini kerana lantaran kabur mengenai pemikiran dan konsep keadilan, kesamarataan insan di hadapan Allah dan juga erti Negara Berkebajikan, Umno selama ini meletakkan taraf dan pandangan ulama sebaris dengan Biro Kebudayaannya sahaja.

Syor Utusan ini benar-benar menyerlahkan betapa dangkalnya pemikiran politik Islam Umno. Adakah dengan meletakkan ulama dalam satu sayap setaraf Pemuda, Wanita atau Puteri dan Puteranya, Umno tiba-tiba akan berjaya mengubah persepsi dan pemikiran rakyat terhadapnya?

Namun sebelum sampai ke tahap itu, yang perlu dipersoalkan ialah, apakah pemimpin Umno hari ini akan serasi dengan pandangan ulama dalam membuat keputusan politik mereka?

Bolehkah dibayangkan betapa Presiden,Ttimbalan Presiden dan ahli Majlis Tertinggi Umno akan akur kepada pandangan ulama bahawa Anwar Ibrahim patut diberi peluang membela diri dengan melaksanakah hukum qazaf terhadap Saiful Bukhari yang jelas tidak ada beliau saksi diliwat?

Begitu juga dengan Datuk Trio – Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Shuib Lazim – patutkan mereka dihukum qazaf serta disebat 80 kali kerana menuduh Anwar berzina dan menyebarkan video seks lucah?

Atau, adakah Utusan hendak mengatakan bahawa tahap kefahaman Islam pemimpin Umno selama ini memang kabur dan lebih buruk lagi memang tidak mengikuti ajaran Islam? Sebab itu, agaknya, Utusan tergamak mencadangkan supaya dewan Ulama Umno ditubuhkan supaya dapat "menunjukkan jalan yang benar" kepada pemimpin Umno?

Syor utusan memang berbaur politik. Ia cuba mencadangkan Umno supaya mengambil kesempatan politik daripada apa yang berlaku dalam PAS bagi mencatat satu kemenangann politik. Malangnya, ia menemplak Umno sendiri yang menjadi tauke mereka sebagai "kurang beragama" dan perlu bimbingan Dewan Ulama.

Anggaran 5 hingga 7 peratus pengundi Melayu-Islam akan termakan dengan kelongsong politik bahawa Umno kini lebih Islamik kerana ada Dewan Ulamanya sendiri, adalah satu khayalan, kerana dalam soal Islam selama ini gelagat pemimpin Umno ibarat "cakap tak serupa bikin". Rasa lebih meloya dan benci mungkin lebih menebal terhadap Umno.

Bak syor Utusan "Satu Melayu, Satu Bumi" sebelum ini, syor kali ini membuktikan bahawa yang paling kuat mengejek Umno sekarang ini ialah juak-juak yang dilantiknya sendiri untuk melakar kempen memburukkan seteru Umno. Ternyata wartawan-wartawan upahan ini bukan sahaja terhad imaginasi mereka malah semakin jauh dihanyut arus politik lucah yang mereka cipta sendiri.

Piala FA: Gol sendiri, Karathu tak mahu salahkan pemain

Posted: 12 Jun 2011 12:02 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Pemain Terengganu merai kejayaan menjaringkan gol kemenangan pasukan itu, sekali gus membolehkan Piala FA dijulang kali kedua malam tadi.


KUALA LUMPUR — Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu berkata beliau menerima kekalahan malam tadi, antara lain berpunca daripad kesilapan pemainnya menjaringkan gol sendiri, walaupun sudah yakin bahawa akan memenangi perlawanan sebelum ini.

"Kita mengakui bahawa ini adalah kesilapan pasukan, namun saya perlu membina kembali motivasi pemain yang sudah pasti menurun.

"Saya akan ambil masa dua hari untuk membina kembali keyakinan semua pemain untuk mereka kembali bersemangat untuk merebut gelaran juara dalam saingan Liga Super," katanya dipetik Bernama Online.

Karathu berkata, beliau tidak menyalahkan mana-mana pemain kerana mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Kelantan ditewaskan oleh negeri jiran Terengganu 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Pasukan itu mendahului 1-0 sehingga minit ke-93 apabila pemainnya Mohd Daudsu Jamaluddin menjaringkan gol sendiri, yang membolehkan Terengganu bangkit semula satu minit sebelum berakhir untuk menyudahkan kedudukan 2-1 dan menjuarai Piala FA buat kali kedua.

Dalam pada itu, kejayaan Terengganu meraih gelaran juara pada perlawanan akhir Piala FA dianggap sebagai hadiah untuk seluruh rakyat Terengganu setelah 11 tahun menanti kemarau menjulang piala itu.

Terengganu juga mencatat sejarah sendiri apabila menjadi pasukan terakhir yang menjulang trofi tersebut yang berakhir tahun ini.

Jurulatih Terengganu Irfan Bakti Abu Salim berkata beliau merasa gembira kerana akhirnya berjaya mengatasi kemarau dengan membawa Terengganu sebagai juara edisi terakhir Piala FA.

"Kejayaan ini adalah hadiah buat seluruh rakyat Terengganu dan saya berasa bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh pasukanya.

"Sebelum perlawanan saya ada beri kata-kata motivasi untuk anak didik saya agar tidak mengalah selagi pengadil meniupkan wisel penamat," katanya.

Irfan Bakti berkata kejayaan ini juga adalah usaha bersungguh-sungguh yang telah dilakukan oleh setiap pemain Terengganu dan beliau harap ia akan berkekalan hingga sepanjang musim ini.

Beliau berkata selepas ini pemainnya perlu berehat sebentar sebelum menghadapi baki dua perlawanan lagi dalam saingan Liga Super.

"Apa-apa boleh berlaku dalam Liga Super, namun saya yakin bahawa pasukan Terengganu mampu meraih satu lagi kejayaan," katanya.

PAS bertemu hari ini, negara kebajikan akan diperinci bersama Pakatan

Posted: 11 Jun 2011 11:59 PM PDT


KUALA LUMPUR — PAS akan memperincikan konsep negara berkebajikan termasuk mendapatkan input daripada komponen Pakatan Rakyat setelah ia menyelesaikan soal pembentukan lajnah dan barisan ahli jawatankuasanya hari ini, kata timbalan presiden Mohamad Sabu.

Parti Islam itu akan mengadakan mesyuarat pertama jawatankuasa kerja pusat petang ini susulan muktamar tahunan lebih satu minggu lalu.

Sehubungan itu, Mohamad menjelaskan, pihaknya akan mengadakan munaqasyah ucapan dasar presiden untuk memperincikan konsep negara berkebajikan selepas ini.

"Saya akan menerangkan semula konsep negara berkebajikan seperti dalam ucapan dasar presiden PAS (pada muktamar) baru-baru ini.

"Tetapi kami akan menubuhkan dahulu jawatankuasa Kabinet (lajnah), menyelesaikan himpunan Bersih 2.0 dan hal-hal lain sebelum menjurus kepada konsep negara berkebajikan," katanya ketika dihubungi The Malaysian Inisider.

Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi juga mengesahkan perkara itu sambil memberitahu pihaknya tidak akan menyentuh perkara tersebut secara terperinci pada mesyuarat hari ini.

"Sudah pasti kami akan memperincikan konsep negara Islam tetapi bukan hari ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Selain itu kata beliau, pihaknya akan mendapatkan input daripada rakan-rakan mereka daripada DAP dan PKR yang turut menganggotai Pakatan Rakyat dan juga masyarakat bukan Islam memandangkan ia ada kaitan dengan Buku Jingga.

Dr Dzulkefly Ahmad, salah seorang ahli jawatankuasa kerja pusat yang dipilih pada pemilhan 3 Jun lalu berkata, mesyuarat hari ini akan memfokus pada urusan pembentukan lajnah dan pelantikan anggota-anggota berkaitan.

Mesyuarat hari ini yang akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka menyentuh pelantikan pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS negeri.

"Sudah pasti perkara ini akan dibincangkan sebab ini menjadi sebahagian daripada dasar parti. (Oleh itu) perkara ini akan disentuh dalam mesyuarat lain, bukannya hari ini," katanya lagi.

Ucapan dasar presiden Hadi pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 menekankan konsep membangun negara berkebajikan.

Dalam ucapan itu, Hadi berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama "negara Islam" itu semata-mata.

Berkenaan kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Mohamad berkata, beliau tidak perlu tergesa-gesa dengan penubuhan jawatankuasa atau panel untuk memperincikan negara berkebajikan.

"Kenapa dia kalut-kalut dengan negara berkebajikan PAS? Sepatutnya Umno itu yang perlu memperbaiki isu rasuah antara mereka terlebih dahulu," katanya.

Dalam kenyataan semalam, Juanda mendesak agar PAS segera mengadakan jawatankuasa pemandu merangka konsep negara berkebajikan memandangkan kedua-dua kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat berebut-rebut cuba membuktikan mereka berada di depan dalam agenda tersebut.

"Saya gembira melihat kerajaan dan pembangkang berebut-rebut cuba membuktikan agenda merekalah terbaik untuk kebajikan rakyat," kata Juanda dalam pandangan keduanya mengenai konsep negara berkebajikan PAS ini.

Juanda memberikan pandangan itu buat kali kedua dalam seminggu ini.

Dzulkely pula berkata pihaknya menyambut baik pandangan mufti itu dan semua pihak mengenai pendirian PAS dan akan melibatkan semua pihak apabila mula memperincikan perkara berkenaan.

"Kami ucapkan terima kasih atas pandangan sedemikian, input-input itu akan diambil kira termasuk daripada komponen Pakatan Rakyat," kata Mahfuz lagi.

Akhbar Umno dakwa Himpunan Bersih 2.0 kotor

Posted: 11 Jun 2011 11:56 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menyifatkan Himpunan Bersih 2.0, anjuran Pakatan Rakyat dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bulan depan, sebagai tindakan "kotor" dan mahu orang ramai memulaukan kempen tersebut.

Himpunan itu, yang kedua selepas akhir 2007, diadakan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Dalam ruangan mingguannya, Awang Selamat berkata, pelbagai pihak melahirkan kebimbangan terhadap perhimpunan Bersih 2.0 yang dirancang oleh Pakatan Rakyat dan NGO propembangkang di ibu negara, 9 Julai ini.

Akhbar itu juga mendakwa berdasarkan pengalaman lama himpunan itu akan memberi implikasi buruk dan menyusahkan rakyat, menjejaskan aktiviti pelancongan dan menggugat ketenteraman awam.

"Tetapi semua itu tidak diambil kira oleh pembangkang. Matlamat menghalalkan cara," kata Awang Selamat yang turut mengaitkan dengan keputusan pemilihan PAS dan Mohamad Sabu yang dipilih sebagai timbalan presiden yang baru.

"Kali ini, penganjur Bersih berhasrat menghimpunkan 300,000 peserta demonstrasi bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih," kata akhbar itu sambil menambah, agenda tersirat ialah mencetuskan ketegangan dengan membakar sentimen rakyat bagi meraih keuntungan politik.

"Apatah lagi imej pembangkang merudum kebelakangan ini, yang memerlukan gerakan seperti Bersih untuk bangkit," katanya lagi.

Akhbar itu juga membawa laporan muka depan dengan kenyataan pelbagai pihak termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysian merupakan produk keluaran Kumpulan Utusan.

Dalam ruangannya Awang Selamat juga mendakwa lebih menimbulkan persoalan ialah perhimpunan itu turut didalangi oleh NGO yang anti-Islam dalam pemikiran dan tindak-tanduk mereka.

Kata Awang Selamat, penyertaan PAS lebih sekadar pak turut kerana golongan proketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau "Anwarinas" sudah menguasai parti itu.

"Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu pula mahu menjadikan perhimpunan itu bagi membuktikan kebolehan dan pengaruh beliau.

"Bagi PKR, Bersih akan menjadi suntikan baru kepada mereka yang amat lemah sekarang. Sementara pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, akan tersenyum puas kerana rata-rata yang menyertai Bersih sudah tentunya orang Melayu. Begitulah dangkalnya Melayu berpolitik, yang faedah besarnya dinikmati kaum lain," katanya.

Malah Awang Selamat juga mendakwa "orang yang paling gembira di sebalik perhimpunan itu nanti ialah Anwar."

Katanya, ia satu lagi peluang bagi mengalih isu sebenar iaitu masalah moral beliau yang hangat diperkatakan dan "menghasut rakyat menerusi demonstrasi jalanan adalah 'kepakaran' beliau sebagaimana yang dimulakan selepas dipecat daripada kerajaan."

Akhbar itu memetik Hishammuddin sebagai berkata beliau khuatir perhimpunan Bersih 2.0 boleh mengakibatkan huru-hara apabila berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang demonstrasi jalanan itu.

"Saya tengok orang yang tidak bersetuju dengan Bersih juga hendak buat perhimpunan dan banyak permintaan yang tak bersetuju dengan Bersih.

"Polis dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) akan pantau jangan sampai huru-hara negara kita ini kalau dua pihak iaitu yang menyokong dan menentang, bertembung," katanya di Alor Setar semalam.

Hishammuddin berkata, pihaknya akan bertindak jika berlaku pertembungan antara dua pihak itu hingga menjejaskan keselamatan.

Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas merayu penganjur Himpunan Bersih membatalkan hasrat untuk berhimpun pada 9 Julai ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pada masa yang sama, mereka memberi amaran keras dan akan bertindak balas terhadap penganjur perhimpunan tersebut sekiranya rayuan supaya membatalkan rancangan tersebut tidak diendahkan.

PAS: Kami tak ciplak idea BN, sudah lama guna negara kebajikan

Posted: 11 Jun 2011 11:55 PM PDT


KUALA LUMPUR — PAS menempelak pentadbiran Najib yang mendakwa parti Islam itu mencuri idea atau menciplak apabila menekankan konsep negara berkebajikan ketika muktamar awal bulan ini, kata pemimpinnya hari ini.

Malah pemerhati politik Prof Dr Abdul Aziz Bari juga berkata PAS sudah pun menekankan soal negara berkebajikan sejak akhir 1970-an.

"Soal curi idea atau ciplak, saya hairan dengan pandangan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak). Saya hairan dengan pandangan beliau, tapi saya ucapkan terima kasih kepada beliau dan pemimpin-pemimpin Umno yang sudah bercakap mengenai soal kebajikan," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Mahfuz, sebahagian konsep negara berkebajikan telah pun dilaksanakan tetapi dengan keupayaan yang terhad.

"Apa yang dimaksudkan keupayaan terhad adalah bidang kuasa kita terhad dan kewangan terhad," katanya yang turut menekankan bahawa ucapan dasar lazimnya akan bertukar tema dan kali ini ucapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".

"Ucapan dasar presiden biasanya bersandarkan isu-isu dan perkembangan semasa. Saya pasti begitu juga ucapan presiden Umno dan parti-parti politik lain.

"Jadi, ucapan Datuk Seri Hadi menyentuh konsep negara kebajikan, yang ada kaitan dengan manifesto pilihan raya umum 2008," katanya lagi.

Muktamar PAS kali ini dilihat yang terakhir sebelum negara menyaksikan pilihan raya umum ke-13.

Namun begitu, Mahfuz menegaskan, konsep negara berkebajikan perlu difahami bahawa ia tidak melibatkan harta benda semata-mata.

"Ini sudah disalah tafsir oleh masyarakat jika menganggap negara berkebajikan itu melibatkan kewangan semata-mata.

"Negara berkebajikan itu merupakan perkara baik yang bertujuan menyatupadukan rakyat. Konsep ini yang menekankan kepimpinan yang adil, telus dalam masyarakat, bebas dari rasuah.

"Sejak PAS mentadbir kerajaan Kelantan sejak 21 tahun lalu, mana ada lagi pemimpin kerajaan negeri yang diseret ke mahkamah atas sebab rasuah berbanding kepimpinan Umno," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

"Umno sekarang sudah terdesak dan tidak mampu lagi memberi jaminan kepada rakyat dalam konteks negara berkebajikan sedangkan rakyat ternanti-nantikan konsep ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, Buku Jingga sebenarnya menjadi wadah kepada rakyat betapa pentingnya mereka membentuk negara berkebajikan dan kembali kepada kebajikan.

"Ia (buku itu) sudah memberi tawaran menyeluruh untuk ke arah negara berkebajikan," tambah Mahfuz.

Ahli Parlimen Kuala Selangor juga menekankan bahawa PAS sudah lama menggunakan konsep negara berkebajikan sejak era kepimpinan Allahyarham Fadzil Noor yang mengetengahkan Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21 pada 2002.

"Malah, ia juga sudah dimasukkan dalam manifesto PAS pada 2008. Jadi, mengapa baru sekarang Umno mempertikaikan perkara ini dan jadikan isu," kata beliau lagi.

"Cuma PAS memberikan pengertian dan penghayatan semula kepada konsep ini," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Abdul Aziz pula berkata, pada penelitian beliau konsep kebajikan pernah dimasukkan ke dalam manifesto ketika pilihan raya umum 1978.

"Jadi, bagi saya ia bukan isu. Ini kerana ia sudah lama dibawa oleh PAS, cuma tidak diberikan penekanan.... hanya sekarang ia mendapat tempat secara terperinci," katanya ketika dihubungi.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menjelaskan konsep negara berkebajikan akan dimasukkan dalam manifesto PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13 walaupun sudah ada dalam manifesto 2008.

Jelasnya, beliau akan menambah sedikit intipati kandungannya seperti masalah pendapatan seisi rumah kerana harga barang meningkat.

Tambah beliau, sebenarnya negara berkebajikan sudah ada sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

"Pembangunan ekonomi dulu, lebih adil dan telus, pemimpinnya juga bersifat adil. Kini, walaupun mempunyai berjuta-juta pemimpin tetapi belum tentu mempunyai ciri-ciri ke arah negara berkebajikan," ujanya.

Mohamad menegaskan, sebenarnya Buku Jingga merupakan salah satu contoh konsep negara berkebajikan.

"Saya akan membawanya ke dalam manifesto akan datang. Jadi Pakatan Rakyat akan turut sama memperincikan negara berkebajikan ini," ulasnya lanjut.

Laman Pirate Bay bidas sekatan SKMM

Posted: 11 Jun 2011 04:41 PM PDT

Hazlan Zakaria


Laman web perkongsian fail terkemuka Pirate Bay (TPB) menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu Winston Bay kepada Malaysiakini.

Beliau menegaskan kembali tentang penetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia.

private bay storyBagaimanapun, tambahnya, dalam masa yang sama Malaysia menutup akses terhadapnya.

Bay juga berhujah, TPB sebagai "pertukaran budaya paling besar dalam sejarah manusia" dan tidak dapat dihentikan oleh "kerajaan yang korup" dan "ketololannya".

"Orang ramai sudah tentu mampu menggunakan TPB walau apa pun caranya, seperti di negara lain yang tidak menyekatnya, trafik akhirnya tetap meningkat.

"Ia menunjukkan bahawa tidak ada tolak ansur dengan kerajaan yang korup dan internet mampu mengelakkan ketololan itu," kata Bay.

SKMM semalam menjelaskan menyekat beberapa laman sesawang akhir-akhir ini bukan satu bentuk penapisan, sebaliknya tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.

Kenyataan itu menyebut, SKMM menerima permintaan daripada Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987.

Selain ThePirateBay.org, turut disekat MegaUpload.com, FileServe.com dan DepositFiles.com.

Usaha Najib nak lagakan PAS-DAP akan gagal, kata Guan Eng

Posted: 11 Jun 2011 04:30 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai "batu api" kerana cuba melaga-lagakan PAS dengan parti itu ekoran keputusan pemilihan parti Islam itu minggu lalu.

Semalam Najib berkata keputusan pemilihan PAS yang memihak kepada golongan profesional adalah kemenangan kepada DAP kerana parti itu berjaya "mempengaruhi" parti Islam itu mengubah dasar memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

"DAP telah berjaya dalam mengubah perjuangan PAS," kata perdana menteri .

Najib yang juga Presiden Umno berkata, barisan kepimpinan baru PAS kini memperjuangkan negara berkebajikan dan bukannya negara Islam sambil berkata, ia diambil daripada pegangan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata elemen konsisten diperlukan untuk mentadbir dengan baik tetapi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR sentiasa mengubahsuai mengikut keadaan supaya dapat disesuaikan dengan keperluan mereka.

Namun Lim (gambar)yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan, usaha yang dilakukan Najib itu tidak akan berhasil kerana pendirian terbaru PAS itu adalah demi kebajikan rakyat yang diketepikan kerajaan sedia ada.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan berjaya memainkan peranan baru beliau sebagai batu api kepada PAS dalam usaha mempengaruhi parti itu untuk bertarung dengan DAP dengan mengatakan penekanan PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai negara kebajikan adalah kemenangan DAP.

"Kemenangan pilihan raya di peringkat pusat, dan DAP dapat memahami kebimbangan Najib di mana PAS sekarang berdiri di pendirian pertengahan terutamanya untuk membantu masyarakat miskin yang terjejas berikutan pemotongan subsidi oleh Umno-BN yang turut akan menjejaskan undi mereka dalam pilihan raya akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Tegas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan BN menyebabkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah menanggung kesan teruk kesan, antaranya kerana pemotongan subsidi.

"Pemotongan subsidi terkini ke atas barangan harian seperti petrol, gula, tarif elektrik dan beras mempengaruhi 27 juta rakyat Malaysia biasa tetapi pemberian subsidi gas kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menunjukkan bagaimana BN mengorbankan golongan miskin untuk memberi kebaikan kepada golongan kaya.

"Itulah sebabnya DAP mencabar Najib untuk menetapkan kadar upah minimum dan peningkatan gaji seiring dengan pemotongan subsidi," katanya.

Dalam kenyataan itu juga, Lim berkata, kerajaan negeri pimpinannya terpaksa menggunakan sumber kewangan sendiri untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah di negeri itu.

"Kegagalan BN untuk melakukannya memaksa negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang untuk menggunakan sumber yang terhad ini untuk melaksanakan beberapa langkah dalam usaha untuk membantu golongan miskin.

"Ia termasuk meningkatkan pemberian bantuan kebajikan, pemberian RM100 kepada warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), pemberian RM1,000 sekali sahaja kepada waris warga emas, ibu tunggal dan OKU dan penolakan tawaran untuk menaikkan tarif domestik air seperti di Johor yang menjadikan tarif air tiga hingga enam kali ganda mahal dari Pulau Pinang.

"Selain itu, kita juga terpaksa menubuhkan pusat dialisis bernilai RM2 juta di Balik Pulau dengan kadar bayaran RM30 bagi setiap rawatan dan memperuntukkan 150 ekar tanah untuk projek perumahan rakyat di Batu Kawan yang berharga dari RM72,500 hingga RM220, 000," katanya.

Dalam komennya awal minggu ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal Singh.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Akta Kampung Baru: Pemilik masih ragu, Putrajaya jamin tidak abai mereka

Posted: 11 Jun 2011 04:27 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra dan Latifah Kasmuri


KUALA LUMPUR — Sementara pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru masih kelihatan ragu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar memberi jaminan Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru yang sudah dipinda — bakal dibawa ke Parlimen bulan ini tidak akan mengabaikan kebajikan mereka.

Ketua setiausahanya Datuk Ahmad Phesal Talib berkata kebanyakan bantahan dikemukakan pemilik dan pewaris telah pun diambil kira dan ditambah baik melalui pindaan dibuat.

Pindaan baru yang telah dipersetujui Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) dikekalkan, kekebalan perbadanan dari segi perundangan dalam Seksyen 51 telah dipinda dan keanggotaan dalam perbadanan ditambah untuk menambah penyertaan wakil penduduk.

"Kita telah pinda klausa yang dibantah pemilik dan pewaris tanah setelah kita mengadakan perbincangan dengan tiga badan utama Kampung Baru sebelum buat keputusan ini.

"Rang undang-undang dulu kini sudah dipinda, yang baru ini kita akan bentangkan di Parlimen... dulu bacaan kali pertama kita hanya baca tajuk (rang undang-undang) tetapi bacaan kali kedua kita baca tajuk dan kandungan sekali," kata Ahmad Phesal kepada The Malaysian Insider selepas sesi penerangan rang undang-undang kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Atas A, Kampung Baru di sini.

Penduduk Kampung Baru memprotes rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru — Gambar fail
Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar.

Selain Kampung Atas A, enam kampung lain adalah Kampung Atas B, Kampung Masjid, Kampung Hujung Pasir, Kampung Pindah, Kampung Paya dan Kampung Periok.

Hari ini merupakan hari terakhir sesi penerangan itu diadakan.

Justeru kata Ahmad Phesal, pemilik dan pewaris tanah tidak perlu bimbang akan kewujudan perbadanan kerana ia hanya membantu untuk menyelaras pembangunan di kawasan tanah milik eksklusif orang Melayu.

"Tidak perlu bimbang, perbadanan ini hanya sebagai penyelaras bukan pemaju.

"Perbadanan hanya membantu dan saya lihat pindaan baru yang kita buat ini mendapat respons baik daripada pemilik dan pewaris tanah," katanya.

Beliau berharap sesi penerangan yang dilakukan dapat memberi penjelasan kepada pemilik dan pewaris tanah.

"Kita akan ikut suara majoriti, kalau ramai yang tidak setuju kita akan serah kepada kerajaan untuk buat keputusan.

"Sebab itu kita buat sesi penerangan ini supaya mereka faham apa yang ingin kita lakukan... mereka juga perlu mengisi borang untuk kita dapat maklum balas," katanya.

Rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat 14 Disember lalu mendapat bantahan keras pemilik dan pewaris tanah kerana tidak bersetuju dengan beberapa klausa yang tidak memihak kepada mereka.

Ekoran bantahan itu, rang undang-undang yang sepatutnya dibentangkan kali kedua Mac lalu ditangguhkan sehingga bulan ini bagi membolehkan beberapa klausa diperhalusi.

Ditanya mengenai reaksi Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Ahmad Phesal berkata sekiranya wakil rakyat PAS itu tidak bersetuju beliau boleh membahaskannya di Parlimen.

"Kalau tak setuju bahaskan sahaja di Parlimen nanti," katanya.

Minggu lalu Lo' Lo' berkata sesi penerangan yang dianjurkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hanya kosmetik kerana rang undang-undang sudah masuk ke Dewan Rakyat, melainkan rang undang-undang sedia ada ditarik semua sekali dan dibentangkan yang baru dengan pindaan kepada penduduk terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen.

Menurutnya, mana mungkin sempat berbuat apa-apa pindaan terhadap rang undang-undang pada sidang Parlimen yang bermula minggu ini.

Dalam pada itu, beberapa pemilik dan pewaris Kampung Baru yang ditemui The Malaysian Insider berkata mereka masih tidak jelas dengan peruntukan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru.

Salah seorang penduduk Samsuddin Abd Ghani, 60 berkata, dia tidak bersetuju dengan rang undang-undang itu kerana ia masih belum dibahas di Parlimen.

"Penduduk atau pewaris, kebanyakannya tidak setuju dengan rang undang-undang yang disenaraikan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar walaupun dipinda berulang kali," ujarnya.

Dia turut tegas mempertahankan supaya Kampung Baru tidak dibangunkan.

Jelasnya, sebagai anak jati Kampung Baru, dia tetap mempertahankan kawasan itu daripada diambil oleh bangsa asing atau kaum Melayu sendiri dan diberi kepada pemilik asing.

Samsuddin menambah, dia mahu membangunkan Kampung Baru tetapi dengan cara sendiri.

"Kami mempunyai tenaga pakar sendiri dari kawasan ini. Mereka juga merupakan anak penduduk di sini dan memiliki kepakaran yang profesional.

"Dengan tenaga pakar mereka inilah, kami gunakan untuk membangunkan Kampung Baru dengan cara sendiri," katanya.

Bagaimanapun dia tidak menafikan pembangunan jika ada pihak atasan turun padang untuk berunding sendiri dengan penduduk Kampung Baru.

"Kalau boleh, saya mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak datang jumpa penduduk Kampung Baru.

"Beliau sendiri bertanya bagaimana hendak bangunkan sehingga tetap jadi milik penduduk ini. Barulah kita puas hati," ujarnya.

Seorang lagi penduduk yang tinggal di kawsan itu sejak 1969, Baharudin Jalil berkata dia bersetuju dengan pembangunan Kampung Baru.

Katanya, pembangunan tidak menjadi masalah.

Perkara yang dia masih musykil hanya berkenaan perbadanan.

"Sebelum ini, ramai penduduk bersetuju menjalankan pembangunan tanpa perbadanan kerana kami pernah persoalkan, apa fungsi perbadanan? Apa tugas mereka?

"Namun, mereka (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar) tetap wujudkan perbadanan," ulasnya.

Dalam pada itu, Ismail Mohamad, 65, berkata, dia juga bersetuju untuk membangunkan Kampung Baru tetapi pindaan rang undang-undang dipertikaikan.

"Saya setuju pembangunan ini tetapi saya mahu tahu lebih mendalam, apa yang penduduk akan dapat? Adakah pembaharuan sesuai atau tidak?

"Pindaan rang undang-undang pula, saya mahu ia dipertikaikan supaya lebih bersifat telus," katanya.

Norazam Mohamed pula berkata dia mahu jaminan supaya pindaan pada rang undang-undang benar-benar dimasukkan apabila dibawa ke Parlimen nanti.

Katanya, dia mahu bacaan pertama dibatalkan dan pindaan yang dijanjikan dibahaskan demi memudahkan perjalanan membangunkan Kampung Baru.

"Ini untuk mengelakkan timbulnya sebarang keraguan kepada penduduk," katanya.

Sementara itu, Ibrahim Hassan pula berkata, dengan pembangunan kawasan ini, semua orang mendapat untung.

Jelasnya, tiada siapa yang akan rugi kelak.

"Saya mahu semua perkara diselesaikan segera supaya pembangunan dapat dilaksanakan," ujarnya lagi.

SPR sudah mula persiapan awal adakan PRU-13

Posted: 11 Jun 2011 04:24 PM PDT

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR — Sementara pelbagai pihak membuat spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa termasuk sebelum Ramadan ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memulakan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sudah memulakan persiapan sejak awal bulan lalu memandangkan Negara sudah memasuki tahun keempat mandat semasa.

"Lazimnya, apabila kita masuk tahun keempat selepas pilihan raya sebelum ini, persiapan akan mula dibuat, bila tahun keempat kita membuat persiapan awal... SPR menggunakan itu sebagai petunjuk," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Wan Ahmad berkata tempoh tiga tahun untuk mengadakan pilihan raya kecil sudah pun berlalu dan kini masuk tahun keempat yang membolehkan suruhanjaya mengadakan persiapan menghadapi pilihan raya.

"Kami buat macam-macam persiapan... persiapan awal seperti soal logistik, menentukan pusat-pusat mengundi, keperluan cetakan buku panduan, banyak persiapan kita buat.

"Persiapan lain seperti latihan bagi pekerja dan pegawai pilihan raya akan dilakukan kira-kira satu dua bulan sebelum (pilihan raya),"katanya.

Pilihan raya umum 2008 diadakan di akhir tahun keempat mandat.

Mandat semasa kerajaan pusat akan berakhir pada penghujung April 2013 manakala kerajaan-kerajaan negeri antara akhir April dan Mei 2013.

Spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan seawal Julai ini ataupun antara September dan Oktober dan jika tidak, awal tahun depan.

Desas-desus mengatakan pilihan raya tahun ini telah bertiup kencang sejak setahun lalu.

SPR baru sahaja selesai mengadakan pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu.

Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider baru-baru ini, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan sebelum bermulanya bulan Ramadan, yang jatuh awal Ogos.

Bagaimanapun pemerhati politik melihat ia tidak mungkin.

Ketika ditanya sama ada SPR bersedia untuk mengadakan pilihan raya jika Parlimen dibubarkan dalam waktu terdekat termasuk bulan depan, Wan Ahmad berkata, pihaknya tidak risau dengan mana-mana tarikh.

"Sebab kami bersedia untuk mengadakan pilihan raya bila-bila masa...bila tarikh pembubaran tidak menjadi keutamaan," katanya lagi.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa SPR akan menghentikan proses pendaftaran pemilih bulan ini bagi menghadapi pilihan raya umum, Wan Ahmad berkata, dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

"Mana ada, tidak. Itu tak betul. Siapa punya kerja itu?" kata beliau dengan merujuk kepada peraturan yang mewajibkan proses pendaftaran pemilih dijalankan sepanjang tahun tidak kira musim pilihan raya ataupun sebaliknya.

Daftar pemilih akan diwartakan setiap tiga bulan sekali.

Terengganu bangkit julang Piala FA, Kelantan cicir peluang emas

Posted: 11 Jun 2011 04:21 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR — Terengganu yang bangkit pada minit-minit terakhir perlawanan di sebalik kesilapan negeri jiran Kelantan menjulang Piala FA buat kali kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Terengganu, juara kali pertama pada 2000, mengatasi Kelantan 2-1 pada waktu tambahan.

Negeri itu ketinggalan 0-1 sebelum mendapat nafas baru ekoran kesilapan Mohd Daudsu Jamaluddin yang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-93, menyebabkan permainan dilanjutkan masa untuk menentukan juara.

Mohd Daudsu yang dilihat berhasrat untuk menanduk keluar bola telah menyebakan ia tersasar masuk gawang sendiri.

Terengganu menyumbat gol kemenangan menerusi Nordin Alias pada minit ke-109.

Gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 yang hampir memberi peluang kepadannya membawa pulang Piala FA sejak ia diperkenalkan pada 1990.

Pada 2009, Kelantan tewas 1-4 di tangan pasukan Selangor.

Dua perlawanan akhir sebelum ini ditentukan pemenang dengan sepakan penaliti.

Pada pertemuan malam ini, Terengganu berkesempatan menjaringkan banyak gol tetapi melepaskan beberapa peluang emas sehinggalah pada minit ke-93 menerima gol hasil pemain Kelantan.

Pengadil memberi masa tambahan selama empat minit
.

Tiada ulasan: