Isnin, 27 Jun 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


BERSIH 2.0 - 81 Orang Ditangkap Polis Setakat Ini

Posted: 27 Jun 2011 01:40 AM PDT

Ketika pemimpin BN memberi amaran kepada BERSIH 2.0 berhubung perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai, polis melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihan raya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sejak tangkapan pertama dibuat Rabu lepas, polis sehingga ini telah menahan 81 orang dan jumlahnya dijangka meningkat ketika BERSIH memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunannya.

Bagaimanapun, tidak nampak tanda-tanda yang menunjukkan gabungan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut pilihan raya bebas dan adil itu, akan membatalkan perhimpunan tersebut.


Sebaliknya, tindakan keras terhadapnya itu telah memberi publisiti kepada BERSIH dan sekaligus membantu membina momentum menjelang perhimpunannya.

Polis mula melancarkan operasinya Rabu lalu dengan menangkap ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Razali Abd Ghafar, yang menjual baju-T BERSIH semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sepang.

Penjualan baju-T kuning - warna tema BERSIH - kini mendapat sambutan hebat di Lembah Klang.

Ia diikuti dengan lebih banyak tangkapan apabila siri jelajah
pra-perhimpunan BERSIH ke seluruh negara dilancarkan pada hari Jumaat di Shah Alam.

Polis mengerahkan lebih 50 anggotanya ke tempat berkenaan dan menangkap timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, yang berpakaian baju-T BERSIH.

Polis terus mengawal tempat berkenaan sehingga jam 3 pagi.

Pada hari yang sama, tujuh ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di Kluang, Johor, semasa mereka mengedarkan risalah mengenai perhimpunan tersebut.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Umno Kedah Gugurkan Jasmi, Yusmawati Ekoran Dakwaan Khalwat

Posted: 27 Jun 2011 01:19 AM PDT

Yusmawati kelihatan sedang meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Jitra, di Kedah, pada 22 Jun lalu di atas dakwaan berkhalwat, manakala Mohd Jasmi (gambar sisipan) turut didakwa dengan pertuduhan sama.

ALOR SETAR: Setiausaha Bahagian Jerlun, Jasmi Mohd Ismail dan Ketua Puteri Umno bahagian itu, Yusmawati Yaacob digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran dakwaan khalwat yang dihadapi oleh mereka di mahkamah syariah minggu lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah berkata surat berkaitan pengguguran jawatan itu telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Ummo, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 24 Jun lalu.

"Kedua-dua mereka telah menerima surat berkenaan.Ini merupakan kes yang pertama yang melibatkan pemimpin Umno di Kedah," katanya kepada pemberita pada Ahad.


Justeru, Ahmad Bashah berkata, Naib Ketua Puteri Jerlun, Siti Hajar Ahmad Hayazi akan memangku jawatan Ketua Puteri sehingga pemilihan parti diadakan kelak.

Berhubung pengganti Jasmi pula ia akan diputuskan oleh Ketua Umno bahagian Jerlun, Datuk Abu Hasan Sharif.

Isnin lepas, Jasmi dan Yusmawati mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu atas tuduhan berkhalwat di sebuah rumah bulan lalu.

ereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu.

Jasmi dan Yusmawati didakwa mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

SPR, BN Jangan Sombong Terima Teguran BERSIH 2.0

Posted: 26 Jun 2011 08:47 PM PDT

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya tidak sombong dalam menerima sebarang teguran serta pandangan rakyat berhubung sistem pilihan raya yang dijalankan di negara ini.

Malah katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan Umno-BN perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan realiti sebenar persepsi rakyat terhadap mereka.

Paling mudah, Dr Haron mengulas mengenai Undi Pos yang sehingga kini dipertikaikan ketelusannya oleh banyak pihak.

"Undang-undang pilihan raya pun tak adil. Kalau kita tanya mengapa ada Undi Pos, mereka kata sebab ada yang tak boleh mengundi, tak apalah. Bila tanya mengapa tak boleh buka dan bilang terus, mereka kata tak boleh sebab kena simpan di Pejabat SPR. Buat apa nak simpan? soalnya.


"Ada benda yang tak adil, sebab itu kita minta supaya mereka adil tetapi mengapa mereka tak beri. Bila ditanya sudahkah mereka melihat perbuatan ini baik atau buruk, mereka jawab baik. Baik bagaimana kalau begitu?," tegas beliau ketika berucap sempena sambutan 50 Tahun PAS Cawangan Kampung Kodiang lama di sini, kelmarin.

Dalam ucapan ringkas itu, turut mengingatkan semua pemimpin agar terus kekal dengan prinsip keadilan yang digenggam erat oleh agama Islam.

Katanya, kerana ketidakadilanlah rakyat mempersoalkan peranan kerajaan sehingga tercetusnya ketidakpuasan hati dikalangan rakyat hari ini.

Malah ujarnya, kerana ketidakadilan itu jugalah gabungan masyarakat sivil telah melancarkan himpunan raksaksa pada 9 Julai ini yakni Bersih 2.0 bagi meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

Menurutnya lagi, keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 lalu jelas menunjukkan bahawa ketidaktelusan sistem pilihan raya di negara ini di mana beliau tewas tipis dengan majoriti 300 undi tetapi mendapat lebih 500 undi rosak di peti undi tertentu.

Dr Haron Din yang bersaing Ismail Kassim yang juga merupakan adik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen Arau.

Justeru Haron mengutarakan hadis Nabi Muhammad S.A.W sebagai peringatan kepada pihak berkuasa yang pecah amanah dan menipu rakyat.

"Mana-mana pemerintah yang boleh menerima, membuat, memilih dan menolak undang-undang Islam mahupun barat. Muslim khasnya, kalau dia tipu rakyat, tak kesahla apa yang dibuat itu rasuah, tipu pilihan raya atau tipu senarai mengundi pilihan raya. Allah S.W.T akan haramkan mereka dari masuk syurga," kata beliau.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Laksana Dahulu Tuntutan Bersih, Baru "Anak Jantan"

Posted: 26 Jun 2011 07:51 PM PDT

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak perlu ada keberanian terlebih dahulu untuk menunaikan segala tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0, jika mahu mencabar Pakatan Rakyat bersaing di arena itu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang juga bekas tahanan Bersih 1 pada 2007, Najib sepatutnya hanya mencabar Pakatan Rakyat bertanding selepas beliau melaksanakan gesaan rakyat di bawah gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan di negara ini yang mahukan pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.

" Kalau kita lihat semua tuntutan Bersih, ia adalah tuntutan yang memang semua orang mahukan untuk dapatkan pilihan raya yang adil.


" Kalau ini dapat kita laksanakan, lepas itu kita boleh berlawan (secara adil). Sekarang ini kalau pilihan raya memang berat sebelah. Cuba kita lihat tuntutan Bersih itu, boleh mereka kata tidak mahu.. Kalau mereka tak mahu, maknanya mereka tak mahu pilihan raya yang bersih," kata Dr Nasir merujuk kepada pendirian Najib dan rakan-rakannya dalam Umno-Barisan Nasional(BN).

Semalam Najib mencabar Pakatan Rakyat untuk berdepan dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 sebagai "anak jantan" dan bukan turun di jalanan untuk mengadakan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Dakwa Najib, himpunan Bersih 2.0 bukan bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi bertujuan mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

"Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan
berdepan dengan undang-undang," Najib dipetik sebagai berkata ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di Kuala Lumpur, semalam.

Najib juga turut memberi amaran bahawa beliau akan mempertanggungjawabkan segala insiden pada hari berkenaan kepada Pakatan Rakyat dan mereka yang menyertai perhimpunan berkenaan akan menerima "akibat" dari perbuatan itu.

Melihat kepada pendirian Najib dan tindakan polis mutakhir ini menahan sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning terutamanya yang mempunyai logo Bersih jelas mencerminkan ketakutan yang begitu memuncak dalam jiwa pemimpin negara itu.

" Najib sekarang ini memang paranoid, takut pada bayang-bayang sendiri. Nampak orang baju kuning pun tak boleh.

" Oleh kerana 2008, rakyat sudah berubah. Ramai orang yang mengundi kita... tetapi oleh kerana penyelewengan, kemenangan kita itu nampak kecil kita menang (majoriti undi)," katanya.

Oleh itu katanya, segala bentuk perundangan hatta nama Yang di-Pertuan Agong akan digunakan bagi mengekang kemaraan rakyat kerana mereka tahu tuntutan yang dibawakan oleh Bersih 2.0 akan meranapkan impian mereka mempertahankan Putrajaya.

" Sekarang ini kalau kita berentap, memang berat sebelah kepada dia (Umno-BN). Sebab itu mereka tak mahu ikut Bersih, mereka akan bermasalah, mungkin mereka akan jatuh.

" (Trend pengundian) ini yang mereka takutkan sebab kalau tidak ada penyelewengan, mereka tidak akan lepas (menang pilihan raya). Sebab itu tuntutan Bersih yang sememangnya adil, tidak ada satu pun yang boleh dipertikaikan kepada sesiapa yang mahukan pilihan raya adil, inilah yang harus diikuti.. tetapi mereka tak mahu itu. Jadi kalau kata nak bertanding secara saksama, tapi tak mahu ikut cara yang betul macam mana?," kata Dr Nasir. -

Sumber - TVS



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Matilah BN kali ini

Posted: 26 Jun 2011 06:48 PM PDT

Mengapa Barisan Nasional (BN) takut dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini kalau benar dia anak jantan? BN sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri. BN boleh berdiam diri, tidak perlu menggelabah dengan mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong, mendakwa berlaku huru hara dan menggunakan polis untuk provokasi himpunan tersebut, jika parti itu sendiri anak jantan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, tidak payah mendakwa pembangkang bukan anak jantan kerana ia bukan anjuran parti pembangkang tetapi anjuran NGO yang ada kaitan dengan rakyat dan tuntutan mereka dari segenap lapisan masyarakat.

BN begitu bacul dengan sikap tak endahnya, apabila bukti terang-terangan adanya pengundi hantu dalam daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) 13 Mei lalu yang didedahkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Parlimen baru-baru ini.

Ia diperakui kemudiannya oleh SPRM sendiri. Mengapa BN diam? Mengapa tidak bertindak terhadap bukti tersebut dengan membuat pembersihan semula daftar pemilih itu.


Bersih menuntut 8 perkara, mengapa tidak menerima tuntutan tersebut yang telah dikemukakan sejak tahun 2008 lagi. BNlah bukan anak jantan kerana tidak telus dan terbuka membuat pembetulan. Jika terima tuntutan tersebut, BN percaya dia akan kalah dalam pilihan raya.

Takut apa kalah pilihanraya kalau kita di pihak yang benar. Hari ini orang benci dengan sikap telus dan terbuka kita, esok orang akan suka semula sikap kita tersebut. Itulah sikap anak jantan.

Jadi, jelas BN berkuasa atas penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, diktatorship, tamak haloba, takut kalah dan takut hilang kuasa sebagaimana Najib berkata, susah jadi naib johan sebagaimana ucapannya dalam satu majlis baru-baru ini.

Najib menyindir dan menggambarkan BN berada dalam situasi tertekan dan 'pessimistic' (putus harapan) untuk menarik sokongan rakyat umum yang sudah bosan dengan kerenah pemerintahan parti itu.

Sekaligus BN sudah berada di persimpangan jalan. BN tidak relevan lagi untuk mendokong cita-cita dan harapan rakyat untuk melihat suatu pemerintahan yang adil dan berkebajikan kerana parti itu tidak mendokong cita-cita rakyat.

Parti itu begitu sukar untuk menukar warna kelam dan hodoh terpalit di mukanya selama ini dalam waktu terdekat kerana rakyat sudah kenal siapa BN atau Umno yang juga parti teras Barisan Nasional itu. Jika datang kepada rakyat dalam keadaan, menyembah-nyembah sekalipun ia sukar lagi diterima, melainkan mereka menerima segala tuntutan rakyat terhadap pilihan raya adil dan bersih.

Tetapi bahananya akan menimpa BN kalau ditunaikan tuntutan tersebut, iaitu kalah pilihan raya. BN memang takut kalah kerana kalau kalah pilihan raya, kata orang 'matilah BN'. Parti itu hidup dengan penipuan dan penyelewengan. Tanpanya parti itu mati. jadi kalau parti itu bersih sebagaimana tuntutan Himpunan Bersih 2.0, kekotorannya hilang.

Pemimpinnya memang suka mempertahankan kekotoran itu kerana mereka hidup dengan kekotoran tersebut.

Sumber - Suhaimi Taib / Harakah Daily

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Bersih 2.0: Sasterawan Negara Samad Said juga dipanggil polis

Posted: 26 Jun 2011 05:48 PM PDT

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said turut dipanggil polis untuk diambil percakapan berhubung Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

The Malaysian Insider difahamkan polis mahu bertemu dengan beliau berhubung ucapannya pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 19 Jun lalu.

Pada majlis tersebut beliau antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul "Unggun Bersih".

Dalam akaun Twitternya lewat malam tadi juga dihantar mesej merujuk kepada puisinya itu dan blognya di bawah alamat "Hujan Pagi http://samadsaid.wordpress.com/2011/06/26/unggun-bersih/".


Ia seterusnya membawa pengunjung kepada teks ucapan ringkas beliau.

Beberapa pengunjung laman mikro Twitter juga mengulas mengenai perkara tersebut malam tadi.

Peguam dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya dalam mesej menerusi akaun Twitternya berkata, Samad dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan akan disoal siasat oleh polis hari ini.

Mereka dijangka akan hadir di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini, petang ini.

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis tidak akan memberi permit bagi Himpunan Bersih 2.0 dan dua perhimpunan balas yang akan diadakan pada hari yang sama, anjuran Perkasa dan Pemuda Umno.

"Sasterawan Negara Malaysia berusia 76 tahun, A Samad Said dan pemenang terbaru anugerah International Women of Courage Ambiga akan disoal siasat oleh polis (berkaitan Bersih 2.0) esok (hari ini)," kata beliau dalam mesej Twitternya.

Naib Presiden PKR N Surendran pula mengemukakan persoalan mengapa Sasterawan Negara itu perlu dipanggil polis.

"Apa salah Pak Samad Said, diheret ke balai polis esok (hari ini)? Kerana membaca puisi di majlis Bersih!," kata beliau dalam mesej Twitternya.

Berdasarkan teks ucapan yang diperoleh dari blog Samad, beliau antara lain menyentuh bahawa "murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini."

"Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan," kata beliau.

Beliau seterusnya berkata, "kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi?"

"Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?

"Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni," kata Samad lagi. - TMI

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Rakaman Penuh Dalang Video Seks

Posted: 26 Jun 2011 06:55 AM PDT




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

8 lelaki ditahan pakai baju kuning bertulis Bersih

Posted: 26 Jun 2011 06:53 AM PDT

Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata kesemua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini.

"Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit dan ekoran itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Amiruddin berkata kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan polis akan membebaskan mereka selepas keterangan diambil daripada mereka.

Difahamkan kesemua mereka yang dipercayai penyokong parti pembangkang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di hadapan Majid Taman Kosas kira-kira jam 11 pagi. - mkini


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

BERSIH 2.0 - Fuad Zakarshi Ugut Gantung Gaji Guru

Posted: 26 Jun 2011 05:54 AM PDT

Guru berhak sertai Bersih – bekas Presiden Kesatuan Guru Melayu

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud menyelar Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mengugut untuk menggantung tugas dan gaji guru yang menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

"Penglibatan guru dalam himpunan itu, wajar dan haknya sebagaimana individu lain yang dijamin dalam Perlembagaan. Guru perlu turut sama bagi memeriahkan lagi sistem demokrasi negara," katanya.

"Dakwaan himpunan itu menimbulkan kekacauan hanya ramalan kerana ia berlaku jika penentang Bersih dari kumpulan tertentu menimbulkan huru-hara," katanya yang menyifatkan kenyataan Puad itu bakal merudumkan lagi indeks demokrasi negara. Nordin berkata, kenyataan Puad tidak profesional kerana perjuangan Bersih wajar dan tepat pada masanya.


"Kita sedia maklum, institusi pendidikan negara adalah antara tapak pengembangan sistem demokrasi melalui pendidikan di peringkat rendah. Pastinya, murid dididik oleh guru.

"Dua komponen ini penting ke arah pemahaman sistem demokrasi negara," katanya kepada suara Keadilan.

"Bersih sejak beberapa tahun lalu, sudah melakukan pelbagai cara termasuk mengadakan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkaitan. Malangnya, ia ditolak. Maka, wajar mereka mengadakan himpunan aman," katanya.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Bersih 2.0: KDN akan guna ISA, kerah tentera jika situasi tak terkawal

Posted: 26 Jun 2011 05:20 AM PDT

Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjelang Himpunan Bersih 2.0 tetapi berkata Kementerian Dalam Negeri akan menggunakan undang-undang keselamatan yang lain buat masa sekarang.

Menteri Dalam Negeri juga berkata tentera kemungkinan akan dikerah jika keadaan tidak terkawal pada 9 Julai.

Awal hari ini polis Pulau Pinang berkata akan mendapatkan perintah reman untuk menyiasat 30 aktivis Bersih 2.0 dari Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.


Bersih 2.0 membuat perancangan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai. Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno pula mahu mengadakan perhimpunan balas menentang Himpunan Bersih 2.0.

Hishammuddin (gambar) yang juga Naib Presiden Umno berkata tindakan akan diambil ke atas sesiapa saja yang mencetuskan huru-hara pada 9 Julai.

Katanya pihak polis akan bertindak berkecuali dalam isu semasa ini.

"Jika ada huru-hara, saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tindakan yang sesuai diambil mengikut undang-undang untuk mengawal keadaan.

"ISA tidak perlu (digunakan) tetapi boleh digunakan, tetapi untuk menggunakan ISA mesti ada sebab-sebab, benar-benar mengancam keselamatan," kata beliau selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Hulu Selangor di sini petang ini.

Katanya, akta itu hanya akan digunakan dalam situasi ekstrem, misalnya ke atas kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

"Tetapi jika kita mengambil tindakan dalam konteks yang dikaitkan dengan politik, ia boleh dieksploitasikan.

"(Buat masa sekarang) undang-undang lain boleh digunakan. Kita belum sampai ke tahap itu, kami akan memantau situasi itu terlebih dahulu," katanya lagi. - TMI

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Bersih: Polis tuduh cuba perangi Agong?

Posted: 26 Jun 2011 02:03 AM PDT

Seramai 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar Devaraj akan dihadapkan di mahkamah sekitar 3 petang ini untuk perintah tahanan reman. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, kata polis.

Semalam, polis menahan 31 orang termasuk wakil rakyat itu, kesemuanya aktivis PSM di plaza Tol Sungai Dua.

Menurut laporan media semalam, kesemua mereka menaiki sebuah bas persiaran sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0, yang dijadualkan akan diadakan 9 Julai.


Mereka terdiri daripada 14 wanita dan 17 lelaki dan ditahan di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara untuk dirakam percakapan.


Bagaimanapun seorang yang ditahan telah dibebaskan kerana bawah umur.

Pada sidang media di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar yang dipetik saluran Astro Awani berkata, perintah tahanan reman dipohon bagi siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan.

"Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122," kata beliau.

Seksyen yang sama pernah digunakan dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah.

Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.

Ketika ditahan semalam, polis turut merampas beberapa sepanduk, risalah dan kemeja-T yang didakwa menghasut.

Penganjur Bersih 2.0 sejak kelmarin mengadakan program jelajah di beberapa bandar utama di seluruh negara.

Tindakan polis menggunakan tuduhan baru mendakwa kononnya Bersih cuba 'berperang' dengan YDP Agong dijangka akan menyebabkan ketegangan di kalangan rakyat manakala golongan atas pagar yang sebelum ini yang sudah kembali berpihak kepada Barisan Nasional(BN) dijangkakan akan kembali berdiri di atas pagar kerana kesal dengan tindakan PDRM dan kerajaan BN yang masih bersifat defensif dengan perjuangan hak demokrasi yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Seorang pemerhati yang tidak ingin dikenalpasti hanya mampu berasa hairan dengan tindakan kerajaan melalui PDRM yang cuba melaga-lagakan rakyat supaya mereka mempunyai sebab untuk bertindak seperti mengistiharkan Darurat sekiranya suasana provokasi yang didakwa sebagai dibuat sendiri oleh polis untuk kepentingan kerajaan BN.

Beliau juga nyata kesal kerana polis menyamakan tindakan Bersih sepertimana tindakan sekumpulan pelampau Islam Al-Maunah yang pernah menggamatkan negara apabila merampas senjata-senjata tentera di sebuah kem tentera Utara Semenanjung Malaysia suatu masa dahulu. Tindakan ini dipercayainya sengaja mengheret institusi diraja mendapat nama buruk di samping kegagalan BN mendapat sokongan padu seperti masa-masa lalu.

Sumber disini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: