Saiz Payudara Petunjuk Ekonomi Posted: 05 Jun 2011 07:12 AM PDT Berita Agensi menyiarkan laporan dakwaan sebuah firma pemborong runcit Britain, Debenhams bahawa saiz payudara wanita dapat digunakan untuk menentukan kedudukan ekonomi sesebuah negara.
Debenhams berkata saiz coli berubah seiring turun naik ekonomi Britain, selepas menjalankan kajian terperinci membabitkan sejarah payudara wanita Britain.
"Kini kita boleh melihat rekod ekonomi Britain hanya dengan mengikut peredaran zaman. Sejarah ekonomi negara berkembang bersama besar atau kecilnya saiz coli," kata jurucakap Debenhams, Ed Watson.
Beliau berkata ahli sejarah seperti Simon Schama dan David Starkey kini tidak lagi menjalankan kajian di perpustakaan, sebaliknya hanya melihat saiz payudara wanita untuk menentukan situasi keseluruhan rakyat negara ini.
Awal abad ke-21 menyaksikan kadar inflasi meningkat dalam pelbagai cara dan wanita terpaksa menggunakan segala aset yang ada termasuk payudara untuk keselesaan hidup mereka.
P/s: Macam-macam!
|
60% Peratus Remaja Hilang Dara Sebelum 18 Tahun. Fuh!!! Posted: 05 Jun 2011 05:00 AM PDT
Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Hubungan terlarang membabitkan pelajar sekolah dan remaja semakin membimbangkan, dengan ramai mengaku kehilangan dara menjelang umur 18 tahun dan melakukannya dengan lelaki berlainan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ini berdasarkan soal selidik membabitkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSays.com, baru-baru ini.
"Sebanyak 60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 24 peratus daripada mereka mengaku pernah melakukan seks dengan lima kekasih.
"Hasil kajian rambang ini mungkin mengejutkan beberapa pihak, tapi inilah 'reality check'. Kita kena terima hakikat remaja hari ini tahu mengenai seks lebih awal, seawal 10 atau 11 tahun.
"Majoriti memperoleh maklumat daripada teman sebaya atau Internet, dan ada juga mengenali seks melalui pornografi. Sangat sedikit mendapat pendedahan awal mengenai seks dengan bertanya ibu bapa atau guru," katanya.
Menurutnya, 74 peratus remaja yang melakukan seks mengaku tidak mengamalkan kaedah perlindungan.
Malah, 83 peratus memberitahu tidak mengalami kesan negatif daripada tindakan mereka. Separuh daripada mereka berasa 'bahagia' kerana pengalaman seks itu.
Kira-kira 30 peratus remaja pula memikirkan seks setiap hari dan 50 peratus tidak pasti mereka ada pengetahuan cukup mengenai seks sebelum mengadakan hubungan.
Malah, berdasarkan soal selidik sama, ada 33 peratus hasil menunjukkan kemungkinan anak gadis yang masih belajar di tingkatan empat pernah melakukan hubungan seks. Dua daripada tiga pelajar melakukan hubungan seks kerana ingin mencuba dan bersuka-suka, manakala selebihnya kerana mengikut kehendak teman lelaki atau diajak kawan.
Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 111 kes remaja hamil sepanjang empat bulan pertama pada 2010, menurun berbanding 131 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.
P/s: Kronik memang kronik. Kalau anda selalu membaca portal berita di Singapura, keadaan yang sama turut berlaku di sana. Bezanya, di sana majoriti remaja yang terlibat bukan beragama Islam, di Malaysia remaja yang sering menjadi bahan berita di akhbar atau menjadi pelakon klip 3gp lucah ialah orang Islam.
Yang membuatkan berita di atas tidak berapa kena apabila yang membicarakan hal itu ialah Timbalan Menteri yang pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa seseorang boleh melacurkan diri jika berada dalam keadaan darurat. |
Lahanat Selitkan Gambar Lucah dalam Surah Yasin Posted: 05 Jun 2011 01:00 AM PDT
Saya petik: [SH] KEPALA BATAS - Hampir 100 jemaah Masjid At-Takwa, Taman Bertam Indah di sini yang bersiap memulakan majlis bacaan surah Yasin malam semalam terkejut apabila mendapati 21 naskhah surah berkenaan mengandungi gambar lucah.
Gambar itu dilekatkan sekeping di halaman berlainan 21 naskhah surah berkenaan.
Setiausaha qariah masjid berkenaan, Abdul Rahman Abdullah berkata, gambar lucah dilekatkan dengan kemas.
"Selain ukuran sama besar, gambar itu dilekatkan menggunakan pelekat dua hala.
"Ini menunjukkan pelakunya mempunyai perancangan rapi dari segi masa untuk melekatkannya di dalam naskhah surah berkenaan," katanya.
Menurutnya, gambar lucah bersaiz 4 sentimeter lebar dan 5 sentimeter panjang setiap satu itu, mempamerkan pelbagai aksi ranjang membabitkan pasangan luar negara, dipercayai dimuat turun dari laman sesawang dari Internet.
"Gambar itu dipercayai dicetak mengikut saiz sebelum di-gunting dan dilekatkan di dalam surah berkenaan.
"Kami tidak tahu motifnya dan kenapa Yasin di masjid ini dijadikan pilihan," katanya.
Pihaknya telah membuat laporan polis dan kesemua 21 naskhah terbabit diambil polis untuk disiasat.
Imam 1 masjid berkenaan, Ahmad Zawawi Ali berkata, majlis bacaan surah Yasin itu diadakan malam semalam untuk menggantikan kuliah agama dan dihadiri 75 lelaki dan 25 wanita.
"Selesai solat Isyak, naskhah surah Yasin itu diambil dan diedarkan kepada jemaah. Seorang daripada jemaah lelaki menyedarinya dan memberitahu Abdul Rahman.
"Suasana majlis bertukar menjadi riuh apabila lebih ramai jemaah menemui gambar itu di dalam naskhah masing-masing," katanya.
Gambar lucah itu tidak ditemui di dalam naskhah yang dikhaskan untuk jemaah perempuan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias mengesahkan laporan polis yang dibuat.
"Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, mendatangkan bencana atau mencemar tempat solat dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. Sehingga kini belum ada tangkapan.
"Kita ingin menasihati jemaah dan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.
Beliau meminta pentadbir masjid lebih berhati-hati menjaga masjid dan meletakkan pengawal untuk mengelak pencerobohan.
P/s: Lahanat! |
Subsidi untuk Rakyat Sasaran? IPP dan Pak Menteri Termasukkah? Posted: 05 Jun 2011 12:00 AM PDT Najib dalam ucapannya sempena keputeraan Yang di-Pertuan Agong menegaskan bahawa subsidi di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Seterusnya, beliau mengatakan langkah "rasionalisasi" subsidi yang dilakukan oleh Kerajaan BN hari ini untuk memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang sasaran dan sektor yang benar-benar layak? Menarik!
Kita wajib bertanya, jika subsidi itu untuk golongan sasaran, mengapa menteri, timbalan menteri diberikan pelbagai keistimewaan termasuk tidak perlu membayar bil utiliti? Mereka juga menerima pelbagai kemudahan mewah yang lain. Adakah menteri yang memperoleh pendapatan lebih RM50 ribu sebulan (berdasarkan butiran yang didedahkan dalam internet baru-baru ini) termasuk dalam golongan sasaran itu?
Jika subsidi hanya diperuntukkan untuk sektor sasaran, mengapa kerajaan melalui Petronas memberikan subsidi sekitar RM18 - RM22 bilion kepada syarikat IPP? Tahukah anda jumlah subsidi yang diterima IPP ini menyamai jumlah subsidi yang diterima oleh rakyat Malaysia.
Untuk rakyat, subsidi itu suatu yang membebankan kerajaan, namun bagi IPP dan golongan VIP subsidi itu suatu kemestian. Jika untuk rakyat bantuan itu digelar subsidi, namun untuk kroni bantuan itu dipanggil insentif, elaun, penghargaan, sagu hati dan pelbagai macam istilah lain.
|
Cucu Iblis Panggil Nenek "Babi", Belasah Datuk Posted: 04 Jun 2011 10:30 PM PDT Saya petik: [HM] IPOH: 'Cucu iblis' gelaran layak diberi kepada seorang lelaki yang bukan saja gemar memanggil neneknya 'babi', malah kerap membelasah nenek dan datuknya yang lumpuh dengan niat mangsa mati cepat walaupun dia dibela sejak kecil hingga berumahtangga.
Lebih zalim, lelaki berusia 30-an dan bertugas di sebuah hospital di sini turut menggunakan kerusi plastik untuk membelasah datuknya berusia 85 tahun hingga tulang pergelangan tangannya retak.
"Hancur luluh hati makcik kerana bukan saja dilayan seperti hamba di rumah sendiri, malah dimaki hamun, termasuk dipanggil 'babi' jika lambat memasak atau melakukan perkara tidak disenanginya.
"Namun paling menyedihkan apabila cucu yang dibesarkan dan dibelai penuh kasih sayang seperti anak sendiri sejak kecil hingga dia berumahtangga, sanggup mendoakan supaya makcik 'mampus cepat daripada terus menyusahkan hidupnya'," kata Mariam Puteh Nekmat, 71.
Dalam keadaan sebak dan berlinangan air mata, Mariam berkata, dia tidak tahu apa dosa atau kenapa cucunya bersikap sedemikian dan masih tidak berubah walau sudah berumahtangga.
Katanya, beliau dan suami, Ahmad Idris, 85, tidak pernah berkasar, malah membela cucu mereka ibarat menatang minyak yang penuh sejak kecil hingga sanggup berhabis duit dan bergadai harta benda.
Menurutnya, segala kos sara hidup, termasuk perbelanjaan serta yuran persekolahan cahaya mata anak perempuan sulung mereka, ditanggung sepenuhnya oleh beliau dan suami.
"Saya pernah melakukan pelbagai kerja demi menampung pendapatan suami yang tak seberapa sebagai pekerja am rendah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memastikan dia hidup seperti kanak-kanak lain dan mendapat pendidikan secukupnya.
"Kehidupan kami semakin sukar sejak suami bersara kira-kira 22 tahun lalu apabila wang pencen yang diterimanya selepas ditolak semua hutang, hanya berbaki RM1.05," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Meru 2C, Jelapang, dekat sini, semalam.
Ketika ibu bapa lain mengharungi kehidupan selepas pencen dengan beristirehat dan mengharapkan anak menghulur wang perbelanjaan setiap bulan, Mariam dan suami masih terpaksa mengerah sisa kudrat bagi mengisi perut.
"Hidup saya semakin menderita apabila Ahmad ditimpa dua kemalangan berselang setahun kira-kira tiga tahun lalu, menyebabkan dia hilang upaya bergerak sejak dua setengah tahun lalu.
"Kemalangan itu menyebabkan tulang kaki kiri suami retak hingga terpaksa menjalani pembedahan memasukkan dua besi, dan kesihatan diri yang semakin uzur memburukkan lagi keadaan," katanya.
Namun baginya, penderitaan menanggung kesakitan itu masih boleh ditanggung berbanding layanan zalim cucunya.
Ahmad berkata, selepas mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya, cucu dan isteri masih tinggal bersama mereka sebelum membuat keputusan mengejut keluar rumah kira-kira setahun lalu.
"Sejak saya tidak dapat bergerak dan terpaksa memakai lampin pakai buang, perangainya semakin zalim apabila menyepak terajang saya setiap kali anginnya tidak baik atau tidak puas hati dengan perkara remeh berlaku di rumah.," katanya.
"Kali terakhir saya dibelasah teruk ialah sebelum dia keluar rumah apabila dihempuk dengan kerusi, menyebabkan pergelangan tangan kiri retak.
"Kecederaan mungkin bertambah teruk jika neneknya tidak memeluk saya dan menahan pukulan itu dengan belakang badannya," katanya.
Mariam yang menghidap pelbagai jenis penyakit seperti jantung, darah tinggi, lelah dan kencing manis berkata, sejak keluar dari rumah, cucunya tidak pernah menjenguknya.
Difahamkan, pasangan itu yang mempunyai tiga anak perempuan kini tinggal sebatang kara di Persiaran 22, Taman Meru C, Jelapang dengan mengharapkan bantuan ikhsan orang ramai. |
Remaja Belasan Tahun Lakukan Seks Hingga 5X Seminggu. Fuh!!! Posted: 04 Jun 2011 09:30 PM PDT
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah 'tidur' dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.
Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.
"Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya. "Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada," katanya ketika ditemui Metro Ahad. Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.
Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.
"Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.
"Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru," katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.
Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.
"Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya," katanya.
Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.
Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
"Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa... kawan menjadi penyelamat.
"Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain," katanya.
Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.
"Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.
"Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam," katanya.
Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.
"Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.
"Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah," katanya.
Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.
Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.
Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.
"Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.
"Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.
"Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga," katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.
P/s: Aduhai!
|
Malaysia Kehilangan Stesen Kereta Api Tg Pagar Buat Selama-lamanya Julai 2011 Posted: 04 Jun 2011 08:30 PM PDT
Selepas Pulau Batu Putih yang kini menjadi milik Singapura (memberikan impak yang cukup besar terhadap keluasan republik itu dan maruah negara), Malaysia bakal kehilangan sebuah lagi warisan negara gara-gara kelemahan pemimpin UMCO yang menerajui negara ini. Sebenarnya, kehilangan Singapura sendiri adalah kerana kelemahan pemimpin negara pada waktu itu yang mudah dipermainkan oleh Inggeris.
Blog ini ada menyentuh isu ini ketika tengah panas diperkatakan suatu ketika dahulu. Jadi tidak perlulah saya mengitar semula cerita yang sama. Artikel ini sekadar mengingatkan kita tentang kehilangan warisan negara ini.
Saya petik dan edit maklumat di bawah ini dari blog NurliniIdris (ada gambar-gambar menarik di blog ini): - Stesen Tanjong Pagar dibina untuk menggantikan Stesen Tank Road yang dibina pada tahun 1903 dan merupakan terminal kereta api pertama di Singapura.
- Keunikan Stesen Tanjong Pagar ialah stesen ini merupakan hentian terakhir jaringan pengangkutan keretapi di hujung benua Asia. Walaupun berada di tengah-tengah negara Singapura, Stesen Tanjong Pagar adalah pintu masuk ke Malaysia bagi mereka yang memilih menggunakan perkhidmatan kereta api.
- Stesen ini juga menjadi kelangsungan sejarah awal perkhidmatan keretapi ke Singapura. Sejarahnya bermula apabila Sultan Johor ketika itu, Sultan Abu Bakar menerima permintaan British untuk membina laluan kereta api dan pembinaanya dirasmikan pada tahun1909. Apabila berakhirnya riwayat Tanjong Pagar sebagai sebuah stesen, hal ini bermakna Tanjong Pagar juga menjadi penutup perkhidmatan kereta api di Singapura.
- Pembukaan Tambak Johor pada 28 Jun 1924 menjadi pemangkin kepada perkhidmatan kereta api yang menghubungkan Singapura dengan negara ini. Stesen penuh sejarah ini menjadi suatu yang sering mengusik "keamanan dan persefahaman" Malaysia dan Singapura. Akhirnya terusir juga sebuah stesen kereta api milik Malaysia yang membelah republik itu....
Siang malam UMCO menjerit "Ketuanan Melayu", namun dalam masa yang sama Ketuanan Melayu itu layu dan semakin layu dalam hal tertentu. Kejantanan ketuanan Melayu UMCO dan geng hanya untuk berdepan dengan DAP, PKR, namun dayus dan longlai apabila berdepan dengan Singapura, negara kerdil yang pernah suatu ketika milik Ketuanan Melayu!
|
Cerita Susulan Adinda Evans, Budak Melayu 14 Tahun Bangga Hilang Dara di Blog Posted: 04 Jun 2011 05:30 PM PDT | Gambar skrin blog Adinda Evan. |
Semalam kecoh cerita fasal pengakuan "hilang dara" seorang budak berusia 14 tahun yang menggelarkan dirinya Adinda Evan sama ada di blog mahupun di akhbar. Selepas cerita itu hangat di pasaran, budak itu telah memadamkan artikel kontroversinya. Saya risik dan cari artikel kontroversi itu. Saya salin dan tampal artikel budak itu di bawah ini:
Sebagai reaksi terhadap kecaman yang diterimanya daripada pelbagai pihak, budak itu menulis artikel yang saya salin dan tampal di bawah ini:
apahal korang nak heboh-2 cerita pasal aku ? apa yg korng nak sbenarnya weyy ?! apa yg korng tak puas haty sgt dgn aku . knp GRO-2 kat pub tu korng taknak judge . weyhh , ada yg lebih teruk dr aku tau ark . budak 12 tahun mngandung korang taknak kecoh pulak kan ? apa masalah korng ni ? tak suka aku ? PEGY MENINGGAL la ! kau ingt aku ni kejar hot sgt mm korng ? nak buat blog harian metro baghaii ! derr ! WA ADE DARA KE , TAKDE DARA KEH AKU ADA SUSAHKAN MAK BAPAK KORANG KE DOHH ? siket pun takde kan ? nak ckhp aku ada hbungan SULIT DGN AMIR RAJALWAK ? SUMPAH TAKDE TASTE LANSUNG LAH DGN DIA TUH ! kalau YE pun nak bg aku popular , bukan dgn cara ni weyy . TAK MATANG ke korng ni ? aku mngaku sbb aku jujur . and aku tulis mcm tu sbb EX COUPLE aku tak puas haty dgn aku . dia duk sebuk-2 tnye pasal DARA aku . dgr yeah WAHAI MASYARAKAT , KORANG PEGY TNYE BUDAK-2 ZAMAN SKRNG KAT BUKIT BINTANG (bb) TU , ADA TAK YG STILL VIRGIN . ? SEPARUH boleh kata "TAKDE" tau ark ? so kalau korng buat mcm ni sbb nak malu kan aku ? tak payah la derr . nak buat filem bagaii ? eyh eyh ! siket pun aku tak mnat lah . perjalanan aku masih jauh . suka hati korng laa nak ckp aku ni BOHSIA , GRO , SUNDAL ke apa ke . korng ingt aku BATAK sgt ke HOT HOT ni ? eyh , biarpun aku takde DARA , tp MAK BAPAK aku still boleh terima yg aku ni anak dia . HINA sgt ke aku weyy ? aku JUJUR . tak payah nak sok-2 nasihat aku bagaii derr ! aku tau diri aku and aku boleh berubah sendiri . kakak aku pun boleh terima lagi adek dia yg korng pndang hina ni . Biarpun kakak aku ckp akuni bohsia ke apa . biar orng nak ckp aku ni apa . suka hati korng lah nak ckp aku ni apa . AKU CKUP TERSEKSA hdup mcm ni . apa yg korang nak sbenarnya huh ? akunak tnye tu je . apa yg korang nak smpai nak buat fanpage bagaii ? tak suka aku ? SHUT UP AND GO DIE lah ! HOHO , korng ingt korng buat mcm ni , orng suka kat korng lah ? orng TABIK lah korng nak malu kan aku ? okayh fine . malam ni malam jumaat 02.06.2011 . esok birthday aku 03.06.2011 aku BERSUMPAH sesiapa yg buat fanpage and cerita-2 burok pasal aku ni akn kne 1 hari nanti . aku BERSUMPAH . and FYI ; aku bukan hanya ISLAM dlm IC . so korng jgn nak memandai JUDGE aku smpai nak heboh-2 pasal aku . ! F A H A M ?!
Saya tidak mahu komen panjang-panjang. Saya juga tidak mahu menjawab persoalan bodoh dan jahil budak ini. Saya bersimpati dengan ibu bapa budak ini yang gagal mendidik anak mereka dengan baik sehingga tindak tanduknya kini memalukan keluarga, menjatuhkan maruah keluarga. Saya kesal budak semuda itu melakukan salah satu dosa besar dan berasa bangga melakukan perbuatan itu. Hari ini 1Malaysia menatap dan membaca tulisan serta ceritanya.
Nasihat saya kepada pembaca, jagalah anak atau kaum keluarga anda sebelum mereka ditebuk tupai, sebelum nasi menjadi bubur. Keruntuhan moral dalam kalangan generasi muda hari ini terlalu kronik untuk dibayangkan. Oleh sebab itu, blog ini banyak memaparkan cerita rogol, seks bebas, pergaduhan, dan segala macam perilaku antimoral generasi sekarang. Saya siarkan artikel itu bukanlah untuk memberahikan anda, atau mengejar hit, tetapi mahu anda mengambil pengajaran daripada perkara buruk yang telah berlaku.
Kepada Mahiaddin yang risau sangat pelajar sekolah menjadi obes, anda sepatutnya sudah mula risau tentang pelajar sekolah yang berlumba-lumba menyerahkan dara kepada jantan pujaan. Kepada mereka yang gemar bercakap soal hak asasi apabila tindakan diambil kepada pesalah moral, fikirlah implikasi yang menimpa masyarakat hari ini.
P/s: Malang, banyak juga manusia yang menyokong tindakan budak ini!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan