Rabu, 22 Jun 2011

Era Pasca

Era Pasca


TENGOK CEPAT!! PAPER ONLINE DAH BUANG DAH POLL NIH....

Posted: 22 Jun 2011 02:35 AM PDT


kahkahkahkahkahkah 
Apa lagi nak dikata.... kahkahkahkah

POLIS,NAJIB, PERKASA korang buleh nak beri seberapa banyak amaran pada RAKYAT MALAYSIA, TAPI kami rakyat MALAYSIA tahu PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG.... 

DALAM PERLEMBAGAAN berhimpun bukan satu kesalahan! kahkahkah RAKYAT BEBAS BERSUARA.... kahkahkah

PERKASA BAWAK 14,222 orang Je ker?

KANTOI!! FULL VIDEO ANWAR TERSEBAR!!! INI SEMUA DEMI RAKYAT!!

Posted: 21 Jun 2011 08:04 PM PDT

ini yang di gembar gembur oleh UTUSEX Malaysia...

fuh.... meroyan beb juak2 UMNO... ini full video ANWAR nih... nengok ler sendiri... semua DEMI RAKYAT!!

GAMBAR PUTRI UMNO KANTOI BASAH!!! TERLATEST DARI LADANG!!

Posted: 21 Jun 2011 08:57 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam Reformasi. Meletoooooooooooopp!!! apa nak jadi ngan Parti Gerombolan Songkok Tinggi Ketuanan UmporNo ni? Satu demi satu kantoi ngan kes salah laku seks! Adakah ini perkara biasa? atau perkara yang sememangnya sudah menjadi lumrah? kah kah kaaaaaaaahh!!

Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Yusmawati Yaacob, 31, yang hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki, Mohd Jasmi Ismamil, 47. Yusmawati didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama dan sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua pasangan itu ditahan oleh sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu.

Mengikut HUKUM ALLAH apa yang sepatutnya dilakukan? mana lebih tinggi? HUKUM CIVIL REID, SYARIAH ALA ALA CIVIL atau HUKUM ALLAH YANG TERMAKTUB DALAM AL QURAN DAN HADITH? Setakat denda rm2000 bukan pengajaran namanya!

ORENJI-OREN

kalau takut di pukul ombak maka 5 pukul 1 beb.. kah kah

Posted: 21 Jun 2011 05:54 AM PDT

gua dgn ni merasmikan himpunan BERSIH golongan2 muda yg sedia utk tooron kejalanraye subulum pilihan raya.. lu org admin2 sume di jemput utk minum teh dgn gua kek kedai dokek2 dgn umah gua subulum  9 julai ini.. amacam ? ade bran ? kah kah.. sile servey dan klik SiNi Abbs utk ketahui betape MENYAMPAHNYE GOLONGAN2 MUDE TERHADAP KERAjaan umngok perkasaM dan kimmaK

PESAN GUA SELAKU BELOGUR YG TAK BERTAULIAH INI
KAH KAH KAH.. JGN LUPE KAY! ADE BRAN ?

Pekida: ‘Kami bukan gengster, kami tolong Melayu’...tolong lihat anak buah apa yang berlaku...!!!

Posted: 20 Jun 2011 10:30 PM PDT

"Pekida bukan kumpulan gengster, yang gangster, yang 'pau' dan pukul orang tu kumpulan 'serpihan' yang asalnya dulu Pekida," kata Penasihat Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Hamzah Daud.


PETALING JAYA: "Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang!" kata Shark tidak puas hati kerana bimbang Malek akan merampas takhtanya sebagai ketua kumpulan kongsi gelap Kuala Lumpur satu hari nanti.

Shark (lakonan Shamsul Yusof) dan Malek (Aaron Aziz) merupakan watak dalam filem KL Gangster yang meceritakan tentang  survival segelintir  anak muda yang hidup di tengah kepesatan ibu kota, akhirnya memilih jalan hitam sehingga terjebak dalam kancah sosial dan gengsterisme.

Namun di sebalik kisah fiksyen itu timbul satu persepsi apabila terdapat beberapa adegan yang didakwa menyentuh 'kod rahsia' dan secara terang mempersendakan pergerakan kumpulan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Sekaligus meninggalkan tanggapan kepada penonton bahawa badan bukan kerajaan itu (NGO) seolah-olah seperti satu kumpulan mafia yang memeras ugut dan menindas golongan bawahan.

Persoalannya, adakah benar pertubuhan yang dinaungi mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ini bergerak dengan cara sedemkian?

"Pekida bukan kumpulan gengster, yang gengster, yang 'pau' dan pukul orang tu kumpulan 'serpihan' yang asalnya dulu Pekida.

"Kemudian keluar tubuhkan kumpulan baru yang tidak berdaftar dan ambil kesempatan atas nama Pekida untuk melebarkan kuasa dan pengaruh mereka," tegas Penasihat Pekida Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Hamzah Daud.

FMT turut mendapat penjelasan lanjut mengenai perjuangan Pekida dan kepentingannya kepada masyarakat awam sekaligus merungkai kekeliruan sesetengah pihak.

Sumpah bai'ah


Soalan (S):  Apakah perjuangan Pekida?

Jawaban (J):  Pekida merupakan kumpulan berdaftar yang wujud sejak tahun 1967 dan asas pergerakannya daripada Thailand. Sebelum diiktiraf menjadi ahli Pekida, individu perlu melakukan sumpah bai'ah (ikrar taat setia) menjaga adat, keturunan, budaya, agama, bangsa dan negara. Gelaran 'Kumpulan 30′ itu sebenarnya diambil daripada jumlah 30 juzuk al-Quran, membawa maksud kami berjuang berlandaskan agama.

Selain melakukan kerja kebajikan termasuk membina rumah anak yatim di Bentong, Pahang, kami turut bantu selamatkan anak Melayu daripada terus hanyut dalam

kesesatan. Kami bergerak secara sukarela tanpa mendapat bantuan kewangan daripada sesiapa, tanpa gaji. Kami makan sendiri, suap sendiri, basuh sendiri.

S: Bagaimana Pekida boleh dikaitkan dengan kumpulan gengster dan mafia?

J: Pekida diumpamakan sebagai seorang bapa. Apabila anak-anaknya buat hal jadi jahat, yang dapat nama busuk adalah bapa sendiri. Pekida menggunakan lambang tiga garisan warna hijau (bersatu), kuning (taat) dan merah (setia). Malangnya individu yang telah melanggar sumpah bai'ah keluar daripada perjuangan mengambil kesempatan menggunakan nama dan lambang Pekida sebagai platform menubuhkan dan menggerakkan kumpulan haram gengster dan mafia.

Wujudnya kumpulan '77′, 'Kumpulan Merah', 'Semerah Padi', 'Pewaris' ini adalah serpihan bekas ahli Pekida yang berhaluan kiri. Mereka 'pau' sana 'pau' sini, yang dapat nama busuk adalah Pekida. Gelaran ayahanda memang asalanya daripada Pekida tetapi sekarang banyak pertubuhan lain yang pakai gelaran yang sama.

Tetapi apa yang saya kesalkan pertubuhan kami dikomersilkan sehingga menjejaskan maruah dan menghina perjuangan kami. Adakah ia satu hiburan apabila menyentuh kredibiliti kami yang memperjuangkan Islam? Penggunaan strategi nak lariskan sesuatu filem itu adalah hak masing-masing tapi jangan sentuh maruah dan hak peribadi seseorang.

Kalau benar Pekida ni kumpulan gengster, sudah lama kami ditangkap dan pertubuhan kami dibubar dan  diharamkan. Sebab itulah sekarang kami memutuskan mahu buat proses 'pemutihan' sehingga November depan dengan turun padang dan bersihkan imej kami daripada terus disalahgunakan oleh pihak tertentu.
 
Ahli Pekida 3 juta

S: Bagaimana wujudnya panggilan Ayahanda, Abang Long dan  Abang kawasan?

A: Pemimpin tertinggi dalam Pekida dipanggil ayahanda/bonda, abang long/kak long, abang kawasan yang dilantik mengikut hirarki. Secara amnya dalam sesuatu pertubuhan ada ada presiden, naib, timbalan tetapi sebagai satu gerakan yang sangat mementingkan semangat kekeluargaan, kita takkan panggil orang dalam keluarga kita 'tuan' atau 'bos' tetapi panggilan mesra atas rasa hormat dalam satu keluarga iaitu ayah, abang dan kakak. Setiap pemimpin ini bertanggungjawab mengawal anak buahnya dan buat kerja disetiap kawasan ikut lunas undang-undang negara.

Atas sebab inilah Pekida mempunyai kira-kira tiga juta ahli di seluruh negara dan di Wilayah Persekutuan kami ada 500,000 orang.
S: Apa rasionalnya Pekida 'jaga kawasan'?

J: Kita peka dengan gejala sosial yang membelenggu anak bangsa sendiri tetapi persoalannya bagaimana kita nak bergerak dan bantu mereka tanpa modal? Mata kita ditutup, tangan diikat. (Selama) 53 tahun merdeka tapi tahap ekonomi Melayu belum sampai 30 peratus, cuma 11.2 peratus sahaja. Ada parti politik yang sepatutnya menjadi tonggak membela nasib orang Melayu tetapi adakah kita masih buta dalam celik?

Kita masih diperkotak-katikkan orang kita sendiri. Semangat perjuangan hanya menjaga kepentingan dan agenda masing-masing. Selama mana nasib Melayu boleh diperjuangkan?

Sosio-ekonomi jatuh. Bila saja terdesak cari 'along'. Sampai bila dan kenapa benda ini berterusan?

Bila timbulnya isu penculikan, setiap hari ada tujuh hingga lapan kes penculikan untuk tujuan perdagangan mahupun sindiket pelacuran. Nak selesaikannya mengambil masa yang lama antaranya kerana nisbah bilangan anggota pihak berkuasa dengan kepadatan sesuatu penduduk kawasan tidak cukup.

Tetapi dengan cara kami yang tersendiri kami dapat selesaikannya. Kita dedahkan perkara sebenar tetapi kita pula dipersalahkan.

Tiada ulasan: