Blog-list Malaysia |
- Tahniah Untuk Nor Azli Kerana Berani Berkata Benar
- Kalau Betulpun Ada Masalah Ke Nazri? Hah??
- Haron Din Tampil Pertahan Utusan Malaysia
- Khir Toyo Gagal Diselamatkan Atau Sengaja Dibiarkan Lemas?
- Pengaruh ulama dalam PAS tidak terhakis
- Umno BN Gigit Jari
- Seruan Untuk Muhyiddin - Kalau Tak Tahu Bertanya Dan Jangan Tunjuk Bodoh..
- Umno Dan Bloggers Pencacai Semakin Senak Dengan Gambar Ini..
- Muhyiddin Macam Pungguk Rindukan Bulan.. Tak Malu... Hahaha
- "Bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang"
- Isu TNB dengan IPP, Dr Mahathir wajar menjawabnya kepada rakyat
- Bila Masa Pulak Muhyiddin Peduli Dan Sokong Negara Islam??
- Jalan ke Putrajaya 'makin jelas' - Nik Aziz
Tahniah Untuk Nor Azli Kerana Berani Berkata Benar Posted: 06 Jun 2011 12:33 AM PDT Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa namanya terkenal selepas mengeluarkan kenyataan kononnya mufti di negara ini membisu dalam isu yang jelas bercanggah dengan syarak yang dinyatakan dalam al-Quran. Kenyataannya itu merujuk kepada isu budaya fitnah yang kononnya dibawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi memenangi pilihan raya umum di negara ini. "Seolah-olah mufti hari ini tentang bab lain dia berani bangkit. Terutamanya mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria). Apabila sebut dia marah... Seolah-olah mufti Perak mufti poco-poco, mufti yoga. "Seolah-olah mufti hanya melihat tari-tarian... Boleh beri fatwa tentang poco-poco, tentang yoga tetapi isu-isu hari ini yang jelas nyata dalam al-Quran yang bercanggah dengan syarak, mereka membisu. "Kalau mereka syaitan bisu tak apa juga. Tetapi mereka ini seolah-olah syaitan yang bercakap. Buat kenyataan media sana-sini... Dia bukan bisu tetapi syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu," katanya. Beliau berkata demikian ketika tampil bagi menyokong usul dibawa Mohd. Fadzil Mohd. Noor yang mengutuk fitnah menggunakan video pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57. |
Kalau Betulpun Ada Masalah Ke Nazri? Hah?? Posted: 06 Jun 2011 12:29 AM PDT Hadi intai PM, dakwa Nazri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggambarkan PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai oportunis dengan cuba meletakkan dirinya sebagai pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal perdana menteri. Nazri berkata, keputusan pemilihan PAS Sabtu lalu merupakan petanda bahawa pemimpinnya, terutama Hadi, sedar bahawa mereka perlu berusaha menguasai Pakatan Rakyat. "Jika Hadi fikir mereka boleh tawan Putrajaya, maka dia (fikir) akan jadi PM kerana Anwar sekarang dalam masalah," kata Nazri, merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat dan video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu. |
Haron Din Tampil Pertahan Utusan Malaysia Posted: 05 Jun 2011 10:06 PM PDT KUALA LUMPUR 5 Jun – Ketika Utusan Malaysia diserang kiri dan kanan sepanjang muktamar Pas, muncul Datuk Dr. Haron Din menentang arus apabila beliau mempertahankan akhbar itu yang difitnah akhbar Suara Keadilan. Timbalan Mursyidul Am Pas itu berkata, Suara Keadilan sengaja memutar-belit kenyataannya bagi memburuk-burukkan Utusan Malaysia dengan menuduh kononnya, beliau mengeluarkan fatwa haram membaca akhbar berbahasa Melayu paling berpengaruh itu. "Akhbar ini (Suara Keadilan) telah menyiarkan berita muka hadapan 'Membaca Utusan Malaysia haram: Haron Din'. Bila keluar begitu, memanglah pihak Utusan tidak senang dan apabila mereka menghubungi, saya kata tidak. "Tidak mungkin semudah itu bagi saya untuk mengeluarkan fatwa bahawa membaca Utusan haram. Akhirnya Utusan tanya adakah saya bercadang nak saman (Suara Keadilan) dan saya kata sedang dalam fikiran. "Kemudian bertalu-talu telefon daripada Suara Keadilan, mereka minta maaf kerana silap lapor dan kemudiannya betulkan balik bahawa saya tidak pernah berkata demikian," katanya semasa menyampaikan ucapan pengulungan sempena Muktamar Pas Ke-57 di sini, hari ini. Pada 26 April lalu, Suara Keadilan memutar-belit kenyataan Haron dengan melaporkan kononnya hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram dengan alasan ia menyebarkan fitnah. Sementara itu, menyentuh mengenai cadangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu agar Majlis Syuara Ulama Pas diberi kuasa audit bagi menilai setiap pemimpin parti itu, Haron berkata, beliau menyambut baik cadangan tersebut. Katanya, inilah kali pertama satu syor yang jelas disuarakan oleh pucuk pimpinan mengenai bagaimana hendak memperkasakan Dewan Ulama kerana sebelum ini para perwakilan hanya memberi pengharapan dan bukan cadangan. "Sepanjang ini hanya perkataan itulah yang kita dengar, perkasakan Majlis Syura Ulama tetapi jarang kita dengar apakah cadangan daripada ahli, apa lagi yang perlu dibuat Majlis Syura ulama melainkan yang kita baru dengar sekejap ini," jelasnya. - utusex |
Khir Toyo Gagal Diselamatkan Atau Sengaja Dibiarkan Lemas? Posted: 05 Jun 2011 09:21 PM PDT Shamsuddin lepas, pertuduhan Khir Toyo terus Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni daripada tuduhan bersubahat dengan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lepas. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamad menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. "Pihak pendakwaan tidak bercadang untuk meneruskan pertuduhan Seksyen 165 Kanun Keseksaan terhadap Shamsuddin. Bagaimanapun, pertuduan ke atas Dr Mohamad Khir Toyo akan diteruskan di bawah akta sama. Justeru, saya memohon peruntukan pembebasan dan pelepasan dimasukkan terhadap Shamsuddin," katanya. Mengikut pertuduhan, Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas melalui pengarahnya, Shamsuddin. Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Dr Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007. Shamsuddin pula didakwa bersuhabat dengan bekas Menteri Besar itu, untuk melakukan ksalahan tersebut di tempat dan masa yang sama. Dr Mohamad Khir, yang menjawat jawatan Menteri Besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan. Sementara itu, pada perbicaraan kes itu hari ini, Mohtarudin membenarkan permohonan peguam Dr Mohamad Khir, M. Athimulan, untuk menangguhkan perbicaraan itu sehingga Rabu ini atas alasan beliau (Athimulan) terpaksa mendapatkan beberapa dokumen penting daripada pendakwaan berhubung kes itu. Selain itu, beliau juga berkata pihaknya terpaksa mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya (Dr Mohamad Khir) berhubung tuduhan yang dihadapinya memandangkan ada perkembangan baru dalam kes itu (penarikan balik pertuduhan ke atas Shamsuddin). Pada perbicaraan hari ini, selain Athimulan, Dr Mohamad Khir diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Kamarul Hisham Kamaruddin. Shamsuddin pula diwakili peguam Datuk C Vijaya Kumar dan Tan Hock Chuan. Perbicaraan hari ini turut dihadiri Dr Mohamad Khir dan isterinya, Zahrah. --Bernama |
Pengaruh ulama dalam PAS tidak terhakis Posted: 05 Jun 2011 09:19 PM PDT Dewan Ulama tidak sama sekali kecewa dengan keputusan pemilihan pusat PAS, yang disifatkan sebagai penguasaan besar oleh pemimpin kumpulan profesional, kata Ketua Penerangannya PAS Nik Zawawi Nik Salleh. "Tidak, tidak kecewa. Saya (juga) sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama melihat ulama ada peranan (dalam membuat keputusan akhir), ahli jawatankuasa kerja pusat, dia (mereka) ada peranan kepada parti," kata Nik Zawawi ketika ditemui The Malaysian Insider. "Pemilihan ini tidak (sama sekali) menggambarkan yang kepimpinan ulama diketepikan," katanya lagi. Sehubungan itu kata beliau, Dewan Ulama tidak menganggap bahawa peranan kumpulan ulama sudah terhakis ataupun disingkirkan. "Itu tidak benar. Sebab, ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dipilih melalui suara ramai... ulama ada kelebihan sebab Dewan Ulama seratus peratus pemimpin (berlatarbelakangkan) agama dan begitu juga Majlis Syura Ulama, yang dilihat menentukan perjalanan parti, semuanya ulama," kata beliau yang turut dicalonkan bertanding jawatan naib presiden tetapi tidak menerima pencalonan. Pemilihan pusat melibatkan persaingan jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 ahli jawatankuasa kerja pusat. Presiden boleh melantik enam lagi ahli jawatankuasa kerja pusat. Daripada yang dipilih timbalan presiden, tiga naib presiden dan 12 ahli jawatankuasa kerja pusat dianggap sebagai pemimpin kumpulan profesional. Dewan Ulama menyaksikan juga pemilihan bagi ketua, timbalan dan naib ketua serta 12 ahli jawatankuasanya. Sementara sayap Dewan Pemuda PAS menyaksikan penguasaan kumpulan ulama di peringkat jawatan teratas, Dewan Muslimat pula dilihat dipimpin golongan profesional. Kata Nik Zawawi, bilangan enam orang dalam ahli jawatankuasa kerja pusat, dari latar belakang ulama, sebenarnya sudah cukup. Jelas beliau, barisan ahli jawatankuasa kerja pusat baru ini, yang akan membantu parti menghadapi pilihan raya umum ke-13, adalah "pasukan terbaik." "Kita rasa ini ahli jawatankuasa yang terbaik setakat ini, kerana sesuai dengan keadaan dan dalam kerjasama kita dengan Pakatan Rakyat," katanya. "Ya, memang... boleh membantu Pakatan Rakyat," katanya. |
Posted: 05 Jun 2011 07:41 PM PDT PADANG SERAI, 6 Jun: Keputusan pemilihan kepimpinan PAS yang telah berlalu baru-baru ini membuktikan bahawa parti tersebut berjaya menangani masalah yang cuba dicipta oleh Umno dan BN dalam isu ulama dan Erdogan yang cuba dikaitkan. Apa yang telah diputuskan oleh para perwakilan, dilihat menggambarkan aspirasi sebenar mereka yang inginkan pembaharuan dalam organisasi yang diharapkan oleh masyarakat Melayu dan Islam sebagai pengganti kepada Umno yang telah memerintah negara sekian lama. Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) berkata demikian ketika ditemui selepas majlis dialog dan ramah mesra dengan masyarakat di sini, semalam. Katanya lagi, usaha Umno dan BN melalui media arus perdana untuk melaga-lagakan kepimpinan PAS terutamanya bagi jawatan timbalan dan naib presiden tidak kesampaian, apabila calon-calon yang tewas tidak pun menunjukkan kekecewaan atas keputusan yang telah mereka terima. "Sebaliknya Umno dan BN sendiri menggigit jari apabila melihat agenda fitnah yang ingin mereka lemparkan bagi mengeruhkan suasana pemilihan tidak menjadi realiti. "Ini juga membuktikan kematangan yang ada dalam organisasi tersebut, berjaya menidakkan hasrat menggunung Umno dan BN yang ingin melihat berlakunya kecelaruan dalam pemilihan baru-baru ini," ujarnya lagi. Malah, katanya gandingan antara muka baru dan muka lama mampu untuk membantu mencapai kejayaan yang diinginkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. "Syabas juga diucapkan kepada mereka yang berjaya mempertahankan jawatan sebagai naib presiden dan barisan kepimpinan dalam jawatankuasa yang menggandingkan muka baru dan juga lama," tegasnya lagi. |
Seruan Untuk Muhyiddin - Kalau Tak Tahu Bertanya Dan Jangan Tunjuk Bodoh.. Posted: 05 Jun 2011 05:20 PM PDT KUALA LUMPUR, 6 Jun — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu belajar dengan ulama atau bertanya mufti sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai PAS kononnya ia sudah menggadai prinsip Islam, kata timbalan presiden baru Mohamad Sabu. Sehubungan itu tegas beluau, dakwaan Muhyiddin yang mengatakan PAS sudah mengorbankan prinsip Islam kerana kepentingan politik adalah tidak berasas sama sekali. "Muhyiddin perlu belajar dengan ulama atau berbincang dengan mufti sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. "Dia tak boleh kata kita begitu kerana kepimpinan kita adalah ulama yang berwibawa yang merujuk kepada al-Quran dan Hadis," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin (gambar) semalam bahawa PAS sudah mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang berakhir semalam ada meluluskan usul, yang dibawa Dewan Ulama, mengecam tindakan penayangan video seks itu dan dianggap sebagai satu fitnah. "Jadi saya nak tegaskan di sini bahawa berbincang dengan ulama terlebih dahulu sebelum bagi pandangan. "Perkara itu membabitkan zina dan kita tidak boleh beri pandangan sendiri," kata Mohamad ketika dihubungi The Malaysian Insider. Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, apa yang diucapkan oleh Muhyiddin adalah mereka yang tidak tahu akan prinsip dan keadilan dalam Islam. "Dia (Muhyiddin) tak tahu prinsip keadilan Islam. Prinsip Islam ialah tidak dibenar mengaibkan orang lain. Itu prinsip Islam kita. "Tuduhan terhadap (Datuk Seri) Anwar merupakan tuduhan yang melibatkan maruah," kata beliau yang mempertahankan kerusinya buat penggal kedua. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menambah, seseorang Muslim juga tidak dibenarkan menghukum mana-mana pihak sesuka hati kerana dalam Islam tidak mengajar agar umatnya mengaibkan orang lain. Seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi The Malaysia Insider hanya ketawa apabila diajukan soalan mengenai kenyataan timbalan perdana menteri itu. Katanya, Muhyiddin dan pemimpin Umno kini dilihat sudah mulai gelabah dan ia menunjukkan petanda kejayaan muktamar kali ini. "Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno dilihat semakin menggelabah. Nampaknya muktamar kali ini berjaya membuatkan mereka kucar-kacir. "Nasihat saya kepada Muhyiddin ialah lebih baik dia banyak belajar dari ulama jika nak bercakap mengenai soal zina dan qazaf," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena ini juga memberitahu, jangan disebabkan politik, asas agama tergadai. "Apa yang dicakap Muhyiddin tidak langsung bersandarkan prinsip pada agama. Beliau patut rujuk pada ulama. "Sama ada PAS mengetepikan Islam atau tidak, itu tidak muncul. Umno sedang dalam kegelabahan kerana perkara yang mereka cetuskan, masyarakat menolaknya," katanya. |
Umno Dan Bloggers Pencacai Semakin Senak Dengan Gambar Ini.. Posted: 05 Jun 2011 08:11 AM PDT Barisan baru kepimpinan utama PAS Pusat tidak sahaja menarik perhatian para pemimpin UMNO-BN, bahkan turut memikat Raja Petra Kamaruddin, pengendali portal Malaysia Today yang menulis tentang pembunuhan Altantuya Shiiribu. Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK menyatakan minatnya untuk bergabung serta bekerjasama dengan kepimpinan baru PAS menerusi Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) yang diketuainya. Nampaknya Umno dan bloggers pencacainya semakin seram sejuk dan tak lena malam melihat perkembangan menarik ini menjelang PRU-13 nanti.. Hehehe.. |
Muhyiddin Macam Pungguk Rindukan Bulan.. Tak Malu... Hahaha Posted: 05 Jun 2011 05:41 AM PDT Muhyiddin: Meskipun PAS terus tolak, pintu Umno masih terbuka KUALA LUMPUR, 5 Jun — Meskipun PAS terus menolak kerjasama dengan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi bahawa pintu komponen BN itu masih terbuka kepada parti Islam tersebut untuk membentuk kerajaan perpaduan. Timbalan presiden Umno itu berkata, idea berkenaan adalah demi Islam, bukan kerana kepentingan politik. "Demi kepentingan rakyat, kita tidak pernah menutup pintu (kepada PAS). Sama ada menerima atau tidak, itu soal lain. "Pelawaan kami bukan kerana politik, tetapi demi kepentingan politik. Dan, itu yang membezakan Umno daripada PAS, Umno melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan manakala PAS hanya fokus pada kepentingan parti," kata beliaus selepas mengadakan kunjungan ke beberapa lokasi di ibu negara petang ini. Dalam ucapan dasarnya kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu. "PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Dasar Bersama Pakatan Rakyat, yang sudah diperbahas dan diterima oleh PAS," kata beliau. Kata Hadi, ia melibatkan satu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urus tadbir negara. "Perubahan ini tidak memberi sebarang makna sekiranya tidak melibatkan reformasi spiritual dan kesejahteraan fikiran rakyat," katanya. Sejak pilihan raya umum 2008, PAS menerima pelawaan demi pelawaan sama ada secara langsung daripada Umno sendiri ataupun daripada pihak-pihak yang pro-Umno termasuk beberapa tokoh agama agar ia meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersama BN atau berganding dengan Umno. Idea itu termasuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno. Pelawaan itu sendiri pernah dipanjangkan oleh Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN dan presiden Umno dan juga Muhyiddin sendiri. Awal tahun ini, The Malaysian Insider pernah membawa laporan bahawa empat pemimpin dari PAS dan Umno bertemu di Istana Terengganu di sini dan dilaporkan ada menyentuh soal kerjasama kedua-dua parti. Hadi menambah, "kita sama-sama sedar bahawa demokrasi sedia ada dalam negara kita sudah tempang, akibat dari kerakusan Umno-BN yang ingin mengekalkan kuasa mereka sampai bila-bila." "Pun begitu, sehingga kini kita tetap mendahulukan pendekatan damai secara demokrasi, sehingga PAS bersabar menunggu walaupun dijatuhkan secara yang tidak bermoral, beretika dan melanggar asas-asas perlembagaan," katanya. |
"Bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang" Posted: 05 Jun 2011 05:39 AM PDT Biarpun PAS diserang hebat oleh media sebelum dan selepas keputusan pemilihan semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetap mengucapkan tahniah kepada perwakilan dan pemimpin yang telah dipilih. Berucap ketika menyampaikan ucapan penangguhan hari akhir Muktamar PAS ke-57 hari ini, beliau bagaimanapun tidak menyalahkan petugas media yang mebuat liputan selama tiga hari itu. "Ada (media) menyatakan pimpinan baru ini kumpulan Erdogan. "Saya kata ini bukan Erdogan, ini (Tuan Guru Datuk) Nik Aziz dengan Hadi Awang, ini bukan AK parti, ini Parti Islam Se-Malaysia PAS,"katanya membidas laporan media yang membuat label tersebut. Membuat bidasan lebih lanjut, beliau kemudiannya turut memperincikan kepelbagaian latar belakang individu di dalam saf kepimpinan baru PAS itu. Katanya kepimpinan baru yang diterajuinya itu terdiri daripada lapan ulama, dua doktor, dua jurutera, satu peguam, enam bekas pensyarah dan dua aktivis masyarakat. Komposisi itu katanya menunjukkan kabinet PAS mempunyai pemimpin rencam termasuk ulama. Malah katanya perlembagaan PAS juga memperuntukkan enam AJK dilantik, empat anggota dewan harian dan semua pesuruhjaya negeri untuk bersama kabinet baru. Tahaluf siasi dalam Pakatan berjaya Dalam ucapan itu juga, Presiden PAS itu juga menyifatkan kerjasama politik dengan PKR dan DAP, berjaya. Kejayaan itu katanya boleh dilihat kepada sokongan bukan Islam terhadap PAS semakin meningkat akibat kefahaman mereka terhadap perjuangan keadilan Islam yang dibawa PAS. "Persefahaman kita, mengekalkan jati diri kita sebagai orang Islam, memperkenal mesej Islam kepada bukan Islam tanpa paksaan. "Berbeza dengan persefahaman wala' Umno BN yang menghilangkan jati diri, hilang hak dan hilang jati diri Islam itu sendiri," katanya menegaskan perbezaan. Mengulas isu pembahagian kerusi antara Pakatan Rakyat untuk PRU ke-13 pula, beliau mengingatkan jentera di sesuatu kawasan memastikan kekuatan mereka dahulu sebelum berkira-kira mahu PAS bertanding. "Kalau nak kerusi untuk bertanding, kawasan itu kena ada jentera, cawangan kena hidup dan kuat, (baru) kita boleh bertanding. "Tapi tak kan semua kerusi kita nak tanding, itu bukan tahaluf,"katanya. |
Isu TNB dengan IPP, Dr Mahathir wajar menjawabnya kepada rakyat Posted: 05 Jun 2011 02:52 AM PDT Salah satu yang terang dinyatakan oleh agama kita ialah 'kemiskinan membawa kekufuran'. Itu sebabnya Islam sentiasa menggalakan supaya umatnya berusaha dengan tekun untuk mengelak dari menjadi miskin kerana kemiskinan boleh membawa sesuatu kaum, masyarakat dan juga negara menuju kearah kekufuran itu. Itulah sebabnya di dalam islam dan juga di dalam agama-agama lain, membentuk pihak yang kurang bernasib baik merupakan satu amalan fardhu kifayah yang amat dirahmati Tuhan. Islam menganjurkan kita membayar zakat dan itu merupakan salah satu dari rukun agama kita itu. Zakat itu disempurnakan untuk membela umat yang miskin dan tidak bernasib baik, malahan itu merupakan tanggungjawab semua samada kerajaan atau individu-individu untuk membantu dan membawa mereka keluar dari cengkaman kemiskinan itu. Di peringkat negeri dan negara kerajaan diwajibkan untuk mentadbir secara Islam yang mengambil elemen sedekah dan pembayaran zakat itu dengan serius. Adalah sangat berdosa bagi kita untuk membebankan rakyat dengan sengaja walaupun ada jalan untuk mengelakan dari kita membebani mereka. Setiap agama menggalakan kerajaan membela rakyat yang ramai ramai susah ini dan nilai ini bukan sahaja dianuti oleh kerajaan tetapi dipraktikkan di dalam kehidupan seharian dan dijadikan addin oleh individu-individu yang telah berjaya di dalam kehidupan mereka. Salah seorang yang terkaya di dalam dunia ini, Bill Gates misalnya, diketahui umum yang beliau hanya mengambil 20 peratus dari kekayaannya untuk diri dan keluarga beliau. Selebihnya diberikannya kepada kerja-kerja sosial bagi kepentingan manusia sejagat. Ramai lagi di antara individu-individu kaya-raya di dunia ini membelanjakan kekayaan mereka untuk kepentingan rakyat. Amalan ini merupakan satu amalan yang mempunyai nilai kesyukuran terhadap apa yang telah dianugerahkan Tuhan terhadap mereka. Tetapi tidak semua kerajaan atau individu yang berbuat perkara mulia seperti ini, malahan mereka melakukan kerja yang nilainya terbalik dari mereka yang disebutkan tadi. Selalunya nilai terbalik ini berluasa di dalam kerajaan-kerajaan dan rakyat di negara-negara membangun dan di dunia ketiga. Sifat tamak dan haloba serta mementingkan diri sendiri di atas kepentingan rakyat yang miskin itu menjadi lumrah. Ianya berlaku sehingga tahap memperdayakan rakyat ramai semata-mata untuk kepentingan segelintiran individu yang menghampiri orang yang berkuasa sahaja. Kita baru sahaja berhadapan dengan isu kenaikan tariff letrik kerana kerajaan mahu mengurangkan pertambahan peruntukan subsidi. Rakyat bukan membantah kenaikan itu dengan sewenang-wenangnya Rakyat pun berfikir untuk kebaikan kerajaan juga dan itu pun yang selalu dilakukan oleh rakyat selama ini. Tetapi yang rakyat naik marah ialah sikap pemimpin yang bertanggungjawab di atas ketinggian tariff itu dari dahulu lagi. Di dalam isu kenaikan tariff bekalan letrik ini, ianya di lakukan dengan sengaja oleh kerajaan untuk kepentingan beberapa rakan dan sahabat korporat pemimpin yang berkuasa. Yang tidak disenangi rakyat ialah mereka telah merasa tertipu dengan apa yang berlaku di dalam isi PPA (Power Purchase Agreement) di antara TNB dan syarikat IPP pada tahun 2006 yang lalu sehingga menyebabkan Pengerusi TNB sendiri begitu kecewa dan marah dengan tindakan kerajaan memaksa TNB membeli bekalan tenaga dari IPP dengan harga yang tinggi dari yang sepatutnya. Tan Sri Ani Arope telah meletakan jawatan dan sehingga hari ini beliau merasakan ketidak adilan yang dilakukan oleh EPU di Jabatan Perdana Menteri ketika itu. Jika TNB mempunyai bekalan tenaga dengan harga .12 sen kenapa EPU memaksa TNB untuk membeli bekalan tenaga itu dengan harga .23 sen dari syarikat kroni pemimpin besar kita itu. Kenapa EPU sanggup memaksa TNB membeli dengan harga yang begitu tinggi dengan jumlah yang di tentukan oleh EPU samada bekalan itu diguna atau pun tidak. Bukankah ini satu tindakan yang sangat hina dan memalukan negara? Bukankah tindakan itu sama seperti syarikat IPP itu merompak segala dana yang ada di dalam TNB itu? Ramai difahamkan yang kebanyakan infrastuktur pembekalan itu telah disiapkan oleh TNB dari awal lagi. Kenapa begitu zalim dan di manakah letaknya maruah pimpinan yang bersama melakukan kerja yang sangat hina ini. Bukankah tugas TNB untuk mendapatkan bekalan yang semurah mungkin supaya rakyat tidak dibebankan dengan harga tariff yang tinggi hasil dari kos pembelian yang terlalu mahal dari syarikat kesayangan pucuk pimpinan itu? Apabila isu ini sudah menjadi pengetahuan umum, saya mencadangkan supaya perjanjian di antara TNB dan syarikat IPP terbabit di 'declassify'kan untuk tatapan rakyat. Ini merupakan satu isu yang sangat serius dan ini bukannya isu kecil-kecilan. Ini adalah rompakan yang lebih merbahaya dari rompakan bersenjata. Menteri yang bertanggungjawab terhadap tenaga ini telah menyatakan yang perjanjian itu tidak boleh di paparkan kepada pengetahuan umum kerana perjanjian ini adalah 'private agreement' di antara TNB dan syarikat IPP itu. Saya ingin bertanya kepada Peter Chin, kalau kerajaan tidak boleh melakukannya siapa yang boleh? Bukankah TNB itu kepunyaan rakyat dan kerajaan yang di berikan mandat oleh rakyat? Bagi saya ini merupakan jawapan yang tidak bertanggungjawab dan ianya menampakan dengan jelas yang perjanjian itu mempunyai elemen 'hanky-panky' yang tidak mungkin diampunkan rakyat jika mereka mengetahui perkara yang sebenarnya. Dr Mahathir wajar menghadap rakyat untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan orang ramai kerana beliau merupan PM semasa itu dan jabatan EPU yang memaksa TNB menerima kandungan perjanjian itu terletak di bawah dagu beliau. Alang-alang sudah menyebut isu ini, kita wajar bertanya pula bagaimana dengan perjanjian konsessi-konsessi lebuhraya yang juga merupakan bebanan terhadap rakyat? Hanya kerajaan sahaja yang boleh untuk melakukan 'declassification' ini. Untuk mengelakan kerajaan ini diragui dengan lebih teruk lagi saya mencadangkan supaya pemimpin yang bertanggungjawab itu menjawabnya secara terbuka kepada khalayak ramai. Dr Mahathir mesti menjawab kenapa pilih untuk membeli tenaga dengan harga .23 sen/pKh sedangkan ada pihak yang berkemampuan untuk menjualnya kepada TNB dengan harga .12 sen/pKh. Dr Mahathir juga perlu menjawab kenapa TNB dimestikan membeli tenaga itu dengan jumlah yang di tentukan samada tenaga itu diperlukan atau pun tidak? Semuanya ini melibatkan untung nasib dan masa depan rakyat. Setelah diberikan mandat untuk berkuasa sebegitu lama, kenapa pimpinan tidak mensyukuri mandat yang telah diberikan rakyat selama ini? Kita jangan miskinkan rakyat dengan berbagai-bagai bebanan kerana kemiskinan itu akan membawa kekufuran. Itu bukan sesiapa yang berkata,: itu adalah apa yang nyata dan jelas di sebut oleh agama suci kita. Aspan Alias |
Bila Masa Pulak Muhyiddin Peduli Dan Sokong Negara Islam?? Posted: 05 Jun 2011 02:09 AM PDT Muhyiddin selar PAS korban prinsip Islam kerana politik KUALA LUMPUR, 5 Jun — Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa PAS mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan presiden Umno itu juga mengecam PAS bimbang kebenaran di sebalik video seks itu, yang didedahkan "Datuk T" Mac lalu, akan mencemar imej agama yang dibawa parti itu. "Kemungkinan mereka sudah tahu latar belakang isu video itu . . . atau siapa orang dalam video," kata Muhyiddin di sini hari ini. "Tetapi ia (seharusnya) telah dibawa ke muktamar mereka . . . sebagai parti politik yang diasaskan atas prinsip-prinsip Islam, mereka seharusnya mencari kebenaran," kata timbalan perdana menteri ini selepas melawat ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini. Pagi tadi muktamar 2011 PAS membincangkan usul dibawa Dewan Ulamanya, yang antara lain mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan, yang didakwa tidak tegas dalam mengutuk tindakan penayangan video seks oleh "Datuk T". "Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan. "Mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka," kata usul itu. Usul itu merujuk kepada penayangan video seks pada 21 Mac lalu kepada media-media terpilih, yang pelakonnya didakwa mirip Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat. Anwar sudah pun menafikan dakwaan itu. Menurut usul itu, fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seseorang. Umno dan media miliknya Kumpulan Utusan Malaysia menyerang PAS atas alasan mempertahankan Anwar dalam video seks itu. |
Jalan ke Putrajaya 'makin jelas' - Nik Aziz Posted: 05 Jun 2011 01:57 AM PDT Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat membayangkan saf kempipinan baru PAS yang dipilih pada muktamar ke-57 parti itu semalam menjadikan jalan menuju ke Putrajaya 'makin jelas'. Bercakap ketika ditemubual Harakah dan Harakahdaily hari ini, beliau yakin kabinet baru PAS itu mampu melakar masa depan baru untuk PAS khususnya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. "Jalan menuju Putrajaya makin jelas. "Jangan ada jual kad pengenalan, bagi kepada warga asing mengundi insyaAllah. "Kalau demokrasi dijalankan dengan betul, maka tidak ada sebab PAS dan Pakatan Rakyat tak boleh sampai ke Putrajaya," katanya. Pada pemilihan semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengekalkan jawatan itu tanpa bertanding menerima timbalan baru iaitu Mohamad Sabu. Mohamad menang jawatan itu terhadap penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon bertanding, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi tiga jawatan Naib Presiden pula, perwakilan telah memilih Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar. Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin. Mengulas penyertaan Mohamad Sabu yang dilihat bakal memberi energi baru dalam saf hadapan kepimpinan PAS, beliau memberi analogi begini. "Mohamad Sabu ni macam enjin la, drivernya Tuan Guru Haji Hadi, dan kita semua adalah penumpangnya. "Kereta tak jalan walau enjin buka, kena driver tekan minyak juga,"katanya. Berhubung isu ulama-profesional yang dimainkan media Umno pula, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ianya petanda kabinet baru itu digeruni Umno BN. Sejak keputusan pemilihan semalam, media pro Umno sama ada internet dan media cetak, tidak putus-putus memainkan isu kepimpinan ulama dalam PAS tidak lagi diterima. Majoriti tajuk akhbar mereka hari ini juga menggambarkan PAS tidak lagi islamik kerana mendakwa pemimpin utama didominasi kelompok profesional. "Sebut Islam mesti berkait politik. Bila politk mesti ada kerajaan. Maka untuk ada kerajaan mesti ada profesional. "Dalam PAS, sebut kata ulama automatik profesional, sebut profesional mesti berjiwa ulama. "Yang menduakan barang satu ini adalah Umno, sebab dia ada profesional sahaja tiada ulama. Ulama dalam Umno kena singkir," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan