MIMPI SENJA |
- Aku pun dapat juga .. Berapa pula kroni dapat ni?
- selepas Kelab Taat Suami ... kini muncul 'Kelab Suami Curang'
- Awang xSelamat kata TGNA lebih teruk dari Ayah Pin
- Pengasas Playboy pekak kerana terlalu banyak ambil Viagra
- 'Qiamullail Perdana Imam Muda'
- Astro Penggalak Sumbang Mahram
- Buku kartun Najib tonjolkan Cina berhidung babi
- Pelancaran Lifeline4Gaza : Pidato Mat Sabu dibatal
- Kalau jahil jangan berlagak alim
- PERAK : Syarikat bermodal RM100 boleh labur RM5.8 juta?
- Ini sudah hebat !! - 6 pegawai dan anggota caw Narkotik PDRM ditahan edar dadah
- Nasruddin nasihat agar Mubarak tidak jadi Hosni Mubarak
- Kelantan haramkan Utusan Malaysia
Aku pun dapat juga .. Berapa pula kroni dapat ni? Posted: 18 Jun 2011 10:02 PM PDT Selepas aku baca cerita ni di blog sahabat, tau-tau bini aku bawa mai hp dia ditunjukan kepada aku ... "Abg tak dapat ke?" "Tak dapat pun, .... ni semua kerja-kerja menghabiskan duit rakyat la ni" jawab aku. "Tak dapat lagi bagus lah ... " kata aku lagi. Hampa tengok la apa yang Najib dah hantar pada rakyat jelata ... dan ingat semua tu BUKAN PERCUMA. Kalau macam sms yang aku terima awal pagi tadi ya, betul. Sms dari anak aku ucapkan Selamat Hari Bapa. Apa kena mengena dengan Najib , selain untuk menghabiskan duit .... Hampa pikiaq la sendiri ... |
selepas Kelab Taat Suami ... kini muncul 'Kelab Suami Curang' Posted: 18 Jun 2011 09:01 PM PDT Ketagihan seks jadi punca walau berteman isteri jelita oleh : Diyanah Annuar SENARAINYA panjang dan seakan tiada titik noktahnya. Senarai 'beracun' yang bukan setakat mengaibkan si pelakunya tetapi turut menjejaskan rumah tangga serta boleh melenyapkan karier cemerlang yang dikemudi. Inilah senarai 'kelab suami curang.' Namun, bukan sebarang suami, sebaliknya mereka bergelar insan ternama daripada pemimpin politik, badan berpengaruh, bintang filem sehinggalah yang bergelar ahli sukan bertaraf bintang mega. Ahlinya - termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan bintang golf, Tiger Woods. Dan seakan tiada hentinya, senarai asmara terlarang itu terus bertambah apabila tahun ini kita dikejutkan dengan nasib menimpa Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi; Pengarah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominic Strauss-Khan; bintang filem popular dan bekas Gabenor California, Arnold Schwarzenegger dan wira bola Manchester United, Ryan Giggs. Bukan soal hidung belang yang menjadi bualan, tetapi hakikat kesemua lelaki berpengaruh itu berimej baik dan mempunyai isteri cantik menawan, berkerjaya dan bijak. Malah ada yang terus sanggup berdiri kukuh menyokong suami mereka yang terpalit dengan skandal memalukan itu seperti dipamerkan Hillary Clinton, Stacey Giggs dan Anna Sinclair Strauss-Kahn. Anehnya, sebahagian besar wanita yang menjadi teman ranjang mereka ini pula mempunyai wajah atau ada iras dengan isteri mereka. Tindak tanduk lelaki curang ini membuktikan walaupun beristerikan jelitawan, gelojak hubungan terlarang itu bukan mudah disanggah. Tepatlah kata-kata sinis bekas Presiden Amerika, Abraham Lincoln: "Hampir setiap lelaki mampu menempuh kesukaran. Tapi, jika anda ingin menguji karakter sebenar seorang lelaki, berikan dia kuasa." Pakar Masalah Seks Amerika Syarikat, Robert Weiss yang juga penulis buku 'Why Men In Power Act Out,' berkata hakikat lelaki berpengaruh atau di kemuncak kuasa yang curang, bukanlah sesuatu yang menghairankan. "Lelaki berpengaruh bergelar pemimpin atau idola bidang berbeza ini mempunyai kerjaya yang hebat. Mereka berdepan tekanan tinggi hingga mereka memerlukan keseimbangan dalam emosi masing-masing," kata Weiss yang turut mengasaskan Institut Pemulihan Seksual lebih sedekad lalu. "Ketika bekerja di tahap intelektual yang sangat tinggi, rasa kekebalan, kurang kawalan diri dan tekanan yang berterusan untuk menunjukkan prestasi cemerlang boleh membuatkan emosi mereka terdedah kepada perkara yang boleh meruntuhkan apa yang mereka kecapi selama ini," katanya merujuk Clinton dan Woods sebagai contoh. Seorang lagi pakar, Patrick Carnes menyatakan lelaki yang berada di puncak dan berkuasa selalunya terdedah kepada ketagihan seks. Golongan dimaksudkannya itu adalah individu bekerja 16 hingga 18 jam sehari, sering mengembara jauh daripada insan tersayang dan mempunyai hanya beberapa individu yang betul-betul boleh dipercayai. "Antara punca ketagihan seksual ini adalah kurangnya sokongan emosional dan keintiman, ditambah dengan trauma emosional silam yang tidak dirawat. Mereka ini kurang berehat, menjaga diri dan keintiman emosi. Setiap manusia memerlukan kehidupan yang sihat secara menyeluruh," kata Carnes. Berikut VIP yang curang biarpun diketahui memiliki isteri jelita: Ryan Giggs, 37 Bintang bola Manchester United ini mengahwini Stacey Cooke, 32, pada September 2007. Pasangan ini mempunyai dua anak - Liberty Beau, 7, dan Zach Joseph, 4 tahun. Malangnya, rumah tangga mereka goyah berikutan pendedahan skandal seks Giggs dengan sekurang-kurangnya tiga wanita termasuk adik iparnya sendiri, Natasha dan bintang program realiti televisyen, Imogen Thomas. Hubungan sulitnya dengan Thomas di sebuah kelab di London, September lalu. "Kami tidak mengambil masa yang lama untuk menjalinkan hubungan kerana kami mempunyai banyak persamaan," akui Thomas dalam satu temubual dengan sebuah tabloid Britain. Bintang bola sepak yang dianggapnya kekasih itu membawanya ke bilik penginapannya di hotel dan menghubungi Thomas untuk memeriksa sama ada wanita itu sudah sampai ke rumah dengan selamat. Sejak itu Giggs sering menghantar mesej menggoda kepadanya. Bapa dua anak ini sebelum ini tidak pernah terbabit dengan kontroversi, malah terkenal dengan imej lelaki baik, mementingkan keluarga dan selalu membawa anaknya ke perlawanan yang disertai. Giggs juga diangkat sebagai contoh pemain bola sepak profesional. Beliau menyertai MU ketika masih remaja, mula diserap ke dalam pasukan pada usia 17 tahun. Pemain ini pernah memenangi 12 gelaran Liga Perdana bersama pasukan MU hingga tersenarai sebagai pemain bola sepak paling berjaya. Arnold Schwarzenegger, 63 Pertembungan antara seks dan kuasa sekali lagi menjadi fokus apabila hero filem aksi yang juga bekas gabenor California ini mengaku beliau adalah bapa kepada anak luar nikah dengan pembantu rumahnya. Hubungan yang terjalin bertahun lamanya itu akhirnya menjadi pemusnah rumah tangga yang dibina selama 25 tahun bersama Maria Shriver, 55. Malah wanita jelita ini bukan saja jelita tetapi berasal dari keluarga kesayangan Amerika iaitu Kennedy. Ketika berita perpisahan mereka dikesan awal Mei lalu, pasangan ini tidak menyatakan punca permasalahannya. Shriver keluar dari rumah mereka di Brentwood, California beberapa minggu sebelum mereka mengumumkan perpisahan. Menurut sumber, wanita ini tidak bahagia sejak bertahun lamanya dan ada yang mengatakan sikap kaki perempuan suaminya sejak dulu membuatkan perkahwinan mereka terpaksa diakhiri. Dominique Strauss-Kahn, 62 Sebelum mendaftar keluar daripada hotel mewah yang didudukinya di Times Square, Kahn didakwa tiba-tiba keluar berbogel daripada bilik mandi dan membuat gangguan seksual terhadap pekerja hotel yang mengemas bilik. Wanita berusia 32 tahun yang juga ibu kepada dua anak mendakwa Kahn mencium dan menariknya ke ruang tamu sebelum mencabulnya. Ketua Tabung Kewangan Dunia (IMF) itu ditahan di dalam pesawat selepas membuat panggilan ke hotel untuk bertanyakans mengani satu antara telefon bimbitnya yang hilang. Lelaki berusia 63 tahun ini, Anna Sinclair, 62, adalah wartawan penyiaran yang terkenal dan mereka berkahwin pada November 1991. Sinclair dikenali sebagai wartawan penyiaran jelita berambut gelap, bermata biru dan pernah menemubual ramai nama besar dan program kendaliannya ditonton jutaan penonton. Perkahwinan dengan Sinclair adalah yang ketiga bagi Kahn yang dilaporkan bersikap bermata keranjang sejak dulu lagi. Tiger Woods, 35 Jalinan kecurangan bintang sukan golf dunia ini dengan 120 wanita dibongkar penghujung tahun 2009 bermula dengan kisah hubungan sulitnya bersama pengurus kelab malam, Rachel Uchitel. Skandal Woods yang satu demi satu menjadi tatapan umum memberi tekanan hebat terhadap rumah tangganya bersama bekal model jelita, Elin, 31. Pasangan ini berkahwin pada 2005 dan dikurniakan dua cahaya mata. Malah, Woods dikatakan berusaha kira-kira setahun untuk mendekati Elin yang bercinta dengan orang lain sebelum menerima Woods. Selepas pembongkaran itu, krisis rumah tangga mereka menjadi bahan berita. Skandal itu turut menjejaskan karier Woods yang hilang banyak tajaan. Woods kemudian mengambil keputusan mendapatkan rawatan pemulihan bagi ketagihan seks yang dialaminya. Bill Clinton, 64 Pasangan Bill dan Hillary pertama kali berkenalan pada tahun 1970 di Yale Law School. Clinton dikatakan begitu terpikat dengan Hillary dan beberapa kali mengajak wanita itu berkahwin. Selepas beberapa kali melamar, kedua-duanya berkahwin pada Oktober 1975. Selepas sekian lama berkongsi hidup dan meniti peningkatan kerjaya politik bersama, rumah tangga mereka dilanda kekacauan. Pita rakaman yang menunjukkan hubungan intim antara bekas Presiden AS, Bill Clinton bersama Monica Lewinsky membawa kepada kejatuhan kuas Clinton. Hillary mulanya menganggap tuduhan skandal yang dilemparkan kepada Clinton bermotifkan politik. Namun selepas bukti kukuh mengenai kecurangan suaminya didedahkan, wanita tabah ini dikhabarkan marah tetapi terus mempertahankan perkahwinan mereka. Silvio Berlusconi, 74 Biarpun usianya sudah mencecah 74 tahun, Perdana Menteri Itali yang juga suami Veronica Lario, 54, lebih cenderung melakukan skandal dengan gadis yang jauh lebih muda daripadanya. Berlusconi sering mengundang wanita, termasuk pelacur bersosial di rumahnya. Pendedahan mengenai minat Berlusconi terhadap model pakaian dalam ketika itu berusia 18 tahun, Noemi Letizia lebih menunjukkan bahawa lelaki ini cenderung kepada gadis muda. Ramai wanita muda yang pernah berdamping dengan Berluconi memberi gelaran 'Papi' yang bermaksud ayah kepadanya kerana dianggap penuh kasih sayang. Terbaru, dia dihadapkan dengan dakwaan melanggar pelacur bawah umur membabitkan penari Maghribi, Karima El Mahroug - BH |
Awang xSelamat kata TGNA lebih teruk dari Ayah Pin Posted: 18 Jun 2011 08:23 PM PDT Utusan dakwa Nik Aziz lebih teruk dari Ayah Pin KUALA LUMPUR, 19 Jun — Akhbar mingguan Kumpulan Utusan mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang memperlihatkan pendirian tegas terhadap Umno dan media miliknya, lebih 'teruk' daripada Ayah Pin yang didakwa mengetuai kumpulan ajaran sesat di Terengganu lebih lima tahun lalu. Awang Selamat dalam ruangan Mingguan Malaysia hari ini mendakwa "lebih banyak kecelaruan dicetuskan oleh Nik Aziz berbanding individu lain termasuk Ayah Pin, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa." "Angkara siapakah yang menampakkan Islam tidak ubah seperti kartun?" kata Awang Selamat lagi yang menulis pandangan itu ekoran keputusan kerajaan Kelantan semalam mengharamkan akhbar Kumpulan Utusan daripada membuat liputan acara yang melibatkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta. Kelmarin, PAS melancarkan kempen Boikot Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan Rabu lalu. Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan. "Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya. Awang Selamat menambah Nik Aziz telah mengumumkan keputusannya mengharamkan Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara melibatkan beliau dan sidang DUN berkuat kuasa serta-merta. "Langkah tersebut sebagai membantah karikatur yang dikatakan menghina Islam berhubung isu rogol dan zina. "Awang hanya senyum. Nampaknya Nik Aziz mengikut jejak langkah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut memulaukan Utusan Malaysia," tambah Awang Selamat. Kata Awang Selamat, strategi memulaukan media sebagai senjata dan ugutan adalah pemikiran zaman dinosaur dan "rasanya tiada lagi mana-mana kerajaan yang memerintah peringkat pusat, negeri atau wilayah di negara lain yang berbuat demikian." "Kebebasan media dan hak bersuara seperti yang dijanjikan oleh DAP, PKR dan PAS dalam manifesto pilihan raya umum hanya gimik. "Awang tidak terkejut dengan tindakan Mursyidul Am PAS itu kerana beliau sememangnya condong kepada DAP dalam percaturan politiknya," katanya. Awang Selamat menulis dia hanya hairan mengapa karikatur itu yang disiarkan 15 Jun lalu dianggap menghina Islam sedangkan ia hanya menyindir pemimpin PAS kerana mengambil pendirian yang mengelirukan ekoran kes rakaman video seks Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Tidak perlu untuk Awang mempertahankan karikatur itu kerana sudah banyak pihak tampil memberikan gambaran sebenar terutama dalzam laman blog," katanya lagi - TMI |
Pengasas Playboy pekak kerana terlalu banyak ambil Viagra Posted: 18 Jun 2011 07:52 PM PDT HOLLYWOOD: Pengasas Playboy Hugh Hefner dikatakan sudah pekak kerana mengambil terlalu banyak pil Viagra, kata bekas kekasihnya, kembar Karissa dan Kristina Shannon. Bagaimanapun, Karrisa dan Kristina, 21, berkata kasanova berusia 85 tahun itu tidak akan berubah kerana dia tidak mahu kehilangan nafsu seksualnya. Karissa berkata: "Hefner memberitahu dia lebih rela menikmati seks berbanding memiliki deria pendegarannya. Dia memakai alat bantuan pendengaran dan hanya boleh mendengar melalui sebelah telinga saja. "Anda perlu menghampirinya dan bercakap dekat di telinganya supaya dia dapat memahami anda. "Kami boleh duduk di sampingnya tetapi dia tidak tahu apa yang kami bualkan," kata kembar itu lagi. Kajian di Amerika Syarikat tahun lalu memberi amaran bahawa lelaki yang mengambil pil Viagra dalam jumlah yang banyak berkemungkinan menghadapi kehilangan deria pendengaran secara berganda. Pakar perubatan Doktor Carol Cooper berkata: "Ia memberi kesan kepada saraf kita." Karissa dan Kristina yang tinggal di rumah agam milik Hefner di Los Angeles selama dua tahun berkata, lelaki itu juga turut kehilangan daya ingatan. Karissa berkata: "Dia juga selalu lupa dengan nama haiwan peliharaan kami." Selasa lalu, tunang Hefner, Crystal Harris, 25, membatalkan perkahwinan mereka - mengatakan dia tidak rela berkongsi Hefner dengan wanita lain. Karissa dan Kristina yang tinggal bersama Hefner ketika berusia 18 tahun dikatakan menimbangkan untuk berpindah semula ke kediaman bos Playboy itu. - Agensi |
'Qiamullail Perdana Imam Muda' Posted: 18 Jun 2011 07:22 PM PDT PETALING JAYA: Astro Oasis (saluran 106) akan menganjurkan program Qiamullail Perdana Imam Muda yang mengalu-alukan kehadiran Muslimin dan Muslimat untuk turut serta mengimarahkan Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Jun ini. Program selama dua hari itu melibatkan tazkirah dan khutbah bermula pukul 12 tengah hari diikuti dengan solat Jumaat, Asar, Mgahrib dan Isyak berjemaah temasuk liga ilmu dan ceramah perdana. Sementara qiamullail akan berlangsung pada pukul 3 pagi dan berakhir dengan kuliah Subuh. Penyampaian tazkirah oleh salah seorang peserta program Imam Muda musim kedua manakala kemuncak program ini bakal disampaikan oleh Mudir Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz. Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar (gambar), berdasarkan sambutan yang diterima terhadap program Qiamullail yang dianjurkan sebelum ini, pihak Astro dapat melihat kesungguhan masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti keagamaan dan kerohaniaan seumpama ini. "Kami mengalu-alukan kehadiran Muslimin dan Muslimat agar bertambah pada program kali ini berdasarkan hebahan dan perancangan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. "Penekanan masjid sebagai tempat iktikaf turut menjadi objektif penganjuran program ini. Usaha positif ini diharap mampu memupuk semangat untuk lebih mencintai masjid di kalangan masyarakat terutama golongan muda," katanya. Di samping objektif utama majlis Qiamullail Perdana Imam Muda ini yang diadakan untuk mengimarahkan masjid, program ini juga mengambil kesempatan untuk menyambut sambutan Israk Mikraj yang bakal disambut oleh umat Islam pada 26 Rejab 1432H bersamaan 28 Jun ini. Selain itu, pihak Astro Oasis juga ingin mengambil peluang ini untuk mengumpulkan Muslimin dan Muslimat bagi menjayakan majlis tahlil untuk mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al-Takwa, Hulu Langat yang berlaku baru-baru ini. Izelan menambah: "Kami berasa amat terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadap program ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Wilayah, Jalan Duta yang memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran program ini. "Kami berharap agar usaha yang dilakukan ini mampu memberikan kesedaran kepada anggota masyarakat tentang Iktikaf di masjid dan Qiamullail yang boleh diteruskan secara individu dan istiqamah selepas ini." |
Astro Penggalak Sumbang Mahram Posted: 18 Jun 2011 07:58 AM PDT Terjebak jugak la tadi aku layan program bodoh dalam astro, mari menari. Siapa la punya idea buat program bangang macam tu, aku tak kisah kalau program tu di sertai oleh suami isteri, tapi buruk sangat la kalau mak dan anak lelaki, bapak dan anak perempuan menari berpeluk-peluk. Macam tadi aku tengok pasangan anak perempuan dan bapak, syok betul bapak dia peluk anak perempuan dia dan lagi satu pasangan mak dan anak lelaki dia, tak pasal-pasal anak lelaki dia dapat tengok ketiak mak dia shave ke tidak. silap-silap mau ngaceng anak dia tu. Come on la, kalau nak liberal pun beragak la sikit, jangan jadikan alasan pasal mereka tu muhrim korang nak halalkan adegan peluk memeluk anak beranak, kalau nak buat pun dalam rumah la, tak payah tunjuk- tunjuk depan satu malaysia. SUMBER |
Buku kartun Najib tonjolkan Cina berhidung babi Posted: 18 Jun 2011 07:09 AM PDT Penulis buku ialah bekas wartawan Utusan Malaysia dan setiausaha akhbar Perdana Menteri. Kali ini masyarakat Cina menjadi sasaran. Watak anggota masyarakat Cina digambarkan sebagai bermata sepet dan berhidung babi. "Watak Cina dalam buku ini sengaja digambarkan dengan hidung babi. Seseorang tidak sepatutnya sengaja melukis dengan sedemikian rupa sedangkan etnik lain di dalam buku karikatur ini tidak digambarkan sedemikian," kata Helen Ang kepada FMT. "Jika anda melihat bahan propaganda berbahasa Melayu dalam Internet, anda akan melihat gambaran masyarakat Cina yang berbaur perkauman ini," tambah Helen yang juga seorang bekas wartawan yang berpengalaman. Menurutnya, buku kartun 'Transformasi Najib' diedarkan kepada semua peserta yang menghadiri Persidangan Pemblog Malaysia – Rantau Asean pertama dalam bulan April tahun ini. Buku setebal 109 halaman terbitan Qalif Umar Creative ini mengisahkan kisah hidup Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pembaharuan sosio-ekonomi dan politik yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya. Buku terbitan Qalif Umar Creative telah pun dicetak empat kali. Carian di dalam Internet menunjukkan Akmar merupakan bekas wartawan Utusan Malaysia yang kini bertugas sebagai setiausaha akhbar Najib. Sementara itu, Helen turut mendakwa bahawa usaha memperkecilkan kaum minoriti ini bukan kes terasing. "Ia merupakan sebahagian dari trend yang lebih besar," katanya sambil merujuk kepada kes Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan Ng Suee Lim, yang digambarkan dengan hidung babi dalam laman blog pro-Umno, Sungai Rapat Online dan juga Namewee yang turut digambarkan dengan hidung babi oleh Perkasa tidak lama dahulu. "Trend tersebut membimbangkan saya kerana ia merupakan satu percubaan untuk mendoktrinasi anak muda bahawa kaum minoriti hodoh dan orang asing, seperti mana yang dimuatkan dalam novel kontroversi Interlok edisi murid," katanya ketika ditanya mengapa perkara baru ini diketengahkan kepada media. FMT cuba menghubungi Akmar beberapa kali melalui telefon tetapi beliau gagal dihubungi. - FMT |
Pelancaran Lifeline4Gaza : Pidato Mat Sabu dibatal Posted: 18 Jun 2011 06:23 AM PDT KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (L4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN. Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri. "Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato. "Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi", kata salah seorang petugas ketika ditemui. Malah, nama Mohamad dan Khairy di Backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup. Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam ini. Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu. Bagaimanapun, tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada backdrop di pentas, menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka. Ramai dikalangan mereka yang datang malam ini dipercayai mahu melihat Mohamad - yang sebelum ini banyak menghentam Umno, duduk sepentas dengan Najib. Bagaimanapun, sebahagiaannya dilihat mula pulang awal apabila mendapat tahu berhubung pembatalan itu. Rasa dipermainkan Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu. Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi. "Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit. "Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini. "Saya rasa dipermainkan", katanya kecewa dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini. Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas jam 10 pagi esok di restoran Haslam, Jalan Pahang. |
Kalau jahil jangan berlagak alim Posted: 18 Jun 2011 04:04 AM PDT Aziz Muda KUALA LUMPUR, 18 Jun: Utusan Malaysia dinasihatkan agar jangan terus berlagak alim dengan membuat ulasan demi ulasan mengenai sistem perundangan Islam, tetapi menyedari keadaan diri yang sememangnya amat jahil dalam agama. Sekiranya tidak sedar diri, akhbar milik Umno itu pasti melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga sanggup mempersendakan hukum Allah yang boleh pula merosakkan akidahnya sendiri. Naib Ketua Dewan Musllmat PAS Pusat (DMPP), Senator Mumtaz Md Nawi (gambar) berkata, tindakan terbaru Utusan yang menyiarkan kartun yang mengulas kes rogol amat jelas memperlihatkan kejahilan akhbar itu mengenai sistem perundangan Islam. Menurut beliau, namun dalam masa yang sama akhbar itu tetap juga mahu mengulas perkara itu dari sudut agama sehingga menyebabkan mereka amat jelas mempersendakan hukum Allah, memperlekehkan umat Islam, menghina ulama dan mempermainkan sistem mahkamah syariah. Katanya, tindakan Utusan itu ternyata telah mengelirukan umat Islam mengenai perlaksanaan hukum Islam, lebih-lebih lagi dalam masa yang sama, semua orang tahu kerajaan BN yang ditunjangi Umno tidak pula berhasrat untuk melaksanakan hukum hudud di tanah air. "Dengan itu, amat jelaslah, Umno sememangnya berniat jahat dengan penyiaran kartun itu. Ia ternyata hanyalah untuk memperlekahkan hukum hudud dan sistem perundangan Islam serta mempermainkan perasaan umat Islam," katanya ketika dihubungi, hari ini. Akhbar Utusan Malaysia beberapa hari lalu telah menyiarkan lakaran kartun yang menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol mengadu kepada orang agama dengan bukti rakaman menerusi handphone, tetapi pengaduannya tidak diterima. Selepas itu wanita tersebut membuat pengaduan kepada pihak polis dan rakaman beliau dirogol yang terdapat dalam handphone itu diterima oleh pihak polis sebagai bukti. Menurut Mumtaz,sikap keterlaluan Utusan itu sememangnya membangkitkan kemarahan umat Islam, tetapi dal hal ini, akhbar itu masih bernasib baik kerana masih diberi ruang sehingga tempoh tertentu untuk memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam. Kejahilan Utusan mengenai sistem perundangan Islam dengan membuat ulusan mengenai kes rogol dan zina menerusi penyiaran kartun itu, katanya, terbukti dari beberapa sudut. "Seperti yang dijelaskan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, robot boleh basuh pinggan, robot boleh jaga mesin, komputerpun robot juga, tapi kalau ada kes dan perlukan keterangan dan kesaksian, mahkamah tak boleh panggil robot kerana ia barang kes dan tetap bukan saksi. "Untuk bicara tetap kena panggil saksi iaitu pengendali robot yakni manusia. Maksud Al-Quran, saksi, manusia, itulah. Tapi tak tahulah kalau Utusan cukup dengan robot jadi saksi," katanya. Perkara itu, tegasnya, samalah juga dengan handphone. Jadi untuk perbicaraan di mahkkamah syariah, tidak memadai dengan bukti kejadian rogol menerusi rakaman dalam handphone itu sahaja, tetapi mesti dipanggil orang yang melakukan rakaman itu sebagai saksinya. "Dalam Islam, sistem perundangannya lebih kepada pencegahan. Dalam Islam, kejadian rogol dan zina mesti dihalang. Pertanyaan yang timbul dari lakaran kartun itu pula, siapakah yang melakukan rakaman itu? Di mana? Bila? Berapa orang yang melakukan rakaman itu? Adakah hanya seorang? Dua orang? Tiga orang? Atau empat orang? "Kalau dirakam, perakamnya buat apa ketika kejadian itu berlaku? Kenapa perakam tak halang? Cukupkah perlakuan perakam dengan hanya merakam kejadian itu sahaja? Sedangkan perakam sepatutnya bertindak menghalang kejadian itu bukan dengan hanya merakam sahaja," katanya. Semua itu, katanya, boleh menjadi pertikaian kerana sistem perundangan Islam sebenarnya amat halus, menyeluruh dengan melibatkan semua aspek dan adil kepada semua pihak termasuk kepada orang yang dirogol dan perogol. "Sebab itulah dalam Islam perlukan empat orang saksi dan saksi itu pula mestilah yang layak diterima sebagai saksi dalam Islam. Perkara itu amat jelas dalam Islam kerana sudah tersurat. "Utusan ternyata tak faham semua itu. Dalam masa yang sama, Umno BN tak pula nak laksanakan hudud di negara kita. Jadi kenapa dipertikaikan tentang empat orang saksi dan hukum hudud. "Bila pertikai itu semua bererti pertikai hukum Allah. Sedangkan setiap hukum Allah tak boleh dipertikaikan. Ini samalah juga dengan hukum nikah yang memerlukan saksi ketika akad nikah. Solat Zohor sebanyak empat rakaat tetapi Subuh hanya dua rakaat sahaja. "Semua itu tak boleh dipertikaikan tetapi mesti dipatuhi kerana itu semua adalah hukum Allah yang telah dijelaskan dalam Al-Quran. "Jika tentang keperluan saksi dalam hukum nikah, solat Zohor empat rakaat dan Subuh dua rakaat sebagai sebahagian contoh tidak dipertikaikan dan dipatuhi, kenapa tuntutan terhadap empat ortang saksi dan hukum hudud dipertikaikan?" katanya. Selain itu, katanya, kejahilan Utusan amat terserlah apabila menyiarkan kartun yang hanya memadai dengan membuat laporan polis mengenai kejadian itu. "Pada hal dengan jumpa polis tak selesai masalah. Malah banyak perkara yang telah dilaporkan oleh pelbagai pihak kepada pihak polis tetapi tak juga dapat diselesaikan. Polis tak boleh selesaikan perkara itu. Tetapi polis perlukan siasatan. "Manakala untuk menyelesaikan kes rogol dan zina, mangsa atau pihak terbabit tidak perlu jumpa tokoh agama atau polis, tetapi jumpa hakim syarie atau qadi," ujarnya. Amat dikesali, katanya, Utusan yang ternyata tidak memahami semua itu kerana kejahilannyan dalam hukum Allah tetap juga berminat untuk mengulasnya sehingga boleh mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat. Katanya, kalau tidak faham, Utusan sepatutnya tidak masuk campur untuk mengulasnya dengan menyiarkan kartun seperti itu. "Kepada Utusan dan kartunis terbabit, nasihat saya, kalau tak pandai, belajarlah dulu sebelum membuat sebarang ulasan mengenai hukum Allah. Kalau tak pandai, janganlah hukum Allah pula yang dipertikaikan. "Kalau awak memang tak nak laksanakan hudud, jangan persendakan orang yang nak laksanakan hudud. Kalau orang Islam yang terbabit dengan penyiaran kartun itu, apa agenda mereka mempertikaikan hukum hudud dan empat orang saksi itu?" ujar beliau. Sebagai bantahan umat Islam terhadap penyiaran kartun yang tidak bertanggungjawab itu, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yang diketuai Ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi semalam telah menghantar memorandum ke ibu pejabat Utusan Malaysia bagi mendesak akhbar itu memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam. DPPP memberi tempoh seminggu kepada Utusan berbuat demikian. Jika tidak, tindakan lebih keras akan dilakukan termasuk mengadakan demonstrasi besar-besaran. HD |
PERAK : Syarikat bermodal RM100 boleh labur RM5.8 juta? Posted: 18 Jun 2011 03:02 AM PDT Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja. Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion. Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi. Setiausaha Negeri DAP Nga Kor Ming hari ini berkata, mengikut pengumuman EXCO Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman pada 9 Jun 2011, Majlis mesyuarat kerajaan Negeri telah meluluskan tanah 150 ekar tersebut kepada syarikat Atigas pada bulan Mei, tahun ini untuk satu projek perlaburan kononnya bernilai RM5.8 billion. Mengikut kenyataan Hamidah, syarikat tersebut akan melabur RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Beliau juga dilaporkan berkata syarikat tersebut akan membekalkan 33% dari jumlah pasaran LNG untuk pasaran tempatan yang mana pembinaan loji dan Kilang akan siap sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan. Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, PR mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai. Pakatan Rakyat juga meminta kerajaan Negeri menjelaskan samada proses Open Tender pernah dijalankan sebelum projek berbillion ringgit ini dipertimbang serta diluluskan. Nga berkata, rakyat berhak tahu bagaimana sebuah syarikat domain (sleeping company) yang hanya berdaftat mulai 28 Februari 2008 serta hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit dapat melabur RM5.8 Billion? Persoalannya adalah apakah rasional atau keistimewaan kerajaan meluluskan tanah 150 ekar yang dijangka bernilai RM50 juta kepada syarikat tersebut? Tanah di kawasan Segari mempunyai nilai pasaran RM300,000 satu ekar dan system ekologinya adalah amat kritikal untuk menjaga imej Bandar Maritime Manjung. Mengikut rekod rasmi Suruhanjaya Sysrikat Malaysia, Syarikat Atigas Technology hanya ditubuhkan pada tahun 2008 dengan modal berbayar seratus ringgit. Tiada rekod perniagaan syarikat tersebut dapat dikesan kerana ia adalah syarikat "Domain",malahan dari rekod SSM, tidak adalah alamat perniagaan untuk syarikat tersebut dan tidak adalah sebarang keuntungan setakat ini. Nga memberi tempoh tiga hari sehingga Isnin depan untuk Hamidah memberi penjelasan penuh kepada rakyat dan jika beliau gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan mengambil segala tindakan wajar untuk membela hak kepentingan rakyat dan kerajaan. *Kenyataan dari Nga Kor Ming selaku Setiausaha Negeri DAP, ADUN Pantai Remis dan ahli parlimen Taiping |
Ini sudah hebat !! - 6 pegawai dan anggota caw Narkotik PDRM ditahan edar dadah Posted: 18 Jun 2011 01:58 AM PDT KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan polis dan lima anggota berpangkat rendah yang bertugas di bahagian narkotik di sekitar Kuala Lumpur ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua mereka yang terlibat berumur dalam lingkungan 30-an ditahan dua minggu lalu. "Sekarang ini mereka ditahan dan berada di bawah siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1952," katanya kepada di sini, hari ini. Bagaimanapun katanya, sehingga kini tidak ada sebarang rampasan dadah dibuat. Noor Rashid berkata, penangkapan mereka juga membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terlibat dengan jenayah. "Pegangan saya adalah undang-undang ini sama sahaja tidak kira anggota polis tak mengira siapa sahaja, siapa yang langgar undang-undang kita akan ambil tindakan tegas," katanya. Beliau turut menasihatkan semua ketua polis peringkat negeri dan daerah agar memantau pegawai dan anggota di bawah jagaan mereka bagi memastikan kejadian tidak berulang. "Ia perlu dibuat supaya tindakan dari awal boleh dibuat sekiranya mereka ini terlibat dengan sebarang kes jenayah," katanya. STONE : hahaha memang hebat puak-puak ni ... tapi nak buat macamana tu saja kerja yang cukup mudah nak buat duit. |
Nasruddin nasihat agar Mubarak tidak jadi Hosni Mubarak Posted: 18 Jun 2011 01:28 AM PDT Mubarak mendesak kerajaan agar menangkap perancang Himpunan Bersih 2.0 di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA). Ini satu ugutan yang keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi. Saya nasihatkan Mubarak agar tidak menjadi Husni Mubarak 2.0 yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara. Mereka mahu ugut siapa? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan. Apa masaalah Mubarak? Apa masaalah kerajaan? Untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa, justeru apa yang kami minta adalah untuk keadilan dan ketelusan. Kita tidak minta lebih. Kita tidak meminta suatu yang merugikan mana-mana pihak termasuk kerajaan. Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini. Setelah permintaan kita selama ini gagal dilayan dengan baik oleh pihak berwajib, himpunan Bersih 2.0 adalah sebagai langkah untuk menunjuk perasaan dan menarik perhatian bahawa permintaan kita adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh mereka. Cara mahu menangani Himpunan Bersih 2.0 ialah dengan mengawal himpunan ini agar tidak terdedah kepada provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab dan menunaikan permintaan rakyat tersebut. Bukan dengan ugutan dan tangkapan. Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir mereka silap dan 1,001 kali silap. Insyaallah, saya sendiri akan berada di saff hadapan dan jangan fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang dituntut oleh Islam justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran ini. Saya menyeru semua rakan-rakan anak muda dari seluruh negara agar gembira dan tenang. Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk keamanan dan kesejahteraan negara. Rakyat juga tidak perlu resah, peniaga tidak perlu bimbang dan orang ramai tidak usah gundah, himpunan ini aman jika mana-mana pihak termasuk pihak polis tidak mencetus provokasi. Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah Umno dan BN, yang resah ialah Umno dan BN dan yang gundah ialah Umno dan BN. Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masaalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan, silakan lah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa-apa. Saya menyeru buat kesekian kalinya, datanglah ke Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 nanti dengan happy dan enjoy membawa semangat "Visit Day" dan Kuala Lumpur adalah destinasi anda kali ini. Melancunglah dalam negeri! Bukankah ini slogan kerajaan. Pelancungan pada 9 Julai 2011 ini adalah bertemakan Keadilan dan Ketelusan di samping menikmati Kota Raya negara kita sendiri. Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua pada 9 Julai 2011 kelak. Salam perjuangan dari saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia. * Nasrudin Hassan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia |
Kelantan haramkan Utusan Malaysia Posted: 17 Jun 2011 11:50 PM PDT KOTA BAHARU - Kerajaan Pas Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta. Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan. Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu. "Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya ketika dihubungi Bernama. Semalam, Pas melancarkan kempen 'Boikot Utusan Malaysia' kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan pada Rabu lepas. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan merombak semula susunan anggota jawatankuasa peringkat negeri dengan mengekalkan pemimpin lama untuk tiga jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri iaitu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob, anggota exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa dan exco Mohd Amar Nik Abdulllah. Nik Abdul Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Negeri itu berkata, bekas exco yang juga anggota DUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dilantik sebagai Setiausaha PAS Negeri menggantikan ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, manakala ADUN Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad dilantik sebagai Bendahari Pas negeri. Nik Abdul Aziz turut mengumumkan pengguguran ADUN Bukit Tuku, yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Rantau Panjang sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri dan digantikan dengan Setiausaha Politiknya, Wan Nik Wan Yusoff. Ditanya mengenai pilihan raya umum ke-13, Nik Aziz mengulangi pendiriannya untuk mempertahankan kerusi DUN Chempaka jika kesihatannya mengizinkan. "Kalau saya sihat, tenaga saya ada, InsyaAllah (akan bertanding)," katanya.- Bernama |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan