Selasa, 14 Jun 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Tiba masanya untuk meng-innalillahiwainnailaihirojiun-kan UMporNO

Posted: 14 Jun 2011 06:52 AM PDT


Ini bukti UMporNO@BN tak pandai urus tadbir negara. Ini juga merupakan alasan kukuh mengapa kita perlu tanam mereka hidup-hidup dalam lubang kubor.

KUALA LUMPUR 14 JUN : Tindakan Kerajaan Umno-BN memohon belanjawan tambahan RM13 bilion akan memburukkan lagi defisit negara disamping mencerminkan kerapuhan rancangan-rancangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail peruntukan tambahan itu adalah "luar biasa" kerana ia menunjukkan belanjawan yang dibentang oleh Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini hanya bertahan dua bulan.

"Cadangan untuk tambahan belanjawan 2011 ini sudah diura-urakan sejak empat bulan yang lalu. Maknanya belanjawan 2011 hanya boleh bertahan dua bulan saja, Ini fenomena yang pelik , agak luar biasa, " kata Azan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin hari ini membentangkan rang undang-undang itu selepas sesi soalan dan memohon wang tambahan sebanyak RM13,186,713,000.

Terdahulu, Perdana Menteri yang juga menteri kewangan, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2011 telah memohon RM162,805,323,000.

Azan berkata permohonan untuk peruntukan tambahan begitu besar juga menunjukkan pakej-pakej ekonomi kerajaan tidak disokong oleh belanjawan yang betul, sehingga memerlukan lagi suntikan dana baru dalam tempoh singkat.

"Ramai ahli ekonomi berpendapat rancangan-rancangan kerajaan yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri sebenarnya tanpa mengambil kira keupayaan belanjawan, maksudnya program-program di bawah ETP, NKRA. Tidak ada kombinasi yang kukuh di antara pengumuman dan keupayaan belanjawan," kata beliau.

"Maknanya kepincangan sudah nampak dengan jelas. Bulan dua sudah ada keperluan peruntukan tambahan sehingga ia perlu dibentangkan sekarang," tambah beliau.

Beliau juga menegaskan kerajaan terpaksa memohon peruntukan tambahan itu kerana meluluskan terlampau banyak projek-projek untuk disogokkan kepada kroni yang memohon.

Azan mempersoalkan keperluan peruntukan tambahan itu jika benar dakwaan Perdana Menteri bahawa Malaysia mendapat suntikan pelaburan luar RM20 bilion yang berupaya menghasilkan RM60 bilion.

Beliau juga melahirkan kebimbangan belanjawan tambahan itu akan digunakan untuk "projek-projek mee segera" yang menguntungkan kroni Umno-BN sahaja.

"Kerajaan sudah memberikan beban kepada rakyat dengan menarik balik sejumlah subsidi, nampaknya ada lain-lain tempat mereka membelanjakan lebih banyak untuk menguntungkan kroni sehingga defisit negara perlu ditambah," kata Azan.

Beliau berkata peruntukan tambahan RM13 bilion akan memburukan defisit yang sudah pun amat serius, bermakna Malaysia akan terus mengalami masalah imbangan kewangan untuk jangka masa yang lama jika dasar-dasar BN dikekalkan.

Azan berkata kerajaan persekutuan sepatutnya meneladani kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang dalam menguruskan wang rakyat.

"Saya rasa Barisan Nasional menunjukkan ia tidak mampu merancang bajet dengan baik seperti yang dirancang oleh Pakatan Rakyat seperti di Selangor dan Pulau Pinang di mana kita boleh merancang perbelanjaan sehinggakan kita ada baki setiap kali perbelanjaan. Ini kerana kita tidak boros dan tidak ada ketirisan," kata beliau.- TVS NEWS

Sah... mereka bangang tapi mengaku pandai!! Mereka bukan saja tak pandai bajet duit, tetapi juga, kuat boros dan hanya pandai membazir duit saja. Duit rakyat derang bikin macam duit mak ayah derang jer. Tak cukup.... mintak lagi. Tak cukup mintak lagi. Tak der duit, mereka pow duit rakyat. Mereka 'hisap darah' rakyat sampai rakyat hidup tercungap-cungap.

Cer tengok.... bikin laman fesbuk pun sampai RM 1.8 milion. Belanja untuk acara Seniman jer sampai RM100 juta. Hisy.... apa kejadahnya!! Lepas tu, dengan pelbagai ETP dan NKRA-nya ler... tetapi semua rancangan dan program tersebut, indah khabar dari rupa. Pulangannya.... masih ????. Labun jer besor untuk tunjuk terrer tapi habuk pun tarak. Belanja jer besor tetapi hasilnya meragui. Yang ternganga rakyat, yang kenyang... puak-puak mereka.

Siut!! Guna duit rakyat buat itu dan buat ini.... tapi kantung negara bukan semakin gemuk tetapi semakin ringan. Yang sarat poket kroni dan proksi mereka. Yang buncit... perut dan tembolok mereka.

Sebab itu kita katakan yang kerajaan UMporNO@BN is a FAILED GOVERNMENT. That's why PRU13 nanti... kita kena vote for change. We can make a difference by VOTING THEM OUT!!

So... what say you people??

Jom kita....

Meng-'innalillahiwainnailaihirojiun'-kan UMporNO@BN!!

Pupuskan species ini!!

Posted: 14 Jun 2011 03:55 AM PDT

Gambar ini adalah daripada N3 di FB bro Zakri Ali Rangkuti

Bro kita tanya... Apa komen anda? Melihat Foto Anak PM Negara Islam.

Ini salah satu komen yang diperoleh:
Angie Cheong Lepas 30 tahun dia mungkin akan jadi PM Malaysia!!! 30 tahun yang lalu, jibby pun apa kurangnya... semasa Tun Razak jadi PM!!! Orang melayu mudah lupa... kata Madey!!!

Ini pulak respon teman terhadap komen Angie Cheong:

Melayu ini tak lupa. Yang mudah lupa ialah Piem 1Malaysia. Ha ha ha ha... Lupa daratan kerana terlalu syiuk dibuai Rosmah dan kemewahan dunia. Budak tu nak jadi PM Malaysia??

Nauzubillah min zalik. Like father like son. Species yang bakal mengancam kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia, ibu pertiwku. Lantas... species ini patut dipupuskan. Cara nak pupuskannya...??

Rakyat Malaysia kena bijak memiankan peranan mereka dalam negara demokrasi seperti negara ini. Oleh itu, bagi menjamin kejayaan usaha memupuskan species ini, jom kita beri sokongan padu kepada BERSIH. Jika pilhan raya kita bersih... kita dengan mudah boleh bersihkan species ini daripada berpaut pada tampuk kuasa negara, insyaAllah.

Oleh itu, 9 Julai ini.... JOOOOM BERSIH!!

Up up and awaaayy...

Posted: 14 Jun 2011 12:00 AM PDT


Tepi... Tepi... Tepi...

Super Heng nak up.... up... and awaayyy!!

Nak ke mana dia??

Nak berjihad!!


Kah kah kah kah...

Kesian dia... Dulu nak tunjuk perkasa dan berjihad dengan puak Kristian di Malaysia tapi tak kesampaian hajatnya. Kini dia nak ber'jihad' sekali lagi. But... dengan Bersih 2.0 pulak.

Don't play-play.... 'Jihad' habis-habisan weh.... pada 9 Julai nanti.

Kah kah kah kah.... Kah kah kah kah....

Entah-entah, dia yang 'habis' dulu. Weh... sedorler diri sikit. Mu tu baru lepas kena lapah. Nasib tak baik, mu yang habis kiookk dulu!!

GEGAR

Posted: 13 Jun 2011 09:30 PM PDT


Sana sini bergegar dan bergegar lagi.

Gegar di Sulawesi

JAKARTA 14 Jun – Satu gegaran kuat dengan kekuatan 6.2 pada skala Richter berlaku di kepulauan Sulawesi, Indonesia malam tadi namun tiada laporan kerosakan mahupun amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi di bawah laut pada kedalaman 13 kilometer dan 211 kilometer dari timur Manado, Sulawesi itu berlaku pada pukul 10.31 malam, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Tiada amaran atau makluman tsunami dikeluarkan di dalam laman web Pusat Amaran Tsunami setakat ini. - AFP

Gegar di Sumatera Utara

KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi.-BH

Gegar lagi di Christchurch

WELLINGTON: Beberapa siri gempa susulan melanda bandar Christchurch semalam, bandar yang pernah dilanda gempa bumi besar Februari lalu, meruntuhkan satu bangunan di antara beberapa lagi bangunan yang masih berdiri di kawasan bandar dan menyebabkan bekalan elektrik di beribu-ribu kediaman terputus. [Lagi di sini]

Yang menyalak tu anjing depa la...

Posted: 13 Jun 2011 07:15 PM PDT


Woofff!!! Wooofff!! Woooffff!!

Good dog...

Anjing sapa tu...???
Anjing peliharaan depa la... Hmmm.... Patut la depa tak ambik apa-apa tindakan??

KUALA LUMPUR, 13 Jun — Kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali yang mengisytiharkan "perang jihad" ke atas komuniti Kristian, yang didakwa media Umno baru-baru ini mahu mengambil alih status Islam sebagai agama persekutuan.

"Tindakan hanya akan diambil jika siasatan menunjukkan kata-kata yang dikeluarkan bercanggah dengan undang-undang negara," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (Segambut-DAP).

Lim mengemukakan soalan meminta kementerian menyatakan mengapa tiada tindakan diambil ke atas pihak yang mengisytiharkan "jihad" atas nama kaum dan agama.

"Saya mahu kesemua pihak berhati-hati dalam membuat dakwaan sedangkan kesahihannya belum dapat dibuktikan," kata Hishammuddin.

Dalam satu ceramah awal bulan lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat membantah tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Ketika itu, Hishammuddin berkata apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk "Kristian Agama Rasmi?" pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin DAP dan pemimpin Kristian telah menafikannya.-MI

Adeyy Bereheng.... Pooorraaahhhh!!

Posted: 13 Jun 2011 05:30 PM PDT


Brahim main ugut-ugut
Mu ingat Ambiga takut??

Brahim mahu tentang habis-habisan
Pigiraaahh....!! Bersih tetap akan diteruskan

UMporNO membisu, Barua depa yang bersuara
Bersih kata.... Mampuih pi hangpa la!!

Bersih tak mahu gaduh tapi Bersih juga tidak gentar. Baca apa kata Ambiga tentang senario yang berlaku....

Ambiga berkata perhimpunan BERSIH diadakan secara bertanggungjawab, aman dengan matlamat murni agar pilihan raya bebas dan adil diadakan di negara ini.

"Ramai rakyat Malaysia yang berkongsi pendapat ini, mereka menyokong penuh usaha kami. Saya tidak akan bergaduh dengan PERKASA yang membantah perhimpunan ini kerana ia adalah selaras dengan proses demokrasi dan kebebasan berpersatuan," katanya.

"Perhimpunan BERSIH akan diteruskan tanpa mengambil kira apa kata sesetengah pihak ataupun laporan polis yang dibuat. Kami tidak akan berganjak dengan ugutan," kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu.

[sumber]

Tiada ulasan: