Isnin, 27 Jun 2011

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


NAJIS MASUK MASJID TERBARU.....

Posted: 27 Jun 2011 01:06 AM PDT

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang AJK Masjid Bandaraya, Likas, Kota Kinabalu yang menghalau seorang pemuda dari bersolat di masjid semata-mata kerana pemuda tersebut memakai baju BERSIH. Kejadian yang berlaku di masjid tersebut dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.








Selain dari kata-kata kesat, baju beliau juga direntap oleh AJK Masjid tersebut







Salah seorang ahli kariah masjid memarahi ajk tersebut



Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat magrib. Selain dari menghalau pemuda tersebut, AJK masjid yang dikenali sebagai Hj. Paiman tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.



Situasi yang memalukan ini akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur. Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju BERSIH.



Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Sehubungan dengan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikap beliau yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal dikalangan para pengunjung dan pelancong.



Mengenai Himpunan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai nanti, DPP Sepangar menyeru seluruh rakyat Sabah agar berpakaian berwarna kuning dan keluar ke bandar-bandar beramai-ramai bersama keluarga.





-Pilihanraya Bersih dan Adil-

-Kearah Negara Berkebajikan-

-Selamatkan Malaysia-





Sumber daripada blog Dewan Pemuda Pas Sepanggar

APA DITAKUTKAN....???

Posted: 27 Jun 2011 12:51 AM PDT

Promosi berterusan media dan balaci uMNO terhadap BERSIH menjadikan BERSIH dua lebih popular dari BERSIH pertama dulu. Apa yang dilakukan oleh umNO bertujuan menakutkan rakyat untuk turun ke BERSIH 2 seakan menjadikan ianya kempen percuma untuk penganjur ini. Rata rata orang yang dulunya menganggap BERSIH hanya satu demonstrasi biasa mula menyedari kepentingannya apabila melihat trauma BN dengan kempen BERSIH 2.

Kini BERSIH 2 sudah mula diseret dengan aktiviti ganas yang kononnya tersembunyi di sebalik agenda beberapa kelompok yang mengambil kesempatan.. Tangkapan rombongan PSM yang dikatakan menyusupkan unsur komunis adalah usaha terbaru memburukkan BERSIH 2. Setelah usaha melalui PERKASA dan bantaha NGO tidak membuahkan hasil, umNO dilihat cuba membuat tuduhan baru bagi menghalalkan tindakan menghalang perhimpunan aman yang dibenarkan lunas undang undang ini.

Himpunan aman adalah dibenarkan undang undang. Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk berhimpun. Penganjur telah menyatakan secara jelas tujuan dan jaminan keamanan perhimpunan tersebut. Ternyata perhimpunan sebelum ini berjaya dilaksanakan dengan aman. Tiada seorang pun anggota polis yang dijentik telinga mereka apatah lagi disepak telur. Sebaliknya apa yang berlaku ialah tindakan ganas pihak polis yang kononnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan. Ia dibuktikan oleh gambar dan video yang tersebar di alam maya.

Penganjur BERSIH dua telah menjelaskan tujuan perhimpunan ialah menyerahkan memorandum kepada YDP Agong untuk memohon lapan perkara yang menjadi aspirasi perjuangan untuk kesejahteraan demokrasi negara. Lapan tuntutan BERSIH itu seakan tidak dipandang oleh SPR yang menjadi pengadil di gelanggang Pilihanraya negara. Lapan tuntutan itu tidak satupun menunjukkan unsur ganas.

Penganjur hanya mahu berhimpun untuk kepentingan masa depan demokrasi negara. Sewajarnya polis memberi kerjasama dengan membuka laluan dan menutup beberapa jalan untuk tujuan tersebut. Bukan perkara pelik pihak polis menutup laluan untuk beberapa aktiviti. Terbaru larian amal anjuran Standart Charted Bank di dataran Merdeka. Sebelum ini beberapa acara sukan dan perarakan telah dilakukan.

Himpunan BERSIH hanya mengambil masa kurang lima jam jika tiada gangguan Polis dan anasir ganas lain seperti PERKASA. Susah sangatkah pihak berkuasa untuk menunaikan hasrat rakyat menyuarakan pandangan mereka? Tuduhan perniagaan akan rugi adalah sangat dangkal dan bodoh!!! Ramai yang datang itu hanya bersifat santai dan rekreasi semata jika tiada gangguan polis. Kedai akan mendapat keuntungan berganda!!! apa yang merosakkan perniagaan ialah apabila Polis menembak gas pemedih mata dan air kimia yang pastinya memaksa peniaga menutup pintu kedai mereka.... tanyalah siapa sahaja yang pernah hadir himpunan aman sebelum ini. Jangan tanya penakut dan pengampu bodoh yang hanya menjadi kakaktua bengong dengan maklumat media celaka seperti Utusan Malaysia.

Amat pelik polis yang dikatakan cekap tak dapat maklumat sebelum ini apa yang terjadi. Kalau ada pasu bunga yang pecah pun, itu kerana tembakan meriam air dan bukan kerja peserta demonstrasi. Mungkin yang ada terlanggar ketika lari dari polis...itu sahaja...

BN sangat bimbang dengan himpunan kali ini kerana terasa bahang kejatuhan rejim asia Tengah seperti Tunisia dan Mesir serta beberapa negara yang berada di ambang kejatuhan rejim zalim. umNo menyedari rakyat sudah mula bermaklumat dengan salahgunakuasa mereka mengkayakan kroni dan membuncitkan perut mereka. itu sebenar kebimbangan mereka. Mungkin saban malam Rosmah dan Najib tak lena tidur kerana mimpi ngeri 9 Julai..... Orang salah memang sentiasa diburu ketakutan... tengok pokok pisang pun dikatakan hantu!!!!

Sewajarnya rakyat yang cintakan kemanan dan kesejahteraan negara berlapang dada menjadikan himpunan ini satu bentuk luahan rasa kekecewaan terhadap prestasi SPR yang mengendalikan pilihanraya di Malaysia. Hujah bahawa SPR adil...buktinya beberapa negeri dikuasai Pakatan Rakyat hanya diterima oleh lembu kenyang dan sawa buncit! Golongan yang malas berfikir!!

Sebagai pengadil sewajarnya SPR mempertimbangkan tuntutan pelanggannya dengan adil! Namun SPR yang kini dilihat menjadi jurucakap BN dikala tertentu sangat maklum nasib BN jika tuntutan BERSIH dipenuhi. Tuntutan BERSIH sebenarnya untuk melihat pilihanraya yang lebih adil dan saksama untuk semua parti politik. Kepada yang menentang...sewajarnya membahaskan tuntutan BERSIH itu adakah merugikan mana mana pihak jika dilaksanakan atau tidak???

Jika tidak apa ditakutkan????

Tiada ulasan: