Rabu, 1 Jun 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Video Seks: Fitnah Punca Keruntuhan Kerajaan (UMNO BN)

Posted: 01 Jun 2011 01:15 AM PDT

Fitnah punca keruntuhan

SHAH ALAM - Penyebaran fitnah dalam dunia politik yang berselindung di sebalik nama agama boleh menjadi punca utama keruntuhan sesebuah kerajaan.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sejarah lampau perlu dijadikan pedoman apabila banyak tamadun Islam musnah akibat salah guna agama dalam berpolitik seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Usman bin Affan.

"Khalifah Usman sendiri jatuh dari tampuk pemerintahan kerana fitnah apabila beliau dituduh tidak telus dalam pelantikan pegawai kerajaan," katanya.

Menurutnya, penggunaan fitnah sebagai senjata politik dapat dilihat di Malaysia di mana golongan politik sejak dahulu lagi kerap menyalahgunakan agama untuk menarik sokongan orang ramai.

"Orang politik sedar agama yang menjadi tunjang kehidupan rakyat boleh digunakan untuk mempengaruhi orang ramai bagi mencapai kepentingan politik sesebuah parti itu.

"Jika kita lihat, banyak ulama kini mengeluarkan dalil berbeza mengikut isu berkaitan pemilihan politik mereka sendiri. Ini tidak betul," katanya semasa wacana anjuran Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Asri, agama boleh menjadi madu dan penawar bagi menghentikan semua kepincangan dalam politik tetapi ia juga boleh menjadi racun dan menyebabkan kacau-bilau jika disalahgunakan.

"Manusia melakukan fitnah kerana ingin bersaing dan mahu mewujudkan pengaruh. Golongan yang mempunyai kuasa pula ingin terus kekal di atas dan menggunakan fitnah untuk menumpaskan pesaing mereka.

"Sebab itu, agama perlu berada di atas politik dan bukan parti politik yang mengarah golongan ulama supaya mengeluarkan fatwa yang sesuai dengan kehendak mereka," katanya lagi diikuti dengan tepukan gemuruh hadirin. -SH


Video: Pemuda PAS-Umno sepakat tolak fitnah


Pemuda PAS dan Umno serta ahli agama hari ini menegaskan menolak budaya fitnah, termasuk dalam isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi pentas dalam forum antifitnah di Shah Alam hari ini, mereka mengulangi desakan supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin yang juga ahli parlimen Rembau berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan mengaibkan mana-mana ahli politik.

"Saya rasa kita setuju tidak mahu aibkan mana-mana orang. Itu penting dalam mana-mana politik, khususnya dalam negara Islam. Kita perlu ada peradaban," katanya.

Forum berjudul "Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman" anjuran akhbar Sinar Harian itu dihadiri kira-kira 500 orang.

Mengulas perkara yang sama, Nasrudin mengulangi pendirian PAS bahawa berdasarkan peraturan Islam pihak yang menuduh sesorang itu berzina mestilah mengemukakan empat orang saksi.

"Mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang," katanya.

'Betul, salah isu kedua'

Sementara bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas golongan agamawan daripada Umno dan PAS yang didakwanya gemar menggunakan masalah peribadi seseorang sebagai modal politik mereka.

Tokoh agama muda itu berkata, beliau tidak dapat menerima keadaan tersebut sehingga menyebabkan rakyat lupa kepada isu-isu yang lain.

"Kita suka menggunakan kelemahan peribadi orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu (pembunuhan) Altantuya (Shaariibu), dan berbagai isu sebelum ini.

"Dan adalah tidak betul bagi orang agama, (keadaan) yang tidak berpihak kepadanya, dia keluarkan dalil, kata tak boleh digunakan kerana Al-Quran cakap. (Apabila) kena kepada orang lain diamkan dalil. Maka itu tidak boleh.

"Kita kena konsisten, PAS atau Umno mesti sentiasa adil dalam hal ini tidak boleh keluarkan keaiban dijadikan sebagai bahan politik disebar secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno, secara adil," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Berhubung isu video seks tersebut, beliau menegaskan bahawa beliau antara tokoh yang awal tidak bersetuju dengan pendedahan keaiban individu termasuk menjadikan ia sebagai modal politik.

"(Ia) budaya fitnah, saya kata tidak bersetuju dengan perkara yang membabitkan penyebaran (video itu) dan masuk dalam akhbar. Betul atau salah isu kedua," katanya. -mk

Ribut Melanda Muar, Lebih 30 Kediaman, Warung Rosak

Posted: 01 Jun 2011 12:00 AM PDT

Muar: Lebih 30 rumah rosak dengan sebahagian bumbung diterbangkan dalam kejadian ribut di beberapa taman perumahan di sekitar Jalan Bakri, dekat sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian ribut hampir sejam bermula kira-kira jam 5 pagi.

Kejadian itu juga menyebabkan dua pokok berusia puluhan tahun sebesar lebih sepemeluk tumbang dan hampir terkena d

Antara kawasan teruk dilanda ribut termasuk Taman Jaya, Taman Jeram Mulia, Taman Meranti dan Kampung Jeram Tepi yang menyebabkan kebanyakan bumbung rumah rosak akibat diterbangkan ribut.

Mangsa, Zainun Salamon, 59, menyifatkan kejadian ribut itu sebagai peristiwa menakutkan apabila beliau terperangkap dalam biliknya hampir setengah jam selepas gagal membuka pintu akibat angin yang kuat.

"Saya cuba berulang kali membuka pintu bilik saya tetapi angin yang kuat menolak sehingga menyebabkan saya hanya mampu tersandar di pintu bilik dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum pintu boleh dibuka," katanya.

Katanya, kejadian ribut berlaku kira-kira jam 5 pagi itu menyebabkan sebahagian bumbung dapur rumahnya tercabut menyebabkan air hujan melimpah.

Beliau berkata, ribut yang kuat itu menyebabkan sebuah kontena diletakkan di kawasan lapang projek pembinaan bersebelahan rumahnya turut terangkat dan diseret kira-kira 50 meter sehingga hampir mengenai rumahnya.

Mariam Ali, 52, pula berkata kejadian ribut itu menyebabkan hampir keseluruhan warung buah dan orkid miliknya di tepi Jalan Bakri, rosak teruk dengan sebahagian besar bumbung tercabut.

Seorang penduduk Taman Meranti, Abdul Wahab Laiman, 46, berkata hujan lebat dan ribut itu menyebabkan bumbung rumahnya turut rosak diterbangkan angin. -BH

Bongkar: Adik MB Pahang Adalah Bekas Pengerusi IAEA

Posted: 31 May 2011 10:40 PM PDT

Nampaknya teori penyelewengan projek pembinaan kilang memproses rare-earth oleh Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini bertambah panas. Ia susulan terdapat pendedahan sebelum ini dan terkini mengatakan Chairman Board Of Governors Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ialah adik bongsu kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri.

Beliau yang dimaksudkan itu ialah Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob (foto). Beliau difahamkan bertugas dengan agensi terbabit mulai tahun 2009 hingga 2010.

Tiada apa lagi yang boleh kita perketakan dengan pendedahan ini sebenarnya. Namun, apa yang jelas kita boleh rungkaikan ialah bagaimana kumpulan pakar IAEA yang berada di sini sekarang mahu membuat laporan negatif terhadap projek tersebut jika bekas boss mereka adalah adik kepada Menteri Besar Pahang itu sendiri?

Bukankah, ini membuktikan kepada kita memang ada permainan "adik beradik" dalam meluluskan atau pun membawa projek berisiko ini ke Malaysia. Apa jua alasan yang diberikan oleh MB Pahang untuk menidakkan perkara ini sudah tidak wajar dipercayai lagi.

Mana mungkin seorang adik mahu melanggar sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh abangnya. Inikan pula projek bernilai ratusan juta seperti Lynas ini sebenarnya.

Oleh itu, rakyat tidak hairan sekarang, kenapa pakar-pakar yang sepatutnya mengambil masa sebulan untuk mengkaji tahap keselamatan Lynas telah awal-awal lagi mengatakan projek tersebut mengikut "standard yang telah ditetapkan".

Padahal mereka belum pun turun padang untuk melawat ke kilang Lynas di Gebeng itu sebenarnya. Kita tidak mahu menuduh sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam hal ini. Namun, secara kesimpulannya rakyat memang tahu apakah "kaedah" mana-mana pelabur dan pihak yang mahu mendapatkan apa-apa projek di Pahang sejak dulu kini dan selamanya.

Bukti kukuh, adik MB Pahang, Dato Muhammad Shahrul Ikram Yaakob rupanya adalah IAEA Board Of Govenors Chairman tahun 2009-2010

GM IAEA Yukiya Amano bersalaman dengan adik MB di Mesyuarat Ahli
Lembaga (Gabenor) IAEA di Vienna, Austria pada 13 September 2010

[Malah banyak pendedahan telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini tentang ketirisan yang berlaku dalam pentdbiran Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri.

Oleh itu, kepada mereka yang bermati-matianmenyokong projek ini diminta berfikir secara rasional. Apakah kita mahu diri kita ditipu oleh kebodohan kita sendiri.

Jangan dibiarkan diri kita dipermainkan oleh mereka yang berkuasa hanya untuk kepentingan periuk nasi mereka sendiri.

Kami sungguh terkejut dengan maklumat terbaru ini. Namun kami boleh merasakan, memang ada sesuatu yang tidak kena bila adik MB menjadi orang kuat IAEA, sedangkan apa yang dipertikaikan ialah bagaimana projek berisiko seperti Lynas itu boleh dibawa masuk ke Malaysia terutamanya ke negeri Pahang ini?

Rupanya ada "kabel besar" yang telah bersedia untuk membawa masuk projek itu ke sini sebenarnya.

Siasatan lanjut akan dijalankan tentang beberapa aspek lain lagi yang membuktikan projek Lynas wajar dibantah oleh rakyat Kuantan biarpun ada yang menyokongnya.

Ini kerana sokongan yang diberikan oleh pihak terbabit adalah berdasarkan "skrip semata-mata", tambahan pula mereka dibayar untuk hadir menyokong projek Lynas seperti yang berlaku di Hotel Hyatt dan Pantai Teluk Chempedak]. -pahangdaily

Ada Orang Campak Bayi Ke Dalam Sungai Gombak

Posted: 31 May 2011 09:00 PM PDT

Bayi Ditemui tersangkut celah batu dalam Sungai Gombak berdekatan PWTC

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang sibuk bergegas ke tempat kerja gempar dengan penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Bayi perempuan itu dikatakan dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat daripada orang awam menyatakan ternampak kelibat 'anak patung' terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.

Orang awam yang curiga dengan objek itu menghubungi polis dan bomba sebelum mereka tiba di kawasan berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, mayat bayi perempuan itu dipercayai baru dilahirkan dan dicampak di dalam sungai sebelum dihanyutkan.

Menurutnya, kejadian itu disedari orang awam yang terlihat objek seperti 'anak patung' dihanyutkan arus sebelum menghubungi polis.

Sepasukan bomba dari Sentul dihantar ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mayat bayi berkenaan.

"Bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dibawa arus dari kawasan Stesen LRT Titiwangsa di Jalan Pekeliling.

"Setelah membuat operasi mengesan, kami (polis) menemui mayat bayi itu berdekatan PWTC yang tersangkut di celah batu. "Mayat itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat," katanya. -hm

Kesan Kenaikan Tarif Elektrik: PRU 13 Dilewatkan

Posted: 31 May 2011 08:15 PM PDT

Najib mungkin lewatkan PRU-13 elak 'protes' kesan tarif elektrik naik

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Kesan keputusan Malaysia menaikkan tarif elektrik dan juga kemungkinan harga minyak ekoran perubahan harga peringkat gloabal kemungkinan bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil pilihan raya umum sangat tipis kerana kepimpinannya perlu menangani rasa tidak puas hati terlebih dahulu.

Semalam, pentadbiran Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik purata 7.1 peratus yang dikuatkuasakan mulai esok.

Bagaimanapun penganalisis berkata sebarang kemungkinan kenaikan harga bahan api masih sedang diteliti.

"Kenaikan tarif elektrik adalah balon ujian politik bagi Najib untuk mengukur rasa tidak puas hati orang ramai sebelum beliau memutuskan kenaikan harga bahan api," kata Bridget Welsh, seorang pakar tentang Malaysia di Singapore Management University.

Najib dalam ucapan terbaru di London menyifatkan subsidi bahan api sebagai candu tetapi beliau sangat berhati-hati dalam mencetuskan rasa tidak senang di kalangan pengundi ketika cuba membina semula sokongan bagi BN selepas prestasi buruk ketika 2008.

Mandat semasa hanya berakhir pertengahan 2013 tetapi ramai meramalkan Najib akan memanggil pilihan raya seawal tahun ini selepas KDNK mencatati 7.2 peratus tahun lalu.

Bagaimanapun dalam nota penyelidikannya, HwangDBS dan J.P.Morgan berkata jadual masa pilihan raya itu tidak mungkin.

"Pengumuman Isnin (semalam) menunjukkan bahawa kerajaan sanggup membuat beberapa tindakan politik yang tidak popular tetapi positif secara ekonomi dalam waktu terdekat, yang (menyebabkan) kemungkinan pilihan raya ditangguh hingga 2012," kata HwangDBS. -TMI

Ulasan GB

Dipercepatkan atau dilambatkan, apabila gelora kemarahan rakyat sudah memuncak, mahu tidak mahu, BN bakal dijadikan pembangkang pula di Parlimen.

Rencanakanlah apa bentuk penipuan pun.... kuasa rakyat & Tuhan, mampukah BN melawan?

Tindakan Pantas Seorang Bapa Selamatkan Anaknya Dilarikan Ke Lombok

Posted: 31 May 2011 05:40 PM PDT

Bakal pengantin nyaris ke Lombok

JOHOR BAHRU - Tindakan pantas seorang bapa menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengesan anak perempuannya yang bakal berkahwin pada Sabtu ini dapat menyelamatkan wanita berkenaan daripada dilarikan seorang lelaki ke Lombok pada 9 Mei lalu.

IBNU SINA menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap seorang lelaki yang ingin melarikan Nurul ke Lombok ketika ditemui di Kota Masai, Johor Bahru semalam.

Ibnu Sina, 50, mendakwa, dia menyedari kejadian itu pada pukul 4 pagi apabila mendapati anaknya yang dikenali sebagai Nurul, 21, hilang ketika dia bangun untuk menunaikan solat Subuh.

Katanya, dia terus memberitahu penduduk kampung sebelum anak kedua daripada lapan beradik itu dikesan di laluan 'tikus' di Ulu Tiram di sini yang biasa digunakan oleh warga asing untuk pulang ke Indonesia.

"Dalam SMS itu, saya nyatakan segala maklumat peribadi mengenai anak saya sebelum seorang tekong bot di situ dapat mengesan Nurul sebelum dia dilarikan ke Lombok.

"Ketika disoal, lelaki Lombok yang dikenali sebagai Hasan Basri berusia 24 tahun itu memberitahu wanita itu berketurunan India namun pemeriksaan pada Mykad menunjukkan namanya sama dengan SMS yang diterima," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Masai di sini semalam.

Tambahnya, lelaki Lombok itu kemudian dibelasah sebelum diserahkan kepada polis. -kosmo



Motivasi: Kaki Dimakan Tikus, Kura-kura Berjalan Dengan Skateboard

Posted: 31 May 2011 04:20 PM PDT

London - Tuly, seekor kura-kura malang yang kehilangan satu kakinya, kini tidak perlu gusar lagi. Kini dia justeru sudah dapat melangkah lebih cepat, dibandingkan teman-teman yang lainnya.

Tuly kehilangan kaki depan kanannya kerana dimakan seekor tikus ketika ia sedang tidur.

Berkat idea gadis cilik Eleanor, anak dari Philip Chubb (64), seorang pengasas kelompok pecinta kura-kura, Tuly tak lagi kesulitan berjalan.

Di bawah badan Tuly dipasangkan papan yang diselipkan sebuah roda sebagai pengganti kaki. "Kami mendapatkan Tuly di sebuah klinik doktor haiwan, setelah ia menjalani operasi pemotongan kaki demi keselamatan nyawanya," ujar Philip Chubb, seperti disiarkan majalah Orange, Jumaat (27/5/2011).

"Pada saat itu dia terlihat sangat lemah. Boleh bergerak dan berjalan namun sangat lemah," imbuhnya.

Kulit bawahnya pun selalu tergesek ketika ia berjalan. Hal tersebut dapat menambah kesukaran bagi Tuly.

Akhirnya Chubb membeli sebuah traktor mainan dan dicabut salah satu rodanya. Lalu dia membuat penjepit dari logam dan strip kain pelekat (velcro).

"Tuly tampak tak keberatan diletakkan di atas roda tersebut dan tampak senang berselancar guna memakan gulma. Dia sekarang benar-benar kura-kura tercepat yang kita miliki dan lucu," tambahnya. -okezone


Ulasan GB

Moralnya: Binatang pun apabila ia menderita, kita perlu mencari jalan untuk ia dapat hidup normal seperti yang lain. Inikan pula manusia. Berapa ramai yang kudung dan berapa ramai mereka yang diberikan Allah kemewahan yang sanggup membelikannya sebuah kaki palsu untuk orang kelainan upaya itu dapat hidup seperti insan biasa?

Tragedi tanah runtuh anak yatim tempohari menjadikan kita terkesima. Sebelumnya ramai yang tidak hirau tentang keadaan dan keberadaan mereka, lantas Allah turunkan peringatan untuk kita yang pelupa - bahawa di sana rupa-rupanya ada yang malang yang memerlukan perhatian kita semua!

Harga Barang Naik Ekoran Kenaikan Tarif Elektrik: Rakyat Akan Sumpah BN Sampai Tumbang

Posted: 31 May 2011 08:59 AM PDT

FMM: Pengguna tidak harus tanggung kenaikan

Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berkata kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah.

Dalam satu kenyataan akhbar, presiden FMM Mustafa Mansur berkata walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini. Justeru, katanya, ini menjadikan kenaikan harga itu tidak dapat diterima.

Berkuatkuasa esok, harga gas adalah RM13.70 mmBtu, dan ini jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32 per mmBtu) dan Indonesia (RM21.04 per mmBtu).

"Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia.

"Jika dibandingkan kadar Thailand bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektrik Malaysia bagi semua kategori itu adalah lebih tinggi!" kata Mustafa.

Menurut beliau, FMM juga meragui langkah meningkatkan tarif tenaga elektrik dan merasakan ketidakcekapan dan kekangan harga dalam rantaian bekalan tenaga masih belum ditangani.

"FMM tetap berpendapat bahawa tidak sepatutnya harga minyak disalurkan secara automatik kepada pengguna dan Tenaga Nasional Bhd sepatutnya terbuka untuk ditanda aras bersama-sama penjana lain untuk memastikan kecekapan operasi," katanya.

Ia menambah, kos elektrik patut ditetapkan pada margin tertentu di bawah tarif serantau untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia. -mk


Eletrik Naik : Daya Saing Negara Turun

Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus akan memberi kesan negatif kepada sektor perindustrian sekali gus menjejaskan daya saing negara.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor Teresa Kok Suh Sim berkata kenaikan itu akan memberi kesan kepada industri pembuatan di negeri ini yang bergantung kepada penjanaan tenaga letrik yang tinggi untuk menghasilkan produk masing-masing.

Beliau berkata kenaikan mendadak tujuh peratus bil elektrik bermakna kos menghasilkan barangan seperti peralatan elektrik akan meningkat di Malaysia berbanding negara lain.

"Ia (Kenaikan tariff elektrik akan menjadikan industri pembuatan yang banyak menggunakan tenaga elektrik ini menjadi kurang kompetitif atau hilang daya saing berbanding negara lain. Produk yang dikeluarkan industri tempatan akan mengalami kenaikkan harga barangan terbabit.

Teresa berkata kerajaan persekutuan harus memikirkan pendekatan yang sesuai untuk meringankan beban rakyat ekoran kenaikan tariff elektrik.

Usaha juga harus dibuat oleh memastikan orang ramai tidak membazir menggunakan bahan tenaga itu.

" Saya ingin menyeru kerajaan melancarkan satu kempen untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan memberi lebih banyak insentif untuk menggunakan peralatan elektrik," kata beliau.

"Saya rasa kerajaan juga perlu menambah lagi insentif bagi orang ramai yang menggunakan alat elektrik supaya menggunakan alat yang menjimat tenaga seperti plug penjimat tenaga dan kuasa solar di mana boleh," tambah beliau.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus itu sebagai langkah mengurangkan subsidi yang dikatakan semakin menghauskan perbendaharaan negara.

Selain itu harga gas asli juga dinaikan kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016 setelah diapung sepenuhnya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamad mendakwa kenaikan itu hanya akan memberi kesan minima kepada kadar inflasi negara yang kian tertekan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan seperti gula baru-baru ini.

Menteri Tenaga Teknoloji Hijau dan Air Datuk Peter Chin pula mendakwa kenaikan kadar elektrik itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus daripada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300KW tenaga setiap bulan.

Sebelum ini Perdana Menteri Najib Razak menyatakan subsidi yang diumpamakan seperti 'candu' harus dikurangkan bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan pimpinan Najib Razak memotong subsidi yang mengakibatkan harga barangan keperluan seperti gula dan petrol meningkat secara mendadak.

Kerajaan sebelum ini menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.

Keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan berpaksi kepada dasar-dasar tidak seimbang kerajaan khususnya yang membabitkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat besar.

Harga barangan meningkat turut disebabkan tata urus kewangan negara, khususnya keghairahan mengadakan projek-projek mega yang akhirnya menyebabkan defisit negara antara yang tertinggi di rantau ini. -tvsnews





Ulasan GB

Rakyat marhaen yang tertekan hidupnya kerana sikap kerajaan yang mementingkan golongan tertetu disamping gagal membendung korupsi dan ketirisan sehingga menyebabkan subsidi dipotong akan hanya mengundang bencana kepada kerajaan BN sendiri.

Tidak dapat tidak, kenaikan tarif elektrik AKAN TETAP menyebabkan kenaikan harga barang sekalipun cuba dinafikan oleh PM, TPM dan sekalian sekalian para menteri BN.

Ini akan menyebabkan hati-hati sekalian rakyat terbanyak akan menyumpah kerajaan BN sebagai pendusta apabila melaungkan "rakyat didahulukan" sedangkan pada hakikatnya rakyat begitu menderita di bawah regim UMNO BN sekarang ini.

Lama kelamaan, suka atau tidak kerajaan UMNO BN akan tetap tersungkur menyembah bumi!

Perempuan Ini Memotong Kemaluan Jirannya Kerana Cubaan Merogol Atau Kerana Dendam?

Posted: 31 May 2011 06:45 AM PDT

Inilah Monju Begum, 40 tahun, dari Bangladesh yang kisahnya dipaparkan di blog ini semalam tentang seorang wanita yang memotong alat kemaluan seorang lelaki yang cuba merogolnya dan membawa kemaluan tersebut ke balai polis sebagai barang bukti.

Hal tersebut terjadi di desa Mirzapur, Jhalakati, sekitar 200 kilometer selatan ibu kota Dhaka.

Monju adalah ibu dengan tiga anak. Dia menyatakan kepada polis bahawa jirannya Mozammel Haq Mazi memaksa masuk ke biliknya dan kemudian beliau bertindak menyerangnya.

Walau bagaimanapun Mazi menyangkal tuduhan tersebut dan beliau sudah dibawa ke hospital terdekat.

"Kami akan menahannya apabila beliau sembuh," kata jurucakap polis Bangladesh Abul Khaer.

"Dia menyatakan dirinya menyerang balik, memotong kemaluan Mazi dan membawanya ke pejabat polis kami dalam kantong plastik untuk membuktikan Mazi berusaha meroogolnya," kata Khaer.

"Dia melaporkan kes tuduhan merogol," katanya.

"Ini suatu peristiwa tidak biasa. Sepanjang saya ketahui, untuk pertama kalinya wanita membawa potongan penis ke balai polis sebagai barang bukti."

Serangan balas dendam

Moju Begum sebenarnya sudah mengeluh kepada polis bahawa Mazi, ayah lima anak, selama enam bulan terakhir terus mengganggunya.

Tetapi Mazi menyangkal tuduhan tersebut.

"Kami menjalinkan hubungan dan baru-baru ini dia mengisyaratkan kami berdua dapat pergi dan pindah untuk hidup di Dhaka," kata Mazi di hospital di dekat Barisal.

"Saya menolak dan mengatakan kepadanya bahawa saya tidak dapat meninggalkan isteri dan anak-anak, kerana itulah dia membalas dendam."

Profesor AMSM Sharfuzzaman - pakar bedah kanan di Universiti Kedoktoran dan Hospital Sher-e-Bangla di kota Barisal- menyatakan bahawa tidak mungkin menghubungkan kembali penis ke tubuh Mazi.

"Polis membawa penis beberapa jam setelah kejadian," katanya.

"Kami merawatnya agar dia tetap dapat buang air kecil tanpa penis."

Rakyat Menderita, Barang Naik Harga, Pemimpin Pula Pendusta Orangnya

Posted: 31 May 2011 06:00 AM PDT

Kadar Tarif Baru Elektrik Bukan Alasan Naikkan Harga Barangan - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang keperluan berikutan kadar tarif elektrik baru yang akan berkuatkuasa mulai Rabu.

Timbalan Perdana Menteri berkata pengeluar, penjual dan peniaga tidak seharusnya menggunakan kadar tarif baru itu sebagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak.

"Bagi barang keperluan pengguna, saya fikir ia tidak harus meningkat. Cuma sektor industri dan pernigaan yang ada peningkatan, itupun 7 peratus sahaja," katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Berlian dan sambutan10 Tahun Penubuhan Suruhanjaya Tenaga di sini Selasa.

Muhyiddin mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan supaya memantau harga barang keperluan supaya ia tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya.

Katanya sebelum kadar elektrik itu dinaikkan, kerajaan membuat kajian terperinci dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

"Kerajaan sudah membuat kajian mendalam, penelitian yang agak khusus apakah implikasi dan impak kesan kenaikan ini kepada rakyat dan juga kos hidup ataupun peningkatan kepada kadar inflasi dan peningkatan harga barang,' katanya.

Muyhiddin berkata beliau gembira dengan sikap terbuka sebilangan peniaga yang menerima kenaikan kadar tarif itu yang tidak membebankan mereka.

Katanya hanya beberapa sektor perniagaan sahaja yang mungkin terjejas dengan kadar baru itu yang masih terlalu kecil berbanding negara-negara lain.

Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik baru akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa Rabu.

Langkah berkenaan tidak akan menjejaskan 75 peratus pengguna yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan. - BERNAMA

Ulasan GB

Di dalam prinsip ekonomi paling asas, seseorang peniaga itu dikatakan rasional apabila ia bertujuan untuk memaksimakan keuntungan.

Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik, untuk sektor industri dan perniagaan sekalipun dengan kadar yang kecil, ia tetap akan menjejaskan "keuntungan" dan tidak ada peniaga yang rasional yang akan mengekalkan harga barangan mereka pada kos yang telah meningkat.

Justeru itu, kenyataan TPM "penjual dan peniaga tidak seharusnya menggunakan kadar tarif baru itu sebagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak" adalah kenyataan basi yang semua orang tahu bahawa itu dalah pendustaan semata-mata.

Bukankah UMNO BN selama ini mendabik dada menyatakan hanya UMNO BN parti yang kaya-raya, boleh tabur wang berjuta-juta terutama waktu pilihanraya .... mengapa kini tiba-tiba kemukakan alasan mengurangkan subsidi untuk menaikkan harga? Sungguh rakyat semua tertipu selama-lamanya.

Allah Maha Berkuasa, kekayaan yang kamu dabikkan dada itu sebenarnya daripadaNya juga dan kerakusan kamu semua merebut untuk golongan kamu dan kroni kamu menyebabkan rakyat menjadi mangsa. Dan tidak berapa lama lagi kamu akan diperintahkan turun dari takhta Putrajaya!

Utusan Ada "Funder"nya Sendiri Untuk Teruskan Misi Mereka

Posted: 31 May 2011 04:20 AM PDT

Jangan sekadar tuding jari terhadap Utusan

Senarai "kejahatan" yang dilakukan Utusan Malaysia 10 tahun kebelakangan ini terlalu panjang untuk dicatatkan. Memalsukan berita, memutar-belit kenyataan orang yang ditemuramah, memainkan isu agama dan perkauman yang tidak benar - segala-gala ini menjadi bahan rujukan untuk kursus pengajian komunikasi ketika membincangkan etika kewartawanan.

Utusan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1939 ini bukan sahaja sebagai akhbar Melayu yang paling panjang sejarahnya, malah mencatat rekod unggul dalam gerakan anti-penjajahan, bahkan juga dalam perjuangan kebebasan media selepas kemerdekaan. Bagaimanapun, selepas diambil-alih UMNO pada tahun 1961, Utusan Malaysia telah menjadi lidah dan alat propaganda parti politik ini.

Namun demikian, perangai Utusan Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini semakin melampau - walaupun sebagai lidah parti. Utusan Malaysia menjadi sasaran kritikan, malah antara yang mengkritiknya adalah kaum Melayu sendiri. Utusan Malaysia pernah menjadi akhbar Melayu terlaris di tanahair, namun telah kehilangan "kerusi pertama" ini selepas zaman Reformasi.

Berita yang tidak masuk akal

Seandainya dianalisa mengikut perspektif "pemasaran", apa yang menimpa Utusan Malaysia mencerminkan bagaimana kedudukan pasarannya yang menongkah arus zaman. Secara keseluruhannya, suasana politik perkauman pada zaman 1990-an tidak tegang sebagaimana zaman 1980-an. Malah, selepas "Reformasi", politik pembangkang (opposition politics) telah menuju ke arah politik yang melangkaui batas perkauman. Namun Utusan Malaysia tetap menari mengikut rentak politik perkauman UMNO. Maka Utusan Malaysia ditakdirkan untuk kehilangan pembacanya sebagaimana UMNO kehilangan sokongan undi-nya.

Isu "Kristian Agama Rasmi?" yang dimainkan Utusan Malaysia pada 7 Mei 2011 cuma salah satu daripada senarai "kejahatan"-nya. Kita masih ingat bahawa Kementerian Penerangan pernah mengarahkan media cetak agar tidak memetik berita dari media internet atas alasan "beritanya tidak benar".

Malah, media tradisional suka mengkritik media internet dengan tuduhan bahawa "media internet tidak mengesahkan kebenaran sebelum menyiarkan berita"-nya. Kini, Utusan Malaysia pula yang memetik berita daripada blog (bukan media internet pun), menyiarkannya di muka depan tanpa mengesah sejauh mana kebenarannya - ia sememangnya sesuatu yang tidak masuk akal!

Lebih penting, mereka yang memiliki sedikit kesedaran (sense) akan tahu, bahawa "pertemuan paderi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi dan Perdana Menteri dari kalangan penganut Kristian" adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Usahlah kita bincang tentang sistem politik kita yang kompleks - tengok sahaja kepada struktur populasi kita - daripada statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada Februari 2011 - "Bumiputera/Melayu" mencakupi 66.18% daripada jumlah populasi rakyat Malaysia (antaranya kira-kira 80% Melayu, 20% kaum asli); sementara Cina, India dan kaum lain terdiri daripada 33.82%.

Dalam keadaan sedemikian, mungkinkah kedudukan Islam sebagai agama rasmi boleh digantikan kristian? Lebih-lebih lagi kaum bukan Melayu yang mencakupi kira-kira satu pertiga daripada jumlah populasi ini bukan kesemuanya penganut agama Kristian - buddhist, taoisme, hindu, sikh dan sebagainya - fakta ini telah hilang dari pandangan Utusan Malaysia!

Najib dijulang sebagai penyelamat

Takkan Utusan Malaysia tidak faham penalaran yang semudah ini? Seandainya kita mengikuti perkembangan drama ini, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Najib Razak akhirnya telah bertemu dengan pemimpin Islam dan Kristian - berjaya mencapai muafakat untuk patuh kepada jaminan bahawa Islam akan terus kekal sebagai agama rasmi. Bukankah ia sesuatu yang jelas untuk kita semua?

Utusan Malaysia mereka satu isu dengan memetik khabar dari blog yang menggunakan nama samaran, cuba mewujudkan suasana "krisis" - yang padahalnya tidak wujud. Kemudian, Najib tampil untuk "menyelesaikan" satu krisis yang cukup untuk menggoyah asas dan tunjang negara - Najib bukan sahaja telah "meredakan" kemarahan yang tercungkil di kalangan komuniti muslim; malah juga "meleraikan" usaha paderi kristian. Dalam drama ini, Najib memainkan watak sebagai "penyelamat", dan paderi yang tidak berdosa hanya menelan pahit sendiri.

Bukan lagi rahsia untuk umum, bahawa orang pertama dan kedua UMNO sebenarnya memainkan watak yang berbeza. Seorang dengan slogan "1Malaysia"-nya, seorang lagi pula dengan "keMelayuan"-nya. Namun demikian, tingkahlaku Utusan Malaysia kali ini lebih kepada sandiwara yang boleh dijelaskan dengan analisa "krisis".

Pertama, Najib dijulang sebagai "penyelamat"- bukan sahaja penyelamat untuk seluruh rakyat Malaysia daripada konflik agama, malah penyelamat Melayu/Muslim. Keduanya, isu agama dan perkauman ini diwujudkan untuk merangsang kebimbangan "krisis" dalam masyarakat Melayu sendiri, supaya pengundi Melayu kembali menyokong UMNO, untuk mengukuhkan kuasa elit UMNO.

Tingkahlaku Utusan Malaysia ini mendedahkan betapa munafiknya UMNO/BN dalam pengawalan media untuk berdekad-dekad. Tiada seorang PM terkecuali daripada memberi amaran kepada media untuk memikul tanggungjawab sosial - mengorbankan kebebasan tertentu demi keharmonian masyarakat, membuat laporan yang benar - atau kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan. Ironinya, Utusan Malaysia yang dimiliki UMNO adalah institusi media yang secara terang-terang mengingkari amaran ini.

Jangan bodoh dan naif

Jikalau mengikut bahasa politik BN, kalaupun Utusan Malaysia tidak disabitkan kesalahan hasutan kerana memainkan isu perkauman dan agama, sekurang-kurangnya ia telah melanggar seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, iaitu menyiarkan berita palsu (false news). Menurut pengalaman BN yang lalu, seandainya media melanggar undang-undang ini - ia akan digantung permitnya untuk satu tempoh (seperti Makkal Osai yang menyiarkan gambar Jesus merokok), kalau bukan dihentikan terus (seperti Sarawak Tribune dalam isu kartun menghina Nabi).

Namun demikian, Kementerian Dalam Negeri sekadar mengeluarkan surat teguran kepada Utusan Malaysia. Gerak geri ini dilihat hanya dibuat-buat untuk memuaskan pihak-pihak tertentu. Meskipun Ketua Pengarangnya dipanggil untuk memberi penjelasan kepada KDN, namun siapa tahu, bahawa ia mungkin hanya "minum kopi" dan bersembang-sembang - bagaimana sandiwara ini dilakonkan dengan begitu menarik?

Malah, adalah bodoh dan naif untuk mengharapkan KDN menjatuhkan hukuman berat ke atas Utusan Malaysia, kerana tingkahlakunya adalah untuk berkhidmat kepada tuannya.

Setiap kali berlakunya isu sebegini, ramai pemimpin Cina dalam BN dan pertubuhan Cina, malah akhbar Cina akan berebut-rebut untuk menuding jari terhadap Utusan Malaysia. Tiada salahnya untuk menyalahkan media yang bersalah. Cuma, bukankah ia juga "sandiwara"? Lihatlah bagaimana mereka memuji dan memuja Najib - tuan kepada Utusan Malaysia - dan kita akan sedar bahawa ia hanyalah pertunjukan munafik secara kolektif. -MR

Ulasan GB

Sebenarnya Utuasan tidak kisah samada anda mengutuknya atau pun tidak, samada anda memboikotnya atau pun tidak, samada anda membelinya atau pun tidak.

Lagi disuruh hentikan pembelian, lagi disuruh boikot, lagi dikutuk, dia lagi mengedarkan secara percuma, lagi mendajjal di dalam pemberitaannya.

Sekarang ini, hasilnya tidak disandarkan kepada jualan ataupun sambutan rakyat.

Kerana Utusan sudah ada "funder" di belakangnya. Berjuta ringgit sudah tersedia.

Yang penting misi dan visi mereka tercapai, walaupun ianya terpaksa diedarkan secara percuma.

Siapa funder itu? Anda mampu menjawabnya sendiri!

Jumlah Korban Kerana Memakan "Timun Maut" Semakin Meningkat

Posted: 31 May 2011 03:15 AM PDT

Jumlah korban akibat mentimun yang tercemar bakteria yang membawa maut dijangka akan meningkat, demikian kata para pengkaji.

Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban di Jerman akibat infeksi bakteri E. coli yang tersebar melalui mentimun.

Mentimun yang diyakini diimport dari Sepanyol tersebut tercemar oleh jenis bakteria E.coli yang menyebabkan sindrom hemolytic-uremic (HUS).

Kami berharap akan ada penurunan kes, namun yang kami khuwatirkan hal ini akan terus memburuk," ujar Oliver Grieve dari Pusat Kesihatan Universiti Schleswig-Holstein, tempat dimana para korban dirawat.

Pejabat Sepanyol mengatakan masih belum dipastikan apakah mentimun tersebut berasal dari Spanyol.

Institut Robert Koch (RKI), sebuah institut pusat penyakit di Jerman, mengesahkan sudah ada 329 kes keracunan, namun beberapa laporan menyebut angka 1200 kes.

Sementara itu wabak penyakit yang disebabkan mentimun 'maut' dipastikan ada 36 kes.

Mereka yang jatuh sakit tersebut dikatakan sebelum ini telah berkunjung ke Jerman.

Di Republik Czech, sejumlah sayuran juga dari Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria telah ditarik balik penjualannya di Austria dan Republik Czech bagi mengelak wabak penyakit, lapor pihak berkuasa semalam.

Pihak berkuasa Czech menyatakan, sebanyak 120 timun organik Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria itu ditarik semula penjualannya dari pasar raya dan kedai runcit.

Pegawai kesihatan di Austria pula memberitahu, hanya sebilangan jumlah timun yang ditarik balik.

Agensi Kesihatan dan Keselamatan Makanan Austria menjelaskan, pihaknya telah mengeluarkan amaran bahawa pencemaran bakteria itu turut merebak pada tanaman tomato dan terung.

Agensi tersebut mendakwa sejumlah sayuran itu mungkin telah dijual dan meminta orang ramai yang membelinya supaya segera membuang sayuran tersebut.

Di Denmark, seramai lapan orang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan bakteria E. coli.

Timun yang dicemari bakteria itu turut dilaporkan turut dieksport ke Hungary dan Luxembourg untuk dijual.

Dua rumah hijau di Sepanyol didapati menjadi sumber bakteria tersebut merebak.

Negara lain seperti United Kingdom dan Belanda juga dipercayai dijangkiti bakteria tersebut.

Orang ramai yang baru pulang mengunjungi Jerman pula diminta untuk berjumpa dengan doktor jika mereka mengalami cirit birit berdarah. -AFP, Reuters, BBC

Belum Lawat Kilang, Panel IAEA Dah Kata Logi Lynas Ikut Standard!

Posted: 31 May 2011 01:25 AM PDT

Panel IAEA beri bayangan loji Lynas ikut standard, kata wakil MCA

KUANTAN, 30 Mei – Panel nuklear antarabangsa yang sedang meneliti aspek keselamatan loji nadir bumi Lynas di sini memberi ketua MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker jaminan bahawa ia salah satu daripada banyak projek yang boleh dikawal selia dengan selamat.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas menemui pakar-pakar dari Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa (IAEA) di sini hari ini, kata Ti, beliau telah membangkitkan persoalan mengenai pencemaran radioaktif daripada projek-projek nadir bumi di negara lain, antaranya di China.

"Mereka mengatakan bahawa ia aktiviti-aktiviti yang serupa dan industri-industri dengan bahan yang serupa, yang dikawal selia mengikut standard IAEA," kata Ti, pemimpin utama MCA yang pernah meminta agar projek berkenaan dikaji semula ekoran protes publik.

Loji itu dijadual untuk beroperasi September ini.

IAEA berada di sini selepas kerajaan tunduk kepada tekanan awam bulan lalu dan mengadakan penelitian dari segi aspek keselamatan dan kesihatan, yang dikendalikan oleh pakar-pakar bebas.

Pasukan sembilan pakar itu berada di Kuantan untuk bertemu dengan pihak-pihak berkepentingan tempatan selama dua hari.

Menurut Ti, pasukan itu belum lagi mengunjungi loji tersebut yang terletak di zon perindustrian Gebeng.

Anggota jawatankuasa pusat MCA itu berkata panel berkenaan seharusnya diberikan "manfaat keraguan" dalam menyediakan laporan yang akan diserahkan kepada kerajaan menjelang akhir bulan depan.

"Pada akhirnya, kerajaan akan membuat keputusan dan mengambil tanggungjawab penuh," katanya.

Meskipun adanya kerja-kerja penelitian panel bebas dan kajian semula di pihak kerajaan, Lynas yakinn tidak akan ada kelewatan operasi pemprosesan nadir bumi pada September kerana ia mempertahankan bahawa loji itu selamat.


Seriuskah k'jaan pamer laporan EIA, RIA?

Wartawan di Kuala Lumpur semalam menghadapi kesulitan bagi mendapatkan salinan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) berhubung projek nadir bumi Lynas.

Ini di sebalik jaminan kerajaan persekutuan bahawa projek yang sedang dibina di Gebeng berhampiran Kuantan, Pahang oleh syarikat perlombongan Australia itu akan dipamerkan untuk tatapan orang ramai.

Malaysiakini mengunjungi satu daripada dua lokasi di Kuala Lumpur yang mempamerkan laporan berkenaan semalam. Namun tinjauan kami di lokasi berkenaan - Perpustakaan Negara - mendapati ia ditutup.

Menurut papan kenyataan di luar bangunan itu, perpustakaan ditutup pada Isnin. Ia dibuka setiap Selasa hingga Ahad.

Wartawan tempatan juga menghubungi ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya tetapi diberitahu oleh pegawai bertugas bahawa perpustakaan JAS juga ditutup setiap Isnin.

"Awak terpaksa datang pada hari Selasa jika ingin membaca laporan itu," kata pegawai berkenaan.

Namun, Malaysiakini berjaya mendapatkan laporan itu di ibu pejabat JAS Selangor di Shah Alam, selepas membuat beberapa panggilan telefon ke beberapa pejabat cawangannya.

Bagaimanapun wartawan hanya dibenarkan menyalin laporan berkenaan yang setiap satunya setebal dua inci dengan tulisan tangan. Membuat salinan penduaan melalui mesin fotostat atau merakamkan gambar dilarang sama sekali.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri minggu lalu mengumumkan bahawa orang ramai boleh menyemak kedua-dua laporan EIA dan RIA selama sebulan bermula 30 Mei.

Tindakan itu dilihat sebagai usaha kerajaan bagi mententeramkan kemarahan orang ramai yang membantah projek kontroversial oleh Lynas Advanced Material Plant (Lamp) itu.

Sesetengah rakyat bimbang projek itu akan bertukar menjadi satu bencana jika tidak diuruskan dengan betul kerana Malaysia akan mengimport radiasi melalui nadir bumi yang dibawa masuk ke negara ini untuk diproses. -mk


Ulasan GB

Belum pun lagi melawat logi berkenaan, panel IAEA dah beri bayangan loji Lynas ikut standard.

Ini menunjukkan keraguan yang timbul sebelum ini bahawa panel itu TIDAK BEBAS adalah sesuatu yang benar seperti yang dilaporkan sebelum ini.


1. Laporan daripada Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) pada 18/5/11 mempertikaikan kewajaran MITI untuk menubuhkan 'panel bebas' itu sedangkan penilaian kesihatan awam, isu keselamatan radiasi, dan kemudahan kilang berbahaya atau 'hazardous' tidak terletak di bawah bidang kuasa MITI.

2. Pihak berkuasa tidak dilihat terlibat di dalam perlantikan 9 ahli 'panel bebas' itu khususnya Jabatan Alam Sekitar (DOE) sedangkan permohonan awal penilaian persekitaran telah dihantar ke Jabatan Alam Sekitar semenjak tahun 2008. Matlamat DOE untuk melindungi alam sekitar lebih kukuh dan berkaitan dalam isu ini dan juga relevan dengan kegusaran penduduk setempat kepada ancaman sisa buangan radioaktif dari operasi Lynas kepada keselamatan, kesihatan dan persekitaran penduduk setempat.

3. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi (MOSTI) menyerahkan pula keseluruhan tanggungjawab 'panel bebas' itu kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di mana IAEA adalah badan antarabangsa yang mempunyai kepentingan khusus untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan keseluruhan aktiviti yang berkaitan dengannya di seluruh dunia. Mereka bukan penggubal undang-undang atau 'regulator' yang diyakini tiada berkepentingan untuk menyebelahi sesiapapun. Bagaimanakah pihak yang berkepentingan untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan dengannya dapat menjalankan tugas sebagai penggubal atau 'regulator' dalam Kes Lynas ini. Sebagai satu badan yang tiada berkepentingan langsung khususnya di dalam mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan di seluruh dunia. Pastinya, penilaian berat sebelah mungkin berlaku dalam kes penilaian keselamatan, kesihatan dan persekitaran dari operasi Lynas ini pada 29/5/11 sehingga 03/06/11 ini.

4. 4 daripada 9 orang ahli 'panel bebas' itu adalah kakitangan IAEA. Keraguan teramat sangat dari penduduk setempat bahawa kepentingan 4 orang kakitangan IAEA itu untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan di seluruh dunia akan mempengaruhi ketelusan mereka ketika penilaian keselamatan, kesihatan dan persekitaran itu.

5. 5 orang pakar luar atau 'external expert' yang bukan dari IAEA telah dimaklumkan oleh CAP/SAM sebagai tidak bebas kerana dikaitkan dengan syarikat-syarikat yang berasaskan tenaga nuklear dan nadir bumi termasuk pernah berkhidmat sebagai jururunding malah sebagai pekerja atau bekas pekerja kepada syarikat berkenaan malah kepada IAEA termasuk mempuyai kepentingan seperti IAEA untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan.


Tiada ulasan: