Kerabu Bersuara ® |
- Panas! Anak MP BN Pukul Orang. Tiada Tindakan Oleh Polis Diambil!
- Terkini! Syabas, Khairy Bidas Hishamuddin! Tetap Turun Berhimpun!
- Perhimpunan Ketua Pemuda Beruk Jalanan Pun Haram
- Demo Bersih, Hishamuddin beri amaran kepada Khairy
- Gambar Kempen Boikott Utusan Oleh TG Nik Aziz Dan Pemuda PAS Kelantan
- Karikatur: Pemuda PAS Kelantan lancar kempen Boikot Utusan
- Isu Kartun Hina Islam: ABIM Minta Utusan Mohon Maaf!
- Karikatur: Mohon maaf atau sedia hadapi protes besar-besaran, tegas Pemuda PAS
- Live TG Nik Aziz Bakor Utusan!
- Live KP Pas Kelantan Berucap
- Live TG Nik Aziz Boikot
- Live Kuliah Tuan Ibrahim
- Ustaz Ghani : Utusan Pandang Rendah Kaedah Pengadilan Dalam Islam
Panas! Anak MP BN Pukul Orang. Tiada Tindakan Oleh Polis Diambil! Posted: 17 Jun 2011 06:57 AM PDT Seorang ahli perniagaan dan merupakan mantan rakan kongsi Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yusof Mahal, Hanizam Rasiol Bin Mohammad, 49, tidak menyangka akan melalui pengalaman pahit dibelasah dengan kejam sehingga patah tulang hidung oleh anak Yusof, Yusani yang bukan sahaja samseng, malah bertindak ganas merampas kad pengenalan beliau dan dua rakannya. Malangnya, walaupun Hanizam membuat laporan polis di Balai Polis Labuan pada hari kejadian iaitu 29 April 2009 melalui laporan bernombor Labuan/002254/09, namun polis seolah-olah melindungi Yusani. Buktinya, Mykad Hanizam bernombor 620811-07-5055, Zahrol Azhar Bin Zuhri @ Darmo bernombor 690613-08-6275, Muhammad Shukri Bin Abdullah bernombor 471004-12-5013 masih dalam simpanan Yusani sehingga mereka bertiga terpaksa membuat permohonan gentian kad pengenalan berdasarkan laporan polis berkenaan. "Selepas kad pengenalan kami dirampas, mereka mahu membawa kami ke gudang untuk dilupuskan (dibunuh). Mujur polis sampai dan membawa kami semua ke balai," kata Hanizam yang menjelaskan Yusani bertindak ganas setelah berang kerana beliau dan rakannya datang menghadiri mesyuarat tapak ekoran projek yang dilaksanakan Yusani menggunakan lesen PKK milik Hanizam, Utara Kita Sdn.Bhd tanpa pengetahuannya mahu disenarai hitamkan Perbadanan Labuan. Bagaimanapun Hanizam menyatakan kes pertikian dan jenayah yang dilakukan Yusani akan diceritakan kemudian. "Yang penting, saya tidak mahu MyKad saya dan dua orang rakan saya yang dirampas Yusani disalahgunakan untuk tujuan tertentu. Saya juga menggesa agar polis membuka kembali fail siasatan berhubung tindakan Yusani merampas kad pengenalan kami kerana beliau bukan Pegawai Pendaftaran," ujar Hanizam yang menunjukkan Mykad gantian yang telah diperolehinya. Hanizam turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein agar campurtangan dan tidak melindungi polis yang menyalahguna kuasa bersubahat dengan Yusani melindungi kegiatan jenayah yang dilakukannya. "Saya hairan kenapa polis tidak dakwa Yusani yang merampas Mykad kami atau mengarahkan dokumen peribadi kami dikembalikan sedangkan itu kesalahan jenayah berat," tegas Hanizam yang turut mencurigai Pegawai Pendakwaraya yang mengendalikan kesnya./Sabahkini Sumber |
Terkini! Syabas, Khairy Bidas Hishamuddin! Tetap Turun Berhimpun! Posted: 17 Jun 2011 05:17 AM PDT Khairy: Himpunan 9 Julai Pemuda Umno tetap diadakan Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 17 Jun — Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan perhimpunan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, pada tarikh yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0 akan diteruskan meskipun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran polis akan bertindak terhadap mana-mana perhimpunan tidak sah. Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional ini berkata Hishammuddin, yang mengetuai pergerakan itu sebelum ini, boleh memberi amaran tetapi sayap Umno itu akan meneruskan rancangannya tidak kisah apa yang bakal berlaku. "Pemuda saya dan saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja implikasinya. Ini Malaysia baru. "Kami ada hak untuk berhimpun, sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan (Persekutuan). Pemuda Umno akan berarak 9 Julai. Itu sahaja," kata beliau kepada The Malaysian Insider. |
Perhimpunan Ketua Pemuda Beruk Jalanan Pun Haram Posted: 17 Jun 2011 04:50 AM PDT Himpunan Pemuda Umno pun haram, kata Hishamuddin Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein sekali menegaskan mana-mana perhimpunan tanpa permit dianggap haram termasuk protes yang dirancang oleh Pemuda Umno untuk membantah Himpunan Bersih 2.0. Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini untuk "memperkukuh sistem demokrasi". Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas turut diadakan pada hari sama. Selain itu, Perkasa juga mahu mengadakan perhimpunan balas menentang himpunan Bersih 2.0. Hishammuddin, bekas ketua Pemuda Umno berkata, keputusan sayap pemuda parti Melayu itu tidak mewakili keseluruhan pendirian parti. "Bila ia tiba tidak kisah sama ada saya bekas ketua Pemuda atau tidak. Mereka harus berdepan dengan akibat daripada tindakan itu... dan ia semata-mata pendirian Pemuda," kata Naib Presiden Umno kepada pemberita. "Mereka akan berdepan dengan polis. Saya berharap mereka melakukan perkara sama. Kami melihat ia dari sudut yang sah dan tiada sesiapa yang akan terlepas dari undang-undang," tambah beliau. Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan itu akan bertembung pada hari dan berarak ke Istana Negara. Setakat ini, pihak polis telah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan Bersih 2.0 dan Perkasa. Pakatan Raktyat dan aktivis parti telah bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0, yang mana ia pertama kali diadakan pada 2007 dan dilaporkan kira-kira 50,000 orang telah berkumpul di ibu negara, polis telah menyuraikan perhimpunan itu dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air. PAS berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta tahun ini dan berharap sokongan kepada Pakatan Rakyat pada piliha raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan dalam tahun ini. |
Demo Bersih, Hishamuddin beri amaran kepada Khairy Posted: 17 Jun 2011 04:45 AM PDT Tindakan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu menyertai demonstrasi Bersih pada 9 Julai nanti disekat oleh partinya sendiri apabila Hishamuddin Hussein memberi amaran perhimpunan oleh Pemuda Umno juga bakal berdepan tindakan polis. Menurut Hishamuddin, sebarang perhimpunan yang tidak mempunyai permit dianggap haram termasuk anjuran Pemuda Umno. Pihak polis menyatakan tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk perhimpunan pada 9 Julai. Khairy sebelum ini mengumumkan mahu menggerakkan perhimpunan anti-Bersih kedua dengan tujuan yang dilihat menyokong pendirian gerakan menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya itu. Umno dan kumpulan propemerintah berpendapat perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai nanti akan mencetuskan masalah sosio-ekonomi dan mampu menjejaskan keselamatan negara. Ratusan laporan polis juga telah dibuat menentang perhimpunan besar-besaran anjuran Bersih. Rancangan perhimpunan Pemuda Umno akan menambahkan lagi bilangan peserta perhimpunan pada 9 Julai nanti. Tindakan Khairy itu merupakan yang terbaharu menyamai pendirian pembangkang selepas kritikannya terhadap apa yang disifatkan pembaziran oleh kerajaan tidak lama dulu. http://www.blogger.com/img/blank.gif Ketua Pemuda Umno itu terus menjadi tokoh tidak popular dalam parti disebabkan hubungannya dengan perdana menteri sebelum ini dan peranannya yang didakwa menyumbang kepada kekalahan besar Barisan Nasional dalam pilihan raya umum lalu. Tindakan mahu menyertai protes diketuai PAS itu mencetuskan perbezaan pandangan yang hebat dalam partinya, kerana boleh dilihat mewajarkan protes yang ditentang hebat Umno dan Perkasa yang juga mewakili pandangan Umno. siasah daily |
Gambar Kempen Boikott Utusan Oleh TG Nik Aziz Dan Pemuda PAS Kelantan Posted: 16 Jun 2011 11:00 PM PDT |
Karikatur: Pemuda PAS Kelantan lancar kempen Boikot Utusan Posted: 16 Jun 2011 10:30 PM PDT KOTA BARU, 17 Jun — Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menyeru seluruh rakyat agar tidak membeli dan membaca akhbar Utusan Malaysia milik Umno berikutan tindakannya menyiarkan karikatur didakwa menghina syariah Islam, kelmarin. Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, penyiaran karikatur itu satu perbuatan melampau, yang tidak sepatutnya dilakukan oleh akhbar yang dikatakan mendokong kedaulatan Melayu dan Islam. "Tindakan ini memang jelas bercanggah dengan akidah Islam. Pemuda amat peka terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab ini, menyeru seluruh rakyat memboikot daripada membeli serta membaca akhbar tersebut. "Pemuda PAS Kelantan sememangnya mengecam keras lakaran kartun disiarkan akhbar Umno terbabit kerana mesej yang cuba disampaikan adalah jelas sekali betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat saksi dalam penghakiman kes zina, liwat dan rogol. "Penghinaan satu perbuatan melampau," katanya ketika melancarkan "Boikot Utusan Malaysia" di Dataran Ilmu di sini hari ini. Abdul Latiff menandatangan pada kain rentang tertera "Boikot Utusan Malaysia" sebagai simbolik pelancaran tersebut dan disaksikan hampir 2,000 orang. |
Isu Kartun Hina Islam: ABIM Minta Utusan Mohon Maaf! Posted: 16 Jun 2011 10:08 PM PDT Karikatur: Utusan perlu mohon maaf kepada umat Islam, kata Abim Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 17 Jun — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung penyiaran karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" dalam akhbar milik Umno itu, yang didakwa menghina Islam. Presidennya Dr Muhd Razak Idris menegaskan karikatur itu yang disiarkan dalam Utusan Malaysia semalam mengandungi unsur-unsur yang menghina perundangan Islam. "Dalam hal ini, kita mahu Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di atas penyiaran karikatur yang kalau kita lihat mengandungi unsur-unsur kejahilan terhadap perundangan Islam dan hukum syariat. "Ini tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat dan tidak juga harus dilakukan oleh organisasi media yang memperjuangkan Melayu dan Islam," katanya kepada The Malaysian Insider. Selain itu, jelas beliau, pelukis karikatur ini seolah-olah jahil tentang Islam dan perlu bertaubat selain berjanji tidak akan mengulangi perkara sama. "Saya rasa pelukis itu jelas begitu jahil dengan hukum agama dan saya menyeru kepada dia agar bertaubat dan tidak lagi melakukan tindakan yang menunjukkan kejahilan dalam hal-hal agama. "Jadi saya minta, selepas ini mana-mana kartun yang mahu disiarkan harus disemak dulu oleh mereka yang pandai agama kerana kita tidak mahu undang-undang ini dilihat sebagai menzalimi mangsa rogol, dalam kartun ini ia digambar macam itu," katanya. Kelmarin, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan mengecam penyiaran karikatur itu sambil menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa. Tegas Muhd Razak, karikatur karya "Miki" itu menggambarkan perundangan Islam tidak boleh menuntut keadilan bagi mangsa rogol. Tambah beliau, apa sahaja bahan bukti boleh dibawa ke mahkamah dan mangsa rogol berhak mendapat pembelaan yang sah. "Dalam sudut perundangan Islam, ada prosedur-prosedur yang harus dipatuhi, kartun ini mempunyai unsur penghinaan apabila menggunakan undang-undang Islam dan kaedah pembuktian yang dilihat tidak mampu memberi keadilan kepada mangsa. "Sebagai contoh dalam kes rogol dan mengikut kefahaman saya mangsa boleh membawa kes ini ke mahkamah dengan membawa bukti yang dimiliki yang akan dinilai di mahkamah," katanya. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Mat pula menyifatkan Utusan Malaysia sebagai "Denmark Malaysia" kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam. Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada akhbar Denmark yang pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom. Menurut Muhd Razak, sistem perundangan Islam dilakukan penghakiman dalam mahkamah dan bukan secara terbuka. "Kartun ini dilihat tidak wajar dan prosedur Islam, pembuktian harus dinilai oleh orang yang tepat dan memahami perundangan Islam, bukan sekadar seperti dalam kartun ini yang hanya menunjukkan kejahilan. "Dan, ingin saya tegaskan prinsip perundangan Islam sebetulnya perlu dibawa ke sistem penghakiman dan ia tidak boleh dilakukan secara terbuka. "Jadi ia sudah jelas, Utusan Malaysia harus memohon maaf, karikatur ini memaparkan kejahilan terhadap prosedur perundangan Islam seolah-olah undang-undang Islam menolak keadilan kepada mangsa rogol," katanya. |
Karikatur: Mohon maaf atau sedia hadapi protes besar-besaran, tegas Pemuda PAS Posted: 16 Jun 2011 10:01 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 17 Jun — Dewan Pemuda PAS pusat memberi tempoh tujuh hari kepada Utusan Malaysia, akhbar milik Umno, agar memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana menyiarkan karikatur didakwa menghina agama itu. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, ketuanya Nasrudin Hassan berkata, tempoh tujuh hari itu bermula dari tarikh karikatur berkenaan disiarkan iaitu kelmarin. Selain itu tegas beliau, selain memohon maaf Utusan Malaysia juga perlu mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur tersebut, yang hanya dikenali sebagai "Miki". Tambah Nasrudin, pihaknya telah menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia pagi ini dan diterima Ketua Meja Jenayah Sufian Abu Bakar. "Kami memberi tempoh selama tujuh hari bermula 15 Jun supaya Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana menyiarkan karikatur yang menghina Islam. "Kami juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis kartun itu dan jika tidak akan meneruskan siri bantahan, kami akan membuat perhimpunan lebih besar bagi menyatakan pendirian kami yang tidak bersetuju dengan karikatur tu yang secara jelas menghina Islam," katanya. Kelmarin akhbar harian berbahasa Malaysia itu pada muka surat 15 telah menyiarkan karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" dan ia menurut Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan menghina Islam. Selain itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa agar Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka. Akhbar itu menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam. Karikatur itu yang disiarkan itu menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol. Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video. Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: "Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi." Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti. Dialognya berbunyi "Bagus ... Alat itu pun boleh jadi bukti!". Tambah Nasrudin, pihaknya juga mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia sambil menyifatkan "ia bukan kali pertama." "Kartun ini jelas menunjukkan Utusan Malaysia mempersendakan hukum Islam, mencetus kekeliruan terhadap agama Islam dan mempersendakan tokoh-tokoh agama. "Selain itu, ia juga menimbulkan keresahan masyarakat berkaitan dengan jenayah rogol dan terhadap keupayaan undang-undang Islam menyelesaikan jenayah. "Jadi kita harap Kementerian Dalam Negeri tegas," katanya. Jelas beliau, pihaknya juga akan membuat desakan kepada KDN sekiranya Utusan Malaysia enggan memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan itu. Selain Nasrudin, empat pemimpin sayap Pemuda PAS turut sama menyerahkan memorandum kepada Utusan Malaysia. |
Live TG Nik Aziz Bakor Utusan! Posted: 16 Jun 2011 07:35 PM PDT TG Nik Aziz memulakan acara. Kita bakor! Kasi bankrup utusan! |
Posted: 16 Jun 2011 07:32 PM PDT Memulakan ucapan. Boikot utusan laknat! |
Posted: 16 Jun 2011 07:28 PM PDT Tok guru bangun untuk memulakan upacara |
Posted: 16 Jun 2011 06:32 PM PDT Kuliah Tuan Ibrahim, ketua penerangan baru Pas pusat. |
Ustaz Ghani : Utusan Pandang Rendah Kaedah Pengadilan Dalam Islam Posted: 16 Jun 2011 05:24 PM PDT SHAH ALAM 16 JUN : Karikatur berjudul "Kekeliruan Kes Rogol" yang disiarkan Utusan Malaysia semalam merupakan sebuah karya yang merendahkan martabat keadilan dalam agama Islam, kata Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin. Menurut Ustaz Ghani, Islam merupakan sebuah agama yang menitikberatkan soal keadilan kepada umatnya dan kaedah-kaedah yang digunapakai tidak ada tolok bandingnya serta tidak harus menjadi pertikaian mana-mana pihak. Justeru ujarnya, media seharusnya mengalas amanah dan jujur dalam berkarya sama ada dalam bentuk penulisan mahupun karikatur sebagai bahan bacaan rakyat agar tidak memesongkan fikiran mereka daripada fakta sebenar. "Trend seumpama ini seolah-olah jelas menghina dan memandang rendah kepada kaedah-kaedah Islam, ini adalah trend yang sangat buruk dan mencerminkan betapa khianatnya parti ini dalam tugas yang sepatutnya menobatkan serta menjunjung titah perintah Allah. "(Namun malangnya) inilah trend media massa yang dimiliki oleh parti nasionalis Melayu yang memang tidak memberi apa-apa martabat kepada syariat Islam, tidak menghargainya walaupun mereka mengatakan mereka adalah perjuang Islam tetapi mereka tidak berjuang atas dasar Islam,"tegas Ustaz Ghani. Karikatur kontroversi itu disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia semalam yang memaparkan dua situasi aduan mangsa rogol yang berbeza. Situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, dengan jelas dialog pada karikatur tersebut mengambarkan jabatan agama menolak aduan wanita tersebut kerana mangsa gagal mengemukakan empat orang saksi dan rakaman video tidak laku untuk mengadili kes rogol tersebut. Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai polis yang bertugas itu dengan tegas mengatakan kes tersebut layak diadili dengan menyifatkan rakaman video adalah antara bukti yang kuat. Tambah Ustaz Ghani lagi, gambaran yang cuba diberikan oleh utusan Malaysia dalam karikatur itu jelas sekali bertentangan dengan hukum Islam sebenar. "Dalam konteks kes individu yang dirogol, masih ada hakim-hakim yang bijak mencari bahan bukti dalam mencari kebenaran sesuatu dakwaan itu, sekirannya tidak sabit hukum yang paling keras, sekurang-kurangnya akan disabit hukuman ta'zir," jelas beliau. Mengulas lanjut kedangkalan Utusan Malaysia itu, Ustaz Ghani menasihatkan akhbar-akhbar lain di negara ini agar matang dan tidak lunak memperkasakan politik sempit sesebuah parti sehingga sanggup menghina kesucian Islam. Tambahnya, karya seumpama itu tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada golongan pembaca sebaliknya hanya meniup api kemarahan umat Islam. "Jadi kalau ada mana-mana media Melayu yang gagal memartabatkan kebenaran Islam, itu bermakna mereka telah gagal menggalas amanah Allah, Rasul dan umat Islam," katanya. Ustaz Ghani yang dihubungi TvSelangor turut menasihatkan pelukis karikatur itu untuk lebih menghargai bakat yang dikurniakan untuk berkarya ke arah kebaikan dan memberi manfaat dalam membina minda masyarakat. "Kepada pelukis kartun, beliau harus lebih beramanah terhadap Allah serta memikirkan pengaruh dan kesan dari setiap karyanya itu, ingatlah bahawa tiada satu zarah kebaikan pun yang terlepas untuk dihitungkan begitu juga dengan setiap zarah kejahatan yang pasti tidak akan terlepas dari pengadilan Allah,"katanya. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyifatkan akhbar milikan Umno itu sebagai "Denmark Malaysia" kerana menghina syariat Islam sepertimana pada 2008, apabila negara itu pernah menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom. Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan juga semalam menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan