Rabu, 29 Jun 2011

bumiperak

bumiperak


GILA! Pakai baju BERSIH haram, boleh ditangkap

Posted: 29 Jun 2011 08:32 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Jun - POLIS akan menahan sesiapa sahaja yang mempamerkan apa-apa perkataan atau lambang yang menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh beberapa kumpulan di ibu negara pada 9 Julai ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

"Bukan sahaja baju, kereta, bas, kasut, seluar dan apa sahaja yang berbau hasutan akan ditangkap di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata, antara undang-undang yang boleh digunakan dalam tindakan ini ialah Seksyen 27(5) Akta Polis iaitu percubaan untuk mengadakan perhimpunan haram.

Sehubungan itu, Ismail menasihati kumpulan yang berlainan ideologi itu supaya membatalkan hasrat mengadakan perhimpunan haram demi keamanan negara. - Bernama

PUTRAJAYA 29 Jun: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, hari ini baju T Bersih adalah haram kerana ia ada kaitan dengan perhimpunan haram.

"Baju T itu ada hubung kait dengan satu perhimpunan haram jadi apa jua yang mereka pakai adalah haram," kata belia pada sidang ahbar bersama dengan Pesuruhajaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rehman, di sini.
Hishammuddin menjawab pertanyaan mengenai tindakan polis menangkap orang-orang yang memakai baju terbabit.
Ditanya sama ada tangkapan orang-orang berkaitan dengan perhimpunan haram 9 Julai itu bermotif politik, Hishammuddin berkata: "Di pihak mereka atau di pihak kami? saya boleh kemukakan soalan sama kepada mereka".

Mengenai perkara lain, Hishammuddin berkata, tindakan akan diambil terhadap ahli Pemuda UMNO yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya Isnin lalu oleh kerana mereka berhimpun tanpa permit polis.

"Saya beritahu mereka (polis) melayani Pemuda Umno dengan cara sama. Tidak ada orang mengatasi undang-undang," katanya. - BERNAMA

Bersih: Edar bendera Malaysia pun ditangkap?

Posted: 29 Jun 2011 08:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mempersoal tindakan polis menangkap aktivis Bersih termasuk Adun di Sungai Siput, Perak pagi tadi. Beliau mahu pihak polis menjelaskan apa kesalahan yang dilakukan mereka sehingga digari dan dibawa ke balai polis Sungai Siput.

"Saya mempersoalkan apakah alasan mereka ditangkap, adakah kerana pakai baju kuning atau baju merah atau sebab edar risalah parti atau bendera Malaysia?" soalnya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Seramai 14 orang yang ditahan polis kira-kira 9.00 pagi di Pasar Sungai Siput termasuk Adun Teja, Chang Lih Kang, Adun Jalong, Leong Mei Meng dan Timbalan Setiausaha PKR Negeri Perak, Tan Kar Hing.

Polis membuat penangkapan mereka dengan memberi alasan mengedar bendera Malaysia dengan memakai baju Bersih. Khalil Idham yang juga Adun Titi Serong menyifatkan penangkapan itu sebagai melanggar kebebasan rakyat untuk berhimpun.

"Saya menganggap penangkapan adalah secara tidak sah dan nmelanggar kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bergerak secara sah sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Fasal 10(1)/b. "Saya dan Adun-adun Pakatan yang lain datang untuk memberi sokongan moral kepada meraka, juga harap semua petugas Pakatan tidak lemah semangat untuk mengedarkan risalah di mana-mana saja," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju Bersih 2.0 oleh polis adalah betul. "Jika kemeja-T Bersih berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram," katanya kepada wartawan. -Hrkh

Tiada ulasan: