Biaqpila |
- Operasi Pencarian Jenazah Osama Di Laut Arab
- 'Pakatan ada buku jingga, Umno ada seks, seks, seks...'
- Tidak Perlu Tiru Mesir, Cukuplah Dengan Turki, Melalui BERSIH 2.0
- Laman Pirate Bay bidas sekatan SKMM
- Rahsia Ramuan KFC Terbongkar
- Suami mati selepas ditolak isteri dari tingkat 17
- LAWAK AHAD: UMNO,DAP,PAS
Operasi Pencarian Jenazah Osama Di Laut Arab Posted: 12 Jun 2011 03:00 PM PDT Kapal perang AS, USS Vinson yang telah membuang jenazah Osama bin Laden di Laut Arab Utara. Ingin membuktikan bahawa Osama bin Laden benar-benar sudah mati, seorang pemburu harta karun merancang untuk menyelam Laut Arab Utara untuk mencari jenazah pemimpin Al Qaeda itu. Kepada TMZ, Sabtu (11/6/2011), Bill Warren mengaku penjelajahannya ini untuk membuktikan kepada dunia tentang Osama. "Saya berusaha membuktikan bahwa Osama benar-benar sudah mati dan ingin menunjukkan bukti. Kami melakukan ini kerana kami warga Amerika yang patriotik dan merasa Presiden Barack Obama gagal menunjukkan bukti," katanya. "Saya tidak percaya kepada pemerintah ataupun Obama," tegasnya. Pencarian itu akan dilakukan di Laut Arab Utara. Jangkaan mereka kapal perang Amerika Syarikat USS Carl Vinson yang membuang jenazah Osama di laut itu. "Kami maksudkan untuk menemukannya serta mengangkat jenazahnya, kemudian mengambil foto dan merakamkannya melalui video serta melakukan ujian DNA," kata Warren. Untuk ekspedisi yang disebut-sebut sebagai 'mission impossible' itu, pasukan Warren membawa beberapa kapal dan sejumlah teknologi canggih. Ekspedisi itu sendiri dijangkakan bakal menghabiskan ratusan ribu dollar US. Bill Warren merancang membawa satu pasukan filem untuk merakam dan mendokumentasikan seluruh perjalanan itu. USS Carl Vinson menerima jenazah Osama bin Laden dari pasukan Navy SEAL yang membunuhnya di Abbottabad, Pakistan, 2 Mei lalu. Hanya sedikit maklumat yang dilaporkan pemerintah Amerika Syarikat tentang proses pemakaman Osama. Jenazah Osama diletakkan di dalam sebuah bungkusan yang dilengkapi pemberat, disembahyangkan, kemudian diletakkan pada sebuah papan di geladak kapal. Papan itu kemudian dimiringkan hingga jenazah Osama jatuh ke laut, begitulah penjelasan Pentagon. Presiden Barack Obama menolak supaya foto jenazah Osama disiarkan. Kerja Bill Warren bermula dengan mencari harta karun sejak tahun 1972. Prestasi pertama ditunjukkannya adalah sebuah kapal dagang Inggeris yang karam di pegairan Santa Cruz, California.-Kompas ekele SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
'Pakatan ada buku jingga, Umno ada seks, seks, seks...' Posted: 12 Jun 2011 07:59 AM PDT Jika terdapat sebarang spekulasi bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat telah merosot di Kedah, maka lain pula suasananya di majlis makan malam mengutip derma di Alor Setar malam tadi. Dewan Dewan Bandaraya penuh sesak sehingga memaksa dua meja yang diperuntukkan untuk para wartawan, dialih ke hujung dewan, menyebabkan sukar untuk mendengar dengan jelas ucapan yang disampaikan. Kira-kira 1,000 hadirin menunggu ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), yang bergegas dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang ke Alor Setar, sebelum bertolak pula ke Kangar, Perlis selepas jam 10 malam. Ketua umum PKR itu disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin daripada pelbagai kaum, sebaik sahaja beliau tiba pada kira-kira 9pm - lewat satu jam dari jadual. Anwar diiringi pemimpin PKR seperti naib presiden, Datuk Chua Jui Meng; timbalan ketua PKR Perak dan ahli parlimen Gopeng, Lee Boon Chye serta Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, yang juga pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman. Turut hadir dan berucap di majlis tersebut ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Apabila tiba giliran Anwar berucap, pada hadirin, kebanyakannya pertengahan umur dan berusia - separuh daripadanya dari masyarakat Cina - khusyuk mendengar komen dan cerita lucu dari ketua pembangkang itu yang membuat dewan itu gamat dengan gelak ketawa dan tepukan gemuruh. kedahlanie SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Tidak Perlu Tiru Mesir, Cukuplah Dengan Turki, Melalui BERSIH 2.0 Posted: 12 Jun 2011 05:00 AM PDT Kita jarang untuk mengambil kisah tentang Pilihanraya Umum di luar negara dan disebab itulah kita semua begitu menyanjungi demokrasi pilihanraya yang dipamerkan oleh SPR. Alhamdulillah, Pakatan Rakyat telah mengambil peluang untuk menjadi pemantau pilihanraya di Turki yang akan berlangsung tidak lama lagi. Saya tertarik dengan apa yang YB Saifuddin Nasution 'tweet'kan, ikutilah perbezaan pilihanraya di Turki dan bandingkan sejujurnya apa yang kita telah lalui di saban pilihanraya. Perkara pertama; Kebebasan Media. "Pru turki-capaian media kpd semua parti,election board benarkn semua rapat umum,pemerhati a'bangsa diizinkn ...tiada FRU berlegar! Malaysia?" Perkara kedua; Kerjasama Pihak Polis. "Rapat umum pru turki cuma perlu maklum kat polis, polis hadir dan kawal lalulintas,tak payah permit! Rapat umum AK Parti hadir ratusan ribu" Perkara ketiga; Tiada Penyalahgunaan Jentera Kerajaan. "Tiada penggunaan jentera dan media kerajaan utk kempen, election board akan batal kemenangan jika blku pelanggaranTiada u help me i help u!" Perkara keempat; Projek Mee Segera Tidak Dibenarkan "Election board tak benarkn umum projek kjaan sepjg tempoh kempen!" Perkara kelima; Semua Parti Berhak Untuk Berkempen di TV. "Sempat ikuti kempen parti2 pembangkng, parti Has, parti Saadet dan parti chp melalui siaran tv ...terangkn manifesto masing2 ...RTM,TV3 ???" Kesimpulannya; Kita tidak perlu mengikuti jejak rakyat Mesir, jika masih ada lagi jalan untuk pilihanraya yang adil, untuk menjadikan ia sebegitu hendaklah kita menuntut Kerajaan Barisan Nasional memberikan hak keadilan tersebut kepada kita melalui BERSIH 2.0 nanti. Bagaimana? Hendaklah kita turun ke perhimpunan BERSIH nanti pada 9 Julai 2011, di sana adalah satu-satunya jalan untuk kita mendapat suatu pilihanraya yang BERSIH dan ADIL. Kita bukan merusuh, akan tetapi kita menuntut secara aman. tehlimau SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Laman Pirate Bay bidas sekatan SKMM Posted: 12 Jun 2011 03:00 AM PDT Laman web perkongsian fail terkemuka Pirate Bay (TPB) menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). "Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu Winston Bay kepada Malaysiakini. Beliau menegaskan kembali tentang penetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia. Bagaimanapun, tambahnya, dalam masa yang sama Malaysia menutup akses terhadapnya. Bay juga berhujah, TPB sebagai "pertukaran budaya paling besar dalam sejarah manusia" dan tidak dapat dihentikan oleh "kerajaan yang korup" dan "ketololannya". "Orang ramai sudah tentu mampu menggunakan TPB walau apa pun caranya, seperti di negara lain yang tidak menyekatnya, trafik akhirnya tetap meningkat. "Ia menunjukkan bahawa tidak ada tolak ansur dengan kerajaan yang korup dan internet mampu mengelakkan ketololan itu," kata Bay. SKMM semalam menjelaskan menyekat beberapa laman sesawang akhir-akhir ini bukan satu bentuk penapisan, sebaliknya tindakan pematuhan undang-undang Malaysia. Kenyataan itu menyebut, SKMM menerima permintaan daripada Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987. Selain ThePirateBay.org, turut disekat MegaUpload.com, FileServe.com dan DepositFiles.com. MK SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Posted: 12 Jun 2011 12:00 AM PDT NEW YORK – Siapa tak kenal ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC)? Rahsia lazatnya tersimpan di 11 bumbu racikan rahsia milik Kolonel Sanders. Sayangnya bukan rahsia lagi, sebab seorang warga AS berhasil memecahkan kombinasi itu. Lelaki itu bernama Ron Douglas dan dia bukan seorang tukang masak professional. Dia terobsesi membongakar 11 bumbu dan rempah rahsia KFC yang diciptakan Kolonel Harland David Sanders pada 1935 itu dan meninggalkan pekerjaannya sebagai Manager Kewangan di JPMorgan di Wall Street pada 2007. Akhirnya, perjuangan tahunan itu membuahkan hasil. “Akhirnya saya menemukan kombinasi yang identik dengan racikan KFC atau Kolonel Sanders,” ujar Ron gi, seperti dikutip news.com Dan kini, dia telah menerbitkan sebuah buku khas yang membongkar rahsia terdalam franchise asal AS tersebut. Eksperimen Ron tak mudah, dengan ratusan bumbu serta rempah yang dikenal dunia, dia harus mencampur jutaan kombinasi untuk mendepatkan rasa yang tepat. Pada suatu masa, Ron merasa sangat putus asa dengan isi Original Recipe KFC itu. “Tapi dia tak mahu mengatakannya kepada saya,” lanjut Ron. Namun saat melakukannya, dia mengetahui ada banyak orang di internet yang mencuba melakukan hal sama dengannya. Sejak itulaha ia membuka sebuah web khusus yang berdedikasi untuk membongkar rahsia KFC. Ron membuat beberapa ereksperimen dengan bumbu-bumbu tersebut. Buku yang dia terbitkan, America’s Most Wanted Recipes, yang memuat resepi rahsia KFC pun menjadi bestseller di AS./BK addin77 SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Suami mati selepas ditolak isteri dari tingkat 17 Posted: 11 Jun 2011 09:00 PM PDT JOSHUA HILBERLING jatuh dari tingkap ini. TULSA, Oklahoma - Seorang wanita yang sarat mengandung dan baru berkahwin di Amerika Syarikat (AS) membunuh suaminya dengan menolaknya keluar dari tingkap tingkat ke-17 bangunan menara Universiti Club di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Mangsa, Joshua Hilberling, 23, ialah seorang anggota tentera udara AS. Lelaki tersebut dipercayai sedang mengemas barang-barangnya sebelum memberitahu isterinya, Amber Hilberling bahawa dia mahu meninggalkannya selepas kurang setahun mereka berkahwin. Berang mendengar pengakuan suaminya, Amber, 19, menerpa ke arah lelaki itu dan menolaknya keluar dari menara Unievrsiti Club itu yang menempatkan kediaman mereka di sini pada Selasa lepas. Mangsa meninggal dunia selepas terjatuh di atas sebuah garaj pada ketinggian 115 meter. Amber ditangkap tidak lama kemudian dan dia dilaporkan mengaku kepada beberapa saksi di tempat kejadian bahawa dia menolak suaminya keluar dari tingkap bangunan itu. Polis pada asalnya menahan Amber kerana disyaki membunuh tanpa niat tetapi dakwaan itu diubah kepada membunuh dengan niat selepas siasatan lanjut dilakukan. Wanita tersebut yang sedang mengandung tujuh bulan dibebaskan dengan bon jaminan berjumlah AS$250,000 (RM755,375) sementara menunggu perbicaraan. - Agensi kosmo SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Posted: 11 Jun 2011 06:00 PM PDT UMNO ada keris, DAP ada roket, PAS ada bulan. Tapi... Setajam mana keris, Sepanjang mana roket, kalau DATANG BULAN, Keris & roket simpan dalam seluar je la.... kah!kah!kah! SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan