MiLo SuaM |
| Permainan games yang menghina Islam Posted: 21 Jun 2011 04:31 PM PDT Sebuah permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah. Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah. Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah. Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu. ![]() Hassan Mahmud Al-Hafiz Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati. Pintu Kaabah yang ditojolkan sebagai Pintu terakhir untuk menemui ketua syaitan Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu. (Diterjemahkan dalam bahasa Melayu) "wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan" Dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Di akhir babak, karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible. "Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy". Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan? Sumber: [Tranungkite] |
| Lebih sejuta rakyat menyokong Perhimpunan BERSIH 2.0 Posted: 21 Jun 2011 03:02 AM PDT DALAM keadaan kerajaan gerombolan songkok tinggi cuba menyekat perhimpunan BERSIH 2.0 "walk for democracy" daripada diadakan pada 9 Julai 2011 ini, menggunakan pelbagai teknik provokasi, ancaman dan ugutan melalui media-media arus perdana, ternyata gerombolan songkok tinggi merangkap gerombolan video lucah bagaikan "cuba menahan hujan dengan tudung saji". Undian yang dilakukan oleh The Star Online menunjukkan bahawa lebih sejuta rakyat bersetuju perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan terus diadakan [Malaysiakini]. ![]() Keputusan bancian ini menunjukkan bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan agama yang membaca akhbar The Star Online menyedari bahawa satu perubahan perlu dilakukan terhadap pilihanraya Malaysia. Rakyat Malaysia kini matang, dan sedar ketidak adilan yang berlaku pada setiap kali pilihanraya maka rakyat menuntut keadilan. Negara ini negara rakyat, negara ini milik rakyat bukan milik menteri-menteri, bukan milik perdana menteri dan juga bukan milik Bik Mama. Kami rakyat Malaysia mahukan pilihanraya yang bersih, adil dan telus, ini hak kami rakyat Malaysia. BERSIH 2.0 menuntut hak rakyat, maka kami sokong! Suara rakyat suara keramat! ReJaM© "Bik Mama beli beg tangan harga RM1 Juta kami tak sokong!" ![]() |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan