Ahad, 5 Jun 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Muhyiddin selar PAS korban prinsip Islam kerana politik

Posted: 05 Jun 2011 07:12 AM PDT

TERKINI



KUALA LUMPUR — Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa PAS mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan presiden Umno itu juga mengecam PAS bimbang kebenaran di sebalik video seks itu, yang didedahkan "Datuk T" Mac lalu, akan mencemar imej agama yang dibawa parti itu.

"Kemungkinan mereka sudah tahu latar belakang isu video itu . . . atau siapa orang dalam video," kata Muhyiddin (gambar) di sini hari ini.

"Tetapi ia (seharusnya) telah dibawa ke muktamar mereka . . . sebagai parti politik yang diasaskan atas prinsip-prinsip Islam, mereka seharusnya mencari kebenaran," kata timbalan perdana menteri ini selepas melawat ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.

Pagi tadi muktamar 2011 PAS membincangkan usul dibawa Dewan Ulamanya, yang antara lain mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan, yang didakwa tidak tegas dalam mengutuk tindakan penayangan video seks oleh "Datuk T".

"Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.

"Mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka," kata usul itu.

Usul itu merujuk kepada penayangan video seks pada 21 Mac lalu kepada media-media terpilih, yang pelakonnya didakwa mirip Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Anwar sudah pun menafikan dakwaan itu.

Menurut usul itu, fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seseorang.

Umno dan media miliknya Kumpulan Utusan Malaysia menyerang PAS atas alasan mempertahankan Anwar dalam video seks itu.

Muhyiddin berkata PAS tidak seharusnya mempersalahkan Barisan Nasional (BN) berhubung isu video seks memandangkan pemimpin-pemimpin perikatan itu telah pun menafikan sebarang pembabitannya sejak awal lagi.

Kata beliau, sekurang-kurangnya PAS sepatutnya telah membahaskan ketulenan video pada muktamarnya untuk mendapatkan pandangan ahli sebelum membuat sebarang rumusan.

"Bahas sumber (video)... bagaimana ia datang, siapa lakukan, bagaimana ia melibatkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat dan sama ada ia benar atau tidak.

"Jika pada akhirnya mereka memutuskan bahawa mereka tidak tahu kebenaran, mereka boleh meminta polis mendedahkan identiti lelaki dalam video agar rakyat tidak berada dalam gelap," kata beliau sambil menambah, itu yang seharusnya telah dilakukan oleh muktamar tahunan PAS, bukannya menolak segala-galanya ke arah BN.

Muhyiddin juga berkata, BN tidak akan membenarkan ia digunakan sebagai kambing hitam dalam skandal video dan akan berpegang pada pendirian untuk mendapatkan kebenaran menerusi lunas perundangan.

"Kami telus. Dasar kami ialah untuk menyiasatnya, ikut saluran betul untuk menentukan dalang dan sebab-sebab di sebalik (kejadian itu)," katanya lagi.

"Malangnya bagi PAS, mereka mendakwa Islam tetapi mereka menjauhkan diri daripada jalan Islam. Mereka hanya ambil berat soal kepentingan politik dan bukannya mengenai soal mendapatkan restu Allah," kata beliau.

Muhyiddin: Meskipun PAS terus tolak, pintu Umno masih terbuka

Posted: 05 Jun 2011 07:10 AM PDT

KUALA LUMPUR— Meskipun PAS terus menolak kerjasama dengan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi bahawa pintu komponen BN itu masih terbuka kepada parti Islam tersebut untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Timbalan presiden Umno itu berkata, idea berkenaan adalah demi Islam, bukan kerana kepentingan politik.

"Demi kepentingan rakyat, kita tidak pernah menutup pintu (kepada PAS). Sama ada menerima atau tidak, itu soal lain.

"Pelawaan kami bukan kerana politik, tetapi demi kepentingan politik. Dan, itu yang membezakan Umno daripada PAS, Umno melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan manakala PAS hanya fokus pada kepentingan parti," kata beliaus selepas mengadakan kunjungan ke beberapa lokasi di ibu negara petang ini.

Dalam ucapan dasarnya kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu.

"PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Dasar Bersama Pakatan Rakyat, yang sudah diperbahas dan diterima oleh PAS," kata beliau.

Kata Hadi, ia melibatkan satu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urus tadbir negara.

"Perubahan ini tidak memberi sebarang makna sekiranya tidak melibatkan reformasi spiritual dan kesejahteraan fikiran rakyat," katanya.

Sejak pilihan raya umum 2008, PAS menerima pelawaan demi pelawaan sama ada secara langsung daripada Umno sendiri ataupun daripada pihak-pihak yang pro-Umno termasuk beberapa tokoh agama agar ia meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersama BN atau berganding dengan Umno.

Idea itu termasuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.

Pelawaan itu sendiri pernah dipanjangkan oleh Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN dan presiden Umno dan juga Muhyiddin sendiri.

Awal tahun ini, The Malaysian Insider pernah membawa laporan bahawa empat pemimpin dari PAS dan Umno bertemu di Istana Terengganu di sini dan dilaporkan ada menyentuh soal kerjasama kedua-dua parti.

Hadi menambah, "kita sama-sama sedar bahawa demokrasi sedia ada dalam negara kita sudah tempang, akibat dari kerakusan Umno-BN yang ingin mengekalkan kuasa mereka sampai bila-bila."

"Pun begitu, sehingga kini kita tetap mendahulukan pendekatan damai secara demokrasi, sehingga PAS bersabar menunggu walaupun dijatuhkan secara yang tidak bermoral, beretika dan melanggar asas-asas perlembagaan," katanya.

Pelajar Tajaan JPA Yang Gagal Pulang Akan Diminta Bayar Balik Nilai Penuh Biasiswa - Mohamed Nazri

Posted: 05 Jun 2011 05:49 AM PDT

BERNAMA

JERANTUT: Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara yang enggan kembali berkhidmat di negara ini selepas menamatkan pengajian mereka akan diminta membayar balik dengan nilai penuh biasiswa termasuk dikenakan faedah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata jemaah Menteri akan mengkaji berasaskan undang-undang sedia ada bagi melaksanakan tindakan itu.

"Jika Kabinet bersetuju, bekas pelajar tajaan JPA yang sudah bekerja di luar negara akan diwajibkan membayar balik semua perbelanjaan berkenaan termasuk faedah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di sini, Ahad.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian UMNO Jerantut Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.

Mohamed Nazri berkata kebanyakaan pelajar tajaan JPA yang enggan pulang merupakan mereka yang menuntut di universiti di Eropah dan Amerika Syarikat yang menerima biasiswa berjumlah antara RM400,000 dan RM1.2 juta setiap seorang.

"Sewajarnya golongan berkenaan patut mengenang budi kerajaan yang memberi biasiswa dan menghantar mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional tertentu di luar negara," katanya.

Apa Jadi Dengan Beras Nasional?

Posted: 05 Jun 2011 05:45 AM PDT

Oleh : SHAIMON S JUMADI (sabahkini)

TERINGAT kembali peristiwa yang agak menggembirakan kepada para penyokong BN/UMNO pada tahun 2010, apabila Bank Pertanian Malaysia menyarankan penduduk di setiap pelusuk daerah di seluruh negara yang layak, supaya mengisi borang untuk mendapatkan bantuan berupa beras subsidi iaitu 'Beras Nasional'.

Di daerah Sandakan, khususnya penduduk Taman Mesra, 70 peratus mereka adalah penyokong kuat parti Barisan Nasional yang membabitkan UMNO, PBS, GERAKAN, UPKO dan LDP lantas mengisi borang yang dimaksudkan dengan harapan untuk mendapatkan bantuan tersebut ; namun sebaliknya tidak menjadi kenyataan, malahan menjadi tanda tanya iaitu, "Di mana sudah beras itu disorok?"

Daripada siasatan Sabahkini.Net, beberapa orang penyokong UMNO/BN mengaku pernah mengisi borang tersebut yang disahkan oleh pegawai kanan kerajaan dan telah menyerahkan sendiri borang tersebut kepada pihak yang berkaitan.

"Setakat 10 kilogram beras subsidi nasional, kami masih mampu membelinya, tapi kalau ada pemberian secara percuma daripada kerajaan lebih bagus lagi. Sekurang-kurangnya RM20 untuk membeli beras tersebut dapat juga digunakan perbelanjaan lain," jelas seorang penduduk Taman Mesra, Awang Jumat.

Sementara seorang Aktivis Masyarakat dari Kota Kinabalu yang berasal dari Kampung Sarang, Kota Belud, Madili Jakir yang menghubungi Sabahkini.Net juga mengajukan soalan yang sama iaitu ingin tahu adakah program tersebut benar-benar dilaksanakan atau sekadar madah berhelah untuk memancing undi rakyat?

Katanya, senario di kampungnya serupa kerana sebaik sahaja mereka tahu ada bantuan seumpama itu, mereka rasa terharu; sekurang-kurangnya bagi mereka yang berpendapatan rendah di bawah RM500 sebulan dan mempunyai keluarga merasa gembira jika mendapat bantuan beras tersebut.

"Tetapi semua impian kami hanya tinggal harapan yang tidak menjadi kenyataan. Kami benar-benar kecewa kerana dipermainkan, kata Midili sebagai mengulas kenyataan yang dibuat oleh seorang penduduk Kampung Pinangkau, Paitan Sugut; Johanies Tayoh yang tersiar di Sabahkini.Net baru-baru ini bertajuk 'Desak SPRM Siasat Sindiket Beras Nasional.'

"Apabila saya terbaca berita tersebut di Sabahkini.net, lalu teringat kembali mengenai bantuan beras subsidi yang dijanjikan agensi kerajaan setahun lalu," ujar Madili.

Tegas Madili, rakyat miskin bukannya bencikan BN/UMNO tetapi jangan terlalu ghairah membuat sesuatu program kalau tidak pasti dan bersungguh-sungguh untuk melaksakannya kerana rakyat yang akan menjadi mangsa mainan politik pemimpin beragenda.


Gambar Lucah Dalam Yasin, Angkara Siapa?

Posted: 05 Jun 2011 05:40 AM PDT

KELAB GREENBOC

Kepala Batas - Hampir 100 jemaah Masjid At-Takwa, Taman Bertam Indah di sini yang bersiap memulakan majlis bacaan surah Yasin malam semalam terkejut apabila mendapati 21 naskhah surah berkenaan mengandungi gambar lucah.

Gambar itu dilekatkan sekeping di halaman berlainan 21 naskhah surah berkenaan.

Setiausaha qariah masjid berkenaan, Abdul Rahman Abdullah berkata, gambar lucah dilekatkan dengan kemas.

"Selain ukuran sama besar, gambar itu dilekatkan menggunakan pelekat dua hala.

"Ini menunjukkan pelakunya mempunyai perancangan rapi dari segi masa untuk melekatkannya di dalam naskhah surah berkenaan," katanya.

Menurutnya, gambar lucah bersaiz 4 sentimeter lebar dan 5 sentimeter panjang setiap satu itu, mempamerkan pelbagai aksi ranjang membabitkan pasangan luar negara, dipercayai dimuat turun dari laman sesawang dari Internet.

"Gambar itu dipercayai dicetak mengikut saiz sebelum di-gunting dan dilekatkan di dalam surah berkenaan.

"Kami tidak tahu motifnya dan kenapa Yasin di masjid ini dijadikan pilihan," katanya.

Pihaknya telah membuat laporan polis dan kesemua 21 naskhah terbabit diambil polis untuk disiasat.

Imam 1 masjid berkenaan, Ahmad Zawawi Ali berkata, majlis bacaan surah Yasin itu diadakan malam semalam untuk menggantikan kuliah agama dan dihadiri 75 lelaki dan 25 wanita.

"Selesai solat Isyak, naskhah surah Yasin itu diambil dan diedarkan kepada jemaah. Seorang daripada jemaah lelaki menyedarinya dan memberitahu Abdul Rahman.

"Suasana majlis bertukar menjadi riuh apabila lebih ramai jemaah menemui gambar itu di dalam naskhah masing-masing," katanya.

Gambar lucah itu tidak ditemui di dalam naskhah yang dikhaskan untuk jemaah perempuan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias mengesahkan laporan polis yang dibuat.

"Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, mendatangkan bencana atau mencemar tempat solat dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. Sehingga kini belum ada tangkapan.

"Kita ingin menasihati jemaah dan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

Beliau meminta pentadbir masjid lebih berhati-hati menjaga masjid dan meletakkan pengawal untuk mengelak pencerobohan. -SH

Konvensyen dan himpunan seribu penulis Selangor

Posted: 05 Jun 2011 05:33 AM PDT

Oleh Dinsman


Apapabila diberitahu yang kerajaan negeri Selangor hendak menghimpunkan seribu orang penulis, sempena Hari Ilmu 26 Jun 2011 dan juga Pesta Buku Selangor 24 Jun – 3 Julai ini, ramai kawan-kawan bertanya semula dengan nada kurang percaya: Kita adakah seribu orang penulis?

Apabila dikatakan maksud 'penulis' itu termasuk juga penulis blog, barulah mereka menunjukkan reaksi percaya. Tak mengapalah. Percaya atau tidak pun, pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang bertanggungjawab menyelenggarakan perhimpunan ini telahpun membuat kerja-kerja mereka, dan khabarnya mereka telah mendapat respons yang tidak lagi membimbangkan terhadap penyertaan perhimpunan itu

PPAS juga menyelenggarakan Pesta Buku Selangor dan Hari Ilmu. Tujuan mereka untuk menggalakkan masyarakat membaca. Pesta Buku Selangor itu acara yang sudah dimulakan sebelum era Pakatan Rakyat lagi; manakala Hari Ilmu adalah program yang diinisiatifkan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali, yang pertama kali diadakan pada 26 Jun tahun lalu.

Aktiviti utama Hari Ilmu ialah Gerakan Membaca Perdana. Tahun lalu mereka menganjurkan satu himpunan seribu orang duduk membaca secara terbuka di laman tasik Shah Alam. Sultan Selangor sendiri hadir merasmikannya. Sambutan orang awam sangat menggalakkan. Lebih dari yang diduga dan disasarkan. Yang hadir dan mendaftar seramai 15,271 orang. Dan ada juga yang tak mendaftar. Malaysia Book of Record mencatatkannya sebagai "Largest outdoor reading event in Malaysia".

Tahun ini Gerakan Membaca Perdana tidak sekadar menganjurkan perhimpunan seribu orang atau 10 ribu orang untuk membaca, tetapi menganjurkan perhimpunan seribu orang penulis. Mereka hadir (di Pusat Konvensyen Shah Alam, SACC) dan mengisi borang penyertaan yang antara lain menghendaki mereka menyerahkan salinan muka depan sebuah karya mereka, (bukti mereka memang penulis).

Mereka juga dikehendaki menulis sebuah karangan atau catatan berdasarkan tema "Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan". Minimum setengah muka surat kertas ukuran A4.

Aktiviti membaca juga tidak ditinggalkan pada Hari Ilmu ke-2 ini, yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. "Reading Break" atau "Berhenti Sekejap, Jom Membaca", selama 15 minit. Acara ini ditetapkan akan berlangsung pada jam 10.45 – 11.00 pagi, di seluruh negeri Selangor. (Bagaimana mereka melakukannya, kita akan tahu nanti).

Acara kemuncak Hari Ilmu Selangor 2011 ialah penyampaian anugerah Tokoh Penulis Selangor, oleh Menteri Besar, kepada seorang penulis-ilmuan yang telah menghasilkan lebih daripada 10 buah buku dalam bahasa Melayu. Siapakah tokoh penulis tersebut? Tunggulah saat pengumumannya.

Barangkali acara paling menarik ialah sesi dialog dengan Menteri Besar Selangor, yang mengikut Hjh Mastura Muhamad, Pengarah PPAS, akan dibuat secara terbuka dan dalam tempoh waktu yang agak selesa. Ia akan berlangsung selepas selesainya acara perasmian Pesta Buku dan Hari Ilmu, dan juga penyampaian anugerah Tokoh Penulis.

Menariknya juga, sebelum sesi dialog ini ialah ucapan atau ucaptama oleh wakil Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi), dengan tema "Merakyatkan Ilmu: Peranan Penulis dan Tanggungjawab Kerajaan". (Paksi sangat berterima kasih kepada Hjh Mastura dan Dr Halimah Ali, kerana memberikan kepercayaan yang sebegitu besar kepada Paksi).

Sebelah petangnya akan berlangsung Konvensyen Penulis, bertempat di Dewan Plenary SACC. Panel yang akan mengemudikan konvensyen ini ialah dua orang Sasterawan Negara – A Samad Said dan Anwar Ridhwan, di samping Tokoh Penulis Selangor yang akan diumumkan nanti, dan saya sendiri mewakili Paksi.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, dan Hjh Mastura sebagai penganjur konvensyen ini, akan hadir untuk mengikuti perbincangan para penulis. Kata Hjh Mastura, Exco Kebudayaan Selangor juga akan dijemput hadir, memandangkan soal penulisan, kesenian dan kebudayaan adalah juga menjadi tanggungjawabnya.

Konvensyen yang akan bermula pada jam 2.30 petang ini terbuka kepada semua penulis. Tidak terhad kepada penulis Selangor sahaja. Barangkali bolehlah dikatakan ini adalah konvensyen pertama mengenai penulisan, kesenian dan kebudayaan yang dianjurkan oleh negeri Pakatan Rakyat, sebagai persediaan Pakataan Rakyat untuk mengambilalih Putrajaya selepas PRU-13 nanti.

Bunyinya macam agak penting dan hebat juga. "Sebelum ini pun bukan tak pernah ada acara yang bunyinya hebat dan penting begitu," kata kawan-kawan saya yang sudah banyak pengalaman kecewa dengan pihak kerajaan Pakatan Rakyat.

Kawan-kawan saya itu, dengan kerajaan Umno-BN mereka tak mengharapkan apa-apa lagi. Macam tak wujud pun. (Kecuali ada seorang ahli Paksi yang selalu bekerjasama dengan sebuah kerajaan Umno-BN di selatan). Maka perhatian dan komitmen kami umumnya hanyalah kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya selalu menegaskan bahawa apabila golongan penulis dan budayawan memohon atau menuntut supaya pihak kerajaan menyediakan peruntukan mencukupi untuk aktiviti seni- budaya, itu bukanlah suatu permohonan 'bantuan' seperti yang selalu disalah-mengerti. Tetapi itu adalah hak seni-budaya yang sepatutnya diperuntukkan oleh kerajaan kepada aktiviti seni-budaya.

Apa pun, kini dengan sikap terbuka dan kesediaan bekerjasama yang ditunjukkan oleh Hjh Mastura dan Dr Halimah itu, saya rasa tidak salah kalau Paksi juga bersikap terbuka dan bersedia untuk bekerjasama bagi menjayakan program yang diinisiatifkan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor ini.

Lagipun Paksi baru saja bekerjasama dengan PPAS menganjurkan majlis bicara buku Kumpulan Esei Budayawan Bertindak (KEBB) dan kumpulan cerpen Ranum (karya Razali Endun), di dewan Perpustakaan Negeri Selangor, Shah Alam, pada 23 Februari lalu. Suatu aktiviti yang ternyata menjadi satu daripada aktiviti Paksi yang menarik, berjalan dengan lancar, dan mencapai tujuan.

Muktamar Setelah Dilantik Sebagai Pemimpin, Ingatlah Neraka Lebih Dekat Kepada Kamu

Posted: 05 Jun 2011 05:29 AM PDT

Oleh ramziredang


"Setelah dilantik menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz pulang dan menangis teresak di hadapan isterinya. "Apa yang engkau tangiskan?"tanya isterinya."Wahai isteriku, aku diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang miskin, janda yang ramai anak sedangkan rezekinya sedikit, aku teringat para tawanan, para fuqara' kaum muslimin.

Mereka semua akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang tidak dapat menjawab hujah hujah mereka kerana sebagai khalifah, aku tahu pembela mereka adalah Rasullullah saw. Mendengar kata kata tersebut isterinya turut menangis teresak esak.

Firman Allah dalam surah Al ahzab ayat 72: Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang, maka semuanya enggan memikul amanah itu kerana mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikul amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi bodoh.

Abu Hurairah berkata:Rasullullah saw bersabda, kamu akan berebut untuk mendapatkan kekuasaan, padahal kekuasaan itu menjadikan kamu menyesal di hari qiamat, manis di awal pahit kemudiannya( hadis riwayat bukhari)

Muaz berkata rasullullah mengutusku pergi ke Yaman. Ketika berangkat kemudian Rasullullah memerintahkan orang memanggil ku kembali.Kemudian Baginda bersabda: tahukah kenapa aku memanggil kamu kembali? Iaitu agar engkau tidak terjerumus ke dalam sesuatu yang tidak aku perbolehkan, yakni sifat dengki kerana barangsiapa yang bersifat dengki, maka kedengkiannya itu akan datang kepadanya pada hari qiamat. Dengan maksud itulah aku memanggil mu..ingat itu. Sekarang kembalilah kamu ke wilayah kekuasaan kamu.

Suatu ketika semasa Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah, beliau pulang dalam keadaan kepenatan dan berehat di atas katil. Seketika masuk anaknya Abdul Malik yang berumur 15 tahun. Lalu Abdul Malik bertanya: Wahai ayahanda ku, apa yang sedang ayahanda sedang perbuat?

Umar Ibnu Aziz menjawab: Wahai anakku, ayahmu ini sangat letih kerana menguruskan jenazah dan ayahmu ini tidak pernah merasa keadaan tubuh yang terlalu penat dengan jawatan yang dipegang ini.

"Lalu apakah yang ayahanda akan perbuat?"

"ayahanda akan tidur sekejab sebelum masuk waktu zohor kemudian ayahanda akan keluar bersembahyang dengan orang ramai".

Maka jawab anaknya. "Wahai amirul mukminin , siapakah yang menjamin Amirul mukminin akan hidup sehingga waktu zohor? Sedangkan waktu ini adalah waktu Amirul Mukminin keluar menunaikan hak hak orang yang telah dizalimi?

Umar Ibnu Aziz tersentak dan terbangun mendengar kata kata anaknya. Lalu dipanggil anaknya mendekatinya. Setelah anaknya menghampirinya lalu dipeluk anaknya dan dicium kedua mata anaknya dengan cucuran airmata.

Didakap kemas anaknya dengan jiwa yang hiba dan airmata bercucuran tanpa henti lalu berkata,:Alhamdullah, syukur ke hadrat mu ya Allah,kerana telah dikeluarkan dariku orang yang akan menolong dan mengingatiku di atas agamaku"

Pemimpin yang tewas akan kembali semula – Muslimat

Posted: 05 Jun 2011 05:26 AM PDT

Perubahan kepimpinan terutamanya apabila golongan ulama gagal menguasai barisan kepimpinan yang baru ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan bukan suatu perkara yang baru.


Laporan Muktamar Tahunan PAS ke 57


GOMBAK: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Siti Zailah Mohd Yusof tidak menolak kemungkinan calon yang pernah mengetuai pimpinan PAS penggal lalu namun tewas pada pemilihan kali ini akan kembali semula memimpin parti itu pada penggal akan datang.

Baginya, perubahan kepimpinan terutamanya apabila golongan ulama gagal menguasai barisan kepimpinan yang baru ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan bukan suatu perkara yang baru.

Kamu akan lihat selepas ini bahawa semua yang kalah juga akan dimasukkan semula.

"Insya'Allah mereka akan memimpin, mereka ada penyokong, jadi mereka juga adalah pemimpin," katanya ketika ditemui FMT di luar Dewan Dato' Haji Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar semasa Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini hari ini.

Ini kerana katanya PAS dilihat mengamalkan konsep 'penggiliran' yang membuat keputusan secara bersama dan bukannya dianggap sebagai satu transformasi.

"Bila keputusan kolektif, kita cuma perlukan watak-watak tertentu untuk menerajuinya, melaksanakan apa yang telah diputuskan secara bersama.

"Itu sebabnya bagi kami (pemilihan) tidak menghairankan, hari ni orang ni naik, lepas tu walaupun ada orang yang tewas masih lagi bersama dalam pimpinan.

Pengumuman kepimpinan baru PAS Pusat penggal 2011-2013 menyaksikan kekalahan penyandang Timbalan Presiden dua penggal berturut-turut Nasharuddin Mat Isa ditangan Mohamad Sabu, begitu juga Siti Zailah yang berjaya mengenepikan penyandang Nuridah Salleh.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berjaya memperoleh 420 undi mengenepikan Nasharudin yang hanya mendapat 224 undi, manakala seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mendapat 399 undi.

Sementara itu, Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang yakin dengan kewibawaan Mat Sabu yang dianggapnya sebagai calon terbaik mengetuai 'kabinet' PAS meghadapi pilihan raya umum (PRU13) akan datang.

Ini kerana katanya berdasarkan personaliti Mat Sabu yang mendapat sokongan meluas daripada akar umbi kerana kelantangannya semasa mengutarakan sesuatu isu.

"Mat Sabu adalah orang yang berani dan mendapat sokongan meluas daripada golongan muda, berani kehadapan dan sangat vokal…suasana berubah, kita perlu satu satu watak, yang boleh menggerakkan orang ramai, yang boleh mendapat sokongan terbanyak, itu penting bagi kita.

"Maka perwakilan merasakan saudara Mat Sabu adalah orang yang sesuai dalam memperkukuhkan gerakan dalam pilihan raya yang akan datang," katanya

Majlis Syura ‘pemandu’ parti, kata Abdul Hadi

Posted: 05 Jun 2011 05:21 AM PDT

Presiden PAS berkata, Majlis Syura itu penting dan mereka wajib mendalami ilmu Islam dan bukan setakat mengaji semata-mata.


Laporan Muktamar Tahunan PAS ke 57


GOMBAK: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Majlis Syura sebagai 'pemandu' kepada parti sekaligus menolak dakwaan sesetengah pemimpin PAS yang memperkecilkan Dewan Ulama.

Jawapan Hadi itu selaras dengan ucapan penggulungan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din yang menolak dakwaan bahawa Dewan Ulama' tidak turun padang.

"Majlis Syura itu penting dan mereka wajib mendalami ilmu Islam dan bukan setakat mengaji semata-mata. Kita angkat Majlis Syura ini untuk membuat sebarang keputusan penting," katanya dalam ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan ke-57 di Taman Melewar di sini hari ini.

Hadi turut mengingatkan perwakilan dan pemimpin agar tidak terikut dengan rentak parti lain menggunakan isu video untuk memfitnah individu lain.

Menurut Hadi, sebarang fitnah tidak boleh dilemparkan kepada individu lain termasuk kepada para menteri Umno.

"Isu fitnah ini ditangani dengan ilmu dan jangan terikut dengan parti lain. Kita ada adab parti dan akhlak sendiri…..fitnah membabitkan khalwat dan zina berpegang kepada empat saksi.

"Bila mereka tuduh seseorang berzina…… video tidak boleh menjadi saksi. Yang boleh selesaikan adalah melalui syariat Islam.

"Kita istiqamah dengan kes ini….malah saya ingatkan kita (PAS) tidak boleh fitnah menteri-menteri Umno. Tiada empat saksi maka individu yang menuduh boleh dikenakan hukuman qazaf," katanya yang merujuk kepada isu video seks membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Ini bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang. Ini PAS''

Posted: 05 Jun 2011 05:16 AM PDT

PASPB




GOMBAK : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'memaafkan' media massa arus perdana yang memberi laporan berat sebelah dan negatif terhadap PAS sepanjang Muktamar ke 57 yang berakhir sebentar tadi
.
Beliau merakamkan penghargaan PAS kepada wartawan yang bertungkus lumus melakukan liputan sepanjang tiga hari walaupun akhirnya pihak pengawal dan pemilik media tersebut menghalang berita sebenar yang sepatutnya dilakukan.

Hal ini menurut beliau kerana pihak tersebut dikongkong peraturan yang tidak adil dan kuno.

"Walaupun ada media massa yang melaporkan kenyataan yang tak menyenangkan. Kita maafkan mereka. Islam maafkan mereka yang jahil," kata beliau.

"Wartawan melaporkan apa yang ditulis tapi apa yang menyiarkan berita adalah yang disana dan dikongkong dengan peraturan yang sangat jumud," ujar Hadi ketika menggulung perbahasan muktamar di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad di Taman Melewar di sini hari ini.

Media Arus Perdana kawalan UMNO mendakwa kononnya keputusan Pemilihan PAS menunjukkan parti itu menyisihkan kepimpinan ulama.

Ini berikutan kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden, mengalahkan penyandang Nasaruddin Mat Esa dan seorang lagi ulama, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Perlantikan Husan Musa, antara pemimpin pelapis PAS, sebagai Naib Presiden baru, juga tidak disenangi oleh juak-juak Umno.

Abdul Hadi menyanggah segala tuduhan itu dan menekankan PAS adalah sebuah parti Islam tulen yang ditunjang oleh pemimpin yang memang memperjuangkan Islam.

"Ada laporkan wujud kumpulan Erdogan. Ini bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang. Ini PAS. Ini bukan Turki, ini Malaysia. Turki tidak boleh ada parti Islam," tegas Ahli Parlimen Marang itu.

Abdul Hadi menegaskan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat juga terdiri dari pelbagai latar belakang tapi semuanya mempunyai pegangan agama yang kuat.

Malah Abdul Hadi menyatakan pemimpin yang tewas dalam pemilihan mempunyai peranan dalam parti.

Sebagai contoh, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah lebih 20 tahun tidak memenangi sebarang pemilihan sehingga semalam tetapi tetap diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya kerana kepimpinan beliau.

Hadi turut merujuk kepada komposisi Jawatankuasa Kerja Pusat PAs yang baru sebagai bukti parti itu memberi ruang kepada semua pihak berasaskan kekuatan mereka, walaupun ada antara mereka yang tewas dalam pemilihan.

"Lapan orang doktor kelulusan agama, dua doktor, dua jurutera, satu peguam,enam pensyarah, dua orang aktivis. Kita boleh lantik lagi enam ajk pusat, empat ajk harian 14 pesuruhjaya negeri. Jadi bila pihak luar anggap mereka tidak diterima dapat undi tercorot, mereka tetap main peranan dalam parti."

Awang Adek syok sendiri, berangan ahli PAS masuk UMNO

Posted: 05 Jun 2011 05:14 AM PDT

PASPB



GOMBAK : Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin sebagai "syok sendiri" apabila mendakwa keahlian PAS semakin terjejas selepas pilhan raya umum lalu.

Awang Adek mendakwa kira-kira 10 ribu ahli PAS dan golongan belia di Kelantan menyertai Umno sejak 2008, malah yakin Umno akan menawan semula Kelantan yang di terajui oleh PAS untuk lebih dua dekad.

"10,000 atau 100,000 dah biasa kita dengar. Dulu pun UMNO cakap orang PAS dah keluar beratus ribu, mungkin dah sejuta dua juta. Jadi saya tak terkejut dan ini bukan taktik baru UMNO, rasanya syok sendiri sahajalah," Husam memberitahu TvSelangor.

Tambah Husam lagi, helah sebegitu sudah tidak laku untuk mempengaruhi rakyat kononnya PAS semakin kehilangan anggotanya.

Husam berkata Umno dan juak-juaknya hanya perlu menilai kehadiran golongan belia pada ceramah-ceramah parti itu di Kedah dan Kelantan untuk mengetahui tahap sokongan terhadap PAS.

Tegasnya pemimpin UMNO kini berada dalam kebimbingan sehinggakan terpaksa membuat kenyataan sedemikian bagi memastikan parti mereka kekal memerintah negara.

Semalam Datuk Awang mendakwa kira-kira 10,000 anggota PAS, golongan atas pagar dan kaum belia yang mencapai umur mengundi di Kelantan menyertai Umno selepas pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, mereka berbuat demikian kerana kononnya kecewa dengan kegagalan PAS membangunkan Kelantan.

Negara berkebajikan: Langkah bijak PAS

Posted: 05 Jun 2011 01:29 AM PDT


ROKET KINI.COM



Setelah sekian lama istilah "negara Islam" menyukarkan PAS bergerak lebih jauh ke depan dalam masyarakat majmuk Malaysia, kini penekanan parti itu terhadap usaha melahirkan negara berkebajikan telah memberi nafas baru kepada PAS.
Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan konsep negara berkebajikan yang menjadi tema muktamar parti tahun ini.
"Bagi saya ini adalah satu kemajuan yang memberangsangkan dalam PAS," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam sidang akhbar selepas perasmian muktamar PAS ke -57 di sini Jumaat lalu, Abdul Hadi apabila ditanya wartawan tentang negara berkebajikan menjelaskan: "Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja, tak laksana, tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran. Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan".

Dr Mohd Asri berkata penjelasan Hadi mencerminkan PAS kini bergerak bersama kebanyakan gerakan Islam global yang mula keluar dari retorika negara Islam kepada realiti kenegaraan yang sebenar.

"Ya, tiada dalam Islam istilah negara Islam atau daulah Islamiyyah atau Islamic state seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Ia satu istilah yang muncul ketika kebangkitan umat Islam menghalau penjajah.

"Sebelum itu, kitab-kitab fekah Islam hanya menyebut darul Islam atau wilayah Islam yang merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam ketika itu. Apabila perkataan 'daulah Islamiyyah' atau Islamic state muncul, kemudian diikuti dengan kebangkitan Revolusi Syiah di Iran, maka perkataan daulah Islamiyyah atau Islamic state ini mula dipopular oleh para pejuang politik islami di seluruh dunia.

"Disebabkan istilah ini juga mereka berbalah, bahkan menuduh pihak lain kurang Islam disebabkan tidak bersama dalam perjuangan menegakkan daulah islamiyyah atau negara Islam itu. Walau pun kadang-kala pertentangan ada asasnya, sebahagiannya hanya disebabkan perbezaan istilah yang dipakai," katanya.

Beliau menambah bahawa gambaran gambaran yang terlalu ideal tentang kenegaraan menjadikan 'negara Islam' itu bagaikan satu khayalan yang tidak berpijak di bumi nyata.

Hanya apabila gerakan Islam benar-benar terlibat sendiri secara langsung dengan politik kenegaraan, baru mereka sedar tentang realiti sebenar sesebuah pemerintahan, tambah beliau.

"Perjuangan politik dalam Islam bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya.

"Bukan penting pada jenama tetapi pada isinya. Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari mungkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya. Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam," kata Dr Mohd Asri.

Menurutnya, soal mekanisme hukum termasuk hukum hudud boleh dibincangkan setelah ditegakkan prinsip dan tanggungjawab utama, dan diwujudkan suasana kondusif yang memungkinkan keadilan dan keindahan hukum itu berfungsi.

Buat masa ini, tambah beliau, bukan masanya lagi untuk membawa isu-isu mekanisme hukum, sebaliknya penggerak Islam perlu tumpukan kepada tanggungjawab dan prinsip utama kenegaraan.

Dr Mohd Asri berkata beliau juga sedang meneliti apakah maksud negara kebajikan yang PAS cadangkan kerana konsep negara sedemikian mempunyai pelbagai tafsiran dan gambaran.

"Mungkin PAS ada model yang tersendiri. Apa pun saya merasakan PAS akan dapat melangkah dengan lebih jauh dengan kenyataan tersebut," katanya.

Dalam ucapan dasar muktamar dengan tema Membangun Negara Berkebajikan, Hadi antara lain menjelaskan gagasan itu bermaksud kerajaan negara berkebajikan perlu:

• Bertanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain;
• Tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan;
• Mewujudkan kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani;
• Melaksanakan undang-undang yang mendidik rakyat, bukannya menakutkan rakyat dengan wajib menjatuhkan hukuman; mengikut kaedah perundangan Islam yang menjadikan orang yang dituduh belum bersalah dengan wajib melindungi dan membelanya; dan
• Menggalakkan wujudnya masyarakat berkebajikan dengan sifat persaudaraan kemanusiaan dan kejiranan untuk melakukan kerja kebajikan.

Usaha PAS itu disambut baik oleh DAP yang telah pun melaksanakan amalan cekap, akauntabel dan telus (CAT) dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang bagi memastikan setiap warga negeri dilindungi dan mendapat manfaat secara adil. Amalan pentabdiran bersih yang sama juga dilaksanakan di Kedah, Kelantan dan Selangor.

Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP Liew Chin Tong memuji keberanian Hadi dan PAS untuk memberi tumpuan kepada pelaksanaan, dan bukan bermain kata-kata, untuk mewujudkan dan meluaskan amalan negara berkebajikan.

Menurutnya, langkah itu bijak dan tepat pada masanya, terutama apabila rakyat dibebankan dengan masalah ekonomi yang berpunca daripada kelemahan dan ketidaktelusan pemerintahan BN.

"Yang harus diketengahkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat adalah hak saksama dan perpaduan dalam isu ekonomi," katanya.
Beliau berkata prestasi hebat pembangkang di Singapura serta kebangkitan rakyat di Asia Barat berkongsi punca, iaitu ketidaksetaraan hak, kenaikan kadar inflasi dan kemunculan generasi Facebook.

Beliau menjelaskan bahawa walau pun Singapura dan kebanyakan negara Asia Barat mencatatkan pertumbuhan yang pesat, kejayaan ekonomi itu tidak memadai untuk menyembunyikan masalah sebenar – agihan tidak adil, akses untuk peluang dan masalah yang berkaitan sehingga mencetuskan kebangkitan rakyat.

Liew yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata kebangkitan itu pula diperhebatkan melalui kempen internet, terutamanya dengan penggunaan laman sosial maya Facebook secara meluas.

Dengan itu, beliau berpendapat usaha negara berkebajikan PAS selaras dengan dasar Pakatan Rakyat yang memerlukan satu penilaian semula dasar-dasar gaji, penetapan gaji minimum serta menyekat kemasukan tidak terkawal pekerja asing yang diamalkan oleh pemerintah pusat sekarang.

"Selain menyediakan pekerjaan dan gaji munasabah, kita perlu satu anjakan besar dalam isu perumahan, pengangkutan awam, penjagaan kesihatan dan kelestarian, di samping penjagaan alam sekitar," katanya.

Beliau berharap pimpinan Pakatan Rakyat dapat berbincang segera untuk memperkemaskan lagi konsep negara berkebajikan yang dibawakan oleh PAS supaya dapat dihuraikan kepada rakyat dengan lebih jelas dan mudah difahami.

Umno ‘gergasi’ yang luka parah, boleh ditumbangkan – Azizah

Posted: 05 Jun 2011 01:24 AM PDT

KEADILAN DAILY




SHAH ALAM: Kemantapan jentera Penerangan KEADILAN mampu membantu Pakatan Rakyat mengalahkan Umno yang diibarat sebagai gergasi yang luka parah, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Apatah lagi, katanya, KEADILAN memiliki banyak peluru berbentuk isu yang mampu menumbangkan gergasi, antara kenaikan harga barang, petrol, penyelewengan kuasa dan gejala rasuah.

Namun, beliau mengingatkan jentera penerangan parti betapa gergasi yang parah akan berbuat apa sahaja untuk memastikan kemenangannya tetap berpihak di tangannya.

"Gergasi itu kini luka parah. Tindakannya mungkin tidak terjangkau imaginasi kita. Justeru, kita harus sentiasa bersedia menerima sebarang kemungkinan.

"Dulu, ingat habis kes Fitnah I, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dah kena dakwa, kena penjara kemudian bebas, habislah. Rupa-rupanya tak juga. Ada pula kes Fitnah II.

"Tidak cukup dengan kes mahkamah. Mereka (Umno) sebar video lucah. Tak habis-habis," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menutup Konvensyen Khas Penerangan KEADILAN 5 Jun lalu. Sejak penubuhan parti pada April 1999, ini adalah julung kalinya Konvensyen Penerangan dianjur.

Kira-kira 300 ketua penerangan peringkat negeri dan cabang mahupun sayap Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan wanita dari seluruh negara menghadiri konvensyen di Dewan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, semalam.

Azizah berkata, peranan jentera penerangan penting kerana media arus perdana mengamal pendekatan 'black out' terhadap usaha parti dalam membela rakyat.

"Sesungguhnya, (konvensyen) ini bertepatan kerana 'media blackout' dikenakan ke atas perjuangan kita. Parti sedang meningkat dewasa, tekanan juga bukan kepalang besarnya.

"Usaha berterusan dan tindakan kreatif dalam menyampaikan maklumat dan penerangan kepada rakyat harus digalas dengan iltizam yang kuat. Disubur secara berterusan," katanya.

Kata Azizah, Malaysia wajib diselamatkan lantaran ekonomi dan kualiti kehidupan rakyat terhimpit dan KEADILAN berperanan untuk memulihkannya seluruh sistem bernegara.

"Badan kehakiman, institusi polis, SPR, SPRM nampaknya semakin teruk walau setelah 13 tahun kita berjuang. Perjuangan ini wajib kita teruskan. Selamatkan Malaysia," katanya.

Jadikan Islam Subjek Wajib Lulus, Kata Muslimat PAS

Posted: 05 Jun 2011 01:22 AM PDT

Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad



GOMBAK : Dewan Muslimat PAS Pusat, mahukan Kementerian Pelajaran mewajibkan pelajar Islam lulus matapelajaran Islam sebagai syarat mendapatkan sijil UPSR, PMR dan SPM.
Ketuanya Siti Zailah Mohd Yusuf berkata syarat persijilan itu penting memandangkan gejala sosial kian meruncing di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
"Keruntuhan akhlak semakin parah di setiap peringkat umur dan yang lebih menakutkan lagi adalah mereka yang terpelajar berani melawan perintah Allah dan tidak yakin dengan Al-Quran," kata beliau.
"Jadi Kementerian Pelajaran perlu ambil langkah mempertahankan dasar-dasar pendidikan Islam seperti mana yang diperkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1989 dengan meletakan Tauhid sebagai asas terulung kepada falsafah dan struktur pendidikan Negara," tambah beliau.
Selain itu Muslimat PAS turut mengusulkan matapelajaran J-QAF yang diperkenalkan di sekolah rendah dilanjutkan ke sekolah menengah untuk menjamin penguasaan Jawi, Al-Quran dan Fardu Ain di kalangan pelajar.
Usul lain yang turut dikemukakan pada muktamar PAS tadi adalah mewajibkan ujian Tilawah Al-Quran untuk semua pelajar Islam di peringkat UPSR, PMR, dan SPM bagi memastikan semua pelajar Islam menguasai dan celik Al-Quran dan sijil khas dikeluarkan kepada pelajar-pelajar.
Kursus Pendidikan Islam juga mesti diwajibkan ke atas mahasiswa dan mahasiswi Islam di setiap fakulti di semua IPTA sebagai syarat mendapatkan ijazah mereka.
Oleh itu, Kementerian Pendidikan tidak harus memandang enteng terhadap subjek pendidikan Islam ini kerana kegagalan remaja dari segi aqidah adalah disebabkan kurang penekanan terhadap subjek pendidikan agama seperti ini, kata Siti Zailah .

Kenapa Baru Sekarang Mahu Tubuh Inkues Sarbani ?

Posted: 05 Jun 2011 01:17 AM PDT

Ditulis oleh Naeem Raffi



SHAH ALAM : Parti Keadilan Rakyat (PKR) meragui keputusan mengejut Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara untuk membentuk sebuah inkues berhubung kes kematian pegawai kanan Kastam Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed.

Penubuhan inkues itu hanya diketahui selepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah pada 2 Jun lalu menyatakan polis akan memohon diadakan inkues dan perkara itu dipersetujui Peguam Negara.

Nurul Izzah dan N. Surendren dalam kenyataan bersamanya berkata, cadangan penubuhan itu bukan sahaja mengejut dan meragukan, malah ianya tidak sesuai dan tidak tepat dalam konteks undang- undang.

Justeru, PKR berpendapat sebuah inkues tidak boleh ditubuhkan sewenangnya apabila pendakwaan kes jenayah lebih sesuai dijalankan.
Sarbani adalah seorang individu berkeluarga yang sempurna akal dan sihat tubuh badan yang secara sukarela datang ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk membantu siasatan.

Beliau meninggal dunia setelah disyakki jatuh dari tingkat satu bangunan SPRM Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun tiada bukti konkrit yang mengatakan beliau membunuh diri.

Allahyarham juga terbukti tidak mengumpul kekayaan di luar keupayaan dan kemampuannya sepanjang berkhidmat dalam pasukan kastam.

"Motif bunuh diri adalah sangat tidak munasabah dan tidak wujud sekelumit pun," jelas Izzah dan Surendren.

Beberapa fakta yang wujud secara jelas dan tegas membuktikan kewujudan salahlaku yang membawa kepada kematian Sarbaini, khususnya apa yang diperincikan oleh balu Allahyarham di dalam laporan polis yang dibuat pada 2 Mei 2011, di mana pegawai penyiasat SPRM telah mengakui bahawa 'orang mereka' bertanggungjawab atas kematian tersebut.

kedua- dua naib presiden PKR itu menegaskan PDRM dan Peguam Negera sepatutnya daripada awal sudah menubuhkan inkues jika terdapat keraguan yang serius mengenai punca kematian allahyarham.

Tambah menjelikkan sejak kematian berlaku, polis memberikan gambaran seolah- olah proses siasatan berjalan lancar.

"Apakah gambaran ini diberikan hanya semata-mata untuk meredakan kemarahan rakyat yang bangkit berikutan kematian tragis ini ?" soal mereka.

Pada pertengahan April, polis telahpun menyatakan proses siasatan telah masuk ke fasa akhir. Kini, terbukti segala bentuk siasatan yang dibuat mahu menutup kemarahan rakyat semata-mata dan sebuah inkues terpaksa diwujudkan.

"Mengapa rakyat diselewengkan daripada fakta sebenar dalam hal ini?" soal mereka lagi.

Pengumuman mengejut bersabit penubuhan inkues ini dibuat sehari selepas PKR menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara (KPN) yang mempersoalkan ketirisan PDRM dalam mengendalikan kes ini.

Kerajaan Umum Projek Pembangunan Sungai Klang Tiga Bulan Lagi

Posted: 05 Jun 2011 01:10 AM PDT

TVS NEWS



KLANG : Projek pemulihan dan pembangunan Sungai Klang dijangka diumumkan dalam masa tiga bulan lagi memandangkan perbincangan masih berjalan diantara kerajaan negeri Selangor dengan kerajaan Pusat.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid berkata kerajaan Pusat telah menyatakan minat untuk berkongsi dana bagi membersihkan Sungai Klang.
Khalid menambah, kerajaan negeri kini sedang berbincang dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri, mengenai projek pemulihan dan pembangunan Sungai Klang yang merupakan antara projek pembangunan Greater KL.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Karnival Fotografi Warisan Selangor 2011 di atas Jambatan Kota yang merentangi Sungai Klang, di sini, hari ini.

Pada Mac 2010, kerajaan negeri telah melantik tiga syarikat untuk memulihkan sungai itu dan membangunkan kawasan sekitarnya iaitu TSS-Mako
Engineering Sdn Bhd, GJA Engineering Sdn Bhd, Wessex Water I-Bhd Consortium manakala DPZ Asia Sdn Bhd bagi perancangan dan reka bentuk projek itu.

Projek itu pada mulanya dirancang untuk bermula di Klang dengan kos pembangunan sebanyak RM1 bilion dan RM1 bilion lagi untuk membersih dan
memulihkan sungai itu, yang mana 80km daripada 120km sungai itu berada di dalam negeri Selangor, dan selebihnya di Kuala Lumpur.
Karnival sehari yang dianjurkan oleh Tourism Selangor Sdn Bhd, Photo Creator dan Majlis Perbandaran Klang itu mempamerkan 237 foto mengenai tempat bersejarah, kehijauan hutan dan warna kehidupan masyarakat di negeri ini di atas jambatan sepanjang 181 meter itu.
Pameran itu telah direkodkan sebagai Kolaj Foto Terpanjang di atas jambatan di Malaysia oleh Malaysia Book of Records dan disahkan oleh Presidennya Datuk Danny Ooi yang turut hadir pada karnival tersebut.

Pemuda PAS Akan Bantu Saf Baru

Posted: 05 Jun 2011 01:09 AM PDT

Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad



GOMBAK : Dewan Pemuda PAS akan membantu kepimpinan baru PAS Pusat untuk memperkasakan parti sekaligus memenangi pilihan raya umum ke- 13 akan datang.

Ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi berkata keputusan pemilihan pucuk kemimpinan hari ini dilihat saling melengkapi antara satu sama lain dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap parti itu.

"Kami selesa dan bersedia untuk bekerja dengan siapa jua yang telah diberikan amanah dan mandat oleh ahli parti di kalangan pimpinan-pimpinan kita sebab mereka mengambil amanah kepimpinan itu adalah hasil pilihan yang diberikan oleh perwakilan dan perwakilan adalah dari kalangan mereka yang terpilih di peringkat akar umbi yang hadir membawa mandat,"katanya.

Justeru Pemuda PAS akan bergandingan bahu menyokong kepimpinan PAS dan turut sama memperjuangkan dasar- dasar parti.

Nasruddin berkata keputusan pemilihan hari ini yang menyaksikan Momhamad Sabu diangkat menjadi timbalan presiden.
Sementara Sallehuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan naib presiden.
Nasruddin berkata, pimpinan baru yang terpilih tidak perlu dipersoalkan lantaran kesemua mereka mempunyai kreadibiliti dan kelayakan maksimum untuk menggerakkan hala tuju parti.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Taman Melewar Gombak, Selangor dalam majlis Muktamar Tahunan PAS kali ke-57.
Bagaimanapun, Nasruddin berkata Pemuda PAS tidak akan melupakan jasa dan sumbangan yang diberikan barisan kepimpinan terdahulu.
"Dewan pemuda dengan saf kepimpinan yang baru ini tanpa menafikan sumbangan yang telah diberikan kepimpinan sebelum daripada ini akan terus memberikan komitmen yang tinggi untuk memastikan Pas berjaya mencapai cita-cita dan menggapai matlamat yang telah digariskan,"ujar beliau.
Tegas beliau Pemuda PAS terus merangka pelbagai strategi bagi menarik minat pengundi terutamanya golongan belia untuk menyokong parti itu.

MB : Rakyat Perlu Desak BN Tunai Janji Jambatan Ketiga

Posted: 05 Jun 2011 01:06 AM PDT

Ditulis oleh Naeem Raffi



KLANG : Projek pembinaan jambatan ketiga melintasi Sungai Klang sepanjang 3.8 km di sini dengan melibatkan kos RM 23 juta yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua setengah tahun sejak Mac 2008 oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu terus dipandang sepi pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap di Karnival Fotografi Warisan Selangor 2011 di atas Jambatan Kota semalam berkata, satu kempen besar-besaran perlu diadakan bagi mendesak kerajaan pusat mengotakan janjinya berhubung pembinaan tersebut pada pilihan raya umum ke 12 lalu.

Katanya lagi, dengan pelaksanaan projek ini kelak akan dapat merangsangkan lagi pertumbuhan kawasan-kawasan perindustrian dan pembangunan sekitar Bandar Klang, disamping meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk sekitar.

"Jambatan ketiga masih belum diberikan, oleh itu penduduk Klang perlu membuat kempen besar-besaran bagi menentukan projek pembinaan jambatan ketiga ini dapat dilaksanakan kerana ia berkeupayaan mempercepatkan proses pembangunan Sungai Klang" katanya.

Pada 6 Mac 2008, Menteri Kerja Raya ketika itu, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata projek pembinaan jambatan ketiga melintasi Sungai Klang sepanjang 3.8 km yang melibatkan kos RM 23 juta itu dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua setengah tahun.

Katanya, kerja pembinaan kemudahan jalan raya dan jambatan untuk projek berkenaan akan dimulakan dalam tempoh empat bulan dari Julai 2008.

"Saya percaya dalam tempoh empat bulan ini bolehlah kita mula projek ini.Reka bentuk untuk projek semuanya sudah selesai dan tawaran akan dipanggil secepat mungkin," katanya.

Malah menurut Samy Vellu, pelaksanaan projek itu yang merupakan sebahagian daripada Jalan Lingkaran Bandar Klang yang bertujuan mengurangkan kesesakan di kedua-dua jambatan sedia ada iaitu Jambatan Kota dan Jambatan Musaedin.

Selain itu, Samy Vellu turut menyatakan bahawa kementerian telah mengenal pasti dan memperakukan satu jalan penghubung di Bandar Klang yang merupakan sebahagian daripada jalan lingkaran itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Samy Vellu berkata, projek itu merangkumi pembinaan jalan dan jambatan yang akan menjadi satu lagi laluan alternatif bagi penduduk sekitar Bandar Klang.

Projek pembinaan jambatan ketiga melintasi Sungai Klang sepanjang 3.8 km itu juga telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Dalam ucapannya itu juga, Samy Vellu turut berkata kementeriannya juga merancang membina jambatan keempat yang akan memudahkan pengguna menggunakan Lebuhraya Pantai Barat untut terus ke Bandar Klang dan sebaliknya mereka dari Bandar Klang boleh pergi ke Banting dengan lebih mudah.

Terburainya propaganda UMNO, Perwakilan PAS tuntut perubahan

Posted: 05 Jun 2011 01:01 AM PDT

Lim Hong Siang


Keputusan pemilihan PAS 2011 memperlihatkan bahawa perwakilan PAS telah mencipta sejarah apabila berjaya menangkis serangan propaganda UMNO, dan bangkit untuk menuntut perubahan yang jelas dalam PAS. Saf pimpinan yang terpilih kini bukan untuk melanjutkan nafas PAS semata-mata, malah lebih dekat dengan denyutan nadi masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Sesungguhnya Mohamad Sabu akan didakwa menang di celah-celah retakan undi perwakilan yang menuntut agar "ulama" dipilih untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden, namun rekod sejarah ini tetap bermakna jikalau diteliti dalam konteks politik terkini.

Terburainya propaganda UMNO

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Utusan Malaysia milikan UMNO kelihatan lebih ghairah untuk mendukung "kepimpinan ulamak" dalam wacananya. Malah, UMNO secara terang-terang mempertahankan "gandingan Hadi-Nasha", dan niatnya cukup jelas. Bertopengkan "kepimpinan ulamak", Utusan Malaysia-UMNO pada hakikatnya lebih selesa dengan "Hadi-Nasha", kerana sering terperangkap dalam isu kerjasama/rundingan bersama UMNO.

Kini, Mohamad Sabu berjaya memahat sejarah untuk tampil sebagai Timbalan Presiden yang bukan dari latar belakang ulama, selepas konsep "kepimpinan ulama" diketengahkan pada zaman 1980-an untuk menjatuhkan Presiden PAS ketika itu, Asri Muda. Mat Sabu, 56, pemimpin veteran yang sudah 34 tahun melibatkan diri dalam PAS, terkenal sebagai pemidato di peringkat akar umbi dan pendiriannya yang jelas dalam perjuangan politiknya.

Namun, makna yang tersirat di sebaliknya lebih jauh daripada itu. Sesungguhnya sesetengah perwakilan masih belum terkeluar dari sentimennya untuk mengekalkan ulama pada dua jawatan tertinggi dalam parti, lebih-lebih lagi diasak dengan propaganda UMNO yang mengombak. Keputusan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding mungkin disebabkan perkiraan terhadap senario di atas, lantas menawarkan diri kepada perwakilan yang mahukan "ulama", tetapi tidak berpuas hati dengan prestasi penyandang, Nasharuddin Mat Isa.

Bagaimanapun, Mat Sabu berjaya melepasi halangan kali ini, dengan sokongan kira-kira 40% perwakilan yang menuntut agar pimpinan tinggi menunjukkan pendirian yang lebih jelas dalam perjuangan. Mat Sabu, sekurang-kurangnya menjamin hubungan yang lebih erat antara PAS dengan parti komponen Pakatan Rakyat, khususnya DAP. Malah, pemimpin yang terkenal untuk mengatur demonstrasi jalanan ini mempunyai hubungan yang erat dengan badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang belum menyertai Pakatan Rakyat.

Mengisi kekurangan Presiden

Kemenangan Mat Sabu juga perlu dibaca dalam konteks pimpinan Presiden Abdul Hadi Awang. Hadi Awang, pernah disifatkan sebagai "Abdullah Ahmad Badawi versi PAS", berikutan sikapnya yang tidak tegas dalam pendirian politik, misalnya isu rundingan bersama UMNO. Untuk berlaku adil kepada Abdul Hadi Awang, beliau tidak melakukan "kesilapan" yang besar sehingga wujud keperluan untuk "digulingkan", dan banyak juga perubahan yang diberi lampu hijau dalam zaman pemerintahannya, misalnya penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Baru-baru ini, Khalid Samad, pemimpin terserlah yang dilabel sebagai "Erdogan", membela Hadi bahawa Presiden perlu mengambil kira semua pandangan dari aliran/sekta yang berbeza, dan mungkin ada baiknya jikalau Hadi selaku orang nombor satu tidak memainkan peranan kontroversi untuk membawa perubahan mendadak.

Bagaimanapun, Mat Sabu kini diamanahkan untuk mengisi kekurangan Hadi Awang. Kepetahan beliau berceramah, keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan, malah kebolehannya untuk menterjemahkan perjuangan Islam kepada nilai sejagat, menjelmakan Islam dalam dasar pentadbiran - ditaruh harapan tinggi untuk mempercepatkan langkah PAS dalam arus perubahan ini. Seandainya Mat Sabu berjaya menunjukkan prestasi yang terserlah dalam tempoh jawatannya, maka PAS akan berubah menjadi parti politik yang lebih terbuka dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia.

Nizar tewas dengan undi terendah

Namun demikian, kekalahan bekas Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin (gambar kiri) dengan undi terendah mungkin ditafsirkan sebagai kecacatan dalam kesempurnaan keputusan pemilihan ini. Untuk masyarakat bukan Melayu/Islam yang kurang prihatin terhadap PAS, Nizar Jamaluddin mungkin satu-satu nama pemimpin PAS yang mampu disebutnya. Barangkali Nizar tewas atas sebab-sebab tertentu, antaranya senioriti beliau dalam PAS, namun ia semestinya mengubah persepsi masyarakat bukan Melayu/Muslim terhadap PAS seandainya bekas MB ini menang sebagai Naib Presiden.

Secara keseluruhannya, saf pimpinan yang dibariskan perwakilan kali ini cukup ampuh untuk PAS berdepan dengan perubahan zaman. Perwakilan dianggap matang dan berani, apabila memilih empat pemimpin bukan ulama untuk mengisi lima jawatan tertinggi, sementara satu pertiga daripada 18 AJK Pusat adalah pemimpin dari latar belakang ulama.

Kemenangan pemimpin seperti Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Mohamed Hanipa Maidin, Dzulkifly Ahmad, Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad, Siti Mariah dan sebagainya, bakal menampilkan pimpinan yang berkemampuan untuk berdebat dalam soal dasar pentadbiran (dan bukan hanya berdakwah) kepada masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun, sesetengah pengamat politik masih gusar dengan saf pimpinan Dewan Pemuda PAS, yang ditunjangi Nasrudin Hassan Tantawi dan Nik Abduh, anak kepada Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat. Nasrudin tertonjol dengan imejnya yang konservatif dari kaca mata penduduk bandar, sementara Nik Abduh yang menang dengan 260 daripada 655 undi, dalam pertandingan empat penjuru - dilihat sebagai pemimpin yang pro-kerjasama UMNO.

Nik Abduh (gambar kiri) pernah menuduh bahawa ayahandanya menolak konsep "kerajaan perpaduan" kerana dipengaruhi "pembantu-pembantunya yang berpakaian serba tahu" - dan kenyataan ini membuatkan beliau digolong sebagai pemimpin yang masih ingin membuka pintu rundingan kepada UMNO.

Apa yang "memberangsangkan" mungkin berlaku dalam Dewan Muslimat, apabila pemilihannya menyaksikan kemenangan Siti Zailah Mohd Yusof selaku Ketua Dewan Muslimat dan Siti Mariah Mahmud sebagai Timbalannya. Kedua-dua orang pemimpin wanita ini mungkin menggilap semula pimpinan muslimat, untuk menyuntik elemen baru dalam perjuangan PAS.

Baca: Timbalan: Mat Sabu, Naib: Salahuddin, Husam, Mahfuz

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Hanipa Maidin: UMNO solehkan video seks dengan "sumpah"

Posted: 05 Jun 2011 12:59 AM PDT

Lim Hong Siang


Fitnah menggunakan video seks memperlihatkan bagaimana teruknya Barisan Nasional berpolitik, namun PAS seharusnya menjadikan ia satu peluang untuk menonjolkan kehebatan Islam.

AJK Pusat PAS Hanipa Maidin (gambar kanan), ketika menyokong usul "Mengutuk Fitnah Menggunakan Video" yang dibawa Dewan Ulamak, menerangkan bagaimana UMNO-BN cuba "solehkan, hiaskan video dengan sumpah", kerana sedar bahawa ia tidak akan berkesan jika sekadar menggunakan video seks.

Maka, sumpah itu dijalankan, pertama, atas nama Allah; kedua, dengan al-Quran; dan ketiga, dalam masjid, dan mungkin orang akan tertanya-tanya, "Takkanlah tak betul?"

"Kita berlawan dengan satu golongan yang mereka ini ... Saya rasa syaitan pun respect mereka." Kata-kata Hanipa Maidin ini menggelakkan perwakilan dalam dewan.

Sebelum ini, beliau menyentuh paparan Utusan Malaysia pada hari ini, dengan tajuk "Ulama Tersingkir" di muka surat depan. Hanipa mempersoalkan sejak bila Utusan dan UMNO suka ulama, "Kita dalam PAS, kita profesional ganding, kawan dengan ulama; dalam UMNO, ulama kawan dengan penyangak!"

Hanipa Maidin juga memetik ayat untuk menjelaskan rasional mengapa Islam mensyaratkan empat orang saksi dalam tuduhan berzina. "Kenapa Allah memperbanyakkan jumlah kesaksian dalam kes zina, tidak seperti gejala lain? Kerana Allah amat suka untuk kita melindungi, menyembunyikan apa saja rahsia hamba-nya, atau mahkluk."

Sebelum ini, terdapat perwakilan yang turut menyokong usul ini kerana mendapati dirinya sukar untuk menjelaskan apa itu "liwat" kepada anaknya, yang membaca liputannya melalui Utusan Malaysia.

Usul Mengutuk Fitnah Menggunakan Video yang dibawa Dewan Ulamak berbunyi:

  • Menyedari bahawa fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah SWT kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seorang.
  • Menyedari bahawa tindakan ini adalah tindakan yang tidak bermoral setelah tidak mampu berhadapan dengan hujah fakta dan data.
  • Menginsafi bahawa tindakan menggunakan video dan media baru sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik adalah lambang keruntuhan tamaddun sebuah negara dan bangsa.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011

  • Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah di dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.
  • Mengutuk sikap membisu di kalangan ulamak rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

PAS mahu PTPTN ditukar kepada biasiswa

Posted: 05 Jun 2011 12:57 AM PDT

MALAYSIA KINI


Perwakilan PAS mendesak kerajaan menukarkan pinjaman Perbadanan tabung perdidikan tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa kerana ia didakwa melanggar perlembagaan negara.

NONE"Saya menyokong penuh cadangan menghapuskan PTPTN dan ditukar kepada biasiswa kerana pinjaman ini telah menyebabkan ramai antara kita terhimpit dengan hutang," kata Wakil Pemuda PAS Kamal Ashaari.

Dalam sesi perbahasan dalam muktamar PAS ke-57 di Gombak hari ini, Kamal berkata pinjaman itu menyebabkan anak muda terhimpit dengan beban hutang yang besar selepas tamat pengajian.

Malah, tambahnya, mereka dikenakan beberapa sekatan, termasuk tidak dibenarkan ke luar negara.
Sebelum ini, usul yang hampir sama dibentangkan dalam muktamar Pemuda kelmarin.

ptptn one stop centre kl sentral 260307 boothsUsul itu antarnaya mendakwa Seksyen 22A Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan Pekeliling PTPTN Bilangan Satu Tahun 2009 - yang menyenarai hitamkan peminjam - patut dipinda.

Sementara itu, Kamal juga mengharapkan supaya perwakilan dalam muktamar kali ini memperkasakan daftar pemilih dengan menyuruh anak mereka mendaftar sebagai pengundi.

"Dan ingatlah bahawa dalam sistem demokrasi hanya satu undi dapat mengubah kerajaan zalim yang sedia ada," katanya.

Semaian: Tiada TOL tapi MB jamin hak pengusaha

Posted: 05 Jun 2011 12:44 AM PDT

MALAYSIA KINI


Tanggungjawab untuk menyelenggara serta menjaga tanah yang dijadikan tapak perniagaan pokok hiasan dan semaian di Sungai Buloh diserahkan kepada Yayasan Selangor berikutan terdapat saluran paip air bawah tanah yang sensitif di kawasan itu.

khalid ibrahim press conference 200211 1Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan akhbarnya berkata Yayasan Selangor akan memastikan tapak-tapak semaian diurus secara sistematik kerana pemilik terdahulu iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) tidak mempunyai kepakaran teknikal.

Menurut Khalid, tanah-tanah berkenaan dianggap sensitif berikutan kedudukan saluran paip yang terdapat di bawahnya.

"Mulanya kami beranggapan paip-paip ini dimiliki SYABAS, tetapi selepas audit dijalankan didapati saluran paip ini adalah sebahagian daripada RM10 bilion aset air yang dimiliki kerajaan negeri.

"Maka adalah mustahak bagi kerajaan negeri mengekalkan hak pemilikan tanah ini bagi memastikan aset-aset milikan negeri dalam keadaan selamat dan diselenggara dengan baik," katanya.

Sungai Buluh, nurserySementara itu, TV Selangor memetik Khalid yang ditemui pada majlis perasmian projek perumahan mampu milik di Bandar Baru Bangi berkata, keadaan di kawasan tersebut juga memerlukan perhatian rapi.

"Semua orang tidak boleh memiliki tanah tersebut. Tanah tersebut terdapat paip yang besar di bawahnya yang dimiliki oleh kerajaan negeri. Kalau berlaku kerosakan paip pada tanah tersebut, semua rakyat Selangor tidak dapat minum.

Hak diambil-kira

"Kita tidak boleh bagi bagi pemilikan persendirian. Tetapi untuk meminta mereka menjaganya, ia adalah sukar. Oleh sebab itu kita minta Yayasan Selangor untuk menjaga kawasan tersebut. Yayasan Selangor akan menjaga dan menyemak cara penggunaan tanah di kawasan tersebut," kata Khalid.

Menurut Khalid, walaupun tanah-tanah ini lebih elok dibiarkan kosong namun setelah mengambilkira kebajikan pengusaha, kerajaan negeri memutuskan bahawa perniagaan tanaman pokok hiasan dan semaian boleh diteruskan.

Sungai Buluh, nurseryBeliau juga memberi jaminan walaupun pengusaha semaian tidak diberi lesen menduduki sementara (TOL), namun hak-hak mereka akan diambil kira.

"Pengusaha semaian ini boleh terus beroperasi tetapi mesti dijalankan dengan cara yang lebih baik. Dahulunya tanah ini tidak diurus dengan betul dan tiada pengawasan melibatkan pembangunan tanah.

"Kami berpendapat Yayasan Selangor boleh menjaga tanah ini kerana Yayasan mempunyai 30 tahun pengalaman pengurusan hartanah dan pengurus besarnya adalah jurutera profesional berpengalaman yang mampu memantau projek ini," katanya.

Sungai Buluh, nurseryKhalid turut menasihatkan pengusaha semaian supaya tidak terlalu bimbang dan memandang ke hadapan kerana projek itu akan menjadikan kawasan berkenaan lebih bersih dan sistematik selepas kerja-kerja siap dijalankan.

Di bawah sistem yang baru ini, isu kutipan sewa tanah yang membelenggu pengusaha-pengusaha semaian juga dapat diselesaikan.

Ejen kutip sewa

"Kami sedar wujudnya ejen-ejen yang mengutip sewa bagi pihak dan kumpulan tertentu. Mereka ini tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri dan kutipan yang dilakukan ini adalah salah dan perlu dihentikan segera," katanya.

Menteri Besar juga berkata sistem baru itu membolehkan kerajaan negeri menghentikan aktiviti memajak lesen kepada pihak lain dan hanya membenarkan pengusaha tulen sahaja menjalankan perniagaan di tapak berkenaan.

Sungai Buluh, nursery"Pajakan ini tidak adil kepada pengusaha tulen yang perlu membayar sewa tanah pada kadar biasa. Ini mungkin satu perkara biasa pada pentadbiran dahulu tetapi sebagai kerajaan baru yang telus serta bertanggungjawab, kami mahu menghentikan perbuatan ini," tegas Khalid.

Terdapat kira-kira 60 pengusaha semaian di kawasan seluas 20 ekar di Sungai Buloh dan menurut kajian yang dibuat Yayasan Selangor, terdapat pengusaha semaian memperoleh keuntungan sehingga RM2 juta setahun.

Isu konsert MTV ke muktamar PAS

Posted: 05 Jun 2011 12:43 AM PDT

Salhan K Ahmad


Ahli jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad hari ini melancarkan petisyen bagai membantah penganjuran konsert MTV World Stage yang akan diadakan di I-City, Shah Alam.

Bercakap ketika mengumumkan petisyen berkenaan di Muktamar PAS hari ini, ahli parlimen Shah Alam itu meminta para perwakilan mengunjungi laman blog khalidsamad.com bagi menandatangani petisyen berkenaan.

NONE"Saya minta perwakilan pergi ke blog saya dan letakkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat.

"Ini untuk bantah konsert besar-besaran itu. Sebenarnya penduduk di Seksyen 7 tak puas hati sebab timbulkan kesesakan lalulintas, bising dan sebagainya," katanya lagi ketika membuat pengumuman berkenaan.

Petisyen berkenan antara lainnya menuntut supaya konsert berkenaan dianjurkan di kawasan lain seperti Stadium Bukit Jalil yang dilengkapi kemudahan dan juga terasing daripada kawasan perumahan.

Petisyen itu juga menyebut, I-City tidak sesuai dijadikan tempat untuk mengadakan konsert berkenaan memandangkan ia merupakan pusat ilmu teknologi maklumat dan bukan pusat hiburan.

"Shah Alam adalah bandar raya ilmu dengan terdapatnya UniSel, UiTM, MSU dan PTPL dan kewujudan tapak konsert adalah bercanggah dengan wawasan bandar raya ini.

"Pelajar-pelajar IPT yang ramai di Shah Alam akan terdedah kepada budaya lepak dan berpesta yang tidak akan membantu kemajuan diri mereka," petisyen berkenaan dipetik.

Kontroversi berhubung penganjuran konsert menampilkan kumpulan rock 30 Seconds From Mars itu berlarutan walaupun menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan negeri telah memberi kelulusan.

Selain itu, satu lagi petisyen yang turut dimuatkan dalam blog ahli parlimen Shah Alam itu adalah berhubung kelewatan projek pembinaan Hospital Shah Alam.

"Petisyan ini saya alamatkan kepada PM dan minta sekiranya projek ini terus terbengkalai, menteri kerja raya perlu dipecat atau letak jawatan. Mohon tandatangan petisyen itu," kata Khalid Samad lagi.

'Isu I/C jejas keselamatan negara'

Posted: 05 Jun 2011 12:36 AM PDT

Abdul Rahim Sabri


Perwakilan kawasan Kalabakan menggesa kepimpinan PAS di semua peringkat mengambil perhatian serius berhubung pemberian isu pemalsuan kad pengenalan kepada warga asing.

Menurutnya, ia merupakan isu penting kerana memberi kesan yang serius, khususnya terhadap keselamatan negera.

Ia juga memberi kesan lain apabila warga asing seperti Indonesia dan Bangladesh akan mendapat peluang istimewa belajar, menjadi bumiputera, mendapat pinjaman pendidikan dan kemudiannya menjadi pegawai kerajaan.

"(Jadi pemberian kad pengenalan) ini satu pengkhianatan kepada negara... Sebab itu kita (minta) pendaftaran automatik, tetapi mereka (kerajaan) tak mahu," katanya sewaktu membahaskan usul di muktamar PAS di Gombak.

Sementara itu, perwakilan Pulai Zaaba Irahim kesal kepada kerajaan kerana tidak memberi maklum balas terhadap memorandum yang dihantar oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berhubung perkara itu.

Malah sebelum ini beliau membuat laporan polis yang memndakwa menjumpai 14 kad pengenalan lama bersama dengan tag nama BN yang dibuang di tempat perubahan sampah.

Tiada maklum balas

Beliau juga masih belum menerima apa-apa maklum balas berhubung aduan yang dibuatnya, dakwanya.

Sebelum itu, wakil Dewan Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan membentangkan usul tersebut.

Katanya, keselamatan dan kedaulatan negara akan terancam sekiranya pemberian kad pengenalan kepada warga asing secara besar-besaran untuk tujuan politik tidak dihentikan.

Beliau mendesak supaya suruhanjaya siraja bagi menyiasat perkara itu ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Katanya, dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, ahli-ahli suruhanjaya tersebut hendaklah dilantik dari kalangan mereka yang berwibawa, bebas dan berkecuali.

"(Kami) menuntut supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) khususnya, mendedahkan secara terperinci statistik berapakah jumlah taraf kewarganegaraan (yang diberi pada warga asing).

"Dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini mengikut negeri," usul itu dipetik.

Mohon perintah injunksi

Selain itu, exco Pemuda PAS itu menggesa jentera parti itu dan Pakatan Rakyat di setiap peringkat memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam jika didapati berlaku.

Berikut beberapa lagi tuntutan Dewan Pemuda melalui usul itu.

Sekiranya keadaan mendesak, PAS dan Pakatan perlu mengambil satu tindakan undang-undang diambil terhadap JPN dan/atau SPR dan pada masa yang sama memohon satu perintaah injunksi sementara diambil bagi menggantung segala proses pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.

Memasukkan isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing ini sebagai salah satu tuntutan di dalam agenda (perhimpunan) BERSIH 2.0 yang akan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan.

Usul-usul tersebut Dewan Pemuda diterima sebulat suara lebih 1,000 perwakilan di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar, Gombak.

Raja Petra mahu kerjasama dengan PAS

Posted: 05 Jun 2011 12:33 AM PDT

MALAYSIA KINI


Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) berharap dapat menjalinkan bekerjasama dalam PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

NONEIni ekoran keyakinan MCLM pada barisan kepimpinan baru PAS yang dilihat akan memandu parti Islam itu mencapai matlamat menentang nilai negatif dalam politik negara.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan maksud untuk memulihkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua Rakyat Malaysia," kata pergerakan itu.

Dalam kenyataan bersama pengerusinya Raja Petra Kamarudin (atas) dan Presiden Haris M Ibrahim hari ini, mereka mengucapkan tahniah kepada yang menawarkan harapan besar untuk Rakyat.

"Kami yakin saf kepimpinan baru ini akan memandu PAS mencapai matlamat yang dianjurkan dalam pesanan Presiden parti dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar untuk memperkuatkan gabungan Pakatan Rakyat," kata pergerakan itu.

NONEPergerakan itu menyambut baik kenyataan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya yang menegaskan komitmen terhadap Pakatan dan sedar bahawa "masyarakat majmuk adalah sebahagian daripada seruan politik dalam Islam".

MCLM juga menyambut baik penekanan PAS untuk membersihkan politik dari perkara menjijikkan seperti rasuah, politik wang, fitnah, perkauman, penipuan dan segala macam hal yang memalukan.

Bagi mereka mesej tegas Hadi itu disokong oleh perwakilan yang tergambar dalam keputusannya apabila Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden dan apabila Salahudin Ayun, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz omar menang bertanding jawatan masing-masing.

Tiada ulasan: