Rabu, 22 Jun 2011

.

.


Post Istimewa 2

Posted: 21 Jun 2011 08:08 PM PDT

BERIKUTAN sebahagian lagi bualbicara bersama Dr Haron Din. Salam MSO.

"Negara Berkebajikan Pas Berbeza Dengan Kebajikan BN" – Dr Haron Din.

Datuk, Perdana Menteri, Mohd Najib Razak telah menempelak Negara Berkebajikan yang Pas hendak dilaksanakan. Katanya Pas telah ciplak kebajikan yang dibuat oleh kerajaan BN. Apakah benar dakwaan Najib itu atau pun memang ada perbezaan di antara Negara Berkabjikan yang Pas hendak bangunkan dengan kebajikan yang didakwa telah dibuat oleh BN itu?

(Perlahan dan tegas) Amat amat jauh... bezanya. Apa yang kita nak buat sesuatu kita berterasakan al Quran sebagai dasar. Quran adalah kebaikan sejagat dan kebaikan mutlak. Tidak macam orang yang berpegang kepada rasional dia hanya ikut kepala dia saja. Dia bercakap mengikut hati...kita bila perkenalkan kebajikan kita ambil dari Quran...yang disebut Baldatuntayibah.... ada hujungnya itu, rabbugharafu ... negara yang berkebajikan di bawah Allah yang maha pengampun. Kalau berhenti, negara kebajikan saja, (baldatuntayibah) kita dapatlah yang Jepun dapat, Amerika dapat, Perancis dapat, di mana mereka hanya dapat dunia saja. Di mana betul mereka dapat baldatunyaibah tetapi tidak mendapat rabbugharafu, mereka kufur.

Jadi kita berjuang ini bukan untuk dunia ini saja, kita akan bawa sampai ke akhirat. Kalau maju pun yang Allah taala kutuk buat apa? Kita fokus kepada rabbugharafu, Tuhan yang maha mengampun. Bagaimana Tuhan nak mengampun kalau kita membina negara kita ke arah kemaksiatan...bermaharajala lela, nak ampun macam mana negara yang penuh dengan rasuah. Padahal di dalam hadith sahih, (sambil membaca hadith) bermaksud; yang bagi rasuah, yang menerima rasuah, yang menjadi perantaran melakukan rasuah, semuanya masuk neraka.

Jadi keliling kelalang orang tahu negara kita tenat dengan rasuah...kejujuran yang dikatakan dalam semua hal, misalnya pilihan raya orang tahu berlaku penipuan. Jadi ketidakjujuran di dalam memerintah, malah kroni dan sebagainya, bagaimana kita nak dapat rabbugharafu di dalam hal-hal seperti itu?

Bila kita balik, semua kepada apa yang Pas telah buat..di Kelantan untuk perbandingan.. adakah selama ini... Pas perintah Kelantan sejak 1990, adakah kes-kes immoral sama ada rasuah, kes skandal atau salah guna kuasa, berlaku? Saya tahu orang semua tahu boleh bandinglah dengan apa yang dibuat di Kelantan. Contoh apa disebut di dalam muktamar baru-baru ini, Tok Guru Mursyidul Am, (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dia tidak duduk rumah kerajaan dan duduk rumah sendiri... dia dapat elaun perumahan...dia tidak ambil. Dan saya berkawan dengan dia lama, dia tak sebut pada saya. Isteri MB mana-mana pun ada peruntukan make-up tetapi isterinya tidak ambil. Kita tahu isteri siapa yang paling mahal harga make-upnya.

Elaun keraian kenduri hari raya, dia buat dengan duit dia sendiri, kenduri kahwin anaknya dari duit dia sendiri. Dia tidak ambil dan dia bagi balik kepada rakyat. Saya cadangkan elok kalau interviu dia tanya kenapa dia tidak ambil semua wang itu? Maknanya kita (Pas) tidak rakus dan pemimpin kita tidak mengambil kesempatan.

Kalau itulah orangnya mengapa didedahkan dia dengan rasuah, sedangkan duit yang halal dia tak ambil. Itulah saya kata orang menilai ini semua sebab itu orang suka melabor di Kelantan.

Ini yang orang tidak tahu negara berkebajikan walaupun kita memerintah belum pegang Pusat. Kita pegang negeri saja, inilah benda yang kita sebutkan tadi, bahawa negara berkebajikan itu jauh beza dengan negara lain dan kita akan lakukan sesuatu yang orang tidak nampak itu kebaikan yang balik kepada rakyat. Jadi di sini jelas bezanya apa yang dakwan Najib dengan apa yang hendak Pas buat.

Bila dia berkata begitu, kita sedar untuk dijadikan umpan kepada rakyat, agar berpihak kepada dia. Tetapi yang saya sebutkan tadi bahawa kita ambil Islam sebagai asas perjuangan kita. Hidup kita ini bukan selesai setakat mati saja. Pemerintah adalah pemegang amanah. Ada Hadith sahih (sambil membaca hadith) bermaksud; "mana-mana pemimpin yang memerintah umat Islam dia mati dalam menipu rakyatnya, Allah haramkan dari masuk syurga."

Menipu rakyat bukan menipu semua rakyat. Contohnya, Nabi kita sebelum dipanggil menghadap Allah, dalam keadaan keuzuran kerana nak 'musafir' jauh sempat panggil semua orang yang ada, dan menyebut, sesiapa yang aku aibkan di tengah ramai, datanglah kepada aku ambil hak dia balik dan aibkanlah aku. Dan dia sebutlah apa yang aku buat ini sebagai nak balas balik. Sesiapa yang telah aku pukul belakangnya, ini belakang aku, datanglah pukul balik, ambil balik hak kamu (qisas) balik aku tidak mahu berjumpa dengan Allah aku ada kezaliman yang aku tinggalkan kepada rakyatku.

Satu riwayat menyatakan seorang lelaki, tampil ke hadapan Rasululah s.a.w. berkata dulu Rasulullah tikam perut aku dengan tongkat dalam satu barisan tentera dan saya terasa sakit ketika itu...saya nak qisas, (balas). Sahabat merayu jangan dan dia kata dia nak balas juga. Rasulullah juga melarang jangan itu hak dia. Dia datang dan tongkat itu ada, dia kata tak adil dulu semasa tuan tikam aku baju aku terbuka, sekarang tuan pakai baju dia minta dibuka baju untuk menikamnya. Orang ramai dan sahabat merayu janganlah, tetapi dia kata tidak... aku nak balas juga. Nabi membuka perutnya... lelaki itu datang, bukan menikam tetapi mencampak tongkat ke bumi dan mencium perut Rasulullah sambil berkata, "saya telah memaafkan tuan sejak hari itu lagi sebab saya bersalah. Jadi hari ini adalah peluang saya untuk mengucup perut tuan."

Jadi roh daripada hadith itu pemimpin Islam (Pas) ini dilatih dan diterbiyah dia takut melakukan kezaliman sampai ke situ sekali.

Umar al Khattab, dalam satu episod...semasa dia hendak tiba di saat akhir hayatnya, dia kata aku tidak bimbang aku bejumpa Allah tentang kezaliman aku kepada mausia kerana aku telah berbuat dan adil kepada kamu sehingga aku tidak adil kepada isteriku. Yang paling aku bimbang, takut ada seekor unta yang berjalan di Bhagdad (Iraq), tersliuh kakinya disebabkan berjalan di jalan yang aku tidak bina dengan baik. Aku bimbang unta itu komplen di depan Allah ia mati kerana kakinya terseliuh kerana berjalan di negeri yang Omar sebagai pemerintahnya.

Itulah negara berkebajikan yang dibanding dengan PM dakwa itu. Itu dia boleh buatlah, tapi adakah dia berani mengatakan yang dia buat Allah redha. Kalau redha apa jadi dengan dosa-dosa yang berlaku hari ini?[wm.kl.11:11 am 22/06/11]

Celoteh Murai 83

Posted: 21 Jun 2011 05:35 AM PDT

Tidak Perlu Takut Dan Bimbang Dengan Salentia

Ramai orang marahkan kepada Salentia. Yang marah itu pula yang cerdik yang tidak sanggup berada di belakangnya. Semuanya kerana kerenah politiknya yang sedemikian ada itu. Kerana marah juga ada meminta Murai mengulas tentang Salentia dan membelasahnya secukup-cukupnya. Terus terang Murai kata Murai sudah jemu untuk membicarakan makhluk ini.

Tidak kurang juga kerana geram dan tidak tahan perasaan melihat gelagtnya, meminta polis supaya menahannya dan siasat di bawah akta hasutan. Pada Murai desakan itu semua adalah sia-sia saja, ia tidak akan memberi apa-apa bekas. Polis tidak akan tangkap Salentia. Murai percaya, Salentia bukan buru politik negara ini, malahan mana-mana negara juga termasuk Jeboti.

Bila Murai kata begitu ini bukan bermakna Salentia kebal dari tindakan undang-undang. Tidak... Polis tidak akan berkas dan seret Saletina kerana polis tahu Salentia bukan mahkluk dan tokoh yang merbahaya kepada negara ini. Salentia bukan Mat Sabu dan jauh sekali bukan Anwar Ibrahim. Beliau tidak lebih seperti Jamili Shadat atau pun peserta Raja Lawak saja.

Selama ini Salentia cuba meletakkan dirinya seperti Mat Sabu, mempunyai penyokong ribuan orang. Atau pun menjadi seperti Anwar Ibrahim. Tetapi sudah penat dia menjerit, melolong dan menjadi anjin tetapi tahap itu tidak pernah dicapainya. Maruah dan martabat dirinya tidak pernah naik atau melebihi daripada seekor katak puru yang berkudis.

Ciak masih ingat macam mana dia mengambil pendekan dan pelan politik ala-ala Anwar semasa beliau dipecat dari Umno tahun 2006 dulu. Selepas dia dipecat dia ke Australia beberapa hari. Dia suruh orangnya berhimpun dan menyambutnya di airport Kota Bharu. Dia nak tiru macam Anwar yang disambut puluhan ribut di airport apabila Anwar balik dari luar negera atau sebaik dipecat.

Tetapi apa yang hendak ditiru itu tidak menjadi. Yang ke airport hanya kira-kira 30 orang sahaja. Yang menanti dan menunggu Salentia di rumahnya hanya anak beranaknya saja dan dua tiga kerat pada pendolor pantaknya yang diupah dengan tea tarik atau sama serial. Itu saja.

Pelan yang dibuat Salentia tidak menjadi. Dia tidak sehebat Mat Sabu atau Anwar Ibrahim. Itulah menyebabkan dia jadi gila iseng. Dia kecewa dan cemburu kepada kehebatan Anwar dan Mat Sabu.

Kerana menyedari sejauh mana kehebatannya maka polis tidak perlu bimbang sedikit pun terhadap segala aktivitinya. Sebab itu Nazri Aziz kata tidak ada kes ke atas Salentia. Bukan tidak ada kes, tetapi kerana ia berlaku ke atas Salentia. Apa yang dibuatnya termasuk istyhar nak jadi tentera Salib, atau membakar gambar Ambiga...tetapi tidak sampai ke mana. Semuanya hanya macam suara dalam tempayan sahaja.

Polis tahu kalau tangkap dia sumbat dalam lokat, menghabiskan beras rakyat saja. Sebab itulah polis tidak teliur untuk tangkap Salentia seperti mana polis teliur untuk tangkap Ambiga, Mat Sabu atau Anwar Ibrahim. Jadi laporan polis ke atas Salentia hanya sia-sia sahaja, menghabiskan tenaga... polis tidak akan lakukan apa-apa.

Semua orang boleh tenguk sendiri bagaimana lagaknya. Baik di Parlimen atau di luar Parlimen. Dia hanya seperti jaguh tua yang kokok berderai ekor bergelumang tahi sahaja. Sebab itu Nik Aziz hanya tersenyum atau jebeh mulut saja bila disebut soal fiil perangai Selantia itu. Baginya Salentia hanya tak ubah seperti kucing kurap yang diambil dijalan yang tidak sedarkan.

Jadi kepada mereka yang membenci Selantia, Murai nak nasihatkan tenangkan kepala. Jangan layan makhluk ini. Tidak payah komen atau pun repek apa-apa terhadapnya. Anggap sajalah dia seorang kanak-kanak yang mengalami down sindrom yang sudah rosak saraf.

Juga usahlah rasa gerun dan takut dengan apa juga kata-kata dan ancamannya. Mereka yang kena siapa Selantia tidak akan gentar walaupun suaranya kuat bagaikan halalintar. Suaranya hanya bak meriam buluh, berbunyi kuat tetapi kesan tidak ke mana.

Selantia sering mendabit dada kononya dia seorang hero. Sudah ditahan di bawah ISA dua kali. Ke mana dia pergi itulah yang diungkit dan diangkatkan. Sebenarnya penahanan beliau tidak boleh dianggap dia seorang yang berani, merbahayakan kepada negara. Penahanannya tidak seperti penahanan Karpal Sigh atau pun Syed Husin Ali.

Orang tidak tahu dia ditahan bukan kerana kehebatannya tetapi ditahan kerana untuk dijadikan sumber maklumat kepada polis. Polis sudah kenal siapa dia manusia ini yang boleh menukar warna dalam keadaan tertentu dan boleh melompat ke mana saja. Jadi polis sangat suka kepada orang seperti ini, bukan bimbang atas kehebatannya tetapi untuk dijadikan perkakas...


Selantia ini sebenarnya perkakas serba guna yang boleh digunakan oleh sesiapa saja untuk apa saja tujuan termasuk memikul tandu ataupun memikul kandaran tahi.

Murai: Sangat kenal dengan makhluk ini.

Tiada ulasan: