Khamis, 30 Jun 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


BERSIH 2.0 - Dua Lagi Wakil Rakyat Ditahan..

Posted: 29 Jun 2011 09:54 PM PDT

Polis terus mengasak penyokong BERSIH 2.0 dengan menangkap mereka yang berpakaian kuning, termasuk dua lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak.

NONEAhli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (kiri) dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai berserta dua lagi anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat pagi ini kerana berpakaian kuning.

Lee mendakwa beliau dicekup sebaik tiba sekitar pasar itu pada jam 9 pagi. Wakil rakyat PKR itu terus digari dan diheret ke ibu pejabat polis daerah Ipoh.

"Saya tidak memakai kemeja T BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya," katanya ketika dihubungi.

Lee juga berkata beliau tidak mengedarkan sebarang risalah atau membawa sebarang sepanduk ketika itu.

Menurutnya, polis memaklumkan kepadanya beliau ditangkap mengikut Akta Polis bagi menghalang perhimpunan haram.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tangkap Apa Saja Yang Warna Kuning

Posted: 29 Jun 2011 09:12 PM PDT



Baca disini
SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Paku ditabur, program solat hajat Bersih disabotaj

Posted: 29 Jun 2011 07:39 PM PDT

SHAH ALAM: Paku ditabur sekitar kawasan tempat letak kereta program solat hajat dan pidato khas sempena Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam yang berakhir tengah malam tadi,

Seorang aktivis PAS Shah Alam, Mohd Khairul Afandi Ibrahim memberitahu KeadilanDaily, mereka menemui ratusan paku dan benda tajam yang ditabur selepas aduan orang ramai.

Ribuan hadir program yang menampilkan antaranya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam); Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi serta wakil sekrertariat Bersih, Arumugam.Menganggapnya sebagai sabotaj, beliau berkata, mereka menghabiskan lebih sejam untuk membersihkan kawasan itu dan menempatkan Unit Amal supaya gangguan tidak berlanjutan.


Antara ribuan umat Islam yang menyertai solat hajat sempena Himpunan Bersih 2.0
Malaysiakini pula melaporkan, cubaan merampas baju Bersih oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah itu.

Pada kejadian di pintu masuk Stadium Melawati, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju Bersih yang dijual. Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.
Kelihatan dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

Keadaan hampir 10 minit itu mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.

Sumber disini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Dalam Stadiumpun Polis Nak Buat Kecoh

Posted: 29 Jun 2011 07:00 PM PDT



Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam ini. Pada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati sebentar tadi, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual. Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.


Kelihatan sebuah van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya. Kekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar.

Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan. Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'. Sementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa.

Sumber disini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Percubaan Tangkap Yang Yang Dilakukan Semberono

Posted: 29 Jun 2011 06:09 PM PDT

OCPD (berbaju biru) mengarahkan Chegu Bard supaya menghentikan ceramah

Malam semalam, sekali lagi polis membuktikan mereka menjadi perkakas kepada kerajaan Barisan Nasional. Dalam siri ceramah Chegu Bard yang sepatutnya berlangsung di Serom 3, Ledang bersama dengan Cikgu Mala telah berjaya digagalkan oleh Polis dan FRU.

Walaupun program ceramah ini dibuat di dalam premis sendiri dan permohonan permit telah dibuat lebih awal (dan tidak diluluskan) polis seperti biasa terus 'mengikut arahan' untuk menggagalkan program ini.

Tuan rumah telah dipanggil OCPD dan diberikan amaran supaya menghentikan ceramah. Dalam masa yang sama penceramah pertama Cikgu Mala memberikan ruang kepada Chegu Bard untuk memberikan ceramah kerana telah menjangkakan Polis dan FRU akan menghentikan juga program ini walau dengan apa cara sekalipun.


Baca disini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blogger Belaan UMNO Terkencing Dalam Seluar

Posted: 29 Jun 2011 05:36 AM PDT

Johari cabar papagomo dedah klip video penuh

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mencabar pemilik blog Papagomo supaya menayangkan rakaman video penuh semasa beliau sedang menonton video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang di bilik Hotel Flamingo Mac lalu.

"Saya cabar Papagomo keluarkan klip video penuh yang dirakam semasa saya menonton video seks itu. Jangan setakat dua minit saja kerana pertemuan kami lebih dua jam setengah.

"Sekurang-kurangnya tayanglah klip video selama 32 minit," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Rabu.


Menurut Johari yang yakin pemilik blog pro kerajaan itu memiliki rakaman penuh klip video beliau sedang menyaksikan video seks kononnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama trio Datuk T mahu rakaman audio bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik didakwa menawarkan wang 'pelincir' sebanyak RM50,000 kepadanya turut didedahkan.

"Saya minta siarkan juga di mana babak Rahim tawarkan duit dan keselamatan serta berjanji membawa saya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri. Dalam klip video itu pasti ada disebut dengan jelas," ujarnya.

Johari yang juga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengakui menonton video seks bersama trio Datuk T Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Abdul Rahim dan Datuk Shuaib Abdul Lazim yang juga bapa saudara beliau.

Katanya, beliau sudah memaklumkan jemputan itu kepada Anwar dan bersetuju untuk datang atas dasar persahabatan dan hubungan anak saudara kepada Shuaib.

Di dalam paparan klip video terbaru ini, ketiga-tiga mereka kelihatan sedang berjenaka manakala Johari dilihat sedang ketawa dan memperkatakan sesuatu tentang adegan yang terdapat di dalam klip video yang sedang dia saksikan itu.

Bagaimanapun, Johari mengakui beliau bersikap demikian kerana ingin menjaga hubungan persahabatan di antara mereka yang sudah lama terbina, apatah lagi bapa saudaranya juga berada di situ. "Saya dapat rasakan mereka mahu memerangkap saya… sebab itu saya angguk dan senyum. Anda bayangkan saya ada perasaan bahawa ia bukan mengenai Anwar tetapi dosa. "Oleh itu, saya terpanggil untuk menerangkan isu ini kerana klip video selama dua minit itu mendapat pelbagai tafsiran oleh semua pihak," katanya. - mStar


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Wardina belum tahu status kontrak dengan TV3

Posted: 29 Jun 2011 05:19 AM PDT

Personaliti televisyen popular Wardina Safiyyah berkata beliau setakat ini masih belum mengetahui status kontraknya dengan stesen TV3 berhubung isu melibatkan kehadirannya di satu program anjuran PKR pada 26 Jun lalu.

"Saya masih belum bercakap lagi dengan mereka berhubung perkara itu," kata pengacara bagi program Malaysia Hari Ini (MHI) itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Difahamkan, Wardina setakat ini tidak menghadapi masalah berhubung status kontrak berkenaan walau timbul persoalan mengenai sikapnya yang kini didakwa berani menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.


Persoalan itu dimuatkan dalam beberapa laman blog pro-BN, antaranya melalui anwaraidc.com dalam tulisan bertajuk 'Wardina Safiyyah Secara Terbuka Sokong Anwar.'

Tulisan yang disiarkan pada Isnin itu antara lainnya menyebut, Wardina sebelum ini telah "dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3."

Beliau turut ditanya mengapakah sesetengah pihak mempertikai kehadirannya di program berkenaan, semata-mata kerana beliau berkhidmat dengan stesen milik kumpulan Media Prima itu.

Dengan pantas Wardina menjawab, itulah juga soalan yang ingin dikemukakannya.

"Saya sebelum ini pernah berjumpa (menteri besar Kelantan) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka (penulis blog) timbulkan isu besar juga mengenai itu. Tapi kemudiannya (isu berkenaan) surut.

"Mereka faham tujuan saya berada di sana (berjumpa Nik Abdul Aziz), tiada cakap-cakap politik (berlaku)," katanya yang berharap isu yang kini panas diperkatakan itu akan kembali sejuk.

Wardina yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang apolitikal berkata, beliau turut menjadi sasaran mudah untuk dilabelkan sebagai pro-Pakatan kerana secara umumnya masyarakat Malaysia amat suka meletakkan label kepada seseorang.

"Kita juga menekan mereka jika mereka tidak bersetuju dengan kita, tapi semua orang ada hak untuk hidup di negara ini.

"Saya cuma ingin menghulurkan tangan dan menghubungkan jurang ini. Ianya OK jika kita ada perbezaan pendapat, ianya satu perkara yang baik.

"Tapi ianya menjadi isu yang sangat serius, dengan menakutkan mereka, tidak membenarkan mereka bercakap dengan orang lain, ramai rakyat yang akan ketinggalan," katanya lagi yang turut meminta maaf sekiranya kehadirannya di majlis berkenaan menimbulkan kekeliruan kepada stesen TV berkenaan.

Dalam satu sidang media pagi ini, Wardina dilaporkan berkata beliau tidak mengatahui bahawa program Karnival Mesra Rakyat di Petaling Jaya itu adalah anjuran PKR.

Mkini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: