Khamis, 9 Jun 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Warga Emas Nodai Anak Tiri Belasan Tahun

Posted: 09 Jun 2011 07:00 AM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] SEPANG: Kerana wang saku, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun rela dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak enam tahun lalu di rumah mereka di Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini.

Difahamkan, remaja terbabit dinodai bapa tirinya berusia 62 tahun setiap kali ketika ibu dan kakaknya keluar bekerja. Mangsa diugut suspek supaya merahsiakan kejadian berkenaan daripada ahli keluarga.

Namun, tidak tahan dengan perbuatan keji lelaki itu remaja terbabit nekad membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, kelmarin.

Menurut sumber polis, kejadian bermula sejak mangsa berusia 11 tahun ketika dia dan suspek berduaan di rumah. Mangsa dikatakan meminta wang saku daripada suspek namun disuruh berbaring dan menanggalkan pakaian.

"Remaja itu yang takut diugut tidak diberi wang saku menurut arahan dan dirogol bapa tirinya. Kejadian malang itu berulang setiap kali dia meminta wang belanja.

"Walaupun tidak rela diperlakukan sebegitu oleh bapa tirinya, remaja terbabit terpaksa menyerahkan kesucian setiap kali diminta kerana tidak mahu menyusahkan ibunya untuk mendapatkan wang belanja," katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, bapa tiri mangsa turut mengugut akan memutuskan hubungan kekeluargaan dan membuangnya, jika tidak mahu melakukan hubungan seks.

"Perkara ini menakutkan mangsa hingga dia terpaksa merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu dan kakaknya kerana takut ditinggalkan bapa tiri yang menjadi tempat bergantung mereka sekeluarga.

"Remaja itu yang kini sudah sedar akan kesilapan yang dilakukan bapa tirinya dan mahu melindungi diri terus membuat laporan polis," katanya.

Menurut sumber, remaja terbabit kini mahu berhenti sekolah kerana malu dengan sikap bapa tirinya yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk kepada dirinya.

Katanya, remaja malang itu kini berubah sikap daripada pendiam kepada lebih liar apabila suka melepak dengan kawan bagi melepaskan tekanan dan tidak mahu dibelenggu dengan masalah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abd Rahman mengesahkan laporan.

Fuh, Bayar Ubah Suai Rumah RM 6.5 Juta, TUNAI!!!

Posted: 09 Jun 2011 01:15 AM PDT


P/s: Buka mata rakyat!

Laporan Bedah Siasat Dakwa Remaja Ditembak Mati oleh Polis dari Jarak Dekat

Posted: 08 Jun 2011 11:52 PM PDT

Ahli keluarga mangsa.

Saya petik:
[MK] Laporan bedah siasat ke atas tiga remaja yang ditembak mati oleh polis pada tahun lalu menunjukkan mereka ditembak dari jarak dekat, dakwa NGO hak asasi Lawyers for Liberty.

Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, ditembak mati selepas dikejar pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.

Pihak polis sebelum ini mendakwa remaja berkenaan menyerbu mereka dengan bersenjatakan parang dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

"Laporan bedah siasat bercanggah dengan versi polis bahawa dalam kejadian itu mereka bertindak mempertahankan diri dan menembak - yang bermakna tembakan mesti dilepaskan dari hadapan," kata peguam N Surendran.

"Bagaimanapun, menurut laporan bedah siasat sudut peluru menembusi kepala depan adalah dari 45 darjah dan keluar melalui belakang leher dan bagi tembakan di bahagian dada, (peluru) juga melalui 45 darjah di badan.

"Ini menunjukkan mangsa sedang berlutut ataupun berada pada kedudukan lebih rendah daripada orang yang melepaskan tembakan," katanya sambil merujuk kepada laporan autopsi Muhammad Syamil Hafiz.

P/s: Aduhai, PDRM?

Ingat Cerita Isteri Derita Suami Guna Cincin Penambat Zakar? Ini Cerita Susulannya

Posted: 08 Jun 2011 07:15 PM PDT


Laporan awal tentang kes ini boleh dibaca di sini.

Saya petik:
[HM] KUANTAN: Seorang buruh yang didakwa memukul isterinya menggunakan jag air plastik hingga cedera gara-gara wanita itu menolak permintaan untuk mengadakan hubungan seks menggunakan cincin penambat zakar dipenjara empat bulan kerana gagal membayar denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Shahadan Norham, 50, dari Batu 7, Jalan Gambang, di sini, didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada isterinya berusia 55 tahun dengan menghentak jag air plastik mengandungi ais di kepala wanita berkenaan di rumah mereka, jam 5 petang, 28 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan mangsa yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000.

Shahadan didakwa di mahkamah sama kali pertama pada 1 Jun lalu, tetapi tidak mengaku bersalah dan dikenakan ikat jamin RM2,000. Namun, tertuduh tidak membayar wang jaminan itu dan dihantar ke Penjara Penor sehingga kesnya disebut semula semalam.

Bagaimanapun, tertuduh kemudian mengaku bersalah selepas kesnya disebut semula di depan Majistret Nordiana Abdul Aziz, manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Azman Ariffin.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh membayar denda RM1,500, tetapi dia gagal membayar wang itu dan dihantar semula ke penjara.

Akhbar ini pada 4 Jun lalu melaporkan seorang wanita mengalami penderitaan sejak empat tahun lalu kerana didera secara seksual oleh suami yang mengamalkan kaedah pelik ketika menjalinkan hubungan kelamin.

Wanita terbabit mendakwa suaminya menggunakan cincin penambat zakar ciptaan sendiri yang diperbuat daripada pelbagai alat seperti besi rantai kunci, biji manik, benang, gelang getah dan kepala jarum peniti.

Akibat tidak tahan menanggung penderitaan, wanita itu kemudian membuat tiga laporan di Balai Jaya Gading dan laporan terakhir dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 29 Mei lalu, selepas tertuduh mengetuk kepalanya dengan jag. 

P/s: Umur sudah mencecah 50 tahun, namun lelaki ini masih bernafsu buas terhadap isterinya yang sudah berusia.

Sebagai peringatan bersama:

"Gauli mereka (isteri) dengan adab yang baik." (An-Nisa': ayat 19)


"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).


"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud) 

 

Mat Bangla Tunjuk ANU di dalam LRT

Posted: 08 Jun 2011 06:15 PM PDT


Sekadar hiasan.
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 28 tahun dipercayai gila seks ditahan polis selepas menunjukkan kemaluannya kepada penumpang lain di dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT), KLCC, di sini, kelmarin.

Sehari sebelum ditahan, lelaki terbabit dikatakan meraba seorang penumpang wanita berusia 26 tahun sehingga menyebabkan berlaku kekecohan dalam pengangkutan awam berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan suspek meneruskan rutin peliknya itu kelmarin di kawasan sama memakan diri apabila dia ditahan dua anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

Menurut sumber, suspek ditahan ketika menunjukkan kemaluannya kepada penumpang lain dalam LRT itu.

"Biarpun berlaku sedikit pergelutan, suspek berjaya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, untuk tindakan lanjut," katanya.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku Isnin lalu, sumber polis berkata, mangsa yang menaiki LRT dari Gombak mendakwa diraba seorang lelaki warga asing ketika dalam perjalanan menuju ke KLCC.

"Lelaki terbabit dikatakan duduk di sebelah mangsa dan melakukan perbuatan aneh dengan menggerakkan badannya namun tidak dipedulikan mangsa.

"Suspek yang berang dengan keadaan itu kemudian meraba paha wanita berkenaan. Tindakan suspek menyebabkan mangsa berang sebelum memarahinya.

Berang dengan keadaan itu selain bimbang kejadian sama berulang, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.

Rawatan Penyakit dengan Cara Telan Ikan Hidup-hidup

Posted: 08 Jun 2011 05:34 PM PDT


Saya petik:


Penghidap asma serbu Hyderabad setiap tahun untuk dapatkan ubat ikut kaedah pelik

[BH] HYDERABAD: Beribu-ribu penghidap asma percaya bahawa mereka dapat mengubati penyakit mereka dengan menggunakan pendekatan luar biasa, iaitu menelan ikan secara hidup-hidup yang turut disertakan herba rahsia.

Penghidap lelah itu sanggup datang ke kota Hyderabad di selatan India dan berbaris panjang untuk menjalani rawatan yang diberikan oleh keluarga Goud.

Fenomena itu hanya berlaku pada bulan Jun setiap tahun kerana hari rawatan berkenaan ditentukan oleh tukang tilik nasib. Keluarga Goud mendakwa, mereka memperoleh formula rahsia itu daripada seorang sami Hindu 170 tahun lalu dan menolak permintaan doktor untuk mendedahkan kandungan herba berkenaan atas alasan keberkesanan rawatan akan terjejas jika ramuan itu dikomersialkan. 

Selepas menelan ikan bercampur herba itu hidup-hidup, penghidap asma terbabit akan memulakan diet makanan yang khusus selama 45 hari.

Diet itu membabitkan 25 jenis makanan berbeza termasuk daging kambing, nasi, gula, buah mangga kering dan bayam. Mereka juga perlu mengelak daripada makan makanan yang digoreng serta mengulangi pendekatan rawatan itu dalam tempoh dua tahun.
 
Cara rawatan ikan itu bagaimanapun dikecam oleh saintis, doktor dan pertubuhan tempatan yang menyifatkannya tidak ada nilai ubat selain bukti saintifik mengenai keberkesanannya namun, dinafikan ahli keluarga terbabit.

"Ada kajian membuktikan kaedah rawatan kami tiada salah dan berdasarkan pendekatan tradisi," kata Harinath Goud. – Agensi

Tiada ulasan: