Rabu, 1 Jun 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kickdefella: Bukan masa bagi saya jawab dakwaan blog pro-Umno

Posted: 01 Jun 2011 01:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang mesra dikenali "Kickdefella" berkata, "belum sampai masa" bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Datuk Husam Musa yang bertanding kerusi naib presiden PAS.

Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan "kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding."

"Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab," kata beliau kepada The Malaysian Insider tengah hari ini.


Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada "orang Husam".

"Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya," kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi.

Selain Husam, turut bertanding jawatan naib presiden PAS ialah Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Selain itu, blog tersebut juga bertanya sama ada Syed Azizi ada bertemu dengan Husam di China bagi merancang strategi untuk kemenangan Husam dalam pemilihan PAS.

"Semoga Kickdefella jawab semua seolan ini dan nyatakan secara jujur kepada semua pembaca-pembaca blog di tahap manakah sebenarnya hubungannya dengan Husam," katanya.

Dakwaan itu ditimbulkan ketika menjelang hari pengundian pemilihan pusat pada hujung minggu ini.

Husam, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, kali ini bertanding jawatan naib presiden, kerusi yang pernah dipegang sebelum bertanding kerusi timbalan presiden pada 2009.

Syed Azidi pernah berkhidmat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai pegawai perhubungan awam dan dilihat rapat dengan Husam.

Sehubungan itu, beliau pernah membantu Husam dalam menghadapi pemilihan dua tahun lalu sebelum berhenti akhir 2009.

Bagaimanapun Syed Azidi berkata, beliau masih merasakan Husam seorang yang "pemimpin yang istimewa."

"Saya masih percaya Husam seorang yang istimewa, adalah seorang pemimpin yang istimewa," katanya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Kesian Najib..

Posted: 01 Jun 2011 01:13 AM PDT

Najib silap target..

SHAH ALAM 1 JUN : Gesaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kepada golongan belia di negara ini supaya bersama-sama beliau mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang untuk mengekalkan kekuasaannya, diselar ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, Najib menghantar mesej beragenda politik dan salah kepada kira-kira lapan ribu belia yang kebanyakannya dihantar sekolah masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut, dan mereka juga bukanlah golongan pengundi.

"Saya terkejut bila Datuk Najib kata pertahankan Putrajaya. Beliau bercakap dalam nada politik. Sedangkan belia yang datang itu dengan bas. Umur 15, 16, 17 tahun. Bukan boleh mengundi pun. Beliau sampaikan mesej salah," kata Johari dalam temubual bersama TV Selangor.


Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 pada Sabtu, Najib merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

Menurut Najib, beliau gembira dengan kehadiran sejuta orang anak muda di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun ini yang menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak.

Walaubagaimanapun hanya kira-kira lapan ribu belia menghadirkan diri dan kebanyakannya pelajar sekolah yang diwajibkan kehadiran ke atas mereka.

Apa yang lebih jelas kata Johari, tindakan Najib yang sengaja memberi gambaran salah bahawa Pakatan Rakyat akan melelong Putrajaya apabila menang pada pilihan raya kelak, membuktikan pentadbirannya yang tidak memahami hasrat dan jiwa murni anak muda.


"Saya rasa pelik. Samada teks Ucapan Datuk Najib disediakan oleh orang yang tidak faham. Atau Datuk Najib sendiri tidak faham hasrat dan jiwa anak muda belia negara ini. Untuk pertahankan Putrajaya kalau tidak nanti pembangkang jual. Apa ini? Bagi saya ini mentaliti tikus bercakap berdegar-degar tapi realitinya tiada," kata Johari.

Johari menyatakan sebagai Perdana Menteri, Najib perlu memberikan galakan dan menyemarakkan idealisme belia supaya membangunkan negara dengan aman dan damai di masa hadapan.

"Yang penting bagi kita ialah politik harus dilihat dari sudut yang lebih besar. Bukan politik kepartian yang sempit. Kalaupun nak bercakap dengan belia, mereka harus diberi satu impian besar untuk bangunkan negara. Kita bukan boleh hidup 100 tahun lagi. Mungkin nanti Umno dan Pakatan Rakyat pun sudah tiada, mereka ada parti lain. Beliau harus mempunyai impian besar untuk membangunkan negara dengan cara yang disepakati," kata Johari lagi. - TVS


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tarif elektrik: Jaminan Muhyidin ditolak

Posted: 31 May 2011 11:14 PM PDT

KOTA BHARU, 1 Jun: Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa inflasi tidak akan berlaku dengan kenaikan tarif elektrik ditolak dan disifatkan kenyataan yang tidak betul.

Ini kerana, mereka yakin, kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan kos barangan atau perkhidmatan akan meningkat dan dengan sendirinya inflasi atau kenaikan harga barang akan berlaku.

"Memang tarif lektrik dikenakan pada pengeluar, tetapi bila keadaan ini berlaku, barangan keluaran mereka terpaksa dinaikkan harganya sehingga ianya akan membebankan rakyat seluruhnya khususnya yang berpendapatan rendah," kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof (gambar).


Siti Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang Kelantan berkata, walaupun tarif tidak dinaikkan untuk pengguna yang bilnya RM77 ke bawah sebulan, golongan berpendapatan rendah akan terus terbeban dengan cara ini.

Ini kerana, pengguna elektrik yang besar iaitu pekilang akan tetap terbeban dan kos mereka akan meningkat.

Apabila ini berlaku, mereka akan menutup kenaikan kos itu dengan menaikkan harga barangan mereka dan ini akan membebankan golongan bawahan secara tidak langsung apabila mereka terpaksa membeli barangan itu.

Baru-baru ini, kerajaan menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus untuk pengguna elektrik melebihi RM77 sebulan manakala pengguna di bawah RM20 akan mendapat elektrik secara percuma.

Langkah ini dikatakan cuba meniru apa yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Namun tindakan ini berbeza kerana kerajaan negeri Selangor memberikan air percuma kepada penggunaan 20m padu pertama tanpa menaikkan harga air.

Mereka yang menggunakan jumlah yang rendah iaitu golongan pendapatan rendah yang menggunakan air sedikit sahaja (bawah 20 m padu sebulan) akan mendapat air percuma.

Bagi Siti Zailah, walaupun 75 peratus daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik selagi mengekalkan
penggunaan elektrik pada kadar RM77 sebulan, golongan berpendapatan rendah tetap menjadi mangsa.

"Sudahlah mereka baru dibebani dengan kenaikan harga petrol baru-baru ini, kerajaan bebankan pula rakyat dengan kenaikan tariff
tersebut,"ujarnya.

Tambahnya, situasi ini berlaku bukan sahaja pada rakyat di kampung, sebaliknya kakitangan awam, swasta yang berpendapatan kecil juga terjejas.

Sambungnya lagi, tindakan kerajaan sebenarnya untuk mengurangkan beban kerajaan dan melepaskan beban itu kepada rakyat.

"Sepatutnya kerajaan mengurangkan atau menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol setiap tahun kerana ia mampu menjimatkan wang negara," katanya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

BN kawal IPP atau IPP kawal kerajaan

Posted: 31 May 2011 09:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencadangkan Kerajaan BN membubarkan sahaja Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air jika benar dakwaan menterinya, Datuk Peter Chin bahawa kementerian itu tidak ada kuasa bagi mendesak Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) didedahkan kepada umum.

Sehubungan itu, ketua penerangannya, Herman Samsudeen mempersoalkan adakah kerajaan BN yang memimpin IPP atau IPP memimpin Kerajaan BN sekarang ini.

"Bila rakyat mahu tahu pasal kontrak perjanjian, menteri kata tiada kuasa. Tapi bila mahu umum kenaikan tarif elektrik, menteri ada kuasa," ujarnya kepada Harakahdaily.


Katanya, rakyat kini melihat pemimpin yang ada sebagai boneka kepada IPP dan bukannya berkhidmat untuk rakyat lagi.

Justeru, ujarnya, slogan kerajaan sekarang patut ditukar kepada "IPP didahulukan, kroni diutamakan".

Beliau berkata, dasar Fuel Cost Pass Through (FCPT) yang dicipta oleh Kerajaan BN pula adalah tindakan culas yang jelas mahu membebankan rakyat kerana kos gas asli yang akan dinaikkan daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap 6 bulan melalui arahan kepada Petronas bakal menyebabkan kenaikan tarif elektrik berganda di masa depan.

"Dan segala kos bahan api itu akan dibayar sendiri oleh rakyat bila mana Kerajaan BN kini nekad membuat pemansuhan subsidi kepada perkhidmatan tenaga elektrik dan gas," ujarnya lagi.

DPPWP juga, katanya melihat jaminan Kerajaan BN bahawa harga barang-barang dan perkhidmatan dipasaran tidak akan naik dengan kenaikan harga minyak, gula dan tarif elektrik ini sebagai satu lawak jenaka sahaja.

Menurutnya, orang yang faham tentang ekonomi tidak akan bercakap demikian.

Baginya, adalah mustahil harga barang-barang dan perkhidmatan di pasaran tidak naik bila bahan mentah mereka tidak naik.

"Jika kerajaan gagal mengawal tindak tanduk kapitalis dalam IPP dan TNB maka semakin sukarlah matlamat mengurangkan jurang pendapatan rakyat dilaksanakan. Yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus melarat," katanya.

Tambahnya, DPPWP juga berasa hairan, kenapa kerajaan beria-ria sangat mahu menghapuskan subsidi dan cuba perkenalkan GST.

"Di manakah peranan GLC Kerajaan yang ditubuhkan untuk melabur dan memberikan pulangan kepada negara?

"Ke mana duit hasil-hasil bumi dan industri yang dijana selama ini pergi sampai kerajaan terpaksa mengambil langkah ortodoks dengan menumpukan kepada pengambilan hasil-hasil negara dari kantung-kantung rakyat melalui pemansuhan subsidi serta pelbagai kenaikan harga dan cukai?" soalnya.

Sehubungan itu, DPPWP mengajak rakyat turun ke jalan raya pada pada 9 Julai ini untuk mendesak Kerajaan BN menghentikan kegilaan mereka mencipta mala petaka ekonomi kepada rakyat.

Katanya, 9 Julai ini juga adalah Hari Demokrasi untuk rakyat.

Tambahnya, ia adalah hari untuk rakyat menuntut keadilan dalam memastikan sistem demokrasi dan pengurusan pentadbiran negara berjalan dengan cekap.

"Inilah masa dan peluang terbaik bagi rakyat menunjukan kuasa mereka sebagai mana kebangkitan rakyat di Thailand dan Timur Tengah yang bangkit menolak kezaliman ke atas diri dan negara mereka. - hrkh

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

SAF: Kami makin yakin Umno jelas ‘absahkan fitnah bunuh lawan’

Posted: 31 May 2011 09:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Saf Anti Fitnah (SAF) menyambut baik kedua-dua ketua Pemuda Umno dan PAS yang mahu menolak politik fitnah, tetapi pertubuhan bukan kerajaan itu semakin yakin Umno nampaknya jelas "mengabsahkan fitnah" sebagai cara menjatuhkan lawan.

"Rakyat semua faham betapa negara ini menyaksikan pendedahan dan manipulasi berita dilakukan dengan cara paling menjijikkan dalam akhbar bila berkait dengan pendakwaan ke atas (Ketua Pembangkang di Parlimen) Datuk Seri Anwar (Ibrahim).

"SAF semakin yakin betapa Umno nampaknya jelas mengabsahkan fitnah sebagai cara menjatuhkan lawan bila pernyataan Pengerusi Umno (Selangor) Datuk Seri Noh Omar mengiakan perlakuan mengedarkan video lucah tidak harus menjadi masalah kepada pembangkang jika ia boleh menyebabkan rakyat marah kepada Umno," kata Pengerusi SAF Mohd Azmi Abdul Hamid hari ini mengulas hasil Wacana Fitnah Ancaman Ummah Akhir Zaman yang diadakan semalam.


Hasil wacana itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, Pemuda PAS dan Umno boleh bersaing di pentas politik secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Sehubungan itu katanya, pihaknya mahu satu penyertaan dalam pilihan raya secara adil dan telus dengan membekalkan peluang dan ruang yang sama rata.

"Kemukakan polisi untuk meyakinkan rakyat dalm mencari sokongan jangan kemukakan polis untuk memaksa dan mendesak rakyat menyokong kita," kata beliau.

" Insya-Allah, semoga budaya intelektual sebegini akan terus subur sehingga meletakkan kita semua sebati dengan tindakan berasaskan hujah dan fakta bukan fitnah dan tohmah.

"Jika ada pertuduhan, silakan namun lampirkan bukti yang benar. Sejurus bukti dikemukakan, pihak berwajib bertindaklah sewajarnya, jangan membuat pendakwaan terpilih berasaskan kecenderungan dan kepentingan pihak tertentu," kata beliau lagi.

Selain Nasrudin, panel wacana itu terdiri daripada Ketua Pemuda Umno dan BN Khairy Jamaluddin dan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Justeru soal Mohd Azmi, "adakah ini pendirian rasmi Umno dalam hal pengedaran video lucah untuk mengaibkan lawan?"

"Apakah ini juga bermakna pihak parti lawan boleh bersetuju dengan mana-mana pihak yang menentang Umno sama ada orang luar atau orang dalam, boleh melakukan hal yang sama (mengedar video lucah) terhadap pemimpin Umno?" katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Oleh itu, kata beliau, sejak dari awal SAF ditubuhkan pihaknya melihat isu sebenar di pihak Umno bukan untuk melihat kebenaran dan menegakkan keadilan, tetapi lebih untuk membunuh lawan dengan apa cara sekalipun termasuk dengan cara mengaibkan lawan.

"Dengan sebab itu kami sangat mengehendaki agar rakyat jangan diperbodohkan dan diracuni dengan kempen politik yang melampaui batas sehingga masing-masing membalas dengan cara yang juga tidak bermoral.

"Jelas undang-undang sivil yang sepatutnya dikuatkuasakan itupun tidak dilaksanakan dalam hal pengedaran video lucah menyebakan masyarakat sangsi terhadap pihak berkuasa yang nampak bersekongkol untuk membenarkan fitnah disebarkan secara berleluasa," katanya lagi.

Mohd Azmi berkata, sementara SAF menyambut kedua-dua ketua Pemuda Umno dan PAS yang mahu menolak politik fitnah, tetapi juga mahu agar janji itu dikotakan dalam bentuk tindakan nyata dan bukan hanya pernyataan kosong semata-mata.

Sambil menggariskan beberapa kes bersifat fitnah sejak kebelakangan ini, beliau berkata, nampaknya ada keghairahan luar biasa untuk pihak yang dituduh diserang habis-habisan dalam bentuk fitnah yang melampaui batas hukum agama mahupun hukum sivil.

Kata beliau, SAF juga mahu melihat kesungguhan Khairy menyatakan hal ini secara berterus terang kepada pucuk kepimpinan Umno.

"Soal yang menjadi keprihatinan SAF ialah isu Datuk Seri Anwar nampaknya mendapat fokus yang sangat keterlaluan dalam media arus perdana dan semacam mendapat restu pimpinan Umno untuk menghukum beliau secara terang-terangan sebelum beliau diberi peluang untuk membela diri," kata Mohd Azmi lagi.

Sementara memang kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu penuh persoalan dan dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak dan sangat memerlukan penjelasan daripada pihak perdana menteri sendiri, kata beliau, pihak yang mendakwanya juga perlu menghentikan tuduhan jika tidak mempunyai bukti.

"Di mata khalayak ramai, pembabitan pembantu perdana menteri dan dua orang pengawal peribadi beliau telah menimbulkan banyak kekeliruan dan tanda tanya mengenai kes tersebut kerana catatan imigresen terhadap mangsa yang masuk secara rasmi ke dalam negara tiba-tiba dihilangkan sepenuhnya.

"Namun dalam hal tuduhan zina dan liwat, layanan yang berbeza telah diberikan dalam pemberitaan di media massa terutama media arus perdana," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, kata beliau, dalam proses pembicaraan Anwar sendiri telah menyebabkan pendedahan yang dikehendaki oleh pimpinan Umno terhadap beliau dalam media massa arus perdana diolah sebegitu rupa sehingga beliau dan keluarganya diaibkan.

"Hal inilah yang membuat SAF melihat gelagat surat khabar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Kosmo serta TV3 dan RTM sebagai agensi penyiaran yang tidak objektif dan tidak menjaga tatasusila moral dalam pemberitaan bila mereka turut menjadi penyebar fitnah secara terang-terangan tanpa batas," katanya lagi.

Dalam ulasannya, Mohd Azmi menambah, SAF memang bersependapat dengan Asri bahawa kedua-dua pihak harus konsisten dalam mengekang fitnah akan tetapi beliau tidak harus naif dalam melihat tabiat dan cara pimpinan yang berada dalam gebuk kuasa beria-ia benar untuk membunuh musuh politik dengan cara paling tidak bermoral termasuk mengguna seluruh agensi pemerintah untuk melakukan asasinasi peribadi terhadap lawan.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Panas: Rupanya Adik Bongsu MB Pahang Sendiri Adalah Bekas Chairman IAEA

Posted: 31 May 2011 07:30 PM PDT

KUANTAN, 1 Jun - Nampaknya teori penyelewengan projek pembinaan kilang memproses rare-earth oleh Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini bertambah panas. Ia susulan terdapat pendedahan sebelum ini dan terkini mengatakan Chairman Board Of Governors Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ialah adik bongsu kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri. Beliau yang dimaksudkan itu ialah Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob (foto).

Beliau difahamkan bertugas dengan agensi terbabit mulai tahun 2009 hingga 2010. Tiada apa lagi yang boleh kita perketakan dengan pendedahan ini sebenarnya. Namun, apa yang jelas kita boleh rungkaikan ialah bagaimana kumpulan pakar IAEA yang berada di sini sekarang mahu membuat laporan negatif terhadap projek tersebut jika bekas boss mereka adalah adik kepada Menteri Besar Pahang itu sendiri?. Bukankah, ini membuktikan kepada kita memang ada permainan "adik beradik" dalam meluluskan atau pun membawa projek berisiko ini ke Malaysia. Apa jua alasan yang diberikan oleh MB Pahang untuk menidakkan perkara ini sudah tidak wajar dipercayai lagi.


Mana mungkin seorang adik mahu melanggar sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh abangnya. Inikan pula projek bernilai ratusan juta seperti Lynas ini sebenarnya. Oleh itu, rakyat tidak hairan sekarang, kenapa pakar-pakar yang sepatutnya mengambil masa sebulan untuk mengkaji tahap keselamatan Lynas telah awal-awal lagi mengatakan projek tersebut mengikut "standard yang telah ditetapkan". Padahal mereka belum pun turun padang untuk melawat ke kilang Lynas di Gebeng itu sebenarnya. Kita tidak mahu menuduh sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam hal ini. Namun, secara kesimpulannya rakyat memang tahu apakah "kaedah" mana-mana pelabur dan pihak yang mahu mendapatkan apa-apa projek di Pahang sejak dulu kini dan selamanya.

Bukti kukuh, adik MB Pahang, Dato Muhammad Shahrul Ikram Yaakob
rupanya adalah IAEA Board Of Govenors Chairman tahun 2009-2010

GM IAEA Yukiya Amano bersalaman dengan adik MB di Mesyuarat Ahli
Lembaga (Gabenor) IAEA di Vienna, Austria pada 13 September 2010

[Malah banyak pendedahan telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini tentang ketirisan yang berlaku dalam pentdbiran Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Oleh itu, kepada mereka yang bermati-matianmenyokong projek ini diminta berfikir secara rasional. Apakah kita mahu diri kita ditipu oleh kebodohan kita sendiri. Jangan dibiarkan diri kita dipermainkan oleh mereka yang berkuasa hanya untuk kepentingan periuk nasi mereka sendiri. Kami sungguh terkejut dengan maklumat terbaru ini. Namun kami boleh merasakan, memang ada sesuatu yang tidak kena bila adik MB menjadi orang kuat IAEA, sedangkan apa yang dipertikaikan ialah bagaimana projek berisiko seperti Lynas itu boleh dibawa masuk ke Malaysia terutamanya ke negeri Pahang ini?. Rupanya ada "kabel besar" yang telah bersedia untuk membawa masuk projek itu ke sini sebenarnya. Siasatan lanjut akan dijalankan tentang beberapa aspek lain lagi yang membuktikan projek Lynas wajar dibantah oleh rakyat Kuantan biarpun ada yang menyokongnya. Ini kerana sokongan yang diberikan oleh pihak terbabit adalah berdasarkan "skrip semata-mata", tambahan pula mereka dibayar untuk hadir menyokong projek Lynas seperti yang berlaku di Hotel Hyatt dan Pantai Teluk Chempedak].

Sumber dari - Pahang Daily

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tarif Elektrik Naik Untuk Bina Benda Ni Kot??

Posted: 31 May 2011 07:00 PM PDT

Salam Sejahtera,

Terpegun anak yassin tu kepada bangunan atau kepada orang yang menerangkan struktur bangunan tu.... ish..ish persepsi jahat tu....

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tertarik dengan keunikan replika bangunan berlian Suruhanjaya Tenaga selepas merasmikan bangunan itu di sini, hari ini. - BERNAMA
May 31, 2011 4:49 pm


Rakyat Marhaen kena cekik dengan kenaikan harga taarif baru elektrik tak mengapa, yang penting pembangunan negara mesti diadakan... hebat pemimpin UMNO....,


Manjungmari



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Bank Islam tolak gabung Bank Muamalat

Posted: 31 May 2011 05:27 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Lembaga Bank Islam Malaysia Bhd telah menolak tawaran penggabungannya dengan Bank Muamalat Malaysia Bhd, yang dimiliki tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, atas alasan mereka tidak melihat adanya nilai hasil langkah itu. The Malaysian Insider difahamkan pengarah-pengarah bank Islam pertama negara itu pada awalnya khuatir yang mereka perlu menerima tawaran penggabungan yang diketengahkan memandangkan Syed Mokhtar dilihat sebagai ahli perniagaan rapat dengan pentadbiran Najib ekoran siri peluang bisnes diperolehnya sejak kebelakangan ini.

"Mereka membuat keputusan itu pada satu mesyuarat semalam, untuk menolak tawaran bergabung kerana pandangan di Putrajaya ialah tiada desakan agar diadakan penggabungan sedemikian antara dua bank ini," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.


Bank Islam ditubuhkan pada 1983 dan antara pemegang sahamnya ialah Dubai Islamic Investment Group yang memegang 40 peratus ekuiti.

Keuntungannya meningkat 34.3 peratus kepada RM79.9 juta tahun lalu.

Bidaan Syed Mokhtar bagi Bank Islam muncul selepas kejayaan beberapa syarikatnya, antara lain menguasai 32 peratus pegangan Khazanah Nasional Berhad dalam Pos Malaysia, menjadi rakan penyedia projek Transit Rapid Massa (MRT) dan lanjutan kontrak pengimport tunggal beras ke Malaysia.

Konglomeratnya, DRB-Hicom Bhd pada 13 Mei lalu berkata ia menerokai potensi penggabungan Bank Muamalat dengan Bank Islam tetapi tiada rancangan untuk menjual saham-sahamnya dalam Bank Muamalat.

Bank itu berkata ia telah mengemukakan surat hasrat kepada BIMB Holdings Bhd (BIMB) untuk menerokai potensi penggabungan kedua-dua bank.

DRB-Hicom merupakan syarikat pegangan utama Bank Muamalat dan memiliki 70 peratus pegangan manakala Khazanah Nasional Bhd memiliki baki 30 peratus.

Pada 27 Mei lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata penggabungan Bank Muamalat dan Bank Islam untuk membuka ruang bagi kewujudan satu Bank Islam Mega tunggal sukar untuk dilakukan dalam masa terdekat ini.

Kata beliau, memang ada cadangan daripada pemegang saham kedua-dua bank berkenaan ke arah itu, tetapi ketika ini tiada perancangan untuk meneruskan usaha penggabungan yang dimaksudkan.

"Ia adalah usaha untuk mewujudkan bank yang lebih besar dan mempunyai daya saing yang lebih tinggi," kata beliau.

"Bank Negara mungkin ingin melihat bank Islam yang besar dan kerana itu ada keinginan untuk memberikan lesen mega itu dalam masa terdekat.

"Untuk mendapatkan lesen Mega Islamic Bank itu memerlukan modal berbayar sebanyak AS$1 bilion," katanya lagi.

Bank Muamalat memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999, yang lahir hasil peralihan perkhidmatan perbankan Islam dalam Bank Bumiputra Malaysia Berhad yang ketika itu bergabung dengan Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Video: Pemuda PAS-Umno sepakat tolak fitnah

Posted: 31 May 2011 07:24 AM PDT

Pemuda PAS dan Umno serta ahli agama hari ini menegaskan menolak budaya fitnah, termasuk dalam isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi pentas dalam forum antifitnah di Shah Alam hari ini, mereka mengulangi desakan supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan mengaibkan mana-mana ahli politik.


"Saya rasa kita setuju tidak mahu aibkan mana-mana orang. Itu penting dalam mana-mana politik, khususnya dalam negara Islam. Kita perlu ada peradaban," katanya.

Forum berjudul "Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman" anjuran akhbar Sinar Harian itu dihadiri kira-kira 500 orang.

Mengulas perkara yang sama, Nasrudin mengulangi pendirian PAS bahawa berdasarkan peraturan Islam pihak yang menuduh sesorang itu berzina mestilah mengemukakan empat orang saksi.

"Mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang," katanya.

'Betul, salah isu kedua'

Sementara bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas golongan agamawan daripada Umno dan PAS yang didakwanya gemar menggunakan masalah peribadi seseorang sebagai modal politik mereka.

Tokoh agama muda itu berkata, beliau tidak dapat menerima keadaan tersebut sehingga menyebabkan rakyat lupa kepada isu-isu yang lain.

"Kita suka menggunakan kelemahan peribadi orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu (pembunuhan) Altantuya (Shaariibu), dan berbagai isu sebelum ini.

"Dan adalah tidak betul bagi orang agama, (keadaan) yang tidak berpihak kepadanya, dia keluarkan dalil, kata tak boleh digunakan kerana Al-Quran cakap. (Apabila) kena kepada orang lain diamkan dalil. Maka itu tidak boleh.

"Kita kena konsisten, PAS atau Umno mesti sentiasa adil dalam hal ini tidak boleh keluarkan keaiban dijadikan sebagai bahan politik disebar secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno, secara adil," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Berhubung isu video seks tersebut, beliau menegaskan bahawa beliau antara tokoh yang awal tidak bersetuju dengan pendedahan keaiban individu termasuk menjadikan ia sebagai modal politik.

"(Ia) budaya fitnah, saya kata tidak bersetuju dengan perkara yang membabitkan penyebaran (video itu) dan masuk dalam akhbar. Betul atau salah isu kedua," katanya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Umno Kini Ada Tukang Karut Dan Pencacai Baru

Posted: 31 May 2011 06:11 AM PDT

Banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui KITA. Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Namun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Anwar Ibrahim yang diumumkan semalam.

Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.


Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks Datuk T.

Mungkin kerana "sambutan" orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.

Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid Ibrahim pernah digelar kaki kuda dan kaki arak oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam Parti Keadilan Rakyat dan menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.

Namun, Zaid menjadi "anak emas" Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur.

Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.

Hindraf yang membuat permohonan untuk didaftar sebagai NGO pada tahun 2009, masih belum mendapat jawapan daripada ROS.

Begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memohon pendaftaran untuk menjadi entiti politik seperti BN. Permohonan dibuat tahun lalu namun ROS masih membisu.

Berbalik kepada peraduan mencari mirip Anwar – Zamil berkata kereta Rolls Royce yang ditawarkan itu adalah miliknya sendiri. Kereta mewah sebegitu lazimnya sinonim dengan kekayaan yang dimiliki juak-juak Umno.

Bagaimanapun bukan harta mahu pun gaya hidup Zamil atau Zaid yang dipertikaikan. Apa yang perlu diperjelaskan ialah kenapa Zamil dan Zaid dan pemimpin KITA merelakan diri diheret dalam permainan Umno.

Ketika rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barangan termasuk tarif elektrik yang diumumkan semalam, pemotongan subsidi barangan keperluan dan risiko cukai GST diperkenalkan, Zaid dan juak-juak dalam KITA masih sibuk dengan video lucah, malah mempunyai "ilham" menganjurkan peraduan mirip Anwar.

Namun itu hak mereka. Tentunya peraduan mirip Anwar yang diumumkan oleh Zamil bertujuan mengisi agenda tertentu yang perlu didokong oleh KITA demi kelangsungan politik parti itu sendiri.

Kesahihan video lucah itu sudahpun diputuskan di dalam mahkamah rakyat. Laporan polis yang dibuat oleh pihak yang menerima video itu menerusi pos, atau menjumpainya di masjid cukup membuktikan rasa mual rakyat dengan isu ini.

Dalam keadaan sebegitu, tampil pula pemimpin KITA menawarkan hadiah kereta Rolls Royce untuk mencari seorang yang seiras Anwar. Tujuan khusus peraduan ini adalah semata-mata untuk mengkitar semula, memerah dan menghangatkan kembali isu berkenaan demi mencari keuntungan politik.

Hakim untuk peraduan mirip Anwar ditetapkan sebagai Presiden KITA, Zaid Ibrahim sendiri, bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor yang kini bergelar Senator selepas lompat masuk Umno, serta ahli perniagaan Sharyzl Eskay – satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi video lucah itu.

Zamil berkata peraduan berkenaan beserta dengan barisan hakim yang disediakan bertujuan "membela" nama baik Anwar. Pada anggapan orang-orang "bijak pandai" seperti Zamil dan Zaid ini mungkin kenyataan yang dianggap sinis dan menyindir secara cerdik.

Namun hakikatnya ialah, peraduan mirip Anwar anjuran mereka hanya menyerlahkan budaya politik murahan yang semakin didokong oleh Zaid dan pengikut-pengikutnya.

Alangkah baiknya jika kereta Rolly Royce itu dilelong dan duitnya diguna untuk membela nasib penduduk yang dihimpit kepayahan akibat langkah kerajaan memotong subsidi dan mengizinkan harga barangan perlu melonjak.

Alangkah baiknya jika Zaid memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat supaya bangun dan menuntut kerajaan Umno-BN menghentikan amalan kronisme dan penyelewengan kuasa.

Kenapa desakan ini yang cukup lantang ketika Zaid dalam PKR semakin lesu apabila beliau beralih ke KITA?

Yang dirasakan lebih mendesak ketika ini bukan isu video lucah atau agenda yang tersirat di sebaliknya . Yang lebih utama adalah keperluan untuk bertanya kepada pemerintah kenapa rakyat terpaksa menanggung beban hidup yang semakin meningkat akibat salah urus kewangan negara.

Dan jika ia bukan salah urus kerajaan Umno-BN, salah siapa apabila subsidi untuk rakyat dipotong manakala subsidi untuk syarikat IPP dikekalkan.

Apakah manfaat meluluskan RM5 bilion untuk bangunan setinggi 100 tingkat apabila rakyat yang hidup tidak jauh dari situ tidak berupaya menyara hidup walaupun dengan pendapatan RM3,000 sebulan.

Rasanya persoalan-persoalan seperti ini lebih penting, bukannya peraduan huntuk mencari mirip Anwar dengan kereta Rolls Royce sebagai ganjaran.

Rakyat Marhaen


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Buat Lawak La Pulak... Hahaha...

Posted: 31 May 2011 02:53 AM PDT

PM: Kenaikan tarif tidak beri manfaat kepada IPP

Pengeluar tenaga bebas (IPP) tidak mendapat manfaat daripada kenaikan dalam tarif elektrik semalam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ini berikutan pengenalan mekanisme 'Fuel Cost Pass-Through' yang mana syarikat minyak negara Petronas akan melupuskan sebahagian daripada keuntungannya bagi membolehkan sektor tenaga menghasilkan tarif elektrik yang rendah kepada rakyat," katanya.

Purata tarif elektrik berkuatkuasa esok akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj.


"Dengan perkataan lain, ia terus kepada pengguna... Ia adalah sistem melalui tarif jadi tidak ada sesiapa yang bermanfaat," kata Najib kepada pemberita semasa menghadiri Forum Tindakan Belia 2011 di Petaling Jaya.

Beliau mengulas soalan wartawan sama ada kerajaan akan mendedahkan perjanjian pembelian tenaga antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan IPP

"Kerajaan akan mengkajinya tetapi dari segi dasarnya IPP tidak mendapat manfaat daripada subsidi," tegasnya apabila terus diasak wartawan.


Perdana Menteri juga enggan mengesahkan sama ada tarif akan dinaikkan setiap enam bulan.

"Kita akan pantau, tetapi keputusan terakhir di tangan kerajaan," kata Najib.

Menurut Najib, kerajaan akan terus memastikan kenaikan elektrik yang akan datang turut tidak akan membebankan rakyat, sepertimana kenaikan pada masa ini yang tidak melibatkan 75 peratus daripada isi rumah.

"Kali ini, kita tentukan 75 peratus isi rumah tidak menghadapi kenaikan bil elektrik. Kita akan kaji dari semasa ke semasa supaya apa yang dilakukan setimpal dari segi beban kepada rakyat," katanya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: