Rabu, 1 Jun 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Pemuda UMNO tolak politik lucah video seks

Posted: 31 May 2011 10:48 PM PDT

KETUA pemuda Umno dan Barisan Nasional Khairy Jamaluddin dilaporkan menolak budaya fitnah dan mengaibkan mana-mana ahli politik termasuk berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang [Malaysiakini].


Kalau kita lihat agak pelik pulak nada Umno kali ni. Sebelum ini mereka bersungguh-sungguh menyebarkan video seks ke ceruk-ceruk kampung, dari rumah ke rumah, siap guna TV3 untuk promosikan laman-laman blog yang menyiarkan video seks agar semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan bayi termasuk haiwan peliharaan boleh mencari dan men "download" video tersebut dari internet.



Nampaknya kali ini Khairy Jamaluddin, berubah nada untuk seperti mahu merosakkan amalan politik lucah yang menjadi amalan United Malays No Otak. Inilah politik, ini bukan perkara pelik, kerana Khairy Jamaluddin merupakan satu-satunya Ketua Pemuda United Malays No Otak yang tidak dapat jawatan menteri.

Sharizat Jalil yang kalah dalam pilihanraya lepas pun boleh dapat jawatan menteri, apalah malang nasib si Ketua Pemuda United Malays No Otak. Jelas sekali Khairy sengaja merosakkan politik lucah UMporNO kerana beliau sudah menyatakan hasratnya untuk bersara dari politik, rujuk sini [Khairy Bersara].

Video seks yang mengaitkan dirinya juga masih terus menjadi persoalan. Sebelum ini Chegubard mendedahkan bahawa ada pihak tertentu yang telah menyebarkan video lucah yang mengaitkan Ketua Pemuda Umno itu.


ReJaM© "Tikus akan mengeluarkan kentut yang sangat busuk sebelum mati..."

Tiada ulasan: