MIMPI SENJA |
- Video klip separa lucah : Gambit mengamuk
- "Saya dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina
- Santai malam : Mati kerana Facebook
- Mengimbau kembali : Perhimpunan Anti ISA 2009 (video)
- Jika anda benci BN, sertai ...
- "Saya rasa syaitan pun respect mereka" Hanipa Maidin
- PAS : Kecewa - Geng Ulama mahu tubuh parti baru?
Video klip separa lucah : Gambit mengamuk Posted: 05 Jun 2011 10:12 PM PDT Motif maki hamun masih tidak diketahui. Namun, kami syaki Gambit Saifullah mengeluarkan kata-kata yang keras terhadap komuniti blogger ekoran daripada kontroversi video klip Prema Yin tempoh hari. Daripada kenyataan Gambit di Twitter, kami percaya ramai blogger-blogger yang terasa hati dengan sikapnya yang kekwat. Mungkin, Gambit Saifullah tidak sedar bahawa sebagai seorang selebriti, setiap kenyataannya mempunyai kapasiti yang memberikan impak kepada kerjayanya. Hasil daripada situasi ini, kami percaya Gambit akan hilang lebih ramai peminat, dan penghormatan daripada orang ramai. Daripada konteks public relation, selagi boleh kita ingin meminimumkan krisis yang dihadapi dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan. Berbudi bahasa tidak semestinya mengaku kalah, sebaliknya boleh membuatkan orang luar lebih menghormati kita. Dalam kes Gambit, hasil analisis kami mendapati kata-kata berbunyi, "To all the sincere supporters, thank you. To the assholes/bloggers who have nothing else better to do, middle finger on your face bitch!" memberikan impak yang besar kepada komuniti blogger secara umumnya. Ini amat bertentangan dengan konteks public relation, Gambit telah mewujudkan krisis yang tidak disenangi, dan amat susah untuk diperbaiki. Kenyataan keras Gambit tidak berakhir di situ, dia terus mengeluarkan kata-kata kesat terhadap blogger seperti, "Aku ckp bloggers yg cibai, yg x de kerja. Yg x tau menahu tu asal nak kena terasa? Sbb bloggers yg cibai tu hasut korang?" Dan, banyak lagi kata-katanya yang lain di akaun twitter @GambitSaifullah, bisa menguris hati ramai peminat. Apa pula pendapat anda? |
"Saya dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina Posted: 05 Jun 2011 08:09 PM PDT KUALA NERANG: "Saya tidak akan percaya lagi dengan lelaki Indonesia, saya menyesal kerana dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina Abu Bakar, 30, ibu tunggal yang menderita selepas melarikan diri ke Lombok mengikut teman lelakinya dua tahun lalu. Kepulangan Zarina di rumahnya kira-kira jam 1 pagi semalam, adalah hasil bantuan dan sumbangan penduduk setempat di Kubur Panjang, Pendang yang bersimpati dengan nasibnya sebelum sepakat mengumpul wang berjumlah RM3,000 untuk membawa balik ibu beranak empat berkenaan. Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Pai, di sini, semalam, Zarina turut menasihatkan wanita tempatan supaya jangan terpedaya dengan lelaki Lombok kerana kebanyakan mereka hanya berniat untuk memperdaya serta mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita. "Jangan berkawan dengan lelaki Lombok kerana akhirnya akan menimbulkan masalah. Pada mulanya saya percaya lelaki itu boleh dijadikan tempat bergantung hidup, tetapi rupa-rupanya anggapan itu meleset," katanya. Menceritakan pengalaman dua tahun tinggal di Lombok, Zarina berkata, dia hidup menderita kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan, selain terpaksa makan ubi kayu empat kali seminggu kerana kesempitan hidup. Malah, sepanjang tinggal bersama dengan lelaki itu dan hasil hubungan sulit mereka, dia melahirkan seorang anak perempuan yang kini berusia lima bulan. Zarina berkata, dia percaya Suhelmi menggunakan pukau atau ilmu hitam kerana dia hanya mengikut saja apa yang diarahkan lelaki itu, termasuk mengikutnya ke Lombok. Di Lombok, katanya, Suhelmi bekerja sawah dengan pendapatan Rp10,000 sehari (kira-kira RM2.50). "Dengan pendapatan sebanyak itu memang tidak dapat menampung hidup. Malah bukan saja sering makan ubi kayu, tetapi sambutan Aidilfitri juga tidak dapat diadakan kerana kesempitan hidup," katanya. Zarina berkata, dia pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat dari Lombok ke Batam sebelum menaiki bot pancung hingga ke Sungai Tiram, Johor. Sementara itu, ibunya, Maryam Kasim, 49, bersyukur dan gembira kerana Zarina selamat kembali ke pangkuan keluarga - BH STONE : Untuk adik-adik, ibu-ibu tunggal, atau bini orang sekali pun hati-hati lah dengan Mat Indon ni. Bukan bermakna kita anti mereka, mereka boleh bebas mencari rezeki di negara kita, tapi cukup untuk mencari rezeki, bukan mencari benda lain. Kes Zarina ini bukanlah merupakan kes pertama wanita Msia lari ke Lombok malahan sebelum ini sudah banyak kita dengar dan baca melalui akhbar cerita yang sama, tapi seolaholeh kes ini berterusan. Pesanan : Jauhi lelaki Lombok ... |
Santai malam : Mati kerana Facebook Posted: 05 Jun 2011 08:51 AM PDT |
Mengimbau kembali : Perhimpunan Anti ISA 2009 (video) Posted: 05 Jun 2011 07:55 AM PDT |
Jika anda benci BN, sertai ... Posted: 05 Jun 2011 02:39 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Jun: PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih II pada 9 Julai di ibu negara dengan sasaran 300,000 peserta dari PAS sahaja. Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu ketika membentangkan usul tersebut berkata, seluruh ahli PAS di semua peringkat harus menyertai himpunan tersebut kerana empat tuntutan Bersih 2007 lalu tidak dipenuhi kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurutnya juga, usaha mendaftarkan warga asing sedang berleluasa di Selangor dan turut berlaku di negeri-negeri lain. "Satu pun tuntutan Bersih pada 10 November 2007 tak ditunai pemerintah. "Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Datuk Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata beliau yang merupakan salah seorang penggerak Bersih. Tambah beliau juga, amat menghairankan apabila daftar pengundi di Terengganu meningkat secara mendadak sejak 1999 hingga 2004. Perkara ini katanya mustahil berlaku tanpa bantuan SPR dan Jabatann Pendaftaran Negara (JPN). "Kalau aktif daftar pemilih boleh naik dari 4 hingga 7 peratus sahaja tapi di Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 daftar pemilih naik 17 peratus. "Ini tidak mampu dilakukan parti politik melainkan bantuan SPR, polis dan Jabatan Pendaftaran Negara yang lakukan kerja itu," katanya. Beliau turut menyentuh mengenai undi pos yang meragukan seperti yang berlaku dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini. "Undi pos terus kita ragu bayangkan di Tenang (PAS) hanya dapat undi pos 3 undi BN 115. Undi Senadin Pakatan mendahului lebih 1000 undi tapi bila datang undi pos calon Pakatan kalah 58 undi," katanya. Tambahnya juga, media di Malaysia masih berada di zaman Tok Kadok (kuno) apabila hanya menyiarkan berita sebelah pihak sahaja. "Kita lihat di muktamar, kita ditemubual, pelbagai pandangan kita beri, kamera berkelip di depan mata sampai kelabu tapi bila tengok berita tak ada (keluar). "PRU di Singapura walaupun Singapura sama dengan Malaysia dari segi kongkongannya tapi semua pemimpin pembangkang boleh bercakap di radio dan televisyen. "Di Malaysia media masih di zaman Tok Kadok tak ada kebebasan diberi kepada pemimpin walaupn dalam saluran kerajaan," katanya. |
"Saya rasa syaitan pun respect mereka" Hanipa Maidin Posted: 05 Jun 2011 12:47 AM PDT Fitnah menggunakan video seks memperlihatkan bagaimana teruknya Barisan Nasional berpolitik, namun PAS seharusnya menjadikan ia satu peluang untuk menonjolkan kehebatan Islam. AJK Pusat PAS Hanipa Maidin (gambar kanan), ketika menyokong usul "Mengutuk Fitnah Menggunakan Video" yang dibawa Dewan Ulamak, menerangkan bagaimana UMNO-BN cuba "solehkan, hiaskan video dengan sumpah", kerana sedar bahawa ia tidak akan berkesan jika sekadar menggunakan video seks. Maka, sumpah itu dijalankan, pertama, atas nama Allah; kedua, dengan al-Quran; dan ketiga, dalam masjid, dan mungkin orang akan tertanya-tanya, "Takkanlah tak betul?" "Kita berlawan dengan satu golongan yang mereka ini ... Saya rasa syaitan pun respect mereka." Kata-kata Hanipa Maidin ini menggelakkan perwakilan dalam dewan. Sebelum ini, beliau menyentuh paparan Utusan Malaysia pada hari ini, dengan tajuk "Ulama Tersingkir" di muka surat depan. Hanipa mempersoalkan sejak bila Utusan dan UMNO suka ulama, "Kita dalam PAS, kita profesional ganding, kawan dengan ulama; dalam UMNO, ulama kawan dengan penyangak!" Hanipa Maidin juga memetik ayat untuk menjelaskan rasional mengapa Islam mensyaratkan empat orang saksi dalam tuduhan berzina. "Kenapa Allah memperbanyakkan jumlah kesaksian dalam kes zina, tidak seperti gejala lain? Kerana Allah amat suka untuk kita melindungi, menyembunyikan apa saja rahsia hamba-nya, atau mahkluk." Sebelum ini, terdapat perwakilan yang turut menyokong usul ini kerana mendapati dirinya sukar untuk menjelaskan apa itu "liwat" kepada anaknya, yang membaca liputannya melalui Utusan Malaysia. Usul Mengutuk Fitnah Menggunakan Video yang dibawa Dewan Ulamak berbunyi: •Menyedari bahawa fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah SWT kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seorang. •Menyedari bahawa tindakan ini adalah tindakan yang tidak bermoral setelah tidak mampu berhadapan dengan hujah fakta dan data. •Menginsafi bahawa tindakan menggunakan video dan media baru sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik adalah lambang keruntuhan tamaddun sebuah negara dan bangsa. Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011 •Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah di dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan. •Mengutuk sikap membisu di kalangan ulamak rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka. - Merdeka Review |
PAS : Kecewa - Geng Ulama mahu tubuh parti baru? Posted: 04 Jun 2011 11:09 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Satu blog pro ulama melaporkan terdapat usaha dari kem ulama yang mahu menubuhkan parti baru. Parti Sunnah Wal Jamaah. Mereka kecewa kerana kononnya dominasi ulama sudah pudar dalam PAS. Apabila gua lahirkan ini di FB, terdapat seorang yang mempelawa Hizbut Tahrir kepada golongan ulama PAS yang kecewa. www.mykhilafah.com Persoalannya, adakah Hizbut Tahrir menyediakan doktrin atau jaminan secara perlembagaan bagi kedudukan mereka (ulama) seperti 'Kepimpinan Ulama'? Jaminan itu penting kerana walau mereka pemalas, walau mereka elit, walau mereka tak pandai dalam pengurusan, walau mereka hanya jenis air liur memberi kuliah, walau mereka naive, walau mereka sering ditipu musuh, walau mereka tidak bersedia mengotorkan pakaian berlumpur bersama rakyat, tetapi kedudukan mereka tidak boleh dicabar dan kekal. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan