Isnin, 20 Jun 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Manusia Fasik Ini Berbohong Tentang Yusuf Qaradawi

Posted: 19 Jun 2011 11:37 PM PDT

Ahli Parlimen bebas, Bandar Bharu-Kulim, Zulkifli Noordin berbohong apabila menyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperdaya ulama tersohor Sheikh Yusuf Al Qaradawi.

Demikian dinyatakan sewaktu mengulas dakwaan Zulkifli yang mendakwa Qaradawi diperdaya untuk membela Anwar, seperti mana yang disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Muhammad Nur, beliau sendiri turut serta dalam pertemuan dengan Qaradhawi di Putrajaya, sewaktu ulama dunia itu hadir menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa penghujung 2009.


Malah katanya, beliau sendiri bertindak sebagai jurubahasa ketika pertemuan itu berlangsung.

"Dia berbohong kepada khalayak kerana pada waktu itu saya sendiri diminta mengiringi Anwar dan keluarga bertemu dengan Syeikh Yusuf Qaradhawi di hotel di Putrajaya sewaktu beliau hadir menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada hujung tahun 2009.

"Turut serta dalam pertemuan itu adalah Zulkifli Nordin dan peguam syariah, Kamar Ainiah," katanya.

Dalam pertemuan itu, kata Muhammad Nur, Syeikh Yusuf Qaradhawi menyatakan keyakinannya habawa Anwar tidak bersalah dan berpesan kepada Anwar agar menggunakan Qazaf bagi membersihkan nama beliau.

"Pada pertemuan itu Syeikh Yusuf Qaradhawi mengakui kebenaran berada di pihak Anwar sejak beliau mula difitnah pada tahun 1998 lagi. Beliau juga yakin Anwar dizalimi dan menjadi mangsa fitnah sejak tahun 1998 lagi.

"Qaradhawi memberikan nasihat bagaimana Anwar perlu menggunakan Qazaf untuk membersihkan nama beliau," kata Muhammad Nur.

Menurutnya lagi, ulama tersohor berkenaan tidak mungkin mengeluarkan fatwa membela Anwar tanpa mengenali keperibadian dan sosok tubuh pemimpin itu.

Tambah beliau, Qaradawi cukup mengenali Anwar sejak mereka mula bersahabat baik ketika Anwar memimpin pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia akhir 1970-an.

Malah katanya, Qaradawi juga merupakan seorang ulama yang konsisten dengan pendiriannya membela Anwar sejak dahulu sehingga kini.

"Beliau istiqamah, konsisten dengan pendiriannya dan sudah percaya dengan integriti Anwar sejak mula mengenali Anwar pada tahun 1970-an lagi, sejak Anwar mula memimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).

"Malah, Syeikh Yusof Qaradhawi sendiri pernah menyatakan yang beliau mengenali Malaysia menerusi Anwar sewaktu menyampaikan kuliah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam satu masa dahulu," kata Muhammad Nur. - keadlian daily




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

SPR BARUA!! - Zulkifli Noordin

Posted: 19 Jun 2011 09:44 PM PDT

BERSIH 2.0 - KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

Posted: 19 Jun 2011 08:21 PM PDT

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
20 Jun 2011 bersamaan 19 rejab 1432 H
"Kerajaan guna teknik menakutkan rakyat"


Hasrat aspirasi rakyat untuk memastikan proses pelantikan pemimpin negara menerusi lunas demokrasi dan pilihanraya yang adil serta telus sukar diterima oleh sebuah kerajaan yang angkuh. PAS bersama semua parti politik pembangkang serta NGO yang menganggotai koalisi BERSIH, bersiap sedia untuk berhimpun secara aman tanpa senjata untuk menyerahkan memorandum khas kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Kerajaan perlu jelas bahawa himpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini ialah satu himpunan AMAN. Ia diambil daripada ruh demokrasi yang diperuntukkan dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna, perlembagaan yang dijunjung oleh seluruh rakyat Malaysia telah menjamin dan membenarkan hak yang diberikan kepada mereka. Oleh yang demikian, BERSIH tidak melakukan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang.

Selain daripada mensinonimkan himpunan aman dengan himpunan haram dan himpunan yang boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan, seolah-olah satu lagi teknik yang dicipta untuk menyekat himpunan aman iaitu teknik 'TAKUTKAN RAKYAT'.


Teknik 'TAKUTKAN RAKYAT' ini dilihat sebagai satu ugutan untuk menafikan hak berhimpun rakyat. Daripada pemerhatian yang dibuat, kami mendapati;

a) Pada 13 Jun 2011, PERKASA secara agresif akan turun ke jalan raya bagi membentuk satu kumpulan untuk bertembung dengan kumpulan BERSIH. Ini bertujuan bagi meningkatkan sentimen tidak aman pada 9 Julai nanti.

b) Pada 15 Jun 2011, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar memberi amaran untuk tidak mengeluarkan permit termasuk membuat tangkapan awal sebagai langkah pencegahan.

c) Pada 17 Jun 2011, Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) pula mencadangkan kepada pihak polis supaya mengambil tindakan yang lebih tegas dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada perancang himpunan aman BERSIH 2.0.

d) Pada 18 Jun 2011, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim telah mengaitkan serangan siber atau godam terhadap laman web kerajaan bermotifkan politik dan mempunyai kaitan dengan BERSIH.

e) Pada 18 Jun 2011 juga, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula telah cuba memiripkan himpunan aman BERSIH 2.0 umpama himpunan rakyat yang dilakukan secara besar-besaran pada tahun 1998. Dia bermaksud himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini tidak mustahil boleh berlaku huru hara dan pelbagai ancaman provokasi.

f) Pada 19 Jun 2011, Timbalan Perdana Menteri mendakwa himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan untuk membangkitkan kemarahan rakyat seterusnya menjatuhkan kerajaan sah hari ini.

g) Pada 19 Jun 2011 juga, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menuduh bahawa BERSIH 2.0 tidak harus mencontohi perhimpunan rakyat di negara Asia Barat seperti Mesir, Syria dan Libya.

Mereka cuba menafikan hak rakyat yang telah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan. Maka, kedaulatan undang-undang tersebut telah dicemari. Malah, apa yang diamalkan oleh kerajaan adalah undang-undang rimba. Ingat, kerajaan yang angkuh dan menggunakan kuasa fizikal untuk menekan hak rakyat tidak akan selama-lamanya berkuasa. Rakyat tidak boleh disekat kerana akal, budi dan jiwa mereka sebenarnya bebas.

NASRUDIN HASAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Negara kebajikan: Buku Hijau pelengkap Buku Jingga Pakatan

Posted: 19 Jun 2011 08:17 PM PDT

Buku Hijau, yang bakal memperincikan konsep negara berkebajikan PAS, akan menjadi pelengkap kepada Buku Jingga Pakatan Rakyat yang diterima komponen-komponen perikatan itu Disember lalu.

Buku Jingga antara lain menggariskan program 100 Hari yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Khamis lalu, PAS menubuhkan satu panel khas pelaksana yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan dalam bentuk Buku Hijau untuk dijelaskan kepada rakyat negara ini.


Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Buku Hijau yang akan diedarkan ke seluruh negara dalam masa terdekat tidak bercanggah dengan keputusan bersama Pakatan Rakyat yang diterjemahkan dalam Buku Jingga.

Sebaliknya kata Salahuddin (gambar) yang juga pengerusi panel khas pelaksana itu, Buku Hijau negara berkebajikan itu akan menjadi pelengkap kepada Buku Jingga.

"Tidak... tidak... ia (Buku Hijau) akan menjadi satu nilai tambah dan ia sama sekali tidak bercanggah dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat.

"Apa yang ada dalam Buku Jingga itu adalah ciri-ciri penting negara berkebajikan dan Buku Hijau ini akan menjadi pelengkap, gandingan dua buku ini akan memperkukuhkan antara satu sama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, Buku Hijau dirangka supaya rakyat memahami negara berkebajikan yang mahu dibawa parti Islam itu yang mendapat kritikan hebat oleh Umno.

"Kalau kita lihat respons yang diberikan rakyat terhadap Buku Jingga dan negara berkebajikan, ia sangat menarik dan menggamit rasa ingin tahu kandungan konsep itu.

"Jadi apabila buku ini dilancarkan kita berharap rakyat memahami dengan jelas akan konsep negara berkebajikan yang mahu kita bawa," kata Salahuddin sambil menambah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menerbitkan sebuah buku tentang negara berkebajikan.

"Buku Hijau adalah sinopsis daripada buku yang akan dikeluarkan presiden," tambah beliau.

Panel khas itu akan mengadakan mesyuarat pertama hari ini untuk memperincikan konsep negara berkebajikan, yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS pada 3 Jun lalu.

Ucapan dasar itu bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".

Panel khas pelaksana itu turut dianggotai oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dua ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Idris Ahmad, Pengerusi Institut Kajian Polisi PAS Dr Zuhdi Marzuki dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat Dr Siti Mariah Mahmud.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata Buku Hijau bertindak sebagai penerangan tentang konsep negara berkebajikan dan ia tidak bercanggah dengan Buku Jingga.

Jelas beliau, segala maklumat dan ciri-ciri negara berkebajikan akan dirumuskan seterusnya diterjemahkan dalam bentuk dokumen iaitu Buku Hijau.

"Kita kini dalam persiapan untuk menyiapkan buku lengkap tentang konsep negara berkebajikan, apa yang kita bincangkan akan dirumuskan supaya rakyat faham apa matlamat kita.

"Buku Hijau ini tidak bercanggah dengan Buku Jingga kerana ia dokumen yang bersifat pelengkap... Buku Jingga itu adalah tawaran Pakatan Rakyat manakala Buku Hijau ini adalah konsep tapi dalam ruang lingkup yang lebih dasar," katanya.

Justeru beliau percaya konsep negara berkebajikan akan diterima baik sekiranya rakyat memahami dan jelas tentang dasar itu.

"Buku Hijau ini tidak bercanggah, malah konsep negara berkebajikan ini diterima oleh PKR dan DAP, malah tinjaun di peringkat akar umbi juga baik.

"Setelah buku ini, siap kita akan edarkan kepada masyarakat dan kita harap ia dapat membantu rakyat memahami dengan lebih jelas, sekali lagi Buku Hijau ini akan membantu memperkukuhkan Pakatan Rakyat," katanya.

Manifesto pilihan raya umum 2008 PAS juga bersandarkan tema negara berkebajikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan pemilihan PAS yang memihak kepada golongan profesional adalah kemenangan kepada DAP kerana parti itu berjaya "mempengaruhi" parti Islam itu mengubah dasar memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Selain itu dua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi turut mengkritik konsep itu.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Cabaran Buat Timbalan Setiausaha SPR

Posted: 19 Jun 2011 09:49 AM PDT



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Utusan Buat Fitnah Lagi

Posted: 19 Jun 2011 07:42 AM PDT

Tiada Sekolah Agama Di Negara Ini Rekrut Pelajar Sertai JI - Jamil Khir

YAN, 19 Jun (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tiada sekolah agama atau maahad swasta di negara ini secara langsung merekrut pelajar untuk menyertai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

Beliau berkata sebenarnya yang berlaku ialah kumpulan berfahaman ekstrem dan berasaskan ideologi pemimpin militan seperti JI sentiasa bergerak untuk menyerap masuk ke dalam sekolah-sekolah ini.

"Kita pasti dari maklumat yang diterima aktiviti ini berlaku bukan atas nama sekolah atau maahad tetapi memang wujud orang atau kumpulan yang berusaha meresap masuk mempengaruhi pelajar.


"Kumpulan ini sering menggunakan agama bagi merealisasikan matlamat mereka dan sebab itu Islam dikaitkan dengan keganasan," katanya kepada pemberita di sini hari ini semasa diminta mengulas laporan akhbar mengenai sebuah maahad swasta di Malaysia yang dikesan cuba merekrut belia menyertai kumpulan militan.

Beliau yang ditemui selepas menyerahkan cek bantuan RM205,000 kepada Sekolah Menengah Agama Saadah Al Islamiah di Kampung Sungai Limau Dalam di sini hari ini berkata polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri sentiasa memantau kegiatan JI dan kumpulan militan lain yang cuba meresap masuk menyebarkan fahaman ekstremis mereka ke maahad di negara ini.

Pihak-pihak ini sentiasa bertukar maklumat dan sebarang perkembangan aktiviti mereka sentiasa diketahui untuk diambil tindakan membanterasnya, katanya.

Jamil Khir berkata modus operandi kumpulan ini tidak banyak beza kerana menggunakan agama dengan menumpu kepada sekolah agama bagi menarik golongan muda.

"Yang menjadi masalahnya Barat menyalahtafsir terhadap Islam kerana pembawaan kumpulan-kumpulan ekstremis bersifat keganasan dan menghalalkan pembunuhan yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W," katanya.

Mengenai bantuan kepada sekolah agama swasta itu, Jamil Khir berkata ia adalah untuk baki bayaran kepada kontraktor yang membina bangunan tambahan tiga tingkat berharga RM500,000 yang siap 10 tahun lepas.

"Saya membawa masalah sekolah ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kemudiannya meluluskan peruntukan bagi melangsaikan hutang agar bangunan yang siap itu dapat digunakan.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kontraktor yang membina bangunan ini yang hanya menuntut baki bayaran tanpa mengenakan faedah walaupun menjangkau 10 tahun," katanya.

-- BERNAMA




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

TERKINI - Ibrahim Ali Sakit Jantung

Posted: 19 Jun 2011 07:05 AM PDT

Pelancaran BERSIH 2.0 Dapat Sambutan Hebat

Chinese Assemble Hall Kuala Lumpur tiba- tiba bergegar dengan laungan semangat para NGO untuk mempertahankan himpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan 9 Julai nanti.

Laungan yang dilontarkan para NGO mendapat sambutan hampir 2500 penyokong yang hadir pada majlis Pelancaran BERSIH 2.0 malam ini.

Mereka hadir dengan memakai lilitan kain kuning dikepala bertulis perkataan BERSIH 2.

Rata- rata mereka kelihatan bersemangat dan memberikan respon yang memberangsangkan.

Sebaik sahaja majlis pelancaran bermula, sebuah rakaman video dipertontonkan kepada hadirin yang hadir bersabit kegiatan politik wang oleh parti Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak April lalu untuk membeli undi masyarakat bumiputera negeri itu.


Antara sedutan memaparkan klip sejumlah wang disusun di rumah panjang untuk diedarkan kepada pengundi selain borang 14 yang enggan diserahkan kepada wakil parti gabungan pembangkang.

Antara NGO yang hadir adalah, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT), Lawyers for Libelity, Kelab Menteri Besar Selangor, IKRAM, GAMIS, CIJ, TENAGANITA, Mahasiswa UNISEL dan banyak lagi.

Himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan berikutan keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan pemerintah mengadakan pilihan raya secara telus dan adil.

Antara empat tuntutan yang masih belum dipertimbangkan adalah bersihkan senarai pengundi, merefomasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil.

Sempena himpunan BERSIH kali kedua ini, dua lagi tuntutan ditambah iaitu, tempoh pilihan raya 21 hari dan memulihkan kreadibiliti agensi kerajaan.

Gabungan BERSIH 2.0 berpendapat demokrasi yang telus seharusnya melalui pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.

BERSIH 2.0 juga akan mengadakan siri jelajah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai isu- isu pengubahan sempadan pilihan raya dan lapan tuntutan BERSIH 2.0.

Siri jelajah itu kan diadakan di Shah Alam, Kuala Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Seberang Perai, dan Perak.

Satu sesi telah pun diadakan di Kelantan pada Sabtu lepas.

BERSIH 2.0 juga menyambut baik tindakan Pemuda UMNO yang turut berhasrat mahu mengadakan perhimpunan aman dan menuntut penambahbaikan sistem pilihan raya.

BERSIH 2.0 juga menganggap tindakan Pemuda UMNO itu sebagai tanda bahawa himpunan BERSIH 2.0 efektif dalam mempromosikan demokrasi yang dinamik dan membawa tekanan yang kuat kepada SPR untuk reformasi pilihan raya.

Penganjur himpunan ini juga cuba meyakinkan pihak polis dan pihak- pihak lain bahawa BERSIH 2.0 adalah satu gerakan rakyat yang aman dan sentiasa akan berkerjasama dengan polis. - TVS


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

SPR Melakukan "Jenayah" Untuk Menangkan Umno-BN

Posted: 19 Jun 2011 05:45 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa seluruh akar umbi parti itu untuk turun menyertai perhimpuan Bersih 2.0 bagi memastikan pilihanraya umum ke 13 tidak dicemari dengan penipuan dan penyelewengan seperti yang berlaku sebelumnya.

"Cuba andaikan pada PRU 2008, adakah pilihan raya di negara ini diadakan dengan bersih? Hakikatnya SPR telibat dalam penipuan, melakukan jenayah dan langgar prinsip perlembagaan persekutuan," kata Anwar kepada lebih 4,000 perwakilan yang hadir pada konvensyen sehari PKR di Shah Alam.

Menurut Anwar, kalau kerajaan benar-benar mengamalkan ketelusan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan tugas dengan jujur, Pakatan Rakyat sudah berada di Putrajaya pada tahun 2008.


Namun lantaran amalan pincang dan umpama dicucuk hidung oleh pemerintah, SPR hanya mahu memenangkan parti pemerintah dan meminggirkan suara rakyat, tegas Ketua Umum PKR itu.

Himpunan Bersih 2.0 akan diadakan pada 9 Julai ini untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan PRU 13 dikendalikan secara bersih dan adil dengan tumpuan khusus diberi kepada aspek-aspek seperti pembersihan daftar pengundi dan ketelusan undi pos .

Ratusan ribu orang, termasuk aktivis dan penyokong parti pembangkang dijangka menyertai perhimpunan raksaksa itu.

Himpunan itu, seperti pada tahun 2007, bagaimanapun dibantah oleh Umno-BN kerana kononnya akan menggugat keselamatan negara dan menjejaskan pendapatkan penjaja dan pemandu teksi.

Anwar berkata amat penting untuk PKR memberi sokongan penuh kepada Bersih kerana Pakatan Rakyat hanya memerlukan tambahan lima peratus sokongan pengundi untuk gagasan itu menawan Putrajaya pada PRU 13.

Bercakap pada Konvensyen Pilihan Raya PKR yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Anwar menyatakan tidak mustahil Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya dengan ketekunan dan kerja kuat seluruh jentera parti di segenap peringkat.

" Kalau kita rebut peluang kali ini, kita hanya perlukan lima peratus sahaja. Dari tahun 1999 kita mula, sekarang kita hanya perlukan lima peratus sahaja lagi.

" Tidak perlu fikir,macam mana kalau Anwar ditahan. Ini kerja jahat mereka (Umno). Jangan membazir waktu, fikir apa yang mereka rancang. Bagaimana kita nak menang? Saudara kerja,"kata Anwar dengan penuh semangat dan mendapat tepukan kira-kira 4,000 perwakilan.

Namun Anwar menegaskan sasaran lima peratus itu dengan sendirinya tidak akan bererti jika usaha tidak diambil untuk memastikan SPR mengendalikan pilihanraya secara telus dan bersih dari penipuan.

"Sebab itu bila Datuk Ambiga mahu adakan Bersih 2.0, ia menjadi tanggungjawab kita (untuk menjayakannya)," tegas beliau.

Namun ujarnya jika Perdana Menteri, Najib Razak sanggup memberi jaminan satu pilihan raya yang adil dan bersih, beliau sendiri akan memberitahu Ambiga supaya perhimpunan Bersih 2.0 dibatalkan.

Ambiga Srenevasan adalah peguam dan aktivis yang menjadi penggerak utama Bersih 2.0 bersama pemimpin beberapa badan bukan kerajaan.

Anwar menegaskan , rakyat tiada pilihan selain turun ke jalanan secara aman untuk memastikan amalan demokrasi dapat direalisasikan di negara ini.

Katanya jika Pakatan Rakyat mahu mentadbir Malaysia, gagasan itu perlu meraih 55 peratus daripada undi bagi mengatasi kemungkinan penyelewengan dan taktik kotor SPR ketika proses pengiraan undi.

Sehingga hari ini, SPR masih lagi dibelenggui dengan senarai daftar "pengundi hantu," sistem undi pos yang mencurigakan dan pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain tanpa pengetahuan pengundi.

Badan itu juga dituduh menutup mata kepada sogokan wang secara terang-terangan kepada pengundi selain projek-projek segera yang dijanjikan Umno dengan menggunakan duit rakyat, untuk membeli undi.

Anwar menggesa pemimpin PKR melipatgandakan usaha turun pandang, berjumpa dengan pengundi dan akar umbi demi memastikan sokongan mantap untuk parti.

" Tak guna kita ulang (dasar-dasar Buku Jingga), hebat sepertimana pun kita, ia tidak mungkin jamin kejayaan kita kalau kita tidak mampu tembusi penyokong kita,"kata Anwar kepada seluruh perwakilan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Parti ini adalah parti yang lahir dari keringat,air mata dan darah. Mana ada parti yang dizalimi seperti ini.

" (Tapi kalau kita perintah), bezanya kita, kita akan buat perubahan,"janji Anwar lagi.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blogger Gay Disaman Rais Yatim??

Posted: 19 Jun 2011 05:28 AM PDT


Kali ini sekoq lagi blogger PR telah di saman oleh sekoq YB umPORno di mahkamah ??? minggu lepas. Hahaha… berita ini tak mendapat coverage dari utuseks meloya mahupun berita hairan dan akhbar2 pencacai yang lain… termasuklah media elektronik paling cibai dalam 1Malaysia iaitu TV3 suku.

Memandangkan kes ini masih berjalan di mahkamah, jadi gua tak berani nak cerita banyak2… bukannya apa… gua tak mau menghina mahkamah dan melangkaui kuasa mahkamah. So… apa yang gua boleh bagi pembayang di sini blogger tersebut memang top jugak dalam bloglisting blogger PR beb…, gua tak berani sebut nama tapi gua bagi link blog dia jelah… klik sini..

Gua harap soal lu Gay atau tidak... itu hanya spekulasi jelah bro... hanya cakap2 kedai kopi jer... (bab ini gua tak mau bersubahat beb... gua minta maap bebanyak...), tetapi jika benar sekalipun gua nasihatkan supaya lu BERTAUBAT bro.... jangan terikut perangai Sepol Baukari... berlengas beb... hahaha...

Sumber berita disini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

BERSIH 2.0 Digambarkan Amat Jahat Dan Ganas Oleh Ibrahim Ali

Posted: 19 Jun 2011 05:01 AM PDT

Ibrahim: Kalau nak tangkap, tangkap semua...

Perhimpunan 'Gerak Aman' pada 9 Julai dilancarkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali petang ini yang didakwanya untuk mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH daripada mengadakan demonstrasi jalanan.

Sekumpulan penyokong PERKASA pula bertindak membakar dan memijak gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum sidang akhbar bermula selepas majlis pelancaran tersebut.

Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara.


"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

"Apa sahaja akan berlaku," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis bertindak apa cara sekalipun untuk menjaga keamanan

"Kalau (perhimpunan BERSIH) tak dibatalkan, kita teruskan... Kalau nak tangkap, tangkap semua, asalkan negara kita aman. Jangan buat kekacauan," kata Ibrahim yang mendapat tepukan dan sorakan gemuruh penyokong PERKASA dan NGO Melayu yang berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman.

Mengulas mengenai perhimpunan Gerak Aman pada 9 Julai ini, Ibrahim berkata beliau akan bermalam di Jalan Bellamy pada tengah malam 8 Julai sebelum berarak ke Istana Negara pada keesokan paginya.

"Jangan balik, selepas subuh kita akan menuju ke Istana Negara, untuk mempertahankan negara," katanya.

Beliau menjangkakan ramai penyokong Gerak Aman akan terlibat dengan perhimpunan itu, bahkan barisan yang dipertua negeri-negeri telah berjanji akan membawa penyokong dengan 20 buah bas bagi setiap negeri.

Menurutnya lagi, pihaknya juga telah menyediakan peguam untuk membela penyokongnya yang ditahan dan tidak bertanggungjawab sekiranya mereka melakukan perbuatan jenayah pada hari tersebut.

Beliau juga menyarankan agar para hadirin yang hadir agar mengedarkan risalah yang dibekalkan dan wakil NGO menggantungkan kain rentang yang dibekalkan sebagai usaha menguar-uarkan perhimpunan 'Gerak Aman'.

Berdasarkan risalah - "Menolak perhimpunan BERSIH 2.0 yang sebenarnya kotor - terdapat empat lokasi utama untuk para penyokong 'Gerak Aman' berkumpul pada tarikh tersebut seawal jam 7 pagi.

Lokasi terbabit adalah perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, Perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Risalah yang diedarkan itu juga, turut memaparkan gambar Ambiga dan tertulis "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya" yang didakwa membela kes murtad Lina Joy dan mengusaha menggugat Melayu dan Islam, antaranya menganjur forum menyerang perlembagaan negara dan menuntut pelaksanaan suruhanjaya antara agama (IFC).

"Demi keamanan negara dan rakyat Malaysia, kalau saya berkayuh dengan lidi, saya akan pertahankan keamanan... Membujur lalu melintang patah.

"Kita bukan golongan pengacau, kalau mereka berhenti (untuk berarak) kita berhenti. Kita mahu menghalang tindakan melanggar undang-undang," kata Ibrahim lagi.

Ibrahim - yang akan mengetuai kumpulan Gerak Aman - mendakwa BERSIH 2.0 mempunyai "agenda lain" dengan mengambil aspirasi yang berlaku di Tunisia, Mesir dan di negara Timur Tengah yang didakwanya untuk menumbangkan kerajaan melalui jalan raya.

Ibrahim menegaskan tindakan BERSIH untuk berarak ke Istana Negara tidak mendapat restu secara majoriti di kalangan rakyat Malaysia.

"Sebab itu kita buat penentangan bagi seluruh dunia tahu. Jangan bimbang, jangan takut dengan Ambiga.

"Saya sudah dua kali ditahan ISA, saya kenal Mat Sabu, saya kenal pemimpin DAP,"katanya.

Beliau menggesa penyokong PERKASA agar tidak berasa takut kerana tindakan mereka menghalang sebagai tindakan mencegah dan tidak agenda politik tertentu.

"Pemuda Umno nak herhimpun, kita tidak campur dengan Pemuda Umno... Kita rakyat, satu batalion," katanya sambil bertanyakan kepada hadirin siapa yang ingin ditahan ISA.

Kelihatan segelintir penyokong mengangkat tangan dan ada juga yang berkata "saya" bagi menyahut cabaran Ibrahim.

"Jangan jadi seperti di Asia Barat, kita mahu membantu Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) kerana kita buat kerja baik supaya rakyat mengikuti undang-undang," tegasnya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan, Ibrahim menggesa Kementerian dalan negeri dan Ketua Polis negara agar bertindak sekarang dan tidak hanya sekadar memberi amaran.

Beliau juga menggesa polis mengguna segala peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi menegakkan keamanan di negara ini.

Ditanya mengenai permit, Ibrahim berkata tidak mempunyai permit, bahkan akan berdepan dengan kumpulan BERSIH.

Katanya, beliau akur sekiranya perhimpunan gabungan itu membatalkan hasrat mereka, pihaknya juga akan berbuat demikian.

Turut hadir wakil NGO Pekida, pemimpin politik seperti Datuk Khalid Yunus dan Zulkifli Nordin dan wakil penjaja dan persatuan teksi, untuk memberi sokongan membantah perhimpunan BERSIH 2.0.

Khalid dan Zulkifli turut berucap menyokong Gerak Aman dan membantah BERSIH 2.0.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Soalan Bodoh Untuk Ahmad Maslan

Posted: 19 Jun 2011 01:44 AM PDT

Datuk Maslan: Apakah generasi baru peneroka bodoh?

PR dalam janji 100 hari jika berjaya memerintah Malaysia, adalah membahagikan tanah kerajaan yang dirompak pihak Felda dan dijadikan ladang kelapa sawit seluas 341 ribu ekar tetapi tidak memasukkan peneroka. Janji PR adalah mengagihkannya kepada generasi pemuda untuk menjadi peneroka.

Nampaknya pihak "ANAK" aktif membahagikan borang peserta peneroka Felda plantation sebagai persiapan awal sebelum 100 hari selepas memerintah. Nampaknya sambutan amat baik sekali.


Nampaknya Mazlan Aliman, selaku Ajk Pas Pusat amat aktif dan segala usaha beliau membuahkan hasil. Perjuangan beliau dalam menuntut hak peneroka melalui undang-undang dan mahkamah telah menampak hasil kini. Tuduhan buruk terhadap beliau oleh pihak Felda nampaknya sebagai fitnah semata-mata. Sekarang ini beribu peneroka Felda menyaman pihak Felda sendiri atas penipuan maupun gagal melunaskan pembayaran tanama semula.

Tiada cadangan bahagikan tanah Felda kepada golongan muda

Kerajaan tidak bercadang membahagikan tanah seluas 341,000 hektar yang diuruskan oleh Felda Plantations kepada generasi baru golongan peneroka kerana bimbang sekiranya generasi baru itu menjual tanah tersebut, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan.

Beliau berkata jika dibahagikan 341,000 hektar tanah ini kepada generasi muda peneroka yang berjumlah 1.6 juta orang, setiap mereka akan mendapat 0.2 hektar, dan tanah yang tidak termaktub dalam Akta Tanah Berkelompok (GSA 1960) itu boleh dijual atau digadai.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas antara kandungan buku jingga yang merupakan Agenda Pakatan yang diperkenalkan oleh pakatan pembangkang pada Konvensyen Pakatan kedua di Kepala Batas tahun lepas, yang merujuk kepada saranan supaya Felda Plantation dibubarkan, dan tanah itu diberikan kepada anak cucu peneroka.

"Segala pendapatan dan bajet tahunan datang daripada tanah itu. Hasilnya dikembalikan kepada peneroka dan anak penoraka, gaji gaji dibayar kepada 23,000 pekerja Felda dan 60,000 pekerja ladang," katanya. Katanya Felda pasti akan bankrap sekiranya agensi itu diuruskan oleh pembangkang.
- Bernama

Sekarang ini terserah kepada generasi muda. Kalau Umno-BN masih lagi diberi kuasa nescaya tiada perubahan sebagaimana sekarang. Felda akan terus menjadi kubang bagi pemimpin Umno untuk tempat berkubang merembat duit rakyat. Sebuah institusi yang mempunyai asset dan kewangan yang banyak selepas Petronas tetapi kini meminjam dengan Kwsp sebanyak 6 billion. Adakah Felda benar-benar bangkrap? Apa yang rakyat dapat?

Janji PR adalah untuk mengagihkan dan memasukkan peneroka baru ke tanah Felda Plantation tersebut, jika PR memerintah. Tepuk dada tanya selera. Entahlah kalau rakyat menolah tuah dengan janji kerajaan PR nanti. Sedangkan bagi Umno-BN tidak mempercayai generasi baru seolah-olah jika diserahkan tanah tersebut kepada generasi baru nescaya akan dijual? Bodoh sangatkah orang muda ini menurut pandangan Datuk Maslan? Atau sebenarnya ada agenda lain yang tersembunyi?

Apapun… siapa memerintah selepas Pru 13 adalah ditangan anak muda. Inilah saatnya anak muda bersama gelombang membuat perubahan baru dan harapan baru. Nafikan bahawa anda bukan bodoh. dan Peneroka Felda bukan lagi aset tetap bagi Umno-BN.

Datuk Maslan: Apakah generasi baru peneroka bodoh?

Tranungkite


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

9 Julai penentu akhir tarikh PRU-13

Posted: 19 Jun 2011 01:13 AM PDT

HALAMAN Masjid Negara penuh sesak dengan lautan manusia. Fenomena itu masih diingati ramai. Ia berlaku pada tanggal 20 September 1998.

Rentetan peristiwa bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim disingkir dengan cara mengaibkan. Orang Melayu bangkit menjadikan jalan raya dan tempat awam sebagai medan.

Ribuan anak muda Melayu mulai mengenal erti reformasi. Kejayaan rakan mahasiswa di Indonesia menyingkirkan rejim Suharto turut merebak ke Malaysia.

Ini bermakna perhimpunan ratusan ribu rakyat sudah lama berlaku di nusantara. Ia jauh lebih awal berbanding apa yang berlaku di wilayah Arab tahun ini.


Demontrasi bermula di Tunisia pada Januari lalu. Selepas itu merebak ke Dataran Tahrir di Kaherah. Babak demonstrasi di Tunisia dimulakan seorang anak muda.

Penjual sayur, Mohamed Bouazizi, 26 graduan sains komputer mencetus kebangkitan rakyat.

Kisahnya malangnya berlaku pada 17 Disember lalu. Barangan jualan disita polis di Kota Sidi Bouzid. Baouzizi memprotes, akhirnya kecewa dan membakar diri. Bouazizi meninggal pada 4 Januari 2011.

Peristiwa itu berjaya membakar amarah rakyat Tunisia. Kesannya Presiden Zine El Abidine Ben Ali terpaksa melarikan diri. Di Kaherah pula pada 3 Febuari pasukan bersenjata menembak penunjuk perasaan. Pada awalnya enam terbunuh dan lebih 800 cedera.

Setelah jumlah korban bertambah akhirnya Presiden Hosni Mubarak, 82 tinggalkan jawatan. Bantahan awal di Mesir juga dimulakan seorang lelaki. Dia menggunakan senjata facebook.

Dan selepas itu saki baki gerakan rakyat menular ke Libya dan negara Asia Barat lain. Yaman dan Syria masih berdepan dengan gelodak rakyat sehingga sekarang.

Semuanya itu berlaku sebagai usaha akhir bagi mengembalikan hak rakyat. Inilah yang dinamakan politik baru. Ia mulai muncul di negara-negara umat Islam.

Di negara umat Islam ruang demokrasi tidak mampu menggoncang pemerintah yang ada. Malah pilihan raya hanya menguatkan posisi kerajaan.

Akhirnya rakyat memilih jalan raya bagi meluahkan perasaan. Inilah yang berlaku di mana-mana negara umat Islam sekarang. Kejayaan demontrasi rakyat di negara Arab lebih hebat kerana dibayar nyawa dan harta benda.

Berlainan demontrasi jalanan dicetus di Indonesia dan Malaysia pada 1998. Tiada angka korban kecuali dikurung sementara di sel besi dan merasai pedih water canon.

PAS jadi ketua

Kejayaan demontrasi 1998 membolehkan 45 anggota parlimen Barisan Alternatif memasuki parlimen pada pilihan raya umum 1999. PAS menduduki kerusi ketua pembangkang apabila bilangan anggota parlimennya 27 orang.

Dan sekali lagi pada 10 November 2007 himpunan puluhan ribu rakyat menghantar isyarat awal buat kerajaan BN. Ia dikenali himpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih (Bersih).

Kesannya dirasai setahun kemudian. Pada 2008 Pakatan Rakyat berjaya menafikan kuasa dua pertiga kerajaan BN. Kejayaan pembangkang pada pilihan raya 1969 berulang semula pada 2008.

Cuma terbaliknya demontrasi diadakan pada 1969 selepas pilihan raya berlangsung. DAP meraikan kejayaan sehingga mencetus peristiwa 13 Mei.

Petunjuk jumlah peserta yang hadir dalam mana-mana demontrasi mampu menterjemahkan kekuatan sebenar kerajaan atau pembangkang.

Itulah yang berlaku pada 1999 dan 2008. Begitu juga pada 1977 di Kota Bharu. Demontrasi jalanan 1977 menolak kepimpinan Dato' Mohamad Nasir memecahkan PAS dari dalam.

Maka bertitik tolak daripada pengalaman tersebut kerajaan BN cuba menghalang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Sasaran Bersih 2.0 menghimpunkan lebih 500,000 rakyat. Mereka dijadual berarak ke Istana Negara bagi menuntut reformasi pilihan raya.

Berakar umbi kejayaan pembangkang menganjur demontrasi, maka pihak lain juga menggunakan medan sama bagi meluahkan perasaan.

Banyak NGO sekarang menggunakan medan serupa. Baru-baru ini Persatuan Perniagaan Kenderaan Negeri Melaka berhimpun bagi menyatakan tidak senang dasar baru kerajaan.

Mereka meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengkaji semula pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang berkuatkuasa Jun ini.

NGO terbabit mendakwa peraturan baru digubal mendatangkan kesan terhadap pengguna dan juga industri penjualan kenderaan.

Naib Presidennya, Raymond Choo mendakwa akta berkenaan mengakibatkan pengguna terpaksa menanggung kos lebih tinggi. Lebih 100 pengusaha kenderaan terpakai dilapor berhimpun menbantah pindaan akta tersebut. Sebelum itu perhimpunan serupa juga berlaku di ibu negara.

Himpunan jalanan jadi pilihan

Perhimpunan aman lain juga dianjur pengusaha bot laut dalam. Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan menuntut kerajaan mengembalikan subsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.

Puncanya nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter. Sekarang mereka kena beli diesel pada harga RM1.80 sen.

Ekoran tindakan mogok nelayan laut dalam menyebabkan harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus. Bagi menyelesaikan kemelut tersebut menteri berkaitan pada awalnya mengugut mahu menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C.

Namun kemudian berlembut setelah nelayan tidak berganjak. Demontrasi ada kalanya membuah hasilnya.

Ternyata hari ini bukan sekadar parti politik berhimpun membantah ketidakadilan kerajaan, sebaliknya NGO dan pihak lain mengambil langkah serupa.

Ini kerana perhimpunan dianjur mampu mengubah sikap kerajaan. Buktinya perhimpunan membantah cadangan kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menyebabkan ia ditangguh sehingga sekarang.

Maka menumpang kejayaan perhimpunan rakyat, kerajaan juga baru-baru ini menganjurkan perhimpunan sejuta belia di Putrajaya.

Biar pun nawaitunya berlainan, namun perhimpunan aman juga menjadi pilihan. Perhimpunan anjuran kerajaan hanya sekadar mahu hiburkan anak muda. Berbeza jauh berbanding perhimpunan dianjurkan pembangkang dan NGO. Mesejnya lebih jelas.

Cuma Dato' Seri Najib Razak tiba-tiba tersasul memperalatkan perhimpunan sejuta belia anjuran kerajaan dengan mengajak anak muda mempertahan Putrajaya.

Sebelum ini Umno dan BN juga pernah menganjurkan perhimpunan yang dikenali Juara Rakyat. Program itu hanya mampu bertahan seketika.

Juara Rakyat atau apa sahaja perhimpunan yang dianjur Umno dan kerajaan tidak lebih sekadar menghimpunkan kakitangan awam. Lebih kurang sama seperti perhimpunan bulanan penjawat awam.

Contohnya pelancaran Gelombang Merah di Pasir Puteh, Kelantan April lalu mengerah semua guru di jajahan itu hadir. Pernah juga kedatangan Perdana Menteri ke Kelantan di era Tun Dr Mahathir Mohamed mewajibkan guru yang hadir menandatangani kedatangan.

Itulah taktik yang mungkin berulang 2 Julai ini. Najib sekali lagi dijangka datang ke Kelantan. Hasrat Umno mahu menghimpunkan 30,000 rakyat. Realiti itu boleh berlaku apabila semua guru dan kakitangan persekutuan dikerah datang. Kalau berjaya mungkin Perdana Menteri senang hati mengisytiharkan pilihan raya umum ke-13 November nanti.

Ketika itu bajet 2012 sudah dibentang dan perhimpunan agung Umno baru selesai.

Namun ilham PRU-13 Perdana Menteri boleh tersentak, sekiranya Himpunan Bersih 2.0 melepasi sasaran.

Sumber - Hrkh

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Pak Uda Meninggal Dunia

Posted: 19 Jun 2011 01:11 AM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Jun -- Jenazah pelawak dan pelakon terkenal sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Zami Ismail ,67, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Uda diusung keluar oleh anggota keluarga dari Bilik Mayat Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini.

Allahyarham meninggal dunia pada jam 10.30 pagi tadi di IJN akibat serangan jantung.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Tapah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tapah Road Perak.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: