Khamis, 9 Jun 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Negara kebajikan: Umno ibarat 'kena picit lada hitam'

Posted: 09 Jun 2011 04:07 AM PDT

MALAYSIA KINI


Umno sedang menggelupor dengan perjuangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang berikrar menjadikan Malaysia sebuah negara berkebajikan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

NONEMenurut beliau kegusaran Umno dan BN itu adalah kerana negara berkebajikan yang menjadi agenda Pakatan itu menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan kerajaan sekarang menjaga rakyat marhaen.

"Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh, picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

NONE"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan akhbarnya yang disiarkan di Harakahdaily.

Sejak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara berkebajikan semasa ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-57 minggu lalu, pimpinan Umno dan media arus perdana milik mereka telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

NONE"Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam," kata Tuan Ibrahim.

Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan PAS, katanya berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya 'rakyat dahulu' menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah 'negara kebajikan', Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

NONE"Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'Umno kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya," katanya.

Gerakan tolak BERSIH, anggapnya 'lawak bodoh'

Posted: 09 Jun 2011 04:05 AM PDT

MALAYSIA KINI


Pengerusi Gerakan Kedah, Cheah Soon Hai berkata kejayaan Pakatan Rakyat memenangi beberapa kerusi pada pilihan raya sejak 2008 membuktikan bahawa dakwaan gerakan BERSIH 2.0 yang menyatakan sistem pemilihan itu mempunyai kecacatan adalah tidak benar.

NONECheah berkata perhimpunan itu hanya sebagai satu "ilusi" kepada masyarakat asing dan memberi tanggapan salah tentang keadaan politik di Malaysia.

"Jika Pakatan rasa Suruhanjaya Pilihan Raya di negara kita tidak adil, jadi bagaimana Pakatan berjaya memenangi kuasa politik di lima buah negeri pada pilihan raya umum 2008?

"Pakatan mencapai kejayaan terbaik dalam rekodnya dan yang terbaru pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini. Semua ini cukup membuktikan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adil sama sekali dan tidak memihak dalam menjalankan tugas mereka, kata Cheah dalam kenyataan media hari ini.

Oleh itu, katanya, perhimpunan yang dianjurkan itu satu " lawak bodoh besar yang langsung tidak mempunyai makna".

NONEPergerakan Bersih 2.0 yang diketuai oleh beberapa pemimpin NGO dijadual mengadakan satu demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Tujuannya ialah untuk menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.

  • Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan:
  • Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  • Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  • Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  • Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
  • Tempoh kempen minimum 21 hari
  • ebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
  • Menghapuskan rasuah pilihan raya
Sebelum ini, pemimpin pergerakan itu, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata penganjuran perhimpunan itu adalah "jalan terakhir" selepas beberapa percubaan melibatkan pihak berkuasa gagal.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tuduhan membeli undi menjadi lebih ketara tetapi jumlah mereka yang didakwa adalah segelintir saja.

Kempen Jelajah S'gor sasar kubu Noh

Posted: 09 Jun 2011 04:02 AM PDT

MALAYSIA KINI


Fasa kedua Kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia anjuran PKR akan menggempur kerusi-kerusi milik BN dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

NONEDalam kenyataan medianya, ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata fokus parti itu adalah di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Pandan, Sungai Besar, Tanjong Karang dan Sepang.

Kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia Fasa 2 atau JELAS akan bermula pada 11 Jun di Tanjong Karang.

"PKR Selangor memilih untuk memulakan kempen di Tanjong Karang kerana kerusi parlimen itu dipegang oleh timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

NONE"Kami yakin pelancaran itu akan memberi tamparan kepada seluruh jentera Umno-BN, khususnya ketika ini di mana mereka masih bergaduh sesama sendiri," kata Shuhaimi.

Noh (kiri) sebelum ini kerap-kali 'menyerang' pentadbiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan mendapat publisitu meluas di akhbar arus perdana.

Antara isu yang digunakan untuk menyerang kerajaan Pakatan Selangor termasuk dakwaan perlombongan pasir haram yang kemudiannya tiba-tiba lenyap dan yang terbaru dakwaan Yayasan Selangor tidak mempunyai dana yang mencukupi.

Kereta PI Bala dicuri dari rumahnya di Rawang

Posted: 09 Jun 2011 03:59 AM PDT

Hafiz Yatim


Bekas penyiasat persendirian dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, P Balasubramaniam mendapati kereta miliknya dicuri dari rumahnya di Rawang pagi semalam.

Kejadian disedari apabila adik iparnya yang tidak mahu identitinya didedahkan mendapati kereta berkenaan hilang dari rumah mereka di Taman Pelangi kira-kira jam jam 6.30 pagi.

"Kereta itu masih di sana pada jam 2.30 pagi dan saya melihatnya. Namun pada jam 6.30 pagi, saya dapati pagar depan terbuka dan kereta telah hilang," katanya sambil menambah beliau menetap di rumah Balasubramaniam sejak beliau meninggalkan negara ini.

"Turut didapati hilang adalah sebuah kamera dan pemain video dan skrin yang dipasang pada bahagian depan dan belakang kereta. Saya buat laporan di balai polis Rawang selepas polis meminta salinan sijil pendaftaran kereta itu. "Saya bekalkan dokumen yang diperlukan dan pihak berkuasa selesai mengambil laporan pada jam 3 petang," katanya.

Menurutnya lagi, beliau juga hairan anjing-anjing yang berada di kandang tidak menyalak.

Adik ipar penyiasat persendirian itu berkata kereta jirannya juga dicuri bulan lalu manakala kereta seorang lagi jiran di rumah hadapannya pula dicuri dua bulan lalu.

"Jenayah semakin menjadi-jadi," katanya.

azlanMengulas kejadian itu, Balasubramaniam, seorang anggota polis sebelum menjadi seorang penyiasat persendirian dalam e-melnya berkata "kadar jenayah Malaysia semakin buruk."

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada kejadian terbaru ini berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya ataupun dakwaan Balasubramaniam bahawa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, mahu beliau meninggalkan negara berikutan pendedahannya yang menggemparkan negara pada akuan bersumpah pertamanya.

Rasuah balak: KM Sarawak disiasat SPRM

Posted: 09 Jun 2011 03:53 AM PDT

BERNAMA


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berhubung dakwaan rasuah balak.

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara berkenaan.

NONE"Saya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ini (isu berkenaan). Seperti saya katakan dulu, kami sedang menyiasat Taib Mahmud dan apa jua tindakan kita, kita tidak dapat mendedahkan buat masa ini," katanya pada majlis menandatangani dan menyerahkan ikrar integriti korporat kepada SPRM di Kuala Lumpur, hari ini.

Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan aset Taib Mahmud atas dakwaan rasuah balak.

Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland, Micheline Calmy-Rey, dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut.

azlanMengulas pemantauan projek mega, Abu Kassim berkata, SPRM akan terus memantau projek-projek berkenaan dari masa ke masa.

"Tanggung jawab kami adalah untuk memantau sebarang projek dari masa ke masa. Saya tidak boleh nyatakan projek mana tetapi tugas kami memantau dan mencegah rasuah dalam kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada SPRM telah mengenalpasti projek lain.

Setakat ini, SPRM dijangka memantau tiga projek mega iaitu Menara Warisan Merdeka setinggi 100-tingkat yang bernilai RM5 bilion; sistem transit laju massa (MRT) bernilai RM36 bilion; dan projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) bernilai RM6.7 bilion.

PAS intai peluang di kawasan bukan Melayu

Posted: 09 Jun 2011 03:49 AM PDT

Salhan K Ahmad

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan lebih berpengaruh dalam Pakatan Rakyat sekiranya ia bertanding di lebih banyak kerusi dengan majoriti bukan Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

NONEMohamad berkata, formula berkenaan boleh digunakan bagi memastikan PAS menjadi teraju utama dalam Paktan memandangkan parti kini semakin diterima di kawasan bukan majoriti Melayu, katanya.

"Itu bergantung kepada kerusi yang (PAS) menang. Dulu kawasan majoriti bukan Melayu – DAP, majoriti Melayu – PAS, campuran – PKR.

"Saya tak tahulah formula itu boleh guna atau tidak perlu diguna sebab sekarang di kawasan campuran pun PAS boleh menang," katanya ketika ditanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini hari ini.

Beliau yang turut popular dengan nama jolokan Mat Sabu itu juga yakin akan menang di kawasan parlimen Bukit Bintang jika diberi peluang untuk bertanding di kawasan yang sering ditandingi DAP dan MCA itu.

"Soal pengagihan kerusi, jawatankuasa (Pakatan) akan bincang – tidak lagi berdasarkan majoriti Melayu ini PAS kena bertanding, majoriti bukan Melayu – DAP.

NONE"Sekarang (kemenangan) mana-mana (calon adalah) ikut ketokohan. Saya sendiri berani bertanding di Bukit Bintang, asalkan simbol PAS, DAP tak bertanding, dan lawan MCA. Boleh menang," katanya sambil ketawa kecil.

PAS kawasan Bukit Bintang juga merupakan antara kawasan yang paling awal mencalonkan Mohamad bagi jawatan timbalan presiden bagi pemilihan parti tahun ini dan juga pada 2009.

Beliau juga yakin bahawa PAS boleh menjadi teraju utama dalam Pakatan, berdasarkan prestasi yang ditunjukkan parti itu di kawasan yang dimenanginya pada 2008 seperti Kota Raja, Kuala Selangor dan juga Shah Alam.

Hadi pun boleh ganti Anwar

Bagaimanapun, buat masa ini Datuk Seri Anwar Ibrahim masih merupakan ketua umum Pakatan, kata Mohamad lagi, mengulas kritikan yang diterima oleh PKR setakat ini.

"Terserah kepada Pakatan Rakyat (sama ada ingin ganti Anwar). Sekarang dia masih ketua umum. Pilihan raya umum akan datang, dia berada di dalam atau di luar (penjara), itu keputusan mahkamah.

NONE"Tapi sekarang dia masih ketua umum yang dihormati rakyat. Mana dia pergi, sambutan pada ucapannya hebat sekali," kata Mohamad lagi yang mengakui bahawa beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Anwar selain di "pentas ceramah."

Ketika ditanya siapakah pemimpin yang boleh menggantikan Anwar bagi mengetuai Pakatan, Mohamad berkata tugas berkenaan boleh digalas oleh "sesiapa saja" termasuk presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Tak ada masalah, orang dah boleh menerima (PAS)," katanya yang menambah, Abdul Hadi akan dapat memimpin Pakatan Rakyat berdasarkan persetujuan yang ditandatangani oleh anggota pakatan tersebut.



Mohamad Sabu ditemubual Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad.

PAS: Tiada yang bankrap selepas demo

Posted: 09 Jun 2011 03:46 AM PDT

MALAYSIA KINI


Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyelar tindakan Pemuda Umno yang meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demonstrasi BERSIH kerana alasan yang diberikan didakwa tidak berasas.

kamaruzzaman mohdKetua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad (kiri) sebaliknya mendakwa tindakan musuh politik mereka itu didorong "ketakutan" menghadapi gelombang kebangkitan rakyat pada 9 Julai ini.

"Ketika Himpunan BERSIH 2007, mereka juga membuat dakwaan yang serupa. Namun sehingga ke hari ini dakwaan itu gagal dibuktikan. Para peniaga sekitar Kuala Lumpur khususnya di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman masih dapat meneruskan perniagaan.

bersih rally 271207 01"Tidak ada yang diistihar bankrap kerana himpunan BERSIH. Tiada kedai-kedai yang dipecah masuk, tiada peniaga yang cedera, tiada harta awam yang rosak," katanya.

Malah, Kamaruzaman juga menegaskan, sebelum dan selepas himpunan itu, peniaga menerima kunjungan pelanggan yang begitu ramai.

Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demonstrasi BERSIH.

Seru Pemuda Umno berkawal

NONEExco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

Dalam kenyataannya petang ini, beliau juga mendakwa Pemuda Umno sebenarnya takut jika perhimpunan pada bulan depan berjaya, rakyat akan membuka mata dan tampil membuat perubahan lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13.

"Matlamat himpunan BERSIH adalah untuk mengajak rakyat menuntut hak demokrasi mereka dan menyelar pihak BN yang jelas memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

bersih 2.0 launch"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru agar pihak polis memberikan permit kepada penganjur himpunan BERSIH dan memberikan kerjasama bagi memastikan semuanya berjalan lancar," katanya.

Menurut Kamaruzaman, hingga ke hari ini, semua himpunan yang disertai PAS berjalan aman tanpa sebarang masalah walaupun pihak polis enggan mengeluarkan permit.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga menyeru agar pemuda Umno turun sendiri membuat kawalan keselamatan, jika mereka merasakan perhimpunan ini mengancam mereka," sindirnya.

'Disungkurkan': Utusan saran Nasharudin sertai Umno

Posted: 09 Jun 2011 03:39 AM PDT

MALAYSIA KINI


Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mecadangkan Nasharudin Mat Isa yang tewas jawatan timbalan presiden pada pemilihan PAS minggu lalu supaya meninggalkan parti itu dan berjuang dalam Umno.

NONEMenulis di ruangan 'Cuit' di akhbar itu hari ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian.

"Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno.

"Kita tahu Ustaz Nash mempunyai jati diri yang kuat untuk melihat perpaduan umat Islam disatukan, tapi niatnya dihancurkan oleh puak-puak yang tamak dalam partinya sendiri," tulisnya.

Selain itu, Zaini juga mendakwa matlamat PAS sudah terpesong kerana sanggup meninggalkan janjinya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan memilih bagi mendirikan negara berkebajikan.

"PAS kini telah meninggalkan perjuangan yang kononnya dipegang sejak dulu, untuk bersekongkol dengan sebuah parti yang kita kenali sebagai terlalu antikan Islam.

"Slogan 'langkah mayat saya dulu' begitu terkenal setelah Karpal Singh memberi amaran kepada PAS mengenai cadangannya mahu mewujudkan negara Islam dan mewujudkan hukum Hudud.

NONE"Tapi kini, kerana terlalu beralah dan mengharapkan bantuan DAP, mereka tidak berkuasa 'melangkah mayat' Karpal. Karpal bagi PAS merupakan kapal yang boleh membawa mereka mencapai cita-cita politik," kata Zaini.

Justeru, beliau mencadangkan Umno yang kini mempunyai "cukup advantage serta kelebihan hasil muktamar PAS supaya merebut peluang itu.

"Oleh itu, saya cadangkan Umno membuka satu lagi sayapnya iaitu Sayap Ulama Umno," tulisnya.

Menurut Zaini, ia bersesuaian dengan penubuhan Sekretariat Ulama Muda Umno dikenali sebagai ILMU yang diwujudkan tahun lalu dan diletakkan di bawah Biro Agama parti itu.

young ulama join umno 250610 02"ILMU perlu dikembangkan kepada sebuah Sayap.

"Kita mahu supaya sekretariat ini diangkat menjadi sebuah sayap yang mempunyai Ketua Ulama, Naib Ketua Ulama dan exco-exconya yang tersendiri supaya fungsi dakwahnyake seluruh negara dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan mantap," katanya lagi.

Zaini mengakhiri rencananya dengan mendoakan presiden Umno mempertimbangkan syor penubuhan Sayap Ulama itu dan membawa usul itu dalam Perhimpunan agung Umno akan datang.

"Allah SWT telah membuka laluannya kepada Umno, rebutnya peluang itu," tulisnya.

IC untuk warga asing ikut jejak Dato Onn

Posted: 09 Jun 2011 03:35 AM PDT

Subky Latif


PEMBERIAN Mykad kepada warga asing secara mendadak dan merata telah dikesan di Selangor, di Kelantan dan dipercayai di banyak negeri lagi.

Tidak lain tujuannya adalah memenangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang.

Kementerian Dalam Negeri telah bersekongkol dengan Basisan Nasional khususnya Umno untuk mengeluarkan Mykad kepada warga asing yang mencari pekerjaan di negara ini tidak kira mereka datang secara sah atau pun tidak.

Orang-orang ini telah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Umno untuk menjadi pengundi di kawasan-kawasan yang ia pernah menang tipis. Misalnya di kawasan Parlimen Pekan.

Datuk Najib menang sekitar lebih 200 undi ke atas Ustaz Ramli Mohamad, calon PAS 1999. Tiba-tiba dalam Pilihan Raya Umum berikutnya dia menang dengan majoriti berganda-ganda.

Bagaimana penambahan undi yang begitu banyak di situ dalam masa kurang dari lima tahun?

Pekan bukan kawasan membangun pesat seperti Shah Alam, beberapa kota di Selangor dan Pulau Pinang yang pertambahan penduduknya mendadak.

Sebahagian dari Pekan masih berimba. Tidak dijangka ramai orang berhijah ke situ. Tetapi di tengah rimba di pedalaman dilambakkan pengundi-pengundi jadian yang asalnya dari tempat dan wilayah lain.

Orang asing yang ramai boleh tidak dihantar ke negara asal, diberi peluang bekerja, diberi Mykad, dulunya sekadar kad pengenalan khas untuk dijadikan pengundi.

Jika mereka bersetuju mengundi BN, mereka dapat duit, dapat bekerja di negeri ini dan dapat menetap di negeri ini.

Ramai mereka dikatakan dikumpulkan di Langkawi dan di lain-lain tempat sebelum diagihkan ke kawasan-kawasan yang Umno perlu menang.

Cara ini pernah diproses di Kelantan berpuluh-puluh tahun dulu. Orang Melayu di Selatan Thailand didaftarkan sebagai pengundi di Kelantan.

Tenaga pengundi inilah yang merosotkan pengaruh PAS dan akhirnya hujung tahun 1970an Kelantan jatuh ke tangan Umno.

Tetapi pengundi ini dipercayai berpaling tadah, menyokong PAS hingga PAS mencatit rekod menang semula di Kelantan sejak 21 tahun lalu.

Teori menjadikan bukan warga negara sebagai pengundi berjaya membantu Umno untuk satu masa pendek tetapi anak cucu pengundi itu tidak terikat dengan Umno pada jangka panjang.

Tanah Melayu atau Malaysia menjadi tempat melambakkan warga luar adalah kejadian yang bermula beratus dan beribu tahun lalu. Bertambah menjadi-jadi dengan penjajahan British. Tetapi yang banyaknya setelah Dato Onn Jaafar menjadi Menteri Dalam Negeri di hujung pentadbiran British di wilayah ini.

Yang datang baik untuk tujuan ekonomi dari Hong Kong dan India atau pelarian disebabkan pemberontakan komunis di Tanah Besar China, biasa tidak balik lagi. Mereka menjadi pemestautin tetap yang lama.

Bila merdeka Tunku tidak mengambil langkah seperti Kenya, Uganda dan beberapa negara Afrika menghantar orang-orang dibawa British ke negara-negara itu dari benua India ke Britain kerana kedatangannya dulu adalah menggunakan paspot British.

Tunku dan Tun Razak melihat mereka berpotensi menjadi pengundi yang tidak mungkin mengundi PAS yang memperjuangkan Islam.
Dato Onn dan politiknya yang menjadi saingan Umno sebelum berkuasa telah dikuburkan selepas Umno berkuasa.

Potensi pencabar utamanya ialah PAS. Dengan memberi semua kemudahan melayakkan mereka menjadi pengundi, maka PAS boleh dilumpuhkan.

Pengundi bukan Melayu itu ditabur di merata-rata hingga tiada calon Melayu boleh menang mudah tanpa sokongan pengundi bukan Melayu. Strategi Umno itu menguntung Umno untuk jangka pendek 50 tahun misalnya.

Tetapi kerana PAS bukan parti perkauman dan anti rasuah, majoriti pengundi bukan Melayu tidak terikat lagi dengan Umno yang perkauman dan menggalakkan rasuah.

Apa pula strategi Umno setelah pengundi Cina lebih menerima PAS dari Umno?

Maka ia beralih kepada pekerja asing tidak kira dari negara mana mereka datang. Mereka datang untuk mencari rezeki, baik dengan cara yang sah atau tidak sah.

Tidak kira mereka ditipu lintah darat atau pekerja sah. Jika mereka menjadi pengundi, mereka boleh membantu Umno untuk berkuasa sepenggal lagi atau dua penggal lagi.

Apakah warga asing itu akan menjadi rakyat pula kemudian yang menyebabkan bertambah lagi masalah sosial negara tidak menjadi perhitungan.

Yang penting Umno yang sudah goyah itu boleh menyambung kuasa. Lalu Najib meneruskan dasar Dato Onn dulu bersedia melambakkan orang asing yang baru pula dengan menawarkan Mykad.

Pindaan RUU PPKB bersifat kosmetik

Posted: 09 Jun 2011 03:14 AM PDT

Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali


Merujuk kepada pindaan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUU PPKB) yang dicadangkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, saya sukacita ingin memaklumkan bahawa sebahagian tuntutan pemilik tanah Kampung Baru sebelum ini yang saya suarakan selaku Wakil Rakyat Titiwangsa telah diambilkira oleh pihak Kementerian.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu juga dipinda dan dijelaskan kepada para penduduk sebelum dibentangkan di Parlimen.

Kedudukan Lembaga MAS

Fasal 57 RUU PPKB 2010 yang asal memperuntukkan pembubaran Enakmen MAS & Lembaga MAS telah dipotong. Ini sesuatu yang baik tetapi dengan pindaan ini apakah status Lembaga MAS di dalam PPKB?

Lembaga MAS masih wujud dan dalam masa yang sama PPKB juga bertindak sebagai pentadbir Kampung Baru. Kenapa perlu ada dua (2) badan yang mengurustadbir Kampung Baru?

Oleh yang demikian, saya mencadangkan Kementerian memperkasakan kedudukan Lembaga MAS ini dengan terus menyerap Lembaga MAS sebagai Penasihat PPKB di bawah Fasal 19 RUU PPKB 2010.

Rasionalnya ialah jika melihat kepada Fasal 19 & 20 RUU PPKB 2010, ia menubuhkan suatu Majlis Penasihat yang dimaklumkan oleh Kementerian keanggotaannya akan dilantik daripada kalangan anggota Lembaga MAS.

Jika keadaan sedemikian, adalah lebih baik dinyatakan secara khusus di Fasal 19 tersebut bahawa Lembaga Pentadbiran MAS akan bertindak sebagai Majlis Penasihat kepada Perbadanan.

Dengan ini Fasal 20 RUU PPKB 2010 tidak diperlukan lagi kerana Lembaga MAS sendiri telah mempunyai keanggotannya sendiri yg terdiri daripada ketua kampung yang mewakili tujuh (7) kampung dalam Kampung Baru dan juga Pengerusi.

Dengan kata lain, Pengerusi Lembaga MAS bertindak sebagai Pengerusi Majlis Penasihat dan seterusnya. Ini akan lebih menjamin hak pemilik tanah Kampung Baru kerana Lembaga MAS yang mentadbir Kampung Baru boleh menjadi pengimbang (check & balance) kuasa Perbadanan yang luas itu.

Keanggotaan Perbadanan

Fasal 5(1) Keanggotaan Perbadanan telah dikurangkan dan ditambah. Penambahan dibuat dengan memasukkan Timbalan Pengerusi yang mana dalam RUU PPKB 2010 yang asal jawatan ini tidak ada.

Di dalam Huraian kepada pindaan RUU ini, Kementerian merasionalkan penambahan jawatan Timbalan Pengerusi itu yang dikatakan akan dilantik daripada kalangan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru tetapi peliknya di dalam Fasal 5(2) hanya menyebut bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah seorang Melayu mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

Kenapa dalam Fasal 5(2) ini tidak disebut perlantikan mestilah di kalangan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru? Adakah ada helah di sebalik perlantikan ini?

Fasal 5(1) (f) di dalam RUU PPKB 2010 yang asal memperuntukkan tidak lebih daripada dua (2) orang pemilik tanah Kampung Baru tetapi telah dipotong dan digantikan dengan Fasal 5(1)(g) iaitu tidak lebih daripada lima (5) orang wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) .

Kenapa pertukaran ini dibuat? Apa faedahnya dan kebaikannya melantik lima (5) orang wakil daripada Badan Bukan Kerajaan?

Adakah ini juga disebabkan lobi-melobi daripada Badan-badan Bukan Kerajaan yang diketahui mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu atau yang gilakan jawatan di dalam Perbadanan? Apakah signifikannya perlantikan mereka ini?

Mekanisma Pembangunan

Mengikut RUU PPKB 2010 yang asal ada disebutkan penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 di Fasal 15(2)(h) tetapi dalam pindaan yang dicadangkan, peruntukan itu telah dipotong.

Perlu diambil ingatan bahawa dengan pemotongan Fasal 15(2)(h) tersebut ia tidak memberikan apa-apa makna kerana Akta Pengambilan Tanah 1960 masih boleh digunakan. Akta Pengambilan Tanah 1960 adalah Akta Parlimen yang umum dan ia boleh digunakan pada bila-bila masa walaupun tiada sebarang peruntukan mengenainya dimasukkan di dalam sesuatu undang-undang kerana Akta Pengambilan Tanah 1960 ini memberikan kuasa pengambilan tanah yang luas samada diperuntukkan secara spesifik ataupun tidak.

Jika benar Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak mahu dan tidak akan digunakan kenapa tidak dimasukkan terus peruntukan yang spesifik bahawa Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak akan digunakan dalam pembangunan Kampung Baru?

Jika begitu keadaannya, bagaimanakah pula bentuk rancangan pembangunan yang hendak dijalankan? Apakah ia akan melibatkan pemindahan penduduk sepanjang tempoh pembangunan tersebut?

Jika perlu dipindahkan, ke mana dan adakah sebarang pampasan atau gantirugi yang akan diberikan?

Persoalan-persoalan ini masih kabur kepada sebilangan besar penduduk Kampung Baru dan perkara ini perlu diberikan penjelasan yang cukup oleh pihak Kementerian.

Apa yang paling penting sekali ialah RUU yang asal yang telah dibentangkan pada 14 Disember lepas masih belum ditarik balik di Parlimen.

Segala pindaan yang dicadangkan itu tidak bermakna dan tidak akan menjadi sebahagian daripada undang-undang selagi mana RUU yang asal masih berada di Parlimen.

Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali adalah Ahli Parlimen Titiwangsa

Ulamak bersatu hadapi isu Islamofobia

Posted: 09 Jun 2011 03:13 AM PDT

Ismail Hashim


SHAH ALAM: Hari terakhir Muktamar Ulamak Sedunia di sini yang berlangsung bermula 6 hingga 8 Jun menggesa seluruh ulamak bersatu bagi menghadapi isu Islamofobia.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar) dan Setiausahanya, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid menyertai muktamar itu dan menghantar laporan ke sini bagi mengemaskinikan maklumat kepada umat Islam di Malaysia.

Menurut Azmi, di peringkat antarabangsa propaganda terhadap imej Islam perlu segera dinilai kerana Barat sedang memberi kesan yang negatif terhadap Islam dan ini penting agar realiti umat tidak disalahgambarkan dengan fitnah jahat kuasa Barat.

"Ulamak perlu bersama umat bukan hanya dalam masjid semata, Ulamak perlu turun beraksi di lapangan rakyat supaya kefahaman Islam pada peringkat dalaman dapat disampaikan secara mantap dalam kalangan umat Islam sendiri sebelum menangani persoalan imej yang cuba digambarkan dari luar.

"Isu tidak membenarkan kaum Muslimah memakai hijab, menayangkan filem yang menggambarkan fitnah terhadap Rasul, pembatalan projek Pusat Islam dan tidak membenarkan pembinaan masjid adalah antara isu yang menterjemahkan sikap Islamofobia Barat, tegas Azmi.

Dalam muktamar sama, Ustaz Abdul Ghani membentangkan bagaimana Rasulullah SAW menegaskan Islam agama tertinggi dan ulamak bertanggungjawab mempertahankan kesatuan sosio, ekonomi dan politik umat demi menjamin imej umat sebagai umat terbaik.

Beliau turut mengupas masalah umat yang dijajah kerana ada pemimpin Islam sendiri yang menyalahguna kuasa dan bersikap korup di Negara Islam.

Ustaz Abdul Ghani juga menegaskan ada kalangan umat yang menolak Islam sebagai penyelesaian dan ada yang memilah-milah Islam dalam pemikiran dan amalan kerana itu, ulamak perlu mengukuhkan kesatuan politik dan ekonomi serta ketenteraan dalam kalangan umat melalui fikrah yang betul terhadap Islam.

Dari sudut status sosio-ekonomi, beliau menyatakan ulamak perlu berwaspada supaya perpecahan dan penyelewengan dapat dibenteras kerana konflik sesama ulamak dan umat akan merugikan bukan sahaja umat Islam akan tetapi juga seluruh manusia.

Dalam hal kepimpinan, beliau menegaskan perlu diusahakan pemulihan keyakinan umat terhadap para pemimpin dan ulamak. Isu hilangnya keyakinan umat terhadap kebanyakan pemimpin dan ulamak kini amat serius.

Di samping itu, beliau juga mencadangkan semua sumber media dan para seniman dilibatkan dalam menghadapi isu Islamofobia.

"Seluruh pihak dalam kalangan ulamak, ahli profesional, aktivis NGO dan ahli politik, ahli budayawan hendaklah digemblengkan dengan efektif untuk mempertahankan maruah Islam.

"Amat perlu diwujudkan Pusat Penyelidikan yang berkesan untuk memantau pelbagai isu yang dihadapi oleh umat di peringkat antarabangsa dan menggariskan agenda bertindak yang perlu diambil.

"Wajar digerakkan program latihan yang mantap dalam pelbagai bidang untuk para ulamak menghadapi pelbagai cabaran global; kemahiran pengurusan, komunikasi dan keupayaan mengendalikan isu umat, perlu dilaksanakan untuk menyiapkan umat mengendali pelbagai isu global," tegasnya.

Kaji semula pelepasan kuota rumah bumiputera

Posted: 09 Jun 2011 03:08 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat meminta supaya Kerajaan Negeri Selangor mengkaji semula cadangan pelepasan secara automatik kuota perumahan bumiputera di negeri itu.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, ia adalah selaras dengan apa yang telah ditegaskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dan Johor melalui ketua-ketua dewan tersebut semalam.

"Pemuda PAS melihat bahawa cadangan ini lebih memberikan keuntungan kepada pemaju sahaja berbanding matlamat awal Jawatankuasa Pelepasan Kuota Bumiputera Kerajaan Negeri yang berfungsi untuk membolehkan hartanah kuota bumiputera dimiliki oleh golongan Bumiputera.

"Sebaliknya Kerajaan Negeri perlu mencari keseimbangan dalam mengatasi masalah hartanah bumiputra yang tidak mampu dibeli terutama di kawasan-kawasan utama di Selangor," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, pelepasan secara automatik berdasarkan konsep self regulatory yang dicadangkan oleh kerajaan negeri akan lebih membuka ruang untuk berlakunya penyelewengan melalui pelepasan yang berlaku tanpa kawalan.

Tambahnya, pihaknya melihat sektor hartanah di Negeri Selangor merupakan sektor yang bernilai tinggi dan tindakan melepaskan kawalan kerajaan melalui prinsip self regulatory ke atas sektor ini masih belum sesuai dilaksanakan buat masa ini.

Beliau berkata, Pemuda PAS yakin Kerajaan Negeri Selangor terbuka untuk mengambilkira pandangan pihak-pihak yang terlibat dalam soal hartanah di negeri Selangor seperti pemimpin masyarakat, NGO, tokoh-tokoh akademik, budayawan Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain pihak berautoriti supaya dapat dilibatkan untuk mendapatkan pandangan dalam membuat keputusan, bagi mengatasi masalah hartanah bumiputra di negeri Selangor.

Katanya, Pemuda PAS ingin melihat supaya Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor terus mendapat sokongan padu rakyat dan mengelakkan perkara ini menjadi isu yang mungkin digunakan pihak-pihak tertentu untuk memburukkan Kerajaan Negeri Selangor yang telah terbukti menunjukkan kecemerlangan dalam segenap sudut termasuk ekonomi, urustadbir dan pembangunan rakyat yang mapan.

Selangor serah RM6 juta bantuan pendidikan

Posted: 09 Jun 2011 03:07 AM PDT

Harakahdaily


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Fasa Pertama 2011 sebanyak lebih RM6 juta untuk tiga kategori sekolah iaitu Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor.

Majlis penyampaian itu melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan diserahkan melalui Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat di kesemua 56 Dun Selangor untuk diserahkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat di Dun masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) menyarankan supaya Adun-Adun dan Pusat Khidmat Masyarakat dapat menyampaikan maklumat berkenaan peruntukan itu kepada sekolah-sekolah dalam Dun masing-masing dan membantu urusan permohonan itu.

"Pihak Adun dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan pembangunan pendidikan daripada kerajaan negeri," ujarnya dalam satu kenyataan.

Bagi tahun 2011, katanya kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan pendidikan sebanyak RM16 juta untuk SAR (RM6 juta), SJKC (RM6 juta) dan SJKT (RM4 juta).

Katanya, keseluruhan peruntukan bagi bantuan pembangunan pendidikan fasa pertama melibatkan SAR, SJKC dan SJKT adalah sebanyak RM6,652,786.

Beliau yang juga Adun Selat Klang berkata, Sekolah Agama Rakyat yang menerima peruntukan Fasa Pertama 2011 adalah sebanyak 121 buah sekolah, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebanyak 75 buah sekolah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pula sebanyak 97 buah sekolah.

Permohonan Bantuan Pembangunan Pendidikan bagi Fasa Kedua pula akan dibuka bermula 10 Jun 2011 manakala tarikh tutup permohonan pada 11 Julai 2011.

Borang boleh didapati sama ada melalui portal selangor http://www.selangor.gov.my/main.php, pejabat Adun, Pusat Khidmat Masyarakat atau Unit Pendidikan di talian 03-55212283.

Pemuda PAS sedia bendung rasuah bola sepak

Posted: 09 Jun 2011 03:04 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS kesal insiden buruk sukan rakyat terutama belia iaitu bolasepak kembali tercemar dengan unsur rasuah.

Ini bagi menetapkan keputusan perlawanan yang terjadi di dalam pertandingan Piala Presiden baru-baru ini sebagai berita malang buat rakyat kerana penyakit rasuah yang pernah melanda bolasepak era semi-pro tahun 90-an dahulu kembali merebak.

"Justeru, kami meminta tindakan tegas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di dalam membendung gejala rasuah bolasepak ini," kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss.

Pemuda PAS, katanya juga berhasrat bertemu dengan pihak FAM terutamanya dengan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sudah menjangkakan insiden intu akan berlaku kembali dalam kancah bolasepak tanah air.

Beliau berharap dengan pelbagai pihak memberikan pandangan nanti akan membentuk satu fomula bagi mengatasi rasuah bolasepak ini.

"Pihak kami menawarkan diri melalui Jabatan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan (DACS) bersedia membantu bersama-sama FAM bagi membasmi gejala rasuah tersebut," katanya.

Pihak Pemuda PAS, katanya sekali lagi mencadangkan kepada seluruh Persatuan Sukan dalam negara sebagai keperluan menempatkan seorang Kaunselor atau Pegawai Agama dalam setiap bahagian sukan sebagai motivasi jiwa bagi membendung peringkat awal membabitkan seluruh atlet.

Beliau yakin dengan pihak FAM yang pernah berdepan dengan kemelut itu akan mengatasinya secepat mungkin.

"Kami cukup bimbang kerana gejala rasuah kini melanda pemain-pemain belia yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

"Kami yakin kaedah yang sama juga kepada orang-orang politik dalam kancah yang sama, tetapi pendekatan yang berbeza boleh dilakukan bagi usaha mencegahnya kepada pemain-pemain sedia ada," ujarnya.

Petronas untung RM97.8b, jangan lupa royalti Kelantan

Posted: 09 Jun 2011 03:02 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berharap Kerajaan Persekutuan tidak melupakan hak Kerajaan Kelantan dan Terengganu untuk menerima royalti ekoran keuntungan besar yang diperolehi.

Sehubungan itu, ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan dan kakitangan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang berjaya melonjakkan hasil pendapatan syarikat itu sebanyak 14.4 peratus iaitu kenaikan dari RM210.8 bilion tahun sebelumnya kepada RM241.2 bilion bagi tahun lepas yang berakhir 31 Mac baru-baru ini.

Petronas berjaya mencatatkan keuntungan kasar sebanyak RM97.8 bilion dan keuntungan bersihnya meningkat kepada RM63.01 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 38.5 peratus berbanding RM45.49 bilion yang diraih pada tahun 2009.

"DPPP yakin, hasil ini diperolehi dengan kerja kuat dan keberanian pengurusan Petronas meneroka sumber-sumber baru didalam dan luar negara di samping pengurusannya yang lebih efisien berbanding GLC kerajaan lainnya yang kebanyakkannya gagal memberikan pulangan kepada negara," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, antara kelainan Petronas yang dapat dilihat berbanding GLC lain adalah penglibatan lebih ramai anak-anak muda yang diberikan peluang menyertai syarikat ini dan kesungguhan mereka untuk belajar lebih cepat di dalam industri petroleum.

Menurutnya, Petronas berjaya membuktikan bahawa anak-anak Melayu mampu ke depan sebagai kumpulan profesional dan berdaya saing.

Beliau turut mengucap tahniah kepada anak-anak muda Petronas bermula dari mereka yang bekerja di pelantar hinggalah ke menara KLCC yang telah membawa banyak perubahan kepada syarikat gergasi negara ini.

Petronas turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Walaubagaimanapun, ujarnya DPPP berharap agar Petronas tidak terikat dengan jumlah itu kerana sepatutnya kadar dividen yang disalurkan itu dikira berdasarkan nisbah peratus keuntungan bukan secara tetap RM30 bilion setahun.

Katanya, kerajaan harus menerima hakikat bahawa graf keuntungan Petronas ada masa turun naiknya, jadi perlulah pengkadaran nisbah peratus keuntungan dibuat bagi setiap dividen tahunan yang ingin disalurkan kepada kerajaan bagi memastikan syarikat berkenaan dapat beroperasi dengan dana yang mencukupi.

Tambahnya, DPPP juga berharap agar Kerajaan Persekutuan tidak melupakan hak Kerajaan Kelantan dan Terengganu untuk menerima royalti.

"Setiap tahun Kerajaan Persekutuan menerima RM30 bilion sedangkan rakyat kedua-dua negeri ini hanya mampu membaca dan mendengar data-data keuntungan ini diungkapkan tanpa merasai sesen pun hasil dari perut bumi mereka.

"Adalah tidak adil jika RM30 bilion dibolot semuanya oleh Kerajaan BN sedangkan sumber hasil itu adalah dari Kelantan dan Terengganu juga," ujarnya.

Beliau berkata, DPPP juga yakin jumlah keuntungan Petronas ini dapat ditingkatkan melebihi RM100 bilion jika pendaratan minyak Kelantan dibuat dinegeri itu dan bukannya melalui negara Thailand yang menyebabkan Petronas terpaksa membayar sejumlah royalti kepada negara berkenaan.

Katanya, begitulah nasib Kelantan dan Petronas akibat dari hasad dengki pemimpin politik dalam BN yang kecewa kerana masih gagal merampas negeri berkenaan kerana dendam politik, wang negara dibazirkan.

"DPPP berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat mempergunakan hasil dividen itu untuk kepentingan rakyat dan menstabilkan harga minyak di pasaran bagi mengelakkan kenaikan harga barang-barang pengguna yang lain," ujarnya.

Tambahnya, tiada sebab harga minyak perlu dinaikkan lagi kerana keuntungan yang diperolehi terus meningkat.

Ini, katanya menandakan bahawa tiadanya bebanan kos di luar kemampuan dan pihak Kerajaan masih mampu menstabilkan harga minyak.

Malah, ujarnya jumlah dividen RM30 bilion Petronas itu belum dicampur lagi dengan cukai yang dikenakan kerajaan kepada syarikat ini dan syarikat minyak lain seperti Shell, Caltex, BP dan Exxon Mobil.

"Kepada pihak pengurusan Petronas DPPP mendesak agar bonus yang berpatutan diberikan kepada kakitangan mereka yang telah bertungkus lumus khususnya di pelantar dan di loji-loji," katanya.

Di samping itu, DPPP juga berharap agar Petronas turut mempeluaskan penajaan mereka bagi aktiviti sukan dan kemasyarakatan dalam negara.

"Jika mereka boleh melabur dan menaja jutaan ringgit bagi pasukan Formula 1, maka bukanlah perkara yang sukar untuk mereka melabur dan menyumbang lebih banyak bagi aktiviti masyarakat dalam negara.

"Semoga Petronas dapat terus mengekalkan prestasi dan budaya kerja mereka agar dapat menjadi model kepada syarikat-syarikat tempatan lainnya," ujarnya lagi.

Mahkamah Syariah Kuantan dengar kes waktu malam mulai semalam

Posted: 09 Jun 2011 03:01 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUANTAN — Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bersidang sebelah malam mulai semalam bagi mempercepatkan penyelesaian kes-kes tertunggak.

Sidang mahkamah pada sebelah malam itu difahamkan merupakan yang kedua dilaksanakan di negara ini selepas Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor, lapor Bernama Online.

Sidang pada sebelah malam itu dijangka diadakan setiap dua kali seminggu dengan mendengar 10 kes semalam.

Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Pahang Muhammad Azhari Abd Rahman berkata sidang itu diadakan atas inisiatif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Rahman Md Yunus berikutan lambakan kes yang perlu diselesaikan.

Beliau berkata ketika ini mahkamah tersebut menerima antara 30 hingga 40 kes sebutan sehari manakala 10 hingga 15 kes bicara sehari.

"Bagi enam bulan pertama tahun ini sahaja hampir 500 kes telah didaftarkan berbanding tempoh sama tahun sebelumnya iaitu 450 kes," kata beliau.

Sidang mahkamah yang bermula 9 malam dan akan berakhir selewat-lewatnya 11 malam berbanding operasi biasa iaitu bermula 8.30 pagi hingga 5 petang itu akan mendengar kes mal (sivil) seperti fasakh, harta sepencarian dan penceraian.

Mashitah: Suami jangan hanya anggap isteri ‘pelacur terhormat’

Posted: 09 Jun 2011 02:59 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim menyelar segelintir suami yang menjadikan isteri semata-mata tempat melepaskan nafsu seks tanpa memikirkan kepentingan hidup berkeluarga.

Mashitah berkata, perkahwinan yang digalakkan oleh Islam adalah untuk menjamin keutuhan hidup suami isteri dan membentuk keluarga yang bahagia dengan kedua-dua suami isteri sama-sama memegang tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak.

"Justeru jangan ada di kalangan suami yang cuba mengabui pemahaman isteri kononnya satu pengorbanan bagi mereka dengan jaminan masuk syurga jika membenarkan suami berkahwin lain," katanya di Kangar semalam.

Mashitah yang dijemput sebagai salah seorang ahli panel Simposium Wanita peringkat Perlis berkata, adalah tidak wajar seseorang suami meletakkan isteri mereka sebagai 'pelacur terhormat' sedangkan taat setia tidak boleh diletakkan kepada isteri sahaja sebaliknya suami juga perlu mempunyai sikap taat setia kepada isteri mereka.

Dipetik Bernama Online, beliau menyifatkan perbuatan sedemikian tidak boleh dibiarkan kerana isteri akan terus teraniaya sedangkan apa yang lebih penting adalah jaminan masa depan keluarga dan anak-anak, bukan semata-mata memuaskan nafsu seks seseorang suami.

"Dalam rumah tangga memang menjadi tanggungjawab isteri melayan suami tetapi jangan pula seseorang suami mengambil kesempatan daripada layanan baik isteri mereka hingga sanggup mempergunakan isteri tersebut untuk memuaskan hawa nafsu sendiri," ujarnya.

Puteri Umno bidas tubuh Kelab Taat Suami, dakwa pentingkan nafsu

Posted: 09 Jun 2011 02:57 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Puteri Umno mengkritik penubuhan Kelab Taat Suami yang dilihat hanya mementingkan nafsu semata-mata untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, berkata penubuhan kelab yang kononnya untuk mengajar wanita menjadi setia dan menjalankan tanggungjawab terhadap suami adalah usaha sia-sia serta tidak sejajar dengan tuntutan Islam.

Rosnah yang juga timbalan menteri kesihatan berkata, Islam menuntut suami menghormati isteri dan bukannya menjadikan isteri objek seks dalam rumah tangga.

"Adakah dengan hanya pandai melayan suami di atas katil menjadikan rumah tangga bahagia dan adakah hanya isteri saja yang mesti pandai melayan suami, bagaimana pula dengan peranan suami di atas katil," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Hujung minggu lalu, Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed, baru-baru ini mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama".

Kenyataan itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak sehingga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab berkenaan.

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa wanita tidak menyertai kelab berkenaan kerana menyamakan tugas isteri melayan suami seperti tugas pelacur melayan pelanggan.

Sambil menyifatkan kenyataan itu ibarat meletakkan martabat seorang isteri serendah pelacur, timbalan presiden persatuan itu, Musa Awang berkata, isteri bukan pekerja seks bagi suami kerana tugas isteri melayan suami adalah satu ibadat yang diberi ganjaran pahala daripada Allah.

"Walaupun suami diwajib memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan," katanya.

Sebelum ini, Ketua Dewan Muslimat PAS yang baru, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, isteri sepatutnya mentaati suami dan ia juga diharuskan dalam al-Quran.

Bagaimanapun kata beliau, sikap itu tidak boleh berlebih-lebihan.

"Kita memang perlu taat pada suami. Tetapi tidak ada ketaatan yang lebih tinggi selain taat kepada Allah.

"Jangan sampai tahap ketaatan kita pada suami itu melebihi sehingga mengatasi ketaatan kepada Allah," kata beliau.

Khir Toyo bayar artis landskap lebih RM6 juta

Posted: 09 Jun 2011 02:52 AM PDT


SHAH ALAM — Seorang artis landskap memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau telah dibayar RM6 juta untuk kerja-kerja mereka bentuk rumah ala Bali milik bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo.

Nasir Ismail, saksi ketiga pihak pendakwa dalam kes Dr Khir berkata bayaran itu dibuat dalam beberapa ansuran — lima daripada Shamsuddin Hayroni, dan lapan daripada menteri besar itu.

"Saya menerima RM500,000 tunai daripada Datuk Shamsuddin empat hingga lima kali," kata Nasir di mahkamah hari ini.

"Saya berkata saya perlukan bayaran dan beliau berkata akan melaporkan kepada Datuk Seri (Khir)," katanya.

Artis landskap itu berkata Dr Khir telah melantik Shamsuddin, yang merupakan pengarah Ditamas Sdn Bhd, untuk mengendalikan kesemua isu berkaitan dengan aspek renovasi rumahnya kerana bekas menteri besar itu tiada masa untuk mengendalikannya.

"Saya pergi jumpa Datuk Seri (Dr Khir) di kediaman rasminya untuk mendapatkan baki fi," kata Nasir.

"Saya pernah menerima RM500,000 dalam tujuh, lapan ansuran," katanya.

Nasir berkata beliau menerima bayaran dalam bentuk tunai sebab diisytihar muflis pada 1998 dan tiada resit untuk bayaran memandangkan Dr Khir mahukan cara sebegitu.

Dr Khir didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada Ditamas.

Bekas menteri besar Selangor itu didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas melalui Shamsuddin.

Hartanah tersebut diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta daripada Saiful.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.

Shamsuddin pula didakwa bersuhabat dengan beliau untuk melakukan kesalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.

Bagaimanapun, Isnin lalu pihak pendakwa telah menggugurkan tuduhan ke atas Shamsuddin.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dr Khir yang menjawat jawatan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabit kesalahan.

Ismail Sabri: Saya tak halang, tapi mogok pengusaha lori tak adil

Posted: 09 Jun 2011 02:51 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

PETALING JAYA – Tindakan sesetengah pihak yang mahu melancarkan mogok ekoran pemansuhan diesel super subsidi untuk lori komersial oleh kerajaan 1 Jun lalu boleh dianggap sebagai tidak adil kepada kerajaan kerana sebelum pemansuhan itu para pengusaha lori sudah lama menikmati keuntungan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun super subsidi ditarik balik, sebenarnya kerajaan masih menanggung subsidi melalui diesel biasa dengan nilai subsidi kira-kira RM1.

Menurut beliau, dahulu para pengusaha lori komersial membayar RM1.48 sen seliter melalui diesel super subsidi tetapi kini mereka perlu membayar RM1.80 seliter di mana kerajaan memberikan subsidi pada sebahagian harganya.

"Mereka perlu sedar bahawa, walaupun kerajaan menarik balik super subsidi kepada mereka, kerajaan masih memberikan subsidi RM1 setiap liter, bukan bermakna kerajaan tarik sepenuhnya.

"Jika ditarik semua, mereka akan membayar RM2.80 sen seperti yang dibayar pihak industri ketika ini," kata beliau dipetik Bernama Online.

"Jadi, ancaman kepada kerajaan untuk boikot dan mogok adalah `very uncalled for' ... tak munasabah langsung. Selama lima tahun sudah mereka menikmati hasil daripada faedah yang diberikan kerajaan kepada mereka, tiba-tiba dalam waktu ini mereka nak mogok, ini satu tindakan yang tidak baik, eloklah difikirkan semula," katanya.

Ismail Sabri juga berkata beliau tidak berupaya menghalang pihak tertentu untuk melakukan mogok.

Menurut beliau, perkara itu jika hendak dilakukan biarlah mengikut undang-undang kerana di Malaysia, walaupun bebas bersuara negara ada undang-undang.

"Negara ini negara yang bebas untuk mereka melakukan apa sahaja, jadi terserahlah. Kalau nak demonstrasi lebih daripada lima orang mereka kena dapatkan permit polis, negara kita bebas tapi ada undang-undang, saya tak boleh nak sekat kepada sesiapa apa mereka nak buat, terserahlah," katanya.

Kerajaan telah memansuhkan diesel super subsidi yang dinikmati lori komersial kerana beranggapan hanya kenderaan individu dan kenderaan berkepentingan orang ramai sahaja yang wajar menikmati kemudahan tersebut.

Super subsidi bagaimanapun dikekalkan kepada kenderaan yang melibatkan kepentingan orang ramai seperti bas sekolah, teksi dan individu yang membeli enjin bot sangkut dan sebagainya.

Lelong bangunan disewa PKR ditangguh

Posted: 09 Jun 2011 02:48 AM PDT


KUALA LUMPUR — Proses melelong bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan hari ini ditangguh buat sementara waktu.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa satu perintah mahkamah telah difailkan bagi menghalang proses berkenaan daripada diteruskan.

"Saya telah diberitahu oleh William Leong (Bendahari Agung PKR) bahawa sebuah syarikat telah memfailkan satu injunksi mahkamah untuk menghentikan proses lelongan hari ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun kata Saifuddin, beliau tidak tahu nama syarikat dan alasan yang digunakan untuk memfailkan injunksi tetapi pihaknya akan meneliti perkara itu.

Sementara itu, Leong mengesahkan telah menerima maklumat pembatalan proses lelongan daripada pihak bank.

"Saya telah menerima satu panggilan telefon pagi ini memberitahu ada pihak telah mendapatkan perintah mahkamah, injunksi untuk menghalang lelongan hari ini," katanya.

Ibu pejabat PKR yang terletak di Merchant Square akan dilelong kerana pemilik bangunan yang disewa parti tersebut gagal membayar balik pinjaman bank.

PKR menyewa dua lot bangunan di mana setiap satu lot setinggi lima tingkat dengan sewa bulanan antara RM10,000 sehingga RM20,000 sebulan.

KDN: Pemutihan dua juta PATI mula 1 Julai

Posted: 09 Jun 2011 02:45 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KOTA BARU — Kementerian Dalam Negeri akan memulakan program pemutihan dan pengampunan terhadap hampir dua juta pendatang asing tanpa izin di negara ini mulai 1 Julai ini.

Mulai tarikh itu, semua pengambilan pekerja asing akan dibekukan bagi memastikan program pemutihan dan pengampunan warga asing tanpa izin berjalan lancar.

"Kita juga sudah senarai pendek 200 syarikat swasta yang akan terlibat menguruskan pendatang tanpa izin itu," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong dipetik Bernama Online hari ini.

Lee berkata, program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin atau Program 6P itu dilaksana melalui pengwujudan sistem pendaftaran yang merangkumi pengambilan biometrik semua pendatang asing tanpa izin di Malaysia.

Program itu meliputi enam pelan tindakan melibatkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

Lee berkata, objektif pemutihan itu adalah untuk mengumpul data pendatang asing tanpa izin di negara ini termasuk berapa ramai yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing dan memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan tetapi terhad kepada tempoh yang dibenarkan.

Beliau berkata 200 syarikat yang berminat menjadi wakil menguruskan pendaftaran pendatang asing tanpa izin itu telah mengemukakan permohonan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari laman web www.moha.gov.my.

Kementerian Dalam Neneri menetapkan hanya syarikat yang berpengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pekerja asing akan dipilih manakala bagi pertubuhan atau persatuan pula ia hanya membabitkan majikan serta yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

"Kita mempunyai 1.9 juta warga asing yang sah bekerja di negara ini. Berdasarkan maklumat, pendatang asing tanpa izin juga berjumlah dua juta," katanya.

Tian Chua nafi hantar e-mel minta Pakatan percaya video seks

Posted: 09 Jun 2011 02:42 AM PDT


KUALA LUMPUR — Naib Presiden PKR Tian Chua menegaskan e-mel yang diterima beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan video seks, yang didedahkan "Datuk Trio", semalam bukannya dihantar oleh beliau.

Sebaliknya tegas beliau, e-mel itu dihantar oleh pihak tertentu dengan menggunakan namanya untuk "menyebarkan pengakuan palsu" berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, alamat e-mel yang digunakan adalah tianchua@rocketmail.com dan telah dihantar kepada pemimpin Pakatan Rakyat pada pukul 6.02 petang semalam.

Alamat e-mel yang biasa digunakan Tian Chua adalah tianchua@gmail.com dan pkrbatutc@gmail.com.

"E-mel itu mengatakan, rakaman video seks penuh Anwar telah dimuat naik di beberapa laman web hari ini (semalam), saya telah menonton video itu dan sah lelaki itu adalah Anwar.

"Rakaman video itu dirakam dari empat penjuru dan sukar untuk menafikan ia bukan Anwar. Demi mempertahankan integriti dan misi, kita tidak boleh melindungi pemimpin yang tidak bermoral dalam Pakatan Rakyat," kata Chua (gambar) ketika membacakan e-mel yang dihantar kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

Tambah Ahli Parlimen Batu itu, e-mel tersebut juga menggesa barisan kepimpinan Pakatan Rakyat agar mendesak polis mendedahkan pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

"Lantaran saya menggesa semua pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR, DAP dan PAS untuk meminta polis dedahkan siapa pelaku dalam video itu.

"Ini satu-satunya cara untuk membuktikan kita mengambil berat dalam isu-isu moral," katanya.

Justeru kata beliau, satu laporan akan dibuat di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dalang di sebalik penyebaran e-mel palsu itu.

"Saya akan buat aduan pada petang ini di SKMM menggesa mereka menyiasat siapa yang sebarkan e-mel palsu dengan menggunakan nama saya.

"Jadi saya harap pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempercayai e-mel yang diterima kerana ia bukan daripada saya... ini semua kerja Umno-BN (Barisan Nasional) yang terdesak," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, beliau menerima satu surat yang mengandungi rakaman video seks dan poster yang dihantar ke rumahnya semalam.

Pada sidang media itu juga, Zuraida berkata, PKR Selangor telah merangka strategi untuk menawan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen milik BN pada pilihan raya ke-13.

"Selain mempertahankan kerusi yang kita menang pada pilihan raya 2008 kita juga memberikan fokus khas untuk menawan tiga kerusi Parlimen lain iaitu Sabak Bernam, Pandan dan Hulu Selangor.

"Kita juga akan memastikan Pakatan Rakyat memenangi tujuh DUN milik BN iaitu Batang Kali, Permatang, Kuang, Semenyih, Dengkil, Sementa dan Pelabuhan Klang," kata Timbalan Pengerusi PKR Selangor itu.

'Meriam bersejarah' Melaka disamun

Posted: 08 Jun 2011 05:04 PM PDT

MALAYSIA KINI


Besar kemungkinan angkara 'penyamun besi buruk' sehingga menyebabkan 10 buah roda besi yang dipasang pada lima replika meriam terletak di lokasi bersejarah Bukit Senjuang di Melaka didapati hilang.

Kejadian itu disedari kakitangan pembersihan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pagi kelmarin ketika sedang melakukan tugas harian.

Kesal dengan kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunos Hussin berkata, kehilangan barangan terbabit mempunyai nilai sejarah dan dianggap harta berharga untuk negara.

"Sepatutnya kita semua menjaganya dan bertanggungjawab memastikan khazanah milik negara terus terpelihara untuk tatapan generasi akan datang.

"Saya berharap siasatan dapat dilakukan dan pihak yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika meninjau di kawasan Bukit Senjuang hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Khamis Abas dan Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Komuniti MBMB, Md Derus Tompang.

Besi pagar dipotong

Sementara itu, di pihak kerajaan tempatan, menurut Md Yunos, telah mengambil beberapa langkah perlu termasuk memasang kemudahan lampu awam, menjaga kebersihan dan keceriaan di ke semua kawasan serta tempat-tempat bersejarah.

"Semua ini, kita laksanakan bagi memastikan semua tempat-tempat terbabit sentiasa ceria dan bersih bagi menarik minat kedatangan pengunjung khususnya pelancong.

"Justeru, kita ingin mencadangkan kepada pihak Jabatan Warisan Negara dan Perzim supaya menempatkan pengawal keselamatan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.

"Dalam masa yang sama roda yang hilang akan diganti roda baru dan serupa dengan roda asal sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu, Md Yunos turut mengesahkan beberapa kemudahan lain di situ juga telah dirosakkan pihak terlibat seperti besi pagar yang dipotong manakala sebahagiannya telah diketuk.

Khamis ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu memaklumkan, replika meriam terbabit diletakkan di Bukit Senjuang sejak lebih 30 tahun lalu.

"Replika meriam ini adalah hampir menyamai rupa meriam asal yang pernah digunakan penjajah Belanda bermula tahun 1641.

"Semua ini adalah di bawah Jabatan Warisan dan kami sudah memaklumkan kepada mereka agar membuat satu laporan polis berhubung kejadian," katanya.

Fomca pertahankan peraturan baru jual kereta

Posted: 08 Jun 2011 05:02 PM PDT

Susan Loone


Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mempertahankan pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang mewajibkan semua kenderaan terpakai melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum boleh dipindah milik berkuatkuasa 15 Jun ini.

NONENaib presidennya K Koris Atan berkata pindaan itu akan memberi manfaat kepada pengguna dan menjamin hak mereka mendapatkan maklumat dan perlindungan keselamatan apabila membeli kereta terpakai.

Pengedar kereta terpakai yang membantah pindaan itu, kata Koris mungkin mempunyai 'agenda tersembunyi' untuk menjual kereta bermasalah dengan percubaan untuk menangguhkan penguat-kuasaan undang-undang itu.

"Terdapat unsur tidak jujur dalam permintaan mereka," katanya pada satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

"Pada akhirnya, siapa yang akan rugi? Hanya pengguna," katanya sambil menambah tidak ada sesiapapun yang seharusnya cuba menghentikan undang-undang baru itu daripada dikuatkuasakan.

Menurut Koris undang-undang baru itu hanya diluluskan setelah 44 tahun tekanan oleh kumpulan hak pengguna dan akan terpakai ke atas dua juta kereta yang sekarang ini akan didaftarkan dengan Konsortium Penyelidikan Data Motor.

NONEAdalah dipercayai Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna juga akan membenarkan Puspakom supaya memeterai perjanjian dengan MDRC, sebuah syarikat swasta yang mengumpul sejarah kemalangan sesebuah kenderaan.

Koris yang mengalu-alukan penubuhan konsortium itu menggesa orang ramai yang merasakan diri mereka tertipu dengan kereta terpakai yang dibeli supaya tampil dan mendedahkan cerita mereka "agar pengedar kereta yang bertanggungjawab tidak akan terlepas".

Beliau merujuk tindakan 100 pengedar kereta terpakai Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) yang mengadakan demonstrasi aman di Kuala Lumpur semalam yang membantah pindaan akta itu yang didakwa mereka hanya menguntungkan Puspakom.

NONEPemeriksaan tambahan 14 perkara itu yang juga dikenali sebagai B7 itu akan dikuatkuasakan selain pemeriksan wajib 4 perkara sekarang yang disebut B5.

FMCCAM yang mempunyai lebih 3,000 anggota di seluruh negara mendakwa pemeriksaan B5 adalah mencukupi bagi melindungi pembeli dan syarat baru yang diperkenalkan itu tidak mempunyai matlamat kecuali menguntungkan Puspakom.

Tiada ulasan: