Khamis, 30 Jun 2011

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


GELOMBANG....

Posted: 29 Jun 2011 05:53 PM PDT

Malaysia menuju darurat. Itu gambaran yang dibentangkan kepada rakyat gara gara himpunan Bersih. Entah macam mana polis pun dapat risikan kononnya jika berlaku himpunan tersebut, maka negara akan mengahadapi kucar kacir, kerosakan harta benda akan berlaku malah mungkin akan berlaku kehilangan nyawa. Itu persepsi awal bagi menghalang Bersih.

Jika himpunan berlaku mungkin tidak mustahil bayangan yang disebut oleh risikan polis itu akan berlaku tetapi mungkin ianya satu perancangan bagi mengotorkan Bersih. Pemimpin Bersih berulangkali menegaskan himpunan itu adalah aman dan telah terbukti himpunan seumpama itu memang aman.!

Semua himpunan anjuran Pakatan Rakyat tidak pernah merosakkan harta benda. Malah ia turut disertai oleh kalangan wanita muslimah bersama anak kecil mereka. Bolehkah dibayangkan orang yang ingin membuat rusuhan akan mengangkut habis anak kecil mereka bersama.?  Bagi peserta himpunan Pakatan Rakyat sebelum ini khususnya PAS, mereka hadir dalam bentuk sokongan santai... bergerak dalam kumpulan besar sambil mendengar ucapan dan akhirnya singgah di kedai untuk shoping.....

Sangat pelik risikan dan gambaran sebegitu sekali di persepsikan kepada masyarakat. Ulasan dan hujjah yang di kemukakan di media seakan menunjukkan sesuatu yang dahsyat akan berlaku... padahal semuanya berjalan dengan aman dan tenang setakat ini dan akan terus tenang dan terkawal.

Pihak penganjur hanya berharap pihak polis memantau disamping membuka laluan untuk laluan dengan menutup beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur. Setakat ini ... yang nampak nak buat kacau hanya kumpulan samseng taik katak... Brahim Ali!

Usaha menakutkan adalah langkah awal menggagalkan himpunan tersebut. Tohmahan dan fitnah dengan kaitan berbagai unsur luar yang didakwa berselindung di sebalik himpunan tersebut adalah langkah membenarkan tuduhan keganasan yang di dakwa. Dan pastinya beberapa langkah berikutnya akan dilaksanakan... dan terakhir mungkin kuasa agong atau menutup Kuala Lumpur sebagai jalan terakhir!

Penguasa zalim selalunya terlupa bahawa berdepan dengan kuasa rakyat berpantang menggunakan kekerasan. Kebangkitan rakyat adalah gelombang air yang mustahil dibendung dengan empangan... Kalau di sekat juga empangan itu pasti pecah... Tamadun kerajaan Himyar di Yaman musnah setlah pecahnya empangan Maarib dek kekuatan air....

 Air hanya boleh di alih ... bukan dibendung... ia bukan kuasa pepejal...ia kuasa lunak dan lembut... sejuk dan terus mengalir...ia sumber kehidupan yang mesti terus bergerak.... demi kelangsungan kehidupan... sebab itu Islam diibaratkan  seumpama iar yang menghidupkan bumi... Himpunan Bersih adalah gelombang kebangkitan rakyat.... menghidupkan demokrasi yang kian mati....

Bagi pejuang... halangan atau tribulasi adalah asam garam yang mengenakkan rasa.... ia ibarat besi yang kalau di tanam di dalam tanah akan berkarat dan hancur... namun besi itu kini sedang di bakar... di ketuk... pastinya menjadi semakin tajam dan akan menjadi senjata pemusnah buat penguasa zalim...

Kebenaran dan kuasa rakyat tak perlu memberontak...cukup ia bersatu dalam bersuara.... Tak perlu senjata api...bom dan ledakan peluru... cukup ia berpadu.... walau hanya sebuah puisi dari insan tua seperti Pak Samad.... si zalim sudah terasa luruh jantungnya....... kerana puisi yang lahir dari aspirasi kebenaran menuntut hak dan keadilan jauh lebih berkuasa dari penjara dan tirai besi penzalim durjana... bagi rakyat yang cintakan kedamaian dan keadilan....

TOK JANGGUT 2.....

Posted: 29 Jun 2011 08:47 AM PDT

Dulu pernah masyhur seorang palawan terbilang melayu bernama Tok Janggut. Musuh yang terdiri dari Inggeris dan baruanya sangat gerun dengan kehadiran Tok Jangut...

KiniTok Janggut moden juga digeruni... Kerana semangatnya yang kental dan berani.. walau senjata hanya puisi.. Janggut tetap di geruni... lihat sahaja kenyataan berita ini....

SHAH ALAM, 29 Jun: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (gambar) menegaskan beliau tetap sertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan kecuali dihalang atau 'dihilangkan'. Ketika menjawab soalan wartawan dalam satu sidang media petang tadi, tokoh seniman pejuang ini  bertegas dengan pendirian teguhnya.

Pada 27 Jun lalu, Pak Samad telah dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi untuk diambil keterangan tentang sajaknya bertajuk Unggun Bersih.

Sajak yang menyokong Bersih itu dibacakan dalam majlis Pelancaran Bersih pada 19 Jun lalu di ibu kota, itu pun hanya dibaca dalam dua para sahaja.
Sidang media itu disertai juga Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Dinsman; Setiausaha Paksi, Hasni Abas dan Setiausaha Budayawan Bertindak, Kassim Muhammad.

Sebelum itu, Pak Samad mengulas sebuah novel baru nukilan Razali Endun bertajuk Cinta AF yang menyindirkan situasi sebuah rancangan realiti sebuah rangkaian televisyen.

Dinsman dalam kenyataan sama kesal dan sedih kerana tindakan polis memanggil Pak Samad ke balai polis untuk disiasat kehadirannya di majlis pelancaran Bersih itu sebagai kurang wajar.
Bagi Paksi, karya seorang seniman besar sangat dihargai dan dihormati di negara ini malah di peringkat antarabangsa.

"Betapa murni niat dan geraktindak seorang seniman yang luas berpengalaman ini, untuk berbakti kepada negara, bangsa dan tanahairnya.
"Paksi tidak faham mengapa pihak polis perlu menimbulkan rasa curiga terhadap manusia sebaik Pak Samad ini.
"Jika insan berhati luhur seperti Pak Samad bersuara dan memberikan teguran ikhlas, sama-sama kita mendengarnya dan jangan takut pada bayang-bayang," tegasnya.

 Pak Samad mengembalikan aku meminati puisi........

Tabah insan tua itu....
Muncul di gelombang resah bangsa...
melihat kebejatan sang penguasa...menggila...
memanggil anak bangsa muda...
bersama bersuara...bersama nsan tua..

Insan tua tak peduli nasibnya..
Kerna ia cinta anak bangsanya..
Lemah tubuh disimbah asid penguasa;;
Pudar mata di jamah gas si gila..
Insan tua tabah bersuara...

D imana anak muda???
Tegarkah melihat si tua di hujung usia
Berjuang untuk anak bangsa...
Sedang pemudanya .. bacul dan dayus..
berjuang untukmasa depannya...

Tiada ulasan: