Biaqpila |
- TIKUS GERGASI MAKAN 2 BAYI
- Melayu Pulau Pinang Miskin Sejak Zaman BN Lagi
- Pulau Pinang Sesak Dengan Pelancong Musim Cuti Sekolah
- Seks hobi masa lapang
- LAWAK AHAD: PAK PANDIR KENCING
Posted: 05 Jun 2011 08:00 AM PDT Cape Town - Afrika Selatan diserang tikus. Bukan tikus biasa, tikus-tikus ini sebesar seekor kucing. Dengan ukuran sebesar itu, tikus-tikus itu mencari mangsa yang cukup besar. Bayi. Tikus itu boleh membesar hingga hampir satu meter, dari muncong hingga ekor. Sementara gigi depannya sepanjang 2,5 cm. Minggu ini sahaja sudah berlaku dua tragedi yang mengerikan. Tikus-tikus raksasa memakan dua orang bayi dalam dua peristiwa berbeza. Lunathi Dwadwa, 3 tahun terbunuh dalam tidurnya di kawasan perumahan di luar Cape Town. Sementara seorang bayi lain menjadi mangsa tikus di Soweto, tak jauh dari Johannesburg pada hari yang sama. Lunathi ditemukan terbunuh dalam keadaan mengerikan oleh orangtuanya, pada 29/5/2011. Tidak ada tangisan ataupun jeritan sebelumnya. "Saya tidak dapat melupakan betapa mengerikan keadaan anak saya. Matanya terkeluar. Wajahnya rosak dari alis hingga pipi," kata Bukiswa Dwadwa (27 tahun), ibu bayi itu. "Tidak ada yang boleh melakukannya kecuali tikus," ujar Mncedisi Mokoena, ayah Lunathi. Beberapa jam kemudian, polis menemukan kes yang serupa. Seorang bayi perempuan diserang segerombolan tikus besar ketikan ibunya yang masih remaja pergi dengan teman-temannya. "Kami mendapat panggilan dari lokasi kejadian, tentang terbunuhnya bayi tersebut akibat serangan tikus," kata polis bernama Bongai Mhlongo. "Kami menahan ibunya dengan tuduhan kelalaian yang mengakibatkan kematian," tambahnya. Bulan lalu, Nomathemba Joyi (77) juga tewas setelah tikus-tikus raksasa memakan sisi kanan wajahnya. Di kawasan perumahan Afrika Selatan, tikus raksasa biasa ditemukan di tempat-tempat sampah. Tikus-tikus itu diyakini termasuk jenis African Giant Pouched Rats, salah satu jenis tikus terbesar dunia. Mereka lebih aktif di malam hari, pemakan segala, dan boleh membiakkan 50 anak dalam setahun. Beberapa suku di Afrika mengembangbiakkan tikus jenis itu untuk dimakan. -kompas.com GB SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Melayu Pulau Pinang Miskin Sejak Zaman BN Lagi Posted: 05 Jun 2011 05:00 AM PDT Fakta dan kedudukan sebenar mengenai orang Melayu di Pulau Pinang tidak boleh dipolitikkan kerana sememangnya orang Melayu adalah yang termiskin di negeri itu.Namun begitu, ianya bukan masalah baru sejak diterajui oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada tahun 2008 yang lalu kerana telah berlarutan semasa BN menerajui kepimpinan negeri lagi. Walau bagaimana pun sebagai sebuah kerajaan negeri yang memerintah, pelbagai usaha dilakukan bagi membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu. Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah sempena makan malam anjuran PKR Cabang Kulim-Bandar Baharu malam tadi. "Usaha bagi mengurangkan jumlah miskin tegar dilakukan oleh kerajaan negeri dengan mengunjurkan tambahan pendapatan supaya mereka yang berada dalam kategori ini mendapat pendapatan bulanan dari RM400 kepada RM500. "Dalam tempoh setahun pembasmian ini telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Pada tahun 2010 yang lalu sebanyak RM3.6 juta telah diperuntukkan bagi program ini," ujarnya lagi. Malah katanya, DAP tidak pernah mengamalkan sikap melampau atau cauvanis sepertimana yang didakwa oleh BN dan konco-konconya. "Sempena cuti sekolah pada bulan Mei ini, DAP kawasan Komtar yang diterajui oleh saya sebagai wakli rakyatnya, turut menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai. "Ini membuktikan bahawa persepsi yang cuba dibawa oleh Umno dan BN bagi menjebak kita sebagai parti perkauman dan rasis adalah menyimpang dan tidak benar sama sekali," tambahnya lagi. Beliau juga berkata, segala tohmahan dan serangan oleh Umno dan BN sebagai petanda bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir. Tindakan terdesak BN ini juga, katanya akan diteruskan selagi mereka tidak berjaya merampas kembali kedudukan kerusi yang telah hilang dalam pilihan raya 2008 yang lalu. UO SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Pulau Pinang Sesak Dengan Pelancong Musim Cuti Sekolah Posted: 05 Jun 2011 01:00 AM PDT Ke mana saja anda pergi di tempat-tempat tarikan pelancongan di Pulau Pinang, anda akan berdepan dengan kesesakan. Pulau Pinang dibanjiri pelancong dalam negeri sempena musim cuti sekolah.Selain pelancong dalam negeri, deretan teksi dan beca roda tiga atau lancia, setia menunggu beribu pelancong asing yang tiba dengan kapal pelancongan mewah di Jeti Swettenham. Kesesakan jalan raya amat ketara terutama sepanjang Jalan Sultan Ahmad Shah, dulu Northam Road, Jalan Kelwai, Persiaran Gurney, Jalan Burma, Jalan Gottlieb, Jalan Bagan Jermal, Jalan Tanjong Tokong hinggalah ke Telok Bahang. Di dalam kawasan pusat bandar raya, Tapak Warisan Dunia menjadi tarikan utama terutama oleh pelancong asing. Tetapi, kawasan yang pernah dikenali sebagai Malay Town, seolah-olah terasing dan kita ingin tahu apa yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Agama Islam yang mentadbir harta wakaf di kawasan Lebuh Aceh. Apa yang jelas, Pulau Pinang kini menikmati kehadiran pelancong dari dalam dan luar negeri yang amat ketara. Masalah besar yang dihadapi adalah sistem lalulintas yang agak ketinggalan zaman. Masih banyak jalan utama yang mengekalkan laluan dua hala seperti Jalan Kelawai, Jalan Burma dari simpang Jalan Pangkor hingga ke Jalan Gottlieb dan sepanjang Persiaran Gurney. Kesesakan mungkin dapat ditasi atau di kurangkan sekiranya laluan-laluan tersebut dijadikan laluan sehala. Semoga pentadbiran negeri dapat mempercepatkan usaha untuk memperbaiki sistem lalulintas di bahagian pulau, Pulau Pinang demi kebaikan semua pihak kudaranggi.blogspot.com UO SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Posted: 04 Jun 2011 09:00 PM PDT SESAL... Azy (kiri) dan Laili mencerita kesilapan lalu mereka. KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun. Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah 'tidur' dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu. Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan. "Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya. "Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada," katanya ketika ditemui Metro Ahad. Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya. Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan. "Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru. "Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru," katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini. Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran. "Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya," katanya. Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah. Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga. "Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa... kawan menjadi penyelamat. "Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain," katanya. Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya. "Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah. "Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam," katanya. Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain. "Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat. "Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah," katanya. Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki. Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain. Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit. "Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi. "Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran. "Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga," katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu. HM SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
LAWAK AHAD: PAK PANDIR KENCING Posted: 04 Jun 2011 06:00 PM PDT Satu hari Pak Pandir terbangun malam. Dia rasa nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Pak Pandir sungguh terkejut bila bukak je pintu, lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan tutup pintu, Sekali lagi dia terkejut bila lampu tu tertutup sendiri. Cepat-cepat dia kejutkan Mak Andeh yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yang terjadi padanya semasa kencing tadi."Abang heran lampu tu terbukak dan padam sendiri bila abang bukak dan tutup pintu". Mak Andeh yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata."Abang buat perangai lama dah... KENAPA abang kencing dalam peti ais lagi HAH????" SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan