Kelab Greenboc |
- Sebab Undang-undang Dalam Ini Negeri, Kanda Yang Bikin....
- Polis Lebih Jaga UMNO Daripada Jaga Rakyat - Mat Sabu
- Penasihat FOMCA Penipu, FOMCA Sokong Himpunan Aman BERSIH Seperti Pendirian SUHAKAM
- Pelekat BERSIH Palsu Diedar Untuk Burukkan PAS
- Pun Ada: Suami Gigit Kemaluan Isteri Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun
- Memalukan: 54 Tahun Umno BN Perintah Tapi Takut Bersih
- [Bergambar] Wardina Pernah Temui TG Nik Aziz, Jadi Apa Masalahnya?
- Halang Bersih & BN Bakal Kalah Dengan Lebih Parah Dalam PRU
- Polis Ceroboh Parlimen, KPN Perlu Bertanggungjawab
- Terima Kasih PAS Jasin
- UMNO BN Fobia Dengan Baju Kuning BERSIH
- Belanja RM750j PLKN Tidak Masuk Akal
Sebab Undang-undang Dalam Ini Negeri, Kanda Yang Bikin.... Posted: 30 Jun 2011 12:30 AM PDT Mat Sabu: 'Musang Berjanggut' jawap SPR Dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa BERSIH 2.0 membuat tuntutan 'pelik' mendapat reaksi yang sama daripada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. "Apa yang pelik?" soal Mohamad kembali ketika diminta memberikan komennya terhadap kenyataan Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof itu. Diterangkan pemberita tentang hujah-hujah SPR, Mohamad yang terkenal dengan kelucuannya ketika berceramah menjawab: "Pernah tengok (filem) Musang Berjanggut? (Ada dialog) undang-undang ini kita yang bikin. Kita hendak tukar pun boleh." Jawapan itu ternyata mengundang gelak ketawa wartawan yang hadir. Abd Aziz pada 27 Jun lalu menyifatkan lapan tuntutan BERSIH sebagai 'pelik' kerana empat daripadanya bukan dalam bidang kuasa SPR - satu melibatkan pindaan perlembagaan dan tiga lagi antara usaha penambahbaikan yang sering dilakukan suruhanjaya itu. Peringkat akhir saman kerajaan Bercakap dalam sidang media selepas berceramah di Shah Alam malam tadi, Mohamad juga berkata, walaupun terdapat tuntutan di luar bidang SPR, suruhanjaya itu boleh memohon bantuan daripada badan kerajaan yang lain termasuk yang berbentuk kewangan. "(Jadi) tiada masalah. Tiada yang pelik," kata Mohamad. Malah, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, antara tuntutan BERSIH, seperti penggunaan dakwat kekal selepas mengundi sudah menjadi amalan di peringkat antarabangsa, termasuk di Mesir baru-baru ini. Lapan tuntutan BERSIH antaranya desakan supaya membersihkan senarai pengundi, memperbaharui sistem undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh berkempen minimum 21 hari, akses media yang adil dan telus dan memperkukuhkan institusi awam. Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, dewan itu kini dalam peringkat akhir menyaman kerajaan yang didakwa membuat tangkapan secara salah, antaranya melibatkan penjual dan pemakai baju BERSIH. Katanya, tindakan itu dijangka dibuat sebelum perhimpunan besar 9 Julai ini. "Penangkapan ini tidak sah. Kita lihat mereka yang ditangkap antaranya yang memakai baju kuning dan baju BERSIH," katanya yang turut memakai baju kuning BERSIH pada masa itu.
|
Polis Lebih Jaga UMNO Daripada Jaga Rakyat - Mat Sabu Posted: 29 Jun 2011 11:30 PM PDT PAS jamin BERSIH PAS memberi jaminan, perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti akan mencatat sejarah sebagai perhimpunan paling aman dalam secara Malaysia. Bagaimanapun,menurut timbalan presiden PAS, perkara itu hanya boleh berlaku jika polis memberikan kerjasama dengan membantu mengawal keadaan dan perjalanan lalu lintas, seperti amalan di pelbagai negara lain. "Perhimpunan ini akan menjadi pilihan raya paling aman. Tidak akan ada satu pasu bunga pun akan terbalik, tidak akan ada seketul bata pun akan terbalik. "Melainkan dia (polis) lepas gas pemedih mata. Kalau lepas gas pemedih mata, kandang babi pun kita (lari) masuk," katanya yang disambut ketawa besar orang ramai. Berceramah di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Mohamad juga mengingatkan penyokong PAS yang akan hadir nanti supaya tidak membawa senjata atau apa sahaja barang yang boleh ditafsirkan sebagai senjata. "Setuju? Kita hendak lihat demonstrasi paling aman," tegasnya lagi sambil disambut jeritan "setuju" oleh 3,000 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir. 'Menteri Dalam Negeri tidak tahu?' Sementara itu, Mohamad juga mengkritik polis yang didakwanya lebih "menjaga Umno" daripada "menjaga rakyat." "Perhimpunan BERSIH ini, yang patut bimbang adalah Umno. Jadi kenapa yang polis pergi bimbang sama?" soalnya yang lebih popular dengan gelaran Mat Sabu. Menjelang perhimpunan besar lagi dua minggu itu, pelbagai pihak disoalsiasat polis atas pelbagai alasan, termasuk menghasut, mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram dan menjual baju BERSIH. Polis juga bertindak menyerbu Sekretariat BERSIH di Petaling Jaya semalam, merampas beberapa barang berkaitan dan menyoalsiasat kakitangan di pejabat itu. Mohamad berkata, jika dibandingkan dengan pengalaman di negara maju dan negara jiran sendiri, tindakan tindakan polis di negara ini amat berbeza. Di Indonesia sebagai contoh, ketua polis sendiri memberikan taklimat di kaca televisyen memberikan panduan bagaimana berdemonstrasi pada hari berikutnya, tambah Mohamad. "Di London pelacur pun diizin tunjuk perasaan," katanya yang terkenal dengan kelucuannya ketika berceramah. "Takkan Menteri Dalam Negeri tidak tahu. Dia dahulunya belajar di London?" Turun demo wajib Mohamad juga mengingatkan tentang "wajib" bagi semua pihak menyertai perhimpunan anjuran gabungan NGO itu, berdasarkan pendapat dua pemimpin tertinggi parti itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Turun (menyertai) adalah wajib. Kalau tidak puas hati, pergi demonstrasi di (kediaman Nik Aziz di) Pulau Melaka," selorohnya lagi. Beliau juga mengingatkan kerajaan tentang pentingnya sebuah pilihan raya yang adil supaya rakyat tidak memilih jalan lain menumbangkan kerajaan seperti berlaku di Mesir sebelum ini. "Di Mesir, parti (presiden) Hosni Mubarak menang 98 peratus kerusi parlimen... sedangkan pilihan rayanya tidak adil. "Akhirnya rakyat keluar ke jalan raya dan menumbangkan kerajaan. Inilah yang berlaku apabila pilihan raya tidak lagi dipercayai." -mk
|
Penasihat FOMCA Penipu, FOMCA Sokong Himpunan Aman BERSIH Seperti Pendirian SUHAKAM Posted: 29 Jun 2011 10:20 PM PDT Bersih 2.0: Fomca kesal kenyataan penasihatnya KUALA LUMPUR, 29 Jun: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihatnya, Chua Kim Tee mengenai himpunan aman Bersih 2.0. Kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Chua Kim Tee kerana ia bukanlah kenyataan rasmi Fomca, sebaliknya hanyalah kenyataan peribadinya sahaja. Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman (gambar) menegaskan, Fomca adalah sebuah badan yang berpegang teguh kepada prinsip Perlembagaan Negara, tetapi kenyataan Chua ternyata telah menimbulkan imej negatif kepada pertubuhan itu. Menurut beliau, sebagai badan yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan, kenyataan Chua pasti tidak dipersetujui oleh Fomca kerana Fomca sendiri adalah badan yang berkecuali dengan sebarang pertubuhan politik. Katanya, Fomca seperti yang diketahui umum adalah badan yang hanya mempunyai kepentingan dengan isu-isu pengguna sahaja dan tanpa memihak kepada sebarang parti-parti politik. "Namun kenyataan Chua Kim Tee telah menyebabkan orang ramai keliru dengan Fomca yang seolah-oleh seperti Fomca telah memihak kepada parti tertentu, pada hal ia hanyalah kenyataan peribadinya sahaja. "Sesuai dengan kedudukan Fomca sebagai badan yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan, Fomca menyokong penuh kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) baru-baru yang menggesa kerajaan membenarkan sebarang perhimpunan aman termasuk Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini. Semalam, Malaysiakini atas tajuk 'Fomca Mahu Bersih 2.0 Disekat' melaporkan, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), tidak rela perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara berikutan ia bakal mengundang bala petaka buat golongan peniaga. Penasihat Fomca, Chua Kim Tee berkata, banyak yang akan menerima kesan kerana selain boleh menyebabkan kerugian kepada peniaga, orang ramai di kawasan berhampiran juga terpaksa hidup di dalam kebimbangan. Justeru, katanya, tindakan tegas wajar diambil kerajaan bagi menyekat penganjuran perhimpunan Bersih yang dirancang pada 9 Julai depan. Menurut Chua, pihak terbabit sepatutnya menggunakan saluran lain untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, termasuk di dalam Parlimen. Menurut Mohd Yusof, oleh itu, orang ramai diharap tidak tersalah anggap dengan Fomca berhubung dengan kenyataan Chua yang disiarkan oleh Malaysiakini itu kerana ia tidak sekali-kali membayangkan pendirian rasmi Fomca. "Sejak dulu, Fomca sudah dilihat oleh orang ramai sebagai badan yang hanya mempunyai kepentingan dengan isu-su pengguna sahaja, tetapi tidak dalam politik. "Jika dalam politik, kenyataan yang disokong oleh Fomca hanyalah yang dikeluarkan oleh Suhakam sahaja kerana itulah kenyataan yang selaras dengan pendirian Fomca sejak ditubuhkan dulu yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan. "Sokongan Fomca ke atas kenyataan Suhakam itu kerana perhimpunan yang akan diadakan oleh Bersih pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah perhimpunan aman. "Jika perhimpunan aman, ia tidak patut disekat oleh kerajaan kerana ia selaras dengan peruntukan yang terdapat dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan orang ramai mengadakan sebarang perhimpunan aman tanpa senjata bagi menyuarakan pandangan, pendapat untuk kebaikan negara," tegas beliau. -HD
|
Pelekat BERSIH Palsu Diedar Untuk Burukkan PAS Posted: 29 Jun 2011 08:00 PM PDT Pelekat palsu Bersih 2.0, sedang giat dicetak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk diedarkan ke seluruh negara, dakwa Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub. Salahuddin berkata lewat petang tadi, beliau menerima kiriman khidmat pesanan media (MMS) daripada sebuah syarikat percetakan di Johor yang mendedahkan tindakan jahat cuba memburukkan imej himpunan Bersih 2.0. "Pelekat ini berlatar belakangkan warna kuning, perkataan Bersih 2.0 yang ditulis secara jelas tetapi terdapat perkataan 'bersama kita tumbangkan kerajaan sekarang' dan 'adakah kita mampu seperti Libya?'," kata Salahuddin. Pelekat palsu ini ditempah dalam jumlah yang banyak untuk diedarkan kepada orang ramai sebelum himpunan aman itu. Ujarnya tindakan ini secara jelas mahu mensabotaj himpunan aman tersebut sekaligus menakut- nakutkan rakyat apabila mengajak rakyat untuk bersama-sama menumbangkan kerajaan, walhal matlamat himpunan itu adalah untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. "Ini satu perancangan yang begitu teliti dan tujuannya sangat jelas untuk mereka sabotaj perhimpunan Bersih, dan ini merupakan usaha pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan satu keadaan yang tegang." Beliau tidak menolak usaha terbaru ini dirancang untuk menghalang rakyat daripada menyertai himpunan aman yang cuba dikaitkan dengan himpunan menggulingkan kerajaan di Barat. "Kemungkinan esok melalui peguam kami, akan memikirkan satu laporan polis jika saya mendapat salinan asal tapi kami nak beritahu ini bukan kerja kita, bukan daripada Bersih. Walaupun menggunakan warna kuning dan perkataan Bersih," katanya. -tvsnews
|
Pun Ada: Suami Gigit Kemaluan Isteri Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun Posted: 29 Jun 2011 07:15 PM PDT Dituduh gigit kemaluan isteri KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu. Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad. Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun. Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya. "Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri. Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata: "Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa." Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. -kosmo
|
Memalukan: 54 Tahun Umno BN Perintah Tapi Takut Bersih Posted: 29 Jun 2011 05:20 PM PDT Petaling Jaya, 29 Jun: Sungguh mengaibkan Umno BN yang telah mengurus negara hampir selama 54 tahun, masih menggunakan pendekatan ugutan dan menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, segala ancaman dan tekanan pemerintah BN terhadap aktivis perhimpunan itu adalah manifestasi dari ketakutan dan kecemasan melulu mereka kepada keberanian rakyat dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya negara ini. Lojiknya, kata beliau selepas sekian lama mentadbir negara dan sistem pilihan raya pula memang dijalankan secara telus dan adil, BN dan Umno seharusnya menerima pandangan dan suara rakyat ini secara jantan dan berjiwa besar. Katanya, kritikan rakyat terhadap kaedah pilihan raya diurus di negara ini terlalu banyak rasionalnya. Menurutnya, SPR sendiri berulang kali menyatakan bahawa sistem yang ada memang banyak kelemahannya. Malah, kata beliau mengakui tidak berupaya memperbaikinya berasaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Lebih jauh, tambahnya persepsi rakyat kini, SPR bukan sahaja banyak kelemahan, malah amat ketara menunjukkan sikap memihak dan gagal mengurus undi rakyat secara telus, adil dan meyakinkan. Justeru, pihaknya kesal terhadap tindakan menyekat dan menangkap para aktivis Perhimpunan Bersih yang sedang dilakukan sekarang. Beliau juga kecewa dengan kaedah pihak berkuasa dan instrumen pemerintah yang menggunakan pendekatan melabel kelompok rakyat yang menyokong perhimpunan secara aman. Lebih buruk, katanya ada pula media pendokong Umno yang menggunakan pendekatan ekstremis agama dan rasis dalam usaha mereka menyekat suara rakyat ini. "Dalam hal ini tindakan pemerintah menahan 30 aktivis PSM serta menuduh mereka cuba menghidupkan semula ideologi komunis adalah tindakan terburu-buru dan cemas yang melulu," katanya. Tambahnya, PKR menyokong tuntutan Perhimpunan Bersih yang dirancang teliti supaya berlangsung secara aman pada 9 Julai ini. Beliau berkata, adalah menjadi hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan hasrat mereka sesuai dengan apa yang ada di dalam perlembagaan. Katanya, kenyataan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam yang telah menyeru pihak berkuasa membenarkan Perhimpunan Bersih ini seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan adalah amat dipersetujui dan disokong. "Lapan tuntutan Perhimpunan Bersih itu adalah suara hati nurani rakyat yang sudah sekian lama disuarakan melalui pelbagai saluran. "Sekiranya ia dilaksanakan sepenuhnya, sudah pasti negara dapat mewujudkan sistem pemilihan kepimpinan negara yang lebih utuh, dipandang tinggi oleh rakyat dan dihormati masyarakat antarabangsa," ujarnya. Ini, ujarnya akan mewujudkan budaya masyarakat madani (civilized society) ke arah negara yang lebih maju, adil dan makmur. "Anehnya, jika pilihanraya yang bersih akan menguntungkan kesemua pihak –pemerintah dan yang diperintah, mengapa pula Umno terlalu takut dengan pilihan raya yang bersih," katanya. -HD Ulasan GB Sebenarnya, sepertimana GB pernah ulaskan sebelum ini, kemenangan BN di dalam pilihanraya ke 12 pada 2008 lalu adalah kemenangan yang rapuh. Dari kerusi parlimen mereka gagal pertahankan majoriti 2/3, dan 5 negeri pula terlepas ke tangan PR. Itu di tanah yang tidak rata. Itu di waktu SPR masih melakukan kerja-kerja kotornya untuk meletakkan semula UMNO ke Putrajaya. Sedangkan hakikatnya, jika SPR menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama, pemerintah yang ada bukan BN. Buktinya: dari segi undi popular, BN memperolehi 50.82% undi manakala PR memperolehi 49.71% undi. Perbezaannya terlalu kecil iaitu 1.11%. Tapi jangan lupa fakta asas juga: padang tidak rata, pada PRU 12 pengundi hantu bermaharaja lela. Di Terengganu misalnya, dikesani lebi 20% pengundi hantu dibawa masuk untuk merampas negeri tersebut pda ketika itu. Oleh kerana kemenangan UMNO BN itu tidak kukoh malah kemenangan yang amat meragukan, maka sebab itu dasar dan tapaknya juga rapuh yang menyebabkan mereka begitu mudah berguncang seperti titaic yang bakal bersepai dan tenggelam ke dasar lautan. Sebab itu juga mereka cukup takut dengan BERSIH yang menuntut SPR bertindak adil, bersih dan telus kerana dengannya mempercepatkan upcara talkin untuk UMNO. |
[Bergambar] Wardina Pernah Temui TG Nik Aziz, Jadi Apa Masalahnya? Posted: 29 Jun 2011 03:30 PM PDT Wardina belum tahu status kontrak dengan TV3 Personaliti televisyen popular Wardina Safiyyah berkata beliau setakat ini masih belum mengetahui status kontraknya dengan stesen TV3 berhubung isu melibatkan kehadirannya di satu program anjuran PKR pada 26 Jun lalu. "Saya masih belum bercakap lagi dengan mereka berhubung perkara itu," kata pengacara bagi program Malaysia Hari Ini (MHI) itu ketika dihubungi Malaysiakini. Difahamkan, Wardina setakat ini tidak menghadapi masalah berhubung status kontrak berkenaan walau timbul persoalan mengenai sikapnya yang kini didakwa berani menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat. Persoalan itu dimuatkan dalam beberapa laman blog pro-BN, antaranya melalui anwaraidc.com dalam tulisan bertajuk 'Wardina Safiyyah Secara Terbuka Sokong Anwar.' Tulisan yang disiarkan pada Isnin itu antara lainnya menyebut, Wardina sebelum ini telah "dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3." Beliau turut ditanya mengapakah sesetengah pihak mempertikai kehadirannya di program berkenaan, semata-mata kerana beliau berkhidmat dengan stesen milik kumpulan Media Prima itu. Dengan pantas Wardina menjawab, itulah juga soalan yang ingin dikemukakannya. "Saya sebelum ini pernah berjumpa (menteri besar Kelantan) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka (penulis blog) timbulkan isu besar juga mengenai itu. Tapi kemudiannya (isu berkenaan) surut. "Mereka faham tujuan saya berada di sana (berjumpa Nik Abdul Aziz), tiada cakap-cakap politik (berlaku)," katanya yang berharap isu yang kini panas diperkatakan itu akan kembali sejuk. Wardina yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang apolitikal berkata, beliau turut menjadi sasaran mudah untuk dilabelkan sebagai pro-Pakatan kerana secara umumnya masyarakat Malaysia amat suka meletakkan label kepada seseorang. "Kita juga menekan mereka jika mereka tidak bersetuju dengan kita, tapi semua orang ada hak untuk hidup di negara ini. "Saya cuma ingin menghulurkan tangan dan menghubungkan jurang ini. Ianya OK jika kita ada perbezaan pendapat, ianya satu perkara yang baik. "Tapi ianya menjadi isu yang sangat serius, dengan menakutkan mereka, tidak membenarkan mereka bercakap dengan orang lain, ramai rakyat yang akan ketinggalan," katanya lagi yang turut meminta maaf sekiranya kehadirannya di majlis berkenaan menimbulkan kekeliruan kepada stesen TV berkenaan. Dalam satu sidang media pagi ini, Wardina dilaporkan berkata beliau tidak mengatahui bahawa program Karnival Mesra Rakyat di Petaling Jaya itu adalah anjuran PKR. -mk Ulasan GB Golongan blogger pencacai UMNO trauma apabila ramai para artis bertemu dengan pemimpin PAS & Pakatan Rakyat. Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya pun satu ketika pernah bertemu TG Nik Aziz. Jadi apa masalahnya? Bagi mereka golongan artis yang mempunyai ramai peminat dan pengikut tidak boleh lansung menemui pemimpin-pemimpin selain UMNO BN. Kerana apa? Cemburu, isi hati dan berhasad dengki. Pencacai ini takut dengan bayang-bayang sendiri. Takut sokongan rakyat terhadap PAS & PR meningkat dan sokongan terhadap UMNO BN merudum yang sememangnya pun semakin hari semakin merudum. Dan takut tak dapat upah lagi dari UMNO BN dan pak menteri. |
Halang Bersih & BN Bakal Kalah Dengan Lebih Parah Dalam PRU Posted: 29 Jun 2011 08:20 AM PDT Polis serbu, geledah sekretariat BERSIH 2.0 Sekretariat BERSIH 2.0 di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini diserbu dan digeledah oleh polis. Sepuluh anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower. Maria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini. Beliau yang ketika itu di bangunan Parlimen berkata dia dimaklumkan polis datang dengan lima kereta tanpa logo polis yang bercermin gelap dan mereka juga tidak memakai seragam. Sebuah trak besar polis tiba kemudiannya. Sementara itu, menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi. Tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk. Anggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggeledah pejabat itu. Tumpuan mereka adalah baju-T BERSIH yang kemudiannya dihitung jumlahnya sebelum dirampas oleh polis. Adalah dipercayai serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli. Polis juga mencatatkan butiran Mykad kakitangan Empower yang dijadikan sekretariat BERSIH 2.0. Selain itu, butiran Mykad kira-kira 20 wartawan dan jurugambar yang berkumpul di luar pejabat itu juga dicatatkan selain diminta membekalkan nombor telefon masing-masing. Pada sidang akhbarnya di lobi parlimen, Maria berkata beliau dimaklumkan bahawa polis kemudiannya merakamkan kenyataan daripada kakitangan BERSIH. Beliau juga mencabar ketua polis negara bagi membuktikan bahawa mereka telah melakukan jenayah dan hentikan 'menakut-nakutkan' rakyat. Menurut Maria sejak beberapa hari lalu hampir 100 orang telah ditahan kerana memakai kemeja T BERSIH dan mengedarkan risalah berhubung perhimpunan 9 Julai ini. "Ini adalah hak asasi manusia, adalah hak kita untuk berhimpun secara aman dan kami telah berulang-kali tekankan bahawa ia adalah perhimpunan aman.Kita tidak akan timbulkan huru-hara seperti yang didakwa," katanya. Dalam serbuan tersebut, tujuh beg barang, lima kotak dan empat kain rentang dirampas. Manakala tujuh petugas Empower (NGO yang bergabung dalam BERSIH) dibawa ke ibupejabat polis Petaling Jaya untuk soalsiasat. -MK
Ulasan GB GB telah menyatakan sebelum ini: GB ingin menyatakan pula bahawa jika BERSIH dihalang mengadakan perhimpunan aman, atau pihak polis cuba mengekang perhimpunan dengan kekerasan seperti dulu-dulu, maka inilah senario yang akan berlaku: 1) Indeks hak asasi manusia untuk negara Malaysia di mata dunia akan merudum dan dengan sendiri menjauhkan para pelabur ke negara ini. 2) Rakyat akan bangkit dengan lebih hebat untuk tumbangkan BN di dalam pilihanraya yang akan datang kerana gelodak kebencian rakyat terhadap sistem pilihanraya yang tidak adil dan tidak telus oleh SPR akan dibuktikan dengan penolakan rakyat terhadap BN dengan lebih jelas dan nyata. Dan jangan lupa, undi rakyat pada pilihanraya 2008, bilangan yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat adalah lebih kurang sama dengan Barisan Nasional! |
Polis Ceroboh Parlimen, KPN Perlu Bertanggungjawab Posted: 29 Jun 2011 07:10 AM PDT Speaker akui polis tidak minta kebenaran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan menyiasat dakwaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bahawa polis mencabuli kebebasan parlimen apabila mereka menyoal-siasat beberapa ahli parlimen pembangkang semalam. "Polis tidak boleh masuk kawasan Parlimen tanpa kebenaran speaker. Polis hanya boleh membekalkan perkhidmatan kepolisian atas permintaan pegawai parlimen, bentara dan speaker," kata Lim (DAP-Ipoh Timor) ketika mencelah perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Bisnes. Hujah Lim, tindakan Lim mencatatkan kenyataan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) di lobi MP semalam mencabuli prinsip pembahagian kuasa. Menurut Azmin beliau tidak menjangkakan kunjungan polis yang tidak diumumkan itu manakala Mohd Firdaus pula berkata dia 'dijemput' untuk merakamkan kenyataannya. parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07Menurut Pandikar (kiri) beliau juga mengetahui mengenai perkara berkenaan selepas membacanya di media. "Kami tidak terima sebarang permohonan rasmi daripada polis untuk berbuat demikian tetapi saya difahamkan daripada laporan akhbar bahawa kedua-dua pihak (polis dan MP) bersetuju berbuat demikian. "Saya akan panggil mereka yang berkenaan untuk jelaskan apa yang berlaku," katanya kepada Lim. Semalam, pasukan polis daripada ibu pejabat kontinjen Selangor mengambil kenyataan daripada Azmindan Mohd Firdaus berhubung ceramah mereka di Sabak Bernam pada 17 Jun lalu atas "dakwaan mengundang" orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0. Lim menyataan alasan persetujuan kedua-dua belah pihak tidak boleh digunakan kerana tindakan polis itu jelas bertentangan dengan keistimewaan khas ahli dewan rakyat. "Saya minta Jawatankuasa Khas Hak Asasi dan Kebebasan Parlimen patut melihat perkara ini dan mengadakan satu garis panduan yang sesuai," katanya. -mk Ulasan GB Tindakan polis yang tidak mempunyai kebenaran Speaker untuk masuk ke parlimen boleh dianggap menceroboh dewan yang mulia tersebut. Di dalam era kepimpinan Najib, polis dilihat telah bertindak sewenang-wenangnya dan membelakangkan undang-undang. Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab dan apakah anda mengharap rakyat boleh mematuhi undang-undang negara apabila polis sendiri melanggarnya? |
Posted: 29 Jun 2011 05:30 AM PDT Pas Kawasan Jasin telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada dua orang penduduk di DUN Sungai Rambai di dalam satu program bersama Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Rambai petang semalam. Sumbangan disampaikan Timbalan Pesuruh Jaya PAS 1 Melaka merangkap Yang Dipertua PAS Jasin, Ustaz Kamaruddin Sidek bersama-sama dengan Pengerusi MTD Sg Rambai, Tn Hj Azutdin Hassan semalam kepada kepada Sdra Yusof Sabtu dari Jalan Salim, Kg Sebatu dan Sdra Zainuddin Mohd 43 dari Kg Batu Gajah. "Terima kasih kepada PAS Jasin, yang prihatin terhadap kami," kata Sdra Yusof 49, yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan yang terpaksa menjaga dan menyara kehidupan adik perempuannya yang uzur dan mengalami kecacatan ingatan. Sementara itu, keluarga Sdra Zainuddin Mohd turut menyuarakan hal yang sama setelah menerima sumbangan hamper dari PAS Jasin. Zainuddin telah dua tahun menderita diserang angin ahmar dan lumpuh separuh badan. "Makcik dah puas membawanya berubat dan berurut di merata tempat tetapi penyakitnya masih belum pulih," kata ibunya terhadap penyakit yang ditanggung oleh Zainuddin. Sementara itu Ustaz Kamaruddin yang menyampaikan sumbangan yang diagihkan itu meminta keluarga terbabit bersabar dengan dugaan Allah dan pihak MTD akan cuba membantu untuk meringankan beban mereka dari masa ke semasa. Selepas program penyampaian sumbangan tersebut, program pertemuan Dewan Harian PAS Kawasan Jasin dan MTD Sg Rambai itu juga dipenuhi dengan Solat Maghrib dan Isya bersama disamping kuliah maghrib yang disampaikan oleh YDP Jasin sendiri. Ia disusuli dengan program dialog diantara pimpinan Dewan Harian PAS Kawasan Jasin dan MTD Sungai Rambai sebagai persediaan untuk berdepan dan pilihanraya umum yang akan datang ini. Diantara pimpinan PAS Jasin yang turut serta termasuklah barisan pimpinan yang baru, Timbalan Yang Dipertua, Tuan Haji Yuhaizad b Abdullah, Naib Yang Dipertua merangkap Ketua Penerangan PAS Melaka, En. Azrin bin Abd Majid dan Setiausaha, Ust Hazali bin Hasan. Sementara pimpinan MTD Sungai Rambai dibarisi oleh Pengerusinya, Tn Hj Azutdin Hassan, Setiausaha, Zulkifli Harun dan beberapa jawatankuasa termasuklah Aminuddun Jalil, Abd Karim Kassim, Hamsan Mohd, Aminuddin Mohd Yatim, Muslaini Baharum dan Mamat Khamis. |
UMNO BN Fobia Dengan Baju Kuning BERSIH Posted: 29 Jun 2011 04:30 AM PDT Kemeja-T Bersih 2.0 haram, kata Hishammuddin PUTRAJAYA, 29 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kemeja-T yang menyokong Himpunan Bersih 2.0 diharamkan kerana ia ada kaitan dengan perhimpunan haram itu bulan depan. "Kemeja-T Bersih ada berkaitan dengan perhimpunan haram, maka apa sahaja yang mereka pakai adalah haram," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. Bagaimanapun Hishammuddin tidak mengatakan di bawah undang-undang apa yang soal penjualan, pembelian dan pemakaian kemeja-T itu dianggap haram. Polis mula menahan mereka yang menjual, membeli atau memakai kemeja-T berwarna kuning yang tertera mesej "Bersih 2.0" sejak minggu lalu. Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau juga mengetepikan dakwaan bahawa tindakan polis ke atas mereka yang menyokong perhimpunan 9 Julai ini, menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bermotifkan politik. "Di pihak mana? Saya boleh bertanya perkara yang sama kepada mereka," kata beliau. Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan akan diambil ke atas ahli-ahli Pemuda Umno yang mengepung ibu pejabat PKR malam kelmarin, yang didakwa mengugut untuk membakar premis itu. "Saya memberitahu polis agar melayan mereka macam Bersih. Tiada sesiapa pun bebas daripada undang-undang," katanya lagi. -TMI Ulasan GB Pakai kemeja T Bersih haram? Fatwa baru? Ketara sangat UMNO BN sudah begitu fobia dengan baju BERSIH. Jika nanti yang pakai 1 juta orang, nak tangkap semua 1 jutakah? Bodoh! |
Belanja RM750j PLKN Tidak Masuk Akal Posted: 29 Jun 2011 02:50 AM PDT Jumlah perbelanjaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan bagi tahun ini mencecah RM752,922,000.00, meningkat RM252 juta berbanding had asal RM500 juta. Pecahan perbelanjaan meliputi RM21,328,00.00 bagi kos emolument, RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan, RM6,220,000.00 bagi aset dan RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam. Jumlah itu, dikemukakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang memintanya menyatakan jumlah perbelanjaan untuk program itu bagi tahun ini. Ahmad Zahid berkata, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengkaji semula pelaksanaan PLKN kerana program itu terbukti berjaya dalam mencapai misi dan visi penubuhannya. Bagaimanapun, Siew Fook berkata, timbul pelbagai persoalan mengenai kos itu dikatakan tidak masuk akal dan timbul kebimbangan sama ada jumlah itu boleh dikekalkan atau semakin meningkat serta menggalakkan pembaziran wang rakyat. "Ketika ia mula dilaksanakan pada 2004, semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan, beliau mengumumkan kerajaan menetapkan satu had perbelanjaan maksimum, RM500 juta setahun. "Apa yang berlaku sekarang sebaliknya, belum sampai 10 tahun, ia meningkat 50 peratus kepada RM750 juta," katanya. Beliau turut mempersoalkan jaminan tiada sebarang peningkatan perbelanjaan PLKN sekiranya tempoh PLKN pelajar dilanjutkan lebih tiga bulan sebagaimana dicadangkan Ahmad Zahid sebelum ini. "Saya rasa tidak mustahil belanja PLKN sahaja cecah RM1 bilion memandangkan tahun ini baru ada tujuh bulan, belanja hampir cecah RM750 juta dalam tempoh setahun. "Apa yang kita persoalkan, banyak mana dibelanjakan untuk pakaian seragam, pembekal makanan? Jadi, kerajaan patut kaji pelaksanaan ini kerana kita khuatir matlamatnya tidak tercapai," katanya. Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya modul PLKN diterapkan ketika pelajar di sekolah menengah bagi menjimatkan perbelanjaan. "Memandangkan ia tidak telus, saya menyeru Ketua Audit Negara supaya mengaudit perbelanjaan PLKN, kita manu tahu berapa jumlah belanja diperuntukkan untuk setiap peserta," katanya. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan