DIALOG RAKYAT |
- Lagi ditangkap bawah ISA
- Pengusaha kereta bantah pemeriksaan tambahan
- Faekah: BN tak fikir sebelum beri TOL di tanah rizab
- MP: Salah guna duit rakyat bagi risik kahwin anak
- Umno cuba gugat keamanan penganut beragama
- Umno bimbang tidak dapat kawal masjid
- Pemuda selesai lantik AJK, majoriti profesional
- Jakim anjur program pencerapan gerhana bulan penuh 16 Jun
- Kes Sarbaini: Kabinet wajar adakan suruhanjaya diraja esok, kata Kit Siang
- Anwar: Propaganda Umno takutkan umat Islam, cetus prasangka agama
- Bantahan awal Utusan ditolak, saman MP Shah Alam didengar 25 Julai
- PKR pikat gandingan Pakatan-SAPP hadapi PRU-13
- Video seks: Undang-undang syariah perlu ikut intipati Islam, kata Hadi
- Umno sedih pemimpin PAS tak mahu perpaduan Melayu, kata Mukhriz
- Hadi tidak mahu jawatan PM jikapun Pakatan menang
- Bagaimana Nazri Aziz yakin Anwar akan dipenjara?- Fariz
- Skandal Scorpene: Zahid, Muhyiddin perangkap Najib
- Penerima Biasiswa JPA Perlu Bayar Semula Jika Enggan Pulang!
- Najib : Umno Amal Negara Berkebajikan, Tak Hurai Kenapa Subsidi DiPotong
- Polis, DBKL Gertak Penduduk LBJ Atas Arahan Menteri?
- Pilihan Raya' Kembalikan Kegemilangan Institusi Masjid-Mansor
- NGO desak Jawatankuasa Bebas untuk siasat penyelewengan SPRM
- Anwar: Pertahan prinsip keluhuran beragama dan menyanggah fahaman melampau
- MB gesa penjawat awam lunaskan tugas
- Tiada layanan istimewa untuk demo BERSIH
Posted: 07 Jun 2011 03:52 AM PDT MALAYSIA KINI Satu lagi tangkapan dicatatkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjadikan jumlah yang menjadi mangsa kezaliman undang-undang tanpa perbicaraan itu seramai sembilan orang tahun tahun ini.Menurut Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Abdul Haris Syhuhadi, 63, ditangkap pada petang Ahad di rumahnya di Klang, Selangor. Beliau didakwa terbabit dengan "aktiviti keganasan". GMI dalam satu kenyataan media berkata NGO berkenaan mengetahui tangkapan itu selepas dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa. "Abdul Haris ditangkap di rumahnya di Kampung Batu Belah, Klang. Kami diberitahu bahawa beliau adalah seorang peniaga kecil yang menjual tudung, selendang dan jubah. Kami amat prihatin dengan keadaan dan keselamatan Abdul Haris," kata E Nalini dari GMI. Beliau juga mahu kerajaan membenarkan peguam dan ahli keluarganya melawat Abdul Haris pada kadar segera, sambil menambah penggunaan ISA ke atas lelaki itu adalah bercanggahan dengan hak asasi manusia, keadilan dan salah guna kuasa. "GMI menghargai keselamatan negara yang perlu diutamakan tetapi hak bagi mendapatkan perbicaraan yang adil juga tidak harus diketepikan tanpa sebarang asas... Kami gesa kerajaan untuk membicarakan mangsa di mahkamah terbuka. Jika tidak beliau perlu dibebaskan tanpa lenggah lagi ataupun sebarang syarat." | ||
Pengusaha kereta bantah pemeriksaan tambahan Posted: 07 Jun 2011 03:42 AM PDT Kuek Ser Kuang Keng Kira-kira 100 pengusaha kereta terpakai mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur hari ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967. Mengikut pindaan itu yang berkuatkuasa 15 Jun ini, semua kereta terpaksa melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum sesuatu kenderaan itu dibolehkan dipindah milik kepada pembeli baru. Pengusaha mendakwa tindakan itu hanya menguntungkan Puspakom, sebuah syarikat swasta yang diberikan monopoli bagi menjalankan perkhidmtan pemeriksaan berkomputer. Pemeriksaan tambahan 14 perkara itu yang juga dikenali sebagai B7 itu akan dikuatkuasakan selain pemeriksan wajib 4 perkara sekarang yang disebut B5. Menurut setiausaha agung Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Khoo Kah Jin, pemeriksaan B5 adalah mencukupi bagi melindungi pembeli. "Peraturan baru ini tidak mempunyai matlamat. Pengguna (akan membayar) untuk keuntungan Puspakom," dakwanya. Khoo berkata kos tambahan kos juga akan terpaksa ditampung oleh kedua-dua pembeli dan juga penjual kerana pemeriksaan B7 menelan belanja RM90 di samping bayaran RM30 untuk pemeriksaan B5. FMCCAM mempunyai lebih 3,000 anggota di seluruh negara. | ||
Faekah: BN tak fikir sebelum beri TOL di tanah rizab Posted: 07 Jun 2011 03:38 AM PDT MALAYSIA KINI Keputusan pentadbiran BN Selangor memberikan lesen menduduki sementara kepada pengusaha di tapak rizab di Sg Buloh sebelum ini dibuat tanpa memikirkan keselamatan rakyat, kata setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin. Faekah menjelaskan, kawasan yang menjadi tapak perusahaan tapak semaian itu merupakan rizab keselamatan kerana menempatkan paip bertekanan tinggi bagi menampung bekalan air kepada lebih sejuta penduduk. "Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memeliharanya demi mengelak kemungkinan kemalangan besar berlaku. "Malangnya kerajaan Umno BN ketika itu, entahkan cuai atau mungkin begitu cetek ilmu telah mendesak pegawai kerajaan mengeluarkan TOL dan mengarahkan pengusaha tapak semaian berpindah ke tapak tersebut," kata Faekah. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan "celupar" timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak prihatin dalam isu berkenaan. Semalam, Muhyiddin dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri itu sepatutnya membela masalah penduduk berkenaan dengan memperbaharui TOL untuk mengusahakan tanah rizab Jabatan Bekalan Air itu. "Beliau perlu ingat bahawa tapak semaian asal seluas 75.16 ekar dan dihuni oleh 50 pengusaha yang dipaksa pindah ke Sungai Buloh oleh kerajaan BN Selangor pada 1999. Tapak tersebut telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah hospital," kata Faekah. Jelasnya, kawasan yang menempatkan paip bertekanan tinggi sepanjang 16 km itu perlu dipelihara bagi mengelakkan kemalangan besar berlaku. Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pula sebelum ini memutuskan supaya perusahaan tanaman pokok itu boleh diteruskan dan turut memberi jaminan bahawa hak pengusaha berkenaan akan diambil kira walau tidak diberikan TOL. | ||
MP: Salah guna duit rakyat bagi risik kahwin anak Posted: 07 Jun 2011 03:33 AM PDT Hazlan Zakaria Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dari segi moral, kata ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad. "Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi. "Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan. "Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya. Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam. Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan. Dalam sejarah Islam, kata Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya. Guna duit sendiri | ||
Umno cuba gugat keamanan penganut beragama Posted: 07 Jun 2011 03:31 AM PDT
| ||
Umno bimbang tidak dapat kawal masjid Posted: 07 Jun 2011 03:24 AM PDT
| ||
Pemuda selesai lantik AJK, majoriti profesional Posted: 07 Jun 2011 03:21 AM PDT
| ||
Jakim anjur program pencerapan gerhana bulan penuh 16 Jun Posted: 07 Jun 2011 03:19 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun ini, bermula pukul 1 pagi di pekarangan Masjid Negara di sini. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Jakim berkata beberapa aktiviti akan diadakan termasuk taklimat mengenai gerhana bulan, solat sunat gerhana bulan, khutbah khas, kuiz dan juga pencerapan planet musytari, zuhrah dan marikh. Dipetik Bernama Online, Jakim berkata kehadiran orang ramai dialu-alukan bagi meraikan program tersebut yang dianjurkan bersama Agensi Angkasa Negara. Fenomena gerhana bulan penuh itu boleh disaksikan dari pukul 1.25 pagi hingga 7.01 pagi. | ||
Kes Sarbaini: Kabinet wajar adakan suruhanjaya diraja esok, kata Kit Siang Posted: 07 Jun 2011 03:18 AM PDT KUALA LUMPUR — Kerajaan seharusnya mengadakan suruhanjaya diraja siasatan esok berhubung kematian pengawai Kastam Ahmad Sarbaini Mohamad untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap institusi-insitutsi negara ini, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang. Ahli Parlimen itu berkata, Kabinet seharusnya mengetepikan syor inkues daripada Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana sebuah suruhanjaya, sebagaimana diputuskan dalam kes Teoh Beng Hock, adalah satu-satunya cara untuk menentukan punca kematian Ahmad Sarbaini. "Tugas paling segera Kabinet ialah bertindak tegas dan adil dalam (kes) kematian Sarbaini. Biar Najib dan anggota Kabinetnya tidak mengecewakan rakyat Malaysia sekali lagi esok," kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Kata Lim, beliau tidak ragu-ragu untuk mengaku bahawa pihaknya tidak meletakkan harapan ke atas suruhanjaya diraja siasatan mengenai kes Teoh tetapi "rakyat Malaysia tidak ada opsyen yang memuaskan" untuk mengetahui punca sebenar kematian Ahmad Sarbaini. Lim menambah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya akan berhadapan dengan situasi menunggu perubahan kerajaan pada pilihan raya umum akan datang jika mereka gagal "untuk bertindak secara tegas dan adil" dalam mengadakan suruhanjaya. Ahmad Sarbaini, 56, ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Cochrane di sini pada 6 April lalu. Kematian penolong pengarah Kastam itu muncul ketika suruhanjaya diraja siasatan Teoh masih berjalan ketika itu. Minggu lalu, polis mengumumkan pihaknya akan meminta agar diadakan satu inkues dan idea itu dipersetujui oleh Peguam Negara. | ||
Anwar: Propaganda Umno takutkan umat Islam, cetus prasangka agama Posted: 07 Jun 2011 03:15 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa Pakatan Rakyat terus komited untuk mempertahankan prinsip keluhuran hidup yang diperuntukkan oleh Perlembagaan sambil menegaskan, Umno dan medianya mencuba menggugat keamanan antara penganut pelbagai agama. "Mutakhir ini, ada pimpinan Umno dan media yang dimilikinya mencuba menggugat keamanan antara penganut agama di Malaysia dengan retorika perkauman sempit yang tajam, dangkal dan tidak berasaskan prinsip keadilan sebagaimana dianjurkan Islam. "Upaya mereka semata-mata mahu menakut-menakutkan umat Islam serta menimbulkan prasangka antara kita," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini. Sehubungan itu tegas beliau, pihaknya juga kesal dengan retorika dan propaganda pimpinan Umno dan media yang dimilikinya hanya membantutkan usaha kenal-mengenali masyarkat yang berbeza kepercayaan dan budaya. "Dengan nada yang sama, maka kami juga ingin menyanggah kecenderungan sebahagian yang menyarankan faham melampau di kalangan penganut agama mereka tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam di negara ini. "Maka, kepada wakil-wakil badan Islam serta agama Buddha, Kristian, Hindu dan lainnya, kami ingin mengulangi komitmen mempertahankan prinsip keluhuran hidup beragama yang termaktub dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi. Malam tadi, PKR dengan diketuai Anwar (gambar) telah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan majlis agama yang diketuai Rev Dr Thomas Phillips. Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, pihaknya menyedari agama Islam mempunyai kedudukan unik di negara ini dan rantau Asia Tenggara. "Peranan mubaligh yang menerapkan pesan Islam secara aman dan berperingkat telah berupaya membentuk 'weltanschauung' umat Islam yang terbuka dan toleran terhadap kemajmukan budaya. "Islam juga telah berperanan merungkai minda umat Melayu yang sebelumnya berasaskan mitos serta tahyul kepada pemikiran rasional yang sejajar pula dengan pesan-pesan al-Quran," katanya lagi. Ketua Pembangkang itu menambah, Islam merupakan agama yang menjunjung prinsip keadilan, cintakan keamanan, menghormati hak penganutnya dan juga hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka. "Prinsip utama syariah yang dikenali sebagai maqasid syariah merumuskan bahawa adalah satu keutamaan untuk melindungi agama, nyawa, keturunan, aqal, harta dan maruah," katanya. Oleh itu kata beliau, berteraskan kefahaman Islam yang tepat, penghayatan agama yang tuntas oleh umat Islam perlu untuk memastikan cara hidup yang berintegriti. "Umat Islam yang mahu memenuhi maksud ihsan dan keadilan sebagaimana yang sering dianjurkan pastinya menolak penindasan, rasuah serta segala bentuk penyelewengan. "Oleh itu tidak hairanlah ramai dari kalangan umat Islam kesal dengan sikap pimpinan Umno serta media kongkongannya yang tidak konsisten dalam penghayatan agamanya," katanya sambil menambah, "apatah lagi rasuah dan penyelewengan kuasa masih berleluasa." | ||
Bantahan awal Utusan ditolak, saman MP Shah Alam didengar 25 Julai Posted: 07 Jun 2011 03:14 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Kes saman fitnah yang difailkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terhadap Utusan Melayu (M) Berhad akan didengar pada 25 Julai ini. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan 25 dan 26 Julai untuk mendengar kes itu selepas menolak permohonan Utusan Melayu atas isu-isu awal sama ada perkataan disebutkan dalam satu rencana disiarkan akhbar itu merujuk kepada Khalid (gambar). Peguam Rohanidah Shafee yang mewakili Utusan Melayu memberitahu pemberita bahawa mahkamah mendapat rencana yang disiarkan kemungkinan merujuk kepada plaintif. Mahkamah membuat keputusan itu di kamar selepas mendengar hujah daripada Rohanidah dan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Khalid. Dalam kes yang difailkan tahun lalu, Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai defendan. | ||
PKR pikat gandingan Pakatan-SAPP hadapi PRU-13 Posted: 07 Jun 2011 03:11 AM PDT KUALA LUMPUR — Sementara negara memfokus ke arah pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat mula bergerak secara aktif untuk membentuk satu gandingan formal dengan parti tempatan di Sabah — SAPP dengan harapan dapat mematahkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di negeri Malaysia timur itu. Sabah antara negeri yang dilihat masih muncul deposit tetap bagi BN dengan menawarkan 25 kerusi Parlimen. Pakatan Rakyat percaya bahawa kerjasama dengan Parti Progresif Sabah itu, yang diterajui oleh bekas ketua menteri Datuk Yong Teck Lee, adalah penting demi merancakkan peluang perikatan tersebut menentang BN dalam pilihan raya umum, yang dijangka dipanggil bila-bila masa. The Malaysian Insider difahamkan PKR Sabah di bawah kepimpinan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah membentuk satu pasukan perundingan untuk mengadakan perbincangan dengan SAPP. DIfahamkan anggota dalam pasukan itu termasuklah ketua cabang PKR Libaran Ahmad Thamrin Jaini, Datuk James Ghani (Papar), Datuk Halik Zaman (Tenom), Christina Liew (Kota Kinabalu), Datuk Kong Hong Ming (Tawau), ketua sayap pemuda PKR Sabah Jafery Jomion dan timbalan setiausaha agung PKR dan ketua cabang Penampang, Darell Leiking. Kesemua mereka berada dalam majlis presiden khas yang ditubuhkan awal tahun ini. Anggota lain dalam pasukan itu ialah bekas pemimpin BN dan bekas timbalan menteri persekutuan Datuk Kalakau Untol dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Roland Chia. Seorang anggota parti memberitahu The Malaysian Insider, anggota pasukan itu akan bertemu hari ini untuk melantik pengerusinya sebelum diadakan perbincangan mengenai penggabungan. Kata sumber itu lagi, apabila persetujuan dicapai dalam Pakatan Rakyat Sabah, perundingan dengan SAPP akan dimulakan. Bagaimanapun, jika pilihan raya negeri Sarawak April lalu diambil kira sebagai petanda, kerjasama politik sedemikian boleh berubah rumit ekoran perselisihan pandangan antara Pakatan Rakyat dari Semenanjung dan SAPP, yang memperjuangkan autonomi bagi Sabah. Yong didakwa sudah melenting berhubung cadangan tersebut ekoran satu pandangan penasihat DAP Lim Kit Siang minggu lalu bahawa parti itu sewajarnya membentuk pakatan formal dan bukan hanya persahabatan politik. Ketika dihubungi, Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong mempertahankan pandangan Lim dengan berkata, apa yang diperkatakan itu tidak dikeluarkan dengan niat jahat. SAPP, kata Wong, mesti menjadi "adik kandung" Pakatan Rakyat, bukannya hanya rakan atau saudara kepada perikatan itu. Meskipun adanya pertengkaran kecil itu, kedua-dua DAP dan PKR secara terbuka memperlihatkan hasrat mereka dan kesegeraan untuk bergerak ke arah itu sementara SAPP kekal tidak komited setakat ini. Ketika dihubungi hujung minggu lalu, Ketua Penerangan SAPP Chong Pitt Fah juga mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa partinya juga telah membentuk jawatankuasa perundingan untuk membincangkan soal penggabungan. "Kami sudah membentuk jawatankuasa kami tetapi tidak mengadakan sebarang perundingan," katanya. Beliau juga yakin bahawa pakatan PKR-DAP-PAS-SAPP tidak akan berakhir seperti yang disaksikan di Sarawak antara Pakatan Rakyat dan SNAP. | ||
Video seks: Undang-undang syariah perlu ikut intipati Islam, kata Hadi Posted: 07 Jun 2011 03:09 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata undang-undang syariah di negara ini masih dipengaruhi elemen erakolonial iaitu masih mengikuti undang-undang British. Dipetik Bernama Online, Hadi (gambar) berkata, undang-undang syariah di negara ini perlu mengikut intipati Islam yang lebih tepat agar isu video seks yang didakwa membabitkan seorang tokoh pembangkang yang mirip Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dijadikan senjata untuk memfitnah. "Apa yang ada di dalam enakmen pentadbiran Islam itu bukan... itu British," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Kota Baru hari ini. Pertemuan itu diadakan selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS Ke-57 kelmarin. Muktamar itu juga meluluskan usul berkaitan video seks. Malahan Hadi mempersoalkan kenapa tidak ditangkap khalwat terhadap si pelaku di dalam video itu daripada membuat rakaman video seks. Beliau juga mempersoalkan, setelah dimaklumkan mengenai rakaman video itu, bahawa kenapa rakaman video berkenaan berwarna hitam putih yang jelas menunjukkan ia adalah rakaman yang lama. Semalam Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan ketetapan sama ada rakaman video seks boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah bagi meredakan isu berkenaan yang didakwa melibatkan Anwar. Video seks itu menjadi polemik politik apabila pendirian PAS yang mendakwa rakaman video seks dikaitkan dengan Anwar sebagai satu fitnah dan tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah kerana tidak mempunyai mata serta telinga. Ketika menutup Muktamar Tahunan PAS Ke-57 pada Ahad, Abdul Hadi berkata, sesuatu klip video tidak boleh dijadikan bukti kerana parti tersebut berpegang kepada konsep empat saksi terutama dalam kes liwat dan zina. | ||
Umno sedih pemimpin PAS tak mahu perpaduan Melayu, kata Mukhriz Posted: 07 Jun 2011 03:06 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — Datuk Muhkriz Mahathir melahirkan rasa tidak gembira partinya dengan pendirian kepimpinan baru PAS yang tidak berminat dengan idea perpaduan Melayu, sambil menekankan parti itu berdegil "untuk memecahbelahkan orang Melayu demi kepentingan sendiri." Bagaimanapun timbalan pengerusi Umno Kedah itu melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) boleh mengatasi PAS meskipun mereka ada barisan kepimpinan baru khususnya di Kedah. "Kami gembira kerana kami merasakan ada peluang lebih baik dengan barisan baru ini. "Keduanya, kami tidak gembira kerana jika mereka tidak mahu perpaduan dan ia tidak akan berlaku... ini kerana mereka degil dalam memecahbelahkan Melayu bagi kepentingan mereka sendiri, dan sedih untuk melihat perkara ini berlaku," katanya. "Dari sudut perpaduan, saya merasakan mereka telah mengetepikan idea (perpaduan)," kata Mukhriz (gambar) yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Industri. Kelmarin, meskipun PAS terus menolak kerjasama dengan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi bahawa pintu komponen BN itu masih terbuka kepada parti Islam tersebut untuk membentuk kerajaan perpaduan. Timbalan presiden Umno itu berkata, idea berkenaan adalah demi Islam, bukan kerana kepentingan politik. Dalam ucapan dasarnya Jumaat lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu. "PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Dasar Bersama Pakatan Rakyat, yang sudah diperbahas dan diterima oleh PAS," kata beliau. Kata Hadi, ia melibatkan satu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urus tadbir negara. "Perubahan ini tidak memberi sebarang makna sekiranya tidak melibatkan reformasi spiritual dan kesejahteraan fikiran rakyat," katanya. Sejak pilihan raya umum 2008, PAS menerima pelawaan demi pelawaan sama ada secara langsung daripada Umno sendiri ataupun daripada pihak-pihak yang pro-Umno termasuk beberapa tokoh agama agar ia meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersama BN atau berganding dengan Umno. Idea itu termasuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno. | ||
Hadi tidak mahu jawatan PM jikapun Pakatan menang Posted: 07 Jun 2011 03:02 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihan raya umum ke-13. Hadi (gambar), yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang. "Yang penting kita mahu selamatkan negara... sesiapapun boleh jadi Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru hari ini. Laporan Bernama Online memetik beliau mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz bahawa perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri. Malahan Nazri menegaskan peluang Umno untuk meraih undi kaum Melayu pada pilihan raya umum akan datang lebih besar selepas PAS menukar dasar parti itu untuk tidak lagi mempertahankan perjuangan membina negara Islam, sebaliknya memperjuangkan 'negara berkebajikan' di mana Umno sudah pun melaksanakannya sejak merdeka. Hadi juga menafikan Timbalan Presiden Mohamad Sabu sebagai liabiliti kepada parti setelah beliau dipilih oleh perwakilan dalam pemilihan pada Muktamar PAS minggu lalu. "Bagi Umno, Mohamad Sabu adalah satu peluang untuk menjatuhkan PAS. Tetapi bagi PAS, Mohamad Sabu adalah satu senjata untuk menjatuhkan Umno," katanya. Hadi turut menafikan bahawa wujudnya anggota parti yang kecewa dengan perubahan dasar perjuangan parti itu setelah beliau mengumumkan belum tiba masanya PAS menegakkan negara Islam yang menjadi dasar perjuangan parti itu selama ini, sebaliknya mahu memulakan dulu pelaksanaan negara berkebajikan sejajar tuntutan pakatan pembangkang. Malahan, katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya. | ||
Bagaimana Nazri Aziz yakin Anwar akan dipenjara?- Fariz Posted: 06 Jun 2011 10:56 PM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa mempersoal bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz begitu yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan. Beliau mengulas kenyataan Nazri hari ini, kononnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba mengintai jawatan perdana menteri dan meletakkan dirinya sebagai pengganti Anwar. Ini kerana menurut Nazri, Anwar ketika ini sedang berdepan masalah dalam perbicaraan kes fitnah II, termasuk fitnah video seks yang dihadapinya. Menurut Fariz, kenyataan itu menjadi bukti bahawa pertuduhan terhadap Anwar satu konspirasi politik untuk memenjarakannya semula. "Kenyataan Nazri membuktikan konspirasi yang melibatkan pimpinan Umno dan kerajaan bagi memastikan Datuk Seri Anwar ke penjara. Jelas kes ini menunjukkan konspirasi dan satu sandiwara," katanya kepada keadilandaily.com Beliau juga mengecam kenyataan tersebut yang bersikap subjudis sedangkan kes Anwar masih dibicarakan di mahkamah. "Kenyataan ini menunjukkan ketakutan Umno-BN kepada Anwar Ibrahim dan menggambarkan keadaan mereka yang cukup tertekan," katanya sambil memberi amaran, rakyat akan bangkit sekiranya Anwar dipenjarakan. Selain itu, katanya pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak akan sesekali terpengaruh dengan dakyah tersebut, yang juga bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan dalam gabungan itu. "Nazri cuba melaga-lagakan untuk memecah belahkan pimpinan Pakatan Rakyat sedangkan perkara itu tidak berlaku seperti yang digambarkan. "Nazri belum memahami solidariti dan kerjasama dalam Pakatan, bahawa sesuatu keputusan yang diambil bukan secara individu tetapi secara kolektif dan bersama demi kepentingan rakyat," tegas Fariz. Katanya lagi, Pakatan Rakyat sebelum ini telah mengambil pendirian yang jelas untuk mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, sekaligus melantik beliau ke jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan memenangi pilihan raya umum kelak. "Kita yakin walaupun sebelum ini terdapat ahli parlimen KEADILAN yang melompat parti, namun keputusan dibuat secara bersama dalam Pakatan untuk mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, bermakna Anwar diterima baik oleh semua pihak," katanya. | ||
Skandal Scorpene: Zahid, Muhyiddin perangkap Najib Posted: 06 Jun 2011 10:54 PM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Pembentukan kem tertentu dalam Umno semakin ketara apabila isu perbicaraan komisen pembelian kapal selam Scorpene bermula Julai depan di mahkamah Perancis, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin. Menurut Badrul, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sejak awal dilihat memerangkap Perdana Menteri Najib Razak, supaya diheret dalam perbicaraan skandal pembelian kapal selam pertama negara itu. Beliau mendakwa kem Zahid Hamidi 'diketuai' Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin. "Zahid sebagai Naib Presiden sedang 'bersiap' untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, yang menjadikannya laluan mudah untuk menjawat Timbalan Perdana Menteri," tambah Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan CheGuBard. Menurutnya, ramai yang tidak mengetahui secara dalam diam, Zahid membuat serangan bertalu-talu terhadap kepimpinan Najib, ibarat seperti membaling batu dan sembunyi tangan. "Pimpinan Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu mengenai kapal selam yang gagal menyelam. Namun tahukah kita siapa yang mendedah dan mengesahkan maklumat itu? soal CheGuBard. Menurutnya, ia bermula pada 19 Ogos 2010, apabila Zahid menyelar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana ditemu bual akhbar Indonesia, Kompas. Dalam temubual tersebut, Izzah mendedahkan kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh berfungsi, selain mendakwa aset Tentera Laut Di raja Malaysia itu sebagai usang dan terpakai. "Apabila diperhalusi, maklumat itu sebenarnya datang dari kenyataan Zahid sendiri. Dalam tidak sedar dia menyerang Najib. "Tidakkah kita berasa hairan, selepas Najib cuba mendiamkan media dari membicarakan soal kapal selam, tiba-tiba muncul 'hero' yang sanggup memberi keterangan di mahkamah Perancis?" soal Badrul merujuk kesediaan Zahid untuk memberi keterangan di mahkamah itu sekiranya dipanggil berbuat demikian. CheGuBard turut mempersoalkan percanggahan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin di Parlimen pada 2006 yang menafikan pembayaran komisen kepada syarikat Perimekar oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya oleh pihak di Perancis. "Tetapi kenyataan pihak di Perancis bahawa mereka tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran komisen. Apakah Parlimen Malaysia telah ditipu? soalnya. Akhbar Suara KEADILAN pada Febuari tahun lalu pernah membangkitkan spekulasi hubungan antara Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, termasuk pendedahan mengenai rahsia ketenteraan kepada pihak asing yang didedahkan Zahid pada 4 Febuari. Namun, Zahid membuat kesimpulan bahawa kes itu selesai dua hari berikutnya. Sebelum itu, Zahid juga membuat pendedahan mengenai enjin pesawat F5E Tentera Udara Di Raja Malaysia berharga RM100 juta yang hilang pada 2007- semuanya berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. Justeru adalah tidak menghairankan serangan dari kem Muhyiddin dilihat bertalu-talu termasuk terhadap projek Kementerian Kewangan iaitu Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC). Media utama negara melaporkan Muhyiddin mengarahkan UDA Holdings Bhd menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar isu projek tersebut. Laporan itu dikatakan akan dibentang kepada Kabinet memandangkan telah berlaku polemik antara syarikat itu dengan beberapa pemimpin politik yang mendakwa kononnya UDA tidak ikhlas dalam membantu kontraktor Bumiputera. "Tapi adakah Rosmah, Najib dan sepupunya Hishamuddin Hussein akan beri laluan mudah? Belum tentu," kata CheGuBard yang menyeru rakyat Malaysia supaya cekap memerhatikan perkembangan politik tanah air. | ||
Penerima Biasiswa JPA Perlu Bayar Semula Jika Enggan Pulang! Posted: 06 Jun 2011 10:48 PM PDT Jemaah Menteri, akan mengkaji semula masalah pelajar yang menerima tajaan biasiswa JPA yang enggan pulang berkhidmat untuk negara berasaskan undang-undang sedia ada sebelum dilaksanakan.Baca kenyataan di bawah.
Memang ramai yang diikutkan, hatta rakan-rakan penulis sendiri masih lagi bekerja di luar negara sehingga sekarang.Dan kebanyakan mereka ini memberi alasan yang sama untuk tidak pulang bekerja di Malaysia, iaitu, tarikan gaji dan pendapatan yang tinggi yang ditawarkan di luar negara, berbanding negara sendiri. Tidak dapat kami nafikan disini, tanggan gaji di luar negara, sememangnya sangat mewah.Kita ambil Akauntan sebagai contoh, sekiranya mereka pulang bekerja di Malaysia, rata-rata mereka akan bermula dengan tangga gaji dari RM 2500-RM 4000, berbanding sekiranya mereka bekerja di luar negara untuk jawatan yang sama, di mana mereka menerima purata GBP 2500 sebulan atau GBP 30,000 setahun belum termasuk lagi elaun-elaun lain. Kalau ditukar kepada matawang Malaysia, purata sebulan gaji mereka adalah RM 12,250!.Untuk kami ambil kira bagi mereka yang baru mula bekerja.Kalau dah ada pengalaman sampai 5-10 tahun, adakala pendapatan mereka setahun adalah dari GBP 40,000-GBP 80,000, iaitu RM 196,000 setahun atau RM 16,300 sebulan! Kepada sesiapa yang mempunyai peluang pun, pasti tidak akan melepaskan sesuatu seperti ini tanpa alasan yang munasabah.Di mana, dengan kadar gaji yang lebih tinggi dan kuasa beli yang lebih besar, pastinya pelajar-pelajar ini kurang minat untuk menabur bakti di negara sendiri. Nak marahkan sangat pelajar biasiswa JPA yang bekerja luar negara ini pun,kadangkala kerajaan juga perlu main peranan penting. Ada juga kes rakan kami yang ingin pulang menabur bakti selepas belajar, namun selepas 6 bulan pulang tanpa mendapat pekerjaan, akhirnya beliau kembali ke luar negara selepas mendapat tawaran bekerja di sana. Bagi kami, sekiranya kerajaan mampu menyediakan pekerjaan dan juga memberikan opsyen yang lebih menarik kepada bekas pelajar biasiswa JPA ini, mereka juga turut tidak keberatan untuk pulang.Selepas lama di rantau orang, ada juga mereka yang sudah mula menjadi tidak patriotik dan mula mengagungkan negara lain dan mengeji negara kelahiran sendiri.Ini merupakan apa yang kami nampak. Walauapapun, pada pendapat kami, memang wajar sekiranya pelajar-pelajar terbabit pulang ke negara untuk menabur bakti.Kerajaan jug perlu lebih serius dalam memastikan tenaga-tenaga profesional ini pulang.Jangan asyik nak tekan dan paksa sahaja.Setiap permasalahan, ada cara penyelesaian. | ||
Najib : Umno Amal Negara Berkebajikan, Tak Hurai Kenapa Subsidi DiPotong Posted: 06 Jun 2011 10:40 PM PDT TVS NEWS ASTANA (KAZAKHSTAN) : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa Umno-Barisan Nasional sudah pun memperjuangkan negara berkebajikan yang mahu ditubuhkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat. Najib berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama. Bagaimanapun Perdana Menteri tidak menjelaskan kenapa kemudahan-kemudahan itu semakin ditarik balik, khususnya pemberian subsidi untuk barangan keperluan manakala subsidi dan ganjaran untuk syarikat-syarikat kaitan Umno tidak diusik. "Perubahan slogan tagline PAS yang bukan lagi untuk mewujudkan negara Islam tetapi negara kebajikan bukan perkara baru tetapi labelling baru saja," katanya dipetik Bernama Online. Najib mengadakan lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev dan akan menghadiri pula Forum Pembangunan Ekonomi Islam (WIEF) Ketujuh Rabu dan Khamis ini, di mana beliau akan turut menyampaikan ucapan bersama beberapa ketua negara lain. Najib mengulas mengenai keputusan pemilihan pada muktamar PAS yang berakhir semalam. Najib berkata barisan kepimpinan PAS itu mencerminkan kesediaan parti itu menghadapi pilihan raya berbanding perjuangan membangunkan sebuah negara Islam atau untuk kepentingan Islam itu sendiri. Pengerusi BN ini berkata terbukti apabila mereka telah menguar-uarkan kononnya pilihan raya akan berlangsung pada bulan Julai sehingga mengakibatkan banyak perwakilan PAS melihat soal pilihan raya dan membuat pertimbangan berdasarkan hal itu, yang menguntungkan pihak yang ingin mengambil alih kuasa dalam PAS. Bagaimanapun Najib tidak memberikan sebarang alasan untuk menyokong hujah kononnya PAS mengabaikan perjuangan Islamnya untuk kemenangan politik. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan matlamat dan hala tuju PAS tetap berpaksi kepada sebuah negara berkebajikan yang akan membebaskan rakyat daripada pemerintah yang mengaut hasil negara untuk memperkayakan diri dan keluarga serta rakan sebagaimana yang berlaku sekarang. | ||
Polis, DBKL Gertak Penduduk LBJ Atas Arahan Menteri? Posted: 06 Jun 2011 10:38 PM PDT Ditulis oleh Radzi Razak KUALA LUMPUR : Penduduk Ladang Bukit Jalil (LBJ) berang dan kecewa dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis yang sekali lagi menceroboh dan merobohkan papan tanda serta menggertak penduduk di kawawan berkenaan. Menurut Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Ladang Bukit Jalil, Balakrishnan Kunjoo Nair sepasukan lebih 50 pegawai DBKL dan polis muncul di jalan masuk ladang kira-kira jam 10 pagi dan terus memecahkan papan tanda dan poster walaupun Mahkamah Rayuan telah memberikan injuksi kepada DBKL untuk menunggu sehingga keputusan pada Oktober. Menurut Bala, apabila dibantah penduduk seorang pegawai DBKL bernama Abdullah menyatakan apa yang dilakukan mereka adalah arahan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. "Bila mereka datang, ambil banner dan papan tanda, penduduk datang dan tanya mengapa. Dia kata menteri bagi arahan. Saya bawa surat mahkamah dan tanya bagaimana anda boleh ingkar arahan mahkamah? Kalau menteri BN tidak boleh ikut arahan mahkamah, menteri apa macam itu" soalnya pada satu sidang media tergempar diadakan di Ladang Bukit Jalil hari ini. Ini merupakan kejadian kedua pencerobohan oleh DBKL sejak 26 Mei lalu. Penduduk Ladang bukit Jalil memohon 4 ekar tanah ladang asal sebagai hak kerana keluarga mereka telah berada di situ sejak sebelum merdeka lagi. Malah satu memorandum telah dihantar kepada Jabatan Perdana Menteri untuk masuk campur dalam perkara ini pada April lepas. Pengasas NGO jaringan rakyat tertindas (JERIT) S. Arutchelvan menyatakan tindakan demikian merupakan bukti betapa kerajaan Barisan Nasional tidak menghormati perintah Mahkamah tersebut. "Injuksi ini adalah antara dua pihak. DBKL dan penduduk Ladang Bukit Jalil, isu ini masih dibicarakan di mahkamah. Kami menganggap ini, satunya adalah pencerobohan dan satu lagi merupakan pencabulan undang-undang dan penghinaan kepada mahkamah. "Kita telah adukan masalah ini kepada Jabatan Perdana Menteri tapi sehingga kini tiada tindakan. Tapi tindakan DBKL hari ini buktikan di manakah posisi Perdana Menteri dalam hal ini," tegas Arutchelvan yang juga ahli Majlis Perbandaran Kajang. Lebih malang lagi, tindakan kasar DBKL dan polis kali ini dilihat oleh sekumpulan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang kebetulan melakukan kerja sosial di Ladang tersebut ketika itu. Wakil Persatuan Pelajar India Malaysia (Misa) Gobi Krishnan menyifatkan hal itu sebagai memalukan BN. "Kami pelajar, neutral dan tidak berpihak dalam politik, tapi bila lihat mereka begini beri persepsi buruk terhadap kerajaan DBKL dan Polis," tegas beliau. Seorang lagi pelajar G. Vinothen mengakui gentar melihat tindakan agensi kerajaan yang sepatutnya memberi khidmat kepada rakyat itu. "Kami rasa amat bimbang dan takut. Kami belajar di universiti dan sekolah untuk menghormati undang-undang. Tapi bila mereka (DBKL dan Polis) tidak melakukannya bagaimana masa depan rakyat di negara ini," ujar beliau yang bersama 35 pelajar dalam program kemasyarakatan itu. | ||
Pilihan Raya' Kembalikan Kegemilangan Institusi Masjid-Mansor Posted: 06 Jun 2011 10:32 PM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : 'Pilihan raya' masjid yang dijangka diadakan pertengahan bulan ini di Pulau Pinang telah dipersetujui oleh kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai langkah pendemokrasian di peringkat bawah selain mengimarahkan institusi masjid di negeri itu. "Apa yang saya nampak, mereka (Umno-BN) takut kerana kuasa yang mereka salahguna selama ini akan hilang, contoh ahli kariah masjid yang dipilih dahulu tidak pernah pergi masjid pun terpilih jadi ahli kariah masjid, anak kariah tidak suka pun terpilih juga, sebab apa...sebab ianya dipilih oleh mereka (Umno-BN),"jelas Mansor lagi. | ||
NGO desak Jawatankuasa Bebas untuk siasat penyelewengan SPRM Posted: 06 Jun 2011 10:31 PM PDT MERDEKA REVIEW Kes kematian Ahmad Sarbani sudah berlaku dua bulan, tetapi tiada sebarang perkembangan dalam siasatan dan penangkapan pembunuh, sehingga sekarang masyarakat kita belum terima apa jua jawapan yang memuaskan. Ini menunjukkan pasukan polis langsung tidak cekap dan tiada keberkesanan, bertentangan dengan slogan-slogan kerajaan yang mementingkan Indeks Prestasi Utama (KPI). Ini amat jelas sekali dalam kes Teoh Beng Hock, di mana polis tidak mengumpul bukti secara teliti, pegawai siasatan tidak menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mendalam kerana tidak dapat "arahan dari atasan". Sebaliknya, mereka berkecenderungan kepada tanggapan "bunuh diri", "mati mendadak" sebagai petunjuk siasatan, siasatan telah menjadi satu formality dan hilang makna sama sekali. Kami berpendapat, pasukan polis adalah tidak independen dalam siasatan berhubung dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rakyat jelata mempunyai tanggapan negatif terhadap kedua-dua agensi penguatkuasa tersebut. SPRM sepatutnya menjalankan siasatan terhadap kes-kes rasuah atau penyelewengan anggota polis, polis juga seharusnya menyiasat setiap tuduhan salah guna kuasa terhadap SPRM. Kami jarang dengar SPRM menyiasat dan berjaya mendakwa pemimpin tinggi pasukan polis, walaupun terdapat pelbagai dakwaan blogger terhadap bekas ketua polis negara, Musa Hassan, namun SPRM tidak pernah mengambil sebarang tindakan. Beberapa bulan lalu, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh mengumumkan bahawa pihak polis pernah menerima 59 aduan dari rakyat mengenai penyeksaan oleh SPRM dalam masa 5 tahun yang lalu, tetapi polis pula tidak menjalankan siasatan seperti yang tercatat dalam prosidur operasi umum. Demi membasmi kemungkinan kedua-dua agensi penguatkuasa ini saling menjaga kepentingan, kerajaan tidak sepatutnya menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak polis dalam siasatan berkait dengan SPRM. Malaysians For Beng Hock menggesa kerajaan menggunakan segala saluran untuk menyiasat kematian Sarbani (gambar kiri). Satu jawatankuasa bebas yang dipimpin oleh pemimpin hak asasi manusia, yang diyakini orang awam amat dikehendaki, kerajaan tidak patut menubuhkan inkues yang bertujuan untuk memanjangkan kes ini supaya ianya dilupai oleh rakyat. Kami amat terkejut apabila isteri Sarbani berkata pegawai SPRM pernah memberitahu beliau "Bukan saya...orang saya", ini menunjukkan pegawai tersebut tahu siapakah bertanggungjawab ke atas kematian Sarbani. Bagaimanapun, Pengerusi SPRM Abu Kassim nampaknya tidak mengetahui dakwaan isteri Sarbani selepas laporan polis dibuat seminggu lalu. Abu Kassim sentiasa lambat mengambil tindakan terhadap banyak kes rasuah seperti dakwaan terhadap Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan Kilang Penja Kuasa Elektrik IPP, SPRM hanya akan bertindak selepas menerima kritikan dan tekanan masyarakat. Selepas kes Teoh Beng Hock dan Sarbani, imej kurang upaya SPRM telah mendalami masyarakat, integritinya telah sampai takat meruntuh, jikalau Abu Kassim tidak lagi mengkaji kelemahannya, memberi satu jawapan yang munasabah dalam kes kematian Sarbani, kerajaan Najib akan menjadi kerajaan yang paling bertolerasi kepada rasuah dan penyelewengan kuasa sehingga menyebabkan kematian. *Kenyataan media oleh Chong Kok Siong (gambar kanan) selaku Penyelaras Malaysians For Beng Hock. | ||
Anwar: Pertahan prinsip keluhuran beragama dan menyanggah fahaman melampau Posted: 06 Jun 2011 10:29 PM PDT MERDEKA REVIEW Kita menyedari agama Islam mempunyai kedudukan yang unik di negara ini dan di rantau Asia Tenggara. Peranan mubaligh yang menerapkan pesan Islam secara aman dan berperingkat telah berupaya membentuk weltanschauung umat Islam yang terbuka dan toleran (tasamuh) terhadap kemajmukan budaya. Islam juga telah berperanan merungkai minda umat Melayu yang sebelumnya berasaskan mitos serta tahyul kepada pemikiran yang rasional yang sejajar pula dengan pesan- pesan Al Quran. Agama Islam merupakan agama yang menjunjung prinsip Keadilan, cintakan keamanan, menghormati hak penganutnya dan juga hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka. Prinsip utama syariah yang dikenali sebagai maqasid syariah merumuskan bahawa adalah satu keutamaan untuk melindungi agama, nyawa, keturunan, aqal, harta dan maruah. Makanya berteraskan kefahaman Islam yang tepat, penghayatan agama yang tuntas oleh umat Islam untuk memastikan cara hidup yang berintegriti. Umat Islam yang mahu memenuhi maksud ihsan dan keadilan sebagaimana yang sering dianjurkan pastinya menolak penindasan, rasuah serta segala bentuk penyelewengan. Oleh itu tidak hairanlah ramai dari kalangan umat Islam kesal dengan sikap pimpinan UMNO serta media kongkongannya yang tidak konsisten dalam penghayatan agamanya. Apatah lagi rasuah dan penyelewengan kuasa masih berleluasa. Mutakhir ini, ada pimpinan UMNO dan media yang dimilikinya mencuba menggugat keamanan antara penganut agama di Malaysia dengan retorika perkauman sempit yang tajam, dangkal dan tidak berasaskan prinsip Keadilan sebagaimana dianjurkan Islam. Upaya mereka semata mata mahu menakut-menakutkan umat Islam serta menimbulkan prasangka antara kita. Kita kesal kerana retorika serta propaganda pimpinan UMNO dan media yang dimilikinya hanya membantutkan usaha baik dari kalangan kita demi memenuhi maksud pesan Li ta'arafu, iaitu berusaha kenal mengenali antara kita yang berbeza kepercayaan dan budaya. Dengan nada yang sama maka kami juga ingin menyanggah kecenderungan sebahagian yang menyarankan faham melampau di kalangan penganut agama mereka tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam di negara ini. Maka kepada wakil wakil badan Islam serta agama agama Buddha, Kristian, Hindu dan lainnya, kami ingin mengulangi komitmen mempertahankan prinsip keluhuran hidup beragama yang termaktub dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan. *Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim (gambar kanan) selaku Ketua Pembangkang Parlimen dan Ketua Umum PKR. | ||
MB gesa penjawat awam lunaskan tugas Posted: 06 Jun 2011 04:40 PM PDT BERNAMA sar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini meminta penjawat awam di negeri itu berusaha melunaskan tugas harian mereka sebelum pulang ke rumah masing-masing pada sebelah petang.Katanya menerusi cara itu, mereka dapat mengelakkan tunggakan tugas yang selama ini menghalang kelicinan sistem penyampaian kerajaan. "Perlis telah menjana wawasan Perlis Maju 2015 dan untuk mencapai wawasan itu, penjawat awam perlu menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka," katanya berucap pada perhimpunan bulanan penjawat awam Perlis, di Kangar. Beliau juga meminta warga perkhidmatan awam di negeri itu menguruskan kewangan peribadi mereka secara bijak, agar tidak terbeban dengan masalah hutang sehingga menjejaskan prestasi kerja. Ini kerana katanya, ada penjawat awam yang terpaksa membelanjakan sehingga 40 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang. | ||
Tiada layanan istimewa untuk demo BERSIH Posted: 06 Jun 2011 04:34 PM PDT Aidila Razak Pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang oleh gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 2.0. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) berkata pihak yang terlibat tidak patut mengharapkan layanan istimewa. Undang-undang berhimpun oleh lima orang atau lebih adalah tertakluk. "Demonstrasi jalanan ini bukan benda baru. Dulu sudah ada (perhimpunan) anti-Isa, anti-PPSMI (program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). "Memang menjadi pertimbangan (pembangkang) sebab pilihan raya umum mungkin tahun ini, maka (mereka) mula mencari isu-isu sebegini rupa. "Kita ikut undang-undang, keutamaan kita (pada) keamaanan dan keselamatan. Jika ini pertimbangan kita, tidak ada sesiapa yang boleh tuduh KDN dan polis salah guna kuasa," katanya. Semalam, muktamar PAS ke-57 meluluskan usul berhubung penglibatan PAS dalam perhimpunan itu, sekali gus bersetuju menghantar anggotanya turut serta pada 9 Julai akan datang. Mengulas muktamar itu, Hishammuddin berkata, jarang berlaku dalam perhimpunan agung sebuah parti memfokuskan menghentam kerajaan semata-mata. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan