Biaqpila |
- Tarif Elektrik Naik, Pemimpin BN Main Silap Mata
- UMNO TANGGUH PEMILIHAN, TAKUT PRU
- Dia dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok
- Utuseks Malaysia Lembu UMporNO..Kah..Kah...Kah...!!!!
- Najib bakal berbesan dengan pembesar Kazakhstan?
- Bagaimana Nazri Aziz yakin Anwar akan dipenjara?- Fariz
Tarif Elektrik Naik, Pemimpin BN Main Silap Mata Posted: 07 Jun 2011 08:36 AM PDT Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kerajaan BN bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif elektrik . Sedangkan pada 25 Mei 2011 kabinet memutuskan minyak RON 95 tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat. Tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif letrik 7.12% bermula 1 Jun 2011. Menjadi kebiasaan akhbar Umno ( Utusan Malaysia) dengan tajuk "Tiada Kenaikan Guna 300 kWj". Inilah kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat. Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa ditaja oleh GLC dan korporat Umno untuk diberi percuma sahaja. Rakyat sedang menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati rakyat, tetapi suara Umno. Menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka tidak terjejas rakyat bawahan. Ketika menaikan tarif elektrik, pemimpin BN berhujah 75% isi rumah rakyat Malaysia tidak terjejas. Mereka cuba menyembunyikan kepada rakyat "kesan berantai" kerana kenaikan tarif elektrik. Hujah mereka kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa. Sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil elektrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik. Hujah yang sama juga Umno BN gunakan untuk menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan. Mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur dibawa melalui tol. Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka. Menurut ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang makanan kerana industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik. Menurutnya walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," Kemungkinan tarif letrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan. "Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | ||||||||
UMNO TANGGUH PEMILIHAN, TAKUT PRU Posted: 07 Jun 2011 05:00 AM PDT Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar)berkata, berbeza dengan Umno, komponen Pakatan Rakyat berani mengadakan pemilihan masing-masing meskipun waktu pilihan raya umum semakin hampir.Ia katanya, berbeza dengan parti komponen dalam Barisan Nasional seperti Umno dan MCA yang terpaksa menangguhkan pemilihan parti kerana bimbang berlaku perpecahan ketika Pilihan Raya Umum ke 13. "Umno dan MCA tak berani, mereka tangguhkan pemilihan. Berbanding Pakatan Rakyat, mereka berani buat pemilihan meskipun tahu pilihan raya umum telah hampir. "Ini menggambarkan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengadakan pemilihan meskipun pilihan raya lebih awal, berbanding tradisi BN," ujarnya. Justeru, katanya seperti mana pemilihan KEADILAN pada 2010, muktamar pemilihan Pas yang berlangsung baru-baru adalah petanda keberanian Pakatan Rakyat melaksana prinsip pemilihan berdasarkan amalan demokrasi. Beliau juga menyatakan kehairanan kerana pemilihan Pas yang dijalankan dengan semangat setiakawan dan tertib itu, tidak pernah mendapat liputan yang begitu meluas oleh media milik Umno-BN sebelum ini. "Saya hairan, sejak bila media yang dikuasai mereka seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star memberi liputan terhadap muktamar?" soalnya. Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas kritikan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengecam ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika muktamar berlangsung. Dalam masa yang sama pula, Muhyiddin dilapor berkata Umno sentiasa membuka pintu perbincangan terhadap parti itu bagi menjalinkan hubungan kerjasama. Menurut Aziz, kenyataan Muhyiddin sebenarnya menggambarkan keresahan pemimpin Umno-BN dengan barisan kabinet baru Pas yang dianggap sebagai ancaman kepada hegemoni mereka. Tambahnya, rakyat tidak mungkin melupakan tohmahan yang dilemparkan Umno kepada Pas, termasuk melabel parti itu sebagai 'Parti Ajaran Sesat', bahkan sehingga ke peringkat menyamakannya dengan komunis. "Apa yang dilakukan oleh Umno terhadap Pas sebenarnya lebih teruk. Siapa tidak lupa dengan peristiwa pembunuhan Samad Gul di Kelantan dan serangan di Lubuk Merbau? "Apakah Umno lupa tentang peristiwa di Memali? Bagaimana dengan ratusan pemimpin dan aktivis Pas yang dipenjara dan ditahan di bawah ISA?' soal beliau. kl-today SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | ||||||||
Dia dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT KUALA NERANG: "Saya tidak akan percaya lagi dengan lelaki Indonesia, saya menyesal kerana dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina Abu Bakar, 30, ibu tunggal yang menderita selepas melarikan diri ke Lombok mengikut teman lelakinya dua tahun lalu. Kepulangan Zarina di rumahnya kira-kira jam 1 pagi semalam, adalah hasil bantuan dan sumbangan penduduk setempat di Kubur Panjang, Pendang yang bersimpati dengan nasibnya sebelum sepakat mengumpul wang berjumlah RM3,000 untuk membawa balik ibu beranak empat berkenaan. Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Pai, di sini, semalam, Zarina turut menasihatkan wanita tempatan supaya jangan terpedaya dengan lelaki Lombok kerana kebanyakan mereka hanya berniat untuk memperdaya serta mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita. "Jangan berkawan dengan lelaki Lombok kerana akhirnya akan menimbulkan masalah. Pada mulanya saya percaya lelaki itu boleh dijadikan tempat bergantung hidup, tetapi rupa-rupanya anggapan itu meleset," katanya. Menceritakan pengalaman dua tahun tinggal di Lombok, Zarina berkata, dia hidup menderita kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan, selain terpaksa makan ubi kayu empat kali seminggu kerana kesempitan hidup. Malah, sepanjang tinggal bersama dengan lelaki itu dan hasil hubungan sulit mereka, dia melahirkan seorang anak perempuan yang kini berusia lima bulan. Zarina berkata, dia percaya Suhelmi menggunakan pukau atau ilmu hitam kerana dia hanya mengikut saja apa yang diarahkan lelaki itu, termasuk mengikutnya ke Lombok. Di Lombok, katanya, Suhelmi bekerja sawah dengan pendapatan Rp10,000 sehari (kira-kira RM2.50). "Dengan pendapatan sebanyak itu memang tidak dapat menampung hidup. Malah bukan saja sering makan ubi kayu, tetapi sambutan Aidilfitri juga tidak dapat diadakan kerana kesempitan hidup," katanya. Zarina berkata, dia pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat dari Lombok ke Batam sebelum menaiki bot pancung hingga ke Sungai Tiram, Johor. Sementara itu, ibunya, Maryam Kasim, 49, bersyukur dan gembira kerana Zarina selamat kembali ke pangkuan keluarga - BH btmmari SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | ||||||||
Utuseks Malaysia Lembu UMporNO..Kah..Kah...Kah...!!!! Posted: 06 Jun 2011 09:00 PM PDT Pembohongan terbaru Utuseks Malaysia cuba mengaitkan DAP dengan cadangan mengadakan pemilihan bagi jawatankuasa masjid di Pulau Pinang. Laporan berita Utusan mendakwa kononnya pemilihan itu “dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian”. Berita Utusan itu menambah, “jika dilaksanakan sepenuhnya, ‘pilihan raya masjid’ itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu”. Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari berkata DAP tidak terlibat sama sekali dengan soal pengurusan masjid di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang. “DAP tidak ada wakil yang menduduki MAIPP. Jika MAIPP sendiri yang berpendapat langkah itu sesuai, ia terpulang kepada MAIPP dan umat Islam di Pulau Pinang. DAP tidak ada sebarang penglibatan dalam usaha itu,” katanya kepada Roketkini. Sebaliknya, beliau menjelaskan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng telah sedaya upaya mengangkat martabat Islam sebagai agama Persekutuan dengan memberi lebih peruntukan kewangan berbanding dengan pentadbiran Barisan Nasional dahulu. Menurutnya, peruntukan bagi hal-ehwal agama Islam telah berganda dan kian meningkat setiap tahun sejak pentadbiran Pakatan Rakyat mengambil alih negeri pada 2008. Perbandingan peruntukan Kerajaan Negeri untuk hal-ehwal agama Islam
“Sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz juga diberi peruntukan tahunan di mana kerajaan BN dahulu tidak begitu bersungguh-sungguh melaksanakannya. Di samping itu, kerajaan negeri Pakatan juga memperuntukkan elaun tambahan sebanyak RM100,000 setahun kepada guru-guru KAFA,” tambah beliau. Dari laporan dan penafian di atas kita dah boleh membayangkan bahawa Utuseks Malaysia adalah akhbar pemfitnah dan perosak fikiran rakyat, lihatlah bagaimana akhbar pencacai gampang itu memainkan isu untuk melagakan orang2 melayu yang mengaku beragama Islam mahupun tidak... hahahaa... Kenapa gua mengatakan melayu yang mengaku Islam ataupun tidak...??? Sebabnya kerana.. jika melayu2 yang betul2 faham akan Islam diorang tidak akan melatah dengan provokasi dalam soal agama yang dimainkan oleh akhbar gampang tersebut. Melainkan melayu2 yang mengaku beragama Islam jer... yang akan melatah kononnya Cina DAP campurtangan dalam hal ehwal agama... apakah punca mereka jadi begitu, sebabnya kerana songkok tinggi tiga jengkal dan otak menjadi tepu... hahaha.... Kenapa melayu2 yang mengaku Islam tu melatah... ini adalah kerana hati sanubari diorang busuk dan kotor, jika di lihat dari peruntukkan yang diberikan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang nampaknya tiada diskriminasi antara kaum dalam soal beragama. Hanya puak2 jahanam UMporNO sahaja yang suka memainkan isu ini untuk memecah-belahkan rakyat. Cukuplah dengan sebelum ini... puak2 laknat pemecah keharmonian rakyat negara ini memainkan isu kononnya DAP nak jadikan Kristian sebagai Agama Rasmi Malaysia, jawapannya sudah tentu bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Kononnya... kalau PR menang DAP akan melantik orang Cina sebagai Perdana Menteri..., jawapannya tetap bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Kononnya jika PR menang di Johor... Chua Jui Meng akan jadi Menteri Besar Johor..., jawapannya tetap bercanggahan dengan Perlembagaan Tubuh Negeri Johor. So... lu orang boleh nilaikan sendiri agenda umPORno dan lidah resmi Syaitannya iaitu Utuseks Malaysia cuba melaga-lagakan rakyat yang berbilang kaum dalam negara majmuk ini. Apakah parti laknat dan lidah syaitannya sudah lupa negara ini berbilang kaum dengan kepelbagaian agama. Padahal yang mempersetujui supaya negara ini untuk jadi sebegini adalah diorang punya the great.. great ancestor jugak yang setuju untuk kowtim dengan penjajah British suatu masa dahulu... hahaha... Itulah pasal gua selalu pesan dengan member2 gua... kalau nak jadi bodoh biarlah bodoh seperti lembu, sebab lembu dah tentu2 nya bodoh sebab tak berakal, tapi janganlah jadi bodoh macam puak2 umPORno... ada otak.. ada akal.. tapi tahap kebodohannya mengalahkan lembu... muakakakakaaaaaaa.....!!!!! Jadi lu orang pikirlah sendiri antara Lembu dan Puak2 umPORno mana yang lebih bodoh... kah.. kah.. kah...!!!! Gua punya jawapan... melayu2 umPORno dalam Utuseks Malaysia adalah yang paling bodoh sekali, terutamanya yang bernama Awang Selamat iaitu level super MAHA BODOH kerana memainkan isu perkauman dan agama untuk memecahbelahkan rakyat... ikutsukaakuisa SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | ||||||||
Najib bakal berbesan dengan pembesar Kazakhstan? Posted: 06 Jun 2011 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 6 Jun: Apakah tujuan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri ke Kazakhstan, atas urusan rasmi negara atau untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Nooryana Najwa? Inilah persoalan yang ditimbul oleh ramai wartawan termasuk yang menyertai rombongan Najib ke Kazakhstan. (Gambar: Noryana Najwa bersama ibu dan bapanya ketika menerima ijazah dari Universiti Georgetown, Washington, Mei lalu) Ini kerana, menurut laporan portal Eurasia, Najib bakal mendapat menantu anak seorang pembesar Kazakhstan bernama Daniyar Nazarbayev. Menurut laporan portal itu, anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa telah ditawan hatinya oleh seorang bangsawan Kazakhstan ini. Nooryana Najwa, 22, pada 22 Mei lalu menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science dari Universiti Georgetown, Washington, selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service, universiti berusia 222 tahun itu. Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev – namun, menurut laman portal Eurasia, mereka mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan. "Seorang jejaka dengan nama Daniyar dengan nama akhir yang pelik, dilihat tidak kurang kontroversinya daripada ibunya dalam hal perkahwinan. Terdapat khabar bahawa beliau telah menawan hati Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, dan akan mengahwininya tidak lama lagi," tulis Leonid Komarovskiy, seorang "wartawan" daripada New York di bawah artikel bertajuk "Borat is out of competition." Keseluruhan artikel Leonid menyentuh tentang latar belakang Daniyar, yang didakwanya mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana nama akhir "Nazarbayev" yang diberi ibunya selepas penceraiannya dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan. "Pada Oktober 2006, New York Post telah melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan di dalam tulisan mereka sebagai 'anak kepada President Nursultan Nazarbayev', telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street. Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Saya tak tahu ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar melaporkan bahawa 'President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit," tulis Leonid lagi. Dalam tulisannya lagi, Leonid berkata Daniyar patut berterima kasih kepada emaknya Mayra Kurmangaliyeva untuk nama akhir beliau dan segala transformasi yang berlaku kerana nama akhir tersebut. "Beliaulah yang dapat menawan Bolat Nazarbayev ke jaringannya – satu saudara tulen (ada yang mengatakan ialah adik-beradik) kepada President Kazakh – dan berkahwin dengannya, supaya dapat cepat-cepat melupakan suami dulu D. Kesikbayev, yang nama akhirnya dimiliki Daniyar sebelum menerima surat lahirnya yang kedua dengan nama akhir Nazarbayev," dakwa Leniod lagi. Disebabkan itu, Leonid dalam tulisannya turut menyuruh Najib untuk berhati-hati dan menyiasat latar belakang Daniyar sebelum apa-apa berlaku. "Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan Daniyar)? Seorang jejaka terkenal, penuh adunan dan dengan nama akhirnya yang cukup menawan… tapi, jika saya ialah bapa Malaysia, saya akan semak dulu takut-takut: adakah Daniyar sudah berkahwin semasa zaman muda? Buah epal adalah dari pokok epal, seperti yang kita tahu… dan Alma-Ata (ibu kota Kazakhstan) ialah bandar buah epal dan pokok epal," nasihat Leonid. Najib kini dalam lawatan ke Kazakhstan yang dikatakan untuk lawatan rasmi selama dua hari ke negara bekas Soviet Union itu. Lawatan rasmi pertama Najib ke Kazakhstan selepas menjadi Perdana Menteri ini adalah antara lain bagi memenuhi jemputan Presiden Nursultan Nazarbayev. Ketika lawatan itu, Najib dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan rakan sejawatannya, Karim Massimov. Lawatan rasmi Najib ke Kazakhstan dan penyertaan beliau dalam WIEF ke-7 akan mengukuhkan hubungan politik yang akrab selain merintis laluan ke arah kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Kazakhstan demi manfaat bersama. Jika benar laporan Eurasia, tahniah diucapkan kepada keluarga Perdana Menteri atas berita gembira perkahwinan anaknya. Sekiranya ini betul berlaku, sudah tentu pilihanraya umum ke 13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat. Harakahdaily SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | ||||||||
Bagaimana Nazri Aziz yakin Anwar akan dipenjara?- Fariz Posted: 06 Jun 2011 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa mempersoal bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz begitu yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan. Beliau mengulas kenyataan Nazri hari ini, kononnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba mengintai jawatan perdana menteri dan meletakkan dirinya sebagai pengganti Anwar. Ini kerana menurut Nazri, Anwar ketika ini sedang berdepan masalah dalam perbicaraan kes fitnah II, termasuk fitnah video seks yang dihadapinya. Menurut Fariz, kenyataan itu menjadi bukti bahawa pertuduhan terhadap Anwar satu konspirasi politik untuk memenjarakannya semula. "Kenyataan Nazri membuktikan konspirasi yang melibatkan pimpinan Umno dan kerajaan bagi memastikan Datuk Seri Anwar ke penjara. Jelas kes ini menunjukkan konspirasi dan satu sandiwara," katanya kepada keadilandaily.com Beliau juga mengecam kenyataan tersebut yang bersikap subjudis sedangkan kes Anwar masih dibicarakan di mahkamah. "Kenyataan ini menunjukkan ketakutan Umno-BN kepada Anwar Ibrahim dan menggambarkan keadaan mereka yang cukup tertekan," katanya sambil memberi amaran, rakyat akan bangkit sekiranya Anwar dipenjarakan. Selain itu, katanya pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak akan sesekali terpengaruh dengan dakyah tersebut, yang juga bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan dalam gabungan itu. "Nazri cuba melaga-lagakan untuk memecah belahkan pimpinan Pakatan Rakyat sedangkan perkara itu tidak berlaku seperti yang digambarkan. "Nazri belum memahami solidariti dan kerjasama dalam Pakatan, bahawa sesuatu keputusan yang diambil bukan secara individu tetapi secara kolektif dan bersama demi kepentingan rakyat," tegas Fariz. Katanya lagi, Pakatan Rakyat sebelum ini telah mengambil pendirian yang jelas untuk mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, sekaligus melantik beliau ke jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan memenangi pilihan raya umum kelak. "Kita yakin walaupun sebelum ini terdapat ahli parlimen KEADILAN yang melompat parti, namun keputusan dibuat secara bersama dalam Pakatan untuk mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, bermakna Anwar diterima baik oleh semua pihak," katanya. -KD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan